Saturday, April 24, 2010

Jet Tanpa Enjin RM45 Juta Sebuah, Yang Ada Enjin RM20 Juta

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keputusan Kementerian Pertahanan membeli pesawat latihan jet pejuang tanpa enjin dengan harga RM45 juta sebuah sedangkan tentera udara di salah sebuah negara Afrika membeli pesawat yang sama dengan enjin dengan harga cuma RM20 juta.

"Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan menurut Timbalan Menterinya telah mengesahkan membeli lapan pesawat Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga RM360 juta.

"Pesawat tersebut yang dibeli kerajaan ini adalah tanpa enjin, sebelum ini kita digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat tapi hari ini kerajaan pula membeli pesawat tanpa enjin daripada Itali dengan harga RM45 juta sebuah," kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz lagi, apa yang meragukan apabila tentera udara Eritrea telah membeli pesawat yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dan yang memeranjatkan lagi, pesawat yang dibeli mempunyai enjin.

"Oleh sebab itu, saya minta siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat perolehan-perolehan yang dibuat dalam sektor dan industri pertahanan dalam negara kita kerana jika kita lihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh diharapkan untuk melakukan siasatan dengan tulus dan jujur," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan mendedahkan kos penyelenggaraan enjin lama yang difahamkan telah dihantar ke Roll Royce United Kingdom untuk dipasang pada pesawat latihan tanpa enjin yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan.

Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang.

Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinnya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin.

Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul
am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.

JAIS ditempelak

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Friday, April 23, 2010

Jadi Anak Jantan,Jangan Menyorok Di belakang Zahrain, Zulkifli

Ketua Pembangkang mencabar Perdana Menteri supaya menjadi anak jantan dan tidak menggunakan taktik jahat memfitnah beliau dan KEADILAN dengan menggunakan jentera kerajaan untuk menyebarkan dakyah serta menghentikan membuat kenyataan palsu untuk mengelirukan rakyat.

Dalam satu kenyataan beliau hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amat memalukan bagi Datuk Seri Najib Razak bersembunyi di belakang pengkhianat parti seperti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin untuk mencapai cita-cita politiknya.

"Kalau Najib ada sesuatu yang ingin dikatakan sampaikannya seperti anak jantan. Amat memalukan menyorok disebalik pengkhianat sepeti Zahrain dan Zulkifli.

"Saya sudah mendakwa Najib secara terbuka mengenai pembabitannya dengan skandal rasuah Scorpene dan kegagalan beliau menjawab isu pembunuhan Altantuya dan berderet lagi isu yang menghantui negara dan rakyat.

"Najib harus menjawab dakwaan ini daripada melibatkan diri dalam gosip liar dan menyebarkan fitnah," kata Anwar.

Muhyiddin Pembohong Besar, PAS Buktikan BN Memang Zalim

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan Timbalan Presiden Umno sebagai pembohong besar kerana cuba menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

PAS mempunyai banyak bukti yang nyata tentang kezaliman BN itu. Rakyat kini semakin bijak.Mereka tidak akan lupa apa yang berlaku pada penduduk Berembang di Selangor, Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, Kg Denai Pinggiran, Kempas Johor dan terbaru di Kg. Bakau, Likas Sabah.


Rumah-rumah rakyat marhaien yang selama ini mengundi BN telah dirobohkan oleh jentolak-jentolak yang diarahkan oleh Kerajaan BN. Mereka akhirnya duduk menumpang dirumah saudara mara, malah yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang merempat dikhemah-khemah sementara seperti pelarian perang.

Begitulah zalimnya BN, rumah-rumah rakyat menjadi mangsa pembangunan yang selalu diwar-warkan oleh BN semasa kempen pilihanraya.

Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di kawasan Hulu Selangor kerana BN hanya melakukan pembangunan untuk kepentingan mereka.

PAS menasihatkan agar pengundi Hulu Selangor berfikir banyak kali. Mereka telah mengundi BN sejak pilihanraya pertama lagi, malah telah memberikan BN 3 kerusi DUN pada pilihanraya ke-12. Tapi apa mereka dapat?

BN datang dalam Pilihanraya kecil kali ini tapi masih cerita soal pembangunan sedangkan selama 12 penggal mereka tidak berbuat apa-apa yang besar untuk kawasan ini. Itu zalim namanya kerana Pakatan hanya tadbir Selangor dua tahun pula yang dituduh gagal membangunkan Hulu Selangor.

Kezaliman BN hanya akan berhenti jika rakyat menolak mereka secara total dalam Pilihanraya. Maka pengundi Hulu Selangor perlu berani menolak BN untuk menidakkan kezaliman mereka.

‘uphill battle’ di Hulu Selangor

Belum pernah dalam sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini, seanjang ingatan saya, pemimpin Umno/BN mengakui sendiri bahawa mereka berdepan dengan keadaan sedemikian sukar untuk menang, melainkan ketika berdepan dengan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini.

Biasanya, dengan segala keangkuhan, mereka sentiasa yakin akan menang atau menang besar dalam sebarang pilihan raya dan ini adalah biasa dilakukan oleh pemimin politik sekular itu.

Kata Muhyiddin, “pertarungan kali ini bukan sesuatu yang mudah. Malah, pertarungan ini juga umpama mendaki bukit (uphill battle), kerana BN berdepan dengan lawan yang menguasai kerajaan negeri dan mereka akan menggunakan segala cara untuk mengekalkan kemenangan.”

Muhyiddin yang mengetuai kempen BN dalam pilihan raya kecil itu membayangkan kebimbangannya yang amat sangat akan kekuatan Pakatan Rakyat. Pengakuan pemimpin BN ini boleh juga ditafsirkan secara reverse psycologi supaya petugas Pakatan Rakyat mengambil mudah justru apa kerana ‘BN lemah’. Oleh itu pemimpin dan petugas Pakatan Rakyat jangan ‘terlalu gembira dan selesa atau terlalu yakin’ dalam menghadapi pertarungan ini melainkan dengan kerja keras dan strategi yang tepat.

Para penganalisis politik berpendapat, dengan populariti dan ketokohan calon Pakatan, Zaid Ibrahim serta jentera Pakatan sendiri yang telah digerakkan sepenuhnya menyebabkan BN menghadai up-hill battle dalam pertarungan kali ini. Pilihan raya kecil tersebut diadakan kerana kematian ahli parlimen kawasan itu, Almarhum Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad. Parlimen tersebut mempunuai kira-kira 64,000 pengundi.

Dalam PRU lalu, Almarhum memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 198 undi saja, menewaskan penyandang Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel. Malah, kesemua tiga Dewan Undangan Negeri — Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baharu — dalam kawasan Parlimen itu telah dimenangi oleh BN.

Namun situasi sudah demikian berubah, lebih-lebih lagi selepas kemenangan Pakatan Rakyat di mana pembangunan di kawasan tersebut mengalir pesat, sementara keperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap semua golongan, terutama golongan miskin sudah dapat dirasakan oleh majoriti rakyat di Hulu Selangor itu.

Perubahan ini diakui sendiri oleh penduduk tempatan, baik di Dun Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baru. Malah peneroka Felda sendiri mengakui. Penduduk Hulu Selangor itu sendiri sudah terdedah dengan pelbagai maklumat melaui internet dan media alternatif lain, menyebabkan perubahan yang berlaku sejak kemenangan Pakatan Rakyat ini tidak lagi dapat ‘disembunyikan’ oleh media tradisional yang sebelum ini mendominasi pemikiran penduduk di daerah itu.

Sementara itu, kedudukan BN di Hulu Selangor juga menghadapi masalah sejak awal lagi hingga hari penamaan calon. Sebelum pemilihan Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan sebagai calon BN, mereka mengalami masalah pemilihan calon. Menurut penganalisis politik, Umno yang merasakan dipinggirkan sejak awal merdeka di kawasan di mana Melayu mewakili separuh jumlah pengundi, mahukan calon dipilih dari kalangan mereka, namun, pucuk pimpinan Umno memilih mengekalkan status quo.

Apabila MIC diberi mandat sekali lagi, timbul lagi soal siapa calon. Palanivel sebagai bekas penyandang menjadi pilihan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu tetapi ia ditolak oleh Umno dengan mengemukakan calon MIC pilihan mereka sendiri. Akhirnya Kamalanathan dipilih sebagai calon kompromi.

Sementara itu sejak PKR menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon, Umno melalui media miliknya telah membangkitkan isu ‘anak tempatan’ atas alasan Zaid adalah anak negeri Kelantan, walaupun telah menetap di Selangor sejak lebih 30 tahun. Bagaimanapun isu itu kemudiannya menempelak Umno/BN sendiri apabila Kamalanathan dipilih kerana beliau juga bukan anak tempatan Hulu Selangor.

Menurut penganalisis, walaupun lama bersama Umno, Zaid sering menjadi sasaran dalaman parti kerana ketegasannya mahu membawa perubahan positif dalam Umno. Namun kerana Umno sendiri enggan berubah, maka Zaid merasa kecewa. Malah, rekod cemerlangnya sebagai Menteri yang paling singkat berkhidmat — enam bulan — masih diingati ramai. Sepanjang perkhidmatannya, beliau mahu mereformasikan sistem perundangan negara tetapi disekat oleh pimpinan Umno.

Zaid adalah satu-satunya Menteri — sejak lebih 40 tahun lalu — yang berani meletak jawatan kerana atas dasar prinsip kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tanpa bicara pemimpin DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng pada September 2008.

Menurut penganalisis lagi, sejak dalam Umno hingga hari ini, Zaid mahu peluang saksama dan keadilan ditegakkan untuk semua golongan tanpa mengira kaum.

Tidak syak lagi, Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor ini disebabkan calonanya yang mempunyai kelebihan, sementara pengundi pula semakin merasakan tekanan ekonomi keluarga, isu perkauman yang melemaskan, rasuah, nepotisme, salahguna kuasa dan sebagainya oleh BN..

Ramai berpendapat, trend pengundian 2008 dulu itu dijangka berterusan daam pilihan raya kecil 25 April ini. Jika ini berlaku, bermakna keputusannya ini adalah penerusan ‘thunami politik’ yang amat digeruni oleh BN dan inilah juga cirri-ciri politik baru Malaysia yang sedang muncuk dan amat ditakuti oleh Umno/BN.

Mengapa Umno-BN cukup gerun jika Zaid menang?


Sehingga hari ini Umno-BN seperti hilang arah dan pertimbangan berhadapan dengan Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Mereka tidak boleh menerima kekalahan di Hulu Selangor. Kekalahan di Hulu Selangor akan menjadi mala petaka besar kepada Umno-BN dan kerajaan 1Malaysia dan bakal membawa reformasi besar senario politik dalam negara.

Kekalahan di Hulu Selangor lebih perit untuk dihadapi dan diterima oleh Umno-BN berbanding kekalahan dalam pilihanraya kecil lain pasca pilihanraya umum lalu termasuk kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ini kerana kekalahan di Hulu Selangor bermakna dengan sendirinya 1Malaysia gagal. Bermakna rakyat mengakui dan menerima bahawa 1Malaysia diresapi oleh pengaruh Yahudi seperti yang didedahkan di parlimen dan rakyat di Hulu Selangor oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ini juga bermakna kerana orang Melayu dan umat Islam di negara ini cukup sensitif dengan isu kekejaman dan kezaliman golongan Yahudi dan kuncu-kuncunya. Maka sesiapa yang menjalin hubungan dan kerjasama dengan yahudi pasti akan menerima bala dan musibah.

Kemenangan Zaid Ibrahim juga amat ditakuti kerana ini akan menilai sejauh mana rakyat Hulu Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya termakan dengan terpengaruh dengan cerita Liwat 2 yang sedang rancak dibicarakan di mahkamah.

Di samping itu kemenangan Zaid Ibrahim juga akan memberi mesej yang cukup jelas bahawa isu wakil rakyat lompat parti tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Sekaligus akan memberi isyarat kepada wakil rakyat yang telah melompat parti atau memasang niat untuk melompat agar membatalkan hasrat mereka.

Kecualilah wakil rakyat berkenaan memang tidak mempunyai akal dan perasaan serta telah gelap mata dengan pelbagai tawaran dan ganjaran.

Bagi saya, kemenangan Zaid juga bakal merencatkan hasrat Umno-BN untuk terus menggunakan serangan peribadi khususnya kepada Anwar Ibrahim dalam pilihanraya akan datang.

Kalau dilihat perkembangan terbaru di Hulu Selangor,Umno-BN cukup menggila melancarkan serangan peribadi untuk membunuh karektor Zaid Ibrahim di kalangan rakyat dan pengundi di Hulu Selangor.

Justeru itu saya tidak hairan dan pelik melihat Perdana Menteri 1Malaysia sendiri terpaksa turun berkempen habis-habisan di Hulu Selangor walaupun masih kepenatan baru pulang dari luar negeri. Amat jarang berlaku dalam pilihanraya kecil Perdana Menteri terpaksa turun berkempen untuk memenangkan calon BN.

Jika PM tidak berhabis-habisan di Hulu Selangor bermakna Umno-BN akan 'habis' dalam pilihanraya umum akan datang.

Thursday, April 22, 2010

PAS S'gor optimis Zaid menang Ahad ini



"PAS Selangor optimis setakat ini calon Pakatan Rakyat mendahului calon BN dari sudut sokongan rakyat khasnya para pengundi di Hulu Selangor, kata ketua penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Katanya, kempen yang dilakukan secara bersepadu antara petugas PAS, PKR dan DAP terus menerus mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

"Dari tinjauan didapati bahawa rekod buruk perkhidmatan wakil MIC dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya umum 2008 lalu, telah menyedarkan rakyat untuk tidak lagi memberi peluang pada BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tegasnya, ditambah dengan pencapaian memberangsangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ternyata menyentuh hati rakyat jelata.

"Dan ini memberi kesan langsung kepada harapan Datuk Zaid Ibrahim hari Ahad ini, lantaran rakyat selesa dengan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan dan kerajaan PR Selangor sejak berkuasa Mac 2008 lalu sehinggalah hari ini," tegasnya.

Menurut Roslan, PAS Selangor menjangkakan jumlah petugas parti itu dari seluruh negara, akan terus meningkat menjelang fasa terakhir tempoh berkempen dan pada hari mengundi bagi menyokong dan membantu jentera PKR.

"PAS Selangor mengambil kesempatan menyeru seluruh pengundi berdaftar di Hulu Selangor agar keluar beramai-ramai pada hari mengundi Ahad ini dan memberikan undi kepada calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat bagi memberikan isyarat kesungguhan rakyat mahu melihat PR terus memerintah negeri Selangor ini.

"Begitu juga kepada para pengundi pos yang berjumlah 799 orang. PAS Selangor mengharapkan agar mereka nanti akan berani menyalurkan suara melalui undi masing-masing demi membina sebuah negeri Selangor yang maju, bersih dan berkebajikan buat semua," tambahnya.

P094 : Kamalanathan, Pembohong yang terus Berbohong!

P. Kamalanathan ataupun Kamal yang menjadi calon BN untuk PRK Hulu Selangor, telah membuktikan bahawa beliau juga mempunyai kemahiran berbohong sepertimana pemimpin UMNO/BN yang lain..

Mula-mula Kamalanathan dalam satu sidang akhbar yang tidak dirancangkan di Ladang Kerling, Hulu Selangor, beliau mempertikaikan yang beliau telah mencium tangan Muhyiddin..

Beliau juga telah bertanya bila beliau telah mencium tangan Muhyiddin malah mencabar agar ditunjukkan dimana beliau melakukannya..

Katanya “Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,”

Dan gambar dibawah telah dikeluarkan untuk menjawab pertanyaannya itu. Ternyata beliau telah berbohong dengan menafikan beliau telah mencium tangan Muhyiddin..







Kemudian Raja Petra pula telah mendedahkan tiada rekod yang menunjukkan bahawa P. Kamalanathan pernah belajar di Edith Cowan University dan mendapat Bachelor of Mass Communication sebagaimana yang tertera dalam C.V Kamalanathan..

Panggilan telefon juga telah dibuat kepada Universiti tersebut dan mereka mengesahkan mereka tiada rekod mengenai Kalamanathan..

Sila lihat disini..

Bila dihubungi oleh pemberita bertanyakan perihal diatas, Calon dari Barisan Nasional itu menafikan pula yang beliau pernah berkata yang beliau pernah belajar diluar Negara.

Menurut beliau sebenarnya beliau telah mengikuti program berkembar yang dijalankan oleh Olympia College dan Edith Cowan University dan menegaskan akan mempamirkan salinan ijazahnya di dalam website beliau pkamalanathan.com dalam masa 24 jam..

Bila carian dilakukan oleh Raja Petra.. hasilnya..

Tiada website seperti yang dinamakan oleh Kamalanathan itu.

Beza Dasar PR Dengan BN Bagai Langit Dengan Bumi

Pakatan Rakyat mahu merubah cara, budaya, tradisi, kefahaman, cara kepimpinan kerajaan Umno-BN.

Cara Pakatan Rakyat mengubah nasib rakyat ke arah satu tahap yang boleh menjamin masa depan rakyat warga Sabah. Membantu rakyat berdikari berdiri di atas kaki mereka sendiri.

Budaya kerajaan Umno-BN kalau ada pilihan raya barulah semua Menteri turun padang buat seribu janji kepada rakyat, selesai pilihan raya bila dituntut janji mereka dari rakyat, mereka kata "tunggu peruntukan". Selesai pilihan raya kapunanlah kalau dapat jumpa Menteri.

Budaya Pakatan Rakyat, turun padang tunai janji. Contoh kerajaan negeri Selangor, lahir sahaja anak dapat RM100 disimpan dalam tabung setiap bulan. Mati sahaja rakyat Selangor dibantu RM2,500, air percuma pada hadnya. Anak anak muda masuk universiti dapat bantuan RM2,000.

Tradisi kerajaan Umno-BN yang perlu dibantu Ketua Bahagian dan AJKnya, Ketua Cawangan dan AJKnya, kroni-kroni, khadam- khadam Umno sahaja. Pengundi cuma dapat jambatan, balai raya, surau, masjid, klinik kampung, jalan kampung, 'highway', pembangunan dalam bandar. Rakyat di kampung bagaimana?

Pakatan Rakyat memberi keutamaan bantuan meninggikan sara hidup orang kampung dengan memberikan keutamaan rancangan pembangunan luar bandar dengan tanaman kelapa sawit, kelapa, getah, menternak binatang. Bantuan terus menjadi hak milik orang kampung itu sendiri.

Kefahaman Umno cakap sahaja nak bantu semua pihak tapi yang nyata cuma orang yang dapat cuma punya kefahaman "ketuanan". Kefahaman Umno yang menjadi teras kekuatan Umno ialah ahli-ahli Umno orang-orang elit sahaja.

Kepimpinan Umno mengikut dinasti, kalau bapanya mantan PM anaknya akan mewarisinya. Sekarangpun sudah nampak ada dua lagi anak mantan PM sedang menanti giliran untuk menjadi PM Malaysia.

Dalam Pakatan Rakyat menurut merit. Seseorang yang berwibawa, berkarisma dan berketrampilan. Bersih dari rasuah dan menyalahgunakan kuasa, berjiwa rakyat.

Halatuju Pakatan Rakyat menunaikan hak Bumiputera seperti terdapat dalam Perlembagaan Malaysia disamping hak bangsa- bangsa lain ditunaikan bersama seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia.

Halatuju Umno, cakap sahaja nak jaga hak Bumiputera tapi tidak ditunaikan. Buat apa nak jaga hak kalau hak itu cuma sampai pada kroni-kroni dan khadam-khadam Umno-BN sahaja?

Misalnya kalau ada tender berjuta RM. Namanya sahaja ada tender tapi diubah kepada "negotiate tender" kroni-kroni dan khadam-khadam yang ada 'cable' orang atas sahaja yang dapat. Inikah namanya hak Bumiputera yang terpelihara dalam Perlembagaan?

Dasar Pakatan Rakyat, dalam tender semua warga negara Malaysia mendapat hak sama rata. Fikir baik-baik, daripada 'negotiate tender' yang dapat cuma kroni dan khadam? Bagus lagi sama rata, sekurang-kurangnya ada yang ditunggu daripada kosong.

Peniaga Bumiputera siapa yang tidak mahu kalau "DIA dapat satu AKU dapat satu" daripada "DIA dapat semua AKU dapat KOSONG?". Ini kena fikir betul-betul. Orang kampung jangan terlalu taksub dengan Umno.

Wednesday, April 21, 2010

Azizan Tidak Bimbang ADUN Bakar Arang Keluar PKR

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak bimbang dengan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini, Azizan berkata beliau yakin Adun lain dalam PKR dan DAP yang masih bersama dengan PAS tetap setia.

"Dia nak keluar biarkanlah...saya tidak akan ganggu. Jika ada lagi yang hendak keluar atau melompat, saya akan mengadap Tuanku (Sultan Kedah) untuk memohon perkenan baginda membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya," katanya.

Pas menguasai 16 dari 36 kerusi DUN. PKR berbaki tiga kerusi selepas dua wakilnya keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, DAP satu kerusi manakala B Nmenguasai 14 kerusi.

Azizan turut mengumumkan anggota Exco yang juga ADUN Sidam, Tan Show Kang (PKR) dilantik sebagai ADUN angkat DUN Bakar Arang

PR Cabar BN Susun Syarikat Air, Tol, Elektrik, Broadband

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mencabar kerajaan Umno-Barisan Nasional menyusun semula syarikat utiliti utama seperti air, tol, elektrik dan 'broadband' bagi menjamin kepentingan rakyat.

Langkah ini menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus dapat menyumbang kepada dasar ekonomi yang lebih mapan dalam pelaksanaan agenda Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat yang didokongi oleh KEADILAN, PAS dan DAP telah membuat penelitian secara terperinci berhubung MEB dan mendapati ia tidak memberi kelebihan sepenuhnya kepada rakyat dan juga negara selagi empat perkara asas tersebut tidak dilaksanakan.

"Penyusunan ini akan mengurangkan beban kewangan kerana dasar monopoli ini memberikan faedah kepada syarikat terpilih dan beban kepada rakyat terlalu parah. Umpamanya setelah melihat pengakuan yang dibuat oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri bahawa 'margin reserved' yang digunakan oleh IPP ini telah meningkat 66 peratus.

"Semasa kita bantah di Parlimen dahulu kita bicara sekitar 40, 48 peratus dengan subsidi RM10 bilion oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat kroni yang kaya," katanya dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen tengahari tadi.

Pakatan Rakyat juga menuntut garis pendapatan dan gaji minima ditetapkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga kerja di kalangan warga asing.

"Tentang keperluan menetapkan garis pendapatan dan gaji minima untuk pekerja dengan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan dengan cara ini akan memaksa syarikat-syarikat kita meningkat keupayaan pelaksanaan industri di peringkat nilai tambah dan tidak bergantung kepada pekerja upah yang murah," ujar beliau lagi.

Anwar juga berkata, kaedah yang perlu diguna pakai bagi mengurangkan beban kewangan di kalangan golongan muda turut diberi penekanan serius.

"Dengan mempastikan bahawa beban kewangan di kalangan muda dengan upah yang ada sekarang itu terlalu berat dan membebankan. Oleh demikian kita (Pakatan Rakyat) telah mencadangkan kaedah percukaian yang progresif dengan lebih teliti dan terperinci," jelas Anwar.

Tambah beliau lagi, perkara terakhir yang harus dilaksanakan dalam MEB adalah membentuk perubahan.

"Perkara keempat yang sangat utama yang tidak disentuh dalam cadangan PM dalam Model Ekonomi Baru adalah perubahan. Tanpa perubahan dari segi keadilan, keyakinan persaingan, keselamatan maka ia akan menjejaskam kedudukan ekonomi negara.

"Perubahan ini termasuklah Jabatan Peguam Negara, badan kehakiman, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan aspek-aspek yang melibatkan isu ketelusan dan pertanggungjawaban," jelas Ketua Umum KEADILAN itu lagi.

Bagaimanapun menurut Anwar, dasar, angka serta tindakan yang diambil hendaklah dijelaskan secara terperinci kerana berlaku percanggahan oleh pemimpin bawahan Najib.

"Pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ialah pertamanya pendirian PM mengenai model ini perlu dijelaskan kerana ia bercanggah dengan apa yang ditekan oleh Tan Sri Mohamad Nor Yaakob (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan ini sekadar pandangan yang dikemukakan dan belum merupakan dasar kerajaan yang jelas.

"Tetapi yang lebih penting pengumuman yang dibuat PM ini mengandungi beberapa perkataan yang lunak seperti kerajaan tidak mampu menerima pendirian atau dasar ekonomi yang memberikan perlindungan kepada kelompok kecil dan ini juga mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Tun Abdullah Badawi dulu bahawa cara kita bergantung kepada sikap mengharapkan projek-projek kerajaan oleh kalangan kecil tetapi tidak ada tindakan susulan, tegas Anwar.

Pakatan Rakyat mahu pendirian yang tegas berhubung MEB seperti isu kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion yang sehingga tidak dijelaskan.

"Selagi ia tidak dijelaskan ia tidak membantu merangka satu dasar ekonomi yang lebih mapan," kata Anwar lagi.

Menurut beliau, isu kronisma untuk mengkayakan segelintir syarikat di sekeliling pimpinan Umno juga masih diteruskan.

"Umpamanya PM menyebut soal ketelusan dasar ekonomi yang lebih bertanggungjawab di mana kita ada kemukakan beberapa contoh cadangan penubuhan Institut Barah Nasional yang diumumkan berulang kali sehingga 2007 yang harganya RM340 juta tetapi bila diserahkan kepada IJN dan disubkontrak kepada syarikat Kiara Teratai ia melonjak hingga RM700 juta pada 2009. Maknanya cara dan kaedah gelojoh memberi manfaat kepada satu, dua syarikat pilihan masih diteruskan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pakatan Rakyat juga melihat keputusan mengurangkan atau menghapuskan subsidi harus dilaksanakan secara berterusan.

"Jangan difikirkan subsidi yang hanya menyentuh kepada golongan bawahan tetapi juga kepada golongan korporat seperti subsidi air, tol dan harus lebih diambil kira kerana itu lebih membebankan negara dan bercanggah dengan liberalisasi ekonomi dan keupayaan daya saing di negara kita.

"Kita juga kemukakan lagi contoh apabila PM mengumumkan untuk membangunkan 3,000 ekar tanah bersama KWSP tetapi ia tidak mengikut peraturan ketelusan yang ada dan yang lebih penting ialah kerana masih meneruskan cara pengagihan kontrak kronisma dengan memberikan kepada MRCB tanpa tender dan kontrak cara yang telus dan ini bercanggah dengan pengumuman yang dibuat," kata beliau lagi.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

kenapa orang islam sokong umno

nampaknya kempen PRK P94 telah menjadi medan untuk kedua-dua belah pihak untuk melempar tuduhan. kalau dulu umno kata zaid minum arak, tapi sekarang dah semakin ramai dan banyak nama yang terlibat sama. menteri jaga polis, menteri jaga parlimen,bekas MB johor malah bekas PM-PM dulu pun dah masuk senarai.

bak kata orang, seperti ayam yang penuh dengan najis diekor sendiri tapi nak tuduh orang lain yang berbau busuk. umno sepatutnya suluh diri sendiri dulu sebelum menuduh orang. tak malu kah nak tuduh orang minum arak sedangkan parti manakah yang menyuburkan gegala minum arak. malahan parti manakah yang mengalakkan tabiat judi di negara yang di kata islam ini.apa kata lepas PRK ini umno bentangkan di parlimen usul untuk mengharamkan arak dan judi dinegara ini. walaupun dah terlambat untuk sedar arak itu haram tapi sekurang-kurangnya umno telah sedar. allah itu maha pengampun.

kadang-kadang hairan memikirkan apakah sebabnya orang melayu yang mengaku islam menyokong umno. tapi bila timbul isu minum arak ini maka nyatalah sebabnya. ingkar....itulah jawapannya. allah telah menyatakan dengan jelas didalam al quran bahawa arak itu haram tapi masih ada hambanya yang minum.

begitu juga allah telah memerintahkan hambanya melaksanakan undang-undang islam yang berlandaskan al-quran dan sunnah tapi masih tidak dilaksanakan, malah menentangnya secara terang-terangan apabila ada yang hendak menegakkannya. jadi tak hairanlah apabila ada orang yang mengaku islam tapi menyokong umno yang nyata parti yang menentang islam. parti yang menghalalkan maksiat berleluasa.

dimana ulamak umno yang mengaku islam dan tahu hukum hakam tapi tidak mahu memberi nasihat atau mencegah kemungkaran ini dari berlaku. mengapa hukuman allah kepada peminum arak boleh digantikan dengan hukuman ciptaan manusia. siapakah manusia yang layak untuk mengubah hukuman yang telah ditetapkan oleh allah.

mengapa kita menentang allah sedangkan kita mengaku beriman kepadanya. mengapa kita hanya mengambil perkara atau perintah allah yang kita suka dan menolak perintah allah yang tidak menepati nafsu dan kehendak kita. allah telah menyatakan dengan jelas di dalam al-quran bahawasanya bangsa yahudi tidak akan sekali-kali tunduk kepada islam dan mereka adalah golongan yang dilaknat oleh allah, tapi mengapa masih ada yang sanggup bersekongkol dengan mereka.

maka dengan itu, wahai orang-orang umno di hulu selangor dan dimana jua anda berada, ingatlah siapa pencipta kamu, siapa yang memberi kamu rezeki dan siapa yang akan kamu hadapi di hari pembalasan nanti. kenapa bila allah perintahkan kamu melaksanakan hukum dan undang-undang islam kamu tentang, mengapa bila allah perintahkan kamu mengharamkan arak dan judi kamu ingkar, mengapa bila allah melarang kamu bersekongkol dengan bangsa yahudi kamu ingkar. bertaubatlah.......kembalilah kepada allah dan rasulnya.

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

Fitnah Didahulukan, Rakyat Diabaikan

Disebalik kempen Barisan Nasional (BN) yang hanya menyerang peribadi calon dan mengabaikan kepentingan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu selangor, Pakatan Rakyat (PR) konsisten menjelaskan hak dan pentingan rakyat di Hulu Selangor.

"Kita tak payah guna cara serangan, kecaman peribadi seperti yang mereka lakukan. Kita jelaskan apa yang telah kita lakukan selama dua tahun memerintah Selangor berbanding 50 tahun pemerintahan Umno-BN," kata Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah umumnya di Serendah semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan menerima Zaid kerana Zaid mempunyai sikap yang baik dan telah berubah sejak dalam PR.

Bagi Anwar, dasar PR jelas mendahului rakyat dan menolak kepentingan golongan atasan yang berniat untuk mengaut keuntungan.

Bagi beliau kerana itulah ada di kalangan pemimpin PR yang menolak PR kerana tidak boleh menerima dasar yang mendahului rakyat ini.

"Dasar dalam PR jika nak jadi wakil rakyat atau exco tak boleh ambil tanah negeri, tak boleh ada kontrak, tak boleh ada saham negeri. Itu cara Umno-BN. Sebab itu ada pemimpin PR tak boleh terima kerana dia tak boleh nak tukar 'mind-set'," kata beliau lagi.

PR dalam agendanya tidak memikirkan soal kaum dan akan membantu semua bangsa di Malaysia terutama rakyat yang miskin yang telah lama dianaktirikan BN selama ini.

Bagi beliau, semua kaum perlu mempunyai sifat kekeluargaan dan memikirkan antara satu dengan yang lain.

Umno baru tahu arak dan judi haram


Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil kali ini Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.

Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup.
Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.

Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.

Tuesday, April 20, 2010

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

BN GUNA TAKTIK LAPUK DI HULU SELANGOR


Pilihanraya kecil Hulu Selangor seperti sudah diketahui skrip dan jalan cerita serta kesudahannya nanti. Satu persatu taktik yang digunakan oleh BN membuktikan BN kini tandus dan kering isu untuk berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Adegan lompat parti, serangan peribadi ibarat meludah ke langit kena muka sendiri. BN cuba menutup kelemahan mereka dalam soal mencari calon dengan menggunakan strategi basi dan ketinggalan zaman.

Fakta yang dikemukakan seperti kerjasama kerajaan 1Malaysia-APCO milik Yahudi gagal dijawab sehingga hari ini. Begitu juga tindakan kerajaan 1Malaysia melalui Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran yang mendedahkan Kerajaan 1Malaysia kini melutut kepada Amerika gagal dijelaskan dengan meyakinkan.Teknik super impose yang digunakan oleh jentera Umno di Hulu Selangor untuk memburukkan Zaid Ibrahim adalah teknik kemahiran level sekolah rendah. Malah saya yakin budak sekolah rendah boleh hasilkan kualiti yang lebih baik daripada bahan kempen yang dihasilkan oleh Umno.

Rasuah dan janji pilihanraya yang digunakan oleh Bn pula, saya dah dengar digunakan oleh BN sejak bangku sekolah rendah lagi. Begitu juga dengan cerita-cerita lompat parti.

Seterusnya seperti dijangka, dua calon bebas proksi Umno dan MIC menarik diri yang sebenarnya mendedahkan kedangkalan dan kebodohan jentera BN berhadapan dengan strategi Pakatan Rakyat.Awal-awal lagi saya tidak meletakkan sebarang gambar bahawa terdapat empat calon yang akan bertanding di Hulu Selangor. Apa yang saya nak beritahu, penduduk orang asli di Hulu Selangor pun lebih bijak dari strategi kempen yang digunakan oleh BN di Hulu Selangor.

Kalah menang memang adat dalam bertanding dalam pilihanraya. Tetapi kalau nak bagi kemenangan pun bagilah pada calon dan parti yang lebih cerdik supaya kita tidak dipersalahkan oleh anak cucu cicit kita nanti...

Kerajaan Kelantan Bawa Kes Royalti Minyak Ke Mahkamah

Kerajaan PAS Kelantan akan membawa kes tuntutan royalti minyak daripada Kerajaan Pusat ke mahkamah sebagai jalan terakhir selepas gagal berunding dengan Petronas.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata langkah itu diambil sebagai memenuhi resolusi yang diputuskan oleh kerajaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Beliau berkata pada persidangan itu, semua anggota dewan bersetuju supaya tuntutan royalti minyak yang diperoleh di perairan negeri ini dibuat secara rundingan dengan Petronas dan jika gagal, barulah tindakan mahkamah diambil.

Pesuruhjaya PAS II Kelantan itu berkata kerajaan negeri berusaha untuk berunding dengan Petronas dan sudahpun menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas yang baru, Datuk Shamsul Azhar Abbas untuk tujuan itu tetapi tiada jawapan.

"Atas dasar itulah, kita akan tetap mengemukakan tuntutan royalti minyak kerajaan negeri ke mahkamah. Bagaimanapun, bila dan bentuk tindakan itu bergantung kepada keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kedai dan pejabat Bandar Baharu Tunjung, di sini, Isnin.

Baru-baru ini, kerajaan Pusat membuat keputusan tidak akan membayar tuntutan royalti minyak kepada Kelantan sebaliknya diberi dalam bentuk wang ihsan.

Mengenai kenyataan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak sanggup menjadi orang tengah dalam rundingan tuntutan itu, Husam berkata beliau akur dengan keputusan pemimpin veteran Umno itu.

Keengganan Tengku Razaleigh menjadi orang tengah ada kewajarannya kerana ia akan menjejaskan kreadibilitinya sebagai saksi penting kerajaan apabila kes itu dibawa ke mahkamah, katanya.Husam berkata kerajaan negeri menyerahkan kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk berunding kerana menghormatinya sebagai bekas Pengerusi Petronas dan penggubal Akta Petroleum 1974 yang memberi hak kepada negeri mendapat royalti ke atas kerja-kerja cari gali minyak di kawasan perairannya.

"Bagaimanapun, kita akur dan memahami dengan keputusan Tengku Razaleigh itu, dan tidak akan membuat tawaran semula untuk menjadi orang tengah dalam rundingan dengan Petronas," katanya.

Minggu lepas Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak bersedia untuk menerima tawaran kerajaan negeri untuk menjadi orang tengah, sebaliknya hanya bersedia menjadi pemantau wang ihsan yang diberikan Kerajaan Pusat bagi memastikan tidak disalahgunakan oleh kerajaan negeri.

KEADILAN, PAS, DAP, SNAP Tubuh Pakatan Rakyat Sarawak

Pakatan Rakyat hari ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila melebarkan sayapnya di Sarawak dengan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak secara rasmi yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat persetujuan daripada KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP.
Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat tertutup yang di Sibu yang dihadiri oleh Anwar serta pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian dan juga seorang Naib Presiden SNAP.

Anwar berkata penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak telah mendapat persetujuan oleh empat parti yang akan menjadi rakan kongsi dalam membawa perubahan senario politik Bumi Kenyalang itu.
"Keputusan mesyuarat hari ini kita telah mendapat persetujuan menubuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak dan kita akan umumkan butiran lanjut dalam masa yang terdekat.
"Selain itu juga pada pilihan raya kecil di Sibu nanti kita telah bersetuju untuk meletakkan calon dari DAP bagi bertanding di situ.
"Saya juga akan menghantar surat rasmi kepada SNAP bagi menjemput parti itu menyertai Pakatan Rakyat," jelas Anwar kepada Suara Keadilan.
Anwar juga berkata Pakatan Rakyat pusat akan membantu jentera pilihan raya kecil di Sibu bagi memastikan kemenangan calonnya

Kabinet Malaysia mengatasi undang-undang dan rakyat

Sejak zaman beberapa Perdana Menteri - kabinet Malaysia bagaikan mengatasi undang-undang.Mereka tidak perlu mengistihar harta, biar rakyat berbuih mulut mendesaknya.

Siapa yang diperbodohkan oleh kabinet Malaysia yang terdiri dari UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah dan Sarawak.Rakyat dan kakitangan awam diminta jangan memboros. Semuanya perlu berhemah.
Disaat itulah Rosmah Mansor membawa isteri-isteri menteri dan isteri-isteri timbalan menteri melancong keluar negara pada minggu lepas.

Berapa belanja yang dihabiskan ?

Kaya sungguh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Malaysia. Di ketika rakyat menangis menderita, menteri, timbalan-timbalan dan isteri-isteri mereka menghanguskan wang rakyat.

Selagi rakyat diperbodohkan, selagi itu harta tidak akan diistiharkan oleh mereka dan selagi itu rakyat akan menjadi mangsa keganasan kabinet Malaysia.

Monday, April 19, 2010

Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti…

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

“Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

- Bernama

Pilihan Raya Kecil Duit PRK Hulu S'gor dari sumber Arak, Judi, Pelacuran?

Oleh MOHD BASIR ABDULLAH
Mana datangnya duit yang banyak ini?? (untuk kempen pilihan raya di Hulu Selangor), ditakuti ini adalah wang hasil dari perniagaan ARAK, JUDi dan PELACURAN.. Pegawai-pegawai agama semacam tersumbat mulut.. terkunci lidah dengan Ringgit 1 Malaysia Najib..


ERA ENAM JAHANNAM

Bukankah negara kita ini Negara Islam ? Tidakkah agama Islam yang telah menganugerahkan hak istimewa dan ketuanan kepada bangsa Melayu? Dalam perlembagaan Negara, jelas termaktub iaitu Islam adalah agama rasmi Negara.

Daripada apa yang kita lihat, yang sedang di lakukan terhadap Negara agama dan segala penghidupan dalam Negara ini semuanya menjunam kearah JAHANNAM.
Apabila agama dijahanamkan, Negara akan tenggelam dalam pendustaan yang dilakukan oleh manusia yang tanpa malu dan takut mengaku diri mereka pejuang Negara, agama dan bangsa.

Berulangkali saya tegur, tuduh dan cabar semua rakyat, beragama Islam Negara ini tentang perkara-perkara yang dilarang sama sekali, dan yang diHARAMKAN, tetapi duli raja-raja, Perdana Menteri Keempat (Mahathir Mohamad) Perdana Menteri Kelima (Abdullah Badawi), dan sekarang yang Ke enam (Najib Tun Abdul Razak) tetap bisu, pekak dan juga buta.

Mereka ini semua, bersubahat dengan iblis dan syaitan demi kepuasan nafsu serakah mereka.

Perasaan Sedih bercampur dengan kemarahan yang meluap-luap saya ditambah dengan BISUNYA Mufti-mufti, Pemimpin-pemimpin Agama, Pertubuhan keagamaan seperti JAKIM, Khodi-khodi, Ustaz-ustaz, Tok-Tok Guru, Ibrahim Ali (PERKASA), Zulkifli Nordin (BEBAS), Zahrain Hashim (BEBAS), Radzi (KEDAH) dan lain-lain pejuang agama dan bangsa.

Tidak lama lagi semua imam-imam dalam Negara akan diberi habuan puluhan juta ringgit 1 Malaysia. Yang meluluskan pemberian jutaan ringgit 1 Malaysia itu adalah Perdana Menteri yang keenam.

Beliau sedang kemudi Negara, agama dan rakyat kea rah menjunam ke JAHANNAM. Manakan tidak, manusia-manusia yang saya yang telah saya sebut memang BISU PEKAK dan BUTA.

Keperluan bangsa asing (Kafir) sangat di pertangungjawabkan. Tanpa mereka Melayu akan mati.

Perintah Allah, hukum-hakam agama suci ini dicemarkan diabaikan. Perdana Menteri yang Ke ENAM sedang menJAHANNAMkan semua anugerah yang diberi kepada seluruh bangsa Melayu, Saya persoalkan adakah anda ini semua ISLAM. Mengapa sampai sekarang anda masih BISU, PEKAK dan BUTA.

Akhirkata, saya sebagai menasihati semua Tok-tok Imam dalam Negara Islam ini .. tidak lama lagi anda akan dapat durian runtuh.. Erti Kata puluhan juta ringgit 1 Malaysia akan dibahagi kepada anda semua Tok-tok Imam dalam Negara ini. Mengapa?

Selepas 53 tahun merdeka barulah di era ENAM JAHANNAM inilah ringgit 1 Malaysia ini nak di agihkan. Saya persoalkan pemberian ini.. Mengapa pemberian ini datangnya Di Era Perdana Menteri yang Ke ENAM..

BerHati-hati dengan gula tuan .. kerana gula kalau sikit jadi manis kalau dah banyak boleh jadi kencing manis.. bahaya tu..

Gula dan beras daripada perniagaan Arak, Judi dan Pelacuran?

Mana datangnya duit yang banyak ini.. ditakuti ini adalah wang hasil dari perniagaan ARAK, JUDi dan PELACURAN.. Pegawai-pegawai agama semacam tersumbat mulut.. terkunci lidah dengan Ringgit 1 Malaysia Najib..

Akhir kata saya merayu kepada pengundi pengundi di PRK Hulu Selangor khususnya pengundi pengundi ISLAM.. Andai kata anda 'pangkah Dacing' anda telah pangkah kemusnahan NEGARA ISLAM.. Anda telah Undi ARAK, JUDI & PELACURAN.. BN pembohong.. penipu dan penuh dengan kemungkaran..

Jika anda undi BN bermaksud anda undi Barisan NAGA-Naga hidup. Mereka ini sedang tipu anda dan bohong anda.. Masih Mahu undi BN bermaksud anda sokong JUDI, ARAK dan PELACURAN berleluasa dan menjadi anai-anai yang sedang memakan tiang seri AGAMA anda.. FIKIR FIKIRkanlah..

Jangan bersubahat dengan IBLIS dan SYAITAN laknattullah… hantu-hantu (UMNO, MIC, MCA), mereka ini akan hancurkan punahkan ISLAM … sedarlah insaflah jangan shubahat lagi dengan kemungkaran BN..

Mari kita selamatkan Negara, agama dan rakyat dari BN dan IBLIS-IBLIS yang bertopengkan parti politik UMNO, MCA & MIC..

Saya merayu pada anda semua pengundi kerusi parlimen Hulu Selangor, Yang Melayu Islam Takutlah, malulah, jika anda masih mahu undi BN.. Anda telah berdusta kepada Negara, agama & bangsa..

Jangan lupa anda telah restu dan setuju kepada Negara Islam, yang mana JUDI, ARAK & PELACURAN telah menjadi sebahagian IMAN umat Islam Negara ini.. Negara Yahudi seperti (Israel) pun tak banyak pusat Judi, Arak dan Pelacuran dibandingkan dengan Negara kita.

Jangan anda semua menyesal kemudian hari.. SESAL DULU PENDAPATAN… SESAL KEMUDIAN KAYA RAYALAH JUAK-JUAK BN..

MOHD BASIR ABDULLAH
019 6824198

E-mail : mohamad.basir@yahoo.com

Masa silam Zaid Ibrahim tidak boleh diterima?


Kempen Hulu Selangor sudah pun bermula dengan ganasnya. Barisan Nasional memulakan kempen dengan cubaan melakukan perbunuhan karektor calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan memainkan isu arak.

Datuk Zaid telah pun menjawab bahawa dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

Dipetik daripada Malaysiakini:

Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka. Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.

Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah. Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah.”

Pengakuan Datuk Zaid menampakkan satu sifat yang jarang kelihatan di kalangan pemimpin UMNO – berani bercakap benar. Walaupun isu arak ini akan merosakkan imej seorang Muslim, namun Datuk Zaid tidak sanggup menipu rakyat Hulu Selangor dan Malaysia sepertimana UMNO-BN.

Bukankah ciri ini ciri yang terpenting dan hilang dari Parlimen negara kita hari ini? Sebagai orang Islam mahupun orang bukan Islam, keberanian mengaku silap dan bercakap benar di hadapan media perdana sepatutnya dikagumi dan dihayati bersama. Itulah yang layak digelar sebagai pemimpin!

Walaupun Datuk Zaid sudah menginsafi dan bertaubat kelakuan silamnya, namun serangan UMNO Barisan Nasional terhadapnya masih tidak putus-putus. Malah, UMNO cuba menggunakan isu arak ini untuk terus mendesak PAS berulang-kali bagi membuat pendirian terhadap masa silam Zaid dalam usahanya memecahkan jentera Pakatan Rakyat.

Kita semuanya hanya insan biasa, semuanya ada dosa masing-masing, namun bagi UMNO, perkara ini tetap tidak boleh diterima dan terus digunakan sebagai senjata kempennya di Hulu Selangor akibat kekurangan modal politik.

Baiklah jika UMNO ingin berkempen atas hal ini, marilah kita renungkan beberapa persoalan di bawah.

1. Jikalau dosa Datuk Zaid tidak boleh diterima, mengapa UMNO membenarkan beliau untuk bertanding pada pilihanraya 2004? Mengapa UMNO mendiamkan diri masa itu?

2. Jikalau dosa Datuk Zaid tidak boleh diterima, mengapa Pak Lah melantik beliau sebagai seorang senator dan Menteri pada zaman Islam Hadhari? Mengapa UMNO mendiamkan diri masa itu?

3. Mengapa UMNO menyerang Zaid hanya pada waktu beliau sudah menjadi calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor? Adakah betul-betul UMNO ikhlas dalam mempertahankan soal isu moral dan akhlak atau mereka ketandusan modal politik?

4. Jika ya, mengapa orang yang bermain politik wang masih menjadi ketua menteri di Melaka? Mengapa orang yang didapati bersalah bermain politik wang masih dicalonkan di Bagan Pinang? Mengapa orang yang bersalah bermain politik wang tidak didakwa oleh SPRM?

5. Sebagai seorang Muslim dan manusia yang beragama, apa sikap yang seharusnya diambil pada orang yang bertaubat? Bukankah kita harus gembira bahawa orang ini telah meninggalkan benda yang haram dan kembali ke landasan yang betul?

Mengapa kita harus dengki dengan orang yang bertaubat? Kemungkinan besar, orang UMNO BN dengki dan cemburu kepada Datuk Zaid kerana tarikan rasuah dan wang tidak memungkinkan mereka untuk bertaubat. Agaknya, dalam hati mereka, orang UMNO atau bekas UMNO mestilah dilihat sekotor mereka – itulah UMNO dulu, kini dan selamanya.

Wahai Muslimin dan Musliman sekalian,

Jika seorang bukan Muslim, yang dahulunya pernah berjudi, meminum arak dan makan khinzir akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk Islam, dan anta sekalian boleh menerima dengan hati terbuka, mengapa tidak pada orang Muslim yang sudah bertaubat? Renungkanlah.

Wahai Rakyat Hulu Selangor,

Segala yang kita lakukan perlu ada niat yang baik – samada niat sembahyang, niat bertaubat ... dan lain-lain lagi.

Jikalau UMNO-BN dengan majoriti Parlimen 92% pada 2004, dan berkuasa selama 51 tahun di Selangor tidak ada sebarang "niat" untuk berubah dan mengubah hidup anda, lupakan sahaja slogan UMNO-BN bahawa “BN MAMPU BERUBAH” kerana sememangnya mereka tidak ingin berubah.

Ingatlah, dalam pilihanraya, perkara yang PALING MUSTAHAK ialah pilihlah calon yang pasti TIDAK akan makan-curi-seleweng DUIT RAKYAT; barulah duit rakyat boleh sampai ke tangan rakyat.

Untuk pengetahuan sekalian, isu pemberian hak milik tanah di Hulu Selangor oleh Kerajaan Selangor bukanlah gula-gula pilihanraya Pakatan Rakyat yang cuba di”spin”kan UMNO-BN.

Perkara ini sudah termaksud di dalam bajet Selangor 2010 pada perkara 132 di sini. http://bit.ly/afCbqF .

(132) Kerajaan Negeri amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi orang Asli di negeri Selangor yang seolah-olahnya tidak dibela oleh Kerajaan sebelum ini. Isu tanah pusaka Orang Asli merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri yang lalu. Pada Tahun ini, Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asli dan justeru itu, pada tahun 2010 Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak.. Untuk itu, Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli yang diketuai dan dianggotai oleh wakil-wakilOrang Asli mereka sendiri, iaitu suatu jawatankuasa unik dan tidak pernah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Objektif Badan Bertindak ini adalah untuk memastikan bahawa masalah-masalah tanah yang sedang dihadapi oleh Orang Asli dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan Kerajaan Negeri.

Jika tiada pilihanraya kecil Hulu Selangor, percayalah hak milik tanah ini tetap akan diberi dan tidak akan dipetik di media arus perdana. Segalanya yang ditohmahkan oleh Barisan Nasional adalah kerana hasrat dengki kerana mereka tidak mempunyai apa-apa modal politik untuk diutarakan selain terus memperbodohkan rakyat.

Adakah bajet negara 2010 mengandungi gula-gula yang ditawarkan oleh UMNO-BN di Hulu Selangor? Rakyat Hulu Selangor, jangan tertipu.

Jangan terkejut jika Ezam pula mengaku diliwat

Baru ini Menteri Besar melawat mangsa kebakaran di Kuala Ketil, Baling tidak sampai 24 jam selepas penduduk dtimpa bencana itu. Lebih 400 buah rumah terbabit. Ribut yang datang tidak kenal rumah mana yang didiami oleh penyokong Pakatan Rakyat, BN atau bebas. Mangsa terdiri dari pelbagai ideologi politik. Menteri Besar tidak turun dengan tangan kosong, menghulurkan bantuan RM250 kepada mangsa sekeluarga tanpa mengira pegangan poltik.

Pemimpin BN juga turun, tetapi cuma dengan bekalan janji RM300 sekeluarga. Kira-kira seminggu janji ‘RM300 duit BN’ itu dijaja dan dijadikan sindiran politik di kalangan mangsa ribut.

Mungkin akibat tidak tahan dengan kutukan yang diterima dari rakyat, akhirnya selepas seminggu berlalu pemimpin BN turun membawa wang Kerajaan Pusat (yang diambil dari rakyat jelata melalui kutipan cukai) untuk dagihkan kepada mangsa ribut.

Jika negeri yang kecil pendapatannya pun dapat memberi RM250, malu benar mereka untuk menghulur RM300, lalu sumbangan dinaikkan menjadi RM500 satu keluarga. Inilah kelebihan adanya persaingan dari Pakatan Rakyat. Yang untung rakyat.

Namun apa yang tidak dapat dihindari oleh BN ialah perangai buruk pemimpin mereka dalam mengeluarkan kenyataan. Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mendakwa kerajaan negeri memberi bantuan hanya kepada para penyokong parti Pakatan Rakyat. Kenyataan itu satu pembohongan. Bashah pun tahu dia berbohong, tapi tidak peduli untuk berbohong kerana memburukkan musuh politik bagi mereka lebih aula dari melakukan dosa bohong. Itu konsep Machievelli yang menjadi anutan dan amalan BN sejak berzaman.

Beberapa hari lalu BN mengumpulkan semua yang terbabit dengan pengambilan tanah projek keretapi berkembar kononnya untuk menghulurkan bantuan kepada mereka. Namun orang kanan Bashah yang hadir menggantikan beliau menjadikan perjumpaan itu sebagai platform memburuk-burukkan kerajaan negeri. Penduduk tidak menerima apa-apa bantuan kebendaan atau khidmat nasihat sebaliknya mendengar pelbagai fitnah yang ditaburkan dalam memburukkan kerajaan negeri. Menipu itu satu dosa. Tetapi mengumpulkan orang secara menipu untuk mendengar propaganda politik mereka adalah satu penipuan yang mendatangkan dosa yang lain. Sebelum ini Bashah telah memfitnah pihak berkuasa agama kononnya mengambil tindakan terhadap imam dan pegawai masjid berasaskan pegangan politik mereka. Juga memfitnah wakil rakyat Alor Mengkudu Dr Ismail Salleh kononnya tidak ambil peduli kebajikan rakyat dalam beberapa isu. Tidak habis habis memfitnah. Itu baru di peringkat bawahan.

Di peringkat nasional, inovasi propaganda BN lebih hebat. Semua tahu Datuk Seri Najib terpalit dengan isu Altantuya. Cara pembersihan yang dilakukan BN terhadap isu tersebut ialah dengan mengatur kenyataan dari mulut bekas peguambela Datuk Seri Anwar sendiri, iaitu Zulkifli Noordin. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu mendakwa kononnya cuba dibayar untuk memfitnah Najib. Jika Najib yang bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak terbabit, rakyat masih sukar mempercayai. Namun apabila Zul Noordin yang bercakap dengan plot cerita dari aspek yang orang ramai belum terfikir, maka ia mampu membenamkan kadar ketidakyakinan orang ramai. Begitulah kreatif dan inovatifnya BN dari aspek propaganda.

Menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor, pelbagai lagi isu akan dicipta dan dimanipulasikan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Ia tidak terhad di Selangor tetapi di seluruh negara. Jangan terkejut apabila ada lagi wakil rakyat Pakatan yang melompat. Semua lompatan itu adalah berbayar, tiada yang percuma.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohd Ezam Md Noor meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membela Anwar dulu. Katanya, sekarang baru dia tahu perkara sebenar kes liwat Anwar. Maksudnya, sekarang baru Ezam tahu bahawa Anwar ‘benar-benar’ peliwat. Dulu dia tidak tahu. Ini pun satu bentuk propaganda yang kreatif sebab Ezamlah yang paling kuat mempertahankan Anwar dengan sumpah keramatnya dulu. Saya membayangkan bahawa tidak pelik jika selepas ini bekas rakan-rakan Anwar yang belot (termasuk Ezam) akan membuat dakwaan “Saya pernah diliwat” atau “..cuba diliwat oleh Anwar.” Mereka sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa BN yang sedang bergelut dalam nafas nazak.

Selepas berusaha keras mengeluarkan pemimpin-pemimpin KeADILan dari parti, fasa terkini konspirasi mereka ialah menghancurkan parti itu dari dalam di peringkat akar umbi. Dengan lain perkataan, selepas mewujudkan ‘katak’ mereka membiakkan pula ‘anai-anai’ di dalam KeADILan. Baru-baru ini berlaku kekecohan dalam mesyuarat agung tahunan KeADILan Cabang Baling. Golongan yang diupah membuat kacau sehingga mesyuarat terpaksa ditangguhkan. Dalam mana-mana organisasi pun adalah lebih mudah menghadapi musuh yang nyata dari berdepan dengan ‘anai-anai’ yang merosakkan organisasi dari dalam. ‘Anai-anai’ upahan BN inilah yang cuba dibiakkan dalam cabang KeADILan di seluruh negara.

Macam-macam perkara lagi yang akan dilakukan oleh BN dalam usaha mempertahankan kuasa mereka di Pusat dan menawan kembali negeri-negeri yang dikuasai Pakatan. Semuanya tergamak dilakukan tanpa perhitungan halal haram. Itulah padahnya mengambil APCO sebuah syarikat Yahudi sebagai perunding imej. Akhirnya terpancarlah imej dan perangai Yahudi pada wajah BN.

Siasatan Kapalselam Akan Dedah Lebih Banyak Rahsia

Siasatan terhadap skandal rasuah berbilion ringgit berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis dijangka akan mendedahkan lebih banyak rahsia yang selam ini terselindung dan tidak diketahui rakyat Malaysia.

Pengarah Strategi KEADILAN, Tian Chua berkata, beliau yakin sistem perundangan Perancis yang lebih terbuka akan membongkar segala penyelewengan dalam pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

"Badan kehakiman di Perancis telah mengambil perhatian ada unsur penyelewengan dalam perjanjian kapal selam ini dan siasatan telah dilakukan. Kita telah melibatkan diri dalam pembelian kapal selam yang harganya bernilai berbilion. Sekarang didapati ada penyelwengan dalam perjanjian ini.

"Apa pun, kita akan dapati proses siasatan ini akan mendedahkan lebih banyak rahsia yang tidak diketahui orang awam di Malaysia ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut Tian Chua, di Malaysia, isu pembelian kapal selam berkenaan telah berulangkali dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pakatan rakyat namun disekat Umno-Barisan Nasional menggunakan kuasa mereka.

Tambah beliau, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis juga telah dilakukan tetapi tidak diendahkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak ada penyelewengan, mengapa tidak telus, mengapa tidak mengaku siapa yang dapat faedah dari pembahagian komisyen ini.

"Setakat ini rakyat telah dikecualikan dari mendapat tahu hal sebenar. Selain kita tahu ada kapal selam yang kita beli, kita tidak tahu berhubung kos penyelenggaraan, kenapa kerosakan teknikal berlaku hari pertama kita terima kapal selam ini. Apakah pembelian ini mengikut spesifikasi kerajaan Malaysia," soal Ahli Parlimen Batu itu.

Ditanya samada kemungkinan Najib akan dipanggil untuk disiasat, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa Perancis. Bagaimanapun beliau percaya kes itu akan diadili sebaik mungkin dan yakin dengan sistem kehakiman di negara itu.

"Saya tidak mahu buat andaian sekarang, saya rasa proses keadilan ini harus dijalankan tanpa kebimbangan tidak kira siapa pun yang terlibat. Sistem perundangan di Perancis ini tidak memandang sesiapun kalau didapati melakukan penyelewengan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya bukan pakar dalam undang Perancis tetapi saya percaya siasatan ini akan melibatkan banyak klausa perjanjian dan dokumen. Sebagai bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib enggan mendedahkan kepada golongan awam setakat ini," ujarnya.

Menurutnya, terdapat benyak keraguan dalam pembelian kapal selam berkenaan termasuk latihan yang membabitkan pegawai-pegawai dan kos sebenar latihan.

"Baru-baru ini dalam Parlimen kita dengar 600 pegawai melibatkan kapal selam ini telah dilatih, sebelum ini kita dengar jumlahnya hanya 160. Kenapa kita harus bawa mereka berlatih di Perancis? Semua soalan ini merupakan misteri untuk rakyat Malaysia. Saya amat mengharapkan semua misteri ini dapat dibongkar dalam sistem kehakiman di Perancis," kata Tian lagi.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda.

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran termasuk pembelian dua buah kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagikapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis

Search This Blog