Wednesday, January 26, 2011
Umno Perlu Jelaskan Sebab Tolak Pinda Perlembagaan Negeri - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menolak cadangan meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 membuktikan parti itu menentang tindakan untuk mengembalikan hak raja-raja Melayu. Justeru beliau berkata, Umno yang sebelum ini sering menjadi juara mengenai isu ketuanan Melayu perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakan mereka menolak usul berkenaan.
"Kita lihat Umno yang ghairah berbica tentang ketuanan Melayu dan hak raja menentang usul itu.
"Soal Umno tak setuju mereka kena jelaskan kepada rakyat kenapa mereka tolak," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Tuesday, January 25, 2011
terserlah kebodohan menteri umno
Pembangkang dicabar turunkan harga barang
25/01/2011 11:58am
LABIS 25 Jan — Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil itu pada 30 Jan ini, melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.
Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. — Bernama
Bertemu Ular dan UMNO… Tolnglah bunuh UMNO dahulu…
Oleh Ustaz Saiful Bahri
Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Imam dan golongan agamawan yang menyokong Umno dan ketuanan melayu. Kemana mereka semua ini menikus. Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina. Betapa ucapan mereka mengugut kalangan non muslim dengan Negara Islam. Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir.
Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak. Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam.

Hidup Makan Rasuah,Bila Nak Mati, Malaikat Maut Pun Jadi Susah!
"Ini kematian di mana ni? kat Malaysia atau Indonesia?
kalau ada benda - benda mengarut macam buat susah malaikat maut je datang ke indonesia layan ada karenahnya .
kalau ada benda - benda mengarut macam buat susah malaikat maut je datang ke indonesia layan ada karenahnya .
Sunday, January 23, 2011
Dari Perak ke Selangor: Layakkah Najib sebagai PM?
Sumber MerdekaReview
Hampir dua tahun kerajaan katak bertahan di Perak. Misteri kematian Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir dengan keputusan "open verdict" selepas 18 bulan. Kini, Selangor pula dilanda krisis perlembagaan, di mana "perisik" diletakkan secara terang-terang dalam kerajaan negeri. Ketiga-tiga kejadian ini menjurus kepada satu persoalan: Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?

Najib Bakal Adakan PRU-13 Waktu Terdekat
Penganalisis politik, Said Zahari yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat Dalam hal berkaitan beliau menolak bahawa kemenangan atau kekalahan BN pada pilihanraya kecil yang diadakan sekarang, tidak boleh dijadikan 'tanda aras' untuk menentukan diadakan pilihanraya umum ke-13.
Subscribe to:
Posts (Atom)