Saturday, April 3, 2010

Apabila Penasihat Agama UMNO Takut Bercakap

Beginilah bila penasihat agama UMNO bertaraf Menteri ...takut bercakap mengenai kebenaran. Anda tahu bukan siapa yang hamba maksudkan ini.??? Bila beliau berkata "Semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut kerana ia hak mutlak Sultan selaku ketua agama Islam negeri"

Ucapan yang sedemikian tidak lain dan tidak bukan adalah nada penakut atau pengecut atau kata-kata untuk menyembunyikan kebenaran apabila hukuman sebat yang ditetapkan Allah di dalam Al-Quran diubah menjadi hukuman khidmat sosial - Cuci Tandas. ,

Sultan apabila hendak melakukan sesuatu... beliau mendengar dahulu pandangan daripada penasihat-penasihat yang berada di sekelilingnya. Tanyalah pada Dato Panglima Jebat yang cukup mahir akan selok belok Istana. Jadi....Kenapa Menteri ini tidak memberikan nasihat yang sebenarnya tentang hukum Allah ini kepada Ketua Agama Negeri.??? Hukum Allah adalah jelas....sebat, maka perlu disebat. Tidak boleh ditukar hak Allah dengan yang lain. Hamba bukan mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan..hamba mempertikaikan Tugas dan kata-kata menteri ini. Sultan hanya menjatuhkan hukuman sahaja. Yang menjadi penasihatnya adalah orang-orang disekelilingnya.

Kita jangan meniru cara Kristian, yang mengubah hukum Allah dengan hukuman sendiri. Dengan kata yang lebih berat ...ini menyengutukan Allah, mengambil hukum selain dari hukum yang ditetapkan Allah dan Rasul. Inilah Toghut. Orang Kristian dia ubah Al Kitab Injil, macam-macam dia ubah ikut selera dan nafsu mereka, maka lahirlah Bible. Inilah Toghut dan mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan mereka.

Benar, selaku ketua agama di kampung-kampung atau peringkat kawasan dan negeri atau negara, sesiapa yang melakukan dosa maka ia juga berdosa kepada ketua agama yang ada kerana tidak menghormati /melanggar hukum agama yang ditetapkan oleh negeri-negeri. Tetapi tidaklah sampai tahap boleh mengampunkan hukuman Allah ini. Jika hukuman Allah ini boleh diampunkan oleh individu-individu tertentu maka tidak perlulah suami atau isteri atau ayah atau ibu menangisi akan anaknya atau pasangan masing-masing pada suatu masa dahulu ketika hukuman potong tangan atau sebat atau rejam dilaksanakan oleh para sahabat dan Ulul Amri. Ingatkan Cerita P.Ramlee "Semerah Padi" ??? P.Ramlee pun lebih pandai dari Menteri ini.

Harus diingat hanya Paderi yang boleh mengampunkan dosa - itu cara Kristian. Tapi ...Apakah kita ingin agama Islam menjadi seakan agama Kristian dan ada Paderinya.??? Tepuk Dada Tanyalah Imanmu kepada Allah dan Rasulnya.

Jadi inilah tugas Penasihat Agama UMNO yang dilantik bertaraf Menteri bagi menasihati Ketua agama setiap Negeri atau memberi Ilmu agama........ dengan mengadakan kelas agama setiap minggu kepada ketua-ketua agama negeri (jangan asyik2 buat kelas ambil wudhuk lagi) agar mereka faham akan agama dan boleh membuat keputusan yang selari dengan Islam. Kalau tak...beginilah jadinya dan ianya akan menjadi bahan ketawa dan lawak masyarakat ajer.

Menteri Agama jangan jadikan kerusi tersebut untuk bersenang-senang dan bermewah-mewah dengan pangkat dan habuan dari UMNO. Jika ini yang berlaku....takut anda termasuk dalam golongan Ulama Su'

Catatan ini adalah pandangan peribadi dan nasihat hamba dan bukannya dari pandangan Parti PAS, PKR atau dari Pakatan Rakyat. Ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak yang hamba nyatakan di atas.

Written By Panglima7

Zambry pembohong, penakut, tidak ikut peraturan tetap mesyuarat

Sidang Dun Perak yang berlangsung 30 dan 31 Mac lalu sekali lagi digambarkan oleh media arus perdana dengan laporan yang berat sebelah, Pakatan Rakyat Perak dituduh membuat kekecohan.

Untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Adun Pasir Panjang yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin di Lobi Parlimen pada 1 April lalu.

Harakah: Boleh Dato' Seri ceritakan semula apa yang berlaku dalam sidang dun Perak pada 31 Mac lalu yang digembar-gemburkan bahawa Pakatan Rakyat kononnya membuat kekecohan lagi?

Nizar: Pertamanya saya nak nyatakan bahawa laporan akhbar arus perdana seperti TV3 dan sebagainya tidak tepat. Ini kerana hanya mereka sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Dewan sedangkan media lain khususnya media alternatif tidak dibenarkan masuk ke dalam sidang Dun.

Sebaliknnya hanya ditempatkan di galeri awam, mereka (media alternatif) hanya dapat melihat apa yang berlaku tetapi tidak dapat mendengar apa yang dipercakap atau dibahaskan. Jadi untuk itu berita yang dikeluarkan semalam oleh media arus perdana adalah berat sebelah.

Apa puncanya Adun Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan?


Kita keluar Dewan, ianya bermula begini ... sebaik sahaja Dewan bermula dengan doa dibacakan, maka salah seorang daripada Adun Pakatan Rakyat dari Pantai Remis, Nga Kor Ming bangun dan membacakan satu peraturan mesyuarat iaitu perkara 3 4 dan 6. Iaitu Speaker perlu dengar peraturan mesyuarat itu apabila kita bangkit.

Tetapi Speaker tidak mengendahkan, dan beberapa kali bangkit pun beliau tidak diendahkan. Dan kemudiannya mikrofonnya dimatikan. Akhirnya Speaker haram Ganesan meneruskan agenda yang keduanya iaitu sesi soal jawab lisan.

Kami membangkang kerana apa yang kami utarakan ialah perintah tetap, sama ada beliau hendak terima atau tidak apa yang kami bawakan dalam peraturan mesyuarat itu, itu terpulang kepada beliau. Apa yang penting beliau perlu dengar dahulu peraturan mesyuarat yang mahu kami kemukakan.

Kami melihat sama ada beliau tidak faham akan peraturan yang juga perintah tetap dalam mesyuarat Dun itu atau beliau (Ganesan) diarahkan untuk tidak melayan kami. Dan mereka (BN) meneruskan sesi soal jawab lisan, sehingga jam 10.30 pagi kami masih membantah kerana peratutan mesyuarat tidak diendahkan.

Kami mahu perintah tetap itu dipatuhi, hingga jam 10.49, speaker telah menghentikan sesi soal jawab lisan, yang kebiasaannya sesi ini satu jam setengah tetapi semalam berlangsung hanya 38 minit sahaja.

Kemudian kita bangun lagi untuk menyatakan adakah agenda membahaskan Titah Tuanku sebaik selepas sesi soal jawab lisan akan diadakan.

Ini kerana titah perlu dibahaskan. Namun Menteri Besar, Dato' Dr Zambry Kadir dan Ganesan juga tidak menjawab apa yang kami kemukakan itu. Jadi kita mahukan kepastian oleh kerana kita nyatakan perintah tetap perkara 13, titah ucapan Tuanku perlu diutamakan, dan ia mengikut konvensyen.

Kita tidak mendapat jawapan sama ada mahu dibahaskan atau sebaliknya. Mengikut agenda hanya menjunjung kasih tetapi tidak ada perbahasan. Perbahasan ini sepatutnya diutamakan, maka saya sendiri bangun bertanyakan pula Ganesan sama ada titah ini mahu dibahaskan dan dipanjangkan masanya.

Namun ianya tidak berjawab. Kita pohon terdahulu mahu titah itu dibahaskan selama lima hari, namun masih tidak berjawab. Kita mengesyaki mereka mahu menamatkan sidang dengan tergesa-gesa, kerana semua suara kami tidak mahu didengar.

Akibat dari itu kami protes dengan menunjukkan banner-banner kerana ia satu diskriminasi.

Sebelum itu semasa kami mahu masuk ke dewan kami diganggu oleh polis, diminta masuk ikut pintu
lain dan sebagainya. Kami tidak dibenarkan, justeru kami bertindak keluar dewan selepas kira-kira sejam kami di dalam. Saya memberitahu kepada Sivakumar dan Adun PR lain bahawa perkara 13 perlu dipatuhi, kerana ia titah ucapan tuanku yang mesti diutamakan.

Jika tidak dibahaskan ia satu penghinaan. Kami keluar, dan selepas kami keluar dan mengadakan sidang media tiba-tiba kami dikhabarkan bahawa Zambry usulkan satu usul tergempar untuk nembahaskan titah ucapan tuanku.

Maknaya setelah kami keluar barulah mereka bawa. Ini menunjukkan sama ada mereka merancang begitu supaya titah ucapan ini dibahaskan tanpa kami bersama dalam dewan kerana semasa kami keluar dewan baru mereka adakan.

Ini saya tak pasti apa matlamat mereka sebenarnya. Mereka tidak ikut peraturan kerana perbahasan titah ini mencerminkan sama ada BN atau Pakatan Rakyat membahaskan apa yang dititahkan oleh Tuanku. Tetapi hak ini tidak diberi kepada kami.

Kita keluar sebagai protes kerana mereka tidak menghormati perintah tetap peraturan Dun.

Dan paling mengecewakan mereka tidak ada agenda membahaskan titah ucapan Tuanku Sultan, dan mereka tidak membenarkan media masuk ke dewan.

Mikrifon kami ditutup, polis menahan kami dipintu masuk, semua ini menunjukkan sindrom aparteid, sebab itu kami keluar semalam.

Friday, April 2, 2010

Usaha Gantung Anwar Silap Besar Umno-BN

Oleh Datuk Halik Zaman

Tidakkah Umno sedar terutamanya Datuk Seri Nazri Aziz yang akan merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jelas menunjukkan kegelabahan pihak kerajaan untuk menjawab segala dakwaan dari Anwar.

Apakah tindakan menggantung itu hanya untuk kerajaan Umno-BN mencari jalan keluar dari digasak bertubi-tubi oleh Anwar?

Kerajaan sepatutnya menjawab dan memberikan penjelasan keatas semua dakwaan yang telah di buat oleh Anwar bukannya mereka terus menyeret beliau ke muka Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dengan tujuan dan penuh harapan agar Anwar digantung dari menghadiri beberapa penggal persidangan Parlimen.

Bukan Anwar yang membuktikan dirinya tidak bersalah tetapi kerajaan Umno-BN mesti telus membuktikan bahawa beliau bersalah.

Sekiranya Anwar di gantung ianya merupakan suatu bonus bagi kerajaan kerana untuk beberapa penggal mereka akan terselamat dari serangan-serangan berbukti akan segala kelencongan yang telah mereka lakukan dalam pentadbiran negara ini terus berjalan songsang tanpa sentuhan dari siapa siapa.

Anwar telah pun mendedahkan tuduhannya dengan memberi gambaran jelas bahawa kerajaan Umno-BN ada kaitannya dengan APCO antara lain beliau telah dedahkan bahawa:

“Kerajaan Malaysia ada melantik syarikat APCO Worldwide untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada kerajaan persekutuan secara menyeluruh. APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara".

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people”.

Beberapa bukti yang lain yang APCO ada kena mengena dengan One Israel, Anwar telah dedahkan dalam Parlimen Selasa lalu tetapi masih juga ahli ahli Parlimen Umno-BN tidak berpuas hati lalu bertindak membawa usul untuk membawa beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dengan niat untuk menggantungnya daripada menghadiri sidang Parlimen.

Terfikir dihati rakyat Malaysia, di manakah hak demokrasi bersuara di negara ini? Mengapa apabila salah-laku kepimpinan Umno-BN di dedahkan, kerajaan akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada di tangan mereka untuk menutup kepincangan yang telah mereka lakukan? Di mana sikap professionalisma yang sepatutnya disemat pada setiap diri seorang pemimpin?

Telatah mereka yang senang melatah ini benar-benar menjauhkan lagi jarak antara Umno-BN dengan rakyat Malaysia. Walau macam mana Umno-BN cuba tutupi kesalahan mereka, rakyat bukan lagi bodoh untuk menerima bulat-bulat dengan apa yang di laporan oleh media massa elektronik atau cetak yang 100% di genggam erat oleh kerajaan Umno-BN.

Rakyat kini telah pintar untuk mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat sebenar. Segala kemudahan moden hari ini memungkin segala maklumat di terima dengan cepat.

Segala perbalahan, kekecohan di Parlimen dapat di ketahui dengan segera di laman-laman alternatif di internet. Apa yang di paparkan di media elektronik kerajaan hanyalah suatu sketsa ‘cut & paste’ untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.

Umno-BN mahu nama mereka yang telah tercemar kembali jernih, maka kerana itulah mereka berusaha sedaya upaya menggagahkan diri mereka dengan apa cara hatta cara itu lebih menampakkan ketidak-pintaran sikap Umno-BN.

Apa pun, tindakan menyeret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen akan mensahihkan lagi tanggapan rakyat Malaysia bahawasanya Umno-BN kini telah mengaplikasikan sikap diktator dalam sistem pentadbiran negara ini. Syabas kerana anda secara tidak disedari telah memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk lebih di sayangi dan di percayai oleh rakyat Malaysia.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Tahniah Anwar, rakyat Malaysia jatuh bangun bersamamu!

16 September Hampir Menjadi Realiti

Kemungkinan penubuhan Kerajaan Persekutuan yang baru pada September 2008 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat hampir menjadi realiti sekiranya Perdana Menteri ketika itu dan Speaker Dewan Rakyat tidak menolak untuk mengadakan perjumpaan dan persidangan khas Parlimen.

Malah menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat juga telah mengutuskan warkah yang dipersembahan ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon mengadap baginda berhubung perkata itu.

Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan '16 September' adalah rekaan dan pembohongan pihak Pakatan Rakyat kata Anwar.

"Pada 19 September 2008 warkah kepada Yang DiPertuan Agong diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah beri mandat kita rujuk kepada istana negara, kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia.

"Kita tidak edarkan surat ini kerana pada ketika itu kita kena jaga kedudukan Yang DiPertuan Agong, kalau jadi kita ikut saluran," tegas Anwar di Dewan Rakyat petang semalam.

Sebelum itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat juga tekah menghantar surat untuk membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.

Kemudian Pakatan Rakyat telah menulis suat kepada Speaker memohon satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi langkah ini juga ditolak.

"Pada 18 September 2008 setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, KEADILAN, PAS dan DAP, Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu petisyen bagi mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia. Ini bagi membincangkan usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau.

"Mustahil saya berani tulis surat begini kalau saya tidak ada jumlah dan perakuan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau ada pada masa itu mesyaurat seperti yang kita minta mengikut Peraturan 11 (3) tapi itu ditolak.

"Kita melakukan tiga proses, pertama minta pertemuan dengan Perdana Menteri ditolak, kedua tulis kepada Speaker juga ditolak," hujah Anwar ketika mencelah penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Keadaan Dewan menjadi riuh ketika Anwar mengatakan bahawa ramai antara anggota Parlimen yang hadir pada sidang semalam telah menemui beliau bagi membincangkan kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat malah ada yang telah menandatangani surat akuan.

"Saya tidak nafikan perkara ini tidak berlaku tetapi saya nak sebut dalam Dewan Ahli-ahli Yang Berhormat tahu dan saya tahu siapa yang beri perakuan dan siapa yang tandatangan," kata Anwar sambil di sambut dengan laungan," dia orang (Ahli Parlimen Barisan Nasional) dah takut, dah takut".

Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen BN yang bersetuju bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Yang Berhormat dari Umno boleh ketawa, ada antara yang ketawa ada yang bincang dengan kita, ada yang talipon tapi itu bukan soalnya. Yang penting baik persahabatan atau perbincangan yang kita anggap tertutup kita hormati prinsip itu dan jangan ada langsung keraguan mengenai perkara ini kerana dalam politik ini ada etika walaupun dengan musuh. Ini kita pertahankan sebab itu saya tidak pernah keluarkan," jelas beliau.

Tegas Anwar Pakatan Rakyat telah mengikut prosedur dan peraturan yang betul yang berlandasan Perlembagaan Persekutuan berhubung perancangan 16 September 2008.

"Jangan kata kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur undang-undang dan kemudian mahu dikatakan ini palsu. Saya sebutkan saya lakukan ini makna setakat menghormati peraturan, undang-undang dan Perlembagaan, tiga-tiga proses kita lakukan, itu tahap yang telah kita lakukan. Soal untuk mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar, mustahil saya ambil risiko itu," ujar Anwar lagi.

Wajah Tok Guru Sedang Bersarapan


Salam semua,

Apa agaknya yang terlintas di fikiran anda melihatkan Tok Guru kesayangan kita semua bersarapan sempoi ajer di kedai makan paling terkebawah di dalam senarai rangking kedai makan dan restoran/hotel hebat di dunia.
Beliau makan siap guna tangan lagi. Kalau orang besar-besar lain mungkin sudah guna sudu atau garfu.

Beliau bukannya tidak mampu makan di tempat high class seperti di restoran ternama dan juga hotel-hotel mewah seperti kelaziman yang dibuat oleh pemimpin pemimpin UMNO yang lain.

Beliau adalah Menteri Besar dan merupakan orang No.1 di Kelantan.

Apakah mungkin ciri-ciri ini ada di kalangan Pemimpin UMNO & BN??? Yang MENTEKEDARAH duit rakyat habis-habisan hinggalah PERKOSA ditubuhkan.

Inilah kezuhudan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Timbalan Presiden MCA Akan Keluar Parti ?

BEKAS timbalan presiden MCA Tan Sri Lim Ah Lek kemungkinan akan keluar dari MCA walaupun beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat untuk berbuat demikian sebelum ini.

Sumber parti memberitahu Bernama bahawa Lim mengubah pendiriannya selepas dirayu oleh empat veteran parti dalam satu pertemuan selama 90 minit di sebuah hotel di sini Rabu.

Empat tokoh berkenaan ialah dua bekas presiden dua bekas presiden -- Tan Sri Ong Ka Ting dan Tan Koon Swan serta timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat (CC) Datuk Wong Mook Leong.

Lim sudah bersedia mengemukakan surat pengundurannya kepada setiausaha agung parti semalam tetapi menangguhkan niat itu selepas diminta oleh empat pemimpin veteran itu yang ingin bertemu dengannya hari ini.

Namun demikian keputusan beliau untuk menangguhkan hasratnya keluar parti bukan keputusan muktamad dan ramai pemerhati politik percaya beliau akan berbuat demikian pada masa terdekat ini.

Adalah difahamkan, Lim dalam draf suratnya telah menyatakan hasrat untuk keluar parti berikutan pemilihan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden pada pemilihan baru parti itu Ahad lalu. Beliau merasakan pemilihan Dr Chua yang mempunyai skandal sebelum ini tidak sesuai dengan prinsip moral yang dipegang teguh oleh Lim Ah Lek sejak dari kecilnya.

Dr Chua menewaskan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ka Ting dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan presiden.
Bagi saya keputusan Lim untuk keluar parti adalah keputusan yang tepat kerana kemenangan Dr Chua sebenarnya menambahkan lagi persepsi negatif negara luar kepada Malaysia kerana pemimpin yang mempunyai skandal dipilih menjadi Presiden sebuah parti yang sedang menjadi kerajaan. Ini jelas menunjukkan ahli dan pemimpin parti tersebut tidak sensitif dengan nilai moral

Sidang DUN Perak tanda Demokrasi terkubur

Kesemua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa, mereka tidak boleh berucap, tidak dibenarkan bertanya soalan tambahan, tidak boleh bahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh kemukakan usul, maka apa guna meraka duduk dalam dewan?


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP-PR) hari ini melahirkan perasaan kesal bahawa demokrasi telah terkubur dalam Negeri Perak memandangkan apa yang berlaku sempena persidangan Dewan Negeri kali ini yang hanya berlangsung setengah hari sahaja.

Nga melahirkan perasaan kesal yang tidak terhingga kerana semua ADUN pakatan Rakyat telah bersiap-sedia untuk membawa isu dan masalah rakyat pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini untuk mencari jalan penyelesaian tetapi hak dan niat suci mereka telah dinafikan dengan ala kuku besi.

Nga Kor Ming dalam kenyataan medianya berkata, Pakatan Rakyat meminta persidangan Dewan Negeri berlangsung lima hari supaya semua 59 orang wakil rakyat dari seluruh Negeri mempunyai masa yang cukup untuk membahas titah Ucapan Diraja dan mengutarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam kawasan masing-masing. Akan tetapi, permintaan yang cukup munasabah tersebut telah ditolak tanpa sebab oleh Kerajaan Negeri sebaliknya persidangan Dewan Negeri hanya diadakan tidak lebih dari 5 jam sahaja.

Nga, yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau merujuk kepada perintah tetap Dewan Negeri tetapi haknya untuk membaca perintah tetap juga dicabul oleh Speaker BN, R, Ganesan, walaupun ia jelas termaktub dalam perintah tetap Dewan jika Ahli Dewan membaca perintah tetap, semua pihak perlu menghormati peraturan Mesyuarat tersebut.

Nga bertanya, "semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa, kita tidak boleh berucap, tidak dibenarkan tanya soalan tambahan, tidak boleh bahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh kemukakan usul, maka apa guna kita duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?"

Nga berkata, selama tiga penggal beliau menjadi wakil rakyat sejak 1999, persidangan kali ini adalah antara yang paling teruk dari segi amalan Demokrasi dan hak-hak Ahli Dewan PR telah dicabul dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya ADUN Barisan Nasional mendapat layanan istimewa.

Nga Kor Ming pada persidangan kali ini membangkitkan perintah tetap perkara 3, 4 dan 6 mempertikaikan keesahan perlantikan R. Ganesan kerana perlantikan beliau tidak pernah mematuhi undang-undang dan tidak pernah dapat restu Ahli Dewan dengan undi bersurat sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan Negeri.

Media dikurung di galeri Orang Awam: Amalan anaktiri

Nga juga membidas pihak pentadbiran Barisan Nasional kerana mengurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat. Beliau berkata, "kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat. Sila tepuk dada, Tanya iman, adakah ini adil dan saksama?"

Nga Kor Ming juga mempersoalkan keputusan Zambry Bin Abdul Kadir yang memendekkan persidangan Dewan hingga kurang dari satu hari kerana ia adalah jelas kerajaan Negeri dibawah BN takut bahawa kemungkaran dan kelemahan pentadbiran mereka akan terdedah jika ADUN PAKATAN RAKYAT dibenar untuk membahas.

Selain itu, Nga Kor Ming berkata, tohmahan Zambry bahawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menawarkan beliau jawatan Menteri Besar Perak sebelum Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menyandang jawatan tersebut adalah satu kisah penglipur lara yang hanya sekadar bahan ketawa sahaja. "Jika benar, sila tunjukkan bukti dan ulangi di luar Dewan, jangan berlagak lempar batu, simpan tangan," kata beliau.

*Kenyataan media oleh Nga Kor Ming selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis, Perak.

Kenapa Umno Takut Sangat Dengan Isu APCO - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1 Malaysia dengan One Israel.


Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Baginya, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

"Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaiatan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum?

"Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," katanya ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?," soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang madia tengah hari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Thursday, April 1, 2010

MEB : Tidak Dibentang Di Parlimen, Takut Di Kata DiCeduk PR Punya

Tiba-tiba sahaja Model Ekonomi Baru (MEB) diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Sekali lagi kerajaan bersikap diktator dengan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk turut sama berbincang dalam mendrafkan MEB. Ianya langsung tidak dibahaskan di Parlimen bagi memberi peluang kepada rakyat (wakil rakyat) mengambil bahagian dalam mendrafkan MEB.
Mungkin agaknya kerajaan takut untuk membincangkan draf MEB di Parlimen kerana takut kerana banyak kandungan MEB diciplak dari Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat telah mengenalpasti beberapa kandungan utama dalam MEB yang mempunyai persamaan dengan AEM.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Jadi kerana takut dikatakan sebagai meniru AEB maka ianya tidak dibentangkan di Parlimen.
MEB : RAKYAT DIDAHULUKAN HANYA RETORIK
Kerajaan BN kononnya mengamalkan slogan Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan. Tetapi semalam kerajaan BN sendiri membuka pekong mereka sendiri apabila bertindak membelakangkan rakyat dalam menggariskan sesuatu dasar kerajaan.
Buktinya kerajaan tidak pernah membentangkan dasar MEB ini diparlimen atau dibincangkan di parlimen sebelum ianya dilancarkan. Sepatutnya semua Ahli Parlimen yang mewakili rakyat di seluruh negara diajak berbincang terlebih dahulu sebelum MEB digubal dan dilancarkan.
Terbukti bahawa rakyat dibelakangkan dan dipinggirkan oleh kerajaan BN kerana MEB yang tersangat penting tidak langsung mengambil kira pandangan dan idea rakyat melalui wakil-wakil rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut (MEB tidak dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu) bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata kerajaan sepatutnya membentangkan dasar tersebut di parlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa," katanya.

MEB PINGGIRKAN MELAYU? : MENGAPA PERKASA MEMBISU?

MEB telah dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam. Dari analisis ringkas yang saya buat, MEB tidak meletakkan sasaran yang tepat tentang tahap pencapaian bumiputera sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meletakkan sasaran 30 % ekuiti bumiputera.
Jadi jelas bahawa MEB tidak lagi memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana DEB.
Tujuan utama Model Ekonomi Baru (MEB) adalah untuk melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.
Antara lain MEB juga mensasarkan pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.
Mana perginya semangat perkauman Melayu sempit yang diperjuangkan oleh Umno selama ini sehingga MEB mengenepikan terus sasaran untuk orang Melayu dan Bumiputera.

Saya cadangkan kepada Perkasa jika mereka benar-benar pejuang Melayu sila kemukakan rasa tidak puashati mereka kepada Najib tentang perkara ini. Namun sehingga kini Perkasa diam seribu bahasa kelu tidak terkata.

PAS Kedah yakin rampas kerusi Kota Siputeh

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak yakin PAS mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam masa terhampir ini.

Menurut Azizan, kesungguhan yang dipamerkan oleh petugas-petugas dan jentera di semua peringkat parti membuktikan kesungguhan mereka untuk menawan kerusi yang selama ini disandang oleh Barisan Nasional (BN).

Azizan berucap di hadapan petugas-petugas PAS di semua peringkat ketika merasmikan Majls Taakhi PRK Kota Siputeh di Markas PAS Masjid Paya, 20 Mac lalu.

Majlis yang mempertemukan jentera tempatan di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dengan pasukan pembantu dari kawasan-kawasan di seluruh Negeri Kedah adalah merupakan langkah awal PAS untuk mencapai hasratnya merampas kerusi DUN Kota Siputeh.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PAS perlu mencapai kemenangan dalam PRK Kota Siputeh untuk memperkukuhkan kerajaan yang dimenangi semasa pilihan raya umum yang lalu.

"Taktik musuh (BN) ialah menunggu ketikanya jentera kita lemah barulah mereka akan mengadakan pilihan raya, dan kita kena bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapinya.

"Hanya kemenangan akan memperkukuhkan kerajaan yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang lalu. Kita akan hadapi masalah sekiranya gagal merampas kerusi ini, musuh akan menyerang kita dari segenap sudut untuk merampas kerajaan sekiranya kerajaan kita tidak kuat," jelasnya.

Azizan turut menyarankan jentera dan petugas-petugas untuk menggunakan pendekatan yang terbaik bagi menambah keyakinan rakyat kepada PAS.

"Rakyat makin yakin dengan kemampuan kita mentadbir negeri, dan kita perlu mengekalkan keyakinan rakyat untuk merampas Kota Siputeh yang sekaligus akan memperkukuhkan kerajaan yang ada.

"Kita juga perlu menggunakan pendekatan yang cukup berhemah apabila berhadapan dengan penyokong Umno dan BN untuk mengalih sokongan mereka kepada PAS," katanya.

Menurut Azizan, keputusan penghakiman berhubung kes kerusi DUN Kota Siputeh akan diumumkan dalam waktu terdekat ini dan PRK akan diadakan bagi mengisi kekosongannya.

Kerusi itu dikosongkan sejak Ogos tahun lalu akibat kegagalan wakil rakyatnya menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Hussin dan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad.

Wednesday, March 31, 2010

Hulu Selangor : Pakar Neorologi VS Pakar Pikul Duit ?

Bahang pilihanraya kecil Hulu Selangor makin kuat dirasai. Ketika muafakat jelas terbentuk dalam Pakatan Rakyat bahawa kerusi parlimen berkenaan milik PKR sebaliknya berlaku dalam BN yang masih bermain tarik tali calon parti mana yang bakal bertanding.

Bagi MIC itu adalah kuota atau kerusi mereka dulu kini dan selamanya. Ini ditegaskan oleh oleh Datuk Seri Samy Vellu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Bahagian MIC Hulu Selangor kelmarin. Tanpa berahsia, Samy Vellu menyebut kerusi itu akan ditandingi oleh G.Palanivel yang juga timbalan presiden MIC. Kenyataan Samy Vellu juga disokong oleh Dato Seri Muhd. Khir Toyo
Walau bagaimanapun wujud desakan kuat agar kerusi itu ditandingi oleh calon Umno. Pengaruh MIC yang makin terhakis dan semangat Melayu yang sedang meluap-luap sekarang dalam Umno menjadi hujah agar Umno diberikan kerusi berkenaan.

Parti mana pun yang bertanding mewakili BN dijangka akan mencetuskan konflik terbaru di dalam BN setelah pergolakan hebat dalam MCA.

PKR kelihatan tidak ketandusan tokoh untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Antara nama yang menjadi pilihan ialah Datuk Dr Halili Rahmat pakar neurologi/bedah saraf anak tempatan yang juga Bendahari PKR bahagian.

Jika Umno bertanding maka calon pilihan mereka pula ialah Tan Sri Muhd. Taib. Siapa yang tak kenal Md. Taib? Beliau merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan tidak dilupakan jasanya melarikan anakanda Almarhum Sultan Selangor satu ketika dulu. Tak kurang masyurnya, kehebatan Md. Taib memikul duit bernilai jutaan ringgit yang dianggarkan berat melebihi 10 kilogram sewaktu cuba meninggalkan Australia. Sehingga hari ini belum ada mana-mana individu dalam negara yang berjaya memecahkan rekod berkenaan.

Jika spekulasi ini menjadi kenyataan maka pertarungan di Hulu Selangor bakal menyaksikan pertarungan di antara pakar Neurologi dan pakar pikul duit. Sudah tentu banyak yang menarik jika telahan ini menjadi kenyataan.

Tuesday, March 30, 2010

Apco: PAS cadang Majlis Raja-Raja campur tangan


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.

Cadangan sedemikian penting kerana dengan partisipasi syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya.

"Selain mengusahakan tubuh Suruhanjaya Diraja, Majlis-Majlis Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara, kepentingan Islam.

"Isu ini adalah isu yang serius kerana berkiatan keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan mustahil membekalkan maklumat biasa berkaitan tanah air kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.

Ujarnya lagi, seperti suatu syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara demikian berulang di Malaysia.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan kerana melantik Apco sebagai firma perunding imej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan serta gagasan 1Malaysia.

"Tentang 1Israel' (dan) 1Malaysia', ia tidak boleh semuanya dianggap sebagai kebetulan," ujarnya.

Tambahnya lagi, dengan penyertaan beberapa bekas perisik Agensi Keselamatan Israel (ISA) dalam firma perundingan itu seharusnya memerlukan penjelasan jujur daripada Najib sendiri, mewakili Presiden Umno/BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sekurang-kurangnya Najib wajar menafikan segala dakwaannya di Dewan Rakyat pada sesi penghujahan semula, tengah hari tadi.

Turut menyertai Mahfuz dan Anwar di lobi Parlimen adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dakwaan Apco seolah-olah mempunyai hubungan langsung dengan jaringan Zionis-Israel sekaligus mencemarkan wawasan 1Malaysia yang cuba diperkenalkan Najib.

Hidup Rakyat Perak!!


Inilah barisan kita.... yang rela berkhidmat dan berjuang demi mempertahankan hak rakyat Perak.

Barisan juara-juara rakyat daripada Pakatan Rakyat, sebuah kerajaan yang lekat di hati rakyat.... yang diberi mandat dan amanah oleh rakyat untuk memerintah negeri Perak tetapi dirampas oleh lanun durjana pimpinan Piem 1Malaysia.

Namun.... bagi rakyat negeri Perak, mereka tetap mengiktiraf PR sebagai kerajaan iaitu Kerajaan Rakyat!! Kerajaan dari rakyat untuk rakyat.... Bukan Kerajaan dari mahkamah untuk UMNO/BN.

Yaahooo.... Kerajaan Rakyat!!!

Boooo.... Kerajaan Mahkamah!!!

BN Terasa Bahang Hulu Selangor

BN mula terasa bahang Hulu Selangor apabila sehingga berada dalam keadaan defensif kerana masalah perebutan calon antara MIC dan Umno. Perebutan ini tidak dapat dibendung lagi keraan masing-masing mendakwa mempunyai sebab mengapa calon mereka mesti diketengahkan pada pilihanraya ini.
Umno mendakwa calonnya berupaya untuk merampas kembali kerusi ini dari PKR. Manakal MIC mendabik dada menyatakan kerusi itu adalah milik mereka sejak sekian lama. Keputusan pilihanraya umum 12 tidak boleh dijadikan ukuran kerana menurut keadaan sudah berubah dan MIC melalui Timbalan Presidennya, G Palanivel berupaya untuk membalas dendam kerana kerana tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada PRU Mac 2008 itu.


Hari ini Taukeh Enjin Hilang, Zahid Hamidi memberi peringatan kepada pemimpin BN dan kuncu-kuncu mereka supaya supaya tidak membincangkan isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor secara terbuka.
Naib Presiden UMNO itu berkata, jalan terbaik adalah dengan menyerahkannya kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi BN untuk membuat keputusan.

Tegasnya, pertikaian atau perbincangan mengenai isu itu secara terbuka hanya akan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk membidas.

Terbukti mula gentar dengan perkembangan ini apatah lagi komposisi pengundi di Hulu Selangor tidak memberikan kelebihan kepada Umno/BN kerana peratusan orang Melayu hanya 53.9 % sahaja manakala Cina 26.7 % dan India 19 %. Jumlah kesemua pengundi ialah kira-kira 60,000 orang.

KOLEKSI BANGUNAN RUNTUH DI TERENGGANU DARUL RUNTUH BERTAMBAH

Setelah pelbagai bangunan runtuh di Terengganu hari ini negeri tersebut menambahkan satu koleksinya dengan runtuhnya bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kuala Terengganu petang ini.
Seorang buruh terbunuh manakala empat rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan tersebut runtuh.
Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.
Memang tepatlah negeri Terengganu diberi jolokan Terengganu Darul Runtuh.
Saya menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat serta merta dan jika sekiranya terdapat unsur penyelewengan dan rasuah sila bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Jangan ulangi sebagaimana kejadian runtuh sebelum ini di mana hasil siasatan dilihat tidak telus dan tiada tindakan konkrit diambil ke atas orang yang bertanggungjawab.

RAKYAT SEMAKIN MARAH KEPADA UMNO

Ada 2 perkara yang benar-benar menyebabkan rakyat kepada Umno/BN sehari dua ini. Pertama tindakan Umno yang seolah-olah menyokong apa yang diperkatakan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali. Kedua tindakan Umno Bahagian Bukit Bendera yang mahukan Ahmad Ismail kembali memimpin Umno bahagian itu.
Semua orang tahu Ibrahim Ali dengan lantang mengapi-apikan semangat perkauman sempit begitu juga dengan Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan berbau perkauman semasa Pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Kedua-dua isu ini benar-benar menyebabkan rakyat marah khasnya orang Tionghua kepada Umno/BN.
Terbukti Umno masih bermain api dengan isu perkauman untuk meraih sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Mereka masih mengamalkan cara politik lapuk dan kolot iaitu mengapi-api semangat perkauman sempit walaupun pelbagai onar dilakukan oleh pemimpin bangsa mereka sendiri mereka tetap menyokongnya. Sedangkan di sana ada parti lain yang berjuang untuk kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan rakyat .

PERKASA MENJADI KELAB UMNO?

penang gerakan pc 141008 teng hock namSaya percaya Perkasa yang diasaskan Ibrahim Ali menjadi juara perkauman sempit yang sekarang ini tidak boleh dimainkan oleh Umno kerana ianya berlawanan dengan Semangat 1Malaysia yang diasaskan oleh Presiden Umno, Najib Razak.
Jadi mahu tidak mahu Umno tidak boleh menunjukkan belang mereka sebagai juara perkauman Melayu sempit. Jadi tanpa disedari atau sememangnya disedari, Perkasa memainkan peranan itu untuk memastikan Umno terus mendapat sokongan orang Melayu. Jika tidak Umno bimbang kehilangan sokongan pengundi Melayu kerana semangat 1Malaysia seolah-olah menyamaratakan semua kaum dan penganut agama.

Jadi Umno berfikir slogan 1Malaysia ini mungkin memberi kesan kepada Umno. Jadi Umno mesti mencari kuda tunggangan atau 'wok yik' untuk memainkan peranan mengekal dan menambahkan lagi sokongan orang Melayu kepada Umno.
Akhirnya Perkasa dilihat berjaya memainkan peranan ini. Malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga seolah-olah merestui semangat perkauman sempit Perkasa apabila turut sama merasmikan Perkasa.
Malangnya Mahathir dan Perkasa tidak sedar atau sengaja mahu mengguriskan hati rakyat Bukan Melayu. Akibatnya masyarakat Tionghua terutamanya semangat jijik dengan Umno dan Perkasa. Malah parti Gerakan rakan Umno juga marah kepada Umno dan Perkasa.
Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan ‘menjijikan’.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan NGO pelampau kanan Melayu untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya

Maruah PDRM tercalar lagi


1. Pada tahun 2007 tanggal 12 ogos , Tun Hanif Omar bekas ketua polis negara telah mendedahkan melalui ruangan khas beliau di akhbar The Star bahawa 40% pegawai - pegawai polis terlibat dengan rasuah .

[ sehingga kini tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap kes yang didedah dan tiada juga tindakan diambil ke atas Tun Hanif Omar jika beliau membuat tuduhan palsu .]

2. Kini Tan Sri Musa Hassan Ketua Polis Negara mendedahkan betapa wujud campur tangan pihak ketiga dalam pentadbiran Polis diRaja Malaysia . Beliau turut mendakwa bahawa pihak ketiga ini telah membuat arahan terus kepada pegawai bawahan beliau . Persoalannya siapakah pihak ketiga ini ? Gengster atau ahli politik ?

3. Pendedahan seperti ini meletakkan rakyat dalam keadaan gelisah dan negara dalam bahaya . Sebelum ini pun telah wujud pertelagahan antara pegawai tinggi polis yang akhirnya membawa pendedahan demi pendedahan yang menggemparkan malah menakutkan .

4. Pendedahan seperti wujudnya hubungan pihak polis dengan kumpulan - kumpulan gengster , pertelagahan pihak polis dengan timbalan menteri dalam negeri sebelum ini yang akhirnya mendedahkan betapa wujudnya keadaan satu pihak menangkap penjenayah yang sangat dikehendaki dan satu pihak lagi membebaskan penjenayah tersebut yang telah ditangkap .

5. Justeru itu tidak hairanlah jika bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyebut mengenai 40% pegawai polis terlibat dengan rasuah dan pendedahan terkini dari Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri mengenai wujudnya pihak ketiga yang campur tangan dan mampu mengeluarkan arahan kepada pegawai - pegawai polis .

6. Lebih malang apabila usul dari ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali agar parlimen mendapat penjelasan dari Menteri dalam Negeri mengenai kewujudan pihak ketiga yang mengeluarkan arahan kepada pegawai polis ini ditolak oleh speaker . Kenapa p

Monday, March 29, 2010

Masalah Rakyat Perlu Diselesaikan Tanpa Ikut Fahaman Politik - Titah Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah di negeri itu supaya menyelesaikan semua masalah rakyat dengan adil tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Beta tidak mahu mendengar rungutan di mana terdapat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hanya bekerja untuk kepentingan diri sendiri, berpuak-puak, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan," titah baginda ketika merasmikan Kompleks Bangunan Baru Pejabat Daerah/Tanah Klang di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan supaya sentiasa bersifat jujur dan amanah selain bekerjasama dan saling membantu bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.

Baginda mahu perkhidmatan awam di Selangor menjadi lebih cekap, efektif, dinamik dan inovatif dengan memiliki standard yang tinggi dan idea-idea baru diterapkan dalam semua peringkat pentadbiran dan pengurusan dengan penekanan terhadap produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

Sultan Selangor menitahkan penghulu dan pegawai Pejabat Tanah supaya turun ke padang bertemu rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka kerana masalah seperti pertikaian hak milik tanah dan pelanggaran syarat tanah tidak dapat diselesaikan jika hanya dipantau dari pejabat.

Kepada wakil rakyat, baginda mahu supaya mereka lebih mengambil berat masalah dan kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.

"Beta suka menasihatkan agar semua pihak menjauhi sifat keangkuhan kuasa. Pikullah tanggungjawab dengan rasa amanah, ikhlas dan rendah diri untuk mendekati jiwa rakyat supaya rakyat Beta tidak merasakan sebarang jurang untuk mereka meluangkan masalah," titah Baginda.

Semasa mendengar taklimat pembangunan daerah Klang oleh Pegawai Daerah Bakhtiar Hussin, baginda bertanya menenai kelewatan menyiapkan projek menaik taraf laluan Kapar-Klang yang telah mengakibatkan kesesakan lalulintas yang membebankan penduduk Klang.

Pengarah Kerja Raya Selangor Kamil Puat Nil memberitahu baginda bahawa sepatutnya projek itu siap pada Disember lepas tetapi kontraktor menghadapi masalah luar jangkaan seperti pergerakan bawah tanah di tapak pembinaan.

TAJOL ROSLI IKTIRAF SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER YANG SAH?




YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapan tersebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.


Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.

sudah tiba masanya.....Tee Keat

Kekalahan Ong Tee Keat kepada Chua Soi Lek menjelaskan lagi kepada kita bahawa bukan saja didalam UMNO malah dalam MCA juga adalah sama...

Kalau didalam UMNO setiap pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk menentang rasuah akan disingkirkan begitulah juga apa yang berlaku didalam MCA...

Adakah dengan kemenangan Chua Soi Lek ini akan menyebabkan isu PKFZ juga akan tenggelam bersama Ong Tee Keat, manusia yang telah menimbulkan isu ini?


jika Tee Keat benar- benar ikhlas didalam perjuangannya, maka sudah tiba masanya untuk dia berhijrah ke kem PR. pilihan yang ada samada Keadilan atau Dap. Ju Meng atau Guan Eng akan menyambut kedatangan Tee Keat dan akan bersama-sama membantu untuk membongkar isu PKFZ.

jika Tee Keat berhajat benar untuk membongkar skandal itu, maka sekurang kurangnya semasa masih lagi menjadi menteri ini, sudah tentu Tee Keat sudah memikirkan dokumen atau bukti penyelewengan yang perlu ada untuk menangkap pihak yang terlibat dengan skandal itu.

kita yakin dan percaya, kekalahan Tee Keat ada kaitannya dengan isu PKFZ. dan sudah mesti ada tangan-tangan ghaib yang membantu kearah itu.

maka apa nak ditunggu lagi, ayuh....marilah bersama kami......kita sama-sama menegak kebenaran.

Sunday, March 28, 2010

Siapa menderita jika Tok Guru bahagia??



Sayu hati apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata yang dia bahagia sekiranya tidak dilantik sebagai Mursyidul Am Pas. Alasan yang diberi kerana kesihatannya dan dia berasa kurang mampu untuk menghadiri majils dan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas di luar Kelantan.

Ya.... Tuan Guru bahagia tetapi kita?? Apakah kita akan gembira sekiranya beliau tiada dalam Majlis Syura Ulama Pas terutamanya sebagai Mursyidul Amnya. Jika ini berlaku maka malanglah bagi Pas.

Kita dapat lihat... Pas di bawah pimpinan Allaharyam Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz, begitu progresif sekali. Dari sebuah parti yang dianggap parti orang kampung, Pas muncul sebagai parti yang disokong dan didokong oleh rakyat pelbagai kaum baik di bandar mau pun di luar bandar.... dari golongan agama dan begitu juga professional.... Sokongan kepadanya begitu menyeluruh sekali. Begitulah dinamiknya Pas di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Dengan strategi kerjasamanya dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat sebagai parti Islam yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya menegakkan keadilan untuk semua rakyat, selari dengan ajaran Islam itu sendiri. Pas dilihat begitu hebat sekali.

Alhamdulillah... kesannya amat membanggakan sekali. Pas mampu menang di kawasan-kawasan yang dulunya sukar untuk ditembusi oleh mereka. Calon-calon yang ditonjolkan oleh Pas amat berintegriti dan dihormati oleh kaum bukan-Melayu.

Dan.... ikon yang mengubah perpektif dan persepsi rakyat terutama kaum bukan-Melayu terhadap Pas ialah Tok Guru Nik Aziz. Mereka mempunyai rasa hormat yang amat tinggi kepadanya. Tok Guru Nik Aziz dan Kelantan adalah contoh atau model kepimpinan ulama yang mereka respek dan yang mereka boleh percayai.

Namun..... sejak belakangan ini, Pas mula dicurigai semula, lantaran wujudnya puak UG dan tindak tanduk mereka. Ya.... wujudnya golongan UG merugikan Pas dan akan terus merugikan Pas. Tambahan pulak, dengan senario yang berlaku sekarang..... seolah-olah proses pembersihan dalam Pas sedang berlaku. Proses menyahkeluarkan golongan anti-UG dalam Pas sedang berlaku.

Ya Allah.... ngerinya aku!! Proses yang terbalik telah berlaku. Sepatutnya.... proses pembersihan adalah di kalangan golongan pro-UG, ini tidak. Nauzubillah..... apa sudah jadi.... dan apa akan terjadi pada Pas nanti??

Persoalannya sekarang.... mampukah ulama seperti Haron Din atau Tuan Ibrahim atau whoever ler, menyaingi aura dan kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz?? No way.... mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan sokongan bukan-Melayu bagi memenangkan Pas. Sorry to say ler, buat masa ini, tindak tanduk mereka tidak menjurus ke arah itu. Sebaliknya, menimbulkan kecurigaan dan kesangsian di hati mereka. Mengapa??

Pas kini dilihat telah dikuasai oleh golongan UG sudah menjadi parti perkauman. Mereka telah memprojekkan Pas sebagai parti Melayu-Islam.... parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan agama Islam tetapi bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam yang syumul. Tok Guru dilihat sebagai ikon ulama yang melambangkan keadilan dalam Islam. Islam yang adil untuk semua, baik yang beragama Islam, mau pun yang bukan-Islam. Pas yang ada sekarang sudah ada bau perkauman gara-gara golongan UG.

Tetapi tidak Tok Guru. Beliau ialah ikon Islam for All dan Pas for All dalam parti Pas. Begitulah sinonimnya Tok Guru dengan Pas di mata para penyokong dan pendokong Pas terutama mereka yang bukan-Islam. Tok Gurulah attraction mereka kepada Pas.

Berat hati mengatakan bahawa ketiadaan Tok Guru sebagai Mursyidul Am Pas serta mereka yang menolak UG dalam kepimpinan tertinggi Pas, Pas akan menerima kesan negatif dari segi sokongan bukan-Islam. Penguasaan golongan UG dalam Pas akan merugikan Pas kerana kemungkinan Pas akan berpeluk dan berkahwin dengan UMNO itu, tetap ada. Itu tidak mustahil lagi... Malang sekali, itu 'political suicide' namanya.

Jadi, apakah akar umbi Pas serta para penyokongnya akan membiarkan ini berlaku pada parti yang kita sayangi. Merenyeh-renyeh atau berkahwin dengan UMNO adalah petanda kehancuran Pas!! Nauzubillah.... bala jangan dicari!!

Apa-apa pun... syukur alhamdulillah apabila Tok Guru Nik Aziz berkata yang beliau sudi menjadi Musyidul Am Pas sekiranya beliau dilantik semula. Ini merupakan affirmative answer yang boleh buat kita gembira. Inilah pengorbanan seorang pemimpin kepada parti yang dicintainya.

So... kita tunggulah sehingga esok dan tengok sama ada proses pembersihan yang disebut-sebut itu akan melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Hopefully..... tidakler!!

Sultan: Pilih pemimpin yang tidak dicucuk hidung

Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan.


"Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri

"Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini.


Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan.

"Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah semakin banyak pilihan yang ada, semakin tinggi kebebasan seseorang dan semakin luas ruang kebebasan itu, semakin gembira hidup mereka.

"Seorang pemimpin yang baik membebaskan rakyat dan meletakkan rakyat dengan pelbagai peluang kerana melalui banyaknya pilihan, kita menjadi lebih fleksibel," titah baginda.

Baginda memberi contoh mengenai jasa yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang telah berjaya menyediakan peluang pendidikan secara lebih menyeluruh melalui Dasar Ekonomi Baru.

Baginda yang juga Canselor UUM bertitah bahawa baginda membangkitkan perkara berkenaan supaya graduan turut dapat menyediakan diri untuk terus menikmati kebebasan diri untuk memilih dan bukannya memilih kerana dipaksa memilih.

ADUN PR janji hadir sidang DUN: Nizar

Semua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) negeri ini akan hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac ini.

Bagaimanapun, ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka menyatakan kehadiran itu setelah menerima surat panggilan sidang DUN daripada bekas Speaker DUN, V Sivakumar. Katanya, mereka juga turut menerima notis sidang DUN daripada Speaker DUN, R Ganesan

“Kita sudah menyerahkan sebanyak 216 soalan bertulis dan lisan kepada Sivakumar serta bahagian Dewan Negeri untuk disediakan jawapan ketika sidang DUN berlangsung pada 30 Mac ini.

“Di samping itu, kita juga mengambil keputusan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ganesan supaya mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mac di Dewan Bandaran Ipoh bagi membincangkan perihal perjalanan sidang supaya berlangsung dengan aman, dapat membangkitkan segala masalah rakyat dan memikirkan hala tuju secara bersama demi kemajuan negeri,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pas di sini, semalam.

Hadir sama, ADUN Tronoh, Sivakumar; ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Lubok Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof, ADUN Sungkai, A Sivanesan, ADUN Keranji, Chen Fook Chye, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, ADUN Selinsing, Husin Din, ADUN Semanggol Ramli Tusin, ADUN Aulong Yew Tian Hoe, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Mohamad Nizar berkata, PR negeri itu sepakat meminta Ganesan dan Dr Zambry melanjutkan sidang DUN sehingga lima hari iaitu 30, 31 Mac, 1, 5 dan 6 April bagi memberi ruang serta peluang kepada semua ADUN membincangkan hal berbangkit khususnya berkaitan rakyat.

Katanya, peruntukan dua hari untuk bersidang adalah tempoh singkat, malah tidak sempat membentang dan membahaskan segala masalah yang dikemukakan untuk kepentingan rakyat serta negeri.

“Kita mahu buktikan yang wakil rakyat PR berkhidmat untuk rakyat, sebab itulah kita meminta supaya sidang DUN dilanjutkan kepada lima hari iaitu tempoh sesuai bagi perjalanan persidangan DUN.

“Kalau sekadar dua hari, kita tidak sempat membincangkan segala masalah yang dibentangkan oleh Ahli Dewan, walhal tujuan bersidang adalah untuk rakyat dan negeri,” katanya

Search This Blog