Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, menurut para penyelidik.
Mereka
mendapati Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah,
boleh menghalang proses otot, termasuk jantung, menerima isyarat dari
otak.
Dalam
ujian ke atas tikus, mereka mendapati satu pengurangan dramatik 25
peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan.
Para penyelidik lantas memberi amaran bahawa ada bukti kukuh ia mungkin menjejas kesihatan manusia.
Namun,
pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras Triclosan dalam produk
adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding
pendedah yang dialami manusia.
Saintis
menganggap bahan kimia itu, yang dirangka bagi menghalang pencegahan
bakteria di hospital, diproses dengan segera oleh tubuh tanpa kesan
membahayakan.
Bagaimanapun,
penyelidik di Universiti California, Amerika Syarikat, berkata ia
mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan
kerosakan.
Penemuan
itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan terhadap
kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang
mengetuai penyelidikan itu.
Beliau berkata bagi seorang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan.
Namun, jika seseorang itu mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.
Pasukan itu menyuntik sekumpulan tikus dengan Triclosan. Mereka melihat satu pengurangan ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit.
No comments:
Post a Comment