.
Anwar
Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif
sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya.
Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan BN.
Ini
kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata
sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan mahkamah
dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin
depan.
Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan
Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk
menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu.
Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.
Jika
benar demikian persiapan Pakatan Rakyat, ini bermakna siapa sahaja yang
akan dipilih kelak pasti akan mendapat sokongan tuntas dan mutlak
daripada ketiga-tiga kerabat – DAP, PAS dan PKR.
Ini juga bermakna:
- Pakatan
telah mencapai tahap bukan sahaja kerjasama tetapi asimilasi atau
penghayatan politik yang total – satu matlamat, satu hati satu cara. Ini
adalah sesuatu yang mengkagumkan mengambil kira Pakatan bukan sebuah
pertubuhan politik berdaftar seperti BN.