Saturday, November 22, 2008

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini


22/11/2008 3:36pm

PUTRAJAYA 22 Nov. — Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi pada hujung bulan ini, menjadikan harga minyak di pasaran turun daripada RM2 ketika ini kepada RM1.85 seliter.

Penurunan harga sebanyak 15 sen itu juga menjadikan harganya lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.

“Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di sini hari ini.

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong. - Bernama

masa nak naik kan harga minyak pak menteri tak terfikir nak naik dengan cara berhemah. tapi bila nak turun pandai pulak pakai istilah berhemah. beginilah rupanya menteri yang tak pandai jaga rakyat.

No comments:

Search This Blog