Saturday, November 13, 2010

Pru-13. Angka Sial Buat BN?

13 menjadi angka kegemaran Pak Lah apabila membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008, dan plat keretanya bernombor 13. Ternyata Pak Lah tersilap percaturan apabila Barisan Nasional mencipta rekod terburuk dalam sejarah Malaysia merdeka.
Malaysia juga pernah dalam sejarahnya menghadapi perbalahan kaum yang berlaku pada 13 mei 1969. Setiap kali datang 13 Mei, kerajaan berkesempatan melangsungkan agenda kempen perpaduan atau agenda propaganda, menakutkan rakyat agar kekal bersatu-padu.

PKR akan muncul kuat

 Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin krisis yang melanda parti sebenarnya adalah proses untuk mematang dan memantapkan jentera parti pada masa depan.
Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau atur pertemuan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin semalam dengan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jelaskan pandangan orang muda terhadap konflik parti.

Friday, November 12, 2010

Usahlah Ke Putrajaya, Kita Ke Puduraya Ajalah...

Berita yang kita dengar berkaitan PKR lebih macam-macam berbanding PAS dan DAP. Berita kali ini akan digunakan semahunya akhbar BN untuk menghentam PR. Hari ini Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Thursday, November 11, 2010

Malaikat turun dari langit.

shahil

Hebat sungguh Zaid bin Ibrahim. Hebat apabila kemasukannya membawa perubahan besar kepada Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini. Keluarnya kemudian menyebabkan PKR menjadi kacau bilau. Zulkifili dan Zaharin yang keluar tidak langsung menyebabkan PKR bergolak tetapi seorang yang benama Zaid berjaya menghuru harakan PKR. Hebat sungguh Zaid.

Wednesday, November 10, 2010

ZAID DAN MUSTAFA DISARANKAN SERTAI PAS

Oleh: Mandor

Di dalam tekanan menghadapi krisis pemilihan di dalam PKR hari ini, Dato Zaid Ibrahim mungkin tiada pilihan lain kecuali berundur dari PKR. Istilah berundur mungkin lebih manis buat Dato Zaid daripada istilah keluar parti. Apabila hilangnya kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap Ketua Umum, maka apa maknanya Zaid berada di dalam PKR.

PAS Ganti Umno

Oleh Mohammad Sabu
Buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan Agong UMNO,pereseden nya memberi semangat kepada ahli untuk mempertahankan Putra Jaya.Dengan suara yang lantang dan penoh semangat yang berkobar-kobar pereseden UMNO mengajak seluruh UMNO mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan penguasaan UMNO dan Barisan Nasional diperingkat kerajaan pusat.
Selalunya dalam perhimpunan agong UMNO mereka bercakap soal untuk mengsifarkan pembangkang atau menghalang pembangkang menghilangkan 2/3 majoriti di parlimen.
Bahang kehilangan kuasa mula dirasai oleh pereseden UMNO dan para perwakilan. Oleh itu, semangat baru perlu di tiupkan kepada ahli UMNO dan kompenan BN untuk memulihkan semangat mereka setelah lesu dan lemah selepas pilihanraya MAC 2008.

Haji: Bayangan perjalanan menuju kematian


Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Setiap di dunia mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang dan siang regunya malam. Inilah hakikat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin, ayat 36).
Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Surah al-Zariyat, ayat 49)

Tuesday, November 9, 2010

Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan?

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abd Aziz Bari.
“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

Zaid Ibrahim sertai PAS atau DAP?

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penarikan diri daripada persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR telah mencetuskan satu kegemparan, yang sebenarnya tidak terlalu mengejutkan.Tindakan yang dibuat susulan kekecohan berhubung pertikaian pengundian dalam pemilihan PKR dan selepas peguam Haris Ibrahim mendakwa berlaku kepincangan dalam proses pengundian itu merupakan satu tamparan kepada PKR.

SULTAN KELANTAN BAKAL BERANGKAT KE MEKAH BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI


 Sultan Muhammad Ke-V, dijangka akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang, 10 November 2010.
Mengiringi Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Monday, November 8, 2010

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR


Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Search This Blog