Gerhana matahari dan gerhana bulan
merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk
memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari
disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga
menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan
terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang
menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi.
Pada
zaman Nabi saw telah terjadi satu kali kejadian gerhana matahari.
Menurut ulama, gerhana ini terjadi pada 29 Rabi’ul Awal tahun 10
Hijriah, iaitu pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pula
berlaku pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan dengan meninggalnya
putera beliau yang tercinta iaitu Ibrahim.
Gerhana Bulan
Kejadian
gerhana bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang
sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat
pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku
berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dari
Abu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya
matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah
menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang
manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah,
apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada
Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah”
(HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516)
Apabila
berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air
mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan
maksiat yang mereka lakukan.
Ini
menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar
memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan
yang telah kita lakukan.
Bertaubat
dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui
amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas
tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan
hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu
mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan
manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan
kesalahan itu bersungguh-sungguh.
Di
samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan
perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang,
bertakbir dan bersedekah di jalan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW,
“Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”.
(Hadis riwayat Bukhari)
Namun
ramai yang menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana
manusia menilai kejadian yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata
tanpa menoleh ke sisi syar’i. Mereka melihatnya dengan pandangan
sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa
tujuannya.
Hati yang bersih dapat melihat jauh lebih dari pandangan mata
Ada
juga yang percaya dengan cerita-cerita tahyul seperti serigala
kejadian, hantu dan bermacam-macam lagi apabila gerhana berlaku. Dan
lebih malang lagi anak kecil pun di ajar begitu.
Oleh
itu umat Islam hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan
khurafat dari sebarang fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai
kepercayaan karut dan khurafat boleh membawa ke lembah syirik
kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment