Wednesday, July 13, 2011

wajarkah dengan balasan yang dipulangkan kepada rakyat.

tak malu kah pemimpin negara 1 malaysia bila berhadapan dengan pemimpin negara luar selepas kejadian yang berlaku pada 9 julai lepas. mengaku negara demokrasi berparlimen,tapi bila rakyat pakai baju warna kuning pun kena tangkap.maka sama lah pemimpin negara 1 malaysia yang berketua APCO seperti pemimpin yang digulingkan baru-baru ini.


selepas menyaksikan semangat puluhan ribu peserta-peserta perhimpunan pada 9 julai yang lalu, walau terpaksa mengharungi puluhan sekatan gestapo negara 1 malaysia namun kejayaan untuk berhimpun seramai itu mengesahkan bahawa kejatuhan parti APCO ini sudah semakin hampir.rakyat tanpa mengira kaum, tanpa batasan umur sanggup untuk mengharungi gas dan air semata-mata untuk keadilan.bukan kerana dipaksa seperti kakitangan awam yang terpaksa hadir untuk meramaikan program bersama pemimpin negara 1 malaysia.

cuma pesanan untuk anggota gestapo dan pemimpin negara 1 malaysia, jangan lupa bahawa anda semua menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat dan dibayar dengan wang rakyat untuk memikul amanah tersebut. jadi wajarkah dengan balasan yang dipulangkan kepada rakyat.

kalau di hong kong dan amerika syarikat, pembayar cukai akan mempersoalkan tanggungjawab anggota keselamatan mereka jika keselamatan mereka tergugat. tapi di negara 1 malaysia rakyat ditindas oleh anggota keselamatan aka gestapo mereka sendiri. sebabnya hanyalah kerana warna kuning.

walau bagaimanapun syabas dan tahniah pada pejuang-pejuang 9 julai demi untuk memastikan proses pilihanraya dinegara 1 malaysia yang mengamalkan demokerasi berparlimen adil dan telus.teruskan perhimpunan selagi tuntutan tidak ditunaikan.

No comments:

Search This Blog