Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi
 orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan 
yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah 
yang tidak kita ketahui sebelum ini.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi 
kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai 
pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif
 yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ 
adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah 
gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. 
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh 
bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu 
terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak 
boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.Frekuensi radio tidak 
mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabahkerana tekanan 
graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan 
gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah 
tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam 
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam 
empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan 
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah
 secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
 belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah 
lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam 
semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah 
telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di 
dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka 
abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan 
meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang
 yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah 
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa 
maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali 
pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau 
menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena
 untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. 
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula 
sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan 
digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah 
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang 
larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untukmembersihkan 
antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang 
yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

 
 
No comments:
Post a Comment