Friday, October 8, 2010

Ikon Baru Raja Melayu

oleh: tokpepijat
Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang Keluar Parti


Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng, Khamis, mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lee, yang popular dengan panggilan "Doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari Rabu selepas beliau kembali dari luar negara.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini Khamis beliau berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

Thursday, October 7, 2010

Ada Lagi MP Akan Lompatkah Di Perak?




Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.

Wednesday, October 6, 2010

Warga Emas P.Pinang Kena Tipu Hidup-Hidup

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

SPRM Mesti Di Bawah Parlimen

Parti Islam Semalaysia Pas berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen. Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.

DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov


PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas akan diadakan pada 4 November ini.
Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.
Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.

Tuesday, October 5, 2010

Wang yang disatukan: Bila mahu dibersihkan?

Asalnya memang malas hendak melayan isu ini.  Memang kata orang, kerja orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan.  Mutakhir tampak macam UMNO mencetus isu, mengambil sebanyaknya "mileage" dan kemudiannya meninggalkan isu begitu sahaja.  Pakatan hanya "mengekor" sahaja dan bertindak reaktif.  Contohnya mana isu Teo Nie Ching masuk masjid, isu Kalimah Allah dsbnya.

Pendedahan Ustaz Azizan mengenai Isu Air semasa UMNO/BN

Ditulis oleh AMELIA HASHIM


ALOR SETAR, 4 Oktober - Sebenarnya hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 daripada adalah untuk pembangunan bekalan air dan selebihnya adalah untuk pinjaman kepada Perbadanam Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk Kulim Hitech Park dan pembangunan perumahan untuk rakyat.

Reezal dan Azhar Itu Sahibul Samahahkah?

Oleh: ruhan

"UMNO ialah sebuah parti kebangsaan yang sekular dan rasis. Parti ini tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Islam sebagai asas perjuangan. Namun demikian, tindak-tanduk para pemimpin mereka sejak akhir-akhir ini telah melangkaui bidang kuasa guru agama, kadi, mufti, dan Majlis Agama Islam Negeri.

Hishamuddin jahil atau cakap bohong?


Oleh Abdul Aziz Bari
Dua bulan lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, disoal pelajar mengenai kedudukan darurat di Malaysia. Soalan itu dikemukakan dalam satu persidangan dianjurkan sebuah kesatuan pelajar kita yang sedang menuntut di United Kingdom. Menurut seorang peserta yang kemudiannya menghubungi saya, Hishammuddin berkata, darurat itu sudah tidak wujud dan tidak timbul soal sesiapa boleh ditahan di bawah undang-undang darurat.

Monday, October 4, 2010

RAJA DAN SULTAN MESTI ADIL UNTUK TERUS DIHORMATI

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK dan bersetuju apabila membaca kenyataan titah Tuanku Sultan Johor yang mahukan isu perkauman dan agama dihentikan. Baca di sini. Ketika pihak Polis masih menyiasat siapakah yang menjadi dalang memasang Banner di Johor yang terpapar gambar Tuanku Sultan bersama Pengerusi PKR Johor Chua Jui Ming, maka titah ini amat bertepatan sekali.

Menjelang PRU-13, Bagaimana lanskap politik kalau Anwar-Ku Li bergabung?

Tidak ramai pemimpin yang berjaya memerintah selama 2 dekad mentadbir sesebuah pemerintahan kerajaan di Malaysia. Diperingkat pusat setakat ini hanya Tun Dr. Mahathir sahaja yang berjaya melakukannya dengan memerintah selama 22 tahun, satu rekod yang mungkin sukar dilakukan lagi selepas ini.
Tetapi diperingkat negeri, terdapat beberapa pemimpin kerajaan negeri yang berjaya melakukannya, iaitu Tan Sri Osman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas Menteri Besar Terengganu) dan Tun Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) serta Pehin Sri Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) dan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan).

Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar.Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

Search This Blog