Pada tahun 1997, sekumpulan saintis pakar saraf dari Universiti California di San Diego yang diketuai oleh Dr. Vilayanur Ramachandaran  telah berjaya menemui satu saraf kecil di dalam otak manusia yang mampu  bertindak balas terhadap aspek agama dan ketuhanan. Saraf tersebut  akan menjadi lebih utuh sekiranya dirangsang untuk terus mengingati  Tuhan. Penyelidikan ini dikenali sebagai 'God Spot' atau 'God Module'.  Tidak dinafikan bahawa dunia melihat penemuan ini sebagai sesuatu yang  menakjubkan. Apapun, adalah tidak menghairankan jika fungsi saraf ini  telah ditemui. 
Dr. Vilayanur Ramachandaran
Terbukti  Tuhan telah menciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk  kita sentiasa ingat dan tunduk pada-Nya. Bahkan di dalam kitab suci  Al-Quran sendiri, Allah SWT pernah berfirman :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar " 
(QS Fussilat : 53)
Untuk  mendapatkan kupasan lebih lanjut berkenaan `God Spot' ini, Majalah i  telah menemu bual pakar pengimejan diagnostik dari Hospital Tengku  Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya Ibrahim.
Merujuk kepada penyelidikan Dr. V Ramachandran itu, Dr. Suraiya menjelaskan bahawa bidang sains 'neurotheology' merupakan satu perkembangan yang masih baru. Antara lain bidang ini mempelajari tentang neurobiologi.  saraf manusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan, mengenal  pasti saraf spiritual otak dan juga untuk menerangkan bagaimana ritual  agama memberi kesan kepada perilaku manusia. Sebelum. itu marilah kita  mengenal pasti fungsi otak terlebih dahulu.
Otak  adalah organ paling kompleks yang ada di dalam tubuh manusia. Otak  dianugerahkan oleh Tuhan dengan tujuan untuk membezakan manusia dengan  haiwan dan ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain. Di dalam otak manusia,  terdapat 100 bilion neuron (saraf sel). Manakala trilion saraf lagi  menghubungkan serat yang dipanggil sinapses. Otak manusia mampu  menyimpan 100 ribu fakta dalam satu-satu masa dan berjutajuta fakta  sepanjang hayatnya.
Kaedah Kajian "God Spot"
Sebelum kajian ini dijalankan, para pesakit epilepsi atau sawan (temporal lobe epilepsy)  melaporkan bahawa mereka begitu kuat mengingati Tuhan sebaik sahaja  serangan sawan berlaku. Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat  dengan Tuhan dan seolah olah mendapat petunjuk semasa mereka berada  dalam keadaan tidak sedarkan diri. Situasi tersebut telah menarik minat  penyelidik hinggalah membawa kepada kajian tentang 'God Spot'.
Kajian  ini telah melibatkan dua kelompok manusia sebagai tujuan perbandingan  kajian. Kumpulan pertama merupakan pesakit sawan dan yang kedua pula  ialah golongan yang beragama misalnya paderi, nun, sami Budda dan  termasuk alim ulama dari agama Islam. Kajian dijalankan dengan kaedah  teknikal mereka iaitu EEG, fMRI dan PET Scan.
Pemeriksaan melalui EEG
Semasa  sedang diuji, tindak balas otak mereka telah direkodkan. Para  testimoni ini telah ditunjukkan beberapa siri perkataan yang merujuk  kepada agama dan ketuhanan sepanjang kajian. Hasilnya, para pesakit  epilepsi dan kumpulan agama ini menunjukkan tindak balas saraf yang  sama sebaik mereka memikirkan tentang Tuhan dan kepercayaan. Dengan erti  kata lain, 'God Spot' bertindak sama seperti antena yang memandu kita  untuk berfikir tentang ketuhanan.
Hasil  kajian akhirnya mendapati tidak kiralah sama ada seseorang itu  percaya kepada agama mahupun tidak, ia sebenarnya bergantung kepada  sejauh mana saraf ini digunakan dan diperkembangkan.
Dengan  itu, sebaik sahaja manusia melangkahkan kaki ke tempat ibadah yang  suci sama ada masjid atau gereja, perasaan ingin menghambakan diri dan  ingin menjunjung Tuhan sentiasa mengisi hati mereka. Sesetengah saintis  mengatakan itulah tindakan 'God Spot, atau pusat spiritual yang  terkandung di dalam otak manusia.
Tuhan  meletakkan saraf 'God Spot' di dalam otak manusia kerana itu adalah  pilihan-Nya sebagai salah satu cara untuk Dia berhubung dengan  hamba-Nya. Dan kita sebagai hamba boleh memperkembangkan lagi saraf ini  jika kita mahu lebih mengenali dan memahami tentang Tuhan.
Memetik  inspirasi daripada ayat AlQuran, Dr-Suraiya menjelaskan bahawa 'God  Spot' haruslah diperkembangkan dengan sempurna bagi mereka yang  mencintai agama. Manakala bagi mereka yang tidak mahu memperkembangkan  fungsi saraf 'God Spot' ini, mereka akan dikatakan sebagai pekak, bodoh  dan buta 'Summun Bukmunn Ummyunn'.
Allah swt berfirman:
Dan  (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari  sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya  berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau  Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar  di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam)  adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"
(Surah Al A’raf ayat 172)




1 comment:
jadinya iman tu dok di otak la. lagi kuat sawan lagi kuat ingatan pd tuhan mcm tu? lepas ni pakat2 buat seminar mengembangkan god spot pulak, boleh buat duit tu
Post a Comment