Monday, July 9, 2012

Umno-BN cemas, ciplak pendekatan Pakatan



Umno-BN semakin cemas. Takut dan bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum. Takut untuk menghadapi saat-saat kekalahan. Umno-BN merupakan parti yang tidak pernah tewas pada pilihan raya di peringkat Pusat.


Pengakuan Jabatan Audit Negara berkenaan ketelusan dan kecekapan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menambahkan ketakutannya. Sokongan bekas pegawai kanan kerajaan, golongan artis dan ahli sukan yang menganggotai PAS terus memberi tekanan kepada Umno. Mereka mengintai di mana kelebihan dan keistimewaan PAS.
Rasa cemas dan takut teramat sangat itu menyebabkan pimpinan nombor satu negara menebalkan muka mencipkal corak pentadbiran Pakatan Rakyat. Kelantan yang diuar-uarkan sebagai negeri paling miskin turut menjadi model Umno-BN untuk memikat rakyat.
Cuti hari kerja dua hari iaitu Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan kerajaan Pusat sekarang, sebenarnya meniru kerajaan Kelantan. Sebelum itu, kerajaan Pusat hanya memberi cuti Ahad.
Manakala Sabtu merupakan hari bekerja sehingga tengah hari. Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dilaksanakan oleh Umno-BN pada asalnya telah diperkenalkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cuti isteri bersalin selama tiga bulan turut ditiru oleh kerajaan Pusat.
Inilah hebatnya jika pembangkang kuat, rakyat yang untung. Semua yang dilaksanakan di Kelantan adalah untuk manfaat rakyat.
Umno-BN terus dilanda keresahan. Cemas dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya.
Selangor merupakan satu-satu negeri yang memberi perkhidmatan air percuma kepada rakyat di bawah 20 meter padu. Ini merupakan pemberian pertama kepada rakyat setelah menawan Selangor pada 8 Mac 2008.
Hadiah sagu hati kepada pelajar yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi turut diberi hadiah sebanyak RM1,000. ‘Jom Shopping’ untuk warga emas turut memikat hati rakyat Selangor.
Semua manfaat ini tidak pernah dirasai ketika Umno-BN berkuasa selama lebih 50 tahun. Umno-BN bertambah pening apabila Pakatan Rakyat Selangor melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).
Selama empat tahun penganjuran Program Tuisyen Rakyat Selangor lebih 14,000 pelajar di Selangor mendapat manfaatnya.
Sehingga kini PTRS mencatatkan hampir 14,000 pelajar di setiap 52 kawasan Dun di Selangor. Pelajar yang mengikuti PTRS mencapai keputusan yang baik dalam SPM.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali bersyukur dengan program tuisyen rakyat Selangor secara percuma kerana Selangor merupakan satu-satu negeri yang melaksanakannya.
Katanya, setiap Dun diperuntukkan RM3.45 juta setahun untuk membantu seramai 100 orang pelajar.
Menurut beliau, PTRS ini ditawarkan kepada calon SPM daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana.
Sudah tentu katanya, ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka berjaya dalam SPM tetapi tidak mampu menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen.
Dengan adanya PTRS dapat membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk mendapat keputusan cemerlang dan baik, katanya.
Kata beliau, program tuisyen rakyat Selangor membuktikan bahawa kerajaan negeri serius mengutamakan pendidikan dalam melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Melihat kejayaan tersebut, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang mendapat mandat daripada Perdana Menteri melaksanakan projek Tuisyen Rakyat 1-Malaysia (TRIM) dan Selangor menjadi negeri pertama untuk dilaksanakan.
Tujuan TRIM untuk memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan mengikuti tuisyen berbayar. Golongan pelajar ini akan mengikuti TRIM yang dikendalikan oleh guru berpengalaman secara percuma.
Inilah hebatnya pimpinan Pakatan Rakyat. Hebat merancang kebaikan untuk rakyat. Manakala pimpinan Umno-BN pula hebat meniru pelaksanaan Pakatan Rakyat, hanya mahu mengekalkan kuasa.
Rakyat mendapat pelbagai manfaat dengan adanya Pakatan Rakyat. Apa yang rakyat perolehi selama 50 tahun Umno-BN berkuasa? Kenapa baru sekarang Umno-BN memberi wang RM500 kepada rakyat dan RM100 kepada murid-murid sekolah?
Kenapa baru sekarang Umno- BN terfikir untuk memberi tuisyen percuma kepada pelajar? Mengapa baru sekarang Umno-BN mahu memberi tayar percuma kepada pemandu teksi? Semua jawapannya hanya kerana ada persaingan daripada Pakatan Rakyat.
Inilah untungnya rakyat jika mempunyai parti pembangkang yang kuat. Pemimpin dalam Pakatan Rakyat serius membela nasib rakyat. Baru empat tahun mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sudah berbagai manfaat diperolehi oleh rakyat.
Itu tidak termasuk kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama 20 tahun. Walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpanan PAS Kelantan, rakyat tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Rakyat akan terus mengecapi keuntungan jika memberi sokongan berterusan kepada Pakatan Rakyat. Jika rakyat terus memilih Umno-BN sudah pasti rakyat tidak akan menikmati pemberian wang RM500 untuk keluarga pendapatan kurang RM3,000 sebulan; bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan pelbagai kemudahan lain.
Sebaliknya, rakyat akan terus ditindas...

No comments:

Search This Blog