Saturday, March 28, 2009
Rakyat Perlu Menolak UMNO/BN
"Hakikatnya, tiada negara yang terselamat daripada krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa ini. Satu lagi hakikat ialah kedegilan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN menerimanya sejak awal lagi. Yang sering dicanangkan ialah asas ekonomi Malaysia yang kukuh mampu menyerap krisis itu. Di tengah-tengah kedegilan itu, rangsangan sebanyak RM 7 bilion dihamburkan.
Penjelasan tentang ke mana wang itu pergi dan kesannya kepada ekonomi negara tidak pernah diberikan secara terperinci dan meyakinkan. Kini, tiada pihak yang menaruh harapan besar terhadap rangsangan kedua sebanyak RM 60 bilion. Sehubungan itu, hakikat ketiga yang perlu diterima ialah kerajaan terlalu lambat bertindak; baru sekarang hendak menerima kenyataan; dan tidak mungkin mendapat sokongan padu semua pihak terhadapnya.
Tanpa sokongan padu semua pihak, tiada suatu pun projek yang akan berjaya. Punca kepada ketiadaan sokongan itu ialah sikap berat sebelah kerajaan UMNO/BN terhadap beberapa isu tempatan dan nasional. Pembangkang diseru bekerjasama menjayakan program penting itu. Seruan tersebut menyerlahkan ketidakikhlasan kerajaan apabila dirujuk kepada situasi yang sedang berlangsung di Perak.
Bagi pembangkang, Najib perlu menyelesaikan isu Perak terlebih dahulu sebelum memohon kerjasama mereka. Sehingga kini, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing itu. Ketergantungan itu akan hanya merugikan rakyat dalam suasana kegawatan ekonomi pada masa ini. Di sinilah rakyat dapat membaca sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN. Mereka melebihkan rampas kuasa daripada membela rakyat.
Namun demikian, rakyat yang bijak menilai tidak akan menjerumuskan diri mereka dalam perangkap UMNO/BN. Mereka tahu kerajaan hanya pandai beretorik. Kerajaan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab. Kerajaan tidak memperjuangkan bangsa, agama, dan jati diri. Hala tuju kerajaan, terutamanya BN telah terpesong.
Kesemua yang disebutkan itu bukan fitnah. Kesemuanya dikutip daripada perkataan yang keluar dari mulut Mukhriz, Khir Toyo, Khairy, Nazri Aziz, Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib dan general-general UMNO yang lain apabila ditemubual wartawan. Salahkah rakyat (majoritinya golongan muda) yang diajar menguasai kemahiran berfikir di sekolah menggunakan pengetahuan itu bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dalam kehidupan bernegara?
Mereka melihat pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah berhenti bergaduh. Presiden MCA tidak sehaluan dengan Timbalan Presidennya. Perselisihan itu berkembang menjadi pembentukan kem yang melemahkan kekuatan MCA. Bolehkah MCA yang lemah berbakti kepada orang Cina? Bolehkah GERAKAN yang lembek seperti harimau kertas memacu orang Cina ke puncak jaya? Orang Cina yang bijak berpolitik tahu bahawa banyak buruk daripada baik jika bernaung di bawah ketiak MCA atau GERAKAN.
Mereka melihat MIC mengabaikan tanggungjawab terhadap orang India. Kedaifan kaum yang tidak dibela itu mewujudkan masyarakat India yang miskin dan melarat serta tidak tentu haluan. Ramai belia India yang terlibat dengan kegiatan jenayah. Ini bukan fitnah. Menteri dari keturunan India sendiri yang mengatakannya melalui pelbagai media. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, mahukah lagi orang India di Malaysia menyokong MIC?
Orang Cina dan India tidak perlu membodohkan diri berbuat demikian. Mereka akan menolak UMNO/BN. Mereka tidak akan mengundi calon BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka akan memilih PAS dan PKR.
Mahathir dakwa rasuah cemari pemilihan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepatutnya hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2008 semalam mengubah fikiran kerana ia disertai ahli dan perwakilan yang mendukung amalan rasuah.
Sambil menekankan pemilihan Pemuda diselubungi politik wang, beliau berkata, persekitaran seumpama itu juga telah menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno.
"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," kata beliau dalam blognya hari ini.
Beliau turut mempersoalkan sebab proses pengiraan undi mengambil masa yang lama.
"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.
"Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.
"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa," katanya.
Bekas Presiden Umno ini menulis, ramai kenalannya fikir yang beliau tidak hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno kerana anaknya, Datuk Mukhriz telah kalah pertandingan Ketua Pemuda.
"Memanglah saya terasa sedih kerananya.
"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
Katanya, mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.
"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
Kata beliau, hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
Katanya, tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.
"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno.
"Pemuda telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara.
"Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," katanya.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: "jangan cetuskan keraguan" berhubung soal pemilihan.
"Tun Mahathir boleh mengatakan apa yang beliau mahu berkata...beliau biasa cakap macam itu.
"Pemilihan telah diadakan mengikut Perlembagaan Umno dan prosedur pemilihan.
"Jadi jangan timbulkan keraguan tentang proses pemilihan," katanya. Menjawab soalan mengenai kekalahan empat Menteri Besar dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT), Abdullah memberitahu bahawa para perwakilan Umno telah mengundi sedemikian.
Dalam pada itu Khairy ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Pemuda berkata, tidak wujud sebarang kepincangan dalam proses pengiraan undi sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
"Laporan yang saya terima daripada ejen-ejen dan juga calon-calon lain yang bertanding, tidak wujud sebarang kepincangan.
"Mungkin jawatankuasa pemilihan boleh berikan penjelasan lanjut," kata beliau merujuk kepada pandangan Mahathir.
Krisis Perak: Dari pening menjadi migrain
| |
Umno begitu pening dimainkan oleh speaker Perak, V. Sivakumar. Meskipun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengganggu tugas V. Sivakumar namun sehingga kini Umno masih belum berjaya. Satu persatu rancangan Umno digagalkan oleh V. Sivakumar. Kalau Umno masih belum hilang pening dimainkan oleh Sivakumar kini pening Umno bertukar kepada migrain. Kenapa? Kerana hasrat Umno untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bagi pihaknya bukan sahaja ditolak oleh Mahkamah, tetapi kelima-lima Hakim sebulat suara menyatakan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar lwn Zambry terus ke Mahkamah Persekutuan adalah melanggar undang-undang. Untuk manfaat para pembaca saya akan cuba menerangkan serba ringkas apa yang berlaku di atas kes Mahkamah antara Nizar dan Zambry. Seperti mana kita tahu Nizar telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. usul tidak percaya Perintah tersebut dipohon kerana berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah. Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir. Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak. Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan 'short cut' untuk menyelesaikan kes ini dengan segera. Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut. Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman. Peguam Negara tidak betul Peguam Nizar berhujah bahawa hujah Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri. Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim tidak ikut hujah yang kuat dan jelas sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah. Peguam Nizar yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujah kuat dan jelas peguam Nizar tetapi lebih selesa mengikut hujah Peguam Negara yang lemah dan kabur tersebut. Maka pada hari Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar. Sementara itu rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Pada hari Isnin itu para peguam Nizar telah pergi ke Mahkamah Persekutuan dengan perasaan berdebar-debar. Jika Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah kami, maka kami melihat perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu. Kami juga dapat rasakan betapa pasukan peguam Umno dan Peguam Negara sendiri bersungguh mahu kes Nizar lwn Zambry diputuskan hari itu. Sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepada mereka maka Nizar tidak boleh lagi merayu ke Mahkamah yang lain kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini. Zambry sendiri buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu. Peguam Nizar yang diketuai oleh Haji Sulaiman dengan tenang dan bergaya berhujah. Hujahnya amat jelas dan terang. Peguam Negara dan peguam Umno kelihatan sukar dan berbelit-belit ingin menjawab hujah peguam Nizar. Setelah mendengar hujah, mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut: "Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi." Peguam Umno nampak terkejut. Zambry dah keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik. Itulah sebabnya saya kata Umno kini telah bertukar dari pening kepada migrain. Untuk Umno saya ingin nyatakan ada ubatnya. Bubarkan saja Dun. Insya Allah baik pening dan migrain kamu! |
Friday, March 27, 2009
Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun
| |
Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat). Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun. Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat. "Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac," katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi. Sementara itu tambah beliau isteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor), Puan Sri Asbi Rohani Asnan akan dipanggil menjadi saksi pada Isnin, 30 Mac nanti. Beliau memaklumkan, Selcat telah menerima surat pemberitahuan daripada Asbi pada pagi tadi yang memohon penangguhan menjadi saksi kerana mempunyai tugas-tugas rasmi. Beberapa saksi lain akan dipanggil semula termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hasan dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPPN) pada Isnin dan Rabu. |
Tengku Razaleigh: Skandal Najib memalukan!
"Terkini, Tengku Razaleigh turut menempelak bakal PM Malaysia berhubung penglibatannya dalam skandal pembunuhan Altantuya. Apa komen tokoh veteran politik ini berhubung pembabitan Najib dalam skandal pembunuhan kejam model Monggolia ini dan tindakan main sumpah dengan Quran untuk lepaskan diri?
"The Nut Graph Thursday, 26 March 2009 07:54am
by Tengku Razaleigh Hamzah
YESTERDAY, I gave an interview to Sarah Stewart, the Bureau Chief of AFP in Malaysia. Among the things she asked me was the unavoidable question about the international scandal linking Datuk Seri Najib Razak with the murder of Altantuya Shaariibuu and with the purchase of the Scorpene submarines...
...The scandal is bringing shame to the nation and damaging our international credibility. For the honour of the nation, for the honour of the office of prime minister, for the honour of the sovereign institutions expected to endorse, confirm and lend authority to him should he become prime minister, Najib should finally face these suspicions and implied charges, submit himself to legal scrutiny, and come clean on them...
1. Jangan main-mainkan Quran:
"Swearing on the Quran is not the way out. Scoundrels have been known to do that. The truth, established through the rigorous and public scrutiny of the law, is the only remedy if an untrue story has gained currency not just internationally but at home among a large section of the people."
Hanya penyangak saja yang suka main sumpah dengan Quran macam NAjib.
2. Najib patut menyerah dan biarkan diri disiasat
"submit himself to legal scrutiny, and come clean on them."
KAlau boleh main sumpah dengan Quran saja senang la. Rogol perempuan ramai-ramai lepas tu sumpah. Bunuh orang, bom sana sini, lepas tu sumpah. Banyak la penjenenayah kalau macam tuh.
Kalau betul Najib bersih, Najib tidak patut halang siasatan. Biarlah dirinya didakwa dan dibersihkan oleh mahkamah. Jangan memalukan negara dengan menghalang siasatan.
Ramai penganalisis politik berasa ada hikmahnya sekiranya Najib menjadi PM. Dengan adanay PM yang paling zalim, hipokrit dan zalim dalam sejarah Malaysia, akan jelaslah yang mana hak dan yang mana batil.
NAjib ini PM yang tak laku. Pemilihan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO jelas bercanggah dengan permintaan Najib yang kononnya mahu ahli UMNO memilih calon yang bersih.
Belum jadi PM lagi, dah pandai serang Perak, sekat akhbar-akhbar pembangkang dan heret rakyat jelata ke mahkamah. Jangan lupa, bila asyik menabur minyak ke dalam api, mungkin diri sendiri akhirnya terbakar sama...
Ketika UMNO mengatur langkah dan perancangan keji, mereka lupa bahawa pihak lawan juga mengatur langkah dan kejutan.."
MT: Yang tepat dan terkejut
Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung Khamis memperlihatkan beberapa kejutan apabila dua Menteri dan empat Menteri Besar serta tiga Timbalan Menteri kecundang.
Mereka ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu.
Manakala Timbalan Menteri yang mencuba nasib tetapi gagal ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom, bekas Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad serta Timbalan Menteri di JPM, Datuk Hassan Malek.
Sebaliknya 11 calon yang tidak mempunyai jawatan dalam pentadbiran kerajaan terpilih menduduki kerusi pembuat dasar UMNO itu.
Mereka ialah Ketua UMNO bahagian Ipoh Timur Datuk Azian Osman, bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman, Ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi , Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Rahman, bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Norraesah Mohamad, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mahadzir Khalid, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas Pengerusi Biro Putera UMNO Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.
Berdasarkan pengumuman dibuat hanya seorang sahaja daripada enam calon wanita yang bertanding melepasi halangan iaitu Datuk Norraesah Mohamad yang sebelum ini merupakan Ahli MT dilantik.
Pengumuman rasmi keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Onn Ismail yang dibuat kira-kira jam 10.45 malam. Bagaimanapun beliau sendiri tewas kepada pencabarnya yang juga Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.
Pada pengumuman itu, seperti dijangka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diisytihar sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru apabila menewaskan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dengan majoriti 659 undi .
Muhyiddin memperolehi 1,575 undi manakala Muhammad pula 916 undi.
Bagi jawatan Naib Presiden, nama-nama yang disebut-sebut selama ini sebagai calon popular mengesahkan kedudukan mereka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahuluipencabar lain.
Zahid memperolehi 1,592 undi diikuti oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (1,515) dan Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memperolehi 1,445 undi.
Selain kemenangan itu beberapa nama besar yang tewas pada pemilihan kali ini ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Lain-lain yang tewas ialah Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah, Datuk Sazmi Miah, Datuk Azimi Daim, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Ishak Ismail, Datuk Azhar Ibrahim, Datuk Dr Abdullah Md Zin, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Halimah Sadique, Datuk Astaman Abd Aziz, Datuk Dr Hilmi Yahya dan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman
Thursday, March 26, 2009
Abdullah mendapat signal jelas sokongan ahli Umno
MAC 26 — Tunggang terbalik. Itulah yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan Pemuda Umno. Khairy Jamaludin yang dianggap bakal kalah selepas mendapat surat amaran dari Lembaga Disiplin Umno kerana melakukan rasuah politik telah menang. Khairy memperolehi 304 undi dari 793 perwakilan Pemuda Umno.
Minggu lalu, seorang wartawan dari Merdeka Review bertanya kepada saya, siapa yang akan menang dalam pertandingan Pemuda Umno ini, saya tanpa berfikir panjang berkata,"Jika saya perwakilian Pemuda Umno, saya akan memberikan undi saya kepada Khairy."
Dan inilah yang berlaku, 304 perwakilan Pemuda Umno telah memberikan undi mereka kepada Khairy. Ia akan menjadi 305 undi untuk Khairy jika saya juga adalah anggota perwakilan mereka.
Pelbagai pandangan yang kita dengar dan baca sebaik sahaja Khairy diumumkan sebagai pemenang. Yang paling saya boleh terima adalah ahli Umno sebenarnya masih sayangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bapa mertua Khairy itu. Abdullah hanyalah mangsa kepada konspirasi politik dalam dan luar Umno.
Kenapa saya katakan begini? Kerana, Khairy adalah lambang dan neraca sokongan atau penentangan ahli Umno terhadap Abdullah. Kemenangan Datuk Seri Shahrizat dengan majoriti yang begitu besar di Wanita Umno juga menunjukkan trend ini.
Beberapa hari sebelum perhimpunan, rakan-rakan saya dari media alternatif juga terpengaruh bahawa Tan Sri Rafidah Aziz akan menang dalam perebutan jawatan Ketua Wanita Umno.
Sebelum ini saya telah menulis, kebimbangan untuk Shahrizat menang adalah kalau-kalau dia dikaitkan dengan team Abdullah. Ini kerana, ketika musim pencalonan dahulu, semua yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pencalonan paling banyak, termasuk anaknya Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan ketua pemuda.
Namun, sejak kebelakangan ini, terbukti sokongan kepada Abdullah meningkat. Mungkin sokongan ini bercampur dengan simpati kepada beliau.
Kenapa simpati? Saya rasa inilah yang tidak difahami oleh Dr Mahathir dalam membaca pemikiran rakyat biasa khasnya orang Melayu.
Ingat tak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim? Ketika Anwar di dalam Umno, Pas dan para pemimpinnyalah yang paling banyak menghentam Anwar. Cuba sebut apa yang tidak dikatakan mereka kepada Anwar.
Bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor pernah berkata, "menteri yang jaga kerbau lembu” kepada Anwar. Tetapi apabila Anwar dianiaya, beliaulah antara pemimpin pertama yang datang bertemu Anwar.
Keputusan pilihan raya 1999 adalah manifetasi dari rakyat yang simpatikan Anwar dan marahkan Dr Mahathir.
Menjelang pemilihan Pemuda dan Wanita Umno, pelbagai jenis tekanan diberikan kepada mereka yang dikira penyokong Abdullah. Norza, Azalina, Ali Rustam bahkan Khairy sendiri semuanya dianggap sebagai penyokong atau mereka yang dekat dengan Abdullah.
Persepsi di kalangan orang ramai adalah Lembaga Disiplin diperalatkan untuk mengenepikan orang-orang Abdullah. Dalam masa yang sama, hampir setiap hari Mahathir akan menghentam Abdullah kiri dan kanan.
Namun, Pemuda Umno membuat keputusan, Khairy pilihan mereka, kedua adalah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan terbukti tidak rasuah itu dan yang mendapat undi tercorot adalah Mukhriz, yang tidak pun didakwa dan disiasat atas apa-apa kesalahan rasuah itu.
Kini perwakilan Pemuda Umno bolehlah memberitahu Dr Mahathir, kamu diam. Sebagaimana saya, kamu juga bukannya ahli Umno. Ha ha ha.
Sekarang, Abdullah mempunyai sedikit sahaja waktu. Dalam ucapan dasarnya, Abdullah tidak sebut pun soal bila dia akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Yang berlaku hanya perhimpunan agung Umno mengesahkan Najib adalah Presiden Umno yang baru menggantikan Abdullah.
Terbukti, melalui keputusan Pemuda dan Wanita, Abdullah mendapat sokongan dari perwakilan Umno. Namun yang mengawal Umno sekarang adalah orang luar Umno. Persoalannya, apakah Abdullah akan terus berlalu begitu sahaja atau dia akan berbuat sesuatu di saat-saat akhir ini selepas mendapat signal yang jelas dari para perwakilan.
Blog Tok Guru Dibuka Hari Ini
"
Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan Jam 3:00 petang (sekarang ini)
JOM KE BLOG TOK GURU!
PS: Dijangka dapat menyaingi blog che det nih!
memang umno pelupa
bila kerajaan negeri perak dibawah DS Nizar membeli kereta camry mengantikan proton perdana yang memerlukan kos senggaraan yang tinggi riuh rendah umno membantah tindakan tersebut. ada yang kata tak patriotik kerana tidak membeli jenama malaysia. tapi bila polis guna kereta mitsubishi, semua senyap macam ayam berak kapor. terutama pemuda umno...
masa perhimpunan agung semua ucapan perwakilan termasuk bekas ketua yang selalu cium keris berucap berapi-rapi. nak membela bangsa...nak mempertahankan negara dari pertualang bangsa...nak mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu....dan macam-macam lagi yang nak ditegakkan. habis perhimpunan, balik kawasan masing-masing tak buat apa-apa. cuma tunggu projek yang dijanjikan masa kempen pemilihan. lepas tu masa pilihanraya barulah nampak muka lagi sekali.
memang benar kata mantan pm bahawa umno mudah lupa. sebab itu bila polis guna kereta mitsubishi mereka lupa nak tentang seperti mana masa kerajaan perak beli kereta camry. samajuga tentang rasuah masa pemilihan umno. dalam perbahasan semua pemimpin tertinggi dan perwakilan bercakap tentang rasuah politik dalam umno yang semakin parah. dari dulu, kini dan selamanya....dari zaman 22 tahun mahathir hingga pak lah pun dah pencen masih cakap pasal rasuah dalam umno. bukannya apa... masa terima duit...lupa yang rasuah itu salah. lepas itu baru sedar...tapi nak buat macam mana terlupa.
umno juga terlupa bahawa senarai pengundi baru bertambah dengan banyaknya dari satu PRK ke satu PRK dan dari satu PRU ke satu PRU. saluran 3 dan 4 pasti memenangkan pakatan rakyat dimana-mana pilihanraya pun. sebab orang muda mendapat maklumat yang lebih alternatif dan mempunyai fikiran yang lebih terbuka. dan tidak mudah lupa seperti orang umno. seperti kawasan penulis, kampung cheh berhampiran pekan bukit gantang. pada tahun 80an dulu umno memang kuat disitu. tapi bila golongan berkarat umno mula mereput dan lahir generasi muda maka sedikit demi sedikit kekuatan umno turut mereput bersama golongan yang berkarat tersebut. majoriti dalam setiap PRU makin lama makin berkurang sehinggalah PAS menang dalam PRU yang lalu. dan ramalan penulis bahawa kali ini PAS akan menang lebih besar dengan syarat jentera pakatan rakyat kena bekerja kuat dan memantau tipu muslihat pihak be end. insyaallah dengan kerja kuat dan pertolongan dari allah kita akan menang.
takbir....allahuakbar.
PNSB taja Zaharah lawat anak di Australia
| |
Ketua Pegawai Eksektuif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hasan mengaku menerima arahan daripada Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik untuk mengiringi beliau melawat anaknya di Melbourne, Australia. "Saya diarah untuk mengiringi Zaharah melawat anaknya yang belajar di Melbourne," katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) dalam siri siasatan Balkis hari ketiga, di dewan Annex, Shah Alam. Beliau memaklumkan tarikh pergi ke Melbourne pada 6 Februari 2007 dengan kos RM14,900 dan bukan lawatan rasmi tetapi menurut `arahan' dengan menggunakan kos perbelanjaan rasmi. Siasatan Selcat terhadap Khairiyah yang masuk hari kedua banyak menggunakan alasan `Tidak boleh jawab dan ikut arahan' menyebabkan beliau diarahkan oleh Pengerusi, Teng Chang Khim supaya hadir pada pagi Khamis untuk meneruskan siasatan. Teng dengan tegas mengingatkan beliau supaya memberi jawapan yang jujur kerana dibimbangi jika beliau meninggalkan PNSB tiada syarikat korporat yang mahu mengambilnya. Ini kerana kata Teng, Khairiyah tidak berani untuk memberi jawapan daripada sudut pandangannya. Dalam siasatan itu Khairiyah turut mengakui membeli jam tangan bernilai RM159,000 kepada Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Pengerusi PNSB. Menurut Khairiyah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Pengurusan PNSB untuk menghargai jasa-jasa Khir Toyo dan jam itu diserahkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. "Apakah ini satu amalan PNSB memberi hadiah yang mahal kepada mantan Lembaga Pengarah sebelum Khir Toyo iaitu Dato' Abu Hasan Omar dan Tan Seri Mohamad Taib," soal Teng. Khairiyah menjawab; "Pengetahuan saya tidak ada." Bagaimanapun, menurut Azmin jam tersebut telah dijual dengan harga dua kali ganda tanpa ada rekod di PNSB. _ |
Ucapan Najib yang gementar, hambar dan dipandang sepi
Dewan Merdeka di PWTC telah bergema dengan ucapan oleh Bakal Presiden Umno dan bakal PM yang `kontroversi' dan paling glamour ketika ini, Najib Tun Razak ketika merasmikan Persidangan 3 sayap Umno yang suatu ketika pernah disyorkan untuk di`patah'kan. Apa yang boleh dilihat secara jelas ketika ucapan Najib sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno itu adalah riak muka yang kurang keyakinan, penuh kegusaran, ketakutan dan dengan suara yang cuba bersemangat tetapi `gementar'.
Pelik dan menghairankan, perwakilan dan pemerhati di dewan tersebut seolah-olah merasakan juga apa yang saya perkatakan kerana sepanjang ucapan melebihi satu jam itu kurangnya tepukan atau sorakan semangat dari perwakilan seperti kebiasaannya. Mungkin, mereka semua keliru atau sedang memikirkan benar atau tepatkah pilihan Umno untuk menabalkan Najib sebagai Presiden Umno atau PM.
Imej Najib sebenarnya bukan sahaja rosak di mata rakyat di negara ini bahkan semakin banyak negara luar mula memperkatakan tentang bakal PM kita ini. Dunia luar tidak memperkatakan tentang wawasan atau hala tuju yang akan dibawa oleh Najib, tetapi kebanyakannya lebih memperkatakan tentang isu moral beliau. Malangnya kita, belum pun beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, awal-awal lagi nama beliau dipandang serong oleh dunia luar. Bagaimana mungkin satu hari nanti jika beliau menjadi PM, beliau ingin dipilih sebagai Presiden OIC iaitu gabungan bagi negara-negara Islam ini? Alangkah malunya kita sebagai rakyat Malaysia jika benar berlaku apa yang digambarkan ini.
Saya menjangkakan Najib sewaktu memberi ucapan di Dewan Merdeka tersebut sudah pasti akan menjawab segala isu dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya termasuk di dalam isu Altantuya, rampasan kuasa di Perak dan `penculikan' Adun-Adun di Perak. Malangnya, Najib tiada kekuatan dan hujah untuk berbuat demikian. Sejak awal lagi Najib telah mempamerkan sikap penakut beliau sebelum belau ditabalkan oleh Umno sebagai Presiden dan bakal PM. Apa yang berlaku, Najib penuh retorik menyampaikan ucapan dan menyeru agar Umno dan kerajaan mesti telus, adil dan penyayang. Kata-kata beliau itu dipandang sinis oleh perwakilan dan pemerhati kerana tidak sampai 24 jam sebelum ucapan tersebut, rakyat di Bukit Selambau yang hadir dalam ceramah DS Anwar telah dianiayai dengan gas pemedih mata dan `water canon'. Begitu jua yang terjadi sewaktu ceramah PAS di Bukit Gantang ketika Presiden PAS mengumumkan nama calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini di mana program itu terganggu dengan tindakan pihak keselamatan. Di dalam masa yang sama, sejajar dengan kehendak `ketelusan dan perubahan serta Islah' yang ingin dibawa oleh Najib, permit akhbar Suara KeAdilan dan Harakah pula digantung 3 bulan menjelang tiga pilihanraya kecil nanti.
Siapa yang mula memperkenalkan `Reform dan Islah' itu dalam politik di negara ini ? Kalimah `Reformasi' atau Islah amat popular di era reformasi yang dicetuskan oleh DS Anwar ketika berhadapan dengan kuasa diktator Tun Mahathir. Kalimah keramat itu terus didendangkan oleh pembangkang dan ianya benar-benar menjadi suntikan kepada rakyat untuk bangun dari lena di dalam kelambu Umno dan BN. Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008, menyaksikan suntikan itu benar-benar berkesan di mana Umno/BN kehilangan hampir separuh dari negeri-negeri di Semenanjung dan hilang kuasa 2/3 majoriti di Parlimen. Belajar dari ini semua, maka Najib mengguna pakai perkataan Reform dan Islah tersebut kononnya untuk menyuntik kembali semangat ahli-ahli Umno atau orang-orang Melayu yang semakin `Me-layu' itu.
Ucapan penuh gementar dan seperti dalam ketakutan, Najib cuba berlagak seolah-olah beliau telah pun secara rasminya menjadi Presiden Umno atau PM. Berbagai-bagai kehendak beliau diperkatakan, dan tanpa bertangguh-tangguh lagi Najib mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Lah atas khidmat baktinya sebagai PM. Apakah ketika itu Pak Lah telah menyerahkan jawatan PM kepadanya? Begitulah rakusnya Najib sehinggakan mendatangkan perasaan kecil hati dan tersinggung di kalangan penyokong-penyokong Pak Lah. Mangsa pertama Najib di dalam ucapan beliau semalam, sudah tentunya ialah calon Ketua Pemuda Umno iaitu Khairy menantu Pak Lah. Najib dengan lantang meminta Umno menolak pemimpin yang rasuah. Melucukan, mungkin beliau lupa Ali Rustam masih lagi menjadi Ketua Menteri Melaka kini. Perwakilan yang hadir tahu siapakah di antara ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno itu yang telah disabitkan oleh Lembaga Disiplin Umno sebagai bersalah di dalam rasuah politik wang tetapi diberi peluang untuk bertanding. Tidakkah Khairy terasa apakah ucapan Najib itu sebagai `hadiah' bermakna buat beliau ? Apakan daya, kuasa atau `power' Khairy kini sudah lemah. Beliau kini menjadi sasaran sehinggakan terpaksa membuat laporan Polis ke atas penerbitan sebuah buku oleh seorang `pelacur upahan' yang terkenal itu. Soalnya apakah ada tindakan selepas itu ? Adakah masih ada yang bersimpati dengan menantu Pak Lah ini disaat beliau kehilangan `power' sebegini? Tetapi, tidak mustahil Khairy mungkin dipilih oleh perwakilan Pemuda Umno bagi menggambarkan betapa pengaruh Pak Lah masih ada di dalam Umno.
Apa yang telah terjadi di dalam Umno sekarang benar-benar menjadi bukti betapa doa dari kita sebagai pejuang-pejuang Islam dan keadilan termakbul. Umno kini semakin parah dan pecah belah yang berlaku sesama mereka adalah sebahagian dari doa-doa kita. Percayalah, selepas perhimpunan Umno ini nanti, perpecahan di antara mereka akan bertambah parah kerana sudah pasti di dalam `peperangan' sesama mereka itu akan mengorbankan banyak jiwa. Pakatan Rakyat sudah semestinya bersiap sedia merawat mereka yang terluka ini untuk dibersih dan disucikan agar kembali menjadi pejuang rakyat yang tulen. PR perlu buktikan di dalam tiga Pilihanraya Kecil ini nanti bahawa PR bersedia untuk menjadi pengganti kepada Umno memimpin negara ini. Kemenangan `hatrick' perlu dicapai bagi menutup mulut Najib dan Hishamuddin yang sering merepek ketika ini.
Wednesday, March 25, 2009
isyarat untuk rakyat yang anti rasuah-tolak umno
seperti kata pensyarah di UM anis yuszal dalam rancangan astro awani apakah isyarat yang ingin dihantar kepada rakyat jika khairy menang sedangkan dia telah didapati bersalah melakukan rasuah oleh lembaga disiplin umno. dan beliau juga mengutarakan soalan yang tidak berani dijawab oleh pengantara rancangan tersebut mengapa sprm tidak bertindak mendakwa khairy walaupun dia telah sah melakukan rasuah? dan beliau turut bertanyakan integriti umno bila masih mengekalkan ketua menteri yang juga didapati bersalah melakukan rasuah.
kita mengharapkan supaya rakyat akan bangkit untuk menjawab persoalan ini melalui 3 prk yang akan diadakan tak lama lagi.
Aneh bila Najib bercakap soal survival Umno dan kembali kepada agama - Teras
| |
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat kenyataan bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semalam bahawa parti itu mempertaruhkan survivalnya kini adalah sebaliknya. "Bagi Teras pada hakikatnya pernyataan survival Umno sedang dipertaruhkan sebenarnya adalah survival pemimpin-pemimpin Umno itu sendiri . Bukan survival parti , atau ahli , jauh sekali survival bangsa," kata Pengerusi Teras, Mohad Azmi Abdul Hamid. Teras berpendapat dengan ketiadaan arahtuju keIslaman yang jelas dalam Umno sejak ia telah dijangkiti penyakit politik wang, skandal dan mengambil kesempatan untuk melonggok kekayaan ia pasti akan mencipta dan melakar sejarah sebagai parti yang gagal untuk menyelamatkan bangsa Melayu. Lipatan sejarah Umno sudah sarat dengan episod perebutan kuasa dan jawatan, cantas-mencantas dan fitnah-menfitnah, kata Azmi. "Tanpa landasan Islam yang jelas Teras tidak nampak Umno dapat dipulih kerana sejak ia dijadi parti untuk melabur dan meraih dividen dan laba , pasti sejarahnya akan terus kekal sebagai wadah yang telah merosakkan anak bangsa," ujarnya. Bila Najib berkata "Hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu." bukanlah suatu kenyataan yang benar, kata Azmi. "Malah Umno yang telah memporakperandakan bangsa Melayu dengan pelbagai isu seperti SAR , PPSMI , Tanah Rizab Melayu, meritokrasi , pencemaran budaya adalah antara dosa besar Umno yang menjadi sebab kenapa orang Melayu tidak lagi boleh memberi kepercayaan kepada parti itu," ujarnya. Ucapan Najib aneh bila menyebut 'kembali kepada agama' Aneh setelah sekian banyak pengkhianatan terhadap bangsa Melayu yang telah dilakukan pemimpin Umno baru kini dinasihatkan agar kembali merujuk kepada agama, katanya. Pernyataan Najib bahawa "Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama,". adalah sangat janggal, kata Azmi. Ini kerana landasan agama bukan prioriti bagi pemimpin-pemimpin Umno, sebaliknya yang menjadi keutamaan mereka ialah jawatan, kesenangan dan menyekat sebarang pihak yang mahu mengambil tempat mereka yang selesa itu, katanya. Teras mempersoalkan jika benar yang sedang dipertaruhkan ialah survival Umno itu sendiri kenapa pemimpin-pemimpin Umno terus bersikap angkuh terhadap kemarahan rakyat dan bangsa Melayu bila mereka bangkit menentang PPSMI. "Jika benar survival Umno yang menjadi isu besar kenapa peneraju Umno masih terus tidak mengendahkan teguran ulama yang mengingatkan mereka bahawa hanya dengan melaksanakan Islam secara menyeluruh sahaja akan menyelamatkan bangsa," katanya. Taktik kotor Teras juga melihat janggal apabila Najib meminta perwakilan pemuda, wanita dan puteri menerima realiti kekalahan dalam PRU ke 12, Namun dalam masa yang sama Umno/BN melalui inisiatif beliau terus melaksanakan taktir kotor merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat jelek, katanya. Di samping itu Umno menggunakan pendekatan menafikan hak rakyat lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk tidak membenarkan pegawai kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri tersebut, katanya. "Hakikatnya Umno masih tidak tahu bagaimana hendak berperangai sebagai pembangkang walaupun kalah," katanya. _ |
Duit Siapa Ali dan Khairy Ambil?
"Ali dan Khairy telah didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Ali tidak boleh bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Khairy dibenarkan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Jika dia menang, satu rekod baru UMNO akan tercipta, iaitu Pemuda UMNO dipimpin oleh seorang perasuah buat kali pertama dalam sejarah. Harus diingat bahawa dua rekod baru telah tercipta sebelum itu.
Pertama, UMNO Bahagian Paya Besar, Pahang berjaya menjadi bahagian UMNO yang paling korup di Malaysia. Kedua, Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama mengamalkan rasuah di negara ini. Rekod-rekod baru itu akan kekal dalam lipatan sejarah, diingati oleh seluruh rakyat Malaysia, dan anak cucu kita kemudian hari.
Sebelum insiden ini, Isa Samad yang didapati melakukan kesalahan yang sama telah digantung keahlian selama tiga tahun dan mengosongkan kerusi menteri yang didudukinya. Kewujudan tiga bentuk hukuman untuk kesalahan yang sama itu menunjukkan bahawa UMNO tidak konsisten dan menghukum secara berpilih-pilih seolah-olah parti itu mengamalkan sistem kasta.
Keanehan-keanehan yang berlaku dalam hukuman yang berkaitan dengan rasuah dalam UMNO itu bukan sahaja pelik malahan juga tidak masuk akal. Ini menunjukkan bahawa UMNO diserang penyakit sasau kerana dirasuk setan.
Sungguhpun kita melihat orang UMNO masih segar-bugar, mampu tersenyum, dan boleh berkata-kata, namun jauh dari sudut hati, mereka menderita kerana dirundung krisis identiti. Imej mereka dicalari pelbagai laku perbuatan yang jelek dan meloyakan. Merekalah perasuah tegar di Malaysia. Merekalah pengkhianat bangsa Melayu. Merekalah pemerkosa kedaulatan undang-undang. Merekalah yang melacurkan keluhuran perlembagaan. Merekalah yang menjuarai penderhakaan terhadap raja. Merekalah yang bertanggungjawab menggagalkan matlamat DEB.
Berasaskan kepada kecemerlangan UMNO dalam rasuah, tidak salah jika rakyat mempersoalkan serba-serbi mengenainya. Rasuah politik dalam UMNO melibatkan jumlah wang yang banyak. Bagi membolehkan semua perwakilan merasa habuan itu, ramai ejen diperlukan. Sehubungan itu, seseorang calon memerlukan wang yang bukan sedikit untuk mengupah ejen dan merasuah perwakilan. Ini kerana sokongan akn hanya diberi kepada calon yang paling tinggi nilai suapannya.
Oleh sebab itu, cubalah anda bayangkan berapa banyak wang yang diperlukan seseorang calon untuk merasuah semua perwakilan. Mampukah seseorang calon menggunakan wang mereka sendiri untuk tujuan itu?
Jumlah yang perlu dirasuah ialah hampir 3,000 orang. Sudah semestinya situasi ini di luar kemampuan seseorang calon, tetapi mereka hendakkan jawatan. Jawatan membuka peluang yang luas untuk memperoleh kekayaan. Di sinilah tempat bermulanya salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, dan politik taukeh.
Pihak-pihak yang berkepentingan pun berlumba-lumbalah masuk gelanggang. Satu cara yang paling mudah ialah mendapatkan bantuan taukeh-taukeh besar. Golongan ini menjadi sangat-sangat bermurah hati, apatah lagi bila dijanjikan pulangan dalam bentuk projek besar.
Situasi tersebut mendedahkan pelaku-pelakunya kepada pelbagai aktiviti yang jelek. Maka berkembang biaklah pengkhianatan, penipuan, dan penggelapan wang. Pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat berubah wajah menjadi perompak terhormat.
Mereka tidak perlu rasa takut terhadap perbuatan itu kerana sekalipun didapati bersalah, tetap disanjung sebagai pejuang, asalkan dapat membuktikan kesanggupan menghambakan diri kepada parti. Lagi pun mahkamah UMNO merupakan maskamah paling adil di dunia. SPRM pun tak terliur untuk siasat. Semua ahli UMNO memang kebal-kebal belaka!!!
Sebab itulah Ali masih kekal memegang tampuk pemerintahan di Melaka. Khairy masih boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada masa yang sama, majoriti kes rasuah politik masih belum diselesaikan. Begitulah cekap dan tangkasnya mahkamah UMNO. Mahkamah tahap dunia tu. Namun, kesemuanya mendedahkan betapa korupnya UMNO.
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!! "
Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang
| |
Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. "Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini. PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz. Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan. Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini. Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya. "Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya. Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49. Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan. Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan. PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut. Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi. Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus. Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat |
lagu baru umno
Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu;
Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua;
Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak;
bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia.
UMNO di Penghujung Jalan
"Tidak kiralah sama ada UMNO di persimpangan jalan mahupun di penghujung jalan, semuanya menjadi petanda buruk bagi parti sekular yang tak sedar diri itu. Namun demikian, majoriti pemimpinnnya masih menunjukkan sifat-sifat riak dan takbur. Terdapat juga yang enggan mengaku salah tetapi menerima dengan hati yang terbuka keputusan Lembaga Disiplin UMNO.
Betapa parahnya kemunafikan dalam diri pemimpin ini. Mungkin ramai lagi yang tergolong dalam kumpulan yang sama dengan dia. Sungguh malang nasib UMNO berpemimpinkan orang sebegini. Malang lagi nasib orang Melayu yang membuta tuli akur kepada pemimpin seperti itu.
Mahyudin mungkin ada agenda apabila mengeluarkan kenyataan itu. Sesiapa juga yang menjadi calon dalam sesuatu pemilihan akan melakukan projeksi diri kepada pengundi. Dia mahu dilihat sebagai hero yang mampu memulihkan parti yang sudah hampir tenggelam itu.
Dia bimbang rakan seperjuangan yang ditangkap membawa berkarung wang ke Australia tetapi dibebaskan kerana tidak tahu berbahasa Inggeris itu menduduki kerusi nombor dua UMNO. Akan terkebil-kebillah orang di luar UMNO jika mereka memilih TPM yang bukan sahaja tak tahu bahasa Inggeris malahan juga pegang duit mencurigakan juta-juta ringgit dan pernah melarikan puteri Sultan Selangor.
Baru-baru ini Muhammad membuka mulut tentang kebolehannya berbahasa Inggeris. Katanya dia belajar dalam bahasa Inggeris hingga ke Universiti Malaya. Jadi, dia telah menipu mahkamah Australia ketika dibicarakan. Bolehkah dia dituduh dan dibawa semula ke mahkamah Australia kerana menipu? Anda percayakah kepada manusia penipu seperti ini?
Oleh sebab itu, kedua-dua pemimpin itu sama sahaja buruknya. Buatlah macam mana pun, UMNO tetap akan dipimpin oleh orang yang tidak bersih. Logiknya mereka hanya mampu mengotorkan UMNO. Rakyat gelisah melihat kejadian penuh tragis ini. Makin ramailah orang yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang Melayu. Tak boleh tidurlah orang-orang seperti Rahim Tamby Chik dan Zahid Hamidi apabila hal ini berlaku.
Namun, orang Melayu tidaklah sebodoh ahli UMNO yang berada di penghujung jalan itu. Usahlah diperlekeh kebolehan mereka berdikari. Janganlah diperkecil keputusan mereka memilih wadah perjuangan alternatif yang lebih berwibawa.
Mereka tidak mahu bernaung di bawah ketiak parti yang khianat. Mereka tidak tahan lagi diperbodohkan dengan gula, kain pelekat, beras, dan projek mee segera. Mereka sudah muak dengan penderhakaan terhadap raja yang memayungi rakyat. Penderhakaan UMNOlah yang mendorong rakyat menghina raja. Anehnya, tidak seorang pun pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah apabila mengina raja, apatah lagi dihukum. Rakyat jelata juga yang terhukum.
Mereka tidak rela lagi dipermain-mainkan dengan apa-apa juga bentuk belanjawan yang hanya tersangkut di pejabat UMNO bahagian. Mereka tidak akan percaya jika UMNO bercakap tentang bantuan kepada rakyat kerana UMNOlah makan kedarah duit rakyat.
Mereka perlukan pemimpin berjiwa rakyat, bukannya pemimpin yang membina istana untuk diri sendiri. Mereka perlukan pemimpin yang mendengar dan menyelesaikan resah gelisah mereka, bukannya pemimpin elit yang sombong. Mereka perlukan perpaduan, bukannya Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) yang merampas ketenteraman hidup mereka. Mereka perlukan pemimpin yang ikhlas, bukannya pemimpin yang mengungkit-ngungkit setelah melaksanakan tanggungjawab dan berbuat sesuatu supaya rakyat rasa terhutang budi.
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!
Anda kesampingkan lah ratap tangis UMNO/BN yang palsu itu. Anda alihkan pandangan ke arah masa depan yang cerah. Anda pilihlah pemimpin yang boleh membahagiakan anda. Pemimpin yang tidak gila kuasa. Pemimpin yang sanggup menjadi hamba rakyat. Pemimpin yang merakyatkan ekonomi negeri/negara.
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!!
Tuesday, March 24, 2009
najib yang tak sabar jadi pm
namun, pah lah masih membisu seribu bahasa sehingga berkata kepada media supaya jangan kacau belia dengan soalan bila nak serah jawatan pm. pak lah cuma kata najib akan jadi presiden umno dan tiada siapa yang boleh halang. tapi bukan jawatan pm. lagipun, jawatan pm ni bukannya boleh diserah macam tu saja pada siapa-siapa yang kita suka. sepatutnya kena ada undi diparlimen untuk menentukan samada najib layak atau tidak kerana syarat untuk jadi pm mesti mendapat undi majoriti dari ahli dewan. dan lepas itu kena pulak dapatkan perkenan daripada yang dipertuan agung. baru boleh jadi pm. dibuatnya yang dipertuan agung tak berkenan macam kes mb trengganu dan perlis macamana? kan kes naya namanya.
tambahan pulak, najib sepatutnya menjawab dakwaan media dari perancis, amerika dan terbaru negara jiran indonesia kes berkaitan pembunuhan alantuya dan skandal kapal selam. kalau najib benar-benar ada maruah dan harga diri, dia sepatutnya kena bersih kan diri dari tuduhan-tuduhan itu atau kalau tak mampu nak jawab lebih baik letak jawatan saja. jangan jadi macam ketam mengajar anak berjalan. diri sendiri pun tak bersih macam mana nak bersihkan umno. diri sendiri pun belum jawab tuduhan rasuah yang dah beratus kali dibuat, macam mana nak suruh orang lain jangan rasuah. bukankah slogan be end adalah kepimpinan melalui teladan.
Anak Perak Di Perantauan Janji Pulang Sokong Calon PAS
"
Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti. Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun.
Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno. Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin mereka. Ini merupakan satu episod terdesak yang mana membabitkan ramai pemimpin Umno yang terlibat di dalam rasuah.
Walaupun mereka secara terang terlibat di dalam rasuah, namun mereka masih dipilih, katanya. Nizar yang turut berucap di majlis itu menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh krisis yang berlaku di Perak baru-baru ini dan yakin beliau dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri Perak yang sah.
UMNO Terkedu Bila MB Nizar Jadi Calon
"
Pelbagai taktik yang licik akan dimainkan oleh UMNO semasa kempen tersebut. Saya yang bertugas pada 20 Mac lalu di UPU Trong terkena jugak tempias permainan kotor puak-puak yang tak bertanggungjawab apabila membuat provokasi dengan mengedarkan gambar Sultan Perak dan Mufti berbadan anjing di masjid-masjid. Adakah PAS yang memperjuangkan Islam sanggup berbuat demikian?Rakyat yang berfikiran waras boleh menilai sendiri siapa punya angkara.
Apabila Najib Razak mengumumkan tiada pembangunan "mee segera" dalam PRK kali ini, telahan saya semua ini hanyalah omongan kosong. Ternyata perkara ini benar apabila jalan yang menuju ke Pekan Trong telah diturap baru semasa saya melalui ke sana. Ternyata UMNO tidak mampu berubah dan tidak ingin langsung berubah. UMNO tidak langsung belajar dari pengalaman yang lepas. Pasti UMNO pupus selepas PRU ke 13 nanti. Sama-samalah kita tunggu....
30,000 hadir beri tepukan gemuruh, sokong Nizar
BUKIT GANTANG, 24 Mac (Hrkh)- Ketika Presiden PAS Dato' Serti Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengisyhtiharkan nama Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS untuk berhadapan dengan calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang serentak dengan itu 30,000 yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya, Taiping bangun dan memberikan tepukan yang bergemuruh sebagai tanda sokongan padu terhadap pemilihan Nizar sebagai calon. Pengumuman itu disambut dengan takbir dan tepukan gemuruh dari 30,000 orang penyokong yang hadir dalam Majlis pengistiharan calon yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya malam tadi sekaligus menamatkan teka teki siapakah calon PAS yang bakal memberikan saingan paling hebat kepada BN. Ir Mohamad Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat dan Adun Pasir Panjang dikatakan mampu 'mentalkinkan' Umno-BN di Bukit Gantang dan pemilihan itu dilihat amat tepat sekali Sebelum ini, ketika Pengerusi DAP Perak, Datuk Nge Kor Ham dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berucap, masing masing secara terbuka akan memberikan sokongan paling padu kepada sesiapa sahaja calon PAS yang diletakkan bagi `mengajar' BN di kawasan itu. Nizar dalam ucapan ringkas menyucapkan terima kasih kepada Presiden PAS dan PAS Pusat kerana memberikan kepercayaan kepadanya menjadi calon di Parlimen Bukit Gantang. "Saya ucapkan penghargaan kepada Presiden PAS dan PAS Pusat yang telah mencalonkan saya , Insya-Allah saya akan meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Allahyarham Roslan Sharum" ," katanya disambut dengan takbir dan pepukan bergemuruh dari orang ramai yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya. Dalam ucapan mengistiharkan calon, Tuan Guru Hadi menegaskan bahawa mengundi adalah satu amanah bagi memilih pemimpin dalam amalan negara demokrasi. "Bermakna diberi peluang untuk memilih wakil mereka khasnya dalam Kerusi Parlimen Bukit Gantang. Namun Pilihan Raya Kecil kali ini merupakan besar maknanya untuk pengundi-pengundi disini dan amnya seluruh Malaysia,"jelas Ustaz Hadi. Jelasnya, ketika negara dilanda krisis politik ianya tidak boleh dipandang renggan, seperti mengamalkan gejala rasuah oleh Umno-Barisan Nasional. "Umno menjadi tulang belakang kepada kerajaan BN tapi dinyatakan oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri partinya dilanda penyakit rasuah sejak dulu,"tegas Ahli Parlimen Marang itu. Maka, Ustaz Hadi mendakwa bahawa pilihan raya itu memberi makna besar kerana rakyat diberi peluang untuk menolak pada awal untuk menyingkirkan Umno-BN yang mengamalkan rasuah itu. "Selagi ada pertikaian dan tohmahan hendaklah dibersihkan segera. Orang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah selagi menimbulkan banyak keraguan. Maka harus bertindak segera untuk membersihkan nama baik pemimpin kita yang dilemparkan tohmahan dan tuduhan rambang itu. Sementara itu majlis semalam cuba diganggu oleh sepasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyebabkan sebilangan yang berkunjung di situ melahirkan tidak puas hati dengan tindakan FRU itu. Sewaktu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berucap pasukan keselamatan kelihatan berada di tangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS. Akhirnya hasil dari perbincangan, pihak penganjur terpaksa akur dengan arahan menghadkan masa sehingga jam 11.00 malam sahaja walaupun masa asal yang dibenarkan sehingga jam 12.00 malam. |
Keputusan Mahkamah Persekutuan kekalahan moral untuk Umno - Hanipa
(Siasah) - Peguam bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan agar kes Perak dikembali ke Mahkamah Tinggi adalah kekalahan moral bagi Umno.
Mohamad Hanipa Maidin berkata, Umno sangat berharap kes itu diselesaikan secepat mungkin melalui keputusan Mahkamah Persekutuan. Pagi tadi, lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan kes itu perlu melalui prosedur biasa perundangan dan Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertindak tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan seterusnya Mahkamah Rayuan terlebih dahulu. Hakim-hakim yang bersidang itu diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alaudin Sharif. Lain-lain hakim adalah Ketua Hakim Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk S. Augustine Paul, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin and hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong. Menurut Hanipa, Umno sangat memerlukan keputusan kes ini dibuat segera kerana Dewan Undangan Negeri perlu bersidang sebelum 15 Mei 2009 untuk mengelakkannya dari terbubar dengan sendirinya. Dua kes dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan iaitu kes Speaker V Sivakumar yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes Nizar melawan Datuk Dr Zambry yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan keputusan ini bermakna, kes-kes itu akan dibicarakan di kedua-dua mahkamah berkenaan. Kes V Sivakumar akan menggunapakai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan beliau mewakili dirinya sendiri atau peguam yang dipilihnya. Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rezhuan Hashim memutuskan Sivakumar mestilah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak dalam keadaan dialah juga yang mewakili Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. |
Monday, March 23, 2009
MB Perak yang sah calon PAS Bukit Gantang
TAIPING: Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang. seperti undian yang dibuat didalam laman blog, pemilihan Nizar memang amat tepat sekali. alasan calon mestilah anak tempatan seperti yang diguna pakai oleh umno tidak penting bagi memilih calon. yang penting adalah keperibadian, perwatakan dan kebolehan seseorang itu untuk menjadi pemimpin. kalau anak tempatan tapi tidak boleh melaksanakan tugas..nak buat apa.
Nizar mempunyai latar belakang yang lengkap dari segi akedemik, ugama dan kepimpinan. ciri-ciri inilah yang mesti ada pada setiap pemimpin. kini terserah kepada pengundi-pengundi untuk membuat pilihan. kepada jentera pilihanraya pakatan rakyat...pastikan kemenangan dipihak kita.
BIODATA NIZAR
Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).
Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Mohd Ali sepatutnya ikut jejak langkah Fairus - Husam
| |
Ketua Menteri Melaka, Dato� Seri Mohd Ali Rustam seharusnya mengikut jejak langkah Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memantapkan lagi kedudukan parti. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno seharusnya mempelajari tindakan berani dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga sanggup melepaskan jawatan biar pun tiada masalah besar berlaku. "Jawatan bukan sesuatu perkara �mutlak yang perlu diwarisi �sampai bila-bila. Fairus tidak mempunyai masalah namun boleh melepaskan jawatan.. tak kan Ali yang terang-terangan melakukan kesalahan rasuah tak boleh letak jawatan. "Umno kena belajar daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang jauh lebih bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam. Beliau ditemui selepas menyampaikan kerusi roda elektrik kepada pelajar cemerlang spastik peringkat kebangsaan Hashim Mohammad, 20 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. Beliau mendapat 2A dan 3B. Baru-baru ini Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan Pulau Pinang. Perletakan jawatan itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. � Mengulas isu kerajaan perpaduan katanya, ia tidak semestinya memerlukan kerjasama antara PAS dengan Umno, sebaliknya ia boleh dilaksanakan tanpa penglibatan parti berkenaan. Beliau berkata, walau pun tanpa kehadiran Umno, kerajaan perpaduan dapat dibentuk. "Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kerajaan sedemikian boleh diwujudkan tanpa kehadiran Umno. "Kita jangan ingat bila sebut saja soal perpaduan atau kerajaan perpaduan mesti ada penglibatan Umno, itu tidak betul bahkan sekiranya Umno runtuh, tidak semestinya kerajaan itu tidak dapat dicapai," ujarnya. Beliau berkata, perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara merupakan perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti. |
Persetankan maruah, asalkan dapat kerusi empuk
Oleh WFAUZDIN NS
Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam kelihatan begitu emosi dan tertekan apabila PR Melaka sudah mula menggerakkan usaha untuk mendesak beliau meletakkan jawatannya akibat dibuktikan oleh Lembaga Displin Umno terlibat di dalam rasuah. Bukan pembangkang yang menuduh beliau rasuah, tetapi beliau dikatakan melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplin yang dibentuk oleh parti yang beliau cintai dan sayanginya itu. Rakyat mana yang boleh percaya bila Ali Rustam mengaku tidak melakukannya kerana sedikit pun beliau tidak mempertahankan dirinya malahan beliau menghormati badan yang menyatakan beliau terlibat melakukan rasuah? Tindakan beliau untuk merayu bukan bererti mempertahankan dirinya, merayu adalah bertujuan untuk meringankan hukuman sahaja. Dan, rayuan beliau ternyata telah ditolak.
Saya yakin, jika beliau benar-benar bermaruah dan tahu menjaga maruah diri dan keluarga bahkan keturunannya, beliau pasti akan melawan segala tuduhan-tuduhan tersebut biarpun akhirnya beliau tetap teraniaya. Sebagai contoh, DS Anwar tetap melawan habis-habisan apabila beliau dituduh melakukan liwat meskipun akhirnya beliau teraniaya. DS Anwar sanggup kehilangan jawatan malahan terpenjara dan tersiksa demi mempertahankan maruah. Begitu juga dengan YAB Lim Guan Eng yang terpaksa meringkuk di penjara kerana membela maruah gadis Melayu yang dirogol. Jadi, jauh bezanya dengan apa yang Ali Rustam lakukan sekarang. Apa yang Ali Rustam telah lakukan untuk membela maruah dirinya sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat di dalam rasuah tersebut? Apakah kerana takut untuk derhaka pada Umno maka sanggup Ali Rustam dicap sebagai perasuah? Mungkin kerana sayangkan kerusi empuk Ketua Menteri Melaka maka beliau sanggup mencemarkan nama baik dan seluruh keturunannya? DS Anwar sanggup tinggalkan kerusi empuk sebagai TPM asalkan maruah diri dan keturunannya terpelihara. Dan, terbukti beliau kini disanjung di merata-rata dunia atas sikap beliau yang berani dan bermaruah.
Oleh yang demikian, kita merasa hairan dengan sikap Ali Rustam yang cuba menyamakan dirinya dengan DS Anwar dan Lim Guan Eng. Jauh umpama langit dan bumi. Apabila Ali Rustam tidak berani berbuat apa-apa ke atas apa yang berlaku ke atas dirinya, maka umum mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, tidak perlulah Ali Rustam berkata beliau tidak bersalah, tetapi beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang telah `menelanjang'kannya. Mungkin, kerana terlalu hormatnya beliau kepada Najib yang mahukan beliau terima keputusan lembaga tersebut, maka Ali Rustam pun patuh sepatuh-patuhnya. Kini, Najib mungkin tersenyum kerana masih ada di kalangan pemimpin Umno yang begitu taat kepadanya dan sanggup mukanya di`berak' dan di`kencing'kan. Selagi Ali Rustam berada di kerusi Ketua Menteri Melaka tanpa apa-apa tindakan berani untuk mempertahankan dirinya, selagi itulah penyakit Umno akan terus berkudis dan bakal membawa maut.
Sebelum saya menutup kalam ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Mahathir yang telah memberitahu kita semua betapa seorang lagi calon Timbalan Presiden Umno adalah seorang yang buta membaca, menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih tidak tahu bahawa rupa-rupanya terdapat pemimpin Umno yang jahil berbahasa Inggeris tetapi bercita-cita untuk menjadi TPM. Mungkin pemimpin berkenaan adalah salah seorang yang bertegang urat mempertahankan usaha kerajaan di dalam isu pembelajaran Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mungkinkah kita bakal punyai TPM yang buta Bahasa Inggeris ?
Paya Besar patut dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Records
"Semua orang sudah tahu bahawa Ketua Menteri dan menantu Perdana Menteri terlibat dengan jenayah rasuah untuk menghadapi pemilih jawatan di dalam Perhimpunan Agung Umno bulan ini.
Walau bagaimana pun, mereka telah menerima hukuman yang berbeza walaupun mempunyai skill kesalahan yang sama. Itu lah Umno. Pun begitu, memandangkan Perlembagaan Umno yang lebih tinggi dari perlembagaan negara. Maka, mereka tidak perlu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjutan dan didakwa menggunakan undang-undang warisan penjajah yang mereka mati-mati nak pertahankan itu.
Dalam pada itu, takziah saya ucapkan kepada seluruh pengundi dan penduduk bagi kawasan Parlimen Paya Besar di dalam negeri Pahang.
Ini kerana, kesemua wakil rakyat mereka samada DUN atau Parlimen sudah terbukti terlibat dengan jenayah rasuah ini.
Abdul Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar), Md Sohaimi (Adun Sungai lembing), Mohd Zaili Besar (Adun Panching) dan Mohd Shohaimi Jusoh (Adun Lepar) kesemuanya telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dengan jenayah rasuah.
Ini menjadikan kes pertama di negara kita dimana kesemua wakil rakyat di dalam 1 kawasan parlimen adalah penjenayah.
Maka, Malaysian Book of Records haruslah mengambil fakta ini kerana ianya kali pertama berlaku di negara kita dan kebetulan sebegini amatlah sukar untuk ditemui walau pun ianya bukanlah perkara mustahil didalam Umno.
Sunday, March 22, 2009
beza UMNO dan PAKATAN
nampak sangat tahap pemikiran yang rendah dan tiada langsung ketokohan sebagai pemimpin jika ulasan yang dibuat oleh kedua pemimpin ini di ambil kira. sama seperti kenyataan yang dibuat oleh ali rustam tentang anwar ibrahim dan lim guan eng menjawab wartawan bila bertanya apakah beliau akan letak jawatan ketua menteri.
bila setiausaha agung berkata PAKATAN RAKYAT bermasalah punca timbalan ketua menteri letak jawatan, dia sepatutnya melihat keterbukaan didalam kerajaan dibawah PAKATAN RAKYAT yang mana bila pemimpin melakukan kesalahan atau didapati tidak melaksanakan tugas dengan berkesan maka mereka akan ditegur dan akan dilaporkan ke pihak atasan. dan pemimpin PAKATAN RAKYAT juga mempunyai maruah dan moral yang tinggi berbanding pemimpin UMNO kerana sanggup bertanggungjawab jika melakukan kesalahan atau gagal melaksanakan tugas dengan meletakan jawatan. tidak seperti pemimpin UMNO, dah sah melakukan rasuah tapi masih nak jadi ketua menteri.
dan bila si setiausaha agung ini mengaitkan anwar ibrahim sebagai punca rasuah dalam UMNO berlaku, kenapa bila anwar sudah tidak lagi berada didalam UMNO dan kebanyakan orang-orang anwar pun sudah ramai meninggalkan UMNO, rasuah makin parah didalam UMNO. bukankah pak ali rustam dan pak khairy si menantu PM yang nak pencen terpaksa itu merupakan antara perasuah handalan didalam UMNO. kalau tak ada orang yang nak bagi duit masakan ada orang yang akan minta. selepas anwar dipecat, walaupun kalau ada orang yang minta tapi kalau tiada siapa yang sanggup beri maka tak berlakulah rasuah. yang penting adalah jenis pemimpin itu sendiri. apakah pemimpin itu disokong kerana wang atau kerana ketokohan yang boleh disumbangkan demi kesejahteraan rakyat.
kenapa tiada rasuah didalam parti PAS. kenapa tak seorang pun pemimpin PAS yang pernah di tangkap kerana rasuah. dah 18 tahun PAS perintah kelantan tak pernah kita dengar ada rasuah. kenapa penyokong PAS sanggup melakukan kerja-kerja parti tanpa mendapat apa-apa habuan. malah duit sendiri terpaksa dikeluarkan. tak percaya, bila ada ceramah PAS cubalah pergi. bila derma kilat dilancarkan tanpa paksaan ramai yang akan menghulurkan derma. kenapa jentera pilihanraya UMNO terpaksa digerakkan dengan wang. tanpa wang kerja tak jalan. jawapnya adalah penyokong PAS berjuang keran ALLAH. tidak mengharapkan balasan tapi hanya keredhaan ALLAH yang penting.
bila si ketua penerangan UMNO kata kerajaan pakatan bermasalah kerana tiada persefahaman, dia sepatutnya melihat kerajaan pakatan mengamalkan demokrasi yang sihat kerana semua pihak boleh secara terbuka membuat teguran atau mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing. seperti di amerika syarikat, rakyat atau ahli kongres dan senat bebas mengkritik kerajaan dan presidennya. tidak seperti UMNO, banyak pak angguk dan pengampu. bila kita ada kuasa tangan di jilat dan dicium. tapi bila dah hilang kuasa...akan dilupa dan dipinggirkan. walaupun pemimpin itu penuh dengan tuduhan yang belum dijawab atau dibersihkan. macam pakar C4 UMNO. kerana dia ada kuasa yang boleh mengawal mahkamah dan polis maka dia disanjung dan dipuji. tapi percayalah bahawa ada kuasa yang lagi tinggi dari segala kuasa diatas muka bumi ini.
air dan gula
Sibuk menanya di mana kerajaan negeri hendak mendapatkan hasil untuk menampung perbelanjaan tersebut. Satu syarikat air pun 'kulat liut' hendak menyokong cadangan kerajaan PR itu.
Tiba tiba sehari dua yang lalu ada didedahkan seorang pengerusi syarikat air mendapat gaji sebanyak 430ribu sebulan. Kalau dibahagikan 30hari maknanya gajinya adalah 14ribu sehari. EMPAT BELAS RIBU SEHARI BROTHERRRRRR...
Tu baru gaji tu. Elaun jangan cerita. Munawir yang kerja jaga tandas kat JB pun baru gaji rm500 sebulan.Setahun baru 6ribu. Kena kerja 2 tahun setengah baru dapat sama dengan sehari gaji pengerusi tu. Yang paling mengheranajaibkan kepala otak aku, bila kerajaan negeri nak ambik alih, kerajaan pusat pulak nak bayar lagi mahal.
Barang 4 ringgit kerajaan nak bayar 10 ringgit. Naik pening aku. Duit berbillion billion tu datang dari mana?? Bukan duit rakyat ke?? Kenapa dengan mudah hendak dibayar dengan harga mahal sedangkan harganya lebih murah
Sekarang selalu dicanang dalam TV ucapan Najib kerajaan membayar 670 juta sebagai subsidi untuk menampung kenaikan harga barang seperti gula dan segala barang keperluan lain. Kalau tak, najib kata gula akan naik sebanyak 43sen sekilo. Soalan satu: duit dari mana pulak Najib dapat?bukan duit hasil cukai rakyat ke? Soalan dua: kenapa harga barang naik? Kesan kenaikan kos ke? Kenapa kos naik? Sebab tol? Sebab minyak? Atau apa apa sebab lain?
Semua jawapan dan soalan terarah kepada urustadbir negara yang pincang. Sistem yang salah. Jika sesuatu barang naik selalu pengguna yang hendak diberi beban. Sedangkan orang yang paling kaya di malaysia adalah Robert Kuok. Tauke gula. Belum cukup cukup lagikah harta yang dimilki hinggakan gula terpaksa dinaikkan. Kenapa kerajaan tak cukai atas kekayaannya yang banyak hasil dari gula untuk menampung kenaikan harga gula? Atau bagi pilihan kepada banyak syarikat lain untuk menjadi saingan kepada syarikat gula yang sedia ada , sudah pasti harga gula akan turun. Bertahun tahun MAS beroperasi dengan harga mahal tetapi laporan tahunan sentiasa rugi. Air asia hanya beroperasi setahun jagung dengan harga murah dapat untung ratus ratus juta?
Sistem monopoli sentiasa akan mencekik rakyat. Jika diberi pilihan tentu akan ada persaingan harga dan persaingan servis. Masing akan berlumba lumba untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Politik negarapun tidak terkecuali. Ketika rakyat memberi kepercayaan kepada UMNO untuk memerintah negara selama setengah abad, yang diberi oleh UMNO kepada rakyat hanyalah kesempitan hidup yang semakin hari semakin menghimpit. Bila monopoli UMNO mula dipecahkan, Pakatan Rakyat mula mendapat kepercayaan dan harapan rakyat, UMNO mula menuju kehancuran.
Kini semua rakyat menantikan sinar harapan baru yang akan muncul pada PRU ke 13. Moga moga UMNO akan berkubur selamanya. Tengok ah kalu dok caye gok.