Monday, August 31, 2009

Najib Menghina Ramadhan!

"Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang model yang sebelum ini disabit atas kesalahan minum arak, insaf dan akur dengan hukuman sebat secara Islam ke atasnya. Tiba-tiba, NGO anti Islam khususnya Sister-in-Islam dan NGO pro UMNO menyelar hebat dan menghina-hina undang-undang Islam khususnya sebat yang disifatkan sebagai barbarik dan zalim.

Kartika dan bapanya berkeras memohon agar hukuman diteruskan agar Islam tidak dihina. Najib pula tiba-tiba meminta Kartika agar membuat permohonan dan rayuan membatalkan hukumannya! Apa kesudahan episod ini? Mari lihat 3 kemungkinan:

1. Kartika TIDAK BUAT RAYUAN

Kartika seorang Muslim contoh dari sudut keberanian mempertahankan Islam. Dari seorang pesalah, Allah menaikkan martabatnya di mata penganut Islam (bukan penganut hadhari) apabila KArtika tunduk kepada syariat Islam. Begitulah Allah memuliakan sesiapa yang dikehendaki.

"New strait times,

2009/08/27


SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno has left her fate to the Pahang Religious Affairs Department (Jaip).

Her father Shukarno Mutalib said the 32-year-old part-time model would abide by whatever decision is reached by the relevant authorities (Jaip and the Kuantan Syariah High Court) following the advice of Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria.

“Kartika and I will abide by their decision whether to proceed with the caning after Ramadan or to quash the sentence.

“We just want this matter to be resolved quickly and in an amicable manner without humiliating anyone,” said the 60-year old when met at his house in Kampung Jawang Utara here yesterday.

Najib dan UMNO cukup sedih dan berduka nestapa apabila Kartika tidak membuat rayuan. Logiknya, dalam keadaan ini, kaedah terakhir UMNO atau golongan anti Islam ialah mengarahkan mana-mana hakim syarie yang boleh dikawal mereka, sekiranya ada, agar membuat kenyataan bahawa hukuman sebat bercanggah dengan Islam.

2. Kartika BUAT RAYUAN

Ini tidak mustahil dibawah Najib c4. Bala pun tiba-tiba membuat pengakuan menarik balik Statutory Declarationnnya dulu dalam masa 24 jam lalu hilang. Perak pun boleh dirempuh oleh Najib. Teoh pun boleh mati terkulai. Apa sangatlah bagi Najib atau UMNO untuk memaksa KArtika menarik balik pendiriannya ketika ini.

Jangan lupa ayat Tun Mahathir yang memperlekeh Islam dan menampakkan kedangkalan ilmu agamanya: "Apakah tiada belas kasihan dalam Islam untuk kesalahan kali pertama?".

3. Kartika dijatuhi hukuman

Siater Anti Islam dan UMNO boleh menggunakan peluang ini untuk memburuk burukkan shariah Islam apabila Kartika disebat. Mereka akan menjaja jaja di seluruh dunia mengatakan hukuman Islam itu zalim dan PAS parti ekstremis.

NAjib dan UMNO telah mencemar kemuliaan Ramadhan!

No comments:

Search This Blog