Friday, December 7, 2012

Sultan Selangor Perjelas Tidak Terlibat Dalam Politik


Selangor akan menjadi negeri yang menghadapi perjuangan paling sengit menjelang pilihan raya umum akan datang.
Memandangkan hari pengundian semakin hampir, baginda Sultan mendapati dirinya menjadi mangsa dalam percubaan mengheret nama baginda ke medan politik.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih apabila baginda telah menjadi sasaran kumpulan dan individu yang sengaja memutar-belitkan kata-kata dan tindakan baginda dengan membayangkan sebahagiannya terarah kepada Umno.

Thursday, December 6, 2012

Tarikh PRU: Najib ada sebab tersendiri


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mengumumkan tarikh pilihan raya dalam waktu terdekat.
Menurutnya, antaranya kemungkinan Najib khuatir negeri dikuasai parti lawan tidak membubarkan dewan serentak dengan pusat seterusnya mengadakan pilihan raya berasingan.

Mampukah Pakatan terus bertahan di Kedah?


BAHANG PRU 13 semakin terasa.  Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak menyatakan PRU 13 tidak  mungkin diadakan pada bulan disember ini.

Jawapan ini diberikan berikutan terdapat ramai pemerhati politik meramalkannya. Namun begitu  PRU13 memang sudah dekat dan  akan diadakan kerana tempuh kerajaan yang ada sekarang hanya sehingga April 2013 sahaja.

Wednesday, December 5, 2012

Najib Lebih Takut Gagal Mencapai Dua Pertiga Berbanding Kalah Pilihanraya



Ucapan Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu.

6 Ahli Parlimen BN Bakal Di Tendang Oleh Najib Pada PRU13


Sekurang kurangnya enam ahli parlimen muda umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. mereka ialah Khairy Jamaluddin MP Rembau, Azalina Othman Saad MP Pengerang, Saifuddin Abdullah MP Temerloh, Noraini Ahmad MP Parit Sulung dan Fuad Zarkasi MP Batu Pahat dan Bung Mokhtar MP Kinabatangan.

Tuesday, December 4, 2012

Kalimah Allah di atas kepala Cristiano Ronaldo

Di tengah ramai pemberita di atas kecederaan Cristiano Ronaldo ketika menghadapi Levante, ada kisah lain yang lebih mengejutkan. Itu berkaitan dengan corak rambut CR7 yang kelihatan membentuk tulisan Allah dalam bahasa Arab.
Saat mendapatkan rawatan di pinggir padang akibat kecederaan tersebut, salah satu kamera televisyen menyerlahkan Ronaldo dari arah belakang. Pada saat itulah terlihat tulisan Allah terbentuk akibat corak rambut Ronaldo.

Monday, December 3, 2012

Ghani Bakal Lepaskan Jawatan MB Johor?


 Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dijangka tidak akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Serom dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Ini bermakna beliau tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar lagi.Ghani menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihan raya umum 1990.

Bila tarikh PRU ke-13?



Hari ini, sudah pun masuk hari ke 337 dalam tahun 2012. Ini bermakna tinggal 29 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2013.
Lebih signifikan lagi, ia juga bermakna tinggal sahaja 145 hari sebelum penggal Parlimen ataupun mandat kerajaan memerintah sedia ada tamat. Penggal Parlimen sedia ada akan tamat pada 27 April 2013.

Search This Blog