Tuesday, June 19, 2012

Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno


 Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.
"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.
Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Dalam pada itu Lajim turut memberi jaminan akan terus aktif dalam politik dan berkhidmat kepada rakyat Beaufort walaupun dalam 'wadah yang berbeza'.
"Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan...rakyat berhak menikmatinya,” katanya.

No comments:

Search This Blog

Loading...