Thursday, June 28, 2012

Kuasa atau tentera Allah swt yang sangat hebat


Angin Tornado adalah suatu angin pusaran yang sangat kuat. Skala di tengah-tengah adalah dari kumpulan arus kuat awan gelap yang merentang ke permukaan bumi. Apabila munculnya angin Tornado, kerap disertai dengan satu atau beberapa tiang awan berbentuk corong seperti "belalai gajah" dari dasar awan dan menjulur ke bawah, dengan disertai badai angin dan hujan, petir atau hujan air batu yang kuat.

Tuesday, June 26, 2012

Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek keagamaan sahaja, tetapi daripada aspek fizikal pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi kiblat pertama bagi umat Islam.

Tarikh PRU13: Tiada tekaan yang tepat!



Penulis baru sahaja mendapat berita dari seorang rakan DAP bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) telah ditunda ke hujung tahun. Aduh! Pening. Mengapa sampai begitu jauh skali ke hujung tahun? "Khabarnya kerana BN perlukan lebih masa lagi untuk meraih kembali sokongan masyarakat India dan perayaan Deepavali adalah dalam bulan November. Bulan Disember pula penganut agama Kristian merayakan Hari Krismas.

Search This Blog