Tuesday, June 14, 2011

Kemunculan bijih besi anugerah untuk rakyat Kedah

Bijih besi tiba-tiba muncul di bumi Kedah dianggap rezeki rakyat negeri ini oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas tiga tahun menerajui pemerintahan sebagai Menteri Besar.
Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di Daerah Kubang Pasu, Pendang dan Kuala Muda. Beliu berkata demikian kepada pihak media selepas mempengerusikan Mesyarat Mingguan Exco di sini.



Justeru itu negeri Kedah bakal memperolehi pendapatan baru hasil bumi yang akan memacu ekonomi Kedah mencecah jutaan ringgit. “Sumber  hasil bumi baru ditemui dikenal pasti ada di Daerah Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pendang sejak tahun lepas. Mungkin ada juga dalam daerah lain di Kedah ini,” katanya.
Ada beberapa pihak yang datang untuk  berunding dengan Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk  mengusahakan projek tersebut, katanya.
“Seperti biasa kita membuka tawaran kepada sesiapa sahaja dan tawaran dibuat menerusi tender terbuka,” ujarnya
Beliau juga memberitahu Kerajaan Negeri akan meneliti sumbangan pihak pengusaha atau syarikat berkenaan yang berminat dengan projek ini.
“Ini adalah proses biasa pihak yang menawarkan jumlah tertinggi mempunyai peluang besar memperolehi projek ini,” katanya.
Ini tidak mustahil kerana pada zaman yang dikenali sebagai Kedah Tua negeri ini muncul sebagai negeri pengeluar bijih terbesar peringkat antarabangsa  menjadikan pelabuhan di kawasan Sungai Merbok sibuk dengan  ratusan kapal yang singgah setiap  hari.
Terdapat kesan jeti sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Batu  yang menjadi bukti adanya pengkalan tempat kapal-kapal berlabuh membeli bijih besi keluaran lain dari negeri Kedah.
Kajian itu juga telah menemui kilang melebur bijih besi di Jeniang yang beroperasi sebelum abad ke 4 masihi lagi.
Justeru itu katanya,  tidak mustahil Kedah akan memasukki era baru dalam bidang ekonomi sebagai pengeluar bijih besi untuk pasaran antarabangsa terutama China.
Selain itu Kedah merancang untuk membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan dengan memohon kerajaan pusat menyambung lebuhraya dan landasan berkembar dari Pendang ke Pulau Bunting.
Kerajaan Negeri bercadang membangunkan Pulau Bunting  sebagai pelabuhan berikutan di pulau tersebut sudah ada jambatan yang bernilai RM10 juta.
“Jalan keretapi berkembar akan  siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan kita mahu produk dari China yang menjadi kegemaran rakyat Afrika dibawa ke Pelabuhan Pulau Bunting sebelum dihantar ke negara tersebut,” katanya.
Ujarnya lagi, keretapi ini difahamkan bertolak dari Ipoh ke Kunming, China dan Kedah akan merebut peluang dengan membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan ekoran China sekarang ini muncul sebagai pengeluar  produk pelbagai guna.
Kemunculan bijih besi anugerah untuk rakyat Kedah

No comments:

Search This Blog