Saturday, February 14, 2009

islam, ilmu, amal dan parti.

assalamualaikum...kita manusia di beri satu sifat iaitu suka memilih. kalau nak beli atau buat sesuatu pekerjaan kita mesti memilih untuk beli atau buat yang terbaik. sifat ini ada pada orang yang guna akal untuk memilih. ada satu lagi golongan suka juga memilih, tapi pilih benda yang tak baik. golongan ini ada akal tapi tak digunakan akal dengan betul. kenapa tak betul sebab nak guna akal mesti ada ilmu. tapi ada pulak yang ada akal, ada ilmu tapi masih tak pilih dengan betul lagi, sebab apa...sebab tak mahu beramal dengan ilmu yang dia ada itu tadi. walau ada akal dan ilmu masih tak mahu guna untuk pilih yang betul. sebab apa, sebab cintakan dunia. takut hilang kedudukan dan kemewahan jika pilih yang betul atau untuk menyatakan yang betul.

jika kita membuat amalan contohnya solat maka kita mestilah mempunyai ilmu untuk menunaikan solat. pokoknya, kita mesti tahu apa yang akan kita lakukan. jadi untuk solat, kena lah tahu rukun dan syarat-syaratnya sebelum bersolat. sebelum solat kena berwuduk. untuk berwuduk kena pula tahu rukun dan syarat-syarat berwuduk. jadi kalau rukun-rukun dan syarat-syarat tu tadi kita tak pasti, maka solat pun jadi tak sempurna.

samalah juga dalam soal berpolitik. kita kena guna akal dan ilmu untuk mencari amalan dan pegangan politik yang betul. dalam konteks kita sebagai umat muhammad s.a.w, politik yang mendapat kerehdaan allah di dunia dan akhirat. bukan politik untuk dapat habuan didunia saja.

jadi, politik dalam islam adalah melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah keluarga, negeri atau negara dengan berlandaskan al-quran dan hadis. bukan berlandaskan undang-undang atau perlembagaan ciptaan manusia seperti perlembagaan ciptaan LORD REID. tapi ada orang kata, malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum, macam mana nak laksana undang-undang islam. senang saja jawapannya. dunia dan makhluk dalam alam semesta ini ciptaan siapa? al-quran diturunkan oleh siapa? jadi kalau penciptanya sama sudah pasti semua ciptaan dan kejadian itu adalah yang terbaik sebab allah maha mengetahui. allah yang mencipta segalanya sudah pasti semua ciptaan dan perintahnya itu adalah yang terbaik buat kita makhluknya. ada sesiapa yang berani kata undang-undang ciptaan manusia lebih baik dari undang-undang allah?

sama juga dalam soal memilih wakil rakyat kita. dalam konteks kita sebagai umat islam mestilah memilih wakil yang ingin melaksanakan islam. untuk pilih wakil yang ada cita-cita dan asas perjuangan begini, pastilah mereka dari parti yang menjadikan islam asas perjuangan. bukan parti yang memperjuangkan bangsa. yang mana ahlinya pun ikut bangsa. macam umno, parti orang melayu. orang cina, india atau iban tak boleh. tapi PAS walau apa bangsa pun boleh asalkan islam.

melaksanakan pemerintahan ikut perintah allah adalah wajib buat semua yang mengaku islam. sebab kita dah mengaku dan berikrar bahawa "tiada tuhan yang disembah melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah". jadi kalau kita mengikut undang-undang selain dari undang-undang allah, maka siapa kita? malah ada yang kata undang-undang islam dah lapuk dan tak sesuai untuk masyarakat majmuk di malaysia. undang-undang allah tak sesuai? murtad lah orang yang berkata sedemikian. sama lah juga dengan orang yang memperjuangkan undang-undang selain undang-undang allah yakni al-quran dan sunnah.

sebab tu dalam soal memilih kena guna ilmu dan akal, lepas tu bila dah pilih kena amalkan atau guna pilihan itu. samalah dalam soal memilih parti. kalau parti tu terang-terang tolak islam kenapa nak pilih? mungkin sebab tak ada ilmu. kalau tak ada kena cari lah. tapi macam dikatakan di awal tadi, ada yang dah ada ilmu tu, tapi takut nak guna sebab takut hilang pangkat dan kemewahan. golongan ini adalah ilmuan fasik. ada ilmu tak nak guna. sama macam orang yang pakai seluar pendek, mereka ini adalah golongan fasik, sebab dah tahu hukumnya haram pakai seluar pendak sebab tak tutup aurat, tapi masih pakai jugak. itu lelaki, perempuan pula bila tak pakai tudung. bukan tak tahu rambut tu aurat. tapi masih tak bertudung. ada suami pun tak boleh nak perintah untuk tutup aurat. kalau ke atas isteri pun dah tak boleh untuk dilaksanakan perintah allah, macam mana nak perintah negara atau negeri? pemimpin macam ni ke kita nak pilih dan agung kan? parti yang mempunyai pemimpin beginikah yang kita nak pilih.

wahai pembaca semua, ketepikan keegoan kita. fikirkan sejenak. bila kita mengucap dua kali masyahadah dan pada masa yang sama menolak perintah allah, maka siapakah kita disisi allah.
dan ingatlah bahawa ilmu itu akan jadi ilmu hanya bila kita beramal dengan ilmu itu, dan untuk beramal mestilah berilmu barulah amalan itu diterima. jadi untuk memilih gunakan lah ilmu. wassalam.

Harga minyak AS$34.26 setong-mana janji

LONDON - Harga minyak mentah ditutup rendah melepasi paras AS$34 setong (RM122.55) di New York semalam berikutan sentimen negatif pelabur berhubung pengumuman simpanan stok minyak besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS).

Kontrak hadapan minyak mentah New York bagi penghantaran Mac menokok 28 sen (RM1) kepada AS$34.26 (RM123.50) setong selepas ia dibimbangi mencecah AS$32.20 (RM116) iaitu paras terendah dalam tempoh lima tahun seperti yang berlaku pada 18 Disember tahun lalu.

Sementara itu, minyak mentah Laut Utara Brent bagi penghantaran April jatuh lapan sen untuk ditutup pada AS$45.95 (RM165.61) setong di London semalam manakala kontrak Mac minyak itu berakhir kelmarin.

Harga rendah itu berikutan krisis ekonomi global yang mengurangkan permintaan selepas harga minyak Brent dan New York mencatat rekod tertinggi melebihi AS$147 (RM530) Julai lalu. - AFP

hari tu kerajaan kata akan kaji harga minyak tiap-tiap bulan, tapi rupa-rupanya kerajaan kita ni ada sifat panas-panas tahi ayam. atau ada sifat pelupa seperti kata Tun Mahathir...umno mudah lupa. betul lah macam orang kata. puak-puak ni hanya pandai tabur janji, tapi tak pandai tunaikannya. tambahan pula bila dah kalah pilihanraya. bila menang pun tak ditunaikan janji yang dibuat masa kempen pilihanraya, kalah lagi lah pulak. contohnya janji untuk bantu masjid-masjid di permatang pauh tempohari, sampai hari ni masih tak sampai-sampai. bila disiarkan dalam akhbar, habis dirampasnya akhbar itu.

lepas tu janji untuk pembangunan yang tak pernah dilihat akan di bawa ke terengganu masa PRU 11 dulu. sampai hari ni memang tak dapat dilihat pun. yang nampak hanyalah masjid kristal, kapal layar, stadium dan replika bangunan yang tak berapa menguntungkan rakyat tapi membuat seorang dua bertambah kaya...nak tahu sapa...lu fikir lah sendiri.

Friday, February 13, 2009

Najib Cakap BN Sedia Berubah (Menjadi Lebih Brutal)



 Macam tak percaya. Wow! Ini sudah cukup bagus. Setelah apa yang terjadi di Perak, Najib cakap kerajaan BN sedia berubah. Katanya kerajaan sedia meneliti semula dan membuat perubahan sewajarnya terhadap dasar-dasar kerajaan. Satu kali banyak bagus. Dua kali baca bagus juga. Tiga kali baca sungguh tak bagus. Kerana nampaknya dasar yang diteliti dan perubahan yang dibuat adalah menggunakan cara brutal.

Selepas Perak, tiba giliran Kedah. Cepat sungguh depa bertindak. Politik apa nak panggil ni yek. Kegilaan yang dihasilkan oleh Najib disambung pula ke Kedah. Akibatnya Adun Bukit Selambau tidak lagi tahan dengan ugutan terhadap keluarganya dan bertindak untuk meletakkan jawatan. Ternyata ia memberi tamparan yang pedih kepada orang Melayu Islam terutamanya. Ternyata orang bukan Islam lebih bermaruah daripada orang Islam itu sendiri. Nampaknya bersiaplah pula kita untuk pilihanraya kecil di Bukit Selambau pula. Namun yang menjadi persoalan pada kita siapakah yang dapat menghentikan pemimpin kita dari bertindak gila dan lebih gila lagi kerana wang dan kuasa?

Sementara itu, sambutan orang perak terhadap Menteri Besar yang baru cukup hangat. Sama seperti di tv-tv dan media utama yang cukup hebat memutar belitkan keadaan, ianya memang cukup hebat sehingga tidak pernah seorang MB menteri sambutan sedemikian rupa. Sehingga tidak pernah dalam sejarah Malaysia seorang Menteri Besar diberikan hadiah batu nesan dan bunga kuning sembahyang kubur oleh warga Tionghua malam kelmarin di Ipoh. Jangan cari berita ini di dalam Utusan Melayu, Berita Harian, Tv3 dan rtm. Ini kerana rata-rata pada mereka rakyat Perak telah menemui kebenaran yang azali dan menyambut baik MB besar baru bagaikan sebuah pewira.(uweekk!)

Sementara itu, di Jelapang masyarakat Cina di sana telah melakukan tindakan yang drastik sekali dengan memboikot daripada menjual barang-barang pasar kepada keluarga Hee. Pada mulanya mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan Hee itu di depan rumah keluarga beliau, tetapi akhirnya membatalkannya selepas dinasihatkan oleh ketua DAP kawasan. Ia telah ditukarkan kepada kawasan pasar berkenaan. Ternyata Hee telah bertukar menjadi musuh wanita nombor wahid di kawasan tersebut. Kesian Hee kerana pemergiannya kerana tidak dilantik menjadi exco negeri telah memakan diri sendiri. Selamat berjaya menjadi exco kerajaan Perak yang baru Ms Hee.


Sementara itu dalam perkembangan yang lain, Timbalan YDP Pas Beruas telah ditangkap. Tuan Hj. Nazeer Hamid, yang juga merupakan Penyelia DUN Pengkalan Baru merupakan lelaki yang berbaring sambil memegang bendera diatas jalan, ketika konvoi Sultan melalui jalan ke Istana Iskandariah.

Tidak ketinggalan juga, jutaan penghargaan daripada saya mewakili rakyat Malaysia buat blogger-blogger Perak yang sanggup bermandi embun di kediaman MB untuk memberikan maklumat-maklumat terkini. Oleh kerana pengorbanan kalianlah, kami tidak perlu meneguk titisan maklumat daripada utusan meloya dan tv3 suku yang bagaikan cacing kepanasan dua tiga hari ini. Ternyata kegilaan media-media pimpinan kerajaan ini sanggup melakukan apa sahaja demi pemimpin-pemimpin mereka. Lawan tetap lawan!

Najib Perdaya Istana Untuk Rampas Kuasa Di Perak

Dilulus terbit pada Friday, February 13 @ 16:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh: Pendekar Pasir Salak.  Akhirnya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum ke 12 lalu tumbang. Bukan kerana rakyat menolak atau bukan kerana kerajaan Pakatan Rakyat khianat atau menyeleweng tetapi akibat angkara ala mafia yang didalangi oleh Najib, Zahid Hamidi dan Tajol Rosli. Sedangkan tegaknya kerajaan Pakatan Rakyat adalah hasil pilihan rakyat melalui undi bukan dengan cara tidak bermoral dengan membeli, mengugut dan merasuah wakil rakyat supaya melompat parti seperti haiwan di hutan.


Atas dasar apakah Najib mendakwa dan mengumumkan secara tergesa-gesa bahawa UMNO/BN sudah mendapat majoriti untuk merampas Negeri Perak dari Kerajaan Pakatan Rakyat? Dimanakah majoriti yang dikatakan itu? UMNO/BN 28 kerusi, Pakatan Rakyat 28 kerusi dan Bebas (parti lidah biawak) 3 kerusi (1 DAP dan 2 dari PKR). Bebas bukan parti komponen BN, Setakat 3 orang itu mengatakan bahawa mereka menyokong kerajaan haram BN tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapat majoriti. Mengapa ketiga-tiga orang itu tidak terus masuk UMNO dan MCA? Apakah UMNO/BN pun tidak berapa percaya dengan 3 ekor biawak yang cakap berbelit-belit dan tidak punya pendirian ini? Atau apakah ini sebagai muslihat yang dirancang antara Najib dan 2 ekor biawak (dari PKR) ini di Pekan Pahang semasa dikatakan hilang selama 5 hari dulu?

Adun Bebas tidak punya apa-apa perjanjian bertulis dengan UMNO/BN untuk mengesahkan mereka adalah penyokong kerajaan haram BN, sekadar kata dimulut saja, ianya mungkin boleh berubah bila-bila masa saja. Mereka berdua pernah ditangkap atas tuduhan rasuah dan juga atas angkara puak UMNO yang memerangkap mereka (mengikut kata mereka berdualah). Bagaimana agaknya 5 orang Adun PAS dan 5 orang Adun PKR menyatakan bahaw mereka juga menyokong kerajaan haram BN tanpa perlu keluar dari parti mereka, adakah Najib akan mendakwa mendapat majoriti 10 kerusi kerana Adun-adun dari pembangkang itu menyokong kerajaan haram BN di Perak?

Pelik, ketika YAB Nizar mengadap Sultan Perak, sudah ada tanda-tanda yang Istana bersetuju untuk membubarkan Dewan tetapi setelah Najib mengadap dan membawa kesemua Adun BN dan Adun Bebas mengadap, Sultan terus berubah dan mengarahkan Nizar dan kesemua Exco pakatan Rakyat meletakan jawatan secara tiba-tiba. Mengapa dan kenapa? Apakah benar desas desus mengatakan Istana ditawarkan rm50 juta dan projek besar sekiranya bersetuju untuk tidak membubarkan Dun apatah lagi semua rakyat Perak malahan seluruh Negara tahu bahawa banyak projek besar di Perak adalah kepunyaan syarikat milik kerabat istana Perak termasuk milik Raja Muda. Apakah jika istana menolak tawaran Najib ini dan terus membubarkan Dewan maka Sultan dan Raja Muda juga akan diculik atau dihantar C4 ke istana oleh Najib?

Selain dari itu juga, desas desus lain pula dikatakan Najib telah mengungkit takhta Sultan Perak kerana umum mengetahui bahawa Sultan sekarang dan kerabatnya bukanlah pemilik takhta yang sah dari segi undang-undang tubuh asal Negeri Perak. Raja yangs ah ialah keturunan Raja Di Hilir Perak, tetapi pindaan telah dibuat oleh Sultan Perak semasa menjadi Agung dulu dengan sokongan UMNO walaupun tanpa persetujuan kerabat Di Raja Perak. Najib dikatakan telah mengugut Sultan untuk membongkar kes ini semula jika Sultan berhasrat untuk membubarkan Dewan.

Kenyataan pihak UMNO/BN dan Mufti Perak bahawa tindakan Sultan mengikut undang-undnag untuk memberikan keadilan kepada rakyat Perak juga adalah satu pembohongan dan pengkhianatan. Bagaimana dengan cara memaksa rakyat Perak menerima kerajaan haram BN secara merampas kuasa dengan memperalatkan Sultan itu dikatakan satu keadilan? Perlu diingat, untuk memilih kerajaan adalah hak mutlak rakyat, bukan hak UMNO, bukan hak istana dan bukan hak Sultan untuk menentukanya. Istilah derhaka kepada Sultan tidak timbul kerana dalam kes ini Sultan lah yang sebenarnya telah derhaka kepada rakyat Perak terlebih dahulu. Tiada dosa rakyat kepada Sultan sekiranya Sultan hanya mementingkan takhta, projek dan hasutan puak luar dari negeri Perak (Najib). Sultan sepatutnya menerima nasihat Menteri Besar bukanya dari Najib. Kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat Perak tidak boleh dipersalahkan jika tidak menghormati Sultan kerana Sultan juga telah tidak menghormati hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan yang mereka fikirkan mampu untuk mentadbir negeri Perak, bukan dengan cara ala Mafia. Jika dituduh sebagai penderhaka, UMNO Terengganu lebih teruk derhakanya dengan memanggil Sultan Terengganu sebagai “binatang” satu ketika dulu dan tiada kedengaran dalangnya ditangkap dan didakwa walaupun UMNO Pusat dan Negeri serta pihak polis tahu siapa yang punya angkara itu. Begitulah hebat dan kebalnya UMNO dari undang-undang.

Apakah Mufti dan istana tidak tahu bagaimana caranya Najib dan UMNO menggunakan cara Mafia untu mengugut 2 Adun dari PKR itu? Apakah ini cara Islam wahai Dato Mufti? Apakah apbila Sultan itu kaki arak, kaki judi dan kaki perempuan juga wajib ditaati? Inilah Mufti cari makan dan jaga pangkat. Jika kedua-dua Adun PKR dan dari Bota itu ingkar, pasti apa yang telah berlaku pada Altantuya akan berlaku kepada ketiga-tiga orang Adun itu.

Sekarang apa sudah jadi, akibat angkara Najib, Zahid Hamidi dan Tajol Rosli yang Berjaya memperdayakan pihak istana, negeri Perak sudah menjadi kucar kacir. Jika Sultan mendengar nasihat Dato’ Sri Nizar, sudah pasti semua ini tidak akan berlaku. Kini Najib, Zahid, Tajol dan semua puak UMNO ketawa besar kerana berjaya memporak-porandakan kerajaan Pakatan Rakyat dan berjaya melaga-lagakan istana dengan rakyat Perak.

Sultan mesti kembali kepangkal jalan. Perbetulkan semula kepincangan yang berlaku akibat angkara Najib dan sekutunya. Istana boleh mengeluarkan titah untuk mengharamkan Najib, Zahid, Tajol dan 2 ekor biawak itu dari menjejakan kaki mereka di bumi Perak kerana merekalah punca segala angkara ini dengan memperbodohkan pihak Istana demi untuk kuasa dan kepentingan politik UMNO yang menunggu masa untuk mampus itu. Bubarkan Dewan dan berikan semula mandat kepada rakyat Perak untuk memilih kerajaan yang mereka mahu. Inilah jalan yang sebenarnay jika benar Sultan Perak adalah pakar undang-undang dan seorang yang adil, jika tidak, jangan marah jika rakyat derhaka dan tidak menghormati Istana lagi kerana Sultan sendiri yang mengajar rakyat supaya derhaka dan tidak hormat pada baginda.

Kenyataan sesat lagi syirik pemimpin UMNO dengan tak boleh hina Raja, kena patuh keputusan Raja, tarik taraf kerakyatan, ISA, haramkan masuk ke Perak adalah satu kenyataan seolah-olah memuliakan dan meletakan kedudukan Raja melebihi Allah dan Rasul. Tapi apabila puak UMNO sendiri yang makihamun Raja, ingkar perintah Raja, tak timbul pula kenyataan sesat seperti ini dari pihak UMNO? Ini bumi Allah bukan bumi UMNO. Tiada siapa makhluk yang berhak menghalang makhluk lain untuk bergerak bebas di bumi ciptaan Allah ini. UMNO lah golongan derhaka pada Allah dan Rasul yang sepatutnya keluar dari bumi Allah ini. Buat bumi sendiri dan reka rezeki sendiri.

Sekiranya isu DAP mempunyai lebih kerusi Exco sehinggakan menenggelamkan suara Exco dari kaum melayu (PAS dan PKR), Sultan boleh bagi syarat sekiranya dibubarkan Dewan dan Pakatan Rakyat menang mestilah Exco 60% Melayu (PAS + PKR) dan 40% DAP, dan rasanya ini tidak akan menjadi masalah. Perlu diingat sepanjang UMNO/BN mentadbir Perak, 70-80% ekonomi dipegang oleh kaum Cina yang didalangi oleh pemimpin UMNO untuk poket dan buat harta. Puluhan ribu ekar tanah rezab Melayu ditukar status kepada “bebas” untuk dimajukan oleh kaum bukan Melayu. Orang Melayu diusir ke kawasan pendalaman. Apakah UMNO ingin menipu sejarah ini? Pulau Pinang, apa sudah jadi dengan Melayu sepanjang diperintah oleh sekutu UMNO iaitu parti Gerakan? Melainkan merempat dan diusir ke kawasan jin bertendang. Angkara siapa semua ini? Pakatan Rakyat?

Ingatlah, Jenayah, rasuah, penipuan, kezaliman dan kemungkaran Najib sudah sampai ketahap maksima sekarang ini. Jangan sampai sehingga ada kalangan ustaz, tok guru atau ulama mengeluarkan kenyataan bahawa darah Najib itu HALAL, tapi tidak mustahil itu akan berlaku.

Walaubagaimanapun percayalah wahai orang-orang yang beriman (bukan orang UMNO), apabila kezaliman sudah sampai ketahap maksima dan kemuncaknya, pasti Allah akan menghancur dan melaknat golongan itu dengan sehina-hinanya. Apa yang berlaku sekarang ini adalah antara tanda-tanda yang UMNO akan hancur dan dilaknat serta dikutuk oleh semua makhluk di bumi dan di langit.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau serentak 7 April


[DIKEMAS KINI, 1.15 TENGAH HARI] PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau diadakan serentak pada 7 April ini.

Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan 29 Mac.

Ia diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.

Rarikh writ dan notis pilihan raya masing-masingnya akan dikeluarkan pada 16 Februari dan 17 Februari ini.

Siapa sebenarnya penderhaka?

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah ebenar siapa penderhaka sebenarnya.

Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno.

"Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya.

Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, ujarnya.

Lebih trajis lagi kisah pertabalan Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan kes ini berlaku di Ketereh yang dipimpin oleh Dato' Seri Annuar Musa namun bekas Adun Kok Lanas itu tidak didakwa, katanya

Masih segar dalam ingatan, perkatan 'natang' (binatang) ketika Umno Terengganu khususnya Dato' Seri Idris Jusoh mempertikai perkenan Sultan melantik Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

Namun sehingga kini Idris dan konco-konconya yang melakukan demonstrasi haram selepas piliahan raya umum 8 mac lalu tidak didakwa, tegas Kamarul yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan.

"Kes-kes yang disebut itu tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib khasnya pihak polis pimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jawapannya mudah kerana mereka pemimpin Umno. Sungguh kebal pemimpin Umno sehingga PDRM pun tak berani mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Mengulas kes Pakatan Rakyat di Perak, Kamarul berkata, kepimpinan di sana bukan tidak akur kepada Sultan Perak, cuma cara yang dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah berat sebelah.

"Mengapa Sultan Perak tidak menyokong untuk membubarkan Dun? dan mengapa pula Sultan Azlan cukup patuh dengan kehendak dan nasihat Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia?," soalnya.

Majoriti rakyat mahukan satu proses keadilan yang jelas kerana apa yang sedang berlaku ini bercanggah dari segi Perlembagaan, katanya.

Cara yang dibuat oleh Umno dan keputusan Sultan Perak menjadi pertikaian sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah mempelekehkan Raja atau tidak patuh kepada Raja, katanya.

"Kenapa Umno tidak sanggup menunggu Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk membuat dan usul undi tidak percaya?" soalnya lagi.

Sejarah terbukti pemimpin Umno lah yang telah melondehkan maruah Raja Melayu, menjahanamkan maruah bahasa Melayu dan memecahbelahkan bangsa Melayu, tegas Kamarul.

"Sekarang mereka gegak gumpita mahu menghukum Nizar dan Karpal Singh pula," katanya.

"Sayang pada Sultan Perak yang ditunjukkan oleh Umno dalam kes 'Rampasan Kuasa' di Perak hari ini sebenarnya bagaikan tanam tebu dibibir mulut sahaja.

"Pendirian Pakatan Rakyat sememangnya cukup jelas iaitu mahu mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah institusi Raja Berperlembagaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. _

Oil tumbles below US$34 a barrel on economic fears

COLUMBUS, Feb 13 — Oil prices slid to a new low for the year yesterday because of growing doubts that the US$789 billion (RM2.8 trillion) stimulus package will reinvigorate the economy and demand for energy.

Crude supplies in the US reached an 82-week high last week, according to the Department of Energy, showing just how far demand has fallen.

Retail gas prices, meanwhile, reached a new high for 2009 yesterday and appeared headed back to US$2 a gallon as refiners cut back on production.

Light, sweet crude for March delivery tumbled US$1.96, more than 5 per cent, to settle at US$33.98 a barrel on the New York Mercantile Exchange.

Since Monday, the price for a barrel of oil has fallen nearly 20 per cent. Crude last settled below US$34 two months ago.

pemuda cheh- wahai pak shahril samad. bila nak kota kan janji untuk turunkan harga minyak. hari tu janji kalau minyak bawah paras usd39 nak turun kan harga minyak. nak tunggu PRK dua bukit kot baru nak turun?

Kajian ke-2: Penduduk mahu DUN Perak bubar

Harakahdaily
Fri | Feb 13, 09 | 12:45:36 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Kini tampil pula kajian pendapat umum kendalian Merdeka Cente selepas kajian dibuat Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berhubung kemelut yang berlaku di Perak dan memperolehi keputusan yang sama - majoriti penduduk Perak mahu DUN dibubarkan.

Iklan

Dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center.

Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.

Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak dan seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang Adunnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu

Thursday, February 12, 2009

Siapa beradab dan siapa khianat?

FEB 11 — Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.

Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato' Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato' Zainal Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.

Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.

Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan. Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.

Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.

Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.

Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini. Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.

Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang memanggil DYMM Sultan Terengganu “natang” (binatang)? Melayu hari ini tidak mudah lupa. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.

Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa.

Najib, Belum Di Siasat Tetapi Didapati Tidak Terlibat Dalam Kes Altantuya



"KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia. Kini ada undang-undang baru yang telah dipinda oleh pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM).

Ia berkaitan dengan mana-mana individu yang melakukan jenayah atau suspek dalam kes-kes jenayah tertentu maka mereka akan didapati tidak bersalah sebelum disiasat polis. Dengan syarat, mereka itu perlu mendaftar menjadi ahli "UMNO" dan sekurang-kurangnya memegang jawatan sehingga ke peringkat Timbalan Presiden UMNO.

Inilah bertuahnya rakyat Malaysia yang bernama Najib Razak sebenarnya. Begitu jauh bezanya dengan Timbalan Presiden UMNO yang bernama Anwar Ibrahim dulu, beliau sudah didapati "bersalah" sebelum pihak polis menjalankan siasatan.

Heboh disana sini, Anwar dikatakan terlibat dengan "liwat", bahkan media arus perdana beriya-iya mewar-warkan berita itu. seolah-olah Anwar sudah bersalah. Sedangkan beliau belum lagi disiasat hatta dibicarakan sekalipun. Apa bezanya Timbalan Presiden UMNO Anwar dan Najib, jawapannya cukup mudah.

Anwar menentang Presiden dan dipecat dari ahli UMNO, manakalan Najib pula mengampu Presiden dan bakal menjadi Presiden UMNO. Maka, mana mungkin beliau harus didakwa dan dipersalahkan. Secara tidak langsung Najib kini berjaya miliki "Imuniti" yang selama ini hanya dimiliki oleh raja-raja Melayu.

Maknanya disini, tiada lagi undang-undang dalam negara kita yang boleh menyekat Najib untuk berbuat apa sahaja yang beliau mahu. Justeru itulah kita tidak hairan bila beliau naik dan ditabalkan menjadi Perdana Menteri nanti, memang berbagai lagi keanehan, keistimewaan dan kezaliman yang bakal kita saksikan di depan mata kita tidak lama lagi. Keistimewaan dan kekebalan Najib dari undang-undang ini juga jelas dapat dilihat dalam Kes Pembunuhan Altantunya.

Biarpun majoriti rakyat Malaysia bahkan puak-puak UMNO sendiri pun memang percaya Najib terlibat dengan kes itu. Apatah lagi jika ditanya kepada rakan-rakan atau sahabat taulan yang bekerja di Kementerian Pertahanan era Najib Razak, sesungguh mereka memang percaya dan akui beliau terlibat dalam kes itu. Bahkan namanya juga telah beberapa kali disebut dalam mahkamah.

Namun anehnya semalam ketika perbicaraan Raja Petra, DSP Gan Tack Guan berkata bahawa Najib Razak memang tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Maka itulah pihak polis tida perlu untuk mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes hasutan yang melibatkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin. Rujuk Artikel dibawah ini:-

"Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol itu berkata, ini kerana siasatan polis mendapati Timbalan Perdana Menteri itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Beliau (Najib) tidak dipanggil untuk memberi keterangan setelah segala siasatan pihak polis dijalankan dan mendapati beliau tidak terlibat dalam kes ini," katanya. "Saya maksudkan kes yang sedang berjalan di hadapan mahkamah ini tidak perlu siasat Najib walaupun nama beliau ada disebut dalam kandungan lampiran A (artikel Let's Send the Altantuya Murderers to Hell).

"Dalam proses penyiasatan kita perlu lihat pembabitan seseorang. Kena ambil kira semua itu. Semua saksi sememangnya penting tetapi dalam kes ini, Najib tidak terbabit langsung jadi tidak perlu ambil keterangan beliau," kata Gan.

Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor, membantah soalan Gobind yang menurutnya cuba membawa elemen politik kerana saksi kelima itu tidak mempunyai kuasa untuk memberi jawapan terhadap soalan berkenaan. "Saksi adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya pegawai penyiasat jadi beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang cadangan bagi proses pendakwaan," katanya. [laporan media arus perdana]

Bukankah ianya amat mengelirukan, bila pihak polis mengatakan Najib Razak tidak bersalah sedangkan beliau belum pun masuk "mahkamah" untuk didakwa atau memberi keterangan.

Bahkan pihak polis juga berkata yang mereka telah melakukan siasatan awal terhadap Najib. Soalnya, bila dan apa yang mereka siasat serta fakta apa yang mereka ambil? Inilah yang menjadi kemusykilan kita sebenarnya. Jika begini hasil kerja polis di Malaysia, maka memang sahlah kini undang-undang telah diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkuasa. Jika berlaku kepada Anwar Ibrahim, pihak polis bukan mahu "laju macam peluru" untuk menangkap, bahkan menyerbu Anwar seperti "penjenayah paling dikehendaki" di dunia. Sedangkan kes Anwar bukanlah melibatkan jenayah "membunuh" atau "meletupkan orang lain". Ia hanyalah kes fitnah "liwat". Apakah undang-undang sebegini yang harus kita kekalkan dalam negara kita?.

Inilah akibatnya bila menggunakan dasar penjajah sebagai panduan dan ikutan. Akhirnya, mereka yang telah dijajah minda itu menghukum berdasarkan nafsu serta akal fikiran dan bukan lagi berasaskan kepada fakta kes berkenaan. Maka itulah, rakyat perlu bangkit dan sedar dari lamunan. Jangan biarkan mereka ini terus merosakkan amalan demokrasi, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesoapanan dan kesusilaan sesama kita.

[Dengan senario yang berlaku ini, maka kami yakin jika UMNO dan Barisan Nasional terus dibenarkan berkuasa di negara ini maka akan rosak serta punah ranahlah masa depan rakyat. Prinsip "Rukun Negara" yang selama ini dilaung-laungkan kini mereka "persetankan" demi kuasa. Sudah tiada lagi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang apabila mereka menggunakan itu untuk "merampas kuasa" di Perak.

Tiada lagi kesopanan dan kesusilaan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyap, bahkan rakyat ditekan diugut serta diperlakukan seperti "haiwan" oleh penguasa yang zalim dan tamak haloba. Paling utama, mereka ini sudah tiada lagi kepercayaan kepada tuhan, bila sanggup melakukan tindakan sesuka hati tanpa memikirka balasan di hari kemudian. Lakukalah perubahan demi generasi kita !!].

Nizar gagal tandingi Najib

Nizar masih belum mampu menewaskan Najib untuk menjadi PM kerana:-

1- Hanya boleh berbahasa Cina selain Inggeris sedangkan Najib boleh berbahasa Mongolia dan pernah 'naik' Mongolia, kata Bala

2- Anak2 Nizar hanya jadi hafiz tak sehebat anak Najib seperti di bawah, mempunyai ciri2 globalisasi


3- isteri Nizar tak dapat cium Mat Bollywood

4- Nizar berpeluh2 nak dapat Ir tapi suami Najib senang saja dapat Naib Canselor...

Wednesday, February 11, 2009

Polis Terpaksa ’Menongkat’ Kerajaan Umno Perak Dari Tumbang

 Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

Ketua Polis Negara memberitahu Malaysiakini hari ini, permit ceramah akan dibekukan sehingga "situasi kembali elok."


Ulas sikit

Itu dia arahan dari Putrajaya bagi menjamin kerajaan umno/bn daripada tumbang.

Bukan saja penyokong pakatan rakyat percaya kerajaan perak tidak stabil dan akan tumbang , malah orang – orang umno dan pemimpin nya juga sangat percaya kerajaan itu tidak kukuh.

Maka ianya perlu disokong , ditongkat , disangga , dan dipasak serta mungkin juga nantinya terpaksa di’pilling’ supaya bertahan lama.


Menurut khabar , dalam ceramah yang dibuat akhir – akhirnya , seperti puluhan ribu rakyat perak memenuhi kawasan lapang di Kediaaman Menteri Besar , sangat menggusarkan umno/bn , bukan saja di perak malah sampai ke putrajaya. Ianya sungguh menggangu tidur najib , pak lah dan sekalian pembesarnya.


Kehadiran sebegitu ramai rakyat jelata , merupakan satu fenomena baru di perak , begitu juga dengan sambutan hebat orang – orang Cina ,India dan lain – lain tidak boleh dbiarkan begitu saja oleh umno.

Bukit Selambau juga senasib Changkat Jering, Behrang?


Kerusi Parlimen Bukit Gantang kini kosong berikutan ahli Parlimennya, Roslan Shaharum (kanan) meninggal dunia akibat serangan jantung Isnin lalu, manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, kosong berikutan ADUNnya, V. Arumugam meletak jawatan.

PETALING JAYA:Banyak pihak mula membuat andaian kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau juga tidak akan menyaksikan pilihan raya kecil, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu meneliti setiap dokumen sebelum mencapai keputusan mutakamad Jumaat ini.

Sambil menegaskan tidak "mengeruhkan keadaaan" dan "tidak boleh bercakap apa-apa lagi sekarang", ekoran andaian pelbagai pihak kini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setiap kekosongan yang wujud akan dilihat "kes demi kes" bagi menentukan kesahihan kerusi terbabit dikosongkan.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan tiada pilihan raya kecil bagi DUN Bukit Selambau, Wan Ahmad memberitahu: "Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu... kita akan tengok berpandukan pada dokumen yang dilampirkan dan berasaskan pandangan penasihat undang-undang SPR."

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan... SPR akan mengadakan mesyuarat. Saya belum melihat dokumen notis kekosongan kerusi (DUN Bukit Selambau), tetapi notis sudah pun diterima," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Notis itu diterima semalam dan difahamkan salinan asal sudah dihantar ke pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Semalam, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah dilaporkan ingin mendengar sendiri daripada V. Arumugam berhubung peletakan jawatan beliau.

Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Sultan Kedah telah menitahkan pejabatnya supaya Arumugam dipanggil menghadap ke istana berikutan spekulasi bahawa wakil rakyat itu yang mahu meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan exco negeri.

"Kami tidak dapat menghubunginya. Bagaimanapun, kami menerima surat daripada Arumugam yang menyatakan hasrat beliau untuk keluar," katanya.

Jumaat ini SPR juga akan menentukan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang yang kosong ekoran kematian Roslan Shaharum dari PAS dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Wan Omar berkata, apa yang diputuskan oleh SPR membabitkan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang di Perak minggu lalu tidak seharusnya akan mempengaruhi keputusan membabitkan Bukit Selambau yang terletak di Kedah.

"SPR akan mengkaji semua dokumen yang dikemukakan mengikut undang-undang dan merit sebelum membuat keputusan yang memuaskan," katanya lagi.

Wan Omar berkata, berdasarkan laporan media beliau juga difahamkan bahawa surat letak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Arumugam diterima pejabat Menteri Besar Kedah menerusi wakilnya.

Selain kedudukan ADUN, Arumugam juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Masyarakat India Kedah.

Malam kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata peletakan jawatan Arumugam disebabkan beliau mendakwa tidak tahan dengan ugutan pelbagai pihak supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ugutan itu termasuklah termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

Peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa serta-merta, dimaklumkan melalui surat yang dihantar Arumugam kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; Azizan dan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Isa Ismail petang kelmarin.

Minggu lalu, SPR memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi - dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini wakil rakyat Bebas - yang dilaporkan meletak jawatan pada 1 Februari lalu, masih sah sebagai wakil rakyat.

Dengan itu, SPR mengisytiharkan tidak wujud kekosongan bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

SPR memutuskan demikian ekoran wujudnya keraguan dalam surat letak jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak.

Menurut SPR, wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang kerusi berkenaan yang telah dikemukakan oleh Speaker DUN Perak.

"Satu surat mengatakan mereka meletak jawatan dan satu lagi surat daripada orang yang sama mengatakan mereka tidak meletak jawatan.

"Jadi, ini teleh menimbulkan keraguan kepada SPR untuk menerima surat peletakan jawatan tersebut," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf minggu lalu.

Tambah Abdul Aziz, memandangkan kedua-dua penyandang kerusi berkenaan juga secara "sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuasa, oleh yang demikian SPR memutuskan bahawa berhubung dengan kedudukan kerusi-kerusi bagi Changkat Jering dan Behrang, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan wujud kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan."

Dalam kes Bukit Selambau, Arumugam belum menafikan kandungan surat yang diterima oleh Menteri Besar Kedah setakat ini.

Arumugam kini berada di Chennai, India sejak kelmarin.

janji manis mu.....

SIOUX FALLS, South Dakota: Oil prices fell alongside the broader markets Tuesday with few details released about a Treasury Department program to raise more than $1 trillion in public and private funds to free up credit markets.

The Dow Jones industrials lost 400 points after Treasury Secretary Timothy Geithner announced the rescue plan, and light, sweet crude for March delivery tumbled $2.01 to settle at $37.55 a barrel on the New York Mercantile Exchange.

It was the second day crude settled below $40, a price last seen three weeks ago.

jadi, menteri jaga minyak dah lupa ke untuk turun kan harga minyak. hari tu kata kalau harga bawah paras 39usd nak turun kan harga minyak. sekarang dah turun........tunggu apa lagi.

Bukit Gantang bukan Kuala Terengganu, bukan Parit Buntar



 Sedih apabila mendengar berita Hj. Roslan Shahrum Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia. Kali terakhir penulis bertemu Hj. Roslan ialah semasa majlis dialog rakyat di kampung penulis. Dialog rakyat ini adalah ikhtiar Hj. Roslan menyelami masalah penduduk di Bukit Gantang.


Hj. Roslan adalah seorang pemimpin yang lemah lembut dan mudah mesra. Allahyarham pernah bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang semasa pilihanraya umum tahun 1999. Walaupun tewas, Allahyarham tetap turun ke Bukit Gantang memberikan khidmat perubatan Syifa' kepada penduduk.

Allahyarham sekali lagi bertanding kerusi ini semasa pilihanraya umum ke 12 dan kali ini menang dengan majoriti 1566 kalahkan Azim Zabidi Bendahari umno Malaysia.

Allahyarham menubuhkan One Stop Centre yang melibatkan Ahli Parlimen, Adun-Adun dalam Parlimen Bukit Gantang bersama Ketua-Ketua Kampung bagi menyelesaikan masalah penduduk. Penulis ada mengambil idea ini dan mencadangkannya dilaksanakan di Parit Buntar.

Bukit Gantang akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia berikutan pilihanraya kecil tidak lama lagi. Kawasan ini pernah ada pilihanraya kecil iaitu DUN Changkat Jering bila Dato' Razlan meninggal dunia. Cikgu Mat Isa calon umno/BN telah tewaskan Ust. Idris Ahmad calon PAS dalam pilihanraya kecil itu.

Ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya kecil ini. Momentumnya sama macam PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.

Tapi penulis, tidak menjangkakan sebegitu. Bukit Gantang adalah kubu umno yang tidak pernah dimenangi PAS sehingga PRU ke 12. Tidak sama dengan Permatang Pauh yang merupakan kubu PKR.

Dalam PRU Ke 12, Kuala Terenganu PAS telah menang lebih 2000 undi jika digabung undi PR bagi Dun-Dun dalam Kuala Terengganu. Cuma untuk undi Parlimen Abang Mat Sabu tewas disebabkan faktor calon luar. Maksudnya, Kuala Terengganu boleh dikatakan kubu PAS.

Bukit Gantang juga tak sama dengan Parit Buntar. Dr. Mujahid menang di Parit Buntar majoriti 7551 berbanding 1566 di Bukit Gantang. Walaupun, peratus pengundi mengikut kaum tidak
banyak bezanya.

Pengundi Melayu di Parit Buntar ialah 66.76% berbanding Bukit Gantang 63.48%. Pengundi Cina di Parit Buntar 28.06% berbanding Bukit Gantang 26.77%. Pengundi India di Parit Buntar ialah 5.14% berbanding Bukit Gantang 9.71%.

Mengapakah majoriti di Parit Buntar tinggi?. Pertama, Parit Buntar adalah kubu PAS. Hampir 80% kampung-kampung di Parit Buntar adalah kampung orang PAS. Kekalahan PAS di Parit Buntar sebelum PRU ke 12, disebabkan pengundi bukan Melayu menyokong BN.

Berbeza di Bukit Gantang, Kampung orang PAS dianggarkan tidak mencapai 60%. Pengundi PAS banyak di gugusan Bukit Gantang seperti Changkat Ibul, Sg. Petai, Kg. Senduk, Kg. Cheh dan beberapa kampung berdekatan gugusan itu. Selain itu, Kuala Trong di DUN Trong dan Matang Gelugur dalam DUN Sepetang. Malah, kawasan Markas Tarbiah PAS Perak di Air Kuning juga bukan kubu PAS.

Kedua, pengundi bukan Melayu di Parit Buntar memberi undi yang lebih tinggi kepada PAS berbanding di Bukit Gantang. Pengundi Cina di Bukit Gantang terdapat di Kuala Sepetang (Port Weld), Simpang, Pasir Hitam dan Kuala Sangga di Trong. Sepatutnya undi bukan Melayu kepada PAS di Bukit Gantang lebih tinggi berbanding Parit Buntar kerana peratus pengundi bukan Melayu di Bukit Gantang lebih tinggi dari Parit Buntar terutama pengundi India.

Semasa PRK Kuala Terengganu, Jentera Pilihanraya (JPN) PAS Terengganu telah berjaya mengerakkan kempen dengan berkesan sekali. Pengalaman JPN Terengganu dalam menghadapi pilihanraya tidak boleh disangkal.

Pengalaman Cikgu Pa, Wan Mutalib Embong, Arifin Deraman dan ramai lagi berjaya digarap untuk menghasilkan gerakan kempen tersusun dan berjaya. Adakah JPN Perak mempunyai kebolehan seperti JPN Terengganu?.

Penulis yakin pimpinan PAS Perak dapat mengerakkan jentera PAS semua peringkat. Kejayaan menganjurkan Muktamar PAS Pusat membuktikan kemampuan pimpinan PAS Perak.

Penulis berpandangan PAS boleh mencapai kemenangan di Bukit Gantang dengan mengekalkan undi Melayu serta menambah sebanyak mungkin undi bukan Melayu. Kenapa begitu?, kerana kawasan ini merupakan kubu umno dan isu rampasan kuasa di Perak menimbulkan kemarahan bukan Melayu kepada BN.

Faktor calon penting dalam PRK berbanding PRU. Penulis sependapat dengan Tok Guru Nik Aziz, Hj. Nizar perlu tumpukan sebagai MB Perak. Jadi, siapa calon yang paling layak?

Calon tempatan yang penulis rasa akan dicalonkan ialah anak Tok Guru Haji Ahmad Sg. Petai iaitu Ust. Idris Ahmad AJK PAS Pusat dan Prof. Madya Ust. Salleh Ahmad bekas Pensyarah.

Calon negeri Ust. Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Asmuni Awi Timb. Pesuruhjaya dan Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik Bendahari PAS Perak.

Calon nasional tidak lain tidak bukan Abang Mat Sabu. Penulis lebih berharap Abang Mat Sabu dipilih kerana aura Abang Mat lebih kuat, tak perlu diperkenalkan lagi. Abang Mat juga senang diterima pengundi bukan Melayu. Bukit Gantang juga bukan Kuala Terengganu, tiada faktor calor luar.

Jika Abang Mat tak dipilih, calon yang lebih layak ialah Dr. Khairuddin kerana beliau seorang profesional yang mudah diterima pengundi Melayu dan bukan Melayu. Ust. Idris dan Ust. Salleh layak kerana anak tempatan tapi bukan untuk pilihanraya kecil ini. Faktor kecenderungan pengundi kepada calon perlu diambil kira.

Penulis tidak pun berharap cadangan dan pandangan ini diterima. Cuma pandangan ikhlas kerana bimbang kita terlalu yakin PR akan menang di Bukit Gantang, sedangkan Bukit Gantang tidak sama dengan Kuala Terengganu dan tak serupa seperti Parit Buntar.

Penting sekali kita berusaha bersungguh-sungguh berkempen kepada setiap rumah dan setiap pengundi di Bukit Gantang.

Monday, February 9, 2009

Sah Arumugam letak jawatan Adun


ALOR SETAR, 9 Feb (Hrkh) - Terkini jam 9.10 malam tadi, V arumugam telah meletakkan jawatan Adun Bukit Selambau setelah dimaklumkan meletakkan jawatan sebagai Exco Kedah petang tadi.

Demikian dilaporkan wartawan Harakah Kedah Izwan Abdul Halim kepada Harakahdaily yang kini berada di sidang media Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang memaklumkan isu tersebut.

Beliau dipercayai melakukan demikian akibat tekanan dan tuduhan yang diterima oleh beliau dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal moral.- azm

Bukit Gantang bakal nilai penerimaan rakyat

FEB 9 – Nampaknya apa yang dihajati para pemimpin Pakatan Rakyat di Perak untuk menilai sokongan rakyat negeri itu kepada mereka menjadi kenyataan apabila anggota Parlimen Pas Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal hari ini.

Roslan dikatakan meninggal akibat komplikasi jantung selepas jatuh dari shayang dinaikinya hari ini.

Menurut maklumat, Roslan keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit pagi ini dan terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.

Dengan kematian ini, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Adalah dipercayai Speaker Dewan Rakyat secara rasmi akan memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di kerusi Parlimen Bukit Gantang itu dan dalam masa 60 hari SPR dijangka akan mengadakan pilihan raya kecil.

Di Kedah, jika perletakan jawatan Adun PKR Bukit Selambau yang juga Exco kerajaan negeri, V Arumugan diterima, maka satu pilihan raya kecil juga terpaksa diadakan.

Namun sehingga kini, beliau hanya membuat pengumuman di media sahaja ekoran tekanan kuat terhadapanya. Arumugan masih belum menyerahkan surat itu kepada PKR ataupun kepada Dewan Undangan Negeri.

Namun menurut sumber PKR, beliau menerima tekanan hebat dengan pelbagai cara agar meninggalkan PKR dan menyertai BN namun situasi beliau agak sukar untuk membuatkannya menyertai BN.

Ini kerana, kebanyakan penyokong beliau yang berada di estet dan berpegang kepada prinsip makkal sakhti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku bahkan akan mengancam nyawa beliau jika menyertai BN.

Untuk itu, beliau dinasihatkan bercuti untuk mengelakkan tekanan itu.

Dengan kematian Roslan bermakna pilihan raya kecil akan berlaku di Perak. Ini juga bermakna, rakyat di Perak berpeluang untuk menghantar mesej mereka samada kerajaan Perak yang baru dibentuk diterima oleh mereka ataupun tidak.

Sebelum ini, ketika dua Adunnya hilang (Behrang dan Changkat Jering), kerajaan negeri Perak di bawah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, melalui Speaker telah memohon kepada SPR agar diadakan satu pilihan raya kecil.

Apabila sah kedua-duanya mahu menyokong BN dan ditambah seorang lagi Adunnya dari DAP keluar dari pakatan itu, Pakatan Rakyat telah memohon agar Dun Perak dibubarkan untuk membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Namun Sultan Perak telah mengambil sikap untuk tidak membubarkan Dun tetapi menyerahkan kuasa kepada BN untuk membentuk kerajaan baru.

Episod di atas menampakkan kesediaan Pakatan Perak untuk menghadapi pilihan raya. Kini, dengan takdir Allah anggota Parlimennya meninggal dunia dan pilihan raya kecil akan diadakan.

Walaupun Roslan menang dengan undi yang memberangsangkan di Bukit Gantang iaitu dengan majoriti 1,566 undi dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan khasnya Pas tidak boleh mengambil mudah perkara ini.

Ini kerana, ketika mereka mahu menunjukkan rakyat Perak menyokong mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin BN Perak kini akan berbuat apa saja untuk memastikan BN menang kali ini.

Ini kerana, kemenangan bermakna sokongan untuk kerajaan negeri yang beliau bentuk dan kekalahan bermakna penolakan rakyat Perak terhadap kerjabuat beliau itu.

Kalau dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ramai menolak ia adalah referandum untuk Najib, namun di Bukit Gantang, ia tidak boleh ditolak lagi.

Saya percaya, Dr Mahathir pun sukar untuk mengatakan ia bukan satu penilaian untuk Najib dan kerajaan baru Perak yang dibentuknya, walaupun di Kuala Terengganu dia masih lagi mengaitkan pilihan raya itu dengan Datuk Seri Abdullah dan bukan penilaian terhadap Najib sebagaimana yang dianggap oleh banyak pihak lain.

Melihat kepada cara Najib mengendalikan hal di Perak ini, BN khasnya beliau sendiri nampaknya sangat fobia dengan pilihan raya selepas menghadapi kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sebab itulah, BN sekali-kali akan mengelak dari menghadapi pilihan raya.

Ini kerana, suasana yang ada di Perak sekarang benar-benar memihak kepada Pakatan Rakyat. Walaupun berlaku sedikit kesusahan ekoran kenyataan Karpal Singh yang meminta Anwar berundur dari memimpin Pakatan, namun di akar umbi sokongan kepada Anwar dan Pakatan makin kuat.

Seorang rakan saya yang membuat tinjauan ke Perak merumuskan perkara berikut:-

Di pihak Pakatan, hujjah mereka adalah:-

1) Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.

2) Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah

3) Cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

4)Hanya pilihan raya bebas dan adil akan dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri Perak.

5) Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan mengosongkan pejabat rasmi menteri besarnya sebagai "rampasan kuasa yang biadap."

6) Ekoran itu, pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional.

Di pihak BN pula, media mereka terus dengan pendekatan berikut:-

1) Nizar ingkar titah Sultan.

2) Beliau telah menderhaka padahal dia hanya melaksanakan keputusan partinya iaitu Pas dan Pakatan.

3) Dia juga difitnahkan hendak menyaman sultan padahal yang menyaman adalah Karpal Singh.

4) Dia juga didakwa menganjurkan perhimpunan haram padahal yang berlaku adalah ekoran kemarahan rakyat terhadap apa yang berlaku.

5) Sultan juga didesak menarik balik gelaran Datuk Serinya.

Dalam situasi inilah pilihan raya kecil Bukit Gantang akan diadakan. Pilihan raya ini bermakna satu referandum diadakan untuk menilai penerimaan rakyat terhadap kerajaan BN yang baru mengambil alih kerajaan negeri Perak ini

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Titi Serong dan Sepetang.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Difahamkan wakil rakyat berusia 50 tahun itu dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lalang dekat Batu Gajah.

Kemudian, selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Roslan, 50, ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi, kata Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memberitahu kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah berada di Hospital Batu Gajah.

Roslan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Teknologi Mara di Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Malam tadi difahamkan semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan kata seorang kenalan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Sunday, February 8, 2009

Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh

Abdul Aziz Mustafa
Sun | Feb 08, 09 | 12:23:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Lidah tak bertulang

FEB 7 — Dengan lompatan dua bekas exco Parti Keadilan Rakyat yang sedang menghadapi tuduhan rasuah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar masuk Umno dalam masa 10 hari dan seorang timbalan speaker yang keluar DAP kerana marah tidak diberi jawatan exco serta tidak mendapat kereta rasmi Toyota Camry 2.4, maka kerajaan negeri Barisan Nasional kini mengambil alih pentadbiran Perak tanpa mandat rakyat.

Kerajaan negeri yang 90 peratus dikuasai oleh Umno dengan dua wakil kaum Cina akan memerintah Perak dengan majoriti tiga kerusi yang diwakili "Adun bebas yang menyokong BN". Setakat ini BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam DUN yang berjumlah 59 kerusi. Setakat ini juga Pakatan enggan mengiktiraf kerajaan negeri yang disifatkan sebagai "haram" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana merampas kuasa secara tidak demokratik.

Kes rasuah dua bekas exco PKR, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan, dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Jamaludin Mohd. Radzi akan didengar di Mahkamah Sesyen pada Selasa ini. Mereka dituduh terbabit dalam kes mempercepatkan kelulusan permohonan membangunkan tanah di Seri Iskandar, Ipoh di Perak.

Apabila kes rasuah itu dibongkar tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mendesak kerajaan negeri Pakatan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya menggantung kedua-dua exco itu.

Khairy yang juga salah seorang calon Ketua Pemuda Umno yang akan ditentukan dalam pemilihan di Perhimpunan Agung Umno bulan depan telah dipetik oleh media massa pada September tahun lalu sebagai berkata: "Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah. Saya telah mendesak agar dua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat itu digantung tugas setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tetapi sampai sekarang tiada apa-apa tindakan."

Tidak habis cerita rasuah pemimpin politik negeri Perak, timbul pula kisah lompat-melompat parti. Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim yang memulakan langkah pertama dengan meninggalkan Umno pada Januari lalu untuk melompat menyertai PKR (sebelum melompat semua kepada Umno 10 hari kemudian).

Maka teramat marah Ketua Penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi yang menganggap lompat-melompat di kalangan wakil rakyat sebagai perbuatan khianat kepada pengundi yang akan mencemarkan imej negara.

"Saya sedia memperjuangkan penggubalan undang-undang (anti-lompat) di Parlimen. Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana saya juga adalah antara Ahli Parlimen yang cuba dipengaruhi oleh (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya kepada salah sebuah akhbar milik Umno yang disiarkan pada 27 Januari lalu.

Beberapa hari kemudian beliau mengulangi pendiriannya yang turut menyifatkan pemimpin Umno yang melompat parti sebagai individu yang tidak ada nilai kemanusiaan, tidak bermaruah dan seperti seekor katak.

"Mereka juga seperti penjenayah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sedangkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu atas tiket BN," ujarnya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pula menyifatkan Nasarudin yang melompat menyertai PKR sebagai telah mencemarkan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Kepercayaan orang yang mengundi dia, bukan kerana diri dia sendiri, tetapi kerana kapasiti dia dalam parti yang diwakilinya yang menyebabkan dia menang. Manusia bukan seperti barangan yang boleh dijual beli," katanya di Kota Kinabalu pada bulan lalu.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Luar mahu Nasarudin yang menang atas tiket BN meletak jawatan kerana ia melibatkan soal kepercayaan rakyat kepada calon pilihan mereka.

Pada masa itu beliau mendesak wakil rakyat yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi yang dimenanginya.

Malah pemimpin parti yang mereka sayangi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun turut mengutuk pemimpin Umno yang melompat parti dengan menyifatkan mereka sebagai orang yang gagal dalam perjuangan parti dan bangsa.

"Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan , dia akan menghadapi apa juga keadaan. Orang yang begini memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," katanya.

Tetapi tak sampai seminggu kemudian, suara-suara garang anti-lompat dalam Umno lenyap sama sekali. Mungkin bagi mereka, apa payahnya jika sekadar menggoyang lidah yang tak bertulang.

Perdana Menteri pun mengubah nada apabila Nasarudin dan Adun-Adun pihak lawan pula yang melompat menyertai Umno (walaupun sebagai "Adun bebas yang menyokong BN"). Kini Abdullah menasihatkan Pakatan Rakyat supaya, "Terima sajalah. Dulu semasa pilihan raya yang lepas parti pembangkang telah menang, (kita dapat terimanya)," katanya kepada pemberita di Slim River, Perak pada Khamis lalu.

Malah, beliau memberi tafsiran untuk menghalalkan lompat parti itu dengan menyatakan bahawa: "Saya percaya ini bukan sesuatu yang akan dibantah, yang penting kita mahu kerajaan yang akan dibentuk itu mengikut undang-undang dan menjalankan pentadbiran dengan penuh tanggung-jawab serta memberi khidmat kepada rakyat." Berpuluh ribu rakyat Malaysia berkumpul di Kuala Kangsar, Perak semalam untuk membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar BN.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dengan bangga menyifatkan rampasan kuasa di Perak melalui lompatan itu sebagai kejayaan BN.

Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab mendidik kira-kira 6 juta pelajar sekolah di Malaysia menganggap kejayaan BN di Perak sebagai bukti "keyakinan anggota Umno terhadap perjuangan parti yang tidak pernah luntur walaupun tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini".

Datuk Seri Najib Razak pula sebagai bakal Perdana Menteri sememangnya bangga dengan kejayaan Umno itu kerana ia menebus kembali kekalahan dalam pertandingan secara sah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kejayaan ini mencerminkan betapa cemerlang, gemilang dan terbilangnya Umno dan BN dalam soal membeli wakil rakyat, menggunakan segala aparatus milik negara dan mengetepikan mandat rakyat semata-mata untuk menang.

Yang tidak kedengaran lagi ialah soal mahu mengharamkan lompat-melompat yang sebelum ini dikatakan oleh pemimpin BN sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan jenayah yang mencemari politik negara.

Search This Blog