"Bangsa Umno fikir orang-orang Melayu Islam lupa bagaimana kerana kebaculan mereka, bangsa Umno telah mencincang-cincang kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, bangsa Umno takut menghadapi orang-orang Melayu Islam yang menolak mereka. Dalam pilihan raya 1999, 65 peratus orang-orang Melayu Islam dengan beraninya menolak penjajahan bangsa Umno ketika bangsa pemangsa orang-orang Melayu itu mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang tahu memerintah negara ini.
Ketika itu, bangsa Umno mendakwa bahawa tindakan menukar kerajaan dan kepimpinan negara tidak baik untuk negara ini. Biar mereka sahaja yang memerintah. Mereka fikir orang-orang Melayu Islam buta. Di Thailand, nama perdana menterinya belum sempat kita ingati, tiba-tiba sudah bertukar perdana menteri yang lain. Begitu juga di Jepun.
Adakah
Cukup saya beri satu contoh sahaja bagaimana bangsa Umno menipu dan
Kerana sifat baculnya untuk berhadapan dengan orang-orang Melayu Islam, bangsa Umno telah mencincang-cincang kawasan-kawasan pilihan raya majoriti Melayu. Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Tetapi bangsa Umno telah mencincang kerusi Melayu sehingga tinggal 54.33 peratus sahaja kerusi Melayu.
Itupun, 112 kerusi majoriti Melayu dijajah oleh bangsa Umno dan rakan-rakannya. Hanya tujuh kerusi sahaja dapat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam dari dijajah oleh bangsa Umno dan juak-juaknya.
Mengapa kerusi Melayu Islam susut? Kita ambil contoh kawasan Parlimen Baling. Jumlah pengundinya ialah 79,102 orang.
Jika diambil kira jumlah pengundi kawasan Lenggong (23,223 pengundi), Padang Rengas (24,397 pengundi), Gerik (26,227 pengundi) dan Simpang Renggam (34,859 pengundi), kawasan parlimen Baling sepatutnya boleh dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.
Ahli Parlimen Gerik kini ialah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe manakala Ahli Parlimen Simpang Renggam (54.51 Melayu) ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng.
Dalam persempadanan semula 2003 itu, bangsa Umno sengaja membesarkan lagi kerusi Parlimen Baling dengan menambahkan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Ketil.
Jumlah kerusi Melayu Islam ditekan-tekan supaya berkurangan dan lebih ramai pengundi Melayu Islam disumbatkan dalam satu kawasan. Contohnya, di Tumpat (92.16 peratus Melayu) jumlah pengundinya 80,072 orang, di Marang (97.55 peratus Melayu) jumlah pengundinya 74,813 orang. Sila baca posting perli saya bertajuk "Umno Pembela Melayu (3)".
Cukup satu perkara dulu. Belum lagi dibicarakan soal tanah rezab Melayu dan lain-lain penganiayaan, kezaliman dan kekejaman bangsa Umno terhadap orang-orang Melayu Islam.
Bangsa Melayu tidak bacul. Kami sedang menyeru mereka memerdekakan diri mereka dari penjajahan bangsa Umno. Tidak ada dua jalan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu Islam melainkan dengan menghambat bangsa Umno dari kekuasaan dan penjajahan mereka ke atas kita.
Dan posting kali ini, saya tidak mahu menggunakan ayat perli lagi seperti kata-kata "Umno pembela Melayu". Umno hakikatnya penjajah dan pemusnah Melayu!
Saturday, August 8, 2009
Umno penjajah dan pemusnah Melayu
Friday, August 7, 2009
Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar
Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram. Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata. Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. "Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu. Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan. "Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak. Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar. Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry. "Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan. "Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak |
Mufti Selangor setuju larangan jual arak
Menurutnya, langkah ini wajar dilakukan untuk menjauhkan umat Islam daripada amalan meminum arak yang jelas haram dalam hukum Islam
“Hukum arak tidak boleh dipertikaikan, haram tetap haram, biarpun sedikit atau banyak jumlah alkohol didalamnya, minuman itu tetap haram,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian mengulas desakan Pas Selangor kelmarin yang mendesak Kerajaan Negeri melarang penjualan arak di kawasan majoriti Islam.
Tamyes berkata, larangan penjualan arak dikawasan majoriti penduduk Islam ini telah lama dibangkitkan sejak isu pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi tetapi masih tidak berkesudahan sehingga kini.
“Arak bukan sahaja haram, bahkan orang Islam yang berkaitan dengan penjualan arak juga hukumnya adalah haram,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Tamyes berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepatutnya diberikan kuasa untuk merampas arak di premis berlesen ekoran penjualannya di kawasan majoriti Islam.
“Pengharaman arak pada umat Islam sudah termaktub di dalam hukum, biarpun penjualannya boleh diadapati secara terbuka kini, pokok pangkalnay adalah diri sendiri,” katanya.
Tamyes juga menyifatkan tindakan mempersoalkan tindakan PBT dan Jais seperti membuka ‘ikatan tali yang diikat erat’.
Thursday, August 6, 2009
Hadiah ke-12’ sebagai merealisasikan rakyat diutamakan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sempena sambutan 100 hari menerajui negara, mengumumkan 11 hadiah untuk rakyat; antaranya pengurangan bayaran ujian mengambil lesen motosikal dan pengeluaran 3,000 permit teksi kepada individu persendirian.
Kita menyambut baik ‘hadiah’ itu yang diumumkan sebelum pilihan raya kecil Dun Manek Urai, jika benar hasrat pihaknya mengurangi beban rakyat kebanyakan, tetapi amat dukacita kerana tidak lama selepas itu kerajaan mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam.
Sebelas hadiah itu tidak membabitkan keseluruhan rakyat tetapi kenaikan tambang pengangkutan awam membabitkan hampir kesemua rakyat apatah lagi di kalangan golongan berpendapatan rendah. Tentunya kebanyakan rakyat bergantung kepada bas berhenti-henti, bas sekolah dan bas ekspres yang semuanya terbabit dalam kenaikan tambang berkuat kuasa 1 Ogos.
Kita cukup khuatir ‘hadiah ke-12 untuk rakyat’ akan diikuti banyak lagi ‘hadiah’ kerana pihak-pihak berkepentingan seperti Tenaga Nasional sudah berura-ura menaikkan kadar tarif elektrik. Kenaikan seperti ini akan membabitkan semua rakyat, sekali gus memberi tekanan kepada kehidupan mereka pada masa ekonomi negara dan dunia merundum.
Berkenaan ‘hadiah ke-12’, kita turut dukacita kerana media arus perdana tidak melapor dan membicarakannya secara besar-besaran seperti dilakukan terhadap ‘11 hadiah istimewa’ sempena 100 hari kepimpinan Najib. Mereka hanya melaporkan pengumuman kenaikan itu dan kemudian mematikan isu itu seolah-olah rakyat merestuinya.
Hakikatnya kenaikan 1.2 sen sehingga RM31.70 itu amat membebankan terutama bagi rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang terpaksa menggunakan perkhidmatan awam setiap hari. Bayangkan jika seorang pengguna perlu menokok RM3 dalam tambang mereka setiap hari, dalam sebulan ia hampir RM100 dan jika ia membabitkan empat orang dalam sebuah keluarga, kos tambahannya adalah RM400.
Tanggal 1 Ogos sudah berlalu, kenaikan tambang bas sekolah adalah paling ketara peningkatannya. Kebanyakan pengusaha melakukan kenaikan sebanyak 50 peratus. Jika dulu tambang RM25, ia menjadi RM37. Jika sebuah keluarga ada lima anak bersekolah, cuba bayangkan berapa banyak kenaikan perbelanjaannya.
Kenaikan baru itu dijustifikasikan oleh menteri terbabit dengan mendakwa kali terakhir tambang pengangkutan awam naik adalah pada Mei 2005 dan April 2006 (bagi bas sekolah); tetapi hakikatnya tambang itu sudah naik sejak sebulan sebelum Aidilifitri tahun lalu (2008) dalam bentuk surcaj sebanyak 30 peratus. Surcaj itu dikekalkan sehingga sekarang membawa kepada tambang baru pada 1 Ogos.
Kita sudah cukup muak dengan janji kementerian dan pihak penguasa bahawa kenaikan tambang itu akan diikuti peningkatan khidmat kepada pengguna. Janji ini pernah diberi ketika kenaikan harga petrol sedikit masa lalu yang dikatakan dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM4 bilion. Penjimatan ini, menurut menteri, dapat digunakan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam tetapi sehingga kini mutunya seperti dulu menyebabkan masih ramai rakyat menggunakan kenderaan persendirian sehingga berlaku kesesakan teruk di jalan raya di ibu kota saban pagi dan petang.
Penumpang di ibu kota masih merungut kurangnya perkhidmatan bas pengantara (feeder bas) di terminal kereta api aliran ringan manakala di kawasan luar bandar dan pinggir kota, pengguna terpaksa menunggu berjam-jam sebelum bas tiba. Kita difahamkan bahawa pengusaha perkhidmatan bas berhenti-henti terutama di kawasan luar bandar mengalami kerugian teruk disebabkan pelbagai faktor dan masalah.
Bagi kita kerajaan perlu membuat pelaburan yang besar dalam memajukan pengangkutan awam sehingga menjadi efisyen. Di negara-negara maju, pengangkutan awam menjadi pelaburan utama kerajaan memungkinkan perkhidmatannya begitu berkesan sehingga menjadi pilihan orang ramai.
Sebagai contoh perkhidmatan kereta api bawah tanah (tube) kota London yang berselirat bagaikan sesawang itu begitu cekap, murah dan popular menyebabkan penduduknya tidak gemar berkenderaan sendiri kerana terpaksa menanggung pelbagai jenis cukai dan bayaran. Persoalannya, bila kita boleh mencapai tahap seperti itu?
Wednesday, August 5, 2009
Heboh Ku Li dan Datuk Shahrir sertai PKR...
Reaksi pertama Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika ditanya, betul ke berita heboh Selasa malam beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah sertai PKR ialah beliau ketawa.
“Saya malas nak jawab, malas nak layan,: katanya kepada Agendadaily ketika dihubungi.
Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, beliau tahu ada blog melaporkan hal itu.
Sambil berseloroh, beliau bersetuju apabila dikatakan, lebih baik jadi Bebas daripada sertai parti lain termasuk PKR.
“Apakah saya nak buat begitu kerana kalah pemilihan MT (Majlis Tertinggi) atau tak terpilih Menteri lagi,” katanya.
Bagaimanapun menurut Shahrir, tiada sebab untuk beliau rasa kecewa dan tinggalkan UMNO.
“Apatah lagi terlalu yakin dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hingga sertai mereka (PKR),” katanya.
Menurutnya, sejak dulu lagi beliau tidak pernah menyokong tindak tanduk Anwar.
Sementara itu, Datuk Kamal Amir yang rapat dengan Ku Li, menafikan berita Ahli Parlimen Gua Musang itu menyertai PKR.
Katanya tiada apa-apa berlaku pada Mesyuarat UMNO Bahagian Gua Musang, Sabtu lalu.
Cakap-cakap Ku Li akan keluar UMNO bukan cerita baru.
Ia kedengaran sejak beliau dilihat tidak sependapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .
Semasa pada pemilihan UMNO baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan itu menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti itu.
Apapun semasa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menawarkan beliau sertai PKR baru baru ini ,Ku Li kata sekalipun UMNO ada kelemahan beliau masih tetap yakin pada parti itu masih ada peranan untuk masa depan yang diharapkan-
Mari sama2 beramal di nisfu syaaban
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (isnin)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 06 OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
A'uudzu billahi minasy syaithanirrajiim
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammadin wa 'ala aalihi wasahbihi wasallim
Malam tanggal 15 Sya'ban 1430 H, adalah malam 'pemutusan' (pengambilan keputusan)/Night of Absolution/ Laylatul Bara'a atau yang lebih terkenal di kalangan ummat Islam Tradisional Ahlussunnah wal Jama'ah sebagai malam Nishfu Sya'ban.
Sangat dianjurkan (mustahab) pada malam tersebut bagi kita untuk
memperbanyak munajat pada Allah Subhanahu wa Ta'ala, baik dengan dzikr, membaca Al Quran, maupun salat. Jika tidak bisa sepanjang malam (dari Maghrib hingga Fajr), mampu sebagian pun dianjurkan untuk diisi dengan munajat pada-Nya.
Tentang Malam Nishfu Sya'ban (laylat al-bara'a) ini ada banyak ayat dalam Al-Quran maupun hadits mulia dari Nabi besar Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam yang menerangkan keutamaannya. Berikut ini adalah beberapa ayat dan hadits tentang keutamaan malam pertengahan Sya'ban (Nishfu Sya'ban) atau Laylatul Bara'ah.
Allah berfirman:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
"inna anzalnahu fi laylatin mubarakatin inna kunna mundzirin"
sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
"fiha yufraqu kullu amrin hakim"
Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah,
أَمْراً مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
"amran min `indina inna kunna mursilin"
(yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami.Sesungguhnya Kami adalah
yang mengutus rasul-rasul,
رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"rahmatan min rabbika innahu huwa al-sami`u al-`alim"
sebagai rahmat dari Tuhanmu.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
QS AD DUKHAAN (44:3-6)
Sekalipun majoriti mufassirin (ahli tafsir) mengertikan "malam penuh
berkah" di ayat-ayat di atas sebagai Laylat al-Qadr di bulan Ramadhan, tapi sebagian komentar juga menyebutkan bahawa "malam penuh barakah" ini bisa jadi adalah malam pertengahan Sya'ban atau malam Nishfu Sya'ban atau laylatul bara'a. Pandangan ini berdasarkan pada hadits-hadits tentang fadhillah (keutamaan) besar pada malam nishfu sya'ban tersebut. Sebagai konsekuensinya, Syari'ah telah merekomendasikan untuk menghidupkan malam tersebut.
Berkaitan dengan ibadah sunnah pada malam Nishfu Sya'ban, Imam Suyuti mengatakan dalam Haqiqat al-sunna wa al-bid`a:
"Tentang malam nishfu Sya'ban, ia memiliki fadhilah (keutamaan) yang
besar dan dianjurkan (mustahabb) untuk melewatkan sebagian
daripadanya dengan ibadah-ibadah sunnah"
(Suyuti, Haqiqat al-sunna wa al-bid`a aw al-amr bi al-ittiba` wa al-nahi `an al-ibtida` (1405/1985 ed.) halaman 58. Beliau menambahkan: "Tapi, ini mesti dilakukan sendiri, bukan dalam jama'ah.")
Ibn Taymiyya menganggap malam Nishfu Sya'ban juga sebagai malam penuh keutamaan dalam kitab beliau, Iqtida' al-sirat al-mustaqim:
[Beberapa] berkata: Tidak ada perbedaan di antara malam ini (nishfu
Sya'ban) dengan malam-malam lain dalam setahun. Tetapi, pendapat banyak ulama, dan mayoritas sahabat-sahabat kami (ulama mazhab Hanbali) dan yang lain adalah malam tersebut adalah malam yang amat istimewa, dan ini juga diindikasikan oleh kata-kata Ahmad (ibn Hanbal), dalam memandang banyak hadits yang diriwayatkan tentangnya, dan dalam memandang apa-apa yang menguatkannya dari kata-kata dan amalan para generasi awal (al-athar al-salafiyya). Beberapa dari keutamaannya diriwayatkan dalam kitab-kitab hadits musnad dan sunan. Ini adalah benar, sekalipun jika hal-hal lain telah dipalsukan tentangnya.
(Ibn Taymiyya, Iqtida' al-sirat al-mustaqim (1369/1950 ed.) p. 302.)
Di antara hadits-hadits yang menekankan status laylat al-bara'a adalah sebagai berikut:
1. Ibn Hibban meriwayatkan dari Mu'adz bin Jabal dalam Sahih-nya, riwayat berikut ini, yang juga dinyatakan oleh muhaddits kontemporer Syaikh Shu'ayb Arna'ut sebagai sahih:
Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda:
yattali`u Allahu ila khalqihi fi laylati al-nisfi min sha`bana fa-yaghfiru li-jami`i khalqihi illa li mushrikin aw mushahin.
Allah melihat pada makhluq-Nya pda malam pertengahan Sya'ban dan Dia mengampuni seluruh makhluq-Nya kecuali yang musyrik dan mushahin
(yang berkhianat).
(Ibn Hibban, Sahih, ed. Shu`ayb Arna'ut 12:481 #5665)
Haythami berkata bahwa Tabarani juga meriwayatkan ini dalam Kabir-nya dan Awsat dengan isnad yang berisi hanya rawi-rawi tepercaya, sehingga sanadnya sahih; Ibn Khuzayma memasukkannya dalam Sahih-nya,
yang memiliki level akseptansi di antara ahli hadits sama dengan
Sahih Muslim; bahkan "Muhaddits Salafi" Albani juga memasukkannya dalam kitabnya Silsila sahiha!
2. Tirmidhi dan Ahmad meriwayatkan dari `Abd Allah ibn `Amr, al-Bazzar dengan sanad baik (hasan) lewat seorang Tabi`i besar al-Qasim ibn Muhammad ibn Abi Bakr as-Siddiq:
"Allah melihat makhluq-makhluq-Nya pada malam nishfu-Sha'ban dan Dia mengampuni seluruh hamba-hamba-Nya kecuali dua orang: seseorang yang berniat untuk berkhianat dan pembunuh."
3. Bayhaqi meriwayatkan dari `A'ishah dalam Syu`ab al-iman dengan riwayat darinya:
Dari 'Aisyah: ia berkata: Nabi berdiri untuk salat pada sebagian
malam dan bersujud untuk waktu yang amat lama hingga aku mengira
ruhnya telah diambil kembali. Ketika aku melihat hal ini, aku bangun
dan pergi untuk mencoba menggerakkan jari jempol beliau yang besar,
saat mana beliau bergerak, sehingga aku mundur kembali. Ketika beliau
mengangkat kepala beliau dari sujudnya dan menyelesaikan salatnya,
beliau saw bersabda: "Wahai 'A'isyah, Wahai Humayra'! Apakah kau
pikir bahwa Nabi akan memutuskan perjanjiannya denganmu?" Ia
('Aisyah) berkata: "Tidak, demi Allah, wahai Rasulullah, tapi aku
berpikir bahwa ruhmu telah diambil kembali karena engkau begitu lama
bersujud." Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tahukah engkau malam apa ini?" 'Aisyah berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu." Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ini adalah malam pertengahan Sha'ban (Nishfu Sya'ban)! Sungguh Allah 'Azza wa Jalla melihat pada hamba-hamba-Nya pada malam nishfu Sya'ban, dan Ia mengampuni mereka yang memohon ampunan, dan Ia memberikan rahmat-Nya pada mereka yang memohon rahmat, dan Ia memberi tunda pada orang-orang yang dengki dan iri pada keadaan mereka."
al-Azhari berkata:
Berkaitan dengan kata-kata beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam: "memutuskan perjanjian denganmu": ini dikatakan pada seseorang yang mengkhianati sahabatnya dan karena itu dianggap tidak memberikan pada sahabatnya hak sahabat tsb.
Bayhaqi melanjutkan:
Aku berkata: hadits ini kehilangan seorang Sahabat pada isnadnya, dan
adalah hadits yang baik (hadza mursal jayyid). Sangat mungkin bahwa al-`Ala' ibn al-Harith mengambilnya dari Makhul, Allahu a'lam.
(Bayhaqi, Syu`ab al-iman, ed. Zaghlul 3:382 #3835.)
4. Tirmidhi, Ahmad, dan Ibn Majah meriwayatkan:
Dari 'Aisyah: Aku kehilangan Rasulullah saw pada suatu malam hingga
aku pergi keluar ke al-Baqi' (dan menemukan beliau). Beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda: "Apakah kau takut bahwa Allah akan berbuat salah padamu dan Nabi-Nya akan berbuat salah padamu?" Aku berkata: "Wahai utusan Allah, aku berpikir bahwa engkau mungkin telah pergi mengunjungi salah satu istrimu." Beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda: "Allah 'azza wa jalla turun ke langit terdekat pada malam pertengahan Sha'ban (nishfu Sha'ban) dan Ia mengampuni orang-orang sejumlah lebih banyak daripada bulu-bulu yang ada di kulit domba suku-suku Kalb."
(Tirmidhi, Ahmad, dan Ibn Majah. Tirmidhi berkata bahwa ia telah mendengar bahwa Bukhari memberi derajat hadith ini lemah karena beberapa sub-rawi-nya tidak meriwayatkan secara langsung satu sama lain.)
5. Ahmad dan Ibn Majah meriwayatkan:
Dari `Ali ibn Abi Talib: Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda: "Pada malam pertengahan Sha'ban (Nishfu Sha'ban) laluilah oleh kalian dengan salat pada sebagiannya, dan berpuasalah pada hari (yang mendahuluinya), karena Allah turun pada langit terdekat pada malam itu, dimulai dari matahari terbenam (maghrib) dan berfirman: 'Tak adakah yang memohon ampunan melainkan Aku akan mengampuni mereka? Tak adakah yang memohon rizqi melainkan Aku akan memberi rizki pada-Nya? Tak adakah yang mengalami ujian/musibah melainkan Aku akan mudahkan baginya? Tak adakah yang ini dan itu, tak adakah yang ini dan itu', dan seterusnya hingga fajar menyingsing."
(Ahmad dan Ibn Majah. isnadnya mengandung Ibn Abi Sabra yang lemah
(da`if).)
6. Lihat pula link-link berikut ini untuk matan Arab dari hadits-hadits tentang keutamaan Nishfu Sya'ban, terutama yang diriwayatkan Muhaddits Ibn Majah:
a. Sayyidah Aisyah RA yang mencari-cari Rasulullah sall-Allahu 'alayhi wasallam pada suatu malam, dan ternyata beliau sedang bermunajat di Baqi karena malam itu adalah nishfu syaban, kemudian beliau diberi tahu fadlilah malam itu.
b. Perintah Rasulullah sall-Allahu 'alayhi wasallam untuk memperbanyak ibadah baik shalat, istighfar, doa, dan lain-lain pd malam Nishfu Syaban
c. Fadlilahnya berdoa malam Nishfu Syaban
d. Dari Imam Ahmad tentang siapa saja yg mendapatkan ampunan di malam Nishfu Syaban.
Semoga, kita termasuk dalam hamba-hamba-Nya yang tidak menyia-nyiakan kesempatan ini, dengan memberikan yang terbaik dari diri kita untuk mengabdi pada-Nya, khususnya pada malam-malam dan kesempatan yang Ia Ta'ala muliakan. Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.
Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan
Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah. Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam. Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali. Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut. Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas. "Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan. "Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit. Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan. "Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. "Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya. Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang. Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur. "Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya. Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan. Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini |
Najib Razak lebih malang berbanding Abdullah Badawi
Mungkin nasib malang menimpa Dato' Seri Najib Razak apabila rakyat belum berminat kembali kepada Umno sebagaimana berlaku di awal pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sedangkan di era permulaan pemerintahan Abdullah Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat lonjatan luar biasa sehingga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir menumbangkan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2004. Namun situasi itu tidak berlaku sekarang, malah rakyat terus mengekalkan mementum Mac 2008 apabila enam pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu memperlihatkan penolakan rakyat terhadap Umno dan BN. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, sedangkan sejarah pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini jarang sangat menyebelahi pakatan pembangkang. "Umno ternyata gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil yang diadakan awal tahun ini. "Ini suatu perubahan yang belum kita lihat dalam sejarah politik Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Pengurniaan Diraja Peringkat Jajahan Tumpat 2009 di Pantai Seri Tujuh dekat sini, baru-baru ini. Oleh itu Kamaruddin yang juga anggota parlimen Tumpat berkata, Najib sekadar meneruskan kelemahan mantan Perdana Menteri sebelum ini. Menurutnya situasi serupa juga dijangka berulang di Permatang Pasir, Pulau Pinang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman. "Ketika pilihan raya kecil di Penanti BN tidak meletak calon dengan alasan tidak mahu membazirkan wang sehingga menjejaskan imej parti pemerintah di negara ini. "Sedangkan perlembagaan negara menjelaskan sekiranya berlaku kekosongan, mesti diadakan pilihan raya tanpa mengira penyandangnya meninggal dunia atau meletak jawatan," katanya. Beliau juga berkata, biar pun Umno dapat meningkatkan jumlah undi pada pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu, namun ia tidak menjadi ukuran sebenar kerana penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali. "Pada saya Manek Urai bukan contoh kelemahan PAS, tetapi sebaliknya menggambarkan kekuatan PAS mempertahankan serangan yang begitu hebat dan tidak demokratik daripada Umno-BN. "Mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan pusat dan menyogok wang begitu besar kepada pengundi," ujarnya. Pada pilihan raya kecil tersebut PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai dengan majoriti 65 undi melalui calon, Mohd Fauzi Abdullah |
PAS sahut Najib minta benar guna stadium
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, selepas berlangsung Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur telah mengumumkan yang kerajaan bersedia untuk membenarkan tempat awam seperti stadium digunakan bagi mengadakan sebarang perhimpunan aman.
Reaksi daripada ini, PAS Pahang telah mengeluarkan kenyataan rasminya dan menyifatkan kenyataan Najib sebagai petunjuk kelemahan kerajaan Umno dan BN dalam memahami erti kemerdekaan dan demokrasi. Ini kerana pengumuman Najib ini hanya terbit setelah berlangsungnya beberapa demonstrasi besar-besaran di ibu kota Kuala Lumpur.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal Al-Ahmadi menegaskan bahawa selama lebih 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, kerajaan yang dipimpin oleh Umno dan BN telah secara licik menjajah premis-premis awam yang sepatutnya menjadi kemudahan semua rakyat.
Hak rakyat yang tidak sealiran dengan Umno dan BN selalu dinafikan untuk menggunakan premis-premis tersebut. Bahkan, ujar Roslan lagi, bukanlah rahsia yang selama ini ahli-ahli parti pembangkang dinafikan hak untuk turut sama menggunakan kemudahan awam seperti balai raya, stadium, padang awam, taman rekreasi dan dewan orang ramai.
Tambah Roslan, lebih menjengkelkan tentang kenyataan Najib ini, selama ini parti pembangkang bukan hanya dihalang dari menggunakan premis-premis awam untuk program penerangan parti seperti ceramah, dialog mahupun perhimpunan aman, lebih teruk dari itu parti pembangkang juga terlarang dari menggunakan premis awam untuk kegiatan-kegiatan sosial seperti hari keluarga dan kempen menderma darah.
Agensi-agensi kerajaan yang dijemput pun akan turut dihalang dan ditekan, walaupun untuk program-program yang berlangsung di premis persendirian.
PAS Pahang, menurut Roslan, menuntut supaya Najib segera membuktikan apa yang dikatakan beliau. Semua premis awam mesti berhak digunakan oleh seluruh rakyat, semua parti pembangkang, bukan hanya untuk demonstrasi aman sahaja, bahkan untuk lain-lain aktiviti yang sejajar dengan undang-undang.
Najib, desak Roslan, mesti mengeluarkan arahan dan pekeliling rasmi kepada semua agensi kerajaan di semua peringkat agar memberi kebenaran kepada seluruh rakyat termasuk semua parti pembangkang untuk menggunakan premis-premis awam.
Menutup kenyataannya, Roslan sempat menasihatkan Umno dan BN, selepas lebih 50 tahun merdeka, Umno dan BN seharusnya tidak bimbang jika premis-premis awam dibenar untuk digunakan oleh parti-parti pembangkang, belajarlah menerima asakan maklumat dari pentas pembangkang dengan hujah, wacana dan keterbukaan, bukan dengan kaedah yang ketinggalan seperti cengkaman, tekanan dan halanganWang zakat tidak boleh masuk akaun negeri
Peruntukan wang zakat tidak boleh dimasukkan dalam akaun kerajaan negeri, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Katanya, ini kerana wang zakat itu disumbangkan oleh orang Islam sahaja dan ia sepatutnya disalurkan kepada lapan asnaf seperti yang telah ditetapkan.
''Kita tahu ke mana sepatutnya dibelanjakan wang zakat ini. Jadi pada pandangan Pas kalau ada elemen wang zakat nak dimasukkan dalam akaun kerajaan negeri itu tidak boleh.
''Tapi kalau ada pandangan yang lain kita mahu mendengar pandangan itu," kata beliau ketika diminta mengulas rancangan kerajaan negeri menggunakan hasil pungutan wang zakat yang disalurkan ke Baitulmal bagi menampung kos pentadbiran dan pembangunan di Selangor.
Rancangan yang ditimbulkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu dibuat kerana kerajaan negeri ketika ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM300 hingga RM500 juta setahun.
Mengulas lanjut Hassan berkata, cadangan itu sebenarnya masih belum dirundingkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti negeri sejak ia ditimbulkan Menteri Besar pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Jelas beliau, Abdul Khalid juga ada menyebut supaya Mufti negeri melakukan kajian terlebih dahulu.
''Jadi Pas bercadang untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkannya dan kita juga akan panggil pakar-pakarnya untuk memberi nasihat supaya lebih memantapkan lagi pandangan kita terhadap perkara ini sebab perkara ini amat besar.
''Jumlah wang zakat di Selangor juga bukan kecil jumlahnya," ujarnya.
Bagaimanapun kata Hassan, beliau yakin Menteri Besar membuat kenyataan itu dalam konteks ia perlu dikaji dan kajian pasti akan dilakukan sebelum sebarang pelaksanaan dibuat.
Penduduk ditawar rumah teres di Kg. Buah Pala
Ketua Menteri: Pemaju bersetuju, penduduk minta tempoh hingga Jumaat
Pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd hari ini bersetuju untuk menawarkan penduduk kampung berkenaan dengan sebuah rumah teres bagi setiap rumah yang dirobohkan di kawasan kampung itu.
Tawaran itu dikemukakan mereka dalam perbincangan antara kerajaan negeri, pemaju dan penduduk kampung berkenaan malam ini.
"Selepas mengadakan perbincangan, pemaju bersetuju memberi sebuah rumah teres dan ini adalah tawaran yang terbaik diberikan pemaju kepada penduduk kampung berkenaan.
"Bagaimanapun, penduduk kampung belum buat sebarang keputusan dan mereka minta tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi jawapan," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan itu di pejabatnya di Komtar di sini malam tadi.
Lim bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai tawaran itu dan berharap ia akan diterima penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Sementara itu Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berkata, penduduk belum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran berkenaan dan mereka akan mengadakan perbincangan sebelum memberi jawapan kepada pemaju.
Bagaimanapun katanya penduduk tidak gembira dengan tawaran berkenaan kerana mereka hanya diberi gambaran mengenai rumah teres berkenaan secara lisan tanpa plan reka bentuk sebenar.
"Kami hanya dimaklumkan setiap rumah yang terlibat akan dapat sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi di kawasan berkenaan.
"Tetapi plan reka bentuknya dan maklumat lanjut tentang perkara itu tidak dimaklumkan dan rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang," katanya dan menambah dalam tempoh itu penduduk terpaksa menyewa sendiri di kawasan lain.
Rumah 23 keluarga di kawasan itu sepatutnya dirobohkan semalam tetapi dilanjutkan sehingga ke hari ini selepas penduduk kawasan itu gagal dalam rayuan mereka menghalang pemilik tanah berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, daripada membangunkannya.
Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh baru untuk penduduk kawasan itu berpindah dari kediaman masing-masingTuesday, August 4, 2009
Salahkah berhimpun? — Mohd Hasbie Muda
Sebahagian rakyat Malaysia masih memandang serong pada perhimpunan aman. Kononnya, ia dilihat sebagai budaya rakyat Malaysia yang emosional dan berfikir pendek.
Pada asasnya, saya berpendirian menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Anarki. Tiada kompromi.Namun, benarkah berhimpun sebagaimana semalam boleh membawa Malaysia ke arah sebuah negara Anarki — negara yang kacau bilau dan tidak berperaturan.
Kononnya, pelabur tidak akan datang, FDI akan jatuh, peluang pekerjaan akan berkurangan dan ekonomi negara akan merudum. (Frasa dan ayat-ayat ini biasa dimomokkan dalam kursus BTN.)
Sejujurnya, saya bukanlah orang yang berminat dengan perhimpunan atau ‘demonstrasi’. Selalu juga disindir oleh teman-teman sewaktu menjadi pimpinan pelajar dulu kerana jarang turun berhimpun atau berdemonstrasi. Walaupun kurang berminat, saya tidak menafikan perlunya berhimpun.
Kita harus jujur dalam membuat penilaian.Salahkah berhimpun? Pendek akalkah orang-orang yang berhimpun sebagaimana prasangka kita?
Benar, kita boleh menyalahkan mereka yang berhimpun jika ia dilakukan terlaku kerap.Setiap bulan misalnya. Tidak dinafikan, kesesakan jalanraya akan berlaku, perniagaan ada yang terpaksa ditutup dan sudah tentu keheningan hujung minggu juga terganggu. Namun mereka berhimpun sekadar dua tiga kali setahun. Besar sangatkah impak kepada aktiviti ekonomi negara jika 2 atau 3 hari daripada 365 hari digunakan oleh segelintir rakyat untuk berhimpun menyatakan sesuatu kepada kerajaan?
Mereka yang berhimpun bukanlah untuk suka-suka atau mahu menghuru-harakan negara. Janganlah disamakan rakyat Malaysia pada masa ini dengan rakyat Malaysia pada 40 tahun lalu dalam Tragedi 1969, ataupun rakyat Singapura/Malaysia yang terlibat dalam Rusuhan Natrah pada 1950.
Rakyat Malaysia pada masa ini sudah ramai berpendidikan tinggi dan cerdik-cerdik. Zaman telah banyak berubah,saya yakin tiada siapa yang tidak sayangkan nyawa. Memang bodoh bagi sesiapa yang berhimpun untuk kehilangan nyawa. Mereka sudah tentu berhimpun kerana bersebab. Jika tidak, lebih baik bersantai di rumah bersama keluarga.
Pengalaman menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI dulu cukup mengharukan. Polis terbukti menjadi punca perhimpunan bertukar ganas. Mereka melepaskan gas pemedih mata dengan membabi buta. Apa salahnya dibiarkan peserta berhimpun dan menuju ke Istana Negara? Saya tidak nampak sebarang senjata yang mereka bawa dan aliran trafik pun tidak tersekat walaupun sedikit terganggu.
Namun tindakan polis(FRU) langsung tidak berperikemanusian. Mereka langsung seperti alat kerajaan yang tidak mampu berfikir. Merekalah punca kekasaran fizikal dan gangguan trafik yang parah.
Kebiasaannya, perhimpunan yang dilakukan bukanlah langkah pertama atau usaha awal dalam perjuangkan sesuatu. Ia adalah jalan terakhir. ISA telah dikecam sejak 49 tahun sejak ia digubal pada 1960. Pelbagai wacana akademik, penulisan, disertasi,tesis, memorandum, referandum dan sebagainya yang berkaitan ISA dibuat semata-mata untuk membantah perlaksanaannya di Malaysia. Namun adakah ia berkesan?
Kerajaan masih juga tanpa segan silu menyalahgunakan ISA.
Kita akui bahawa ISA mampu menyelesaikan beberapa ancaman berkaitan keselamatan negara dan kita memang memerlukan akta yang berupaya mencegah ancaman dalaman. Namun, kerajaan Barisan Nasional/Perikatan semenjak 1960 tanpa pernah rasa bersalah telah menggunakan ISA untuk menahan ahli-ahli politik khususnya pembangkang, aktivis masyarakat dan juga orang awam yang tidak berkaitan.
Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Chandra Muzaffar, Halim Arshat, Karpal Singh, Maximus Ongkilli, Teresa Kok adalah antara ahli politik dan aktivis masyarakat yang pernah merengkok. Berbahayakah mereka? Apa ancaman mereka kepada keselamatan negara?
Banyak cadangan yang lebih waras untuk diambil dalam membantah ISA. Namun, akan pedulikah kerajaan?
Kerajaan khabarnya akan mengkaji semula ISA. Ia satu permulaan yang baik jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu berubah.
Membantah ISA bukan bermaksud kita tidak mahu akta pencegahan yang mampu menjaga keselamatan dalaman negara kita. Namun, bantahan ini diharapkan agar mampu mendesak kerajaan supaya sekurang-kurangnya meminda peruntukan tertentu yang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
Membantah ISA juga bukan bermaksud kita membenci apatah lagi mahu menyusahkan kerajaan. Sebaliknya kita mahu supaya suara insan yang menderita akibat ISA didengari dengan lebih kuat oleh pemimpin kerajaan yang kita kasihi itu.
Kita tidak merasa menderita kerana kita tidak berada di tempat orang-orang yang sedang menderita itu. Cubalah memahami.
Kerja merobohkan Kg Buah Pala ditangguh lagi
Pagi ini, penduduk kampung membentuk perisai bagi menghalang kerja-kerja merobohkan rumah mereka dilakukan pihak pemaju.
Wakil daripada badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik berkumpul di kawasan itu dan pihak polis turut hadir bagi mengawal keadaan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy memberi jaminan kepada penduduk kampung bahawa tiada kerja-kerja perobohan dilakukan hari ini.
Sebaliknya, beliau berkata, pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bersetuju untuk bertemu beliau dan penduduk kampung malam ini.
Monday, August 3, 2009
Jangan roboh rumah di Kg Buah Pala - Guan Eng
"Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumahrumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas kenyataan pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan.
Sebanyak 23 keluarga yang masih tinggal di kampung itu gagal dalam rayuan mereka di mahkamah untuk terus tinggal dan telah diarah berpindah dari tanah milik koperasi itu selewatlewatnya hari ini.
Namun mereka enggan berbuat demikian kerana berpegang kepada janji beberapa ahli politik pembangkang semasa kempen pilihan raya tahun lepas untuk membantu mereka.
Lim berkata kerajaan negeri tidak mampu membeli tanah itu daripada koperasi atau pemajunya untuk membolehkan kumpulan keluarga itu terus menetap di situDarurat? Zahid Hamidi Menteri pendek akal
Amat malang bagi negara kita mempunyai seorang menteri yang pendek akal seperti Zahid ini. Jelas kelihatan bahawa Zahid terlalu takut dengan kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Dahulunya Zahid seorang reformis sewaktu mula-mula DS Anwar dipecat dan beliau dilihat begitu bersemangat mempertahankan DS Anwar. Namun, atas jasa Akta ISA beliau terus berubah. Akta ini mampu menjadikan seorang yang lemah iman dan tidak mempunyai kekuatan diri menjadi `penikus'. Akhirnya Zahid dilihat tunduk, lesu di hadapan kaca TV membaca skrip mengistiharkan tidak lagi menyokong DS Anwar yang terlalu banyak jasa kepadanya. Itulah Zahid Hamidi. Itulah harga Zahid Hamidi dan itulah tahap keberanian yang ada pada Zahid. Entah mengapa, Kementerian Pertahanan yang memelihara seluruh pahlawan dan perajurit negara ini memiliki menteri yang bersikap `penikus' .
Apa perlunya dharurat untuk menentang hak asasi berhimpun secara aman? Berlakukah huru hara jika perhimpunan ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak? Jika semua perhimpunan mendatangkan huru-hara, maka sudah tentu negara ini telah lama hancur. Rakyat kita berdisiplin dan mereka tahu batas-batas dan adab untuk menyuarakan bantahan. Yang jahil tentang adab sopan ini bukan peserta perhimpunan, tetapi mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal keselamatan. Zahid Hamidi bukan tidak tahu perkara ini, tetapi beliau telah dibutakan mata dan hatinya kerana sedikit kuasa. Apakah sudah tiba masanya untuk tentera pula di ajak berdepan dengan rakyat selepas PDRM dilakukan sedemikian?
Zahid diingatkan jangan cuba lagakan tentera dengan rakyat. ATM masih suci dari semua kezaliman itu. Sudah tentu seluruh warga tentera yang majoritinya terdiri dari anak-anak orang miskin di kampong tidak tergamak menzalimi rakyat, meskipun menteri mereka tidak mempunyai hati perut. Andainya tentera perlu juga dilibatkan di dalam isu politik kerajaan sekarang, apakah Zahid rasa rakyat akan menjadi `penikus' seperti beliau? Jika Nazri Aziz berkata, "Selagi ada Langit dan bumi, ISA akan dipertahankan", Rakyat akan menjawab, "Selagi ada Allah yang berkuasa, Akta zalim ini WAJIB ditentang".