Sunday, January 22, 2012

PAS boleh menang lagikah di Kedah?


Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang. Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah. Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic. Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.


Bagaimanapun kajian terbaru perlu dibuat, terutamanya selepas Anwar didapati tidak bersalah dan selepas Hasan Ali dipecat. Di Kedah, kekuatan PAS dan UMNO adalah seimbang. Kehadiran pengundi bukan Melayu di sebahagian besar kerusi DUN di Kedah akan jadi faktor penentu. Sementara bukan Melayu berpihak kepada PR, maka kedudukan PR lebih baik bagi BN di Kedah. Di Selangor, peratus pengundi Cina lebih besar (berbanding Kedah) tetapi kekuatan UMNO mengatasi PAS di sana. Di Kelantan, bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata, undi bukan Melayu tidak jadi penentu. Jadi bagi PR, harapan di Kedah adalah lebih baik berbanding Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun PR di Pulau Pinanglah yang lebih mantap kerana undi bukan Melayu sudah terlalu besar dan mereka solid menyokong PR. Secara teori, jika PR boleh menang di Negeri Sembilan maka Perak dan empat buah negeri yang ada kini juga akan dimenangi.

Itu semua analisa di atas kertas. Hakikatnya, “Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang Dia kehendaki.”

1 comment:

dulumno said...

terus terang jentera pas masih lemah kat kedah.......penerangan belum sampai kat akar umbi dgn jelas dan berkesan.........isu2 yg dimainkan umno/bn cuma isu lemah....tapi mampu jadi isu kuat klu tak ditangani dgn baik oleh pas/pr!

risalah kejayaan pas/pr tidak sampai kat tanan pengundi dgn baik.....keja buat aktivis pas/pr /masih berlegar dikalangan penyokong sendiri......walaupun ada yg dah melampaui kubu "musuh".

sikap sesetengah penyokong pas/pr yg mahukan kepentingan utk diri...konon kerana sudah lama berjuang bersama pas/pr masih ada berbaki.....yg akhirnya menctuskan rasa tak puas hati.......lalu sesekali gertak kononnya tak nak sokong pas/pr lagi!

walau mcmana pun.......umno/bn dah terlalu nazak utk terus berkuasa dlm jangka yg cukup lama!

Search This Blog