Agak sukar untuk membuat sebarang ramalan tentang keputusan yang bakal dibuat.Ia adalah kes pertama seumpamanya.
Yang pasti semuanya debar menanti bila mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya di pejabatnya di Putrajaya bermula pada jam 10.30 pagi ini.
Mesyuarat itu akan memutuskan samaada kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh dalam kawasan Parlimen Jerlun Kedah yang kini disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif dari Barisan Nasional kosong atau tidak.
Biasanya pilihanraya kecil diadakan kerana sebab kematian wakil rakyat atau wakil rakyat melepaskan kerusi kerana sebab-sebab tertentu.
Isunya di sini seperti yang sudah sedia maklum Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berpegang kepada keputusannya kerusi itu kosong setelah Abu Hassan tidak hadir dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lalu tanpa kebenaran.
Jika SPR memutuskan kosong dimana pilihanraya kecil perlu diadakan ia dijangka akan berlangsung panas.
Ini kerana kedudukan BN-PAS dikawasan itu dianggap 50-50.Abu Hassan yang sudah jadi wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal menang hanya dengan majoriti 495 undi.
Beliau yang dapat 8,160 undi menewaskan calon PAS Ismail Wan The 7,665.
Sewaktu pilihanraya umum 2004,Abu Hassan menang dengan majoriti 1,573 undi.
Satu lagi kerusi DUN iaitu Air Hitam di menang oleh calon PAS Abdullah Ghani Ahmad.Beliau menewaskan calon BN Othman Aziz juga dengan perbezaan undi hanya 506 saja.
Manakala kerusi Parlimen Jerlun di menangi oleh Datuk Mukhriz Mahathir .Beliau menewaskan calon PAS Idris Ahmad dengan majoriti 2,205.
Seluruh kawasan Jerlun ada 45,513 pengundi dimana 19,771 adalah dari DUN Kota Siputeh
Tuesday, September 1, 2009
Debar Kota Siputeh : SPR umum 4.30 petang ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment