Friday, November 26, 2010

"Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"

Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'

Thursday, November 25, 2010

Pakatan Rakyat: Perlu ada kuasa tawar menawar

Oleh: batu-api2

"Sekarang ramai orang bercakap tentang pilihan raya ke-13. Bila pilihan raya. Selalunya Pakatan Rakyat yang selalu mendesak untuk pilihan raya. Manakala BN pula akan menjadikan tarikh pilihan raya sebagai 'kuasa eksklusif' untuk kelebihan dalam "starting". Banyak kali sudah terbukti, dulu Tun Mahathir mengistihar pilihan raya apabila Tok Guru Nik Abdul Aziz menyebut "Cina pun boleh jadi PM".

Wednesday, November 24, 2010

Persidangan MB & KM Di Bawah PR Isnin Depan

Persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang akan diadakan di Shah Alam Isnin ini, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan itu ialah ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa.
"Isu-isu lain yang akan dibincangkan termasuklah isu tanah termasuk Felda, Felcra, tanah adat di Sarawak, air, tol dan masalah pekerja," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, hari ini

Utusan Melayu Catat Kerugian Pracukai RM10.6 Juta

 Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

SPR - Lebih Sudu Dari Kuah!

Mengucap panjang teman dengan jawapan SPR kepada kenyataan MB-KM Negeri-negeri Pakatan Rakyat..
Belum sempat Najib mahupun menteri-menteri ulas.. dia dah ulas dulu!
Siap semacam bagi ugutan lagi!

Kalau gitu, macam mana Sarawak boleh selama ini buat Pilihanraya Negeri berbeza dengan negeri-negeri lain?? Budget mana pulak yang dipakai?
Budget Taib Mahmud??
Aikk?? Banyaknye duit dia??? Wakakakak!
Bangang tak sudah-sudah SPR ni..
Nak menjilat sampai tak sempat fikir...

Dua Menteri Diarah Kabinet, Soal Peguam Negara

Dua menteri Kabinet diarahkan untuk menyoal Peguam Negara Tan Sri Gani, sebaik sahaja beliau pulang dari Mekah bersabit kes mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, Kabinet memutuskan berbuat demikian selepas seorang bekas anggota polis Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbukanya mendakwa penglibatan Gani dalam insiden tersebut.
“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz dilaporkan sebagai berkata kepada The Malaysian Insider.

Monday, November 22, 2010

Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang. Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu.
Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

UMNO BN TERDESAK, PENGHULU SELURUH PERAK DIHASUT MEMBENCI PAKATAN RAKYAT


Seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Higland dua minggu yang lepas dalam satu program anjuran Kerajaan BN. Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan plitik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.

Apakah UMNO dan BN telah betul-betul pulih untuk menghadapi pilihanraya?

Oleh Mummy Rokiah
Cakap-cakap, bisik-bisik dan gossip-gossip kencang dah mula kedengaran di lobi-lobi hotel lima bintang di ibu negara sedikit hari ini bahawa PRU sudah semakin dekat.
Pelobi-pelobi calun dan mula mengatur strategi, akaun-akaun bank dah mula dikemaskini malah calun-calun yang terdiri dari ketua-ketua UMNO bahagian dah mula geli-gelaman dan bersiap-siaga pasang badan.Baju Melayu, songkok dan songket baru dah mula ditempah begitu juga isteri-isteri mereka dah mula berjinak-jinak dengan produk-produk make-up berjenama. Jika dulu hanya pandai menempek bedak sejuk dan bedak cap nyonya hari ini jenema-jenama itu sudah tidak ada classss lagi.

Sunday, November 21, 2010

Satu Lagi Rombakan Kabinet?

Besar kemungkinan satu rombakan Kabinet akan dilakukan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkira-kira tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka diadakan tahun depan.Rombakan itu yang dijangkakan pada bulan depan akan membolehkan beliau membentuk sebuah jentera yang kuat bagi membantu melaksanakan transformasi dasar-dasar dan ekonomi yang ditetapkan sebelum PRU berkenaan.

Search This Blog