Friday, January 18, 2013

Azan 24 jam menyebar gelombang iman


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sehari tidak mendengar laungan azan terasa sungguh sunyi dihati. Pernah beberapa kali ketika kembara di negara orang terutama negara bukan Islam terasa rindu dengan azan apabila tidak mendengar beberapa hari. Laungan azan sangat unik dan tidak pernah berhenti walaupun seminit sambung menyambung 24 jam sehingga akhir zaman apabila tiada lagi laungan azan. Saksikan video azan 24 jam sungguh terasa kebesaran perancangan Allah SWT.

Tuesday, January 15, 2013

Umno paling kuat Melayu adalah pailng miskin..


Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Monday, January 14, 2013

Lafaz Allah: Umno tidak mampu tunai amanah

Abdul Hadi Awang,

Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS

Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. "Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Search This Blog