Friday, June 4, 2010
patuh dan taatlah pada pemimpin kamu...
dan pemimpin merupakan salah satu golongan yang berada di bawah perlindungan atau arash allah selagi mereka menjadi pemimpin yang beriman dan bertakwa kepada allah. didalam konteks negara kita yang dipertuan agung merupakan ketua agama islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja dan bagi negeri yang mempunyai raja maka raja itulah yang menjadi ketua agama. dan sebagai ketua agama maka segala permasalah yang melibatkan agama islam perlulah dirujuk kepada mereka.dan mereka juga sepatutnya menentukan apakah islam itu dilaksanakan. dan bagi setiap negeri untuk memastikan raja mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan islam apabila diperlukan jawatan mufti diwujudkan.
diatas kertas nampak semuanya boleh berjalan seperti yang sepatutnya. tapi apakah perkara yang perlu ada pada orang yang mengaku beriman dan bertakwa kepada allah telah dilaksanakan? apakah apabila allah mengharamkan arak dan judi ianya benar-benar diharamkan. apakah apabila ada orang yang mengaku telah minum arak, telah dihukum dengan hukuman yang sepatutnya.
satu persoalan lagi yang timbul adalah apakah kita mesti patuh pada pemimpin yang tidak memimpin berlandaskan perintah-perintah yang ditetapkan oleh allah. apakah kita patut memberi ketaatan kepada ketua yang tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadap agama. mungkin mufti perak boleh memberi penjelasan.
mungkin ramai yang telah lupa pada lesen judi bola yang baru diluluskan oleh kerajaan gara-gara serangan yahudi terhadap konvoi bantuan gaza. dimana ketua atau pemimpin agama semasa lesen ini diluluskan. kenapa kita berani melawan perintah allah yang telah mengharamkan judi. apakah kita juga berani melawan perintah yang dikeluarkan oleh ketua ditempat kerja kita? tidak takutkah kita pada kemurkaan allah. tidak takutkah kita pada bala allah. belum cukupkah bala tsunami untuk menjadi pengajaran kepada kita?
Thursday, June 3, 2010
Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu
Oleh A Kadir Jasin
SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.
Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.
Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.
Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.
Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.
Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.
Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.
Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.
Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.
Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.
Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?
Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?
Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.
KABINET 1MALAYSIA BUKTI AHLI PARLIMEN BN WAKIL RAKYAT KELAS TIGA
Belum pernah dalam sejarah sejak penubuhan Malaysia, negara ini mempunyai senator teramai dari Dewan Negara menjadi menteri dan timbalan menteri.
Tindakan melantik senator secara pukal dan kemudiaannya dilantik ke dalam kabinet seolah-olah menunjukkan bahawa ahli parlimen atau wakil rakyat BN yang dipilih dalam pilihanraya umum lalu adalah wakil rakyat kelas ketiga. Sekaligus menunjukkan ahli parlimen BN yang ada tidak mempunyai kualiti dan ketokohan sebagai pemimpin.
Tetapi disebabkan desakan dan mengelakkan perpecahan maka mereka yang tidak berkelayakan dipilih menjadi calon dalam pilihanraya lalu. Ini mudah diteka,Umno-BN cukup bimbang akan berlaku perpecahan jika calon lain yang lebih terpelajar dan berkelayakan dipilih. Konsep dalam Umno-BN, siapa yang kuat melobi (mengampu) dan mempunyai duit banyak merekalah yang akan menjadi calon.
Natijahnya dapat dilihat hari ini, Dato seri Najib terpaksa mengimport orang luar walaupun tidak disenangi oleh akar umbi mereka sendiri untuk menyertai kabinet kononnya atas semangat 1Malaysia. Paling malang ialah orang Umno sendiri yang terkulat-kulat apabila tidak ada wakil mereka dalam rombakan kabinet.
Mungkin ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan bukan Melayu kepada BN...emmm dah terlambat...orang Melayu dalam Umno ni mereka hanya pandai berkokok dalam sangkar sahaja sebab itulah buat apa pun mereka tak berani nak membantah dan bersuara takut kena sembelih!
Wednesday, June 2, 2010
MB sah Syed Sobri jumpa pemimpin Pas
JITRA - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Syed Sobri Syed Hashim bertemu dengan beberapa pemimpin Pas negeri di Kuala Nerang, Sabtu lalu.
Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, Syed Sobri yang disebut-sebut akan keluar parti dan menyertai Pas, menerima jemputan perwakilan Pas yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi untuk menghadiri satu majlis kenduri dan dialog anjuran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Padang Terap.
Menurutnya, antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan itu lebih menjurus isu tanah di daerah berkenaan dan juga perihal aduan rakyat.
Beliau bagaimanapun menyatakan, tiada perbincangan menjurus kepada hasrat Syed Sobri untuk keluar daripada UMNO dan menyertai Pas.
“Hingga setakat ini, kami masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Syed Sobri dan sekiranya beliau benar-benar berniat hendak masuk Pas, beliau kena mohon dan tunggu hingga bulan depan untuk Jawatankuasa Pas Negeri mengesahkan permohonannya.
“Hendak menyertai Pas bukan seperti makan tosai, waktu hendak makan, dalam tempoh lima minit dah siap terhidang,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri di Dataran Darul Aman di sini semalam.
Azizan juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin Pas negeri pernah mengadakan perjumpaan dengan Syed Sobri secara senyap-senyap bagi membincangkan hasrat ADUN Kuala Nerang itu menyertai Pas. Namun katanya, pintu Pas sentiasa terbuka luas untuk beliau masuk, jika benar-benar berhasrat mahu menyertai parti itu.
“Kita tiada halangan (hasrat Syed Sobri sertai Pas). Cuma kita kena tunggu keputusan muktamad daripadanya sendiri. Tak guna kita canang seluruh kampung sekiranya ADUN yang terlibat tidak memberi apa-apa keputusan lagi,” katanya.
Sementara itu, Ir Phahrolrazi ketika ditemui mengesahkan menemui Syed Sobri pada majlis dialog anjuran PTG di Kuala Nerang dan menjelaskan, pihaknya sengaja tidak memanggil media untuk membuat liputan bagi menjaga imej ADUN Kuala Nerang yang sudi menghadiri program anjuran Kerajaan Negeri.
Menurutnya, hubungan Syed Sobri dengan pemimpin Pas Kedah sememangnya mesra, bagaimanapun menjelaskan pertemuan itu tidak menyentuh langsung isu keluar UMNO dan masuk Pas.
“Sebagaimana Menteri Besar cakap, kita tidak pernah bincang apa-apa (mengenai isu sertai Pas) dengannya,” katanya.
Pemuda Umno tidak diiktiraf Najib
|
Serangan Israel : Najib Diberi 48 Jam
"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembap dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanum laut regim Israel," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada erapakatan.com.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kelembapan Najib dilihat seperti menunggu apa nasihat daripada APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejaskan kerja APCO yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amarika terhadap kerajaan malaysia.
Menurut Mahfuz, tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan 'pak turut' dasar luar kerajaan kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakkan kejam Israel.
"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang begitu mesra Amerika / Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas beliau.
Beliau sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia menuntut kerajaan Malaysia menunaikan beberapa tuntutan.
Pertama beliau memberikan tempoh 48 jam untuk Najib segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan tersebut.
Dalam tempoh 48 jam juga kerajaan perlu menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amarika.
Mahfuz juga menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara 'haram' Israel.
Adun Kuala Nerang...bagi saya masa
Menurutnya, keadaan tertekan menjadikan beliau sukar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin menyatakan beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
"Saya tidak boleh memberi sebarang komen atau kenyataan kerana melibatkan banyak pihak termasuklah jawatan saya sebagai Adun Kuala Nerang.
"Harap semua media dapat memberi masa untuk saya menyatakan pendirian tetap saya dalam masa terdekat ini,"
Tuesday, June 1, 2010
Zambry Perlu Nyata Pendirian-DAP
Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menegaskan sikap Umno yang meluluskan aktiviti perjudian bola terbukti jelas UMNO kini sudah menjadi sebuah parti politik yang hipokrit dan tidak berprinsip.
“UMNO kononnya mendokong Islam, tetapi menggalakkan judi bola, sudah tiba masa masyarakat insaf dan menilai semula parti sedemikian," kata beliau.
Beliau yang mewakili DAP mengecam sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih membisu seribu bahasa dalam isu ini walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.
Nga Kor Ming dalam pada itu menegaskan bahawa empat negeri kerajaan Pakatan Rakyat(PR), iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor telah membuat keputusan muktamad menghalang aktiviti perjudian bola yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan rapat dengan Berjaya Corporation.
Kerajaan Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga telah memutuskan supaya tidak akan membenarkan sebarang lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak untuk bangunan mereka dijadikan pusat judi bola.
Nga menjangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 billion setiap tahun, kegiatan sedemikian akan memberi impak negetif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan Negara.
“Sekarang judi bolasepak, mungkin nanti judi badminton, judi hoki, judi tenis. Semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya,” kata beliau lagi.
Nga Kor Ming berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak.
Turut hadir adalah Pengerusi DAP PERAK, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengarah Biro Guaman Negeri, Nga Hock Cheh, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk ADUN kawasan Menglembu, Lim Pek Ha, ADUN Tronoh, V Sivakumar, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN kawasan Canning, Wong Kah Woh dan ADUN Keranji, Chen Fock Chye.
Nga berkata, kerajaan persekutuan memberi alasan pengeluaran lesen judi bola bertujuan untuk mengawal kegiatan judi haram dan ia bertujuan menambah hasil cukai kerajaan RM500 juta setahun.
Bagi beliau alasan sedemikian jelas meleset.
"Kita lihat kegiatan judi nombor empat ekor, setelah dihalalkan, adakah ia kini berjaya menghapuskan sindiket perjudian bawah tanah? Adakah kerajaan BN kini sudah hampir muflis dan oleh itu terpaksa bergantung kepada hasil cukai judi untuk membangunkan Negara?” soal beliau.
Bagi beliau, masyarakat yang ketagih judi adalah masyarakat yang tidak mempunyai daya saing dan produktiviti dan ia juga menjejaskan falsafah pendidikan Negara yang bertujuan mendidik modal insan yang bermoral.
DAP terus mencabar Datuk Seri Zamry menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Perak atas soal judi bola dalam tempoh terdekat kerana sikap membisu seribu bahasa menampakkan sikap Zamry yang tidak bertanggungjawab dan jelas terbukti pimpinan tanpa hala tuju.
umno perosak islam dan melayu
2. Peluang2 perniagaan dibolot oleh kroni2 dan suku sakat UMNO termasuk anak bini mereka..segelintir melayu macam ini kaya tetapi kebanyakan melayu lain miskin papa kedana.
3. Orang UMNO yang tak pernah bawak teksi dapat permit teksi, Pemimpin UMNO bahagian yang hanya tahu politik dapat beratus-ratus permit teksi, pemimpin UMNO bahagian yang tak pernah berniaga di pasar dapat meja pasar borong, pemimpin UMNO yang tak pernah jadi nelayan dapat lesen laut dalam, tanah yang strategik dibandar2 semua dibagi kepada pemimpin UMNO untuk dijual kepada bukan melayu bagi anak bini mereka makan..mereka ini adalah RENT SEEKER.
4. Tun Razak hantar Najib..Hussein Onn hantar Hishammuddin...Mahathir hanta Mukhriz..Pak Lah hantar Khairi..Mohamad Rahmat hantar Jazlan..Jaafar Albar hantar Syed Hamid...Sheikh Ahmad hantar Radzi..dll..mereka ni bukan cerdik sangat tapi DADDYKASI..kerja bapak depa pastikan UMNO, pemerintahan dan khazanah negara diwarisi oleh keturunan ABU (akai bodoh UMNO_)..
5. UMNO wujudkan kasta bumiputra: BI keluarga PM B2 Sultan dan Raja2, B3 keluarga menteri2, B4 Keluarga2 Ketua Bahagian.......B51 melayu biasa dan B52 melayu penentang UMNO.
6. RENT SEEKER inilah yang menuduh melayu jujur tidak amanah agar peluang untuk dapat duit tanpa usaha dapat dipertahankan untuk bagi makan anakbini mereka.
7. Pemimpin2 UMNO sendiri tak percayakan diri sendiri yang orang melayu boleh berjaya..bila bagi tanah pada pemimpin UMNO dia sendiri tanya pada cina mana kamu nak jual?
8. Akhbar Utusan Malaysia dan RTM selalu memperbodohkan orang melayu agar sentiasa menyokong UMNO demi orang melayu walhal pemimpin2 melayu UMNOlah yang bertindak sebagai penyamun dan perompak khazanah negara.
9. UMNO sendiri yang tak percaya kehebatan bahasa Melayu dimana banyak menteri2nya orang macam setengah tiang.. setengah orang puteh sedtengah melayu.
UMNO telah jadi sdatu budaya siapa yang menyertainya akan menjadi maknusia yang malas berusaha..suka duit free..modal sedikit untung banyak..suka pau orang...siapa saja.. samada Ulamak, peguam, doktor, jurutera, akauntan, hakim, arkitek dan lain2 profession kalau sertai UMNO akan dapat penyakit ini.
UNTUK MENGEMBALIKAN KECERMERLANGAN BANGSA MELAYU JAUHI DIRI ANDA DARI UMNO...LAGIPUN NYAWA UMNO AKAN TAMAT DALAM LIMA ENAM TAHUN SAJA LAGI.
Adun Kuala Nerang, dijangka sertai PAS meskipun di persimpangan
Monday, May 31, 2010
Adun Umno Kuala Nerang Bakal Sertai PAS?
Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu.
Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.
Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu.
Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini. Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal (Foto di atas) yang juga Naib Presiden UMNO Pusat. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (Foto di atas) juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.
Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat.
Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan subsidi dan pastikan negara tidak bankrap
Oleh Ust. Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.
Rakyat tertanya-tanya, apakah hasil dari projek IRDA, ECER, NCER, SCORE dan SDC di zaman Tun Abdullah. Berbilion diperuntukan, tapi sejauh manakah projek yang dirancang dilaksanakan dan mendatangkan hasil kepada pendapatan rakyat. Bila Dato' Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri belia sibuk mencipta NKRA dan Model Ekonominya sendiri sedangkan koridor-koridor zaman Pak Lah senyap begitu sahaja.
Rakyat juga hairan bagaimana projek empangan bakun yang banyak kali rugi diberikan secara paksarela kepada Sime Darby Berhad. Dan akhirnya syarikat ini melaporkan kerugiannya sebanyak RM 1.6 bilion dari projek berkenaan dan beberapa projeknya diluar negara. Projek bakun adalah mimpi ngeri Kerajaan BN sejak 30 tahun lalu dan telah dilaksanakan oleh tiga Perdana Menteri.
POS Malaysia juga bakal digadai, kerana melakukan pelaburan yang mendatangkan liabiliti pada negara hingga meningkatkan beban hutangnya kepada RM 227 juta. Inilah bukti kegagalan pengurusan GLC dibawah pentadbiran BN.
Dana-dana KWSP, Perkeso, Tabung Haji, dan pelbagai dana awam dijadikan mangsa bagi membantu pelaburan syarikat-syarikat yang tidak menguntungkan ini.
Rakyat juga tidak lupa bagaimana Kerajaan Najib dengan curangnya menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion kepada Brunei. Inilah hasil negara yang jelas diambil mudah oleh Kerajaan yang tidak serius mengurus sumber dan pelaburan negara. Dengan simpanan minyak RM 320 bilion ditelaga blok L dan M rakyat masih mampu menikmati harga minyak yang rendah.
Pengakuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bahawa negara juga rugi RM 10 bilion setahun kerana rasuah membukti kegagalan pengurusan kerajaan. Jika perkara ini dapat dibendung, separuh dana subsidi telah berjaya diselamatkan. Tetapi isu rasuah ini membusuk dari kepala, sebab itulah ia susah dihapuskan.
PAS yakin jika mandat diberikatan kepada Pakatan, hal ini tidak berlaku. Walaupun begitu banyak cubaan untuk menuduh Kerajaan Pakatan mengamalkan rasuah dibuat, namun sehingga ke hari ini belum ada mana-mana wakil rakyat Pakatan yang dibuktikan mengamalkan rasuah. Malah dasar Pakatan yang telus telah terbukti di Pulau Pinang yang berjaya mengutip lebihan hasil negeri sebayak RM 70-80 juta setahun. Kini Kedah dan Kelantan berjaya menunjukan pemulihan hutang negeri dengan baik dengan Selangor terus memacu ekonomi Selangor dengan lebih rancak lagi walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
PAS akui, bukan mudah untuk memulihkan negeri-negeri yang suatu ketika dahulu diperintah BN. Pakatan mengambil masa yang panjang untuk membersihkan dasar-dasar pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemikiran yang tidak maju yang ditinggalkan BN. Kemajuan yang diwar-warkan BN hanya berupa retorik sempena pilihanraya dimana peruntukan hanya diberikan bila ada Adun atau Wakil rakyat yang meninggal dunia. Itupun hanya pembangunan seperti dana sekolah, masjid, jalanraya, jambatan dan parit sedangkan mereka mengabaikan pembangunan syaksiah dan pemikiran masyarakat.
Mereka melihat rakyat seperti semut mencari gula. Tetapi mereka lupa bahawa rakyat kini semakin bijak membuat perkiraan. Bila Kerajaan Pakatan sudah memerintah, barulah mereka melihat wakil rakyat BN bersungguh-sungguh untuk bekerja. Selama ini rakyat menjadi hamba mereka, susah untuk jumpa wakil rakyat kecuali jika ada projek.
PAS yakin rakyat tidak mahu membiarkan negara ini bankrap dalam 5 tahun akan datang. Modal inilah yang dijual BN ketika mereka kali pertama tewas di Kelantan. Seluruh negara mereka sebarkan bahawa Kelantan akan bankrap bila PAS sudah memerintah. Bila PAS memerintah ramai orang yang datang Kelantan bawa mee maggi sebagai bekalan temasuk wakil rakyat BN. Tapi mereka terkejut, selepas 20 tahun memerintah, tidak ada tanda-tanda Kelantan akan bankrap.
Tetapi tanda-tanda bankrap itu akhirnya muncul di Putrajaya. Selepas 12 penggal BN perintah Malaysia akhirnya Menteri BN sendiri akui negara akan bankrap dibawah pentadbiran mereka dalam masa lima tahun lagi. Jadi, rakyat kena ubah pemerintah supaya lima tahun akan datang rakyat dapat terus nikmati subsidi dan negara tidak bankrap.
Atasi rasuah, projek lambat
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa supaya mengatasi masalah rasuah dan kelambatan projek pembangunan di negeri itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor berkata, Selangor perlu mempercepatkan projek bagi menjana pembangunan ekonomi.
“Ada pihak yang mengatakan projek lambat mendapat kelulusan dan muka yang sama dapat projek. Jadi segala masalah ini perlu tindakan segera,” katanya kepada media selepas menutup Kongres Nasional Keenam PKR di sini, semalam.
Anwar berkata, beliau menerima beberapa aduan mengenai isu itu dan perkara itu perlu dipandang serius oleh Khalid, dan perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat bagi menjamin rakyat terus kekal memberikan mandat kepada PKR.
Pada kongres itu, pentadbiran kerajaan Selangor dikritik hebat oleh perwakilan PKR, dan antara gesaan utama yang ditimbulkan ialah usaha ‘memutihkan’ jentera kerajaan negeri dan juga kegiatan rasuah.
Anwar berkata Selangor memerlukan pembangunan ekonomi yang lebih rancak dalam tempoh dua tahun untuk mendapat kepercayaan rakyat bagi terus memerintah di negeri itu.
Terdahulu, pada sesi penggulungan, Anwar berkata, Selangor mesti agresif untuk memastikan projek bergerak dengan pantas, terutama meluluskan projek.
Katanya kerajaan Selangor perlu meneliti serta menghapuskan undang-undang dan birokrasi yang didapati melambatkan kelulusan projek.
Beliau turut menegaskan bahawa kepimpinan PKR mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pentadbiran Khalid dalam memastikan tadbir urus kerajaan negeri yang baik dan telus daripada sebarang rasuah.
KAPAL UMNO YANG KARAM
Umno di Malaysia juga sudah kena tembakan torpedo. Bukan satu torpedo tetapi tembakan yang datang dari pelbagai arah. Krisis yang berlaku dalam MCA, penentangan terbuka pimpinan Gerakan dan konflik dalam MIC menyebabkan kapal Umno hanya menunggu masa sahaja untuk karam. Selama ini MCA,Gerakan dan MIC dianggap sebagai pelampung penyelamat Umno. Tetapi itu semua tidak boleh diharap lagi. Sabah dan Sarawak juga membawa khabar kurang enak buat nakhoda Umno.
Torpedo yang bakal dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pula tentang YB lompat yang menerima rasuah dari Umno pula dijangka akan mempercepatkan lagi kapal Umno karam dan tenggelam ke dasar.
Apabila diserang bertubi-tubi, Umno cuba menyerang balas. Tetapi sayang Umno cuma tinggal peluru getah! Maka Ibrahim Ali dan Fairus Khairudin menjadi senjata Umno untuk cuba menggambarkan kapal Pakatan Rakyat akan karam dengan tembakan peluru getah Umno.
Sunday, May 30, 2010
DAP haram judi sukan jadi "terajangan maut" buat Umno
Anwar cabar Najib nafi beri RM2 juta untuk lompat parti
Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu. "Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi. Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa. "Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin. Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta. Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu. "Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar. Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan. |