Tuesday, January 8, 2013

PRU 13: Kemenangan Pakatan Rakyat



"Melihat kepada senario semangat membara rakyat Sabah mutakhir ini, hati kecil penulis berkata-kata dengan penuh yakin insya Allah dengan izin Allah politik Sabah akan berubah kali ini.
Yang penting Pakatan Rakyat Sabah yang diketuai oleh PKR, PAS, DAP, PPPS, APS dengan kerjasama baik SAPP selain dokongan NGO's. Dan teramat-amat penting sokongan kuat majoriti rakyat Sabah.



Kerajaan Negeri Sabah insya Allah akan dinobatkan Pakatan Rakyat Sabah. Rakyat menanti-nanti saat kemenangan rakyat melalui kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah dan di Putrajaya.Pakatan Rakyat Sabah perlu mengembeling kekuatan yang ada dengan semaksimanya. Lupakan segala tohmahan dan fitnah umno/BN. Kita mesti berkerja terus tanpa jemu sehingga tercapai kemenangan rakyat.
Strategi Kemenangan
Satu lawan satu, jangan lagi ulangi sikap tamak, ego, sombong dan kepala batu para pemimpin pembangkang di Sabah. Lupakan sifat tamak, ego dan rasa diri lebih itu. Lihat dihadapan anda amanah dan sokongan majoriti rakyat yang mahukan perubahan.
Kerana itu perlu ada formula kemenangan dalam strategi ‘SATU LAWAN SATU’ melalui agihan kerusi DUN/Parlimen, penulis melihat seperti berikut:1.   PKR:          232.   PAS:          073.   DAP:         044.   PPS:          065.   APS:          156.   SAPP:        05Jumlah:     60Agihan Kerusi DUNDAP (DUN: 2 Tanjung Kapor, 44 Karamunting, 46 Tanjung Papat dan 57 Sri Tanjung)PAS (DUN: 8 Usukan, 6 Tempasuk, 17 Tanjung Aru, 12 Karambunai, 55 Balung, 56 Apas,  58 Merotai,  )SAPP (DUN: 16 Luyang, 14 Likas, 19 Kepayan, 13 Inanam, 45 Elopura)APS (DUN: 4 Matunggong, 5 Tandek, 7 Kadamaian, 9 Tamparuli, 11 Kiulu, 20 Moyog, 29 Kundasang, 31 Paginatan, 32 Tambunan, 33 Bingkor, 35 Melalap, 36 Kemabong, 38 Nabawan, 40 Labuk dan 47 Kuamut)PPS (DUN: 23 Bongawan, 24 Membakut, 25 Klias, 26 Kuala Penyu, 27 Lumadan, 28 Sindumin) PKR (DUN: 1 Banggi, 3 Pitas, 10 Sulaman, 15 Api-Api, 18 Petagas, 21 Kawang, 22 Pantai Manis, 30 Karanaan, 34 Liawan, 37 Sook, 39 Sugut, 41 Gum-Gum, 42 Sungai Sibuga, 43 Sekong, 48 Sukau, 49 Tungku, 50 Lahad Datu, 51 Kunak, 52 Sulabayan, 53 Senallang, 54 Bugaya, 59 Tanjong Batu dan 60 Sebatik)Agihan Kerusi ParlimenSabah mempunyai 25 kerusi parlimen, melihat scenario terkini politik negeri ini mengikut cakap-cakap politik setempat, penulis mengambil formula berikut:PKR: 11 (P167 Kudat, P175 Papar, P176 Kimanis, P182 Pensiangan, P183 Beluran, P184 Libaran, P185 Batu Sapi, P187 Kinabatangan, P188 Silam, P189 Semporna dan P191 Kalabakan)PAS: 2 (P169 Kota Belud dan P173 Putatan)DAP: 2 (P172 Kota Kinabalu dan P186 Sandakan)APS: 6 (P168 Kota Marudu, P170 Tuaran, P174 Penampang, P179 Ranau, P180 Keningau dan P181 Tenom)PPS: 2 (P177 Beaufort dan P178 Sipitang)SAPP: 2 (P171 Sepanggar dan P190 Tawau) Agihan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen Sabah ini wajar dilihat kepada kekuatan dan pengaruh parti-parti Pakatan Rakyat Sabah.
Jangan ada sikap mementing parti sendiri-sendiri dalam kerja kemenangan Pakatan Rakyat Sabah.
Angka-angka agihan kerusi DUN dan parlimen ini sekadar andaian penulis melalui cakap-cakap dengan beberapa rakan penulis.
Penulis lebih mempercayai strategi agihan kerusi yang dibuat oleh semua parti Pakatan Rakyat Sabah dan rundingan bersama SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee seorang yang berpengalaman menjadi menteri zaman PBS dan menjadi KM Sabah era pengiliran dulu.
Satu lagi strategi kemenangan jangan sekali-kali timbul rasa tamak dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat Sabah untuk berebut ghanimah dari kuasa dan harta rakyat/kerajaan.
Pemimpin yang baik dan amanah pasti akan memperolehi habuannya terutama maruah, kehormatan dan keberkatan.
Lihat saja berapa ramai pemimpin umno/BN yang tamak, gila dan rakus dengan kedudukan, nama, pengaruh, harta dan berbagai-bagai lagi kerakusan mereka lakukan sewaktu berkuasa, sehingga ada yang didapati terlibat rasuah, skandal yang meragut segala kuasa, maruah dan pengaruh.
Sehingga ada yang terhina teruk kerana perbuatan mereka sendiri.
Sebaliknya, ada mereka yang tetap berprinsip, jujur, amanah dan walaupun hari-hari siang malam dihina, namun masih ada maruah, bahkan mendapat simpati dan sokongan majoriti rakyat.
Ingat-ingatlah bila dah berkuasa. Kuasa bukan lambang kezaliman dan kerakusan. Ingat Firaun, Raja Namrud yang zalim akhirnya tersungkur hina di bumi kuasanya.
Kuasa adalah amanah besar. Pemimpin yang amanah akan menggunakan kuasa untuk memimpin negeri dan negara untuk rakyat demi mencari redha Allah.
Takbir!!!

No comments:

Search This Blog