Saturday, November 29, 2008
Harga Minyak turun lagi hujung November ini?
"Temberang ke terbilang kali ni? Menteri 15 sen kita kata dia membayangkan sekali lagi akan penurunan kali ke 5 iaitu penurunan sejumlah 15 sen lagi. Penurunan ini adalah rentetan penurunan sebelum ini sebanyak 55 sen sejak kenaikan 78 sen bagi petron dan 80 sen bagi diesel Jun 2008 lalu.
KALAU betul turun maka sebanyak 70 sen penurunan dilakukan dalam tempoh 5 kali. Rakyat tentu masih ingat kerajaan pun ada bagi duit raya masa raya aritu 10 sen . Rakyat juga perlu ingat semua kita ditipu dengan kenaikan yang sepatutnya pada bulan Ogos tetapi dinaikkan pada bulan Jun. Memang penyapu betul Shahrir, Pak Lah dan BN!
Kesan berantai dan impak kenaikan minyak yang mempengaruhi harga setiap barangan dan perkhidmatan hari ini memang tidak turun-turun pun. Pak Lah patut study pasal ekonomi atau buat ulangkaji lagi jika tak tahu masa hari itu.
Tapi sungguh malang keputusan kenaikan minyak itu memang menyumbang kadar kenaikan inflasi , kelembapan ekonomi, pelabur yang hilang keyakinan dan ekonomi dalam Negara yang lembab.
Penurunan kali ke 5 pada kadar 15 senyang mungkin pada November nanti sebenarnya agak kecil.
Ini kerana harga minyak semasa pasaran harga minyak dunia adalah di bawah paras 60 dolar setong. Kalau dulunya 120 dolat setong dan lebih lagi kerajaan pantas menaikkan harga minyak. Penurunan harga pasaran dunia yang boleh dikira 3 kali ganda ini tidak diberikan sewajarnya faedah yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia. Hanya Syarikat carigali Petronas sahajalah yang bertambah kaya hasil jualam antarabangsanya yang diurusniagakan dengan dolar tempohari.
Petronas rugi ke bila harga minyak naik? Petronas ni macam penjual atau pekedailah yang mana semakin banyak jual atau semakin tinggi barangan dijual dengan harga tinggi maka semakin untunglah sakan. Jadi sepatutnyalah harga minyak pasaran domestic Malaysia dalam lingkungan RM1.50sen satu liter selaras denga harga minyak di bawah paras 60 dolar setong pada hari ini. 1 liter RM2.00 masih tak cukup stabil dan seimbang.
Pak Lah patut tahulah minyak ini adalah turning point atau satu platform untuk setiap perkara . Jika ia naik maka semua perkara pun berubah meningkat juga. Begitulah juga jika harga minyak ini diturunkan dan seimbang maka segala perkara akan menjadi lebih stabil dan seimbang. Tapi rupanya Pak Lah masih termanggu-manggu kerana lambatnya membuat keputusan berkaitan harga minyak ini. Mungkin Najib Razak boleh bantu sesuai dengan statusnya menteri kewangan baru or boros
Jadi, kita perlu perjuangkan harga minyak bawah RM 1.50 seliter."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment