Saturday, January 9, 2010

Bakar gereja, di mana polis?

Sirah Nabawiyyah adalah mutiara perjalanan mukmin. Ketika Rasulullah menghantar bala Tenteranya 3,000 orang menuju Mu'tah untuk menghadapi Tentera Rom yang menganut Kristian seramai 200,000, baginda memberi beberapa pesanan. Antaranya :



1) Jangan membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak.

2) Jangan tebang pokok dan merobohkan bangunan.

3) Jangan menganggu paderi-paderi di Gereja mereka.


Itulah pesanan Rasulullah di saat menuju medan perang.

Kini, kita di Malaysia berada dalam zon aman, tenteram dan harmoni. Mengapa perlu mengebom Gereja ? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya.

Insiden membakar 3 gereja semalam benar-benar memalukan kita sebagai Umat Islam. Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran puak-puak perkauman. Versinya sama seperti peristiwa pijak kepala lembu. Dulu mereka menghina agama Hindu. Kini menghina ugama Kristian.

Puak-puak perkauman tiada modal berhujah. Modal mereka hanya "ISA", pijak kepala lembu dan kini bakar gereja.

Pelik kita melihat aksi polis. Jika demo BERSIH dan GMI anti ISA tempoh hari, polis dengan kekuatan SB, FRU dan ribuan anggota "celik mata" 24 jam pantau pergerakkan demo dengan membuat roadblock sekitar ibukota beberapa hari sebelum demo.

Tapi reaksi polis dalam kes ini tidak begitu proaktif. Bermula tiada tindakan tegas ketika puak perkauman pijak kepala lembu kemudian diraikan oleh Menteri Polis Hishamudin di Putrajaya lepas itu baru didakwa.

Begitu juga aksi demo semasa bantah penggunaan Kelimah ALLAH di perkarangan luar Masjid Sultan Salehudin. Ada yang melaung "bakar gereja". Mana anggota polis? Tiada tangkapan. Bahkan perhimpunan itu tiada permit polis.

Sepatutnya, pihak polis sudah membuat persiapan mengawal gereja apabila terdapat ancaman membuat demo seluruh negara. Janganlah polis hanya bertindak cepat jika yang mengancam parti pemerintah UMNO seperti demo BERSIH dan GMI.

Itulah yang rakyat nampak sekarang. Polis hanya jaga parti pemerintah.

Friday, January 8, 2010

umno terdesak

oleh Zaid Ibrahim

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi Umno terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama.

Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama.

Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.


Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.

Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.

Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.

Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”.

Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah?

Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.

Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin.

Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain.

Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain.
Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukop undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain.

Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah.

Siapa yang perlu disalahkan?

Thursday, January 7, 2010

Isu Perak: Pilihan raya atau tidak?

Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak.


Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan.

Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.

Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan.

Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat umNO di beberapa cawangan umNO khususnya sekitar Ipoh yang dijalankan seakan serentak satu arahan itu juga boleh menimbulkan tandatanya.

Keputusan mahkamah boleh diramal berdasarkan undang undang, kecenderungan politik dan sokongan kaum bukan melayu yang sedikit mempercayai Najib hasil satu Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada umNO.

Usaha Najib melalui satu Malaysia yang sebenarnya menjelmakan konsep Malaysia malaysia yang diperjuangkan DAP dulu memberi harapan kepada bukan melayu. Konsep Satu Malysia ini tidak di fahami oleh kaum melayu. Mereka masih dibutakan dengan perjuangan kebangsaan umNO melalui slogannya.

Bajet Zamry yang mencetuskan sejarah bajet tercepat dan terengkas diluluskan di dunia membuktikan perhatian umNO beralih kepada kaum bukan melayu. Peruntukan khas kepada sekolah bukan melayu seperti SUWA melegakan Cina.

Walaupun peruntukan seperti itu ditentang sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat, namun apa yang dibuat oleh Bn itu digambarkan sebaliknya.

Peruntukan sama di zaman DS Nizar menjadi MB dianggap khianat kepada melayu walaupun meluluskan peruntukan sama kepada sekolah agama, namun peruntukan sama kerajaan Kudeta Zamry dianggap keadilan kaum.

Inilah hipokritnya umNO. Ia juga melambangkan kebodohan penyokong yang menyokong dan mengiakan secara "mengkhinzir buta".

Ternyata detik 7 Januari akan menentukan halatuju politik Perak. Zamry seakan akur bahawa kuasa yang ada padanya sekarang adalah umpama kuasa kerajaan pasir berdengung. Ada tahta tanpa rakyat dan kuasa.

Walaupun beliau mengaum mengatakan ramai pelabur datang ke Perak...akal yang sihat akan melihat betapa bodohnya pelabur yang ingin melabur di dalam sebuah kerajaan yang terumbvang ambing melalui Menteri Besar yang masih dipertikaikan kuasanya di mahkamah.

Pelabur bukan bodoh sebagaimana bodohnya penyokong kudeta ini. Mereka tidak akan mjencagarkan pelaburan mereka dalam negeri yang tidak menentu politiknya.

Keyakinan beberapa perkara di atas menjadikan keyakinan semakin kuat bahawa pilihan raya adalah jalan terbaik buat penyelesaian kemelut politik Perak.

Itupun jika mereka meyakini mereka ada peluang untuk menang.

Wednesday, January 6, 2010

Polemik kalimah Allah akibat fahaman politik suku

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka.Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."

“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?

“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.

Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.

Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.

“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?

"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.

“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.

"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.

Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.

Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.

Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini

Umno tersepit antara Allah dan Tugu Negara

Kepelbagaian agama di Malaysia adalah satu keunikan, tetapi sebagai umat Islam kita harus tahu membezakan yang mana amalan Islam dan yang mana bukan Islam. Sesungguhnya menyembah Patung Salib, Buddha, Hinddu dan apa jua patung boleh membawa kepada kekufuran jika dilakukan oleh umat Islam.


Saya teruja bila Umno secara tiba-tiba tampil cuba menjuarai konflik penggunaan nama Allah. Namun di tengah-tengah kekalutan itu, kita tidak lupa bahawa pemimpin Umno juga selalu melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan tindakan bertafakur di Tugu Negara kerana ia boleh membawa kepada perlakuan mensyirikkan Allah dan bertentangan dengan ayat-ayat Surat Al-Ikhlas yang dijadikan Umno bahan hujjah dalam isu nama Allah ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”-Surah Al Ikhlas ayat 1-4.

Sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada apa pun jua yang layak disembah, melainkan Allah. Allah sesekali tidak boleh disamakan seperti atau dibandingkan dengan Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara. Yang jelas Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara bukan tuhan kita.

Maka segala iktikad, niat, percakapan, dan perbuatan kita hendaklah selari dengan apa yang Allah sudah sebutkan dalam Surah Al-Ikhlas.

Ini Amalan Agama Bukan Islam…

Inikah Amalan Islam?

Berikut adalah kertas perbahasan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu Tugu Negara

HARI KENANGAN RAKAN SEPERJUANGAN
DI TUGU NEGARA

________________________________________

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali Ke-19
Tarikh : 6 – 7 Oktober, 1987
Tempat : Dewan Syura, Tingkat 11,
Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

1. Ulasan/Hujah


1.1. Muzakarah telah mengambil maklum terhadap kertas kerja yang dibentangkan dan juga penjelasan Sahibul Fadhilah Kol. Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin seperti berikut:

(a) Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (A.T.M) adalah atas model Angkatan Tentera British (A.T.B), boleh dikatakan sebahagian besar mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, adat resam dan tradisi yang dipraktikkan oleh ATM tidak banyak berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh ATB. Oleh itu tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang terpengaruh dengan ciri-ciri penjajah yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.

(b) Di antara sekian banyak amalan tradisi yang berbau ciri-ciri penjajah tetapi masih kuat dipertahankan ialah Hari Kenangan Rakan Seperjuangan yang diraikan di Tugu Negara dengan aturcaranya yang tersendiri. Sebenarnya kenangan ini hanya disambut setahun sekali sempena menyambut Hari Ulang Tahun ATM. Upacara ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang masih diamalkan dalam ATM sekarang ini. Untuk menghapuskan segala perkara ini memerlukan kesabaran dan memakan masa yang agak panjang dan usaha ini perlu dibuat supaya ATM akan bersih daripada sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran-kemungkaran itu akan melemahkan kedudukan ATM dan negara ini sendiri.

(c) Upacara sepertimana yang dijelaskan di dalam kertas kerja ini merupakan satu upacara yang mengandungi ciri-ciri yang nyata bercanggah dengan akidah Islam dan masih kuat dipertahankan oleh pihak ATM terutama oleh pegawai-pegawai peringkat atasan dengan alasan ianya adalah satu tradisi yang perlu dipertahankan.

(d) Di akhir-akhir ini telah timbul suasana keresahan di kalangan sebilangan anggota tentera yang telah menyedari bahawa upacara ini adalah tidak Islam, menyebabkan mereka merasai serba salah. Berbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menghadiri upacara tersebut.

1.2. Muzakarah telah mengambil ingatan terhadap pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ahli seperti berikut :

(a) Upacara Hari Kenangan ini adalah mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada syirik.

(b) Oleh kerana upacara ini nyata bertentangan dengan akidah Islam, maka hendaklah dicadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya upacara ini ditiadakan dan diganti dengan upacara tahlil.

(c) Aturacara yang tidak menyalahi dengan syarak yang terdapat dalam upacara ini seperti pembacaan sajak bolehlah diteruskan. Aturcara ini boleh disusun dengan lebih baik dan diperbesarkan lagi, misalnya dengan menjemput penyair-penyair yang terdapat di negara bagi mendeklamasikan sajak-sajak yang boleh menaikkan semangat perjuangan dan seumpamanya.

(d) Selain daripada upacara ini terdapat banyak lagi upacara yang perlu difatwakan, umpamanya tos semasa minum ucap selamat dan lain-lain lagi. Perkara-perkara tersebut bolehlah dibawa kepada Jawatankuasa ini dari semasa ke semasa.

2. Keputusan

Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju iaitu :

(a) Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan olah Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(b) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.

PAS mempertikaikan sikap pemimpin Umno yang menerajui negara tetapi menutup mata bila Hakim Datuk Lau Bee Lan dibenarkan mengadili kes pertikaian penggunaan nama Allah hingga melahirkan keputusan yang mencetuskan ketegangan agama pada masa ini.

PAS berharap agar persidangan Mahkamah Rayuan akan datang mengunakan lebih dari satu Hakim dan memastikan adanya Hakim beragama Islam bagi mengadili kes ini.

PAS tidak yakin bahawa kes ini boleh selesai begitu sahaja melalui prosiding mahkamah.

Maka PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan dan menjadikan Al-Quran sebagai asas perlembagaan disamping menguatkuasakan undang-undang hudud bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah diseluruh negara yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi seruan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam untuk bekerja di premis arak dan judi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.

Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan ribuan sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah.

Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.

Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno. Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, mereka yang bukan Islam pun sudah berani mencabar Islam di negara ini.

PAS berharap agar Yang DiPertuan Agong dapat meneliti isu penggunaan nama Allah ini dan memberikan keputusan yang adil demi menjaga kesucian Islam serta keharmonian rakyat yang berbilang agama dinegara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Masa depan telah tiba!

Sewaktu 2009 menghampiri penghujungnya dan dekad ini melabuhkan tirainya, anda mungkin bertanya tentang wajah hari-hari muka yang bakal tiba kelak. Sungguh, anda tidak berseorangan dalam hal ini.


Berlatarbelakangkan pelbagai gejala kerosakan yang melanda institusi-institusi kritikal negara ini dan kelembapan ekonomi sepanjang dekad lepas, selain bencana alam tsunami dan mewabaknya penyakit berjangkit seperti SARS dan H1N1, tidaklah hairan jika ramai yang resah dan gusar.

Namun begitu, tidak semuanya kelam dan muram. Pada setiap kesukaran, ada penylesaiannya. Ya, telah muncul cahaya perak di langit negara kita yang hitam. Barangkali ia adalah bayangan masa depan kita. Ia telah tiba jua akhirnya.

Ya, anda betul. Masa depan telah berada di sini. Ia mungkin tiba lebih awal. Bahkan ia terpanggil dan semacam dipanggil untuk sampai lebih awal? Ia begitu didambakan dan mungkin kerana itu jugalah ia menjengahkan mukanya lebih awal dari dijangka.

Ia semacam mengisytiharkan bermulanya kesedaran baru yang kian lama ditunggu dan dialu-alukan oleh banyak orang, tetapi dibenci oleh musuh-musuh perubahan dan pembaikan.

Tiada kata-kata yang berjaya merakamkan peristiwa itu dengan lebih tepat daripata kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, yang ketika mengambil tempat di sebelah bekas musuh ketat politiknya, Pengerusi DAP, Karpal Singh, secara spontan menyebut, “saya berasa seperti berada di dunia baru”.

Ya, anda betul sekali lagi. Saya bercakap tentang Kerangka Dasar Bersama (Common Policy Framework, CPF), yang dilancarkan di konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember lepas di Shah Alam.

Unjuran Besar Politik Malaysia

Saya kembali menziarahi (revisit) peristiwa ‘bersejarah’ agak awal dari biasa. Seperti banyak orang, saya mahu menjadikannya ‘sejarah semasa’ yang kekal abadi. Saya teringat kata-kata dalam iklan jurnal ‘Current History’ yang menyebut, “jika anda tidak terkini, maka anda adalah sejarah”. Walaupun tarikh 19 Disember itu ternyata bersejarah di banyak sisi, namun ramai yang tidak mahu ia sekadar menjadi suatu peristiwa ‘sejarah’.

Paling tidak, 19 Disember harus kekal semasa. Lebih baik, jika ia turut menandakan ketibaan awal arus besar politik negara yang segar (political trajectory), Malaysia untuk 50 tahun akan datang; untuk lima dekad berikutnya. Ya,... jauh mendahului pilihan raya umum akan datang.

Memetik seorang kolumnis The Malaysian Insider, persaingan untuk menguasai Putrajaya dalam PRU 13 tampaknya telah bermula dengan pengisytiarahan CPF oleh Pakatan Rakyat dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Areas - NKRA) oleh Najib Tun Razak.

Tanpa menolak sepenuhnya penegasan kolumnis di atas, penulis percaya bahawa CPF Pakatan Rakyat adalah jauh lebih luas daripada sekadar pertarungan politik kalah-menang (zero-sum) yang sempit dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.

Penulis percaya CPF Pakatan Rakyat adalah kerangka dasar Politik Baru bagi sebuah Malaysia Baru. Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia kini tampak telah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam proses pembinaan-semula negara-bangsa ini (nation rebuilding).

Dekad-dekad Kelembapan Ekonomi dan Kereputan Institusi.

Keperluan mendesak terhadap perubahan adalah jelas dan merata. Tiga dekad terakhir kehidupan bernegara menyaksikan bagaimana Malaysia hampir lenyap dalam persaingan global, akibat pembaziran kemewahan yang tak berbatas; penjarahan kekayaan negara, ketika laporan Ketua Audit Negara tahun demi tahun memperingatkan dan mendedahkan amalan rasuah dan salah guna wang awam yang merata; sementara kebebasan asasi rakyat kita terus dicerobohi.

Kenyataan tokoh-tokoh besar negara tentang reput dan rosot ini, yang telah menjadi budaya tegar yang menjangkiti keseluruhan kehidupan nasional, sudah memadai untuk menyedarkan kita.

Seorang pakar undang-undang perlembagaan pernah menyamakan kita dengan negara Zimbabwe. Secara berterus-terang, Professor tersebut menyamakan pihak yang memegang kuasa di Malaysia kini sebagai sekumpulan ‘samseng’ (thugs).

Pelbagai contoh telah dikemukakannya bagi menyokong dakwaan tentang iklim ‘tanpa undang-undang’ atau ‘lawlessness’, yang wujud kini. Selain itu, beliau turut terkilan persendaan terhadap keadilan, apabila ‘badan kehakiman seolah-olah sentiasa menunggu-nunggu petunjuk dan arahan daripada kerajaan’ dalam membuat keputusan-keputusannya.

Pengubahan keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan dalam banyak kes adalah persendaan terhadap keadilan yang jelas; kes waktu untuk menyoal saksi oleh SPRM dan kemelut perlembagaan di Perak adalah antara contoh tersohor yang mengaibkan institusi kehakiman negara di sisi pandang dunia moden ini.

Sementara itu, pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah tindakan primitif, berlawanan sama sekali dengan hak-hak negeri dan merupakan pelanggaran serta pencabulan berterusan terhadap amalan federalisme seperti yang terkandung dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penggunaan Ordinan Darurat bagi menentukan sempadan laut dalam isu royalti minyak Kelantan adalah satu lagi contoh sikap angkuh dan curang, yang tidak langsung menghormati undang-undang oleh kerajaan BN serta kesucian perjanjian (sanctity of contract).

Menteri Kewangan Kedua akhirnya terpaksa bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa ekonomi kita tidak berkembang. Tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang rendah jelas terpampang di sekeliling kita. Upah tidak bertambah, sementara kos hidup terus-menerus meningkat.

Menurut Bank Dunia, sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK kita adalah sebanyak 46.2% pada 1987. Sepuluh tahun kemudian, sumbangan tersebut hanya bertambah sebanyak 0.2%. Antara 1994 hingga 2007, upah benar (real wages) berkembang hanya sebanyak 2.6% dalam sektor domestik, dan 2.8% dalam sektor eksport. Ini bermakna ia telah mendatar sepanjang tempoh 13 tahun itu.

CPF Pakatan Rakyat

CPF Pakatan Rakyat merupakan kerangka bagi pembinaan-semula negara-bangsa kita yang lebih segar dan kukuh yang dikemukakan jauh sebelum tibanya PRU ke 13. Ia adalah penyataan polisi bagi memimpin rakyat dan negara untuk keluar daripada krisis yang semakin memburuk.

Polisi-polisi ini diraih daripada kepatuhan kepada perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat yang akan mempertahan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman serta menjamin bahawa hak dan kehormatan asasi rakyat akan terus dipertahan dan dijunjung.

CPF secara jelas telah meneguh dan memperkukuh paksi-paksi penting Perlembagaan Persekutuan, yakni kedudukan Islam dan hak-hak kebebasan beragama bagi penganut lain, kedudukan 153 bagi keduduan orang Melayu dan bumiputera dan hak-hak asasi semua rakyat dan 152 kedudukan Bahasa Melayu sebagai lingua-franca, sementara penggalakan penguasaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua penting bagi memajukan komunikasi di peringkat global.

CPF juga sekaligus menggariskan empat dasar asasi untuk dimajukan kepada rakyat, iaitu; menjanjikan demokrasi yang telus dan tulen; ekonomi berprestasi tinggi yang mesra-rakyat; keadilan sosial dan pembangunan insan; hubungan kerajaan pusat-negeri dan dasar luar yang lebih berkesan dan bermakna.

Hakikat bahawa polisi-polisi ini dirumuskan hasil persepakatan daripada ‘perdebatan dan sumbang-saran’ dalam sebuah pakatan tiga parti, yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, adalah amat luar biasa dan mengkagumkan sekali. PAS bersama-sama DAP dan PKR telah mempertegas komitmen mereka kepada polisi-polisi bersama ini dan, pada saat yang sama, terus iltizam kepada pegangan ideologi mereka yang berbeza-beza dalam kerangka pentas parti masing-masing.

Permuafakatan Politik ini membayngkan satu kematangan dan pendewasaan yang memberi isyarat besar tentang kesedian Pakatan untuk terus mendakap serentak memahami tuntutan Politik Baru. Inilah kedatangan dunia baru yang ditunggu-tunggu rakyat. “Mereka tidak semestinya bersama kerana mereka cantik, tetapi jelasnya mereka menjadi cantik kerana bersama”.


Pakatan Rakyat serius dalam azam bagi ‘menunaikan janji-janji’ itu selepas polisi bersama tersebut digariskan. Tempoh 20 bulan lepas telah menyaksikan usaha yang tidak mengenal letih, walapun turut diakui bahawa ia bukanlah mudah dan tidak pula sunyi daripada kekurangan-kekurangan.

Dalam menggapai harapan dan aspirasi rakyat, maka Pakatan Rakyat menegaskan komitmennya untuk melaksana agenda politik baru itu dengan menggerakkan kuasa dan suara rakyat daripada semua kaum, agama dan budaya sebagai sebuah kuasa perubahan.

Perjuangan Islam PAS dalam kerangka CPF

Berlawanan dengan dakwaan bahawa PAS kini mengalami kelunturan dan pengenduran agenda Islamnya, kedudukan agenda Islamnya ssesungguhnya adalah lebih tegas dan kukuh lagi. Yang berbeza adalah olahan agenda Islam yang ditampilkan oleh PAS dalam muafakat politik Pakatan.

PAS mempertegaskan pelancaran pertentangan terhadap segala kebobrokan perkauman sempit Ketuanan Melayu tajaan Umno, salah guna kuasa yang berleluasa, penularan amalan rasuah, pembolotan kekayaan negara oleh segelentir suku-sakat pemimpin politik dan penafian hak rakyat teramai mengecapi khazanah kekayaan negara yang semuanya adalah bertentangan serta berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam dan tuntutan Keadilan oleh Syari’at Islam.

Perjuangan PAS mengenai kerajaan Islam dan demokrasi adalah unik dalam pengalaman politik Islam di pentas dunia. Berdasarkan politik majmuk Malaysia dan demografi pengundi yang bercampur-campur, pengalaman dalam usaha membentuk-persefahaman ini adalah unik dan luar biasa bagi parti Islam itu.

PAS kini menekankan peri pentingnya mewujudkan keadilan – yang merupakan matlamat utama dan serba mencakupi syariah Islam. Penyataan perjuangan politik Islam PAS dalam PR amat dikagumi dan disokong oleh semua, lalu menjadikan slogan ‘PAS Untuk Semua’, dan lambat laun ‘Islam Untuk Semua’ dicemburui oleh musuh tegarnya, iaitu parti perkauman, Umno.

PAS telah melangkah jauh dalam tempoh yang singkat selepas Mac 2008 untuk memahami bahawa ia tidak boleh sekali-kali membenarkan berulangnya PRU ke 11 yang menyaksikan parti itu menderitai ketewasan paling besar hanya selepas ia berjaya memimpin barisan pembangkang di parlimen satu penggal sebelumnya. PAS kini telah berjaya merangkapkan objektif strategik pilihan rayanya dalam kerangka PR yang lebih besar.

Parti itu juga telah berjaya mendedahkan kepalsuan rasa takut penganut agama-agama lain (Kristian, Hindu dan Buddha) terhadap Islam dan juga meruntuhkan tembok sempadan bangsa, agama serta budaya dengan memajukan politik saling menghormati dan saling memahami (Politik Li-ta’arafu).

PAS telah menampilkan kebijaksanaan dalam pendiriannya terhadap polemik besar tentang penggunaan nama Allah yang sengaja dibesar-besarkan oleh media umno/BN. PAS tidak akan terheret dalam kancah pemikiran sempit Umno. Sementara meletakkan pendirian yang jelas berdasarkan nas Al-Quran, PAS mengingatkan semua supaya jangan terperangkap dalam mainan politik jahat Umno memperlagakan isu pertentangan agama-kaum dan budaya.

PAS mahukan semua supaya tidak melampau dan agresif serta provokatif sehingga menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum-agama-budaya. Ini yang disanjungi Islam – Islam - Rahmatan Lil ’Alaamin.(Islam Rahmat Untuk Semua).

Rakan-rakan PAS dalam PR pula kini telah terbiasa dengan ayat-ayat lazim dalam al-Quran, malah hadis Nabi Muhammad SAW juga. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, secara terbuka mendambakan kepimpinan dan kerajaan baik zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dalam menjunjung amar-makruf dan nahi mungkar dalam pentadbiran negeri pimpinan beliau.

PAS seharusnya telah faham bahawa pendekatan berhemah dalam memajukan undang-undang jenayah Islam hanya boleh dilakukan melalui kerangka demokrasi dan peti undi, iaitu melalui penerangan hujah yang meyakinkan lantas menggamit mandat rakyat.

PAS perlu menghindari kesilapan lalu apabila ia dilihat seperti mahu memaksakan Islam kerana ini akan melemahkan dan merungkaikan semangat CPF Pakatan Rakyat, selain menyuburkan salah faham serta prajudis saki-baki terhadap parti Islam itu sendiri.

Sebagai sebuah parti Islam yang demokratik, PAS mesti meyakinkan orang lain bahawa ia berkewajipan mencapai objektif-objektifnya dalam kerangka proses demokrasi dan berparlimen di negara ini. Selain itu, ia juga perlu dicapai secara bertahap, bermula dengan menyediakan padang sama-rata bagi membolehkan strategi memenangi hati dan minda rakyat di peti-peti undi.

Inilah kebijkasanaan Politik Islam yang kini dipelupori oleh PAS yang sangat digeruni seteru tradisi politiknya, Umno, parti Melayu terbesar di dunia itu. Mereka mahu PAS kembali ke garis yang dipersepsi rakyat umum sebagai ekstreme dan sempit. Malang sekali Umno.

Pakatan Rakyat mempelawa seluruh rakyat Malaysia supaya beramai-ramai membina persefahaman baru di atas prinsip-prinsip keadilan untuk semua dan semangat perlembagaan yang tulen.

Inilah agenda masa depan kita. Ia mesti dilaksanakan sekiranya kita mahu memulihkan kehormatan, kebebasan dan maruah negara ini. Inilah juga jalan penebusan bagi dekad-dekad hitam lalu negara ini.

Pakatan Rakyat telah bersedia untuk perubahan itu. Anda bagaimana?

--------------------
Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Tuesday, January 5, 2010

Isu Perkataan Allah Dan Golongan Munafik

Keputusan 31 Disember tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi menutup tirai tahun 2009 dan membuka 2010 dengan penuh kontraversi. Mungkin tidak sehebat jet engine hilang atau gula naik 20sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini semenjak 1 Jan lagi.Saya boleh memahami mengapa ianya menjadi isu yang menarik, kerana di Malaysia apa sahaja yang berbau sensitif pasti akan menarik minat pihak tertentu, apatah lagi pihak tertentu mempunyai agenda tersendiri dalam keadaan mereka mendapati diri mereka sempit dan tidak boleh bernafas dengan kemunculan wajah baru politik Malaysia.

Malangnya ramai yang menjadi mangsa kepada golongan desperado ini. Walaupun mangsa golongan tersepit yang menggunakan isu kalimah Allah ini untuk survival politik mereka dieksploitasikan namun, garisan penghujahan jika diteliti berbeza antara yang berkepentingan dan mereka yang melihat secara objektif dalam permasalahan yang timbul.

Saya meneliti garis penghujahan yang menentang keputusan Hakim Lau tempoh hari mempunyai rasionalnya tersendiri dan perlu diambil kira pandangannya. Apa yang saya tidak berminat untuk melihat ialah pihak tertentu yang hanya mengambil kesempatan dengan apa yang ada dan sekaligus menunjukkan sikap hipokrasi mereka dan double standards yang memualkan lagi menjijikkan.

Kerana golongan hipokrit ini bahaya kepada pembentukan masa hadapan politik Malaysia saya terpaksa dedahkan topeng sebenar mereka yang jelas tidak konsisten dalam “perjuangan” mereka.

Antaranya ialah golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana “menggunakan Islam” untuk kepentingan. Cadangan ini menjadikan umat Islam marah kerana menganggap nama Islam itulah yang memberikan keistimewaan sesebuah pertubuhan untuk dikenali identitinya, sama jika ianya sebuah pertubuhan yang identitinya Kristian atau Buddha.

Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan. Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu.

Golongan ini jugalah yang tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja dan Persatuan Peguam Syari’e serta para ulamak tergesa-gesa membuat keputusan tentang hak penjagaan anak yang ibubapanya tukar agama mengikut agama asal ibu-bapa. Arahan ini adalah satu kebiadaban kepada undang-undang yang sedia ada kerana mereka telah mencampuri urusan Legaslatif yang tidakpun dibawa untuk berbincang.

Akhirnya Raja-Raja Melayu menolak untuk dibawa ke perbahasan kerana ia bertentangan dengan enakmen-enakmen yang tersedia ada di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak perlembagaan.

Begitu juga golongan ini yang menjadi parti pemerintah di peringkat Federal, masih belum mampu “menyebat” Kartika yang sudah puas menanti bilakah dia akan disebat, mereka mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, tetapi peruntukan undang-undang Islam yang sedia ada iaitu sebatan enam rotan ke atas Kartika yang rela disebat pun hingga hari ini tak dapat dijalankan?

Berlatarbelakangkan sikap golongan opportunis ini, seseorang tidak dapat menahan diri untuk bertanya mengapa kali ini mereka seolah-olah menjadi juara pula nak mempertahankan kalimah Allah supaya tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, bukankah usaha satu ketika dahulu membuang nama Islam kepada pertubuhan satu cadangan yang lebih teruk daripada isu kalimat “Allah?”

Kalau melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, apa halnya melarang orang Islam sendiri untuk menggunakan nama Islam kepada pertubuhan mereka? Kalau mereka mendakwa nama Allah akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?

Jika mereka mendakwa penggunaan itu akan menimbulkan keadaan tidak sihat, apa pula yang sihatnya kalau Kabinet dari parti sempit ini melanggar sempadan Legaslatif tanpa dibawa perbincangan?

Manakala garis penghujjahan seolah dilihat sama oleh mereka yang menentang penggunaan kalimat Allah, tetapi jelas matlamat dan kesempatan yang dicari darinya berbeza. Saya memahami beberapa argumen dari PGSRM, contohnya, begitu juga JIM dan Abim, mereka ini berhujjah secara objektif dan jauh dari penghujjahan golongan sempit perkauman dan provokatis dan mereka yang sama waktu dengannya.

Respons kepada keputusan Hakim Lau secara spontan dibalas dengan logic perundangan. Saya memahami intepretasi artikel 3, artikel 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A), bagi saya itu adalah aspek penghujahan berperlembagaan yang praktikal dan ada local standinya. Terpulanglah sejauhmana hujah rayuan nanti yang akan dinilai secara perundangan dengan ruh perlembagaan dan adat resam sebagai latarnya.

Bagi saya kumpulan ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab cuba memahami intepretasi peruntukan Perlembagaan dengan cara yang professional. Ini akan membantu mematangkan kefahaman kita kepada Perlembagaan Persekutuan yang sifatnya sentiasa terdedah kepada makna-makna baru bagi membuktikan ianya memang satu dokumen besar rakyat ini yang tanpanya tiadalah Malaysia hari ini.

Ada satu lagi masalah yang perlu digarap iaitu, apakah hukum Islam dalam penggunaan kalimat Allah bagi bukan Islam. Dalil yang menunjukkan keharusannya lebih kukuh daripada mengharamkannya. Ini adalah kerana untuk mengharamkan sesuatu ia perlu kepada ketegasan tanpa ta’wilan, manakala yang mengharuskannya, tidak pula ada ta’wilan kepadanya seperti dalam surah Az Zukhruf ayat 87-89. Oleh itu tanpa niat dan alasan menghina kalimat Allah hukum menurut Islam tiada halangan.

Adapun apakah makna dan mafhum Allah itu adalah akademik dan terdedah kepada wacana yang penghujungnya akan membuktikan konsep ketuhanan masing-masing jika ada pun perdebatan. Tanpa perdebatan pun pandangan tentang maksud “Allah” menurut fahaman masing-masing adalah dalam hal rumahtangga masing-masing “La Ikraha Fid Din”

Andaian-andaian tentang kekeliruan nanti, usaha menyebar dan pengaruh agama Kristian hanyalah kebimbangan-kebimbangan yang memang biasa kerana mahu mempertahankan agama masing-masing, namun kebimbangan tidak mampu menyelesaikan masalah, yang perlu ada kepada umat Islam ialah KEYAKINAN DIRI DAN KEIMANAN bahawa bukan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian yang akan melemahkan kita tetapi persoalannya apakah Tauhid dan Penghayatannya telah benar meresap ke dalam jiwa umat Islam, bagi saya kelemahan untuk menghayati makna Tauhid dalam kehidupanlah yang perlu dibimbangi oleh umat Islam!

Apa sikap saya? Saya mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dari segi syara’ tiada masalah, tetapi saya turut menghormati perlembagaan dan peruntukannya dalam memberi hak kepada sesiapa untuk mempertahankan pandangannya secara perundangan, tetapi yang pasti saya amat membenci golongan “munafiq” yang berhujah “atas kebenaran” untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.

Saya lebih sedih ramai yang menjadi mangsa. Lagipun pertembungan perundangan belum berakhir, kita tunggu dan lihat, pada waktu yang sama

“JAGA-JAGA DARI KUMPULAN MUNAFIQ YANG MENCARI MANGSA YANG TIDAK BERDOSA”

, Ahli Parlimen Parit Buntar, AJK PAS Pusat

Nama Allah: Umno didakwa cuba membeli masa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dilihat seolah-olah cuba melengah-lengahkan usaha mengfailkan rayuan berhubung larangan orang bukan Islam dari menggunakan kalimah ‘Allah’.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Umno dalam isu kudeta Perak dilihat begitu pantas mengemukakan rayuan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

“Persoalan pertama kenapa KDN yang diketuai oleh Naib Presiden Umno (Hishamuddin) lambat mengemukakan rayuan...pada hal dalam kes politik perak hari ini yang memutuskan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, Umno (dan) BN terus buat rayuan,” ujar Mahfuz (Gambar) ketika dihubungi pagi tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap tindakan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno itu sebagai suatu mengapi-apikan sensitiviti umat Islam, khususnya masyarakat Melayu agar mereka bersatu dan kembali melihat parti perkauman itu sebagai pembela bangsa dan agama.

Ujar Mahfuz lagi, Umno dilihat seolah-olah ghairah menggunakan media cetak dan media elektronik demi menyempurnakan agenda politik Umno tersebut.

“Kita lihat media cetak arus perdana yang berada di bawah kawalan KDN yang menterinya Hishammudin berserta media eletronik yang berada di bawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini dalam menyempurnakan agenda umno,” jelasnya.

“Pada hal, kalau Umno mahu kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja, dia boleh aturkan dari awal lagi (supaya) kes ini dibicarakan (oleh) Hakim yang ada jiwa Islam.”

Tambahnya lagi, tektik licik Umno tersebut tersebut sebenarnya demi memperbaiki kepercayaan rakyat terhadap partinya.

“Bukankah Ketua Hakim Negara adalah ahli Umno yang boleh pastikan hakim yang berjiwa Islam untuk mengendalikan kes ini...saya percaya apabila isu ini sudah cukup panas, Umno secara tidak langsung akan dilihat (sebagai) juara.

“Rayuan akan dibuat (oleh) Umno (lalu) mahkamah yang bersidang dijangka membatalkan keputusan mahkamah tinggi... Umno pun akan dabik dada (mengatakan bahawa) dialah yang mampu pertahankan Islam,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz berkata, isu tersebut berjaya menenggelamkan beberapa isu berbangkit seperti kehilangan enjin jet, kenaikkan harga gula dan makanan rutin, ketirisan Bajet bernilai RM28 bilion, kerajaan hadiah rumah bernilai RM12 juta kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sebagainya.

Semalam, dilaporkan KDN akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah supaya Gereja Katholik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

Tindakan KDN itu selepas beberapa pertubuhan Islam dilaporkan media arus perdana, melancarkan demontrasi serta menyerahkan suatu memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan KDN itu selepas beberapa pertubuhan Islam melancarkan demontrasi serta menyerahkan suatu memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di kalangan kepemimpinan PAS pula, ada yang bersetuju dengan tindakan kerajaan dan sebaliknya.

Selagi mahkamah tidak mempercepat perbicaraan kes tersebut, selagi itu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan atas sensitiviti umat Islam dan bukan Islam.

Monday, January 4, 2010

Allah, NamaMu Ku Sayang, HukumMu Ku Terajang!!"

Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.


Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.

Harga Diesel dan Petrol Dijangka Turut Naik

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti .Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.

Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan.

Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum.

Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku.

“Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”katanya.

Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

jerangkap samar umno

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.Macam mana pula, bu kankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?

Agaknya begini…

SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.

Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.

Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.

PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.

Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.

Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.

PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?

Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa?

Search This Blog