Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat demi kepentingan masyarakat dan umat Islam.
Saturday, July 17, 2010
PAS Tolak Kerjasama Politik Dengan Umno
Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat demi kepentingan masyarakat dan umat Islam.
Friday, July 16, 2010
Rasionalisasi Subsidi Gula Dan Minyak
Malam tadi kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dan gula. Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit
Pengumuman ini menyaksikan kenaikan harga gula dan bahan api di pasaran mulai tengah malam ini. Seperti biasa, akan ada dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Satu pihak akan mempertahankan proses rasionalisasi ini, manakala satu pihak yang lain akan menggunakannya bagi memberikan satu lagi alasan mengapakah rakyat perlu mengundi pembangkang dalam PRU13 nanti.
Rakyat Malaysia..Berapa Kali mahu Diperbodohkan Oleh UMNO
Thursday, July 15, 2010
5 naik serentak, rakyat tanggung beban
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan. |
Kesian kat Khairy... merajuk dah dia..
Kesian kat Ketua Pemuda UMNO merangkap menantu Pak Lah ni.. merajuk dah dia..
Dah berapa kali Najib buat rombakan kabinet tapi nama dia tetap dipinggirkan, anak Mahathir yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO tu dapat juga jawatan dalam kabinet Najib.. tapi dia?
UMNO: Tua Tak Larat, Nafsu Je Kuat, ada hati nak meminang lagi!
Wednesday, July 14, 2010
3 Jam Bala diambil keterangan Polis Perancis sebut nama Najib-Rosmah
SETIAP KALI TERSEPIT DAN TERDESAK UMNO AKAN AJAK PAS BERUNDING DAN BERDAMAI
Sebelum ini tidak terpacul pun idea perpaduan atas nama semangat Melayu daripada mulut pemimpin-pemimpin Umno.
Terkini Timbalan Presiden Umno cuba mengumpan Pas sekali lagi untuk berunding atas nama muafakat dan perpaduan Melayu. Cuma nak beritahu pada pemimpin Umno, kalau hendak memancing gunalah umpan segar, jangan guna umpan yang telah basi dan membusuk.
Bagi saya cukuplah sebelum ini isu Kerajaan Perpaduan menimbulkan 'ribut dalam cawan' seketika dalam Pas. Isu itu satu cubaan untuk memerangkap Pas agar terjebak dengan mainan politik kotor Umno.
Pemimpin Pas pastinya tidak akan lupa layanan 'baik' Umno apabila Pas sebelum ini menunjukkan sikap terbuka untuk berunding dan membuat kerjasama dengan Umno. Sekarang bukan waktu dan ketikanya untuk berunding tentang isu muafakat Pas dan Umno. Taktik ini sebenarnya satu perang saraf untuk menggugat perpaduan dan kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat. Semua ini hanya strategi politik Umno untuk mendapat undi Melayu kerana menyedari Umno semakin sukar untuk memulihkan sokongan pengundi Cina dan India kepada mereka. Malah sokongan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak juga kini semakin tergugat dan terancam.
Jika Umno hendak berunding dengan Pas tunggulah selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Ini menunjukkan Pas tidak menutup terus pintu dengan Umno. Syaratnya mudah seperti menurut kata Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Umno kena ubah dasar dahulu. Dari sekular kepada Islam. Hentikan segala skandal, pembaziran, salah guna kuasa,penyelewengan serta penindasan kepada rakyat.
Syaratnya cukup mudah, Pas tidak pernah meminta jambatan emas dari Pejabat Pas Pusat ke PWTC. Pas juga tidak pernah meminta hati atau darah pemimpin Umno seperti riwaayat Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Maka jika syarat yang mudah ini dapat dipenuhi maka pintu rundingan sentiasa terbuka sesuai dengan dasar perjuangan Pas yang meletakkan Islam sebagai panduan dan rujukan tertinggi dalam pelembagaan parti.
Muhyiddin nak temu Tok Guru konon!
Di sini disertakan 3 benda misteri yang jika disebut kepada ahli UMNO bawahan yang sibuk menjaja isu perpaduan, akan membuatkan ahli UMNO tersebut tertunduk malu alah:
3 BENDA MISTERI BESAR:-
1. MENGAPA TAK JUMPA?
Muhyiddin ni saja nak buat gimik murahan saja, nak lagakan ahli Pakatan. Kalau benar Muhyiddin dan UMNO ikhlas, KENAPA TAK TERUS JUMPA SAJA?
Macam LEE KUAN YEW hari tuh. Takyah gimik-gimik, terus dia jumpa Tok Guru tanya macam mana PAS akan memerintah Malaysia apabila PAS menang PRU nanti. Direct terus jumpa.
Kalau Muhyiddin dan Najib arahkan driver mereka ke rumah Tok Guru, dan berhenti aniaya Kelantan dengan memulangkan royalti minyak, takkan Tok Guru tak bukak pintu kot? Kalau Muhyiddin dan Najib datang dengan bawak kertas kerja cara-cara nak memperkasa Melayu Kelantan, Terengganu malah seluruh rakyat Malaysia, dan minta Pakatan tolong beri kerjasama , tentulah Pakatan sudi.
Lim Guan Eng sendiri berulangkali menggesa agar UMNO memberi kerjasama kepada kerajaan negeri-negeri dan berhenti menganiayai Pakatan. Dan jangan ambil pendekatan konfrontasi. Tapi UMNO enggan malah takbur dan sombong.
Gimik aje semua ni. Anwar Ibrahim tu, saya pandang dari sudut mana pun takde langsung muka benggali atau muka Nepal. Memang muka Melayu. Malah member lama dengan ahli dan kepimpinan UMNO. Malah Melayu. TETAPI , UMNO belasah dan buli betul-betul Anwar. Tok Guru dan ustaz-ustaz pun dibuli teruk oleh UMNO. Jadi usah bergimik la Muhyiddin!
2. Kenapa PAS saja??
Kalau betul keutamaan UMNO ialah perpaduan, mengapa mesti hanya Melayu? Kata nak sangat 1Malaysia. Tiba-tiba sisihkan DAP, Cina dan India pulak? Psiko sungguh. Tukar la slogan tu jadfi 1Melayu. Bengapp betul la.
3. Pemikir tidak bijak!
Ahli panel pemikir tu kata Islam hanya boleh terlaksana sekiranya PAS dan UMNO bersatu. Inilah contoh kejahilannya. Kalau nak laksana Islam, UMNO tak perlukan PAS pun kerana UMNO MEMANG KERAJAAN PUSAT. Bentang sajalah kertas kerja dan perancangan melaksanakan shariah kepada umat Islam, secara berperingkat selepas pendidikan dan penerangan. Kalau UMNO nak buat, tak perlu PAS pun.
Masalahnya UMNO memang anti-shariah Islam. DAP yang rata-rata ahlinya kafir tu pun lebih reti Islam dari UMNO. Tapi, bila ada DAP baca Quran, ahli UMNO sampai buat laporan polis! Begitulah bencinya UMNO dekat orang yang baca Quran. Entah-entah, Teoh yang jatuh dari tingkat 14 tu pasal dia ada baca Al-fatihah kot..
Apa-apa pun, taubatlah UMNO. Pintu taubat masih terbuka. Hidup hanya sementara.
Tuesday, July 13, 2010
Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam
Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebelahan Masjidil Haram dan beliau boleh bersembahyang dari istananya serta melihat secara langsung ka’abah dan beliau mengarahkan satu paip air dari telaga zam-zam untuk disalurkan langsung terus ke tingkat atas istana beliau bagi kegunaan beliau dan tetamunya.
Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya.Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara.
Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar.
Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.
Kini apabila isu scopene dan Altantunya serta Bala belum ada penyelesaian. Kemungkinan kapal itu tidak mahu menyelam kerana mahukan seseorang. Apalah kiranya najib masuk ke dalam kapal itu dan mungkin akan terus menyelam. Atau buatkan kapal sepertinya khas buat beliau untuk diselamkan di selat Melaka. Mungkin roh Altahantunya tidak lagi menghantui politik Malaysia. Ayah beliau dan kerajaan Monggolia pun akan kembali tenteram. Apalah salahnya Najib mengikuti sebagaimana Nabi Yunus. Terjunlah ke kapal selam itu, nanti menyelamlah dia kot. Kalau takpun, sabarlah Altantunya! Pru dah dekat. Kita sama-sama karamkan Najib dengan kapal-kapal UMNO-BN nya sekali insyaAllah
Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah
|
Sebenarnya Melayu Tanjung Tokong Kena Main Dengan Umno
Tanah kampung Melayu milik individu
Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk meroboh perkampungan Melayu di negeri itu kerana banyak tanah perkampungan Melayu adalah milik individu dan bukan kerajaan negeri.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak boleh campur tangan, jika pemilik tanah persendirian mahu memajukan tanah mereka.
Bagaimanapun katanya, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kerajaan negeri pernah menghalang Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) meroboh perkampungan orang Melayu di Tanjung Tokong.
“Tetapi kerana UDA nak majukan dengan projek kondominium, orang Melayu terpaksa keluar kerana tidak mampu membeli unit-unit kondominium tersebut," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Lim menjelaskan, “kerajaan negeri boleh halang UDA kerana sebahagian tanah di situ milik kerajaan negeri. Tetapi saya nak tanya yang nak ambil tanah itu kerajaan negeri atau UDA kerana UDA adalah sebuah agensi milik kerajaan pusat,” soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri sedang membangunkan tapak tanah perkampungan Melayu di negeri itu dengan tujuan supaya orang Melayu keluar dari kampung mereka.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Umno dan Gerakan perlu membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri sengaja mahu memusnahkan perkampungan Melayu.
"Ini wayang sahaja, ini kenyataan politik untuk kepentingan politik sendiri,” sindir beliau.
Sasaran 60 kerusi Parlimen cerah
Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi. Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu. "Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen. Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu. "Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat. Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi. Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi. 13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja. "Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi. Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat. Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata. Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam. "Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat. "Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya." Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. "Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya. Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini. Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa. |
Monday, July 12, 2010
Skandal Rasuah Scorpene: Bala Dipanggil Polis Perancis
Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.
Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.
Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu. Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini.
Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis. Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan.
Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan. Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika.
Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009. Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.
Pada 28 April, peguam SUARAM Joseph Breham berkata, kes ini berada dalam peringkat inkues (inquest), malah yakin bahawa sistem kehakiman Perancis yang bebas mampu menahan tekanan luar.
Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar. Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS.
Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.
Kes ini disiasat kerana beberapa perkara. Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani. Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam. Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).
Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan. Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju.
Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.
Sunday, July 11, 2010
MCA DAN MIC AKAN `TALKIN'KAN UMNO
Apabila PERKASA dikatakan kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu walaupun menyokong calon dari MIC sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dan menolak Dato Zaid seorang Melayu Islam dari PKR, terlalu banyak memainkan isu perkauman maka MCA merasa sudah sampai masanya parti mewakili kaum Cina ini mengatur langkah agar PERKASA tidak keseorangan di gelanggang. Kenyataan pemimpin MCA agar parti tersebut wajar juga menubuhkan Pertubuhan ala PERKASA amat menarik minat kita.
Sudah tentu `PERKASA MCA' ini akan berdepan dengan PERKASA raja katak selepas ini. Tidak mengejutkan nanti akan muncul `PERKASA MIC' dan banyak lagi `PERKASA' di dalam parti komponen Bn bakal wujud. Inilah berita baik buat kita penyokong PR di mana membuktikan bahawa doa kita selama ini dimakbulkan agar mereka ini sentiasa berpecah belah. Itulah janji Allah, barangsiapa yang berjuang semata-mata atas dasar perkauman maka mereka tidak akan berjaya dan pasti berlaku pecah belah.
Kenyataan pemimpin MCA ini sudah pasti menambah beban buat Najib yang ketika ini sudah tidak terlarat lagi untuk berbohong kepada rakyat bahawa Bn sebuah parti yang stabil. Perkembangan ini menarik untuk kita lihat kesudahannya. Di dalam keadaan MCA menuduh DAP menyokong Islam yang dibawa oleh PAS, Umno pula tuduh PAS diperkudakan oleh DAP, PKR pula ejen Yahudi, Umno semakin menampakkan caca merba strategi mereka untuk menyaingi PR. Sudah habis modal untuk diperkatakan terhadap PR, sehinggakan terpaksa menyebut bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.
Apa pun yang Umno perkatakan terhadap PKR, PAS dan DAP, hakikat yang kita lihat sehingga kini Umno tidak berani berdepan dengan ketiga-tiga parti di dalam PR ini. Mereka hanya terdaya menggunakan media pencacai mereka sahaja. Di pentas perdebatan, Umno bukan parti yang boleh lagi kita jemput untuk menunjukkan kebenaran hujah dan fakta.
PR hanya perlu menambah baik lagi penerangan di kalangan kaum Melayu yang kini masih ramai terpedaya dengan propaganda Umno. Nasib Umno tidak lagi di tangan parti komponen di dalam Bn, tetapi di tangan kaum Melayu yang masih tidak sedar itu. Jangan terperanjat jika MCA dan MIC akan menggalikan liang lahad serta mentalkinkan Umno suatu hari nanti.