Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup
Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.
Anelka
dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta peluang
dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris
(British Primiership League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka
menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol. Jumlah ini lebih banyak
berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.
Nicolas Anelka dan Didier Drogba
Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan
pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Kedua-duanya
dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan antara
bintang bola sepak dunia.
Di
sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang lawan, Nicolas
Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang
tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa
serba salah jika mahu bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam
permainan.
Di
barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain
yang amat tenang tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang
pemain yang tidak beremosi seperti dahulu lagi. Tidak seperti semasa dia
bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. Ketika
itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak
yang suka merajuk dan emosional.
Memeluk Islam
Kini
Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang,
tidak baran, dan tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang
lagi sejak bermain di Chelsea. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap
Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak mengawal diri? Dalam
temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang
perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.
''Islam
banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan
mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang
Muslim, sebuah agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti
kehidpupan dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.
Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.
''Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai,'' terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.
Bilakah Anelka memeluk Islam?
Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun 2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang Muslim.
Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. ''Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,'' katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.
Franck Ribery

Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo,
Anelka mendedahkan alasannya mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka,
Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan dirinya. ''Saya merasa
selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini".
Anelka semasa kanak-kanak
Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di atas padang. ''Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi,'' katanya.
Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match,
majalah yang diterbitkan di Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam
adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di luar padang. ''Saya
menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari
kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.''
Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakech, Maghribi.
Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti. Selain
bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau
juga pernah berlakon dalam filem berjudul ''Le boulet'' sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.
Tetap berpuasa
Sebagai
seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang
taat, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka
untuk tetap menjalankan aktivitinya di padang bola sepak. Seperti
kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap berusaha
menjalankan ibadah puasa.
Dalam
wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai
seorang Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan
menjalankan kewajipan puasa. ''Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang
sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang
lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya mengalami dua atau tiga
kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.''
Bersyahadat di Fenerbache
Sejak
menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka
telah mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini
perpindahan Anelka kepada agama Islam ini berlaku ketika dia bermain
bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.
Anelka menyarung jersi Fenerbahce
Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.
Meskipun
selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain
dengan Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia
berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan 13 juta pound pada
awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim dengan Manchester
City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka
mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke
Lige Perdana Inggeris. Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya
dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada
musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai 15 juta pound.
Biodata Anelka
Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka
Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka
Tempat Lahir: Versailles, Perancis
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Isteri: Barbara Tausia
Kelab Sekarang ini: Chelsea FC
Masuk Islam: 2004
Kerjaya Profesional:
1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)
2. Arsenal (Inggeris)
3. Liverpool (Inggeris)
4. Real Madrid (Sepanyol)
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki)
7. Bolton Wonderes (Inggeris)
Biodata Anelka
Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka
Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka
Tempat Lahir: Versailles, Perancis
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Isteri: Barbara Tausia
Kelab Sekarang ini: Chelsea FC
Masuk Islam: 2004
Kerjaya Profesional:
1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)
2. Arsenal (Inggeris)
3. Liverpool (Inggeris)
4. Real Madrid (Sepanyol)
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki)
7. Bolton Wonderes (Inggeris)
No comments:
Post a Comment