Friday, May 21, 2010

Khabar angin rombakan Kabinet bertiup lagi...

Desas desus bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi, sekali lagi bertiup kencang.

Akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Woh membuat spekulasi hari ini bahawa rombakan buat kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diadakan sebelum 7 Jun ini - tarikh sidang Dewan Rakyat bersambung semula.

Rombakan sama ada secara besar-besaran mahupun hanya kecil dilihat tidak boleh dielakkan.

Antara kekosongan itu termasuk mengisi jawatan timbalan menteri pengangkutan, berikutan kematian Datuk Robert Lau dan jawatan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang dikosongkan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Berikutan pilihan raya kecil Sibu, kita percaya perdana menteri akan merombak kabinetnya dalam tempoh seminggu dua ini supaya pasukan baru boleh segera menjalankan tugas,” kata Kwong Woh yang memetik sumber.

Sumber dari Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu parti-parti komponen BN juga sudah membekalkan senarai calon mereka kepada perdana menteri.

Memetik sumber dari MCA, laporan itu berkata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mencadangkan sebarang perubahaan kepada kedudukan empat menteri yang disandang oleh pemimpin sekarang.

Mereka adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Kong Cho Har; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

Daripada empat pemimpin berkenaan hanya Ong dan Kong, kini tidak lagi memegang sebarang jawatan dan secara tradisinya mereka akan digugurkan.

Bagaiamanapun Ong dijangka dikekalkan kerana imejnya yang bersih dan tegas serta kepopularan bekas presiden MCA itu di kalangan pengundi Cina yang merupakan aset kepada usaha pembahuan Najib manakala Kong pula adalah orang kanan Chua.

"Kecuali perdana menteri mahu Ong digugurkan, beliau terpaksa pergi. Tetapi difahamkan, beliau tidak berhasrat berbuat demikian,” kata sumber itu.

Menurut laporan Kwong Woh lagi, pemimpin MCA juga cuba menyakinkan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna untuk ditukarkan dengan Menteri Pelancongan.

Selain itu, akhbar berkenaan juga membuat spekulasi bahawa rombakan itu juga akan membabitkan dua menteri kabinet dan tiga timbalan menteri dari Umno.

Menurut akhbar itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohd Yaakob, akan digugurkan.

Tempat Shabeery akan diisi oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sekarang ini dilihat sebagai pemimpin yang moderate dan berpengaruh di kalangan beliau.

Menteri-menteri lain yang dikatakan 'tidak selamat' termasuk Datuk Seri Noh Omar (Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ismail Saabri Yaacob (Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Mereka yang dijangka akan dinaikkan pangkat pula adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri, Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Pakatan Rakyat Masuk Fasa Baru Tawan Putrajaya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad lalu telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat kini telah masuk fasa baru dalam perjuangan untuk membuat perubahan menyeluruh senario politik negara dan seterusnya menawan Putrajaya.

Anwar berkata kemenangan merampas kubu kuat Barisan Nasional itu harus menjadi titik tolak untuk meneruskan agenda kebangkitan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai kerusi yang selamat bagi BN.

"Pakatan Rakyat mampu untuk mengubah senario politik negara berdasarkan kepada 'track record' yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

"Dengan kejelekan yang ada pada dasar dan kepimpinan Umno dan BN, kita yakin rakyat sudah mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk melangkah ke agenda seterusnya bagi menjadi pemerintah yang akan membawa perubahan kepada lanskap dan senario politik negara dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya ketika berucap di Kampung Pertama, Permatang Pauh semalam.

Beliau juga menyelar Umno-Barisan Nasonal yang telah mencemarkan nama negara sebagi sebuah negara Islam apabila pimpinan Umno-BN menyokong pemberian lesen judi yang diharamkan agama.

Menurut Anwar Malaysia telah tercalar apabila pemimpin yang beragama Islam sendiri meluluskan lesen pertaruhan judi yang sudah terbukti akan membawa kesan buruk kepada kehidupan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini.

"Dalam parlimen, Anthony Loke daripada DAP telah membantah pemberian lesen judi Piala Dunia kepada Berjaya Corporation kerana ia membawa kesan buruk kepada rakyat dengan amalan perjudian. Mana ahli parlimen Umno yang membantah supaya ianya tidak dilaksanakan.

"Masalah rakyat yang miskin tidak akan terbela sekiranya pemerintah tidak prihatin dan hanya mementingkan kepentingan segelintir kroni mereka sehingga menjadikan rakyat mangsa kepada kerakusan mereka.

"Judi, Apco, kerakusan kuasa dan penyelewengan, korupsi serta ketidakadilan yang menjadi hambatan dan pegangan kepimpinan Umno-BN akan membawa mereka kepada kekalahan yang lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Turut hadir pada ceramah tersebut termasuk Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Hassan Razak.

Wednesday, May 19, 2010

Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra

Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPN, mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka. Hasilnya mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.

Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.


BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:

”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO
JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemeberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:

a.Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b.Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga
penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk
merompak negara
c. Mencepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim
sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan BArisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.

Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya. Orang kaya dilindung, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi

Kekalahan Rasuah Di Sibu, Sarawak

Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

PRK Sibu P212 pada 16 Mei lalu memberi signal bahawa sedaif-daif dan semiskin-miskin rakyat Sibu, mereka masih tidak termakan seluruhnya dengan perbuatan rasuah dan suapan oleh BN/SUPP disepanjang tempoh berkempen.

Segala janji manis oleh pimpinan BN termasuk PM 1Malaysia ditaburkan sehingga kata-kata mengemis dari Najib, "I help you, you help me" terungkap di Sibu menunjukan bertapa terpinggirnya rakyat Sibu khususnya kaum melayu/malanau disepanjang sungei Rejang, di Kg Jeriah , di rumah2 panjang dll.

Di sekeliling masjid Sibu, mulai jam 4 pagi lagi jentera penurap jalan dan pekerja mee segera telah siap sedia untuk memberi turapan baru kepada jalan2 yg sempit dan berlubang2. Cek RM18juta di beri oleh Najib kepada beberapa sekolah Cina di Sibu menyebabkan kaum Cina berasa lagi di hina oleh Najib seolah2 mahu membeli mereka! Mereka ada maruah. BN kalah di Batang kali, Ulu Selangor walaupun Najib mengumpan mereka dengan RM3juta untuk satu sekolah Cina disitu.


Bayangkan jika tiada PRK maka adakah kerja2 segera ini dilakukan? Saya yakin tidak. Bukanya satu pemimpin dari satu kementerian, malah semuanya pemimpin termasuk para Menteri mahu menjadikan Sibu bandar wireless terunggul, menyiapkan lebuhraya, pusat pelancungan, hab itu, hab ini, dll pada masa itu juga! Berapa banyak secara kebetulan ya?

Rata2 anak Sibu sendiri meninggalkan bandar tersebut mencari kerja ditempat lain. Kempen dari SUPP/BN yg mendakwa, " undi DAP bererti undi Negara Islam", "undi DAP nanti tak dapat makan mee Kampua"(gambar mee kampua berlemak babi dihidangkan dalam mangkuk bulan PAS pada billboard di roundabout-oleh SUPP/BN), cukup memberansangkan . Malahan memberi pukulan balik kepada BN di mana kaum Cina yg sekarang ini amat tahu dengan latar belakang PAS dan pergerakan PAS tidak termakan sama sekali dengan dakwaan bahan kempen tersebut.

Dalam satu dialog dengan hampir 300 pengundi Cina agama Kristian di Hotel Paramount, saya diajukan satu soalan oleh seorang pemuda mengenai dakwaan dalam kempen tersebut. Saya tanyakan semula sama ada terdengar kaum Cina di Kelantan yg sudah 20 tahun di bawah pentadbiran PAS, tidak di benarkan makan babi, minum arak dll. Bahkan patung Buddha yg terbesar sedang berbaring, berdiri, duduk tak pernah PAS ganggu! Tidak ada insiden potong memotong terdengar. Ini kemudian disahkan oleh pimpinan PR yg lain termasuk Dato Chua Jui Meng, YB Dato Ngeh Koo Ham dll. betapa adilnya PAS di Kelantan.

Apapun, saya merasakan PRK Sibu menunjukan bahawa BN menggula2kan rakyat dengan janji dan dan wang ringgit tidak bolih mempengaruhi mereka menolak BN.
Kempen dari pimpinan PR yg BN merasuah mereka dapat diterima dan akhirnya memenangkan DAP. Sama jugalah halnya seperti di PRK ulu Selangor. Namun oleh kerana jumlah pengundi peneroka felda melayu yg besar belum bolih memenangkan PKR di situ.

Kesimpulanya, kemenangan haq mengatasi bathil dapat di lihat di Sibu dan kita minta supaya di lain PRK, UMNO/BN terus menggunakan pendekatan sama, ia itu menawarkan dan menaburkan bermacam2 janji, mee segera dll yg telah lama dinafikan oleh BN. Di Sibu rakyat Sarawak berjaya menumbangkan rasuah walaupun mereka hidup daif dan sengsara 35 tahun dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud. Rakyat di semenanjung yg dikatakan lebih moden, terpelajar, kaya dll bila lagi? Janganlah nanti warga di semenanjung diajar oleh orang Borneo, orang rumah panjang, orang malanau/iban /dayak (yg ramai masih bukan beragama Islam), bagaimana menjaga maruah kita supaya menolah rasuah, perkauman dan penindasan. Tolaklah UMNO BN sekarang dan selamanya!

Satu Lagi Episod Malang Dalam Sejarah MIC

Oleh B. ANBUMANI

POLITIK MIC dikejutkan lagi dengan penahanan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif cabang pendidikan MIC - Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), P. Chitrakala Vasu, 39, atas tuduhan menipu membabitkan kes penyelewengan berjumlah RM 4 juta.

Ramai yang mungkin tertanya–tanya siapakah wanita tersebut sehingga mendapat perhatian umum termasuk di media massa sejak kebelakangan ini? Beliau bukan saja menjadi orang “kepercayaan“ Samy Vellu suatu ketika dulu tetapi dilihat sebagai seorang wanita yang cukup berpengaruh dan dikenali ramai dalam lingkaran MIC.

Orang politik berkata, MIC meletup lagi lepas ini kerana pergolakan MIED telah sampai ke tahap yang serius sehingga pendakwaan terhadap Chitrakala baru–baru ini telah mengegarkan semula politik MIC yang baru kelihatan hendak pulih.

Isu tersebut turut mendapat liputan meluas. Sudah tentu isu ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baik parti kerana MIED merupakan sebuah entiti yang amat penting dalam parti itu.

Chitrakala bukanya calang–calang orang dalam rangkaian MIC. Kalau nak dapatkan bantuan pinjaman pendidikan dari MIED ataupun perkara–perkara lain, perlu mendapat restu terlebih daripadanya. Samy Vellu memberikan sepenuh mandat kepadanya untuk menguruskan MIED. Begitulah hebatnya wanita bernama Chitrakala Vasu ini yang mula berkhidmat dengan MIED pada tahun 1995 selepas dipelawa oleh Samy Vellu sendiri.

Walaupun beliau meninggalkan MIED pada tahun 2002 tetapi bintangnya kembali menyinar pada tahun 2004 setelah dipujuk semula oleh Samy Vellu untuk berkhidmat sebagai CEO MIED.

Ibu kepada empat orang anak ini turut mencipta sejarah yang tersendiri pada tahun 2007 setelah menerbitkan sebuah buku bertajuk “ Samy Vellu As We Know Him” (Samy Vellu Sepertimana Yang Kita Kenali). Buku berbentuk “coffee table” itu yang disusun sendiri oleh Chitrakala Vasu mengandungi 97 artikel yang ditulis oleh mereka yang rapat dengan beliau.

Buku setebal 300 muka surat itu turut memuatkan lebih 300 gambar yang jarang dapat dilihat mengenai Samy Vellu termasuk menceritakan karakternya sebagai presiden MIC dan juga seorang menteri. Hubungannya dengan Samy Vellu dikatakan mula suram setelah presiden MIC itu tewas pada Pilihan Raya Umum 2008 di Parlimen Sungai Siput.

Di satu sudut lain pula ahli–ahli MIC nampaknya tak senang hati dengan apa yang sedang berlaku di MIED kerana institusi tersebut ditubuhkan demi masa depan pelajar–pelajar kaum India untuk memperkasakan diri mereka dalam bidang pendidikan menjelang 2020. Banyak juga pelaburan yang telah dibuat termasuk peranan ahli–ahli MIC untuk menjayakan misi tersebut khususnya dalam pembinaan Universiti AIMST di Kedah.

MIED yang ditubuhkan pada tahun 1984 kini telah diheret ke mahkamah. Kes itu akan disebut semula pada 14 Jun ini sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan. Sudah pasti beberapa “VIP MIC” akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Kes ini dijangka akan menjadi perhatian umum kerana melibatkan personaliti penting dalam MIC dan dijangka akan merungkai beberapa fakta yang masih menjadi misteri dalam MIED sendiri kerana banyak sangat spekulasi dan laporan media telah memberikan bermacam–macam gambaran yang berbeza.

Ahli–ahli MIC dan masyarakat India sebenarnya sudah naik muak dan jemu dengan pelbagai macam isu berkaitan MIED dibongkarkan di media massa dan media alternatif sejak tahun lepas lagi kerana mereka tidak mahu masa depan MIED menjadi seperti mana Maika Holdings.

Dan menurut fakta kes, Chitrakala Vasu didakwa menipu Tan Sri M . Mahalingam dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa bayaran RM1 juta kepada syarikat Silver Line Services Sdn Bhd (syarikat yang dimiliki oleh suami dan dirinya) sebagai bayaran balik pinjaman kepada tokoh korporat tempatan, Tan Sri Abdul Rashid Manaf, 64.

Mahalingam, 74, merupakan seorang pengarah yang telah diberi kuasa untuk menandatangani cek MIED Capital Sdn Bhd. Perbuatan itu didakwa telah mendorong bekas Bendahari Agung MIC itu menandatangani sekeping cek Bank Bumiputera Commerce bernilai RM1 juta sedangkan beliau tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.

Mahalingam juga merupakan seorang peguam dan sekutu lama Samy Vellu. Dan menurut pertuduhan kedua dan ketiga pula, Chitrakala didakwa menipu Mahalingam menggunakan dua keeping cek lagi yang setiap satu bernilai RM1 juta kepada syarikat Jernih Sdn Bhd atas tujuan yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 9 Januari dan 3 Mei 2007 di pejabat MIED di Menara Manickavasagam. Beliau didakwa mengikut seksyen 420 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pada 4 November tahun lalu pula, Chitrakala memfailkan saman fitnah terhadap Samy Vellu dan isterinya serta akhbar Tamil Nesan berhubung kenyataan bahawa dia telah mengambil wang insurans MIED dan memindahkannya ke sebuah syarikat milik suaminya.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, kita sama–samalah tunggu hari perbicaraan nanti dan siapa yang sebenarnya bersalah. Apa yang pasti, ahli–ahli MIC tidak sanggup lagi menghadapi satu lagi kekecewaan selepas ini kerana sepertimana masyarakat India yang lain, kesemuanya sedang memerhati setiap langkah dan gerak geri MIC dan kesudahan satu lagi episod malang dalam sejarah perjalanan MIC.Mstar

B. Anbumani ialah seorang Perunding Media dan Penganalisa Politik

IMPIAN UMNO HANCUR, ANWAR TETAP KETUA PEMBANGKANG

Biarpun menambah kerusi Parlimen berikutan kemenangan pilihan raya kecil Sibu, pimpinan tertinggi DAP tetap mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pakatan pembangkang selaku Ketua Pembangkang.

Bercakap kepada TV Selangor, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kelebihan kerusi DAP berbanding Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin Anwar, bukan isu kerana hal ini sudah dipersetujui lebih awal supaya Anwar memimpin gerakan pembangkang.

“Persoalan sama ada DAP mahu menuntutkan kerusi jawatan Ketua Pembangkang tidak berbangkit kerana kita terus mengiktirafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri,” katanya.

Kit Siang menegaskan DAP tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengambil alih jawatan berkenaan dan sentiasa menyokong Anwar dan mengiktiraf kewibawaannya sebagai Ketua Pembangkang.

Pada masa ini, kedudukan kerusi Parlimen di kalangan parti Pakatan Rakyat ialag 29 dimenangi DAP manakala PKR 24

Bung Dipenjara Sebulan !

Pasangan pengantin panas yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Bung juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Jurunikah bagi perkahwinan itu pula, Ahmad Shahazami, yang juga abang kepada Zizie dihukum denda RM1,000 bagi kesalahan itu.

Dua orang adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam juga masing-masing didenda RM1,000 kerana bersubahat atas kesalahan itu.

Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar - Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Tuesday, May 18, 2010

UMNO bakal karam bukan PKR

Timbalan Presidennya, Syed Hussein Ali menegaskan tindakan beberapa ahli parlimen, ADUN dan ahli PKR yang meninggalkan parti itu hanya cuba diperbesarkan oleh media massa sedangkan keadaan itu tidak langsung meruntuhkan parti. “Memang diakui imej PKR terjejas sedikit oleh tindakan beberapa orang ahli parlimen dan ADUN yang melompat katak. Akan tetapi mereka adalah anasir-anasir buruk dalam parti yang mempunyai banyak masalah diri dan tidak membuat kerja.

“Pasti mereka akan diganti kelak dengan calon-calon lebih berwibawa dalam pilihanraya akan datang,” katanya. Beliau turut menyifatkan tindakan mereka yang meninggalkan PKR hanya perkara kecil jika hendak dibezakan dengan peristiwa presiden Umno seperti Tunku Abdul Rahman Putra dan juga Tun Hussein Onn meninggal parti. “Tentang apa yang didakwa 'anggota-anggota' yang konon keluar beramai-ramai, kami telah semak dan dapati kebanyakkan mereka bukan anggota," jelasnya.

Melayu berpolitik kelas ketiga

Dari dahulu lagi saya menegaskan bahawa pengundi Melayu di Malaysia ketinggalan dalam hal ehwal politik.Pengundi Melayu yang macam mana ?

Terutama sekali mereka yang menganggap tanpa UMNO dan tanpa Barisan Nasional, tiadalah kerajaan lagi di Malaysia dan di dunia yang boleh digantung harap oleh masyarakat.

Bagi masyarakat Cina pula, mereka semakin bijak dalam percaturan seperti ini. Baik ketua atau taukeh sendiri, jika pada pandangan mereka tidak mengikuti landasan perjuangan, akan dinyahkan.

Masyarakat India masih mencari-cari cahaya ke lorong suci. Agak-agaknya masih cuba mentafsirkan samada Samy itu manusia atau dewa.

Namun pada hemat saya, pemuja-pemuja yang menganggap UMNO sebagai 'betara' (dewa) politik, ruang lingkup pemikiran mereka berada ditahap kelas ketiga.

Biarpun betara-betara mereka terlibat dalam rasuah, betina, arak, judi dan menjadi pengkhianat bangsa sendiri - betara-betara ini tetap akan dipuja dan disanjung.

Zaman sudah melepasi ke era globalisasi namun pemikiran pemuja-pemuja UMNO baru mencecah garisan mula 'sejagat' itu.

Itu sebabnya Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor sekadar beberapa kawasan pilihanraya - masih ditakok lama dari segi pantulan atau cerminan minda Melayu yang mewarnai politik Malaysia.

Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak yang satu ketika dulu dikatakan ketinggalan dalam pelbagai arena, kini sedang memintas minda betara politik Melayu yang rata-ratanya beretorik.

Menjadi bahan lawak politik. Hanya Melayu pemuja UMNO sahaja gemar dengan mee segera.

Sampai bila Melayu jenis ini sanggup diketawakan ?

MUHYIDDIN DAPAT HADIAH ISTIMEWA HARI GURU DARI GURU SIBU

16 Mei 2010 pastinya tarikh yang paling diingati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Hari Guru tahun ini Muhyyiddin mendapat hadiah yang cukup istimewa yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Guru-guru di Sibu memberi undi kepada DAP sebagai menghargai pelbagai ganjaran yang ditawarkan kepada guru-guru Sibu. Mungkin juga sebagai tanda 'terima kasih' kerana kerap 'diundang' memenuhi jemputan untuk meramaikan majlis-majlis BN sempena pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Ini juga sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Pelajaran kerana menghadiahkan 'kerja lebih masa' kepada guru-guru ketika waktu cuti hujung minggu pada hari sabtu untuk menyapu walaupun ramai guru yang tak mahu. Maka guru-guru Sibu tunggu hingga hari guru untuk hadiah sesuatu kepada Muhyiddin untuk memberi hadiah yang cukup istimewa.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru Sibu dan tahniah juga kepada Muhyiddin kerana mendapat hadiah Hari Guru.

Monday, May 17, 2010

Sibu: Isyarat jelas rakyat tolak Umno BN

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan calon Pakatan Rakyat yang menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kempen Umno dan BN sebelum ini yang memburukkan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, namun dengan jelas membuktikan rakyat telah menolak perjuangan mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan IT Tayyibah di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Katanya, Umno hanya memperjuangkan ketuanan Melayu sebagai wadah penting dalam perjuangan umat namun tidak berjaya mengumpulkan mereka.

“Kempen sebut 1Malaysia, tetapi pada masa yang sama menyebut ketuanan Melayu, usahkan orang Cina, orang Umno sendiripun tak faham bagaimana boleh berlaku dalam satu masa perkara yang berbeza.

Sedangkan, menurutnya Islam mengajar umatnya supaya mencari satu kefahaman yang sama, iaitu menuju ke syurga dan bukannya 1Malaysia.

Tuan Guru juga turut mengucapkan syukur kepada Allah kerana kemenangan PAS di Kelantan telah menyebabkan golongan bukan Islam di negara ini tidak percaya lagi kepada kerajaan Umno dan BN.

Menurutnya, kempen memburukkan Umno terhadap PAS dan Pakatan Rakyat berhubung kerajaan Islam, nampaknya tidak berhasil apabila pengundi di Sibu sudah kenal perjuangan parti itu.

“Saya tahu, Umno dan BN telah memperbesar-besarkan Negara Islam yang akan dilaksanakan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya di Sibu baru-baru ini.

“Kempen yang mengharapkan pengundi bukan Islam takut pada perjuangan PAS nampaknya tidak berhasil dan rakyat telah menolak calon mereka dalam pilihan raya itu semalam,” ujarnya lagi.

Tambah Tuan Guru lagi, kejayaan PAS di Kelantan mentadbir negeri itu sejak 20 tahun lalu, nampaknya benar-benar telah menjadi model yang paling baik untuk masyarakat luar khususnya golongan bukan Islam untuk menerima dasar parti itu.

Tambahnya, golongan bukan Islam sebenarnya telah lama faham Islam bukan sesuatu perkara yang buruk sebagaimana yang digambarkan mereka sebelum ini seperti ganas, ekstrem, tiada kemajuan dan berbagai lagi.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengucapkan tahniah kepada semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat di seluruh negara kerana telah bekerja keras bagi menangkis dakwaan tidak bermoral pihak lawan.

Dalam pilihan raya kecil semalam, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mengutip 232 undi.

Lesen judi bola kerja kerajaan Bodoh dan Nyanyuk

Minggu lepas, Menteri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi bola kepada Kumpulan BERJAYA meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.


Tindakan ini dilihat sebagai melampau dan mencabul kehormataan rakyat apabila kerajaan Bodoh Nyanyuk tidak mempunyai niat langsung untuk berbincang dengan rakyat berkenaan pemberiaan lesen judi bola sebelum dilaksanakan di negara kita. Perkara ini turut tidak dibawa berbincang di Parlimen.

Yang lebih memeritkan hati, lesen ini dihadiahkan kepada satu syarikat tidak aktif, Ascot Sports yang 70% sahamnya dimiliki Tan Sri Vincent Tan, yang juga merupakan pemegang saham terbesar di Berjaya Corp.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Selain itu Awang Adek juga berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Itulah kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan kita yang sanggup menjadi kambing hitam dalam menjaga imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk mengumumkan berita buruk ini kepada rakyat.

Ulasan pemberian lesen judi

Cuma ada beberapa soalan yang ana ingin bertanya: –

Dengan pemberian lesen-lesen perjudian nombor 4 ekor selama ini, mengapa perjudian haram dan bookie nombor 4 ekor haram masih wujud secara berleluasa di dalam negara kita? Bukan itu saja, dengan kasino Genting yang begitu besar, mengapa masih wujud premis-premis perjudian haram sekitar Malaysia? Bukankah ini menunjukkan bahawa pemberian lesen perjudian yang diwar-warkan sebagai penawar kepada perjudian haram ternyata bodoh dan meleset sama sekali?

Walaupun kerajaan berkata, perjudian bola sepak hanyalah untuk rakyat bukan Muslim sahaja, tapi adakah mereka terfikir, apakah jaminan yang penjaga-penjaga kaunter di premis perjudian mengenal bangsa, agama dan umur ketika menjual tiket perjudian? Sudah tentu tidak, lihatlah selama ini, adakah semua kedai nombor 4 ekor langsung menjalankan pemeriksaan kad pengenalan sebelum menjual tiket perjudian kepada para pembeli?

Perjudian ialah satu masalah sosial

Hakikatnya, masalah judi ialah satu masalah sosial yang tidak mengenal bangsa dan agama. Semua golongan rakyat akan terjebak di dalam kancah sosial ini jika kerajaan yang memerintah memberikan lampu hijau untuk terus menggalakkan aktiviti judi. Untuk mengatakan bahawa judi ini adalah sebahagian daripada cara hidup orang bukan Islam hanyalah satu logik yang tidak benar. Tiada agama di dunia ini menggalakkan judi, sepertimana agama Islam.

Ke mana hilangnya tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul kerajaan yang memerintah supaya rakyatnya mengikut amalan kehidupan yang betul? Adakah kerajaan terfikir berapa ramaikah orang miskin yang akan berjudi bola kali ini untuk mencuba nasib dalam menggunakan nasib tuah dalam misi menukar nasib kehidupan mereka yang sentiasa dalam kesusahan?

Adakah kerajaan terfikir berapa ramaikah mahasiswa negara kita yang menggilai acara Piala Dunia akan mula berjudi secara halal kali ini di premis-premis perjudian bola yang halal?

Adakah kerajaan telah memikirkan langkah-langkah untuk mencegah orang yang sudah mengalami masalah bankrap dan kredit yang lemah daripada terjebak dalam judi bola supaya tidak meningkatkan masalah sosial negara sebelum pemberian lesen ini?

Adakah satu badan nasional ditubuhkan untuk menjalankan kempen pendidikan bagi menyedarkan rakyat tentang keburukan berjudi sebelum lesen judi bola ini dikeluarkan?

Adakah satu institusi baru akan ditubuhkan untuk menyembuhkan mereka yang terjebak dalam masalah perjudian kronik kesan daripada perjudian bola ini?

Tidak. Semuanya tidak pernah ditimbangkan. Yang hanya dalam otak pemimpin-pemimpin kerajaan ialah soal berapa banyak keuntungan yang bakal diterima kerajaan melalui cukai judi bola.

Soal tanggungjawab sosial langsung tidak dipedulikan dan inilah maksud sebenar rakyat didahulukan dalam konsep 1Malaysia apabila kerajaan ingin mencari sumber kewangan yang lain bagi menampung janji-janji pilihanraya yang berbentuk rasuah.

Apakah mesej yang hendakkan disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat dengan pemberian lesen judi bola ini? Hanya kerajaan yang gila duit dan kuasa sahaja sanggup menggalakkan rakyatnya untuk terus berjudi secara halal dengan meluluskan lesen judi bola tanpa sebarang langkah untuk mendidik rakyatnya supaya tidak terjebak dalam segala bentuk perjudian.

Bila lagi rakyat nak sedar bahawa kehidupan mereka akan bertambah tenat di bawah pimpinan kerajaan Bodoh Nyanyuk?

Sampai bila rakyat sanggup dibodohkan?

Jika PKR Parti Kian Runtuh, BN Barisan Nazak


Ketika ditemubual selepas melancarkan Festival Hari Guru Kebangsaan di Kuantan semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (foto) dengan bangganya memperli dan menghina Parti Keadilan Rakyat.

Kononnya, parti itu kini dikenali sebagai "Parti Kian Runtuh" susulan semakin ramai wakil rakyatnya yang "lompat parti". Kenyataan itu dibuat ketika rakyat dan pengundi sedang menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di Parlimen Sibu.

Kata-kata menghina Munyiddin itu telah membuatkan pengundi bersimpati kepada PKR dan akhirnya mereka memilih DAP iaitu satu gabungan utuh dalam Pakatan Rakyat. Maknya, kehinaan di balasa dengan kehinaan juga.

Inilah padahnya bila bercakap sombong dan bongkak, seolah-olah mereka terlalu kuat untuk dikalahkan. Maka itu, jika Muhyiddin menggelar PKR "Parti Kian Runtuh" maka BN pula kini layak digelar "Barisan Nazak".

Maknanya, BN itu sudah menghampiri ke penghujung hayatnya dan akan berkubur bila-bila masa dari sekarang. Buktinya, talian hayat parlimen BN di Sarawak kini berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat. BN tidak boleh bergantung lagi kepada kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak.

Ini kerana, gara-gara pilihanraya kecil di Sibu mereka mendedahkan segala kelemahan pentadbiran BN di negeri itu. Terbukti rakyat di situ terpinggir dari arus pembangunan. Sedangkan umum mengetahui Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud kaya raya dan merompak khazanah rakyat sesuka hati.

Inilah hakikatnya yang perlu ditelan, jika dia dibairkan terus berkuasa maka sudah pasti Sarawak juga berkemungkinan besar akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.

Tumbangnya Sarawak bermakna akan tumbanglah kerajaan UMNO BN diperingkat pusat. Jika ini berlaku, maka kuasa akan kembali kepada rakyat. Oleh itu, marilah kita terus lakukan perubahan mulai sekarang !!

Sibu Ajar BN, Sarawak Bukan Lagi kubu mereka

Arena politik Sarawak sudah mula menunjukkan angin perubahan yang besar apabila calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng memenangi kerusi P212 Bandar Sibu dengan majoriti 398 undi.

Selain kemenangan pertama Pakatan Rakyat Sarawak, ia juga telah memberi kesan yang teruk kepada Barisan Nasional yang dianggap terlalu kuat di Sarawak.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang ditemui semasa meraikan kemenangan ini menjelaskan Barisan Nasional perlu sedar dan jangan lagi mengharapkan Sarawak mahupun Sabah dapat membantu mereka pada pilihan raya yang akan datang.

"Barisan Nasional perlu sedar dengan mesej yang telah dilakukan oleh rakyat Sibu pada hari ini, mereka sebenarnya telah muak dengan pemerintahan Barisan Nasional yang tidak ada pembelaan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ingat dan ambil iktibar atas kekalahan ini, jangan ingat Sarawak atau Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka selama-lamanya.

"Rakyat sebenarnya sudah muak dengan permainan politik Barisan Nasional terutamanya setiap kali pilihan raya kecil. Mereka terlalu mudah untuk membeli jiwa rakyat dengan wang, kebangkitan rakyat pada kali ini menunjukkan mereka mempunyai maruah tanpa boleh dibelikan oleh sesiapa sahaja.

"Najib kena ingat rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi, kita kena bekerja dengan ikhlas kerana rakyat dimana letaknya keikhlasan perjuangan sebenar setiap parti yang bertanding. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah sedar mereka tidak mahu lagi di tipu oleh Barisan Nasional selama-lamanya," jelasnya.

Beliau juga memberitahu ia juga menunjukkan bahawa perubahan yang besar akan berlaku dalam arena politik di Sarawak.

"Kemenangan yang kita perolehi ini menunjukkan politik di Sarawak akan berubah sepenuhnya pada pilihan raya yang akan datang.

"Kita harapkan momentum sokongan rakyat ini akan berterusan sehingga pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilakukan di sarawak," kata Kit Siang lagi.

petanda awal kejatuhan BN di sarawak

MEMALUKAN!! Mungkin itulah yang dibualkan oleh kebanyakan pemimpin di dalam Bn terutamanya Umno akibat `tertonggeng'nya calon Bn di PRK Parlimen Sibu. Di mana Muhyiddin hendak letak muka kerana baru beberapa jam beliau menyindir PKR sebagai parti kian runtuh, calon Bn yang beliau sendiri menjadi bos kempen di Sibu tersembam dengan begitu aib sekali.

Alangkah bernasib baiknya Bn di Sibu kerana adanya undi pos yang dapat mengelak dari Bn menerima majoriti kekalahan yang lebih menyiksakan. Saya sudah dapat meramalkan bahawa DAP akan menang kerana kelewatan media perdana melaporkan keputusan pilihanraya tersebut, bahkan SPR juga terlalu lewat mengumumkan keputusan. Apa pun, tahniah kepada semua pengundi di Sibu kerana semakin bijak dan cerdik.

Seandainya tiada unsur rasuah dan janji-janji seperti di bawah ini, Bn pasti lebih nazak diajar oleh rakyat di Sarawak. Di dalam keadaan berjanji berbagai-bagai, Bn boleh tewas, maka boleh kita simpulkan standard Najib dan Muhyiddin selaku PM dan TPM di mata rakyat.

Berikut adalah janji-janji manis semasa berkempen. (Bukan untuk tatapan SPR mahupun SPRM kerana badan ini tidak mampu menilai adakah perkara di bawah berunsur rasuah atau tidak):

1. RM4 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak bagi sektor Pendidikan dalam RMK9 dengan 1,700 buah sekolah telah dibina termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan.

2. RM1 bilion untuk penebatan banjir di mana RM300 juta telah dilaksanakan dalam fasa pertama.

3. RM99 juta telah diperuntukkan kepada Sibu dalam RMK9 dan akan ditambah dalam RMK10

4. RM28 juta untuk Pulau Bruit bagi faedah 9,000 penduduk yang duduk di 13 Kampung di pulau tersebut dengan pemilihan Pulau Bruit sebagai Kota Agropolitan yang baru di Negara kita dengan bajet RM18 juta dan bagi menjalankan projek bekalan air bersih dengan kos RM10 juta.

5. RM 18 juta diperuntukkan kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan

6. RM6.6 juta untuk kebajikan umat Islam termasuk pembinaan dua masjid

7. RM2 juta telah diperuntukan untuk menaik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di 2 buah kampong iaitu Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeriah

8. RM 1 juta pemberian Komputer riba percuma bernama “Netbook 1Malaysia” bernilai RM999 untuk 1000 pelajar di Sibu yang mana menjadi sebahagian dari bujet RM1 bilion pemberian netbook percuma kepada pelajar kurang mampu seluruh Negara.

9. RM 500,000 diperuntukkan kepada Sek.Men.Agama Sibu untuk tingkat prasana.

10. Dewan Serbaguna bernilai RM250,000 yang akan dibina dalam kawasan Sek.Men.Kebangsaan Batang Igan, Dalat.

11. RM 100,000 untuk naik taraf dua buah sekolah iaitu Sek.Keb.Rantau Panjang dan Tanjung Penasu, Bawang Assan di mana majoriti pelajar adalah kaum Iban.

12. Kemudahan wifi dengan kewujudan Kampong Wifi Pertama di Malaysia di Kampung Bahagi Jaya, Teku yang akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk.

13. Bekalan eletrik untuk 2,000 penduduk di Sg Rasau sebelum 2012 dengan tambahan RM600 kepada setiap pintu rumah panjang bagi membaik pulih rumah masing masing.

14. Siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran TV1,TV2,TV3 dan beberapa saluran Astro yang akan ditentukan kelak.

15. Projek naik taraf Kolej Laila Taib menjadi Universiti pada tahun 2012

Terasa ingin ketawa pun ada apabila mendengar komen Pengerusi SPR yang menyebut badan itu akan siasat mengapa peratusan keluar mengundi turun. Cuba kita lihat carta di atas, dan bandingkan dengan pilihanraya 2008, ada penurunan ke jumlah atau peratus yang keluar mengundi? Sudahlah mula-mula beliau beritahu peratusan lebih kurang 50 %, kemudian tarik baik beritahu lebih kurang 70 % yang keluar mengundi. Pelik bin ajaib. Yang jelas, hanyalah untuk dijadikan ALASAN mengapa BN tewas kununnya peratusan keluar mengundi rendah. Mereka ingat semua rakyat bodoh di dalam Mathematik walaupun diajar di dalam Bahasa Inggeris?

Di dalam Berita Awani Astro, Pengerusi SPR menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana penyokong-penyokong dari PR buat kecoh semasa hari mengundi. Terang-terang beliau menuduh penyokong-penyokong PR seolah-olah penyokong BN semuanya baik dan tertib. Nampak jelas SPR ini wajar dirombak sebelum Pilihanraya Umum nanti.

Sunday, May 16, 2010

Pemberian Lesen Judi: PPIM Kecam Kerajaan

Isu pemberian lesen judi oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya terus mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terbaru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan kerajaan memberikan lesen judi bagi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Jun ini.

Menurut Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma'amor Osman tindakan memberikan lesen judi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan sebarang aktiviti yang mempunyai unsur perjudian.

“Tindakan (memberikan lesen judi) ini sangat tidak wajar. Jika begitu, isu pelacuran, rasuah... juga boleh dihalalkan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kementerian Kewangan secara rasmi memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini.

Ma’amor berkata sekiranya kerajaan membenarkan lesen berjudi ini maka ia secara tidak langsung akan mencemarkan pembangunan bidang sukan di negara ini.

“Jangan cemarkan bidang sukan dengan unsur-unsur judi kerana ia tidak sihat kepada pembangunan sukan di negara ini,” katanya.

Ma'amor berkata sekiranya perjudian ini dibenarkan ada kemungkinan besar akan berlakunya rasuah dalam sesuatu permainan sukan yang dijalankan.

“Jika sesuatu kumpulan inginkan kemenangan dengan mudah mereka boleh 'membayar' kepada pihak yang bertanggungjawab kerana jika judi dihalalkan tidak salah jika rasuah juga dihalalkan.

“Sebagai rakyat biasa kita mahu mengajar perkara yang baik terutama kepada kanak-kanak kecil. Tidak mustahil akan berlakunya perjudiaan secara kecil-kecilan”, katanya.

Tegasnya, dalam Islam atau mana-mana ideologi sekalipun melarang pengikutnya berjudi.

“Malahan dalam rukun negara yang pertama ada mengatakan 'kepercayaan kepada Tuhan'. Oleh itu, bagi mereka yang berjudi adalah orang yang ingkar kepada kepercayaan Tuhan,” katanya.

Ma'amor berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan meneliti semula pemberian lesen judi itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk PAS, Umno dan beberapa NGO yang lain.

Search This Blog