DALAM merealisasikan matlamat
memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan
Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa
inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan
pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah
pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal
dilaksanakan pada September nanti.
Terbaru, penulis mendapat maklumat
bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan
percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman
PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah
menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.
Semua bekas peminjam tersebut boleh
menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di
talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan
diri ke dalam program ini.
Penulis melihat, maklumat ini adalah
satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor
sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor
keseluruhannya.
Walaupun penulis tahu banyak pihak yang
ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program
pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya
melenyapkan semua keraguan tersebut.
Simpanan yang tinggi dan unjuran
pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun
adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program
pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan
Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.
Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan
dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada
tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri
untuk membiayai program tersebut.
Tambahan pula, kerajaan Selangor baru
sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke
atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.
Penulis yakin, kejayaan program ini
nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian
tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan
memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.
7 comments:
BEnd is DEAD!!!!
NI BUKAN RASUAH KE?BULAN SEPT?LAMANYA.BUKAN BANYAK PUN.KALU DAPAT TAWAN PUTRAJAYA,ESOK MINYAK TURUN TERUS KAN?NILAI LG BESAR.HURM..MESTI SB NAK TGU PRU DULU.NAK PANCING UNDI LE TU..MENIPU LA BYK2
Nak pancing undi or Nak kencing????
cube dulu call nombor kat atas tu.. apa jawapan yang diberi?? habuk pun tarakkk!!!!
aku kol dah then die ckp tipu sume tuh...nak wat statement bia la btul ckit...
Menipu.. Cbe tepon no yg di bg klu xcaye..
haha.. puak lembu ameno ni tahu pulak nak mendapat pendidikan percuma sampai siap telefon..
Post a Comment