Friday, April 3, 2009

PAS cabar Syed Hamid saman Dr M dan KuLi


PAS mencabar Menteri Dalam Negeri menyaman Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang turut mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi Presiden Umno 27 Mac lalu.

"Kita (PAS) tidak faham dengan arahan Syed Hamid itu, apakah beliau cuba untuk menunjukkan kesetian kepada Najib agar tidak digugurkan dari kabinet?

"Jika ianya subjudis kenapa beliau tidak menyaman Dr Mahathir dan KuLi yang menulis dalam blog mereka mempertikaikan pelantikan Dato' Dr Zambry sebagai Menteri Besar," tegas beliau.

Larangan KDN itu tegas beliau mengambarkan ketakutan pihak BN untuk berhadapan dengan rakyat yang turut mempersoalkan pelantikan Dr Zambry dan tetap mengaitkan Dato' Seri Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Kamaruddin juga menegaskan selepas mengantung Harakah dan Suara Keadilan, KDN berusaha untuk menyekat rakyat memperolehi maklumat melalui ceramah yang diadakan menjelang pilihan raya kecil 7 April nanti.

KDN mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.

Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu Dato' Kamaruddin Jaffar sebelum ini berlepas ke Vienna, Austria untuk menghadiri persidangan anti rasuah sedunia yang dikenali sebagai Global of Parliamentarian Against Corruption (Gopac) selama tiga hari.

Beliau merupakan satu-satunya ahli parlimen di Asia Tenggara yang dipilih untuk menghadiri persidangan tersebut dan pemilihan beliau merupakan satu pengiktirafan kepada PAS di mata dunia.

Wakil rakyat PAS dipilih untuk mewakili Asia Tenggara kerana parti itu merupakan parti yang bersih dari amalan rasuah dan politik wang dan ianya terbukti menerusi pentadbiran PAS di Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.

Thursday, April 2, 2009

15 Dalil UMNO penderhaka sebenar!


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Kesian Najib, King Control Sudah Kembali!!

Analisis Isu Oleh pendikargunung

"
 Saya tidak dapat menahan gelak besar melihat perangai Dr Mahathir @ Che Det akhir-akhir ini. Mula-mula dia kata tak ingin hadir perhimpunan agung UMNO sebab ada perasuah di dalamnya. Kemudian hari terakhir ketika orang sedang bersidang dia muncul. Nampak kembang kempis hidungnya yang setinggi 5 inci itu menerima pujian dari pemimpin-pemimpin UMNO yang mengalu-alukan kehadirannya.


Kemudian kelmarin Che Det kata nak bantu calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berkempen pula. Ya, kempen membantu parti rasuah yang dikutuknya habis-habisan hampir setiap minggu dalam blognya.

Dan hari ini ada lagi cerita lawak dari mantan Perdana Menteri yang kini sedang berada di London itu.

Che Det yang entah dijemput ke tidak, melahirkan hasrat untuk menghadiri majlis angkat sumpah Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri keenam yang bakal diadakan esok.

"Saya tak tahu sama ada dijemput atau tidak", kata Che Det dari London seperti yang dipetik oleh Star Online ,"Tapi jika dijemput saya akan hadir!"

Kalau dijemput tak apa, tapi kalau tak dijemput dia terhegeh-hegeh menawarkan diri untuk hadir...adooi...malu betul! Tapi kalau dijemput, pasti setiausahanya sudah maklumkan lebih awal kepada Che Det.

Ini mesti kes tak dijemput ni! Tapi percayalah, Najib selepas membaca 'rintihan' Che Det untuk hadir itu pasti serba salah dan akhirnya akan mencari jalan supaya orang tua itu hadir juga. Tak percaya? Tak percaya tunggulah esok, pasti wajah orang tua itu akan tersenyum ceria di hadapan Najib.

Nampaknya Che Det macam tidak sabar-sabar lagi hendak meraikan anak emasnya yang sarat dengan skandal itu menjadi Perdana Menteri. Dia juga nampak seperti tidak sabar-sabar lagi hendak melihat musuh nombor satunya Pak Lah melepaskan jawatannya. Dia mungkin hendak lihat sendiri wajah Pak Lah yang berpura-pura ceria di balik kesugulan kerana terpaksa melepaskan jawatannya. "Padan muka hang!" itu barangkali cemuhan Che Det dalam hati apabila melihat Pak Lah menandatangani watikah pelepasan jawatan kepada Najib.

Satu lagi yang seronoknya ialah melihat betapa terujanya mantan Perdana Menteri itu untuk menentukan dasar baru kerajaan. Belum pun Najib memegang tampuk kuasa beliau sudah menasihatkan bagaimana sepatutnya bentuk rupa barisan Kabinet baru Najib yang katanya hendaklah lebih kecil dari sekarang.


"Kita ada pertambahan jawatan Kabinet di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang saya fikir tidak perlu," kata Che Det. Beliau juga berkata cadangan untuk menggabungkan beberapa kementerian juga adalah satu usaha yang baik.


Nampaknya belum lagi Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keenam, Che Det sudah menentukan bagaimana seharusnya bentuk jentera pentadbiran Najib. Belum lagi Najib melantik Che Det sebagai penasihat rasmi, orang tua itu sudah pandai-pandai memberi nasihat begitu begini bagaimana bentuk pemerintahan negara.

Nampak sangat Che Det tidak sabar-sabar lagi menjadi penasihat kepada Najib dan memastikan pemerintahan Perdana Menteri keenam itu kelak sesuai dengan seleranya. Kesian Najib, 'King Control' sudah kembali!!!

Bukit Gantang Ganyang Najib !

Artikel Oleh edyesdotcom

" Najib kini bakal bertahta sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 setelah diberi laluan sebagai Presiden UMNO yang baru dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac lalu. Tidak kita lupa Najib jugalah yang menjadi dalang kepada rampasan kuasa negeri Perak sebulan sebelumnya.


Sebagai sebuah parti bangsa, UMNO kini tampil dengan saf kepimpinan yang baru, yang kononya selangkah membawa pembaharuan. Sedangkan saf-saf tersebut adalah muka-muka lama yang mengamalkan pelbagai jenis rasuah yang mengkayakan sanak saudara sesama mereka. Di manakah definasi pembaharuan apabila hanya satu pihak sahaja yang dibenarkan ber'media'.

Arakian media arus perdana tidak lagi dipeduli oleh rakyat kerana penipuan yang terang lagi bersuluh, maka media alternatif dibungkus hidup-hidup demi menjaga kepentingan politik sebuah parti. Rakyat tidak lagi melihat TV123 sebagai sebuah media kebenaran, ia cuma sebuah makanan ringan dengan hanya berita sukan yang ditunggu-tunggu. Media arus perdana akan dilihat sebagai media propaganda BN dan sebagai satu sumber untuk melihat sejauh mana penipuan yang dicanang.

Begitu jugalah dengan Berita Harian dan Utusan, hanya muka belakang sukan yang dibelek. Di manakah perubahan yang dijanjikan sewaktu era Paklah? Mana mungkin sebuah negara yang adil hanya membenarkan hanya satu pihak berpropaganda manakala satu pihak lagi bergerak secara bawah tanah? Mungkin selepas ini bloging juga bakal diharamkan dibawah arahan kementerian Najib(KKDN).

Apa yang jelas ialah UMNO dan kerajaan BN bakal membawa negara ini ke arah pemerintahan kuku besi yang menghalang habis-habisan sebarang unsur yang menggugat kestabilan politik UMNO, bukan unsur yang menggugat kestabilan keselamatan negara seperti yang diharapkan rakyat. Kestabilan negara nyata terjejas seketika apabila sebuah kerajaan negeri yang sah dijatuhkan dengan konspirasi kotor ekoran jenayah culik dan ugut. Ini yang mereka lakukan dan akhirnya segala urusan, perancangan, transaksi, permohonan dan pelbagai lagi perkara yang melibatkan kerajaan negeri Perak tergendala.

Inilah huru hara yang mereka lakukan dan ia tidak harus dimaafkan malah bakal diterjemah dalam bentuk undi sokongan kepada calon PAS dalam PRK Bukit Gantang yang juga seorang Menteri Besar yang sah.

UMNO dan ahli kekalnya menaruh harapan baru terhadap kepimpinan Najib, begitu jugalah dengan Tun Mahathir, namun bagaimana pula dengan ahli UMNO yang sekian lama telah goyang dengan kerakusan mereka sendiri? Ramai yang melihat 8 Mac 2008 adalah satu detik kebangkitan kuasa rakyat melalui undi. Tiada siapa percaya 5 negeri boleh terjunam dan kini saya percaya mereka tidak akan berpaling lagi.

Tiada sebab untuk mereka kembali menyokong UMNO tambahan pula dengan keputusan PAU, maka sedarlah bahwa rasuah dan UMNO umpama tidak boleh dipisahkan. Menyokong UMNO umpama menyokong perasuah dan secara terus bersubahat dengan segala perilaku rasuah yang dilakukan malah penyokong yang dulu-kini-dan-selamanya di barisan semakin sedar bahawa negara semakin tergadai oleh kerakusan UMNO. Walhal yang bersubahat ini masih lagi terkial-kial menongkah arus survival keluarga dengan harga barang yang tidak turun-turun sedangkan survival UMNO masih menawarkan rasuah sebagai jalan kekayaan.

Mereka menyaksikan bagaimana Khairy dan 40 penyamun tarbus masih lagi dipilih sebagai pemimpin sedangkan telah jelas dan nyata Khairy telah bersangkutan dengan rasuah politik wang. Orang-orang UMNO adalah manusia biasa. Mereka punya perasaan dan akal yang waras untuk menilai dan menentukan siapakah yang berhak disokong demi agama dan bangsa.

UMNO tidak lagi popular walau siapa pun pemimpin atasanya. UMNO tidak lagi menjadi pilihan rakyat walau apapun pembaharuan yang cuba ditenangnya. Kerana udang itu sebalik batu, kerana batuk itu dilepaskan di tangga, tiada siapa percaya Najib dan UMNO bakal membawa kebaikkan, malah mereka percaya dengan khairy sebagai bakal menteri belia dan sukan (atau menteri pelajaran) UMNO akan semakin dipinggirkan.

Untuk PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sebuah kebangkitan rakyat bagi menentang penjajah era baru yang menggantikan penjajah British sejak 50tahun yang lalu. Kita harus menentang penjajah ini demi agama dan bangsa. Zaman pemerintahan kuku besi di negara ini seharusnya sudah pupus sama sekali.

Ayuh pengundi Bukit Gantang, ganyang Najib biar tersungkur di kerusi PM yang baru. Dengan calon Mail Sapian yang begitu rajin ke Danok, dengan kredibiliti dan kesohoran peribadi MB Nizar, tiada sebab untuk BN menang. Biarkan deposit mereka lebur di Bukit Gantang supaya mereka ingat, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Perak khasnya menolak BN dan Najib Monggolia.

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR !!!

Surat MP pakatan kepada Seri Paduka YDP Agong

Maklumat
" Semalam (1 April), pimpinan Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat seperti di bawah kepada pihak YDPA. Disertakan salinan surat kepada YDPA yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pimpinan tertinggi.

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato’ Rashid Din
3. YB Dato’ Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato’ Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

SPRM minta setahun basmi rasuah- kita tunggu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta diberikan tempoh sehingga setahun akan datang untuk membanteras gejala rasuah di negara ini, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata, semua pihak terutama masyarakat perlu menghapuskan persepsi negatif terhadap SPRM sebaliknya memberikan peluang kepada suruhanjaya itu untuk membuktikan keupayaannya membanteras rasuah.

"Beri kami setahun dan kami akan buktikan usaha kami akan berjaya. Kami sedia dikritik jika gagal melaksanakan tugas diamanahkan," katanya membentangkan kertas kerja pada Persidangan Anti Rasuah anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asean (Asli) dan Transparency International di sini, semalam.

Pembentang kertas kerja yang lain ialah Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; dan Pengarah Urusan Intel Malaysia, Atul Bhargava manakala persidangan dikendalikan Naib Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee..

Sementara itu ketika ditemui media, Abu Kassim berkata, masyarakat perlu sedar bahawa usaha memerangi rasuah akan mengambil sedikit masa dan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Katanya, mengikut pengalaman di Hong Kong, agensi pencegahan rasuah di negara itu juga mengambil masa antara satu hingga tiga tahun sebelum berjaya memerangi rasuah.

"Jadi dalam konteks ini, saya meminta supaya masyarakat jangan awal-awal lagi buat tohmahan atau tafsiran negatif terhadap komitmen kita membanteras rasuah," katanya.

BN atau PR-kenapa nak undi dia?

persoalan untuk kita yang menjadi penyokong BN dan PR, mengapakah kita memilih diantara dua parti ini apabila berlaku pilihanraya tak kira PRK atau PRU. apakah kita meletakkan kebendaan atau asas perjuangan sebagai penyebab kita menyokong dan berjuang untuk parti tersebut. bagi penulis sebab utama mengapa memilih parti PAS adalah kerana perjuangan parti itu untuk menegakkan islam dinegara ini dan didalam islam itu ada keadilan dan ketelusan. tambahan pula adalah wajib bagi umat manusia yang mengaku sebagai seorang islam untuk menyokong dan berjihad bersama-sama PAS selagi ia tidak mengubah dasar itu kerana kita telah mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH begitu juga tiada undang-undang atau perlembagaan yang mesti menjadi ikutan selain dari yang ditetapkan oleh AL-QURAN dan SUNNAH. bukannya perlembagaan LORD REID atau undang-undang buatan manusia.

bagi yang memilih DAP atau PKR mungkin kerana untuk mendapat keadilan, kesaksamaan, kebebasan bersuara dan ketelusan dari pemerintah sekiranya parti itu memerintah seperti di selangor dan pulau pinang. dan keinginan itu turut terdapat didalam islam. maka secara tak langsung asas perjuangan ketiga-tiga parti adalah sama cuma mungkin berbeza ugama. dan yang paling penting lagi adalah mempunyai pemimpin yang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan tidak mudah dikalahkan dengan umpan kebendaan.

bagi yang menyokong BN pula apakah sebab utama mereka memilih BN? keadilan...dimana keadilan bila suara rakyat tidak mahu didengar. rakyat dihalang dari bersuara dengan berbagai akta...ISA...akta hasutan....akta media cetak...nak ceramah mesti ada permit...nak ceramah tak boleh cakap alantuya dan tak boleh cakap krisis di perak. ketelusan, banyak projek kerajaan yang dirahsiakan dari rakyat. PLUS misalnya, kenapa perjanjian antara kerajaan dan PLUS mesti dirahsiakan. begitu juga syarikat pembekal tenaga elektrik..perjanjiannya dirahsiakan. kenapa projek kerajaan banyak yang tidak diadakan tender terbuka. kapal selam, sukhoi dan eurocopter yang ditangguhkan. kesaksamaan...kenapa projek kerajaan hanya berlegar disekitar kroni-kroni umno yang berjawatan sahaja. ahli-ahli biasa hanya dapat melihat saja ketua-ketua mereka dengan kereta besar, rumah besar, perut besar dan hanya bila tiba musim pilihanraya dan pemilihan parti baru nampak muka. pada masa itulah ahli-ahli biasa ini akan merasa seratus dua dari ketua mereka. kalau pembangkang jauh sekali nak merasa...nak minta apa-apa nak tengok keahlian parti dulu. macam duit negara ini mereka yang punya. apa pembangkang tak menyumbang untuk pendapatan negara..tak payah bayar cukai? pembangunan....apa kalau PR memerintah tiada pembangunan...tiada kemudahan asas disediakan atau rakyat tak boleh cari makan. boleh...kehidupan berjalan seperti biasa, tapi corak pemerintahan mungkin akan berbeza.

jadi kenapa orang-orang BN yang veteran dan segelintir golongan muda ini susah sangat nak berubah. cuba dulu baru tahu. dah bermacam-macam penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku kenapa tak cuba untuk berubah. sekali sahaja...kalau tak okey tukar balik. tak rugi rasanya. kerana kita akan tetap macam tu juga cuma suasana akan berbeza seketika. tak kan lah pemimpin yang sudah terbukti rasuah pun nak diangkat sebagai pemimpin. pemimpin yang dituduh seluruh dunia terlibat dalam kes pembunuhan pun nak dijadikan pemimpin? tak nafi pulak tu....

cubalah fikir sejenak...kenapa aku sokong mereka. ali rustam dan yang kalah dalam pemilihan tempohari memang lah patut masih menyatakan kesetiaan pada parti sebab takut hilang jawatan menteri atau ketua menteri. memang lah logik kalau ali rustam cium dan jilat tangan najib bila bersalam sebab dia dah tak ada apa-apa lagi dalam MT umno. yang ada cuma ketua bahagian dan ketua perhubungan atas kapasiti ketua menteri. silap-silap haribulan, najib lantik ketua menteri baru yang ada jawatan dalam MT...idris haron.

untuk pengundi yang bakal mengundi di ketiga-tiga kawasan pada 7 april nanti...cuba buka minda, hilangkan ke-egoan seketika dan fikir kenapa aku nak pilih dia. ....

Wednesday, April 1, 2009

Apa sudah jadi pada SPRM?



Di penghujung riwayat Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri kelima, reformasi yang dijanjikannya sejak berkempen pada pilihanraya 2004 cuba dilaksanakan dengan begitu tergesa-gesa.

Antaranya, reformasi terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar penguatkuasaan antirasuah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Maka timbul idea untuk melaksanakan sebuah suruhanjaya bebas dan diletakkan bawah kuasa Parlimen.

BPR dikecam kerana dilihat hanya menangkap “ikan-ikan bilis” atau kes-kes kecil yang melibatkan kakitangan rendah. Contohnya, kes-kes polis yang diseret ke mahkamah kerana meminta suapan RM200. Sementara banyak laporan rasuah yang dibuat melibatkan pemimpin kanan kerajaan yang berpangkat menteri dan melibatkan jutaan ringgit tidak pula diambil sebarang tindakan.

Pada ketika itu, ramai yang berpendapat BPR tidak dapat menjalankan tugas dengan bebas dan berkesan kerana badan tersebut terletak bawah Jabatan Perdana Menteri.

Atas dasar sebuah badan antirasuah perlu bebas daripada cengkaman pemerintah untuk memastikan keberkesanannya, maka tertubuhlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hujung tahun lepas.

Pembentangan rang undang-undang suruhanjaya tersebut disokong oleh majoriti ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat dengan harapan rasuah dapat dibanteras dengan lebih agresif.

Pada hari pertama BPR menjelma sebagai SPRM yakni pada 2 Januari lalu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin menyerahkan dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru sempena dengan permulaan siasatan baru SPRM.

Menurutnya, yang mesra dpanggil Chegubard, dokumen berkenaan diserahkan bagi menguji peranan SPRM yang baru ditubuhkan.

“(Dokumen) ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen itu), maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik,” katanya di luar ibu pejabat SPRM.

Dalam dokumen berkenaan, antaranya, termuat laporan rasuah bekas ketua menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz yang pernah disediakan oleh peguam negara kira-kira 10 tahun dulu.

Selain dua kes berprofil tinggi ini, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan dakwaan korupsi mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, ahli keluarga serta kroninya dalam Perwaja dan isu-isu pelantikan hakim dalam skandal video membabitkan peguam VK Lingam.

Skandal korupsi Abdullah, keluarga dan kroninya dalam beberapa organisasi di dalam dan luar negara turut disertakan dalam laporan Chegubard.

Laporan tentang Najib Razak serta kroninya yang terlibat dalam isu pembelian kapal selam serta pembunuhan warga Mongolia turut diserahkan.

Begitu banyak sekali laporan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan termasuklah perdana menteri dan timbalannya dihantar pada hari pertama SPRM beroperasi.

Selepas 20 hari pemimpin PKR itu menyerahkan laporan rasuah pemimpin tertinggi negara, Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) yang kini dipimpin oleh Mohd Nazree Yunus membuat aduan kepada SPRM mendakwa menteri besar Selangor menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Bandar Tun Razak pada 21 Januari.

Selain mengepalai negeri itu, Abdul Khalid Ibrahim juga merupakan ahli parlimen kawasan tersebut, yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Gerak mendakwa menteri besar membeli lembu-lembu korban itu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidil Adha tahun lalu bagi diagihkan di bahagian parlimennya sendiri. Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dilunaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Lima hari selepas itu, Gerak sekali lagi membuat laporan kepada SPRM, mendakwa Abdul Khalid menyalahguna wang kerajaan negeri sebanyak RM7,779 untuk kegunaan peribadi.

Nazree mengadu kepada SPRM, mendakwa pemimpin PKR itu menyalahguna wang tersebut untuk menyelenggara kereta Lexus milik peribadinya.

Dalam laporan yang diserahkan kira-kira jam 4.45 petang itu, Gerak mendakwa mempunyai bukti bahawa wang kerajaan negeri digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadi menteri besar itu secara berkala.

Menteri besar Selangor menafikan kedua-dua dakwaan berkenaan. Menurutnya, lembu-lembu itu didermakan oleh anak syarikat kerajaan negeri sebagai satu tanggungjawab sosial syarikat tersebut. Manakala Lexus milik peribadinya itu telah diisytiharkan sebagai kenderaan rasmi menteri besar.

Tidak berapa lama selepas aduan Gerak itu, pada 20 Febuari lepas, SPRM membuat kenyataan bahawa ia mempunyai bukti-bukti yang mencukupi untuk mendakwa Abdul Khalid atas tuduhan rasuah.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh ketua pesuruhjayanya Ahmad Said Hamdan.

Pengumuman itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Menurut peguam menteri besar Selangor, Sankara Nair, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini untuk tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Sehubungan itu, Sankaran bertanya mengapa Ahmad Said tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail selesai?

Tindakan SPRM itu, kata Sankara lagi, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".

Isu yang dipertikaikan itu, mengapa SPRM hanya bertindak terhadap laporan rasuah yang dikemukakan oleh Gerak dan tidak bertindak terhadap puluhan laporan rasuah seperti yang dikemukakan oleh Badrul Hisham pada 2 Januari?

Mengapa pula ketua pesuruhjaya SPRM mengumumkan mengenai kes menteri besar Selangor kepada media tetapi hanya mendiamkan diri dalam isu siasatan terhadap Musa dan Abdul Gani yang telah selesai disiasat?

Apakah SPRM hanya akan bertindak kepada pimpinan Pakatan Rakyat?

Kita juga boleh lihat contoh yang sama berlaku di Perak bagaimana Speaker DUN V Sivakumar dipanggil oleh SPRM negeri tersebut sehari selepas Umno membuat laporan terhadapnya berkaitan dengan isu penggantungnya Zambry Abdul Kadir dan exco-exconya?

Apakah perkaitan di antara SPRM, Umno dan Gerak? Apakah ketiga-tiga organisasi ini mempunyai perkaitan kerja?

Berdasarkan tindakan-tindakan SPRM tersebut, yang dilihat sebagai berat sebelah dan seringkali membuat pendakwaan memilih-milih, dua peristiwa besar telah berlaku yang boleh dilihat sebagai manifestasi hilangnya kredibiliti SPRM di mata rakyat.

Sehari selepas SPRM dilancarkan oleh perdana menteri, dua peristiwa besar telah menggemparkan SPRM.

Pada 25 Febuari lepas, Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - sebuah organisasi yang menghimpunkan anak muda dari pelbagai latar belakang - membuat lawatan mengejut di pejabat SPRM di Putrajaya.

Selain melawat, SAMM membakar dokumen-dokumen rasuah yang pernah dihantar kepada suruhanjaya itu sebagai tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap badan pencegahan rasuah yang dilihat berat sebelah dan membuat pendakwaan memilih-milih.

Acara tersebut menjadi bertambah lucu apabila pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat SPRM gagal untuk memadamkan dokumen-dokumen yang sedang terbakar.

Pada sebelah petang hari yang sama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghadiahkan seekor lembu ke pejabat SPRM Selangor sebagai simbol bahawa SPRM telah menjadi lembu kepada parti politik tertentu.

Kedua-dua peristiwa ini harus dipandang serius oleh SPRM untuk memperbetulkan arah dan hala tuju organisasi tersebut.

Oleh kerana suruhanjaya itu masih baru, masih belum terlambat untuk organisasi itu kembali ke landasan yang betul.

Peristiwa membakar dokumen dan menghantar lembu bukanlah petanda yang baik bagi organisasi yang baru sehari dilancarkan.

Jika tidak berubah, SPRM akan gagal untuk melaksanakan wawasan Abdullah untuk mereformasikan badan tersebut.

Oleh kerana wang gaji pesuruhjaya, pegawai dan pekerja SPRM dibayar oleh rakyat, maka badan ini haruslah mempunyai tanggungjawab kepada rakyat. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan, buruk padahnya!

BUKIT GANTANG : Najib Luluskan 10 Lesen Judi

Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Sungai Tinggi, Trong semalam dikejutkan dengan pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak telah meluluskan permohonan 10 cabutan bertuah judi sejurus selepas dilantik menjadi Menteri Kewangan September tahun lepas.

YB Dr Lo'lo' Ghazali ketika membuat pendedahan berkenaan menyatakan inilah contoh bagaimana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menjana pendapatan haram di sisi syarak dan membelanjakan hasil dari pendapatan judi tersebut untuk rakyat terutamanya orang Islam.

Syarikat yang terbabit ialah Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Ianya tidak didedahkan kepada umum kerana Najib mengetahui ianya akan menimbulkan tentangan dari masyarakat Islam. Namun, akhbar Business Times Singapore telah melaporkannya dengan menyatakan kelulusan itu dibuat selepas sebulan Najib Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan ketika menjawab soalan dari YB Saifudin Nasution memberitahu bahawa kerajaan mengutip sejumlah RM77,026,171.04 daripada cukai ke atas cabutan khas itu.

Sebuah blog, malaysiapolitictoday pada bulan lepas pernah melaporkan bahawa wang hasil judi inilah yang digunakan selama ini untuk menumbangkan kerajaan Perak dengan membeli ADUN-ADUN PKR dan DAP supaya mereka meninggalkan parti masing-masing.

Melalui pendapatan yang diperolehi dari cukai judi ini juga Najib telah menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan rakyat.

Menurut seorang penganalisis ekonomi kebanyakan dari pelan ekonomi yang diselesaikan Najib sebenarnya datang dari hasil yang diperolehi dari perjudian selain dari pinjaman. Itu sebab mengapa beliau berani membentangkan mini-badjet yang bernilai RM60 billion baru-baru ini.

Dengan hasil dari judi tersebut beliau dilihat berkemampuan menyelesaikan beberapa masalah ekonomi dan berkemampuan sebagai seorang pemimpin ekonomi termasuklah pemberian subsidi kepada syarikat pembekal ayam baru-baru ini.

"Wajar sangat tindakan Najib itu dikutuk oleh seluruh umat Islam di negara ini," bentak seorang pegawai di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Bukit Gantang: Pas tetap guna isu Altantuya, krisis Perak

PAS akan terus membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kepentingan awam termasuk krisis politik Perak dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu walaupun polis mengeluarkan larangan membangkitkan kedua-dua isu berkenaan dalam pilihan raya kecil kali ini.

PAS yang menurunkan calonnya di Bukit Gantang - salah satu pilihan raya kecil serentak - menganggap syarat tambahan itu bertentangan dengan hak kebebasan suara dan membangkitkan isu-isu kepentingan awam.

"Kami sudah memberi arahan kepada jentera supaya terus bangkitkan isu-isu kepentingan awam dengan syarat kita tahu batasan undang-undang.

"Kita juga meminta penceramah kita supaya bertanggungjawab ke atas apa yang dicakap," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Asmuni Awi pada sidang media harian hari ini.

Kata Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bukit Gantang ini, "bila dihalang (daripada membangkitkan isu-isu berkaitan) bermakna ada sesuatu yang tidak kena."

Asmuni berkata, pihak berkuasa mempunyai peruntukan undang-undang secukupnya seperti Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan jika ada pihak yang membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas.

"Saya yakin mereka ambil tindakan ini kerana langkah membangkitkan isu-isu ini (krisis politik dan Altantuya) menguntungkan pihak kami dan mereka (Umno dan Barisan Nasional) merasakan berhadapan dengan masalah.

Mulai kelmarin, parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak dibenar menyentuh keputusan Sultan Perak dan juga kes pembunuhan Altantuya sebagai bahan berkempen.

Bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang, keputusan itu dikeluarkan oleh Polis Taiping kelmarin.

Dengan syarat baru itu, keputusan Sultan Azlan Shah membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Perak tidak boleh disentuh semasa ceramah kempen pilihan raya yang bermula kelmarin.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir malam tadi berkata, BN akan akur dengan arahan polis yang melarang mana-mana pihak termasuk calon mengeluarkan sebarang kenyataan atau katakata yang bersifat menghasut semasa berkempen pada pilihan raya kecil.

Jelas Zambry, BN akan terus mendekati rakyat secara mesra dalam kempen meraih sokongan pengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Beliau yang ditemui selepas majlis makan malam anjuran MCA di Sg. Kerang, Trong dan jamuan makan malam bersama rakyat anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Simpang dekat ini malam tadi berkata, rakyat akan bijak menilai dengan lebih waras kerajaan mana yang lebih mementingkan keamanan dan kestabilan apabila melihat kepada suasana permainan politik pihak pembangkang.

Kecuali isu Sultan Perak, kes Altantuya telah menjadi antara bahan utama dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebelum ini.

Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6.

Syarat 3,5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata "tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan".

Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, "kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan".

Polis mengeluarkan permit berkempen di bawah Akta Polis dan berhak mengenakan syarat berkaitan tempoh kempen dan sebagainya.

Pilihan raya kecil kali ini melibatkan tiga bahagian iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Mahkamah dengar permohonan Nizar esok

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menetapkan esok bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung usaha mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding mencabar perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata dalam kes permohonan semakan kehakiman itu, isu pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada kebenaran untuk memulakan prosiding tersebut boleh diberikan kepada pihak pemohon, Mohammad Nizar.

Beliau kemudian memerintahkan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, bagi pihak Peguam Negara, untuk berhujah mengenai isu itu pada pukul 2.30 petang esok.

Permohonan semakan kehakiman itu telah didengar semula di Mahkamah Tinggi setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac lalu menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim itu mengarahkan agar kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, selain turut mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac.

Abdul Aziz, yang baru bertukar hari ini ke mahkamah itu dari Mahkamah Tinggi di Sarawak, merupakan hakim (Mahkamah Tinggi) ketiga yang mendengar kes itu, sebelum Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof, yang telah memutuskan untuk menarik diri, dan Hakim Lau Bee Lan, yang telah mengarahkan supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding pagi tadi, Kamaluddin memberitahu mahkamah, pihak Peguam Negara akan membantah permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan kebenaran itu.

"Mahkamah Persekutuan telah meletakkan status quo dalam kes ini, oleh itu jika permohonan ini diteruskan, kami perlu membantah supaya kebenaran (untuk memulakan prosiding) tidak diberikan," katanya.

"Saya mohon satu penangguhan kerana notis bantahan belum diserahkan lagi, saya perlu masa untuk meneliti alasan (bantahan) pihak Peguam Negara," balas Sulaiman.

"Saya bercadang supaya perbicaraan kes ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan. Kalau esok kita boleh mendengar hujahan permohonan mendapatkan kebenaran, hari Jumaat saya boleh berikan keputusan. Jika kebenaran diberikan, perbicaraan boleh dibuat minggu hadapan.

"Saya yakin Datuk Kamaluddin dan tuan Haji Sulaiman mempunyai banyak pengalaman, dan dengan dibantu rakanrakan lain, boleh menjalankan hujahan ini dalam masa satu hari (esok)," kata Abdul Aziz, yang mengarahkan supaya Kamaluddin menyerahkan hujahan bantahan bertulis mereka ke mahkamah dan satu salinan kepada pemohon hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.

Krisis Perak boleh selesai jika pihak terbabit sanggup berunding - Penganalisis


Pensyarah Fakulti Undangundang Universiti Teknologi MARA Dr Shad Saleem Faruqi mengesyorkan supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Beliau berkata usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan terhadap setiap ketetapan yang dibuat mahkamah.

Dr Shad berkata demikian ketika menyuarakan pandangannya dalam Rancangan Hujah yang disiarkan di TV9 malam ini, dan antara panel yang turut menyertai perbincangan dengannya dalam rancangan itu ialah peguam terkenal Datuk Mohd Shafee Abdullah dan Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan.

Rancangan Hujah dipengerusikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sementara itu Mohd Shafee berkata kemelut politik di Perak boleh diselesaikan sekiranya proses mahkamah dapat dipercepatkan, manakala Ragunathan berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Perak ketika ini berhadapan dengan kemelut politik apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar mengemukakan saman dan mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Mohammad Nizar, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

UMNO Buka Pekung di Dada

Analisis Isu Oleh ruhan

" Realiti telah tercipta dalam Perhimpunan Agung Perasuah 2009. Buat pertama kali perasuah dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tiada seorang pun pemimpin tertinggi UMNO yang menunjukkan reaksi negatif terhadap keputusan itu. Ini menunjukkan bahawa golongan muda dalam UMNO mendewa-dewakan politik wang, sementara golongan tua mengalu-alukannya.

Langkah tersebut memberi isyarat kepada SPRM bahawa ahli-ahli UMNO tidak perlu disiasat kerana rasuah politik telah dihalalkan dalam kalangan mereka. Kini, rasuah menjadi haram dan busuk sebusuk-busuknya serta musuh utama negara jika dilakukan oleh parti di luar UMNO/BN. Inilah hukuman paling adil bagi UMNO/BN terhadap musuh-musuh mereka.

Rakyat perlu sedar bahawa para pemimpin UMNO menghidap penyakit hipokrit. Mereka tenang menghadapi kutukan masyarakat terhadap perbuatan terkutuk yang berleluasa dalam kalangan mereka. Yang mengutuk berjela-jela dalam laman blognya pun akhirnya tanpa segan silu kembali ke reban. Dia diberi sambutan yang gilang-gemilang. Dalam kegembiraan itu, kebusukan rasuah dalam UMNO sirna tanpa kesan!!!

Berbekalkan majoriti aduan rasuah politik yang belum dibelek, lagak sombong, muka tebal, double standard, dan sebagainya; rakyat berhak mengambil sikap menjauhkan diri dari UMNO. Perwatakan penjarah yang terjelma melalui imej wira palsu itu akan mengganggu-gugat kehidupan mereka. Hakikatnya, belum ada dalam sejarah, ketam berjaya mengajar anaknya berjalan betul.

Rakyat curiga apabila pemimpin yang menerima rasuah sebagai perbuatan halal, bercakap tentang membela ekonomi Melayu. Rakyat keliru apabila pemimpin yang menerima rasuah sebagai perbuatan halal, bercakap tentang menegakkan syiar Islam. Rakyat geram apabila pemimpin wanita yang menerima rasuah sebagai perbuatan halal, bercakap tentang menjadikan Siti Khatijah dan Sumayyah sebagai suri teladan dalam perjuangan. Rakyat menyampah apabila pemimpin puteri yang menerima rasuah sebagai perbuatan halal, bercakap tentang keupayaan ahli-ahlinya bertindak balas jika pembangkang cuba menjolok sarang tebuan. Bunyinya terlalu pekat dengan riak.

Begitu cetek pemikiran ahli-ahli UMNO yang dilantik mengetuai kepimpinan. Itu sahajakah yang mampu difikirkan untuk mengubah nasib orang Melayu? Langkah-langkah konkrit untuk mengubah imej buruk UMNO supaya bersulam daya penarik pun tak pernah dibincangkan secara bersungguh-sungguh, apatah lagi didokumenkan. Macam mana nak berubah? Jangan mimpilah nak berubah.

Bangsa lain guna betul-betul masa berhimpun untuk mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang menguntungkan bangsa; UMNO bersidang untuk menghalalkan rasuah, menyalahkan ketua pembangkang, tunjuk hebat beretorik, dan buat lawak bodoh. Ada harapankah Melayu nak maju kalau asyik bercakaran dan buang masa dengan tawa hilai macam pontianak lapar?

Kini, UMNO/BN sedang menyalurkan projek mi segera di Bukit Selambau dan bukir Gantang. Sekolah Tamil di sebuah ladang dalam DUN Bukit Selambau telah dijanjikan peruntukan. Peruntukan itu diambil daripada pakej rangsangan sebanyak RM 60 bilion itu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berazam untuk menjadikan Bukit Gantang sebagai pusat pertanian yang mampu memenuhi permintaan tempatan dan eksport. Berdasarkan pengalaman lalu, penduduk Batang Air juga akan mendapat habuan. Tak percaya tengoklah sehari dua lagi.

Tidakkah perlakuan ini sama sahaja dengan yang dilakukan UMNO dalam PRK Kuala Terengganu dahulu? Tidakkah Najib menipu dalam hal ini? Tidakkah tindakan ini menunjukkan UMNO/BN sudah ketandusan idea untuk merayu undi? Tidakkah benar telahan pembangkang bahawa pakej rangsangan itu bermotifkan politik? Demikianlah UMNO/BN yang tak pernah serik dan tumpul akal. Tembelang dah pecah pun buat juga. Sedikit pun tiada kemaluan.

Kepada semua pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air, terimalah apa-apa jua yang diberi oleh UMNO/BN. Itulah hak anda yang mereka janjikan sebelum ini. Semua pemberian itu berasal daripada wang anda. UMNO/BN hanya pegang amanah anda. Mereka tidak menggunakan wang sendiri.

Mana-mana kerajaan pun bertanggungjawab memberikan keselesaan kepada rakyat. Yang menyedihkan ialah UMNO/BN menjadikannya sebagai taktik meraih undi. Anda tidak mungkin mendapatkannya kalau tiada pilihan raya. Dulu, kini, dan selamanya UMNO/BN tidak ikhlas menunaikan tanggungjawab mereka membantu rakyat.

Janganlah terperanjat jika selepas ini janji itu tidak dikotakan. Perkara ini telah berlaku di Permatang Pauh. Jika projek itu dilaksanakan, anda semua akan dikehendaki berterima kasih dan menyokong UMNO/BN. Kalau tak sokong, anda akan dicap sebagai orang yang tidak tahu bersyukur. Ini membuktikan apa-apa juga yang dilakukan oleh UMNO/BN bersifat tidak ikhlas. Ikhlaskah kalau berbuat sesuatu, kemudian mengungkit-ungkit?

Rakyat Malaysia yang budiman! Paparan di atas bukan direka-reka dan bukan juga fitnah. Semuanya didasarkan kepada episod yang dipertontonkan melalui kaca tv, melalui radio, dan media cetak. Orang yang tidak bijaksana kerap terlupa tingkah laku mereka diperhatikan dan diberi penilaian. Jangan salahkan orang lain, jika anda sendiri yang membuka pekung didada.

KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT!!!

UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!!

UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!! "

Tuesday, March 31, 2009

Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang



 TAIPING: Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.

"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Alwi di sini hari ini.

Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.

Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.

Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN.

Rasuah: Pemimpin kanan Umno disiasat



Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno sedang disiasat berhubung amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata seorang ahli Lembaga Disiplin Umno.

"Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya).

"Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," Tan
Sri Megat Najmuddin Megat Khas dipetik berkata hari ini.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung itu berakhir Sabtu lepas, lapor Bernama.

"Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," katanya.

Jelasnya, beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga disiplin, mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekali gus.

Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga ketua baru Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Megat Najmuddin berkata jika terdapat bukti sesiapa sahaja akan dikenakan tindakan.

"Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk makan dan minyak bukan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

"Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat," katanya.

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang



kemaskini 3.01pm Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder case 030907Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita Mongolia itu akan diketahui dua hari selepas pilihanraya ini.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Polis juga melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung, selain menuntut parti itu mengawal kehadiran orang ramai.

"Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larang itu dipetik.

umno-petualang sebenar

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Sekat Kejahatan UMNO/BN

Analisis Isu Oleh ruhan

" Analogi paling tepat untuk hasil utama Perhimpunan Agung Perasuah 2009 yang baru saja berlalu ialah "kokok berderai-derai ekor bergelumang taik". UMNO telah secara relatif menyempurnakan imejnya sebagai penghalal amalan rasuah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak sepatah pun kata penentangan yang terhambur dari mulut semua anggota barisan kepimpinan baru setelah pemasyhuran jawatan masing-masing.

Bekas Presiden UMNO pun tidak ambil kisah tentang menantunya yang menang jawatan Ketua Pemuda UMNO setelah didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang, malah mengharapkan lama-kelamaan ahli UMNO akan menerimanya dengan baik. Semua penganalisis politik memperakui hal itu akan berlaku kerana secara tabiinya semua ahli UMNO sudah ketagih candu rasuah.

Rakyat menolak tingkah laku tidak bermoral yang dilakukan oleh UMNO tanpa belas kasihan. Rating Malaysia dalam pengamalan rasuah tidak syak lagi akan mencanak naik tidak berapa lama lagi. Kesan langsung daripada situasi ini termasuklah merebaknya amalan rasuah dalam kalangan masyarakat. Walaupun tidak diajar, perasuah akan mencari akal supaya tidak tertangkap. Apatah lagi apabila SPRM dilihat hanya sebagai propemerintah dan wadah untuk menyiasat salah laku pembangkang semata-mata.

Golongan bedebah ini akan membuat pelbagai improvisasi terhadap cara Khairy merasuah. Harus diingat bahawa Perhimpunan Agung Perasuah 2009 itu telah melahirkan dua orang roll model yang terhebat dalam rasuah, iaitu Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin.

Jika usaha Khairy menarik golongan muda menyertai UMNO mencapai kejayaan cemerlang, sudah pastilah jumlah perasuah akan meningkat secara mendadak di negara kita. Bayangkanlah perkara yang akan berlaku jika perasuah-perasuah lain yang menganggotai heirarki tertinggi kepimpinan UMNO turut diberi sokongan padu oleh orang Melayu. Alamatnya lingkuplah negara kita.

Dengan taraf hidup yang terumbang-ambing akibat kegagalan DEB, mereka amat tertarik dengan peluang yang disediakan oleh UMNO untuk mengubah nasib. Pada masa yang sama, kita perlu menerima hakikat bahawa pegangan agama sebahagian daripada orang Melayu masih longgar dan lembek. Jika tidak, masakan mereka menghalalkan rasuah, terlibat dengan pelbagai jenayah, salah guna dadah, merempit, buang anak, menculik, sumbang mahram, dan sebagainya. Sebutlah apa-apa saja perlakuan negatif, orang Melayu pasti menjuarainya!!!

Anehnya, orang yang menghentam pengamalan rasuah sesungguh hati pun tidak tetap pendirian. Dia akan kembali menyertai UMNO. Fenomena ini membuktikan bahawa UMNO ialah sejenis dadah yang amat kuat cengkaman ketagihannya. Sesiapa juga yang terperangkap di dalamnya sukar melepaskan diri. Jika Dr. Mahathir pun akhirnya boleh terima amalan rasuah dalam UMNO, apatah orang lain yang rata-rata tidak kuat imannya.

Rakyat Malaysia yang bermaruah berkewajipan menghalang kegilaan UMNO ini menjadi realiti. Kemenangan UMNO/BN di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air akan dicanang sebagai persetujuan rakyat terhadap penghalalan rasuah yang UMNO telah maktubkan.

Jangan letak negara ini dalam kebinasaan. Pilihlah Pakatan Rakyat yang menentang kezaliman dan berusaha merakyatkan anugerah Tuhan kepada negara ini. Kekalkan kemenangan untuk rakyat!!!

UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!! "

Monday, March 30, 2009

Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang

Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.

Kelihatan para penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian pelbagai pihak ekoran kedudukannya di lereng bukit yang dilihat strategik berbanding kedudukan penyokong BN di bawah bukit

Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.

Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.

Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.

Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.

Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.

Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.

Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.

“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.

Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.

Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.

Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.

Jadual menunjukkan kajian soalselidik oleh Ilham Centre pada 21 dan 22 Mac lalu di Bukit Gantang

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.

Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.

Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.

Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.

Nizar seru rakyat tolak politik kaum,ugut BN

Calon PAS untuk kerusi parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Politik lama tegas beliau sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana ianya tidak mampu menjanjikan apa-apa perubahan kepada rakyat.

Nizar menjelaskan politik lama yang masih dibawa oleh Umno-BN ialah politik perkauman dan mengugut rakyat.

"Saya menyeru kepada pengundi-pengudi di Bukit Gantang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya agar menolak politik lama masih menjadi pegangan Umno-BN.

"Politik perkauman dan ugut mengugut tidak lagi relevan pada masa ini dan amat menjijikkan jika ia masih diteruskan," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Umno-BN tegas beliau dalam kempen-kempen mereka menjadikan isu perkauman sebagai senjata kempen untuk meraih undi orang Melayu dan mengugut mereka jika mengundi calon PAS seolah-olah nasib orang Melayu akan tergadai kepada kaum Cina.

Beliau juga menegaskan sepanjang 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak sebelum dirampas secara haram oleh BN, telah terbukti nasib orang Melayu terbela dan nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.

"Inilah yang Umno-BN tidak faham dan amat tidak senang bila Pakatan Rakyat memerintah kerana rakyat dapat merasai keadilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan rakyat," tegas Nizar.

Nizar seterusnya menegaskan Umno-BN amat tidak senang bila melihat PAS dan DAP serta KeADILan dapat bekerjasama dengan baik dan mampu membentuk kerajaan yang telus dan berintegriti.

Pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia tegas Nizar perlu mencontohi amalan politik baru yang semakin berkembang di negara-negara luar.

Nizar akan ditentang oleh Ismail Saffian yang mewakili Umno-BN dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris dalam pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyadangnya yang juga dari PAS, Roslan Shahrom pada 9 Februari lalu

UMNO yang selamanya "Fail"

Fikir Sejenak Oleh jilfityan

"Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO. Dalam tempoh beberapa hari lagi maka Najib akan mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama. Sekiranya sebelum ini kita kenal UMNO sebagai Parti Melayu Perasuah, maka gelaran itu akan tetap dimiliki UMNO selama-lamanya.


Bukan kerana faktor berpihakkan PR. Soal ini kita tak perlu pusing jauh untuk melontarkan pendirian sedemikian. Tanya sesiapa sahaja, tidak kira kecik besar tua muda. Dari parti PAS,UMNO,KeaDILan,Bebas dan selainnya. Tanya mereka mengenai parti UMNO,tanya mereka mengenai pemimpin UMNO. Tanya mereka mengenai rasuah dan kroni dalam UMNO.Apa yang mereka kata? Apa yang mereka jawab?

Hakikatnya,kepimpinan UMNO sekarang tidak ubah seperti menggantikan pakaiannya sahaja. Menggantikan sarungnya sahaja. Orang yang menjadi pemakainya tetap mempunyai jiwa yang sama. Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir. Malah mungkin dengan pelantikan baru ini akan lebih memburukkan lagi. Bukan sekadar omongan kosong. Tapi inilah realitinya. Sekiranya pemimpin sendiri bermasalah, bagaimana ingin membela rakyat? Kes rasuah,kes altantuya. Semua dah tau, semua dah mengerti. Sebut sahaja Najib, semua teringatkan kes Altantuya,semua teringatkan cerita kartun perbicaraan kes Altantuya di mahkamah. Hanya jadi bahan lawak antarabangsa sahaja.Dan saya jamin dan percaya, bahawa orang UMNO sendiri berpendirian, "Umno akan terus berada di tahap lama" biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.

Dan menambahkan bukti bahawa parti UMNO ini parti yang "fail", satu gesaan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir yang merupakan Perwakilan UMNO dari Mertajam,Pulau Pinang menyarankan agar Lembaga Disiplin UMNO pula dibubarkan,dengan alasan Lembaga tersebut mencetuskan suasana tidak kondusif dikalangan ahli parti berhubung pengumuman politik Wang. Bukanlah tujuan badan ini diwujudkan adalah untuk memantau?? Aduhhh... Teruk.. Fail ...

..calon BN doakan kemenangan PR?

Maghrib semalam, Ir Nizar solat di Masjid Simpang. Pak Imam pun bagi le Ir Nizar mengimamkan solat maghrib. Kebetulan antara makmumnya ialah Dr Zambry Kadir, Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin dan calon P59 Ismail Saffian.
Tak tahule apa yang didoakan Ir Nizar tapi ketiga-tiga mereka tu pun bukan khusyuk lagi mengaminkannya..



Pulau Pinang capai miskin tegar sifar

PULAU PINANG 30 Mac — Pulau Pinang berjaya mencapai sasaran miskin tegar sifar apabila 728 keluarga miskin tegar di negeri ini memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata di bawah program pembasmian kemiskinan tegar, kerajaan negeri akan membantu setiap keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan.

“Jika satu keluarga itu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM200, kerajaan negeri akan membantu sebanyak RM300 bagi membolehkan keluarga itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman Pulau Pinang mencapai status miskin tegar sifar di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi peringkat permulaan, kira-kira RM213,000 disalur kepada keluarga terbabit.

“Ini merupakan bantuan berterusan kerajaan negeri. Bantuan kewangan sedemikian akan diberi untuk tiga bulan pertama sebagai permulaan,” katanya.

Beliau berkata untuk keluarga miskin tegar yang produktif, kerajaan negeri akan mencari peluang perniagaan atau pekerjaan serta menganjurkan kursus motivasi bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.

Hujah kupas 'Krisis di Perak?' di TV9


Professor Dr. Shad Saleem Faruqi sebagai panel jemputan.

HUJAH, sebuah rancangan terbitan TV9 yang mengupas tentang perkembangan terkini politik, ekonomi, sosial, dan isu-isu semasa kembali lagi dengan topik yang lebih menarik.

Krisis di Perak? merupakan tajuk pebincangan pada minggu ini yang akan menampilkan Datuk Shafie Abdullah, Ragunath Kesavan, & Professor Dr. Shad Saleem Faruqi sebagai panel jemputan.

Rancangan menarik ini akan disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor pada 31 Mac 2009 (Selasa) dari jam 9.30 malam - 10.30 malam.

Sebelum duduki kerusi PM, Najib perlu bersihkan imej


KOTA BHARU, 30 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu membersihkan imejnya yang banyak tercalar dengan kisah peribadi, sebelum mengangkat sumpah sebagai ketua negara.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, rakyat berhak menuntut bakal perdana menteri itu membersihkan dirinya sebelum menduduki kerusi ketua kerajaan Barisan Nasional.

"Kita ada hak menuntut pemimpin terbabit membersihkan dirinya sebelum menjadi Perdana Menteri. Sebab apabila sudah menjadi Perdana Menteri beliau bukan sahaja jadi ketua untuk Umno atau Barisan Nasional sahaja.

"Tetapi beliau juga Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimana seorang pemimpin negara boleh diyakini jika tuduhan terhadapnya gagal dibersihkan sehingga menimbul keraguan rakyat," katanya pada ceramah di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini akhbar Perancis, Liberation melaporkan Najib ada hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.

Selain itu akhbar The Nation, The New York Times, 9News, The Australian, Times Of India dan Timeonline juga melaporkan secara ekslusif mengenai kematian Altantuya di Malaysia.

Mohamad berkata, sehingga sekarang Timbalan Perdana Menteri tidak menafikan segala laporan yang disiarkan akhbar terbabit sehingga menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

"Oleh itu kerajaan disaran menubuh suruhanjaya menyiasat mengenai segala tuduhan yang dilemparkan akhbar berkenaan bagi mengelak spekulasi buruk terhadap seorang bakal Perdana Menteri dari pandangan pemimpin dunia.

"Kegagalan pemimpin berkenaan menjelaskan mengenai perkara sebenar menyebabkan bakal Perdana Menteri Malaysia dilemparkan dengan bermacam-macam tomahan di peringkat antarabangssa," ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad juga menyelar tindakan pemimpin tertentu memperalatkan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Katanya, tindakan pemimpin terbabit tanpa disedari telah mencalar imej demokrasi dan hak kebabasan rakyat bersuara di negara ini.

"Di mana ciri-ciri demokrasi dalam negara jika suara rakyat dinafikan sedemikian rupa. Ini sebenarnya menggambarkan mukadimah pemerintahan bakal Perdana Menteri yang dilihat bukan seorang pemimpin yang berjiwa besar," katanya.

Menurutnya perbuatan itu yang jarang dilakukan pemimpin negara sebelum ini menjunamkan lagi indeks kebebasan bersuara di negara ini.

Kata beliau apa yang jelas tindakan tersebut menggambarkan kerajaan BN begitu takut menghadapi kritikan pembangkang yang kini bangkit bersama rakyat.

"Rakyat tidak lagi dibenarkan mendapat maklumat melainkan melalui media-media dikuasainya Umno dan BN sahaja.

"Barangkali inilah wajah sebenar bakal pemimpin negara yang takut kepada bayang-bayang sendiri," ujarnya

Apa kata pengundi mengenai Nizar?


Seperti yang diketahui, tiga pilihan raya kecil serentak ini dianggap oleh para pemerhati politik sebagai pungutan suara rakyat sama ada memihak kepada Pakatan Rakyat, ataupun kepada BN.

Namun kebanyakkan pundit politik meramalkan Pakatan Rakyat akan dapat menewaskan BN di tiga kawasan tersebut.

Calon PAS di Bukit Gantang, Ir. Nizar Jamaludin sudahpun 'berkampung' sejak minggu lalu di kawasan tersebut, sementara calon PKR di Bukit Selambau, S. Manikumar sudah memulakan gerak kerjanya sejak beberapa hari lalu. Demikian juga calon Pakatan Rakyat di Batang Ai, Jawah Gerang, khabarnya sudahpun memulakan kerjanya.

Ir. Nizar benar-benat dilihat sebagai calon paling layak di Bukit Gantang itu, bukan semata-mata kerana beliau menjadi 'bintang' yang begitu bersinar sejak peristiwa hitam di Perak itu, tetapi juga kerana kewibawaannya, kewarakannya, pendidikannya, keintelektualannya dan kepimpinan cemerlangnya yang tunjukkannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun selama 11 bulan.

Dengan parti yang diwakilinya, PAS yang membawa wadah 'Islam Untuk Semua' maka pengundi Bukit Gantang rasanya tidak mudah untuk menolaknya, bahkan mereka merasa bertuah kerana mendapat calon yang sebaik ini.

Dari laporan yang diterima setakat ini, para pengundi ketiga-tiga Dun dalam Bukit Gantang itu � Dun Changkat Jering, Kuala Sepetang dan Trong � mengalu-ngalukan Ir. Nizar sebagai calon PAS.

Beberapa orang peniaga pasar malam di pekan Trong yang ditinjau pendapat mereka berkata, tidak ada sebab pengundi Bukit Gantang menolak Ir. Nizar.

Bagi mereka Ir. Nizar adalah calon yang tepat dan terbaik.

Peniaga itu, Hashim Ghani dan Sudin Mat Arif sama-sama bersetuju bahawa Ir. Nizar seorang pemimpin muda, berkebolehan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat di Trong, malah di tempat lain di Bukit Gantang.

"Bukan mudah untuk mendapat calon yang baik begini.

"Kadang-kadang, ada calon itu kaya, tapi sombong. Ada pula sesetengah calon itu berpendidikan tinggi tapi kedekut,"kata keduanya.

Bagi mereka, In. Nizar adalah calon yang angat layak diundi. "Kami Insya-Allah akan menyokong Nizar," kata Hashim dan disetujui oleh temannya tadi.

"Ir. Nizar adalah pemimpin muda berpendidikan tinggi yang berkebilehan," kata Adly Musa, seorang tuan punya sebuah syarikat swasta di Trong.

Beliau sangat gembira mendengarkan Ir. Nizar menjadi calon di Bukit Gantang.

"Kepada saya dia adalah calon paling berkebolehan. Saya mengucapkan tahniah kepada parti PAS kerana memilih Ir. Nizar menjadi calon."

Kelihatan markas PAS, PKR dan DAP sudah dibuka dan para petugas mulai sibuk membuat persiapan, sementara bendera dan poster parti sudah kelihatan di mana-mana.

Di Dun Changkat Jering, saya bertemu dengan seorang pesara, sedang minum bersama temannya di sebuah restoran di pekan itu. Ketika ditanya mengenai pencalonan Ir. Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang ini, pesaran itu, Haji Malik, spontan berkata:

"Inilah calon yang bagus. Berpelajaran tinggi, walaupun tidak sampai setahun menjadi MB Perak, tetapi sudah ternyata kebolehannya. Anak saya yang menjadi pegawai di syarikat swasta di Kemunting selalu tengok internet di rumah. Sebab itu saya dapat tahu mengenai Ir. Nizar ini."

Kalau baca surat khabar biasa, atau tengok TV, katanya, kita tidak akan jumpa cerita yang baik mengenai Nizar, mengenai Pakata Rakyat.

Melalui internet itu, katanya, beliau dapat tahu ketokohan Ir. Nizar. Kalau TV dan akhbar biasa, kata Haji Malik, kita bosan baca berita BN baik saja.

Gerai-gerai makan yang baru dibuka di sebuah kawasan lapang sudah dikunjungi ramai.

Salah seorang tuan punya gerai makan di situ, Yong Fidah, memberitahu saya, "Nizar ada datang ke sini minggu lalu, ramai orang mengiringi dia. Kepada saya, dia memang layak jadi calon di sini. Mak saya orang kuat muslimat PAS, dia kata Nizar ni orang ada pelajaran tinggi, warak orangnya. Kami terang-terang kata sokong Nizar."

Suami Yong Fidah yang baru tiba dari pasar, memunggah pelbagai bahan makanan tersenyum melihat saya dan beberapa kawan.

"Ini orang Selangor," kata isterinya memperkenalkan, "dia tanya fasal Nizar."

Suaminya itu spontan menjawab: "Dia orang baik, ada ilmu. Saya pernah jumpa dia di suatu majlis di sini dulu. Saya dijemput makan dengan dia lepas dia ceramah. Ramah orangnya."

Kata suaminya itu lagi, dalam pilihan raya umum dulu, orang Cina dan India turut menyokong calon PAS di sini. Ramai yang membawa bendera PAS di tangan.

Suasana begini dijangka akan berulang dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini nanti.

Sementara itu pelbagai kenderaan mulai masuk di kawasan gerai makan di situ, bendera parti yang bertandingpun mulai dipasang di merata tempat.

Suasana mulai sibuk. Suasana pilihan raya benar-benar terasa di Pekan Changkat Jering ini, namun belum juga berjumpa durian, yang khabarnya, antara yang terbaik di Perak ini.

Di Kuala Sepetang, udang baru yang diangkat dari pertahu dan bot nelayan di si situ sedang dipunggah untuk dijual di gerai-gerai mei udang yang berderet-deret di Kuala Sepetang itu.

Keadaannya sungguh meriah, gerai-gerai mee udang sudah dikerumuni para peminat dari dalam dan luar Bukit Gantang yang kebanyakkannya mulai datang untuk menjadi petugas parti masing-masing dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang itu.

Kelihatan di dinding rumah dan kedai yang disewa oleh parti yang bertanding sudah dipenuhi bendera dan poster parti. Markas PAS, PKR dan DAP sudah sibuk denga petugas masing-masing.

Beberapa orang Cina dan India turut sama berada di markas PAS, berbual seama sendiri.

Pemandangan begini mengingatkan saya dalam PRU Ke-12 tahun lalu di mana orang Cina dan India turut membantu calon PAS, sementara petugas PAS juga sebaliknya.

Dogma perkauman sudah mereka tinggalkan.

Search This Blog