Monday, August 22, 2011

akhirnya najib dan big mama akan ke mahkamah juga

Peguam Anwar sapina PM dan isteri jadi saksi pembelaan

Tujuh saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah disapina oleh pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar. Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar, memberitahu Mahkamah Tinggi yang mereka telah mensapina tujuh saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaan pada akhir kes mereka untuk menjadi saksi pihak pembelaan.
Karpal memaklumkan demikian kepada mahkamah selepas Anwar selesai memberikan kenyataan pembelaannya dari kandang saksi, untuk menjawab pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd.1 Saiful Bukhari Azlan, 26.
Saksi berkenaan ialah Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd . Yusof, doktor Pusrawi yang memeriksa Mohd. Saiful, Dr. Mohammad Osman Abdul Hamid, jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh dan pembantu rumah Indonesia, Suliati.

No comments:

Search This Blog

Loading...