Saturday, April 18, 2009

umno fobia dengan PRK

nampaknya BN memang dalam keadaan fobia untuk menghadapi PRK yang bakal berlaku di penanti. lihatlah kenyataan pemimpin umno dan BN yang membuat kenyataan bahawa PRK di penanti adalah sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu. Najib Tun Razak pula menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan sebagai permainan politik.

parti keadilan dan PR bukan macam BN..menyimpan orang yang terlibat dengan rasuah. jika didapati wakil atau calonnya terlibat dengan gejala rasuah dan memang terbukti kesalahan tersebut maka wajarlah mereka meletak atau disuruh meletakkan jawatan.

dan pula, kenapa umno takut sangat nak hadapi pilihanraya tersebut? bukankah umno mendakwa rakyat menyokong mereka. dan bukankah sebelum ini punca rakyat menolak BN pada PRU12 yang lalu disebabkan oleh pak lah dan anak beranaknya. tapi sekarang pak lah dan anak menantunya telah pun di nisankan oleh najib dan muhyidin. kenapa pembaziran wang rakyat dijadikan alasan. tapi bila begitu banyak wang rakyat digunakan untuk wanita pertama yang melakukan lawatan ke negeri sembilan tidak membazir? bila duit rakyat digunakan untuk membayar komisen yang tidak munasabah bagi pembelian kapal selam tidak membazir?

jika benar tindakan keadilan ini dianggap permainan politik, jadi apa masalahnya. memanglah keadilan itu pun sebuah parti politik...jadi nak main apa lagi? tak kan nak main masak-masak dengan rosmah kot. jangan lah takut...hadapilah kenyataan bahawa umno dan BN sudah hampir kepada masa untuk menuju kehancuran... disebabkan oleh kemungkaran dan penyelewengan yang telah anda lakukan lebih 50 tahun lamanya. persiap lah diri untuk menghadapi saat-saat yang semakin hampir itu.

untuk PR teruskan perjuangan....lawan tetap....lawan.

takbir..takbir...takbir

Tiada lagi k'jaan campuran PAS-BN



PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.

"Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

"Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa.

Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam.

Dalam mesyuarat yang sama, PAS juga mengambil keputusan untuk tetap dengan keputusan muktamar tahun lalu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Ahmad pula berkata agenda kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Sebaliknya, tambahnya yang juga pesuruhjaya PAS Perak, tidak ada perbincangan khusus berhubung agenda tersebut dalam mesyuarat itu.

Katanya, cadangan presiden kini "hanya tinggal sebagai lontaran idea dan menjadi lipatan sejarah".

Manakala seorang lagi ahli jawatankuasanya Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu kerajaan perpaduan tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat tersebut.

"Tidak buat keputusan rasmi ... ia tidak timbul (lagi) selepas kepimpinan negara bertukar daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada Najib," katanya.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.-

Friday, April 17, 2009

Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya


Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini.

Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.

Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.

Kes ini katanya menjadi 'president' dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.

"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.

Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.

Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun

DAP anggap mahkamah campuri urusan perundangan

IPOH: DAP menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan menarik semula penggantungan terhadap Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya sebagai badan kehakiman mencampuri urusan badan perundangan.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata dengan keputusan itu, semua percakapan atau perbuatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen kini boleh disemak oleh mahkamah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, keputusan itu juga memberi nama buruk kepada badan kehakiman dan mewujudkan duluan yang berbahaya.

"Dengan memulakan campur tangan dalam badan perundangan dan menjejaskan reputasi badan kehakiman, keputusan mahkamah pagi ini (semalam) boleh diabaikan oleh DUN.

"Keputusan mahkamah ini juga hanya deklarasi, bukannya kuasa menghalang.

"Deklarasi hanya satu luahan pendapat. Hakim memberi pendapat mereka mengenai kuasa Speaker DUN," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Osman Abdul Rahman; Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, semua 28 Adun Pakatan Rakyat akan menghadiri Sidang DUN yang dijangka akan dipanggil oleh Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

Katanya, Adun Pakatan Rakyat menunggu notis dua minggu yang akan dikeluarkan Setiausaha Dewan yang baru, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Beliau berkata, Speaker DUN Perak, V Sivakumar menggantung tugas Setiausaha Dewan sebelum ini, Abdullah Antong Sabri, bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Nizar berkata, Ipoh akan menjadi tuan rumah kepada konvensyen Pakatan Rakyat peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 8 dan 9 Mei ini.

Pakatan tolak runding dengan BN

Oleh Wan Faizal Ismayatim

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sependapat dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Kamaruddin Jaafar, bahawa rakyat Perak mungkin melakukan rusuhan seperti di Thailand, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu tidak dibubarkan segera.

Beliau berkata, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan melalui pembubaran DUN bagi membolehkan kuasa penentu dikembalikan kepada rakyat menerusi pilihan raya negeri.

"Kemungkinan (perkara sama seperti di Thailand berlaku di Perak), memang kemungkinan... mana ada orang boleh terima cara macam tu, Malaysia ni bergerak dengan cara demokrasi, orang yang hilang dan tak ada di rumah, tiba-tiba muncul bersama Perdana Menteri sekarang.

Nak ambil negeri guna pilihan raya, jangan rampas kuasa macam tu... kemungkinan berlaku (seperti di Thailand)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Penambahbaikan Masjid Al-Mukhlisin di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, turut menolak sebarang usaha perundingan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan krisis politik di Perak kerana menurutnya biar rakyat membuat keputusan menerusi pilihan raya.

"Perundingan ialah pilihan raya, itu perundinganlah. Krisis yang berlaku di Perak tidak akan selesai kecuali bubar DUN dan diadakan pilihan raya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Kamaruddin dalam laman web Harakah Daily, beberapa hari lalu yang mendakwa tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan tunjuk perasaan seperti di Thailand jika DUN Perak tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz, menyambut baik konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, konsep berkenaan perlu ditonjolkan bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan pada masa sama mendesak Umno tidak lagi mengamalkan prinsip ketuanan Melayu yang dakwanya tidak lagi diterima rakyat.

"Konsep Satu Malaysia perlu ditonjolkan, boleh. Saya nasihatkan pada orang Melayu dalam Umno, tinggal Ketuanan Melayu dan ambil Ketuanan Islam kerana ini bukan masalah Pas, tetapi untuk dunia akhirat," katanya.

MAJLIS PEGUAM TIDAK PUAS HATI KEPUTUSAN MAHKAMAH

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kata pemutus dalam menentukkan kekosongan kerusi Dewan Negeri Perak. Pada masa yang sama Mahkamah juga telah membuat deklarasi bahawa Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong masih menjadi ahli-ahli Dewan Negeri Perak.

Walaubagaimanapun, Menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan, Keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menyelesaikan isu tersebut sepenuhnya dari segi undang-undang dan politik. Keputusan Mahkamah masih mempunyai banyak kekaburan dan lacuna yang tidak terjawab.

Menurutnya lagi, Majlis Peguam Malaysia tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan kerana ia telah mengambil kuasa daripada wakil yang dipilih oleh rakyat dan diberikan kepada pentadbir kerajaan yang dilantik untuk menentukan kedudukan kekosongan kerusi dewan negeri.

Untuk menyelesaikan masalah ini Mahkamah Persekutuan perlu mengkaji semula keputusannya yang berpihak kepada Suruhanjaya Pilihanraya.a

SURAT DATUK HUSAM KEPADA DATUK ZAMBRY

Kepada: YB Datuk Zambry Abdul Kadir,

ADUN Pangkor,

Perak Darul Redwan.

Assalamualaikum wr wt.

PEMBUBARAN DUN PERAK


Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera.

Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya.

Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai ‘Menteri Besar’ tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.
Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan.

Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.
Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil?

Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai ‘Menteri Besar Perak’ sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?

Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.

Salam

Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi’ul Akhir 1430/
9 April 2009

KUASA SPEAKER MENGIKUT PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

Disini saya ingin membawa kepada perhatian semua mengenai kuasa Speaker yang terkandung dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Peritah-perintah Tetap (Standing Orders) merupakan undang-undang atau peraturan-peraturan yang digunapakai oleh Dewan Undangan Negeri. Ia diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak yang Ketujuh pada 23 Mac 1988, menurut Kertas Dewan Bil. 11/88 dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 1988.

Perintah Tetap 89 : Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Bukankah perintah tetap ini memberi kuasa muktamad kepada Speaker untuk mentafsir kandungan keseluruhan Perintah-perintah Tetap. Hanya Speaker sahaja yang berhak mentafsir Perintah-perintah Tetap. Pihak lain tidak mempunyai kuasa langsung dalam memberi pentafsiran undang-undang Dewan Negeri.

Dari Blog Speaker DUN Perak

media yang salah lapor-muhyidin



Media salah lagi? Ya, di Malaysia yang tercinta, pemimpin politik sememangnya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Media salah lagi?

Ya, di Malaysia yang tercinta, pemimpin politik sememangnya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan, mereka tidak mungkin dan tidak akan salah, hanya media yang selalu melakukan kesalahan.
sekiranya anda terbaca sebarang ucapan perkauman yang dikeluarkan oleh pemimpin politik, semestinya itu sebab anda tersilap baca, ataupun media yang salah melaporkan, contohnya "Isu Penumpang" yang hangat dibicarakan juga merupakan disebabkan media yang silap lapor.
Sehingga kerajaan terpaksa menggunakan ISA untuk melindungi wartawan yang tersilap lapor tersebut.

Kebelakangan ini, media salah lagi. Kali ini watak utamanya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Media utama aliran bahasa Cina silap tafsir temu ramah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan UTUSAN yang mengatakan orang cina tidak bersyukur.

Note:
Sin Chew Daily - "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN",
Nanyang Siang Pau - "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi"
China Press - "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan"

Ya, isu ini telah hangat dibicarakan di arena politik malaysia, sehingga sesetengah pemimpin politik MCA dan Gerakan kelam kabut keluar membantah laporan temuramah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan UTUSAN tersebut.

Pada hari seterusnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan media telah memesongkan temuramah beliau dengan UTUSAN dan menolah semua tangguyngjawab tersebut kepada wartawan media aliran bahasa Cina.

Beliau menggangap wartawan tersebut tidak fasih berbahasa dan kerajaan akan menyediakan kursus bahasa kepada mereka jika perlu.

Baru saya sedar bahawa selepas 13 tahun pembelajaran saya di sekolah dan juga di Universiti,
rupa-rupanya bahasa saya adalah kategori gagal jika ikut kata Tan Sri, kerana saya turut terpesong dengan temuramah tersebut dan saya percaya ramai wartwan kini juga merupakan mahasiswa/mahasiswi juga mempunyai proses pepembelajaran yang sama dengan saya.

Adakah kita semua telah salah tafsir?

Kalau ya, saya dengan sekeras-kerasnya meminta pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang pernah membantah isu tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka turut salah faham denagan petikan tersebut.

Read more (with Mandarin translation) at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/04/salah-media-lagi-ini-politik-malaysia.html

Dilema BN terhadap pengundi bukan Melayu


PDF Print E-mail

By Dr. Alias Mohamed

APRIL 16 — Satu perubahan yang agak besar di dua pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 ialah peningkatan undi Melayu kepada calon-calon Barisan Nasional. Namun beberapa kelemahan jentera pilihan raya BN perlu dinyatakan dengan jelas untuk difikir dan diperbaiki serta-merta.

Pertama, pengundi-pengundi bukan Melayu masih terpedaya dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang yakin boleh merealisasikan Malaysian Malaysia. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum 2008 memperkukuhkan azam dan keyakinan ini.

Oleh itu, mereka cuba menterjemahkan kejayaan DAP di Pulau Pinang menerusi undi orang bukan Melayu di Selambau dan Bukit Gantang.

Dengan kata lain, semangat kecinaan dan keindiaan pengundi-pengundi bukan Melayu ini adalah tebal. Mereka menolak dasar-dasar arus perdana yang diterajui oleh Umno.

Kedua, sikap ini secara umumnya mendorong para pengundi bukan Melayu supaya tidak mengundi BN walaupun segala permintaan yang dikehendaki oleh pengundi bukan Melayu telah dipenuhi oleh BN dengan pemberian pelbagai peruntukan di kawasan-kawasan berkenaan.

Mereka mengambil sikap: ambil kemudahan kerajaan tetapi tolak pentadbirannya, walaupun tidak ada kemudahan yang serupa diberi oleh pembangkang kepada pengundi-pengundi bukan Melayu. Sekali gus, ini bermakna mereka menyatakan hasrat perkauman par excellence.

Trend yang serupa dipamerkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Penolakan pengundi Cina terhadap BN boleh dilihat, sungguhpun mereka mendapat bantuan kerajaan dan tidak mendapat bantuan pembangkang.

Di sini, sokongan mereka kepada calon PAS bukan bermakna mereka menyokong parti itu, tetapi sebenarnya menolak kerajaan — untuk menunjukkan sokongan kepada parti pembangkang lain.

Ketiga, parti-parti komponen BN — MCA dan Gerakan — perlu dipertanggungjawabkan terhadap senario ini, terutama amalan dalam MCA yang mendesak kerajaan memberi itu dan ini kepada mereka melalui akhbar-akhbar Cina.

Beberapa bulan kebelakangan ini, sebelum pilihan raya kecil Selambau dan Bukit Gantang, pemimpin-pemimpin mereka mempersoalkan ketuanan Melayu dan kontrak sosial — dua isu sensitif yang menarik imaginasi orang Cina dan India.

Keempat, tindakan-tindakan pembangkang di mahkamah yang melibatkan Perlembagaan negara juga satu lagi punca yang menghakis keyakinan pentadbiran negara yang dipimpin oleh Umno.

Di samping itu, tindakan-tindakan berani pemimpin-pemimpin DAP yang meletakkan papan-papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Pulau Pinang dan Selangor sebenarnya manifestasi politik yang berasaskan aspirasi orang Cina, bukan berdasarkan asas-asas pemerintahan di Malaysia.

Kelima, pengundi-pengundi bukan Melayu teruja dengan rentak kempen dan propaganda anti Umno dan BN. Sikap dan tindakan mereka disokong oleh PAS dan PKR yang hanya ingin menang dalam pilihan raya dan tidak mempedulikan ground rules dalam politik di Malaysia.

Kepada mereka ini, tidak mengapa kalau kuasa orang Melayu diambil alih orang lain asalkan mereka menjadi sebahagian kecil daripada pasukan yang menang.

Hakikat ini sehingga hari ini masih gagal dicanang oleh pemimpin-pemimpin Umno untuk menyedarkan orang Melayu.

Akhir sekali, pemimpin-pemimpin BN, terutama Umno, perlu memahami trend pemikiran parti-parti politik Cina hari ini. Apakah yang harus mereka buat dalam keadaan seperti ini?

Adakah perlu mereka mengambil risiko dalam Pilihan Raya Umum Ke-13?

Thursday, April 16, 2009

ADUN Penanti letak jawatan, pilihan raya kecil keenam


LETAK JAWATAN... Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

"Kami akan mengadakan mesyuarat sebaik sahaja dimaklumkan oleh Speaker... SPR tidak akan melewatkan pilihan raya kecil," kata beliau ketika dihubungi.

Kerusi DUN Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Fairus berkata: "Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga."

Jelas beliau, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya.

Dalam kenyataan itu juga Fairus merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, PKR dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Mac tahun lalu, meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri.

Ketika ini, Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.

Kerajaan P. Pinang bantu SAR RM1.5 juta


GEORGETOWN, 16 April (Hrkh) - Selain Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Pulau Pinang mendapat bantuan RM1.5 juta semalam, Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga mendapat durian runtuh yang sama nilainya sehari sebelum itu daripada Kerajaan Negeri.

Sebanyak 17 buah SAR disenaraikan peruntukan untuk pembangunan, pembaikan SAR, bayaran elaun pada guru dan kakitangan, buku teks, perpustakaan, makmal dan multimedia.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menambah, daripada sejumlah itu RM300.000 diperuntukan kepada SAR Al-Aminiah, Permatang Pauh untuk pembinaan makmal sains.

"Kewujudan makmal sains itu nanti akan menyenangkan pembelajaran pelajar selain dapat membantu melahirkan anak yang cemerlang dan terbilang seperti kejayaan tokoh sains dan agama terkenal yang memperkenalkan ilmu hisab dan astronomi, Al-Khawarizmi," ujarnya.

SAR boleh memperolehi peruntukan itu menerusi akaun sekolah berkenaan melalui 'Electronic Tranfer Funds' (EFT) yang diselia oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

Beliau berharap SAR dapat menggunakan peruntukan itu dengan sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang berjaya suatu hari nanti selari dengan impian Kerajaan Negeri melahirkan cendiakiawan muda yang dapat mengharumkan nama negeri di persada dunia.

Antara SAR yang mendapat peruntukan itu ialah Madrasah Al- Irsyad Al Asyraf AlWataniah, Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Madrasah Manabil Ulum

Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

keputusan ini memang sudah dijangka, kita tahu standard mahkamah di malaysia. kes-kes yang melibatkan parti kerajaan BN yang dibawa ke mahkamah pasti akan memihak kepada mereka. tambahan pula kes ini melibatkan kuasa dan maruah mereka.

telah dibuktikan dengan skandal pita rakaman linggam yang sampai sekarang masih belum ada apa-apa tindakan dari pihak peguam negara setelah tribunal yang menyiasat mendapati ada keperluan untuk tindakan selanjutnya dari peguam negara.

skandal itu membuktikan bahawa mahkamah di negara ini boleh dan telah ditentukan perjalanannya oleh orang politik. jadi tak hairan lah jika tindakan mahkamah yang diambil oleh sesiapa juga yang melibatkan kepentingan ubn akan berpihak kepada mereka.

tapi sivakumar boleh terus membuat keputusan atau tindakan seterusnya yang boleh memeningkan kepala BN di perak. jangan putus asa dan teruskan perjuangan demi menegakkan keadilan kerana akhirnya kebenaran akan menemui kemenangan.

Di sebalik Kecelaruan Politik Terengganu



ramziredang
Ramai raky at terengganu merasa kemaluan yang sangat besar kerana kebodohan sepuluh budak hitam bermain pondok pondok dalam dewan undangan negeri Terengganu. Tiga orang kena ugut sepuluh yang terketar ketar. Inilah gambaran pemikiran wakil wakil yang dipilih untuk membela rakyat. Muncul sekali sekala dengan bahan lawak jenaka untuk rakyat Terengganu. Yang paling aneh bagi kita, kenapa bila tiga orang diugut, sepuluh pula yang hendak tukar MB?

Siapa yang berada di belakang tabir? Siapa yang merancang dan apakah agenda disebalik semua perancangan? Umum semua mengetahui bahawa Ahmad Said adalah pilihan istana. Ahmad Said adalah kesimpulan keamanan bagi pergolakan antara istana dan Idris. Kenapa pergolakan ini cuba ditimbulkan sekarang?
Puas otak cuba mencari kesimpulan dari peristiwa boikot dewan ini. Akhirnya macam dapat satu kesimpulan bahawa yang dituju adalah Najib. Ada tangan tangan ghaib cuba memeningkan kepala Najib. Idris tau dia tidak mungkin dapat merampas kembali tampuk kuasa dari Ahmad Said. Tetapi sekurang kurangnya dia dapat menjalankan agenda orang lain untuk memeningkan kepala Najib.
Dulu pihak Najib yang memeningkan kepala puak ini. Sekarang puak ini pula cuba memeningkan kepala Najib. Tidak mustahil negeri negeri lain pulak akan bergolak selepas ini. Politik berpuak dan tradisi membalas dendam ini memang dah sebati dengan UMNO. Peristiwa ini hanyalah secebis manifestasi dari dendam dan puak. Natijahnya adalah rakyat. Deritanya adalah rakyat. Nyatalah UMNO tidak pernah berubah dan tidak pernah ikhlas untuk membela rakyat

Ada pemimpin yang kecewa kerana diketepikan. Tidak seperti yang dijanjikan sebelum warisnya menyerahkan takhta. Belumpun penyerah takhta turun dari pentas, dia telah dihina sedemikian malu. Jadi, perancangan perlu dilakukan bermula dari sekarang. Pendekkan tempoh pemerintahan Najib. Jadikan negara terumbang ambing. Malukan Najib dengan apa cara sekalipun. Langkah pertama telah bermula di Terengganu. Negeri negeri lain akan menyusul selepas ini.
Najib harus sedar hakikat ini. Lawannya tidak akan berdiam diri begitu sahaja. Yang pasti, siapapun yang berlawan, rakyat sentiasa kalah dan menjadi mangsa. MALANGNYA RAKYAT MALAYSIA

Nasihat kepada Wanita UMNO - jangan peralat Al Quran



Oleh Syed Imran

Pada era Pergerakan Wanita UMNO dipimpin oleh Tan Sri Rafidah Aziz, kita dapat lihat kitab suci Al Qur'an diletak atas rehal di hadapan TS Rafidah. Tak tau pula saya apa tujuan dan faedahnya. Hanya TS Rafidah yang mampu menjawabnya.

Pada saya, perbuatan itu tidak kurang daripada memperalatkan Al Qur'an. Saya katakan demikian kerana Allah turunkan Al Qur'an kepada umat manusia bukan untuk dijadikan perhiasan atas meja, disimpan dalam almari atau diletak atas rak buku.

Penghulu para nabi dan rasul, Muhammad s.a.w. telah bersabda yang maksunya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan yang mengajarkannya".

Al Qur'an mengandungi ilmu yang tidak terkira banyaknya untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan. Tida guna kita meletak Al Qur'an atas meja mahupun dalam almari atau kabinet tetapi kita tidak membacanya. Itu bukan tujuan kitab suci itu diturunkan kepada kita umat manusia.

Jika dilihat foto TS Rafidah dan penolong setiausaha Wanita UMNO Datuk Faridah Abu Hassan yang duduk berdepan senaskhah Al Qur'an di atas meja, kita juga tertanya-tanya sama ada adab yang sepatutnya diikuti. Kaum wanita terutamanya perlu benar-benar suci dari segi hukum sebelum boleh memegang Al Qur'an, mereka juga perlu menutup aurat termasuk bertudung dengan sempurna mengikut hukum. Daripada foto di atas, saya khuatir ia dipatuhi.

Kepada ketua Wanita UMNO yang baru dipilih, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, saya dengan penuh insaf dan rendah diri ingin menasihatnya agar tidak meletakkan Al Qur'an seperti yang dilakukan oleh TS Rafidah.

Al Qur'an tidak boleh dijadikan alat atau diperalatkan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Al Qur'an adalah "Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mu'jizat yang diwahyukan (diturunkan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan yang ditulis di musyaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah".

Oleh itu, adalah disarankan agar Wanita UMNO pimpinan DS Shahrizat tidak akan melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan. Jangan jadikan Al Qur'an sebagai "perhiasan meja" semasa mesyuarat kerana itu bukan tujuannya. Alangkah baiknya jika Wanita UMNO mengadakan majlis tadarus sekurang-kurangnya sekali seminggu daripada hanya meletakkan Al Qur'an di atas meja tetapi tidak membacanya.

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Satu Malaysia orang sudah tahu siapa Najib!



Oleh alhusseyn

 Satu Malaysia hanyalah satu slogan semata-mata.Ianya bukanlah sesuatu yang baru untuk menyatakan penyatuan .Takanlah setelah sekian lama BN memerintah Malaysia ini, konsep penyatuan seperti itu baru nak diketengahkan. Ianya hanya menjelaskan bahawa polisi dan dasar BN selama ini gagal menyelesaikan masalah perkauman di Malaysia.

Rakyat muak dengan kata-kata sahaja. Buktikan bahawa Umno , MCA dan MIC bukan parti perkauman yang sentiasa memainkan sentimen perkauman masing-masing.

Bukankah Umno yang memainkan sentimen perkauman di Perak dengan menuduh DS Nizar sebagai pengkhianat Melayu, kuda tunggangan DAP, boneka, ikut telunjuk Cina, gadai tanah Melayu dan sebagainya.

Umno menggunakan isu pemberian tanah hak milik kekal kepada orang-orang Cina untuk membangkitkan sentimen orang-orang Melayu.Mereka menuduh orang Cina yang diberikan hak milik tanah tersebut adalah orang-orang kominis!

Apakah rakyat akan melupakan peranan Najib dalam rampasan kuasa di Perak? Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau amat jelas menunjukan pertanda yang rakyat tidak memberikan restu mereka kepada Umno/BN.

Bahawa siapa yang memerintah negara ini adalah rakyat Malaysia demi kesejahteraan satu Malaysia.Maka kembalikanlah kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang patut memerintah.

Selesaikan dahulu kemelut politik di negeri Perak yang sudah begitu lama bercelaru.Cara mudah dan terhormat dengan membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya yang baru.

Najib tidak perlu menonjolkan slogan tersebut hanya dengan kata-kata sahaja.Buktikan dengan perubahan ke arah konsep tersebut. Satu Malaysia, orang sudah tahu siapa Najib!

Agenda jatuhkan pemimpin pro Pak Lah bermula?


PDF Print E-mail

Krisis dalaman Umno Terengganu dan Perlis pasca pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah wujud unsur dendam dalam era awal pemerintahan perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, dakwa Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berpandangan mungkin ada suatu agenda nasional akan dirancang untuk menjatuh pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro bekas perdana menteri kelima negara.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa mereka akan menggunakan mekanisma jahatnya seperti mana dilakukan di Perak sebagai satu pendekatan kepada negeri-negeri lain biarpun ia satu pertembungan sesama dalam Umno.

Malah dakwanya yang dihubungi Harakah Selasa lalu, pertelagahan tersebutmenggambarkan mereka sebenarnya yang menjadi penderhaka.

Cuma katanya, dalam konteks Perak, Umno manipulasi perkataan 'sembah derhaka' yang digunakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin.

"Di segi realiti sejarahnya apa yang mereka cuba buat hari ini menggambarkan dengan jelas dan tepat mereka yang menderhaka kepada institusi raja-raja Melayu," dakwanya.

Sementara itu, krisis dalaman Umno di kedua-dua negeri tersebut dipercayai kerana wujud rasa tidak puas hati terhadap kedua-dua menteri besar di negeri berkenaan.

Di Kuala Terengganu pada 14 April lalu laman web Buletin Online dipetik, seramai 10 Adun Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media yang diadakan disebuah hotel.

Sidang media tersebut diadakan ekoran 'ugutan bunuh' yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato' Rosol Wahid (Ajil).

Krisis tersebut bermula pada 11 April lalu apabila Menteri Besar, Dato' Ahmad Said menegaskan Adun BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dipecat.

Sementara itu, di Perlis, Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh dipetik berkata, bekas menteri besarnya Dato'Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis.

Malah beliau dilaporkan oleh satu laman web, menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram".

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, persengketaan Umno itu boleh disifatkan sebagai satu bom yang menunggu masa untuk meletup dan sekaligus menghancurkan Umno.

Dakwanya lagi, ini kerana Najib dipercayai menjadi pelengkap kepada keruntuhan Umno.

Apatah lagi dakwanya Najib dilihat sebagai perdana menteri yang dijadikan alat kawalan oleh Tun Mahathir.

Dalam isu tersebut katanya, tidak mungkin Najib akan dapat memfokoskan untuk menyelesaikan isu itu kerana perbalahan dalam pemilihan Umno baru-baru ini pun gagal diselesaikan.

"Mana mungkin dia mempunyai wibawa dan integriti untuk selesaikan isu di Terengganu dan Perlis," dakwanya.

Mana satu: One Nation atau One Umno?


Slogan brainchild Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak belum pun lagi berusia sebulan.

Namun walau apa sekalipun yang dimaksudkan oleh beliau atau difahami oleh rakyat mengenai slogan tersebut, ia sudahpun menunjukkan tanda-tanda terdapatnya kekeliruan dan ketidak-terimaan rakyat mengenainya.

Jika apa yang dimaksudkan oleh Najib adalah kesatuan dan kebulatan pemikiran rakyat dalam mengharungi pelbagai cabaran yang berpunca dari faktor luaran seperti kesan krisis ekonomi global, maka sudah tentu rakyat akan bersama Najib sekiranya ekonomi dalam negeri bersabit pengguna, gaji dan sebagainya diperbetulkan terlebih dahulu oleh pentadbiran beliau dan rasuah serta pembaziran wang awam, penyalahgunaan kuasa dan political patronage dalam pemberian semua jenis kontrak kerajaan, seperti dalam kes pembelian tanah, pembinaan dan pengurusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan pemberian kontrak bot peronda Tentera Laut Malaysia dihentikan dan mereka yang terlibat di bawa ke muka pengadilan.

Namun sekirannya Najib mahukan kesatuan sedemikian dari rakyat dalam suasana rakyat masih marah dan tidak berpuashati dengan kerajaan UMNO-BN di atas perkara yang dikatakan itu, maka cita-cita aka slogan Najib mengenai One Nation akan merupakan tidak lebih dari satu slogan yang bakal menerima nasib yang sama sebagaimana slogan beberapa Perdana Menteri terdahulu.

One Nation adalah perkataan besar dan kerja yang hendak dibuat bagi mencapai matlamat yang seperti ditakrifkan oleh Najib juga sebesar.

Namun persoalannya apakah Najib boleh melakukannya apabila matlamat One Umno pun masih lagi begitu huru-hara.

Di Terengganu, beberapa orang ADUN Umno-BN dikatakan mahu membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka yang juga dari Umno dan di Perlis, mantan Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri mahukan kembali jawatan MB sedangkan Menteri Besar pula mahukan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri.

Di peringkat BN pula, beberapa orang tokoh dari parti komponen sudah menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai perlantikan atau tidak perlantikan pemimpin mereka dalam kabinet Najib.

Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan oleh Najib untuk mewujudkan One Umno dan One BN. Najib tentu lebih maklum One Nation tidak mungkin tercapai sekiranya parti dan gabungan parti yang sepatutnya menggalas tanggungjawab mencipta One Nation ini masih terus berpecah-belah tanpa kesatuan pemikiran jitu.

Wednesday, April 15, 2009

tok guru Nik Aziz tunai umrah Isnin depan

KOTA BAHARU 15 April — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menunaikan umrah di Mekah selama 12 hari, mulai Isnin ini.

Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Harun berkata Mursyidul Am PAS itu akan berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dengan diiringi isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak perempuan bongsu mereka Nik Salsabila dan Serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Rosdi Abdullah.

“Sepanjang berada di Tanah Suci beliau tidak mempunyai program lain selain mengerjakan ibadah umrah semata-mata,” kata Annual Bakhri kepada Bernama di majlis meraikan Nik Aziz sempena akikah cucunya ke-51 di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Annual Bakhri berkata cucu yang belum dinamakan itu hasil perkongsian hidup anak kesembilan Nik Aziz, Nik Amalina dengan Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan (PMBK)

Bubar Dun Perak jika BN kuat


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) terkejut dan kecewa dengan kenyataan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di dalam media cetak mengatakan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salmah Salleh dalam kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Zambry Abdul Kadir.

Menurutnya, DPPK IT juga kecewa dengan dakwaan pemimpin pemimpin Umno/BN yang mendakwa parti itu mendapat sokongan besar dari orang Melayu, dalam masa yang sama menyifatkan kemenangan calon PAS, Dato' Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Ismail Safian di Parlimen Bukit Gantang adalah kerana PAS mendapat sokongan dari orang Cina yang telah terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.

"Keputusan Pilihan raya Kecil Bukit Gantang baru-baru sebenarnya petanda jelas menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu. BN sebenarnya menguasai kerajaan tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri serta membelakangkan undang-undang," katanya.

DPPK IT melihat contoh sebelum ini seperti kenyataan Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali pernah menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Hulu bagi membuktikannya bahawa rakyat tidak menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini akan berulang lagi dengan kenyataan yang sama.

"Kita mencabar jika benar-benar BN / Umno masih lagi diperlukan oleh rakyat Perak, Zambry boleh menjemput Nizar sama-sama memohon perkenan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak jangan hanya membuat kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang akan menyebabkan pelabur takut untuk datang ke Negeri ini," katanya

Era Baru Tsunami Politik Kedua



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau bagaikan tsunami kedua melanda lanskap politik Malaysia, selepas gegaran pertama, Mac 2008. Ia cukup indah. Segala kepedihan ekoran rampasan kuasa BN, yang didalangi Najib Razak, ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Perak, meskipun tidak terubat sepenuhnya tetapi sudah cukup untuk membuatkan kita menarik nafa lega.

Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang berhempas-pulas mengangkat maruah Pakatan, khususnya berdepan dengan segala fitnah dan tohmah, akhirnya memperolehi kemenangan yang pastinya cukup manis itu. .


Perjuangan untuk memartabatkan suara dan kehendak rakyat Perak menempuh satu fasa baru. Tidak pasti pula bagaimana tanggapan pihak Istana Perak terhadap referendum rakyat yang secara jelas mahu budaya politik lama, seperti yang ditunjukkan oleh Najib Razak dan konco-konconya dibenamkan sedalam-dalamnya

Dari awal semua maklum bahawa pilihanraya kecil Bukit Gantang bukan semata-mata mahu mencari pengganti kepada Almarhum Roslan Shaharom. Ia medan istimewa bagi memenangkan idealisme politik luhur, sekaligus mengatasi budaya politik hodoh, yang selama lebih 50 tahun bermaharajela di bumi Malaysia tercinta ini. Pengundi Bukit Gantang wajar diberi anugerah kerana berani membuat pilihan setepatnya. Mereka sudah menyampaikan mesej yang jelas, tegas dan cukup lantang. Juga memberi amaran, sekiranya Umno-BN terus tidak mahu berubah, apatah lagi mahu berpatah balik ke belakang apabila bersedia memberi tempat kepada Dr Mahathir Mohamad, maka masa depan parti itu sememangnya suram dan kelam.

Bukit Gantang juga mempamerkan pendekatan lapok dan kuno Umno-BN. Walaupun Najib memberi jaminan tiada lagi rasuah politik dalam bentuk projek mee segera, tetapi realitinya bumi Bukit Gantang dan Bukit Selambau menjadi bukti sikap lidah bercabang mereka. Segala projek mahu dilonggokkan di sana, belum dikira umpan wang ringgit dan ugutan-ancaman buat pengundi yang sukar dilunakkan dengan cara halus. Tabik buat pengundi Melayu yang tidak termakan dengan fitnah Umno-BN yang mendakyahkan bahawa Nizar itu boneka DAP, orang yang menjual tanah kepada Cina dan Menteri Besar yang derhaka kepada rajanya sendiri.

Pengundi Melayu yang menjadi taruhan Umno-BN untuk merampas kembali Bukit Gantang sudah berfikiran matang dan dapat menilai fakta yang dikemukakan Nizar dan jentera kempen PAS-Pakatan Rakyat. Sentimen perkauman sempit ditolak mentah-mentah petanda positif rakyat berbilang kaum di negara kita masih dapat berfikir dan menimbang sesuatu secara rasional, walaupun dalam situasi sulit dan genting semasa kempen pilihan raya. Mereka juga menolak propaganda murahan Umno-BN yang disebarkan secara meluas melalui RTM (Radio Televisyen Mahathir). Rakyat lebih percayakan sumber berita alternatif termasuk melalui media baru di alam siber.

Era baru tsunami politik yang kedua ini harus diwarnai sebaiknya oleh Pakatan Rakyat. Gerak kerja perlu diatur segera bagi memastikan harapan tinggi rakyat itu tidak disesiakan. Peluang untuk menawarkan kerajaan alternatif dalam pilihan raya akan datang begitu cerah. Peralihan kuasa dalam kerajaan dan Umno-BN tidak sewajarnya menganggu pelan peralihan kuasa sebenarnya, iaitu daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta barisan kepimpinan Pakatan di semua peringkat tidak seharusnya membazirkan peluang keemasan ini. Siap sedia memacu perubahan dan membentuk kerajaan alternatif dalam pilihan raya akan datang, insya-Allah.

Tiba masanya Najib pula tertekan?



Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Meskipun lebih seminggu kabinet Dato' Seri Najib Tun Razak telah diumumkan, namun pelbagai pandangan terhadap barisan kepimpinannya tidak berlalu begitu sahaja.

Malah, setiap hari akhbar arus perdana termasuk eletronik terus menerus membincangkan perihal kabinet baru Najib yang mengekalkan 'ciri lama' ala pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai yang melihat, inilah kabinet 'glokal' idaman Najib yang juga diimpikan 'first lady', Datin Seri Rosmah Mansor yang akan menerajui negara bersama suami tersayang.

Menyentuh kabnet Najib, pemerhati politik rata-ratanya melihat tidak ada apa yang istimewa kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Dato' Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam.

Selainnya, sama wayang lama yang dipamerkan semula untuk tatapan rakyat yang semakin boleh menilai sejauh mana kabinet 'ikan busuk' ini mampu melakukan kerja untuk rakyat.

Malangnya, berdasarkan pengalaman kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini perihal melantik golongan agamawan tidak mampu menggugat Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

Untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno dilihat semakin sukar kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh.

Biarpun konsep 'one Malaysia' dicanangkan, namun ramai yang melihat ia sekadar satu propaganda yang tak akan menjadi kenyataan jika Umno sendiri tidak berubah.

Malah telah terbukti kemasukan tokoh-tokoh agama dalam Umno sebelum ini seperti bekas Imam Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail dan Dr. Mashitah Ibrahim tidak mampu mengubah dasar dan perjuangan Umno yang terus diragui rakyat.

Dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian dan pusat tokoh-tokoh agama tersingkir seorang demi seorang atau mula menjauhkan diri daripada Umno apabila Pak Lah 'bersara' sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Apa-apapun pembentukan kabinet baru Najib membibitkan lagi perpecahan yang berlaku dalam Umno hari ini, bukan sekadar retak menanti belah tetapi hanya menunggu masa untuk bersepai.

Paling menjolok mata, Najib menuruti kemahuan Tun Mahathir supaya tidak melantik Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membarisi kabinet, sebaliknya melantik Mukhriz yang tewas ditangga ketiga.

Perihal pelantikan Mukriz ini ibarat halilintar yang bakal menggoncang Umno, dan Khairy walau dalam nada kononnya redha, dihati kecilnya siapalah yang tahu.

Mengikut kelazimannya, Ketua Pemuda akan memegang jawatan dalam kabinet, namun kali ini nyata permusuhan Tun Mahathir dengan Khairy mengatasi segala pertimbangan.

Ramai kalangan penyokong Khairy melihat, tidak melantik Khairy tidak mengapa jika Mukhriz pun tidak dilantik sama, tetapi dengan melantik Mukhriz jelas secara terang-terang Najib ingin menunjukkan kuasa dan pengaruhnya.

Ini juga satu penghinaan kepada Khairy dan secara tidak langsung kepada Abdullah dan penyokong-penyokongnya yang masih 'wujud' dalam Umno.

Beberapa sumber dalaman Pemuda Umno menyebut,selepas Najib mengumumkan kabinetnya, Khairy Jamaludin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam bertempat di kediaman rasmi di Melaka.

Kata sumber, apa yang menarik pertemuan itu melibatkan dua tokoh yang tersingkir dan terbuang daripada 'projek pembaharuan' yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib sama ada di dalam Umno atau dalam kerajaan.

Pertemuaan ini dikatakan berkait rapat sebagai perancangan dan perbincangaan survival politik mereka dalam Umno.

Terbaru, berdasarkan situasi itu kini wujud keyakinan di kalangan pemimpin Umno sendiri bahawa Khairy bakal berhadapan tindakan lebih tegas daripada Lembaga Disiplin Umno berdasarkan penemuaan 'bukti baru' oleh lembaga itu.

Walaupun Khairy menjelaskan ia lebih kepada perbincangan untuk menentu dan melantik Ketua Pemuda Umno Negeri yang baru, namun pastinya ada strategi yang sedang diusahakan Khairy untuk survival politiknya.

Ada yang menyatakan Khairy akan menyerang melalui beberapa menteri kanan yang masih ada 'kaitan' dengan kem Abdullah.

Sementara rakyat Melaka pula hari ini semakin mempercayai bahawa tempoh jawatan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri agak goyah ketika ini.

Malah ada yang menyatakan, Ali hanya menanti keputusan Najib untuk menyingkirkan beliau, bersekali dengan rakan sejawatnya di Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohammad Hassan (teman rapat Kahiry).

Dan tidak terkejut jika dalam beberapa hari lagi, Ali mungkin akan melepaskan jawatan sebagai ketua Menteri untuk memberi 'laluan' kepada muka baru.

Maka semakin tepatlah ramalan banyak pihak akan ada sesuatu tindakan bakal dilakukan oleh Najib untuk membersihkan saki baki pengaruh Abdullah dalam Umno dan juga kerajaan.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar bahawa tindakan ini penting bagi Najib dalam memiliki kuasa dan cukup pengaruh agar semua pemimpin Umno dan kerajaan berada di bawah telunjuk beliau.

Nah kini kewujudan kabilah-kabilah dalam Umno berterusan, malah kabilah ini akan saling menyerang antara satu sama lain berdasarkan kepentingan perut mereka.

Untuk menghentikan perihal kabilah ini, pastinya suatu yang sukar dan hakikatnya rakyat lah yang akan terus menderita angkara pertelingkahan kabilah ini.

Namun perlu Najib intai bahawa pentadbirannya juga kini mula diserang dengan pelbagai tekanan yang mungkin datang dari watak-watak Abdullah yang masih ada dalam kabinet beliau hari ini.

Perihal krisis di Terengganu mungkin sebagai satu 'permulaan' pentadbiran Najib akan menerima buah-buah tangan Abdullah yang bakal menggoncang.

Hari ini mungkin krisis sepuluh wakil rakyat BN Terengganu yang dikatakan tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri akan menjadi titik permulaan serangan Abdullah terhadap Najib melalui watak-watak yang masih ada dalam kepimpinan Umno versi Najib.

Kemelut Umno di negeri Perlis sebagai tambahan kepada corat-coret adegan yang akan berkesinambungan dalam pemerintahan Najib yang bakal menyaksikan tekanan yang berlaku kepada Abdulah sebelum ini akan berlaku juga kepada Najib.

Mungkin ada benarnya kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar bahawa hayat politik Najib mungkin lebih singkat dalam melengkapi teori RAHMAN.

Apakah krisis ini jalan permulaan kepada kehancuran politik Najib, sama-sama kiota saksikan.

Najib mahu pindaan ISA dilaksana segera

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk berbincang mengenai pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya ada beberapa idea yang akan saya bincang dengan dia terlebih dahulu. Selepas itu kita akan umumkn kepada orang ramai," katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pindaan Akta ISA akan dilaksanakan.

Najib sekali lagi menegaskan bahawa pindaan semula akta itu akan tetap dilaksanakan.

Ditanya bila pindaan tersebut akan dilaksanakan, beliau berkata: "Kita mahu ia dilaksanakan secepat mungkin."

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Najib melakukan tindakan drastik dengan membebaskan 13 tahanan ISA, mengumumkan semakan ISA dan membenarkan penerbitan semula dua akhbar milik pembangkang iaitu Suara Keadilan dan Harakah.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai konsep Satu Malaysia yang dikatakan mempunyai persamaan dengan konsep Malaysian Malaysia yang dicadangkan oleh DAP sebelum ini, Najib berkata, beliau akan menerangkan konsep itu kepada Kabine esok.

"Selepas itu saya akan akan terangkan kepada pengarang-pengarang mengenai apa yang saya maksudkan," katanya.

Bersihkan PAS dari pemimpin rasuah jika ada



Oleh : tulahan

 Selepas PRK Bukit Gantang, tumpuan pemerhati politik sekarang kepada pemilihan kepimpinan PAS. Mesyuarat Agung PAS Kawasan sedang berlangsung, manakala Mesyuarat Agung PAS Cawangan sudah pun berakhir hujung Mac lalu.

Muktamar PAS Pusat bagi memilih kepimpinan PAS Pusat akan berlangsung awal Jun ini. Berkaitan pemilihan kepimpinan PAS, Tok Guru Nik Aziz memberi pesanan kepada ahli PAS.


“Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya.

Penulis amat bersetuju dengan pesanan Tok Guru. Apa guna jika tawarkan diri bertanding jika dah tahu tak boleh buat kerja. Kalau terpilih nanti, jamaah tak bergerak dan ini merugikan jamaah.

Berbicara tentang kepimpinan PAS, sudah kedengaran cerita2 tentang pemimpin PAS yang tidak sedap didengar. Sudah ada cakap2 tentang pemimpin PAS yang sombong, berlagak, megah dan besar kepala seperti di sini

Sehingga Ketua Pemuda PAS YB Sallehudin memberi nasihat :

"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka".

Memandangkan PAS adalah jamaah yang memperjuangkan Islam, maka pemimpin yang akan menerajui PAS perlu memenuhi ciri-ciri kepimpinan Islam.

Harapan rakyat semua kaum kepada PAS cukup tinggi. Rakyat melihat pemimpin PAS bersih, tidak rasuah, sederhana dan prihatin terhadap masalah rakyat. Sebab itulah PAS mendapat sokongan dan kemenangan dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.

Justeru, bila ada pemimpin PAS yang sudah mula lupa diri. Menjadi tanggungjawab kepimpinan tertinggi PAS membetulkan keadaan ini. Pemimpin PAS yang lupa diri ini harus ditegur kerana jika tidak ditegur. Mereka menganggap perbuatan mereka itu betul dan tidak salah.

Terbaru, ada kedengaran juga pimpinan PAS yang mendapat komisyen balak sehingga ratusan ribu. Walaupun belum ada kesahihan , namun jika tidak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Pimpinan tertinggi PAS mesti melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemimpin yang rasuah ini.

Pemimpin yang rasuah sama ada ustaz atau profesional, kumpulan "pro-Muzakarah" atau " Erdogan" tidak sepatutnya berada dalam saf kepimpinan jamaah. Sekiranya, pemimpin rasuah ini tidak diambil tindakan, ia akan menjadi barah dalam jamaah.

Kepimpinan PAS tidak boleh bersikap double standard dalam menangani pemimpin yang terbabit dengan rasuah. Jika pemimpin umno rasuah makan komisyen balak, PAS mendesak pemimpin umno ini diambil tindakan.

Maka, jika ada pemimpin PAS rasuah makan komisyen balak. Pemimpin PAS ini juga perlu diambil tindakan. Jika pemimpin rasuah sebegini disimpan, kemudian terbongkar kesalahan rasuahnya. Persepsi rakyat terhadap PAS akan berubah. Rakyat akan menggangap sama sahaja antara PAS dan umno. Sebab itulah ada padangan ini.

Ada cadangan pemimpin PAS yang rasuah ini tidak diambil tindakan. Sebaliknya, orang PAS sama-sama solat hajat dan mendoakan pemimpin ini berubah. Bolehkah begitu?. Kalau boleh, mengapa tidak kita sama-sama solat hajat dan mendoakan pemimpin umno yang rasuah berubah dan mereka tidak diambil tindakan walaupun rasuah.

Penulis, boleh terima pemimpin PAS yang sombong, berlagak, megah dan besar kepala. Mereka boleh berubah jika ada teguran. Tapi penulis tak boleh terima pemimpin PAS yang rasuah.

Sekiranya kepimpinan tertinggi PAS tidak mengambil tindakan kepada pemimpin PAS yang rasuah. Mungkin kerana tidak cukup bukti atau sebab-sebab lain. Penulis menyeru ahli-ahli PAS yang tahu siapa pemimpin PAS yang rasuah supaya menolak pemimpin rasuah ini, jika mereka bertanding dalam pemilihan kepimpinan PAS.

PAS mesti dibersihkan dari pemimpin yang rasuah. Jangan jadi seperti umno yang menyimpan pemimpin rasuah.

Mungkin ada yang tidak senang dengan tulisan ini, kerana tuduh pemimpin PAS rasuah. Tulisan ini tidak menuduh sesiapa pemimpin PAS. Jika betul tidak ada pemimpin PAS rasuah, syukurlah. Tapi penulis bimbang jika ada dan pemimpin rasuah ini diangkat menjadi pemimpin jamaah.

DUN Perak akan dibubarkan?




 Perbualan akhir sebelum meninggalkan bumi Perak pada 7 April lalu memperlihatkan betapa positifnya untuk DUN Perak dibubarkan. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, sekiranya DUN Perak tidak bersidang selepas 6 bulan selepas Sidang DUN sebelum ini, maka DUN akan secara sendirinya terbubar. Jika dihitung, tempoh yang ada adalah kira-kira sebulan sahaja lagi.

Namun, jika Sidang DUN di bawah pokok diambil kira, usul yang dikemukakan dalam Sidang DUN tersebut juga perlu dikira. Antaranya adalah usul pembubaran DUN sendiri. Lagi pening mahu memikirkannya.

Di sini kesilapan UMNO dan BN dalam melakukan rampasan kuasa. Selain sepatutnya speaker yang mereka 'beli', mereka sepatutnya melakukan undi tidak percaya kepada Nizar di dalam dewan. Jika benar mereka sudah mendapat 'simple majority' tersebut, ini sepatutnya yang dilakukan. Ketika itu mereka berkelebihan dengan 3 malaun yang dikatakan bebas tetapi menyokong BN.

Hari ini, 3 Adun terbabit dianggap speaker sebagai sudah meletak jawatan, maka jadinya 28 sama (abaikan apa yang mahkamah putuskan seketika). Ditambah dengan penggantungan MB Haram dan exco-exconya, maka Sidang DUN akan berpihak kepada PR 28-21 (+3 kot). Walaupun kes ini masih di mahkamah, namun jangkamasa sebulan tidak memungkinkan ianya dapat diselesaikan.

Akhirnya, DUN Perak terpaksa dibubarkan!.

Apakah kebarangkalian yang lain? Pertamanya speaker tiba-tiba meninggal dunia. Makanya perlantikan speaker baru akan dibuat. Dalam keadaan sekarang, sudah tentu speaker akan dikuasai BN. Makanya BN akan terus berkuasa dengan menguatkuasakan kuasa yang ada.

Cara lain? Laksanakan darurat di Perak dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan mengambil alih pentadbiran di Perak. Inilah yang pernah dan telah menjadi sejarah di Kelantan pada 1977.

Semoga semuanya aman. InsyaAllah Perak dan Malaysia akan aman sekiranya tidak dikucar-kacirkan oleh UMNO dan BN. UMNO dan BN sudah lama memberi amaran. Malaysia akan kucar-kacir sekiranya 'pembangkang' memerintah. Buktinya, dengan beberapa negeri ditadbir PR, UMNO dan BN telah melakukan kucar-kacir di sana.

Wallahua'lam.

Tuesday, April 14, 2009

PAS akan sokong usul tidak percaya terhadap MB Terengganu


Masa depan politik Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kini dilihat sebagai telur dihujung tanduk apabila desas desus bertiup kencang usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan oleh ahli-ahli undangan negeri daripada Barisan Nasional.

Ketika dihubungi TV Antara, ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata PAS akan menyokong sebarang usul percaya sekiranya dikemukakan terhadap Ahmad Said tetapi sangsi samada wakil rakyat Barisan Nasional mahu menumbangkan kerajaan mereka sendiri.

"Memang benar Menteri Besar sekarang tidak popular dan banyak rungutan terhadap beliau dikalangan pemimpin Umno negeri.

"Ahmad Said juga dikatakan telah menyebabkan perkhidmatan sivil negeri Terengganu berpecah dan berpuak-puak kerana sikap beliau.

"Beliau juga tidak banyak membawa pembangunan kepada negeri Terengganu sejak dilantik menjadi Menteri Besar dan hanya meneruskan projek-projek terdahulu," jelas Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.

Syed Azman selanjutnya berkata kemungkinan besar ADUN-ADUN BN akan hanya menghantar memorandum untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap sikap dan kepimpinan lemah Ahmad Said.

"Mereka sedang berbincang dan ada juga mendapatkan pandangan pihak PAS. Saya tidak rasa mereka nak jatuhkan Menteri Besar kerana ini akan merugikan mereka juga," ujar beliau lagi.

10 ADUN boikot: Ahmad nafi SMS dari Pejabat MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak terkejut dengan tindakan 10 ADUN BN Terengganu termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, 'memboikot' sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi manakala Perdana Menteri mahu kesemua wakil berkenaan kembali sertai sidang seperti biasa mulai esok.

Malah beliau juga menafikan SMS ugutan yang dimaksudkan oleh 10 ADUN berkenaan berpunca dari pejabat beliau.

Ia dinyatakan oleh beliau kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.

"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar," kata Najib di sini sebentar tadi.

Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - juga hari terakhir, akan berlangsung esok.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan 10 ADUN BN yang enggan menghadiri hari kedua sidang DUN hari ini kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang Dewan itu ialah ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Malah Najib juga berkata, Ahmad juga ada memaklumkan beliau bahawa SMS yang dimaksudkan itu tidak berpunca dari pejabat beliau.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan pula berkata, polis sedang mengenal pasti individu yang menghantar SMS ugutan kepada tiga ADUN BN terbabit.

Beliau berkata, kes itu akan diberi keutamaan dan pihaknya akan menyelesaikannya secepat mungkin kerana ia melibatkan pucuk pimpinan negeri dan orang kenamaan.

"Perkara ini terlalu awal untuk diulas. Saya tidak boleh komen lagi kerana kes ini masih dalam siasatan," katanya di Kuala Terengganu.

Terdahulu juga di Kuala Terengganu, Ahmad memberitahu, beliau tidak terkejut dengan tindakan wakil rakyat BN itu dan tidak akan menghubungi mereka bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

"Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik... saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok)," katanya yang banyak mengelak soalan daripada wartawan.

Malah Ahmad juga berkata, beliau tidak tahu punca 10 ADUN BN negeri itu tidak menghadiri sidang DUN hari ini.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui bahawa tiga ADUN BN telah menerima SMS ugutan yang mengancam nyawa mereka, malam semalam.

"Saya baru balik dari Kemaman kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

"Saya tidak tahu perkara sebenar berhubung SMS dan tindakan 10 ADUN yang tidak menghadiri sidang Dewan hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN berhenti rehat tengah hari ini.

Ditanya mengenai pegawai kanan kerajaan negeri yang dikaitkan dengan penghantaran SMS itu, Ahmad menyerahkan perkara itu kepada polis untuk mengambil tindakan selanjutnya kerana tiga ADUN berkenaan telah membuat laporan mengenai perkara itu.

Kini Umno pula 'MOHON DERHAKA' pada Agung dan Raja Perlis?


"sultan_mizanHari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.

Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.


rajaperlis1
Sedar atau tidak, luahan kata Hashim itu secara langsung menyatakan bahawa perlantikan MB yang dibuat oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah ‘haram’ hukumnya dalam ‘kitab’ Umno.

Perbuatan ini seolah tidak merestui atau menghormati perkenan Raja Perlis, walhal sudah setahun berlalu, dan juga meludah ke muka sendiri apabila dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, isu derhaka pada kedaulatan sultan, berapi-api dimainkan oleh orang Umno sendiri.

Di Terengganu, boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.

Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?

Jangan sampai sepanduk ‘Natang’ dinaikkan semula di Terengganu.

Situasi sekarang ini menunjukkan masalah dalam UMNO di dua negeri tersebut kucar-kacir dan meruncing.Ianya didiamkan sepanjang pilihanraya dan semasa Paklah masih menjadi PM.Tetapi pentadbiran kerajaan pusat sudah berubah tangan dan golongan ini mula menunjukkan taring masing-masing, mungkin dengan izin PM baru iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah pertelagahan ini antara kem Paklah dan Najib? Tapi yang pastinya rakyat kini boleh menilai, Umno yang kuat berapi melaungkan kedaulatan raja dan sultan kini umpama ‘Mohon Derhaka’ pada dua Raja yang disanjungi rakyat.

Masanya Bagi Nik Aziz Melangkah Ke Hadapan Untuk Rakyat Malaysia



Oleh kickdefella

Muktamar PAS Yang akan datang adalah muktamar yang akan menentukan barisan saf  PAS bagi PRU13 dan berkemunkinan besar,jika saf itu betul pilihannya,ia akan menjadi pemilihan terakhir sebelum PAS bersama PAKATAN menubuhkan Kerajaan di peringkat pusat


PAS akan berhadapan dengan pemilihan jawatan-jawatan tertinggi partinya menjelang Jun 2009 kelak. Memandangkan isu Muqabalah dan isu Kerajaan Campuran sudah mula lesu, tibalah masanya PAS menyusun semula saf kepimpinannya sesuai dengan kemelut dan peluang yang bakal dihadapinya di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan menjelang dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Jaguh setiakawan PAS-UMNO, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilaporkan memberitahu orang kanan media bahawa era penyatuan antara PAS-UMNO sudah lesu kerana ianya dahulu perpanjikan keikhlasan Pak Lah selaku pemimpin negara dan teraju UMNO. Bagaimanapun, menurut Ustaz Nasha, dia tidak nampak keikhlasan yang sama pada Najib Razak.

Walaupun masih ada mencurigai kegagalan Ustaz Nasha melihat keikhlasan Najib, ramai tidak mencurigai bahawa masa hadapan PAS bukan bersama Si Luncai yang akan terjun dengan Labunya.

Setelah berhadapan dan menang cemerlang dalam 3 pilihanraya kecil Parlimen dan 1 pilihanraya kecil DUN, ternyata gandingan kerjasama PAS-DAP sudah melepasi detik-detik percubaan yang getir. Setelah satu tahun berhadapan dengan tekanan dakyah media pro kerajaan pusat, gandingan PAS-DAP dalam bentuk kerjasama di peringkat negeri-negeri dan gandingan DAP-PAS diperingkat pusat dalam bentuk kesatuan isu dan perjuangan telah berjaya menampakkan kesan positif.

Walaupun di dalam 4 pilihanraya kecil itu tidak melibatkan sebarang pertandingan dari calon DAP, tetapi ia membuktikan bahawa, hubungan itu tidak menamatkan sokongan setia pengundi PAS kepada PAS dan masyarakat Cina yang kini menerima DAP sebagai parti arus perdana mereka juga tidak langsung gentar memberi undi mereka kepada PAS.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah satu ujian paling getir. PAS walaupun kehilangan sehingga hampir 5% undi Melayu tetapi kalau kita kaji keputusan pilihanraya 2004, PAS masih mengekalkan dan mendapat peningkatan undi padu penyokongnya. Dalam pilihanraya 2004, PAS mencabar calon BN-Gerakan di Bukit Gantang. PAS memperolehi lebih 10,000 undi iaitu undi padu Melayu. Undi tersebut termasuklah undi protes Melayu dan ahli UMNO yang marah kerana kerusi tradisi UMNO itu diberi kepada Gerakan.

Kita tolak ketepi fenomena luarbiasa PRU 13 tetapi kita lihat keputusan 7 April 2009 dan kita akan dapati, walaupun terdapat pengundi Melayu yang terbabit dengan fenomena luarbiasa PRU 13 sudah kembali kepada UMNO, tetapi PAS masih mengekalkan undi-undi padu Melayu pada kadar yang sama dengan biasa diterimanya seperti PRU 2004.

Kesimpulan daripada 7 April 2009, pengundi Melayu yang setia menyokong PAS tidak lari dari terus menyokong PAS walaupun UMNO mendakyahkan segala bentuk kedurjanaan kepada PAS. Lebih baik lagi pengundi dari saluran muda semakin terus cekal memberi undi kepada PAS. Dan dalam apa yang dianggap sebagai undian di luar aturan tabii, masyarakat Cina pula kini semakin padu mengundi PAS.

Selepas persempadanan semula Pasca PRU 1999 yang banyak berjasa kepada UMNO, kini persempadanan semula itu yang meletakkan orang-orang bukan Melayu sebagai ‘king maker’ ternyata hampir melenyapkan MCA, MIC dan Gerakan dan melumpuhkan UMNO.

Oleh yang demikian, PRU 13 tenyata memberi peluang cerah kepada PAS untuk meraih kemenangan lebih besar dan seterusnya bersama rakan mereka PKR dan DAP akan mungkin memikul tanggungjawab sebagai pentadbir di peringkat pusat.

Perubahan teraju di dalam UMNO dan MCA ternyata tidak membuahkan sebarang hasil sehingga kini. Sebaliknya, kedua-duanya dilihat telah mula berhadapan dengan polemik baru hasil dari perubahan teraju itu.

Keasyikan rakyat terhadap aura kepimpinan Najib juga tidak berlaku seperti diharapkan. Walau pada mulanya, rakyat hampir teruja tetapi setelah Tun Dr. Mahathir dilihat memainkan peranan agresif dalam kepimpinan Najib, rakyat yang bukan penyokong setia TDM terus meminggirkan Najib sebagai boneka. TDM adalah negarawan ulung dan beliau punyai eranya. Tetapi eranya sudah berlalu dan kebanyakan rakyat mahukan era baru dan keluar dari kepompongnya.

Bukan kacang lupakan kulit, tapi kacang-kacang pun mahu juga kulit yang baru sesuai dengan era perubahan global. Rakyat Amerika cintakan Kennedy, tapi kalau JFK masih hidup sekarang, cinta mereka pada JFK pasti pudar dan mereka tentu sekali mahukan era Obama tanpa campurtangan JFK.

Persoalannya sekarang, haruskah PAS ketinggalan keretapi yang sekian lama dikejarnya?

Tetapi, jika PAS mahu merasai nikmat menaiki keretapi itu, PAS harus menyediakan dirinya untuk tidak lain tetapi satu, iaitu naik keretapi itu!

PAS boleh cemerlang dalam PRU akan datang jika mereka dapat terus mengekalkan keyakinan masyarakat bukan Melayu kepada mereka. Untuk itu, PAS harus terus setia dengan identiti perjuangan Islamnya dan terus tolak perjuangan assabiyah atau nasionalistik.

Namun dalam mengekalkan identiti perjuangan Islam itu, ia perlu ditonggak dengan pemimpin yang dilihat fundamentalis tetapi bukan ekstremis. Ia juga harus diterajui oleh saf pimpinan yang bukan sahaja berilmu tetapi berakal.

Di dalam erti kata lain, PAS harus lekangkan diri mereka dari imej kampung tetapi tidak boleh menyarung imej elitis. PAS kini perlu beralih dari parti pondok kepada parti rumah pangsapuri dan jangan jadi parti rumah banglow.

Kemenangan-kemenangan bermakna PAS dalam PRU12 lalu ialah disekitar kawasan sub bandar dan urban tetapi yang memberi sokongan padu kepada PAS baru-baru ini ialah golongan pekerja atau proletar bukan golongan bangsawan.

Tiada tokoh lain yang lebih sesuai untuk meneruskan agenda PAS ke pusat selain daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed.

Dan dalam PRU ke 13 kelak, Tuan Guru perlu bertanding kerusi Parlimen begitu juga teraju-teraju PAS lainnya termasuk Husam Musa, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu yang jelas berpengaruh luas dikalangan bukan Melayu.

Jika PAS benar-benar serius dan mahu rakyat mengetahui ketegasannya bersama Pakatan Rakyat ke pusat, PAS perlu pertaruhkan segala kekuatannya di Pusat.

Tidak ada lebih baik, di dalam pilihanraya umum akan datang selain PAS mampu meletakkan poster Nik Aziz bersama Poster Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang selaku pemimpin parti-parti politik Pakatan.

Muktamar PAS yang akan datang adalah muktamar yang akan menentukan barisan saf PAS bagi PRU13 dan berkemungkinan besar, jika saf itu betul pilihannya, ia akan menjadi pemilihan terakhir sebelum PAS bersama PAKATAN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.

Search This Blog