Saturday, April 21, 2012

Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar


Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. {1}

Thursday, April 19, 2012

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.

Wednesday, April 18, 2012

MB ini layan sendiri tetamu



http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/580937_345956922120543_310631758986393_900003_1483261485_n.jpg

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya.

PRU 13 ..Tan Sri Kadir pun akan berubah

kebelakangan ini kecoh pemimpin umno berbicara isu YDP majlis agama islam Pulau Pinang.Pemimpin PAS sendiri pun tak sibuk dengan isu itu. rasa ganjil pula bila UMNO yang lebih sudu dari kuah.bila PAS bercakap tentang HUDUD melenting habis pemimpin UMNO ini...tapi sekarang sibuk pula nak jaga tepi kain orang. nak menjuarai islam konon. Pasal rasuah dan penyelewngan tak pula diambil kisah oleh puak-puak ini. kalau betul-betul nak jadi juara, berbahas lah isu NFC. sebab dalam islam rasuah dan penyelewengan isu merupakan dosa. malah pemimpin yang tidak amanh pun dianggap melakukan satu dosa.

Monday, April 16, 2012

Nazri Aziz sudah bau UBN akan kalah



Itu menteri suka cakap lepas dan menggunakan bahasa pasar yang kesat, Nazri Aziz berkata dia sudah lama berkhidmat. Sudah jadi menteri selama 13 tahun, timbalan selama lima tahun. Dia kini juga sudah berusia kurang dua tahun untuk jadi 60 tahun. Katanya dia sudah lama mahu lepas jawatan tetapi dihalang oleh pimpinan bahagiannya. Iya ke?

Search This Blog