Friday, April 13, 2012

Sistem Pendidikkan: Malaysia ikut Yahudi. Yahudi Ikut Islam


Saya ambil sedikit petikan daripada akhbar online Israel bertajuk Study: Seperate Classes Achieve Better Result. Pelajar yang belajar di kelas yang di asingkan mengikut jantina lebih berjaya dan memang kebanyakkannya berjaya.




•    Lelaki akan terdorong untuk menunjukkan kehebatan atau kelebihan mereka kepada perempuan, jadi mereka kurang beri tumpuan dalam kelas.

•    Perempuan merupakan penghalang (distractions) tumpuan lelaki, begitu jugalah sebaliknya.

Sangat jelas dan benarnya dakwaan tersebut. Kalau ada perempuan dalam kelas, mesti lelaki asyik nak control macho je. Itu yang boleh hilang fokus nak belajar. Begitu jugalah sebaliknya, perempuan pun mesti ada yang macam tu juga bukan?

Sekolah Pondok

Nampak tak persamaan dengan sekolah pondok dengan pendapat supaya lelaki dan wanita di asingkan. Cuba bayangkan kalau pelajar-pelajar sekolah pondok dicampurkan antara lelaki dan perempuan, sudah tentu susah nak hafal Quran. Sebab terlalu banyak dugaan penglihatan, macam mana hati nak terang. Jadi, para pelajar boleh menumpukan perhatian terhadap pengajian agama dan penghafalan Quran bila diorang diasingkan.

Antara agama dan sekularisme

Ramai rakyat Malaysia yang masih tak sedar, majoriti sekolah-sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend, siap ada yang terlanjur, melahirkan anak luar nikah dan sebagainya. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa.

Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu

Kita semua telah maklum diketahui bahawa mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam institusi pengajian dari peringkat yan paling rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi menjadi kebiasaan di Negara kita. Segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum tanpa pengasingan. Lebih teruk lagi, asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang.

Universiti-universiti dan Kolej-kolej tempatan kita banyak peristiwa buruk yang berlaku rentetan daripada percampuran tersebut.

Kerana pelajar-pelajar kita sudah menjadi kebiasaan membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini disebabkan terlalu kerap melihat dan bermesra dengan pelajar perempuan di dalam satu kelas dan satu kampus.

Ketahuilah bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.

Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32)

No comments:

Search This Blog