Friday, July 6, 2012

Nik Aziz Bantah Anwar Bersara


Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara daripada dunia politik sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dibantah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malah pemimpin utama sekutu pembangkang itu mahu Anwar meneruskan perjuangannya dalam bidang politik.

"Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times yang mengakui menimbang untuk bersara dan kembali kepada kerjaya asalnya sebelum menyertai politik iaitu menjadi pendidik.
Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Mengulas lanjut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Anwar tetap boleh menggunakan medan politik untuk meneruskan minatnya sebagai pendidik.
"Hakikatnya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar. Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik (universiti) mengajar mahasiswa," katanya.

No comments:

Search This Blog