Tuesday, November 24, 2009

Nik Aziz, ARiff Fahmi Dan Husam Musnahkan Impian Musuh PAS

ALHAMDULILLAH, kemelut di Kelantan boleh dikatakan berakhir. Cuma, yang masih belum berakhir adalah kisah Kickdefella. Biarkan beliau dengan cerita-ceritanya, begitu juga biarkan SPRM dengan siasatannya. Tumpuan kita adalah ingin melihat PAS terus kuat di Kelantan. Umno pula tentunya ingin melihat PAS menjadi semakin lemah di Kelantan kerana jika PAS lemah di Kelantan, maka lemah jugalah PAS di Malaysia. Itu hakikatnya.

Jika sebelum ini dikatakan Ariff Fahmi selaku CEO PMBK bakal membuatkan imej PAS tercalar dan memburukkan nama Mursyidul Am PAS iaitu bapa mertuanya sendiri, nah, kini Ariff Fahmi akan berkorban agar tidak berlaku sedemikian rupa. Ariff Fahmi akan meletakkan jawatan bukan kerana beliau disabitkan dengan rasuah mahupun penyelewengan atau pun gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, tetapi kerana beliau sayangkan PAS. Tok Guru Nik Aziz pula bukan tidak sayangkan menantunya, tetapi beliau lebih sayangkan PAS. Husam Musa pula, beliau tidak meletakkan jawatan sepertimana kehendak Umno atau beberapa orang di dalam PAS termasuk penulis MSO, bukan kerana beliau sayangkan jawatan yang dipegangnya sekarang tetapi kerana beliau lebih sayangkan PAS.

Tetapi, adakah mereka yang ingin melihat Ariff Fahmi atau Husam meletakkan jawatan itu terlalu sayang pada PAS melebihi sayangnya Tok Guru Nik Aziz pada PAS? Wallahu Aklam, Allah jua yang mengetahui niat mereka. Tidak kiralah samada ada yang suka atau duka melihat perkembangan yang berlaku di Kelantan saat ini, yang penting ketiga-tiga insan ini iaitu Tok Guru Nik Aziz, Husam dan Ariff Fahmi telah membuatkan Umno kehilangan `senjata' yang baru hendak diasahnya itu. Pedulikan jika ada ahli-ahli PAS yang lain juga se`mazhab' dengan Umno yang mahu Umno memerintah Kelantan.

Apa pengajaran dari peristiwa ini? Pengajarannya mudah, iaitu tiada yang lebih tinggi nilainya melainkan pengorbanan untuk parti dan jemaah. Tok Guru telah lakukan itu, Husam dan Ariff Fahmi juga telah melakukan itu semua. Kini, kita masih menunggu ada atau tidak pemimpin PAS samada di Selangor atau di mana jua yang sanggup melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS atau setidak-tidaknya seperti Ariff Fahmi. Setakat ini kelihatannya tiada. Berdayakah mereka yang pernah `berunding dalam kelambu' bersama Umno di Selangor suatu ketika dahulu untuk berbuat seperti ketiga-tiga insan itu tadi? Rasanya jauh panggang dari api. Siasatan terhadap mereka oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pun kita tidak tahu perkembangannya. Sepi tanpa berita.

Apa yang berlaku di Kelantan menunjukkan Mursyidul Am PAS tidak bertolak ansur jika imej PAS tercalar. Oleh sebab itulah beliau amat marah jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bertindak seperti ingin menghancurkan PAS. Secara peribadi, tahniah buat Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi dan Husam kerana ketiga-tiga mereka ini telah bertanggungjawab `menyapu' najis ke `wajah Umno dan yang se`mazhab' dengannya. Umno pasti tumbang bersama sekutunya, InsyaAllah./Kembali ke laman asal.

2 comments:

sdrahiman said...

Assalamualaikum brader Cheh,

Apa yang berlaku di Kelantan bukan isu ustaz Nik Aziz sayang PAS. Bukan Bukan isu Ariff Fahmi sayang PAS dan taat pada ustaz Nik Aziz. Juga bukan isu Husam sangat patriotik pada PAS.

Isunya ialah salahguna kuasa, rasuah haji dan kronisme yang melibatkan ustaz Nik Aziz, Ariff dan yang lain-lain yang sedang dibongkat sekarang.

Natijahnya supaya kita semua berfikir, sedar, insaf dan kalau perlu bertaubat.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dibongkar yang menunjukkan bahawa kemungkiaran terlalu banyak berlaku di kalangan orang-orang yang setiap hari berceramah tentang kemungkaran.

Kalau kita telusuri isi ceramah ustaz-ustaz PAS di mana-mana, tidak ada lain yang mereka mahir untuk jeritkan ialah isu rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan ketidakadilan pihak lain. Samada dakwaan itu betul atau tidak mereka tidak peduli. Yang penting pendengar menjadi asyik dan syok.

Oleh itu dalam isu di Kelantan ni kita mempunyai pilihan:

1. Kita mengambil sikap Islam yang tulen
2. Kita mengambil sikap Islam PAS yang berkuasa mengubahsuai hahal kepada haram, haram kepada halal ikut keperluan dan situasi
3. Ikut kaedah bukan Islam yang disesuaiakan supaya nampak macam Islam.

Kita sama-sama berdoa supaya ustaz Nik Aziz terbuka hatinya untuk pergi berjumpa dengan pakar psikiatrik kerana nampaknya elemen penyakit jiwa yang dihadapinya sudah menular dan semakin merebak menyerang hati, jiwa dan pemikirannya.

Kalau kita buat sedikit analisa kita akan dapati ustaz Nik Aziz ini sangat dihormati, dipuja, dimalaikatkan oleh pengikut-pemgikutnya yang sudah tidak seberapa dalam PAS tetapi di luar sana masyarakat sudah bosan dengan kejahilan dan kedunguaanya dari aspek kualiti kepimpnan dan akhlak kepemimpinan.

Jumpa lagi

Anonymous said...

sdr cheh.sebenar nya kita selalu mengalah!cuba kita war-warkan pula tajaan melacong setiap bln ke indon atau siam puak amngok2 ni.mereka pegi wat pa?kan kite ada spy dimana-mana.

Search This Blog