Dan  (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak  akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia  beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka  sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta  kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan  janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu,  kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). (37) Dan  Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya  melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi  Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera  ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana  keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38) Maka kamu akan  mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di  dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari  akhirat kelak. (39)(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang  hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka  bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi  Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan  dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan  hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang  beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut  bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (40) Dan (ketika itu)  berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah  kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya  dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha  Mengasihani. (41) (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju  membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu)  Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah  daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah  engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (42) Anaknya menjawab: Aku  akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku  daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada  sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang  yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan  antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari  orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. (43) Dan (setelah binasanya  kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata:  Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan  hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah  (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi"  serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah  akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44) Dan Nabi Nuh merayu kepada  Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari  keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah  sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah  berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu  (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);  sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau  memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan  mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.  (46) Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung  kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan  mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat  kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)Allah  berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan  berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan  (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri  kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan  dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48) (Kisah Nabi  Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan  kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak  mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan  yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat)  adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
( Surah Hud : ayat 36-49 )
Lebih  kurang 12000 tahun yang lalu, peradaban manusia sebelum peradaban kita  sekarang pernah mengalami suatu bencana banjir yang sangat dasyat. Dan  banjir itu juga mengakibatkan tenggelamnya daratan yang luas. 
Secara  berturut-turut pakar arkeologi menjumpai beberapa bukti yang secara  langsung atau pun tidak mengenai banjir dasyat yang terjadi waktu itu.
Kisah dalam Alkitab yang berkaitan dengan banjir dasyat telah menyebutkan, “Banjir  meluap dan melimpah selama 40 malam, air pasang menuju ke atas, perahu  mengambang dari atas permukaan bumi” : “Arus air meluap dahsyat di atas  permukaan bumi, seluruh pegunungan tenggelam oleh air pasang”: “5 bulan  kemudian, perahu berhenti di atas gunung Ararat; dan setelah 4 bulan  berlalu, ketika daratan sudah kering, Nabi Nuh meninggalkan perahunya.
Sejumlah  besar bekas peninggalan prasejarah telah dijumpai oleh pakar arkeologi.  Contohnya seperti, daratan Atlantis, budaya Yunani, bangunan di dasar  laut dan banyak lagi, kemungkinan besar tenggelam disebabkan banjir  dasyat waktu itu. Ada yang menganggarkan banjir dasyat itu terjadi 5000  tahun yang lalu, mengikuti perkiraan ahli astronomi, perahu Nabi Nuh  mula dibuat pada 2465 SM dan hujan mulai turun pada 2345 SM.
Lokasi gunung Ararat
Setelah perahu Nabi Nuh mendarat di gunung Ararat,  bermulalah kehidupan baru manusia. Mereka yang selamat menjalankan  hidup baru diserata dunia. Begitu juga dengan binatang-binatang.  Biji-biji tanaman kembali disemai. 
Kerana  dianggap melahirkan generasi manusia yang baru setelah Nabi Adam, Nabi  Nuh mendapat gelar The Second Father of Human Being (Bapa Manusia  Kedua). Dari generasi inilah, kebudayaan dan peradaban manusia  dikembangkan. Selain di kawasan Ararat, Mesopotamia yang ribuan tahun kemudiannya menjadi pusat kejayaan Babylon.
Dr. Robert Ballard
Sekumpulan pengkaji underwater surveyors yang diketuai oleh Dr. Robert Ballard,  yang juga telah menjumpai Titanic, telah menjumpai sebuah bangunan lama  berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, berhampiran pantai  Turki. Mereka telah menjumpai struktur bangunan dari batu dan kayu pada  kedalaman beberapa ratus kaki. Penemuan mereka menjadi bukti dari kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh seperti yang diceritakan di dalam Alkitab dan Al-Qur”an.
Menurut  teori mereka, banjir besar tersebut berlaku disebabkan oleh pencairan  gletser dari tanah tinggi di Eropah. “Ini merupakan satu penemuan yang  sangat menakjubkan,” kata Dr. Ballard di dalam rancangan National  Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.
Ballard  menerangkan, “Banyak kes yang terjadi apabila air tawar dari sebuah  telaga berubah menjadi air masin dan kesan banjir besar tersebut  menyebabkan kawasan daratan yang sangat luas berubah menjadi dasar  laut”.
Gunung Ararat di Turki
Kesan tapak bahtera Nabi Nuh as
Kerja pengukuran yang dijalankan
Misteri Bahtera Nabi Nuh as
Sebuah  pasukan yang melibatkan ilmuwan dari Amerika dan Turki telah membuat  penyelidikan terhadap misteri gunung Ararat. Mereka mahu mencari sisa  peninggalan perahu Nabi Nuh.
Apakah  kisah kapal besar Nabi Nuh yang tercatat dalam kitab suci merupakan  peristiwa yang nyata ataupun mitos semata-mata? Selama ini para ahli  sarjana selalu berdebat, tidak ada seorangpun yang beranggapan bahawa  sehingga kini sisa-sisa peninggalan perahu Nabi Nuh masih tersimpan di  puncak gunung Ararat Turki.
Menurut  laporan media cetak Amerika pada 26 April 2004, sebuah pasukan pengkaji  yang seramai 10 orang telah dibentuk oleh pengembara Amerika dan Turki  akan mendekati puncak gunung yang misteri itu, untuk mencari jejak  “kapal besar Nabi Nuh” (The Great Noah Ark).
McGivern  (Ketua The Trinity Corporation of Honolulu, Hawaii) mengatakan, bahawa  sebelum mereka memasuki pegunungan Ararat, para anggota kumpulan perlu  melakukan persiapan kerja yang rapi. Contohnya seperti, mempelajari  data-data yang berkaitan dengan ciri geografi dan bentuk permukaan bumi  serta adat istiadat masyarakat di daerah sekitar gunung Ararat.
Menurutnya,  masalah terbesar yang dihadapi mereka waktu itu adalah bagaimana untuk  melakukan komunikasi dengan penduduk asli setempat. Kerana gunung-gunung  yang tinggi itu dianggap suci oleh para penduduk asli setempat, dan  mereka yakin akan kewujudan “Perahu Nabi Nuh”, oleh sebab itulah selama  berabad-abad, mereka tidak pernah bersedia menceritakan tentang misteri  yang berkaitan dengan gunung-gunung itu kepada orang luar.
Sebagian  besar anggota kumpulan penyelidik mengatakan, bahawa bagi mereka yang  memahami kitab Injil, jika kewujudan “Perahu Nabi Nuh” benar-benar  terbukti, maka itu akan menjadi simbol teragung sepanjang sejarah  manusia, dan menjadi sebuah rekod perkembangan evolusi manusia. Seperti  kisah Nabi Nuh dan perahunya yang selamat dalam banjir besar yang  tercantum di dalam Alkitab dan Al-Qur’an.
Penemuan Awal
Sebenarnya,  pencarian terhadap perahu Nabi Nuh sudah cukup lama dilakukan. Setahun  setelah terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi dasyat pada 2 Mei  1883 yang telah memorak-porandakan kampung di kaki gunung Ararat,  kerajaan Turki menghantar kumpulan ekspedisi untuk melihat kesan gemba  tersebut. Kapten Gayscoyne, duta Britain di Istanbul, turut dalam  ekspedisi itu. Ketika itulah mereka menjumpai “Perahu Nabi Nuh”.
lanjutan dari penemuan itu, pada 1917, Pemimpin Rusia Tsar Nicholas II  telah mengirim 150 orang pakar dari pelbagai bidang dan juga tentara  untuk mencari dan menyelidiki perahu Nabi Nuh. Selepas sebulan, kumpulan  ekspedisi itu baru boleh mencapai ke puncak Ararat.
Dalam  keadaan yang kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka  mengukur panjang perahu Nuh dan didapati berukuran panjang 500 kaki,  lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya tenggelam di dalam  salji.
Hasil  dari kajian itu mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada Tsar,  malangnya sebelum sempat melaporkan kajian itu ke tangan Tsar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jeneral Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, adakah laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan.
Pada  tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat menyelidik  puncak gunung Ararat, dan menjumpai objek yang berbentuk sebuah  perahu. 
Disebabkan  perang dingin Soviet Union dengan AS, penemuan itu tidak dikaji dengan  lanjut dengan alasan “mencegah mata-mata AS mendekati Soviet.  Soviet  melarang setiap pesawat  memasuki sekitar pegunungan Ararat. Larangan itu baru dihapuskan pada  1982, dan sejak itu berbagai kumpulan ekspedisi mula datang ke  pergunungan Ararat, namun tidak ada yang mampu membuktikan.
Pada  1995, penganalisis gambar satelit Amerika, Bolsey Taylor melihat satu  objek misteri yang disebut “keajaiban gunung Ararat” itu. Beliau  menghabiskan beberapa tahun dalam kajiannya, mengumpulkan sejumlah besar  gambar dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut,  akhirnya didapati bahawa itu adalah sebuah objek raksasa yang panjangnya  180 meter. 
Namun,  mereka juga tidak tahu objek apa sebenarnya itu. Menurutnya mungkin itu  merupakan benteng kuno Turki atau kemungkinan juga itu adalah “Perahu  Nabi Nuh”.
Sekitar  tiga tahun lalu, seperti  yang dituliskan oleh G. Joseph, arkeolog Ron  Wyatt dan David Fasold telah menyatakan mereka telah menemui tapak  “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini mengesan jejak kapal itu tidak berada di  puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, berdekatan  dengan sempadan Iran. Tetapi mereka percaya bahawa apa yang dikatakan  oleh Alkitab bahawa bahtera Nuh mendarat di puncak Ararat.
Pergeseran  tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung baru, dapat  mengakibatkan berubahnya lokasi pendaratan tersebut dari puncak gunung  Ararat ke posisi sekarang.
Pengukuran  objek yang mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya, 558 kaki, dan  lebarnya 148 kaki. Di sekitar objek tersebut, Ron Wyatt telah menjumpai  sebuah batu besar dengan lubang pahatan.
Mereka  percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman  dahulu biasanya dipakai pada bahagian belakang perahu besar untuk  menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka telah menjumpai sesuatu  yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja.  Struktur baja tersebut setelah dilakukan kajian, bahawa jenis “vessel”  ini telah berumur lebih dari 100000 tahun, dan terbukti bahawa struktur  ini dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak  pendaratan perahu Nuh.
Pegawai  Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang  didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh ( Gambar dari Kosmo Online )
Sesungguhnya  orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan  gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat  Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka  bertawakal. 
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )










 
 
2 comments:
Banyak versi penemuan bahtera Nabi Nuh nie.
kagum dan tersentuh hati ...
Post a Comment