Saturday, September 12, 2009

Mampukah UMNO kekalkan kerusi Bagan Pinang?

UMNO terselamat di DUN Bagan Pinang ini dalam pilihanraya yang lepas kerana undi pos berjuimlah lebih 5,000 pengundi. Jika tidak ada undi pos, calon UMNO agak sukar untuk mempertahankan kerusi ini kerana peningkatan PAS begitu mendadak.

Tahun 2009 wajar diisitihar sebagai tahun pilihanraya kecil. Apa tidaknya, bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009), kemudian 3 pilihanraya kecil serentak di Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan DUN Bukit Selambau dan DUN batang Ai pada bulan April, 2009, DUN Penanti (bulan Mei, 2009), Manek Urai (Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009).ika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak campor tangan dan menghalang pilihanraya kecil 3 DUN di Perak Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. maka jumlah pilihanraya kecil sudah pasti bertambah.

Sungguhpun begitu. dalam keadaan SPR cuba untuk mengelak diadakan pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh di Kedah, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pada mesyuarat yang di jadualkan Isnin, 14hb. September. (Gambar - pantai tenang Bagan Pinang akan bergelora tidak lama lagi)

SPR hanya mampu menentukan tarikh pilihanraya DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari sahaja akibat kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor baru-baru ini

Pilihanraya kecil yang ke-9 selepas pilihanraya umum ke-12 cukup menarik. Kenapa dikatakan menarik kerana inilah kali pertama diadakan di kawasan Selatan Semenanjong yang menjadi kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi sebelum ini.

Tambahan pula ianya diadakan di Negeri Sembilan yang mana majoriti BN pada kali ini tidaklah sekukuh sebelum PRU ke-12 sebelum ini. Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, yakni di mana BN ada 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi.

Jika dilihat secara terperinci pada pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini, PR berjaya mempertahankan semua kerusi yang disandang mereka sebelum ini (Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir disamping merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO dan BN.

Kerusi Bagan Pinang ini adalah milik UMNO dan BN di mana mereka menang dengan majoriti 2,333 undi keatas calon PAS. Calon UMNO Azman Mohd Nor mendapat 6430 berbanding dengan calon PAS, Hj Ramli Ismail mendapat 4097.

Berbanding dengan pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004, calon PAS dalam pilihanraya umum ke-12 berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir 50 %, yakni dari majority undi 4411 kepada 2,333 sahaja dimana PAS Berjaya meningkatkan undi dari 1,556 kepada 4,097.

UMNO terselamat di DUN Bagan Pinang ini dalam pilihanraya yang lepas kerana undi pos berjuimlah lebih 5,000 pengundi. Jika tidak ada undi pos, calon UMNO agak sukar untuk mempertahankan kerusi ini kerana peningkatan PAS begitu mendadak.

Malah jika PAS berjaya mengekalkan prestasi undi yang didapati dalam pilihanraya yang lepas, dan UMNO tersilap dalam percaturan pemilihan calon seperti di Kuala Terengganu sebelum ini, tidak mustahil kerusi ini akan bertukar tangan kepada pihak lawan.

Disebabkan tergugat dengan perkembangan semasa politik yang tidak memihak kepada UMNO dan BN sekarang ini, nama Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Naib Presiden UMNO yang baru dibebaskan penggantungan dari kesalahan politik wang cuba ditonjolkan semula sebagai calon UMNO dalam pilihanraya kecil ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hassan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri awal-awal lagi menyerahkan kepada UMNO Telok Kemang mencadangkan calon yang sesuai bagi pilihanraya kecil kali ini.

Jika Isa samad tidak bertandinmg kali ini, pihak-pihak tertentu dalam UMNO Telok Kemang mencadangkan anaknya yang bernama Najib yang menjadi aktivis pemuda di calonkan kerana mereka bimbang untuk kehilangan pengaruh Isa Samad dalam pilihanraay kecil ini.

Manakala PAS dan Pakatan Rakya pula dilihat begitu ghairah untuk membuat kejutan sekali lagi dalam pilihanraya kecil ini. Jika PAS berjaya mengurangkan majoriti dalam pilihanraya kecil ini sudah cukup untuk membnerikan pukulan maut kepada UMNO dan BN.

Calon yang disebut-sebut dari kalangan PAS pula adalah Zulkifli Mohd Omar, Pesuruhjaya Negeri Sembilan sendiri selain dari calon DUN berkenaan dalam pilihanraya umum yang lepas, Ramli Ismail yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang. Seorang lagi muka baru dikalangan ank tempatan juga terdapat dalam senarai yang dipertimbangkan sebagai calon di DUN berkenaan.

Difahamkan PAS Pusat sedang mencari calon terbaik untuk berhadapan dengan UMNO dalam pilihanraya kecil ini. Keadaan ini menjadikan jentera UMNO dan BN Negeri Sembilan begitu tertekan untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang ini apatah lagi dalam keadaan parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC serta PPP sedang bergolak.

Anwar Ibrahim pula awal-awal lagi mensasarkan PR akan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini sebagaimana kerusi-kerusi lain dalam pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini.

Sudah tentu mereka tidak dapat banyak membantu memberikan undi India dan Cina yang menjadi pennetu di sini kepada UMNO dalam keadaan UMNO juga turut terlibat dalam mendalangi kekecohan dan demonsterasi membantah pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini.

Sekarang ini, UMNO dan BN terpaksa bergantung kepada undi pos dikalangan tentera bagi mementukan survival mereka di DUN Bagan Pinang ini. Jika pengundi pos tentera memprotes kepada calon UMNO bermakna harapan untuk BN mengekalkan kerusi ini adalah amat tipis sekali.

Ramai pemerhati politik menjangkakan, jika UMNO dan BN tewas pada kerusi ini bermakna harapan kerajaan Najib Tun Razak untuk terus memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 adalah ibarat telor di hujung tanduk.

Malah saya diberitahu, jika UMNO dan BN tewas dalam pilihnraya kecil ini, parti-parti komponen BN terutama dari Sabah dan Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan lain-lain mungkin akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam Barisan Nasional.

Sejauhmana kerajaan UMNO dan BN mampu bertahan selepas ini bergantung kepada kemampuan meraka mempertahankan kerusi ini. Jika mereka menang dengan majori yang meningkat secara mendadak, maka hayat mereka akan dapat bertahan seketika. Tetapi jika majoritinya berkurangan apatah lagi UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya kecil ini, maka UMNO juga dijangka tumbang dua tahun lagi selepas 54 tahun memerintah sebagaimana LDP di Jepun baru-baru ini dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Friday, September 11, 2009

Zambry jangan celupar, cabar rakyat!

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan rakyat negeri Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir kerajaan negeri sebagai tindak tanduk mengarut dan tidak waras adalah cuba mencabar kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa jahat Umno / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk mengingatkan Zambry supaya jangan celupar di dalam memperkatakan kemelut dan krisis Perak ini mengikut kaca mata Umno / BN semata-mata. Jika tindakan UMNO / BN itu benar, kenapa perlu takut untuk rakyat menentukan siapakah kerajaan negeri yang sebenarnya yang telah di pilih oleh rakyat Perak semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.

DPPN Pk menganggap kenyataan Zambry itu sebagai satu amaran kepada rakyat Perak supaya menerima cara mereka untuk terus memerintah secara kuku besi yang tidak menghormati undang-undang yang ada dan boleh melanggar peraturan seperti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bersidang pada 7 Mei yang lalu.

DPPN Pk mempersoalkan kenapa Umno / BN takut jika mereka yakin akan terus di terima oleh rakyat Perak. DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa rakyat Perak akan terus bersama dengan PR untuk membangunkan negeri Perak dengan berteraskan Negeri Kebajikan. DPPN Pk akan menunggu saat penting yang akan memastikan rakyat akan terus menolak Umno / BN kelak.

Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
_

Hakim sahkan artikel 72, Nizar MB yang sah!

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Malah DPPN Pk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 �Exco�nya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 �Exco�nya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

DPPN Pk juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah dibuat di luar DUN Perak.

DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, DPPN Pk amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
_

Thursday, September 10, 2009

Alasan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh makin celarukan krisis Perak

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya R Ganesan yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.

Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 May tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

Rakyat Negeri Perak menuntut penjelasan dua kedudukan yang bertentangan ini.

Mahkamah Persekutuan 16 April lalu telah bertindak sebaliknya apabila membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker yang sah ketika itu, V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Doctrin separation of power (doktin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan".

Manakala keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan sehari selepas itu Mahkamah Rayuan telah mensucikan. Ini mewujudkan persepsi bahawa Menteri Besar yang ada pada hari ini Dr Zambry adalah haram yang dipilih Mahkamah.

Biarpun ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan tidakkah keputusan mahkamah sebelum ini boleh menyebabkan persidangan DUN Perak telah menghadapi kecelaruan oleh mereka di mahkamah.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri"

Pakatan Rakyat memilih untuk menerima cadangan bubarkan DUN walaupun dari sudut majoriti dan perundangan, mereka masih boleh memegang tampuk pemerintahan Perak sekiranya tiada campurtangan tangan ghaib daripada mahkamah.

Siapakah Speaker Perak Yang Sah

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah campur tangan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak serta krisis Perlembagaan yang terus berpanjangan sehingga kini semenjak rampasan kuasa awal Februari tahun ini.

DPPN Pk yakin kemelut yang berlaku adalah sebahagian daripada krisis politik yang telah dicemari dengan pelbagai kejadian yang tidak diinggini terutama yang telah melanggar undang-undang yang memberikan gambaran keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai. Yang paling penting adalah implikasi ekonomi negeri yang menyebabkan pelabur takut untuk berlabur di negeri Perak ini.

DPPN Pk memohon perkenan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Sultan Perak dan juga bekas Ketua Hakim Negara untuk menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku di negeri Perak ini dengan satu formula yang konkrit. DPPN Pk menegaskan kemelut dan krisis yang berlaku ini memberikan implikasi yang negatif di peringkat antarabangsa.

DPPN Pk melihat kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah krisis terbaru yang memerlukan penyelesaian segera. Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu jelas tercemar kerana kedudukan sebenarnya masih tidak diketahui. DPPK Pk yakin rakyat negeri Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya amat malu dengan suasana yang berlaku terhadap Speaker DUN Perak.

DPPN Pk memberi jaminan hanya dengan pembubaran DUN Perak selepas hari raya ini nanti akan menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku serta keharmonian dan kesejahteraan negeri akan kembali seperti biasa kelak. DPPN Pk yakin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan memperkenankan pembubaran DUN Perak demi rakyat Perak keseluruhannya.

ZAWAWI HASSAN

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Bagan Pinang: Pakuan akhir keranda atau titik hidup semula BN

DALAM tempohari 60 hari selepas satu-satu kawasan itu diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN atau Speaker Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat untuk mencari satu tarikh bagi diadakan pilihan raya semula, dengan tujuan mencari pengganti wakil rakyat.

Kali ini, berlaku lagi satu kekosongan akibat kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohamad Noor 4 September 2009 lalu yang menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan dalam masa terdekat.

Bagi Barisan Nasional (BN), tentunya dalam keghairahan mereka ingin mempertahankan kerusi ini kerana ia dimenangi Allahyarham Azman yang mewakili BN dalam PRU 12, Mac 2008 yang lalu, kerisauan tetap ada.

Apa tidaknya, kewibawaan Pengarah Pilihanraya BN yang secara tradisinya disandang Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden Umno belum sekali pun terbukti. Sejak menang kerusi Timbalan Presiden Umno dan secara otomatik dilantik menjadi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hanya membawa �pulang� keputusan kalah untuk dipersembahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bermula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Muhyiddin yang ketika itu masih belum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, dilihat tidak bermaya menerima kekalahan kedua-dua kawasan itu walaupun, dalam masa yang sama, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Batang Ai di Sarawak.

Kemudiannya, apabila berlaku pilihan raya kecil di DUN Manek Urai, Muhyiddin yang tidak menyangka BN boleh kalah tipis membawa janji manis kepada penyokong Umno bahawa 'rakyat' sudah kembali menyokong BN dalam pilihan raya kecil seperti mana yang ditunjukkan di DUN Manek Urai.

Malangnya, tidak lama Muhyiddin dan beberapa rakan-rakannya termasuk Datuk Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan dan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno 'meraikan' kekalahan tipis itu apabila keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir memberi pukulan maut kepada BN apabila calonnya bukan sahaja kalah, malahan gagal mendapat undi seperti yang pernah calon BN terdahulu mendapatnya.

Bersediakah Muhyiddin menawarkan untuk menarik diri dari menjadi pengarah pilihan raya BN kali ini? Ini kerana kehadiran Muhyiddin jelas tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN di setiap pilihan raya kecil. Khabarnya tingkah laku pegawai-pegawai Muhyiddin termasuk Setiausaha Politiknya juga dikatakan 'lebih sudu dari kuah' .

Kali ini, di Bagan Pinang, khabarnya ada usaha beberapa pihak merayu jasa baik Najib supaya memberikan peluang kepada Muhyiddin supaya 'menjauhkan diri' dari Bagan Pinang bagi mengelakkan BN sekali lagi kecundang seperti apa yang sudah berlaku di tujuh kawasan lain sebelum ini.

Barangkali, Muhyiddin juga sudah dibisikkan perkara ini, supaya tidak keterlaluan berada di kawasan itu kerana selama ini, beliau sendiri tidak gemar berada di bawah untuk berhubung dengan 'grassroot' tetapi apabila ada pilihan raya, beliau dilihat seperti seorang calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil.

Contoh terbaru di DUN Permatang Pasir, jelas pengundi tidak dapat menerima Muhyiddin yang memulakan dakwaan mengatakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

JAGA PEJABAT

Ramai yang mengharapkan Muhyiddin supaya lebih kerap berada di pejabatnya kerana sudah kedengaran keluh kesah penyokong-penyokong yang memenangkannya ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dahulu, yang tidak dapat bertemu dengannya.

Muhyiddin didakwa terlalu kerap berada di luar pejabat dan lebih mudah untuk bertemu Perdana Menteri dari mencari peluang bertemu timbalan, kata seorang penyokongnya yang kecewa setelah lebih empat bulan cuba membuat temujanji tetapi gagal bertemu dengannya.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak menjangkakan jika penglibatan Muhyiddin dan Setiausaha Politiknya terlalu ketara di Bagan Pinang, BN bakal menghadapi masalah besar untuk menarik pengundi untuk terus memberi sokongan kepada calon BN.

Selain faktor Muhyiddin, beberapa pihak juga cuba menutup cerita 'ketengangan' yang berlaku antara bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan. Walaupun 'ketengangan' itu tidak begitu ketara, tetapi ketika Mohd Isa dikenakan tindakan penggantungan dahulu, tiada langsung usaha dari Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan untuk membelanya.

Malahan, mereka dikatakan berusaha untuk 'menenggelamkan' Mohd Isa dari arena politik Negeri Sembilan walaupun akhirnya Mohd Isa kembali mengetuai Umno Bahagian Teluk Kemang selepas hampir empat tahun berada 'di luar padang'.

Mohd Isa yang pernah mewakili DUN Linggi selama enam penggal dan sepenggal menjadi Ahli Parlimen Jempol dikatakan bakal membuat 'come back' jika terpilih bertanding di DUN Bagan Pinang dan memenanginya.

Namun untuk menang, banyak perkara yang mahu 'jentera parti' ketepikan. Antaranya, tidak mahu campurtangan terlalu banyak dari pihak Kuala Lumpur dan kedua, jangan ada mereka yang bertindak 'lebih sudu dari kuah'.

Seorang Setiausaha Politik Muhyiddin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dikatakan tidak pernah mahu bersama Pergerakan Pemuda dalam menyusun strategi berkempen ketika pilihan raya kecil.

Lagaknya seperti seorang menteri menyebabkan banyak pihak mula berasa mual dengan caranya tetapi tiada siapa berani menyampaikan teguran kepada Muhyiddin yang dikatakan jenis pemimpin yang terlalu sukar menerima teguran.

Ketika BN mengharapkan Bagan Pinang akan menjadi titik mula 'kehidupan semula' semangat BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, tetapi banyak pihak merasakan di Bagan Pinanglah akan menyaksikan BN menerima 'paku terakhir di keranda' kerana rakyat sudah semakin muak.

Kempen pembangunan dan janji menjadikan satu-satu kawasan itu sebagai 'anak angkat, anak emas dan anak suasa' sudah tidak mampu untuk menarik minat pengundi mengundi BN.

Tidak hairanlah Muhyiddin pernah meluahkan perasaan marahnya kepada pengundi di Permatang Pasir sebagai 'mereka tidak mahu menerima pembangunan yang BN tawarkan'. Hakikatnya, rakyat sudah muak dan rakyat memang mahu menolak BN.

Mungkin ketika pemimpin-pemimpin BN yakin rakyat akan terpengaruh dengan ucapan berdegar-degar pemimpin dengan publisiti yang diterima melalui tv dan media cetak, kisah sebenarnya pengundi itu sendiri tidak lagi membaca media massa yang pro kerajaan dan menonton tv.

Jika mereka membaca sekali pun, mereka tidak lagi mahu mempercayainya. Jika mereka menonton tv sekali pun, mereka tidak mahu mendengar ucapan pemimpin kerajaan dan jika mereka mendengar, mereka tidak mahu mempercayainya.

Rakyat nampak, dalam BN ada cerita pemimpin menerima wang RM10 juta, dalam BN rakyat tahu ada cerita komisen membeli kapal selam. Dalam BN rakyat nampak, ada cerita 'aduhai-aduhai' yang rakaman videonya tersebar meluas. Dalam BN, mereka dengar ada pemimpin yang berbalah hingga ada dua Presiden dalam satu parti kecil.

Itu belum lagi cerita samseng menguasai polis, belum lagi cerita ada skandal PPRT, ada kurma yang tidak diserahkan kepada rakyat, ada murid yang tidak dilayan ketika memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan ada kementerian membeli 'skru driver' dengan harga yang terlalu mahal.

Bagan Pinang akan mendedahkan lebih banyak lagi penyelewengan. Bagan Pinang akan membuka lebih banyak cerita penyelewengan dan skandal. Bagan Pinang akan menjadikan lena pemimpin BN tidak akan aman kerana ada 'bayang-bayang' mengejar mereka

Wednesday, September 9, 2009

SPRM fail permohonan semak keputusan koroner

Keterangan T.Sivanesan, lelaki yang mendakwa didera pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya didengar dalam prosiding inkues awal pagi tadi, tertangguh tiga jam berikutan pertikaian antara peguam-peguam terlibat mengenai isu kehadiran saksi itu ke mahkamah.

Ekoran itu, SPRM hari ini memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak semula keputusan koroner yang membenarkan laporan polis oleh Sivanesan mengenai dakwaan itu dikemukakan dalam prosiding inkues dan keputusan membenarkan saksi itu memberi keterangannya di mahkamah bagi membantu siasatan punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Permohonan yang difailkan pada 12.30 tengah hari di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini itu, dibuat setelah koroner Azmel Muntapha Abas semalam memutuskan bahawa laporan polis bertarikh 11 September tahun lalu oleh saksi itu adalah relevan dalam prosiding inkues ini.

Semalam peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah beliau akan memanggil pengadu itu hari ini untuk memberi keterangan bagi membuktikan dakwaan kononnya pegawai SPRM menggunakan kekerasan termasuk menampar dan memukul saksi dengan besi ketika melakukan soal siasat di pejabat SPRM.

Bagaimanapun pada prosiding pagi tadi, Sivanesan hanya dapat memberikan keterangannya pada pukul 12.30 tengah hari ekoran perbalahan berlarutan antara peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa, Gobind dan peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Abdul Razak hari ini meminta koroner menyemak semula keputusannya semalam atas alasan bahawa laporan polis itu akan memberi implikasi yang boleh memprejudiskan siasatan polis dan SPRM dalam kes itu jika ia dikemukakan.

Hujahan Abdul Razak itu dibantah Gobind dan Malik yang mahu supaya keputusan mahkamah semalam dipatuhi, dan bukannya membangkitkan isu baru memandangkan kesemua pihak telahpun diberi peluang untuk menghujahkan perkara itu semalam.

Gobind: "Apa yang dilakukan oleh peguam (Abdul Razak) ini bukan sahaja membuang masa, malah ia merupakan penghinaan mahkamah. Koroner telahpun memutuskan isi kandungan laporan itu relevan dan menetapkan tiga skop yang perlu dipatuhi semua pihak dalam soal balas saksi (Sivanesan), oleh itu kita semua perlu menghormati dan menerima perintah mahkamah ini."

Malik: "Pihak-pihak telah berhujah panjang lebar semalam dan perkara ini telah diputuskan, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghujahkan semula isu ini dan menukar keputusannya."

Abdul Razak: "Ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah dengan cuba membawa masuk dokumen yang meragukan dan mendengar keterangan seorang saksi yang tidak dirakam percakapannya oleh pihak polis."

Peguam itu juga mendakwa Gobind sengaja mendedahkan saksinya itu kepada umum dengan membenarkan beliau berada dalam mahkamah hari ini, dan bukannya di sebuah bilik khas untuk saksi, sebelum dipanggil memberi keterangan.

Gobind: "Beliau cakap apa ini? Saya bosan mendengar perkara mengarut daripada Abdul Razak. Saya hairan mahkamah boleh melayan benda mengarut ini. Apa salahnya saksi saya duduk di mahkamah ini? Saya tak boleh kemukakan laporan, saya tak boleh kemukakan saksi, apa semua ini?

Abdul Razak: "Jangan terlalu yakin. Saya akan sampai ke satu peringkat di mana saya akan bertanya kepada saksi itu nanti siapakah yang menyediakan laporan polis itu."

Gobind yang jelas berang dengan kenyataan itu bangun dan berkata dengan nada keras: "Berani anda kata yang saya sediakan laporan itu? Saya mahu anda tarik balik. Abdul Razak, tarik balik, sekarang."

Koroner kemudian segera menghentikan pertikaman lidah antara keduadua peguam itu daripada menjadi lebih tegang.

Setelah prosiding itu ditangguhkan setengah jam, koroner kemudian bersetuju untuk merujuk keputusan yang dibuatnya semalam kepada Mahkamah Tinggi.

Keputusan koroner itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Gobind dan Malik yang berpendapat permohonan untuk semakan dan rujukan perlu dikemukakan sendiri oleh Abdul Razak, dan bukannya melalui koroner.

"Datuk Abdul Razak tidak menunjukkan kepada kita semua apakah prejudis yang boleh berlaku jika keterangan saksi didengar dan laporan polis dikemukakan. Jika dia mahu menyemak juga, biarlah dia sendiri yang membuat permohonan ini dan bukannya mahkamah.

"Tuan telahpun membuat keputusan berhubung isu ini semalam, dan hanya kerana SPRM tidak berpuas hati dan membuat bising, Tuan mahu menukar keputusan dan perintah yang telah dibuat," kata Malik yang turut mengingatkan koroner supaya berhatihati sebelum membuat sebarang keputusan.

Gobind, yang turut berhujah panjang lebar juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan koroner dan berkata:

"Tuan harus menjaga maruah mahkamahini dengan memberitahu beliau (Abdul Razak) bahawa dia tidak boleh berbuat demikian (berhujah bahawa laporan berkenaan meragukan dan tidak relevan.)"

Setelah hujahan kesemua pihak didengar, koroner kemudian memutuskan untuk membenarkan Sivanesan dipanggil memberi keterangan dan membenarkan laporan polis saksi itu dikemukakan dalam prosiding tersebut.

"Mengenai isu sama ada ia (laporan polis) itu relevan atau tidak, saya serahkan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Azmil Muntapha.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

MB Kedah sedia bubar DUN



Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika benar ramai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini termakan umpan sama ada untuk 'melompat parti' ataupun mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas.

"Kalau benar berlaku, kita bubar Dewan (Undangan Negeri). Namun sehingga kini, tiada yang menyokong dakwaan itu. Pentadbiran negeri berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang mendakwa akan ada lagi ADUN PKR di Kedah bertukar status menjadi ADUN Bebas.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu setelah laporan dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kelmarin.

"Biarlah polis siasat untuk memastikan tidak ada ADUN yang 'dibeli', diugut ataupun dirasuah pihak tertentu untuk 'melompat parti' ataupun mengisytihar sebagai ADUN Bebas.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat. Anggap sahajalah mereka yang membuat dakwaan itu umpama berangan pada waktu siang hari.

"Mungkin sebelum ini, mereka berjaya umpan seorang dua, tetapi saya yakin, keempat-empat ADUN PKR yang ada sekarang tidak akan berbuat begitu,” katanya selepas majlis sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat, di sini, semalam.

Azizan berkata, strategi pihak lawan yang tidak putus-putus cuba ‘mengumpan’ anggota PR Kedah tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Saya percaya pihak lawan akan umpan mana-mana ADUN PR sampai bila-bila, sehinggalah pada hari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlaku situasi di mana terdapat ADUN dari Pakatan Rakyat Kedah yang ‘termakan umpan’ dan bertindak lompat parti mahupun menjadi wakil rakyat Bebas, beliau bersedia untuk membubarkan DUN.

Aziz dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin berkata, beliau yakin akan ada lagi ADUN PR di negeri ini yang mengisytihar diri sebagai Wakil Rakyat Bebas daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Sebelum ini, ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Nik Aziz: Terima kasihlah saya tidak minat

Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.

Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin.

Umno-BN hina undang-undang

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hairan dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkaitan rampasan kuasa negeri Perak dan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan kedudukan Speaker DUN

DPPN Pk meminta supaya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Dr. Zambry supaya jangan memperbodohkan rakyat Perak dengan apa yang telah dilakukan terhadap rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat awal Februari lalu. DPPN Pk tidak mahu Umno-Barisan Nasinal (BN) memperbodohkan rakyat Perak dengan isu yang ada, malah DPPN Pk yakin rakyat akan memastikan Pakatan Rakyat terus menerajui negeri Perak.

DPPN Pk mencabar Umno-BN supaya mengikut peraturan, undang-undang dan juga Perlembagaan bagi menentukan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dan yang terkini status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah mengisytiharkan diri mereka itu ADUN Bebas. DPPN Pk mempersoalkan Umno-BN kenapa takut kepada kuasa rakyat jika Umno-BN benar-benar kuat.

DPPN Pk hari ini mencabar Pergerakan Pemuda Umno-BN Negeri Perak yang hanya tahu berkokok melalui media tetapi bacul untuk berdebat, siapakah sebenarnya mengikut peraturan, undang-undang atau Perlembagaan dengan rampasan kuasa jahat Umno-BN. Bagi tujuan tersebut DPPN Pk menyerahkan segala pengurusan samada tempat, masa dan isu untuk di perdebatkan kepada Pemuda Umno-BN.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak_

Tuesday, September 8, 2009

Riwayat Hidup Umno Akan Berakhir Pada PRU Ke 13

PEMIMPIN-pemimpin Barisan Nasional, khususnya dari Umno pada waktu ini sedang dibelengu keresahan, khususnya apabila menanti saat-saat getir bakal kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Keresahan itu wujud apabila mereka mula melihat satu demi satu parti yang terlalu dominan dalam politik yang menerajui negara, tumbang dalam pilihan raya, ditewaskan pakatan pembangkang.

Terbaru di Jepun, nasib malang menimpa Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Perdana Menteri, Taro Aso yang berkuasa lebih 54 tahun, kalah kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ) yang dipimpin oleh Yukio Hatoyama.

Daripada 480 kerusi di Dewan Rendah Parlimen, rakyat Jepun yang terbelengu dengan kuasa LDP mengucapkan 'sayonara' kepada parti tersebut dengan memberikan kemenangan besar kepada DPJ dengan 308 kerusi dari 112 kerusi dalam pilihan raya sebelum ini.

Manakala LDP yang menguasai kerajaan dengan 300 kerusi sebelum ini, hanya memenangi 119 kerusi. Sementara parti New Komeito memperolehi 21 kerusi, Parti Komunis Jepun 9 kerusi, Parti Sosial Demokrat 7 kerusi dan lain-lain memenangi 16 kerusi.

Nasib LDP di Jepun sesuai untuk dijadikan perbandingan dengan BN, apabila kedua-dua parti ini mendominasi kuasa tunggal lebih 50 tahun dalam sebuah negara yang membangun.

Isu besar yang menumbangkan LDP ialah kegagalan kepimpinannya menguruskan ekonomi negara dengan betul, sehingga menyebabkan kadar inflasi dan pengangguran begitu teruk. Selain kedudukan matawang Yen yang semakin terjejas dan jumlah dagangan luar negara yang merosot.

Justeru apa kurangnya BN berbanding LDP? Mereka sama-sama diberi kepercayaan mendominasi pemerintahan negara, tetapi gagal menguruskan ekonomi negara dengan betul.

Jepun merupakan antara kiblat utama ekonomi Malaysia sejak zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad lagi. Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan, dasar 'Buy British Last' diuar-uarkan. Malahan kereta nasional pertama negara juga diadaptasi dan diambil teknologi daripada pengeluar Mitsubishi Jepun.

Barangkali dasar yang diperkenalkan tidak salah. Tetapi akibat erancangan tidak teliti dan perlaksanaan yang tidak dipantau sepenuhnya menyebabkan ia sering tersasar.

Persoalan yang dilontarkan rakyat sekarang ini ialah apakah salahlaku kerajaan Umno-BN dari sudut ekonomi yang memungkinkan mereka diturunkan daripada tampuk kuasa pada PRU ke 13 nanti?

Bijak sangatkah Umno-BN menguruskan ekonomi negeri dan negara? Jika kita melihat statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Negara, kita akan dapati bahawa kebanyakan negeri yang diterajui Umno-BN mempunyai beban hutang yang besar dengan Kerajaan Pusat.

Setiap tahun negeri-negeri yang diterajui BN mengalami defisit yang besar. Pendapatan negeri terlalu kecil berbanding perbelanjaan yang semakin besar.

Walaupun kebanyakan pemimpin Umno-BN yang menerajui kerajaan negeri berkelulusan tinggi dari universiti dalam dan luar negara dengan pengajian ilmu yang moden, tetapi prestasi mereka jauh lebih buruk daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkelulusan Universiti al-Azhar dalam bidang agama.

Kedah misalnya sebelum diterajui Pakatan Rakyat, mempunyai hutang RM 2 billion. Terengganu dan Sabah, dua buah negeri pengeluar minyak, berada ditahap yang paling corot dan antara negeri termiskin dalam negara.

Di peringkat Pusat pula kerajaan Umno-BN nampaknya terus gagal menseimbangkan ekonomi negara. Tatkala dunia dilanda krisis ekonomi dan kemelesetan yang teruk, pemimpin-pemimpin Umno-BN yang terpahat diminda mereka 'sindrom nafi' tetap mengatakan ekonomi negara masih kukuh.

"Kita mempunyai fundamental yang kukuh, trade surplus kita juga tinggi," kata mereka.

Justeru jika ekonomi negara kukuh, mengapa kerajaan naikkan harga minyak? Mengapa harga barangan keperluan harian semakin meningkat? Mengapa kos projek pembinaan berlipatkali ganda?

Kerajaan boleh mengisytiharkan peruntukan projek mega seperti ECER, NCER, pembangunan Wilayah Iskandar dan sebagainya. Tetapi kesemua projek-projek ini berjalan dengan amat perlahan. Mengapa perlahan? Jawapan mudahnya, kerajaan tiada wang untuk membiayai projek.

Maka rakyat pula melontarkan persoalan, apakah projek-projek ini benar-benar diwujudkan untuk membangunkan negara atau untuk menampung dana politik kaum kerabat dan kroni pemimpin Umno-BN?

Rakyat amat bijak menilai. Sedang rakyat dijarah kesusahan dan kemiskinan, mereka melihat pemimpin-pemimpin Umno, muda-muda lagi sudah kaya raya. Hanya dengan jawatan Ketua Pemuda Bahagian, budak-budak Umno ini sudah mampu menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedes Benz 'Mata Kacang' (dulu Mercedes Mata Belalang), BMW, Alphard dan sebagainya.

Malah budak-budak yang duduk dalam Umno ini hidup dalam serba kemewahan dan sering melancong ke luar negara. Trend yang sama melanda Pemuda dan Puteri Umno.

Kebanyakan mereka menyertai Umno, bukan seperti zaman Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Ghafar Baba dahulu, yang benar-benar mengabdikan diri untuk memperjuangkan bangsa Melayu.

Generasi baru yang menyertai Umno melihat 'lombong emas' yang ada di depan mata. Jawatan dalam Umno menjanjikan kemewahan sama ada dalam bentuk rasuah politik wang ataupun projek-projek kerajaan.

Penyakit tamak kuasa dan harta ini juga yang melanda MCA, MIC Gerakan serta menular di Sabah dan Sarawak. Sama seperti 'sedekah' RM10 juta wang PKFZ kepada Ong Tee Keat, ianya adalah wang rakyat!

Mereka inilah sebenarnya perompak di siang hari, yang merompak harta kekayaan negara milik rakyat atas nama perjuangan nasionalisme Melayu, Cina ataupun India.

Bagaimana kerajaan hendak mempunyai dana atau kewangan yang mencukupi, bagaimana hendak ada ketelusan dalam pengurusan ekonomi negara, jika negara diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang begitu tamak haloba?

Maka sudah sampai masanya rakyat menjatuhkan hukuman terhadap BN yang terus mengkhianati amanah rakyat, dulu, kini dan selamanya.

Pada PRU ke 13 nanti mahkamah rakyat akan menghukum BN dan BN bakal menjejaki nasib yang sama seperti LDP di Jepun. Sayonara!_

Monday, September 7, 2009

Khalid Samad: UMNO Dalang Sebenar Isu Kuil

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyanggah dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bahawa Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas berikutan isu insiden membabitkan pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Khalid ketika dihubungi berkata, tanggungjawab kerajaan negeri telah dilaksanakan dengan sebaiknya lalu mengadakan dialogsupaya penduduk Seksyen 23 dapat mengutarakan sebarang permasalahandengan lebih jelas.

"Kita telah menjalankan tugas untuk mengadakan dialog. Itu tanggungjawab kita tetapi bila mereka-mereka yang menjadi penimbul masalah semamsa dialog itu, adalah orang-orang yang sama yang mengarakkan kepala lembu dab oleh kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, dan Hishamuddin sendiri menyatakan sokongan tindakan biadap mereka itu, maka itulah yang menyebabkan dialog itu tidak dapat berjalan dengan baik," ujarnya.

Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh Hishamuddin sekali gus memarakkan lagi semangat anti perkauman sehingga menimbulkan kekecohan pada sesi dialog yang berlangsung dalam Ramadhan yang mulia.

"Kegagalannya adalah daripada pihak kerajaan pusat yang memberikan pelindungan dan pembelaan serta sokongan dan dokongan kepada golongan pelampau yang diberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati," katanya lagi.

Malah dalam nada tegas Khalid berkata, tiada seorang pun ahli PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlibat dalam siri kekecohan yang berlangsung diSeksyen 23 shah Alam dan pada sesi dialog di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun katanya lagi, sekiranya terdapat ahli PAS mahu pun PKR yang turut serta dalam insiden yang memalukan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka sebagai ahli parti lantaran tindakan yang bercanggah itu.

"Berhubung dengan ahli PAS dan PKR, setakat mana yang kita lihat semua yang bercakap pada hari yang berkenaan adalah orang UMNO. Tak ada seorang pun yang ahli PAS. Walaupun mereka mengakui mereka dari PAS, PKR dan sebagainya tetapi pengakuan itu hanya sekadar pengakuan dan tidak ada satu perkara yang terbukti," tambah beliau lagi.

Beliau menambah, sekiranya pakatan pembangkang tidak pernah berkompromi terhadap kebiadapan sedemikian rupa, mengapa tidak UMNO juga mengambil tindakan yang sama terhadap ahli mereka yang terlibat.

"Sekiranya ada orang PAS atau PKR sekalipun, kalau mereka buktikan keahlian mereka, maka kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka kerana tindakan mereka bercanggah dengan dasar-dasar dan nilai yang dibawa oleh parti dan sekiranya UMNO sendiri benar dengan sikap mereka menolak ekstrimisme, maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang sama," tegas khalid.

Ujarnya lagi, pihaknya tetap berpendirian kekecohan yang berlaku berpunca dari mainan UMNO.

"Mereka cakap itu hanya untuk menutup hakikat bahawa, ianya sebenarnya memang ditaja oleh UMNO Barisan Nasional. Hakikat ini terbukti dengan campur tangan Noh Omar dan sokongannya yang ditunjukkan oleh Hishamuddin," katanya.

Dalam satu perkembangan yang lain, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim turut mempunyai pandangannya yang tersendiri berkenaan dengan isu kuil.

"Soalnya ini bulan puasa, kedua itu kita cerita pasal 1 Malaysia, semenjak sebut I Malaysia, semenjak pilihanraya 2008, isu kaum dibangkit-bangkitkan dan gayanya secara langsung dan tidak langsung seolah-olah itu sahaj modal yang ada. Tidak ada jalan lain sebenarnya. Mungkin dulu isu kaum itu orang sudah memberontak tapi kita lihat orang dan kumpulan tertentu yang hangat sangat," ujar Nasir.

Nasir juga berkata, setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya kerajaan bersikap waras dan matang dalam menangani isu perkauman.

Beliau berkata demikian setelah mendengar 16 Hindraf ditahan dalam upacara nyalaan lilin di ibu negara baru-baru ini.

"Yang baru-baru ini Hindraf kena tahan, bawa bunga dan sebagainya, yang satu lagi bawa kepala lembu yang merupakan simbol kepada kepada kaum India, dipijak dan dilidah, tidak satu pun yang kena tahan. Polislembab dan nampak sangat seolah-olah kalau isu kaum ini berlaku, BN boleh dapat balik 5 negeri termasuk wilayah. Itu harapan mereka. Di mana 1 Malaysia? 1 Malaysia itu hanya omong-omong kosong sahaja. Benda itu satu hipokrasi," ujarnya beliau.

Majlis dialog yang berlangsung pada 5 September lalu bertujuan memberipenerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kerajaan Barisan Nasional,baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Malangnya dialog itu "disabotaj" UMNO.

Tapak baru kuil di Seksyen 23

Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk.

"Lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan," kata satu kenyataan pejabat menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini juga meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.

Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam.

"Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini.

"Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai," kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik.

Kepentingan Negara Sedang Dilelong

Setelah kecoh isu pemilikan saham berkepentingan negara (BERNAS) kepada satu pihak di Hongkong yang tidak dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Kerajaan Malaysia, kini satu lagi usaha sedang giat cuba dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Pada artikel sebelumnya di laman blog ini, saya ada mendedahkan beberapa usaha pihak-pihak tertentu yang bersekongkol untuk dan telah menjual beberapa aset negara kepada negara asing. Malah saya pernah menjangka bahawa tindakan menggabungkan Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope kepada Synergy Drive seperti yang diusahakan oleh pihak CIMB (Nazir Razak), adalah sebenarnya satu usaha untuk memilik peribadikan aset berkepentingan ini dan seterusnya akan memudahkan ianya untuk dijual kepada pihak ketiga (asing).

Kini apa yang saya jangkakan itu (Synergy Drive yang bertukar nama kepada Sime Darby) nampaknya sedang membuahkan kenyataan. Ada pihak yang sedang giat berusaha melobi pihak asing untuk membeli kepentingan saham dalam Sime Darby sekitar 10 ~ 15 peratus. Usaha-usaha ini nampaknya didalangi oleh pihak tertinggi didalam pentadbiran Kerajaan Malaysia yang mana dijangkakan hasil penjualan saham ini (jika berjaya) mungkin akan mencecah sehingga RM1 bilion.

Apa yang pasti tindakan menjual saham berkepentingan negara ini tidak akan disekat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara kerana ianya dikhabarkan telah mendapat kelulusan Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak).

Jika ini berlaku kepada Sime Darby (Synergu Drive), adalah tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada gabungan sektor peladangan yang lain yang juga telah dicadangkan oleh Najib Razak akan penggabungannya (Felda, Felcra dan Risda). Inilah bentuk penjajahan baru yang mungkin akan menyebabkan Malaysia terjebak dalam masalah yang besar dimasa akan datang.

Ada maklumat yang saya dapati menggariskan bahawa inisiatif ini sebenarnya digerakkan oleh pihak-pihak tertentu didalam Temasek Group yang memang terkenal berhajat untuk memiliki kesemua GLC dan syarikat utama berkepentingan didalam Malaysia dalam usaha mereka untuk meluaskan empayar Singapura.

Apa yang pasti, adalah tidak wajar kita membenarkan penjualan saham Sime Darby ini kepada pihak asing walau apa pun tujuannya. Sebagai rakyat Malaysia, kita berhak untuk memastikan bahawa tidak berlaku lagi penjualan entiti berkepentingan rakyat kepada pihak asing.

Kenaikan harga minyak bukti BN tidak bertimbang rasa

Kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 14% telah membuktikan kerajaan BN tidak bertimbang rasa dan mengambil kira beban kenaikan harga barang keperluan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Harga minyak bagi RON 97 yang dahulunya berharga dalam RM1.80 seliter telah naik ke RM2.05 seliter. Harga minyak bagi RON95 dinaikkan daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter. Ada setengah pihak berpendapat bahawa kenaikan 14% RON 97 tidak bantu bersikap mesra alam.

Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat dalam masa kelembapan ekonomi ini. Sebelum keadaan ekonomi pulih, kenaikan harga minyak mungkin memberikan tekanan kepada inflasi yang akan membawa impak negatif berganda dengan ekonomi lembap bersama inflasi.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri , kenaikan harga minyak seumpama "sudah jatuh ditimpa tangga". Petronas sepatutnya mampu menanggung kos kenaikan dengan hasil hampir RM 600 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 1974. Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri Najib Tun Razak juga perlu menerangkan bagaimanakah kerajaan memberikan subsidi minyak lebih daripada 30 sen setiap liter ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

*Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Lim Guan Eng, selaku Setiausaha Agung dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan, Pulau Pinang.

Pilihan Raya Kecil: Habislah riwayat Umno !

Oleh Zulkifli Sulong

PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini, Umno akan jatuh pra matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Ini kerana, jika Umno kalah di kawasan yang dimenanginya dengan majoriti lebih 2,000 undi ini bermakna Umno benar-benar ditolak rakyat.

Husam menyertai para pemimpin kanan PAS Negeri Sembilan menziarahi jenazah Allahyarham Azman Mohd Nor, Adun Bagan Pinang yang meninggal Jumaat lepas. Antaranya Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefli Mohd Omar dan Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang yang juga calon PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Ramli Ismai.

Husam bergegas dari Kuala Lumpur hanya berbuka di atas kereta sebelum terus ke tanah perkuburan Islam Bagan Pinang. Ketika beliau dan rombongannya sampai kira-kira jam 7.50 malam, jenazah Azman belum sampai lagi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan anaknya, Mohd Najib tiba selepas itu iaitu sejurus sebelum kereta jenazah tiba. Isa adalah Ketua Cawangan Umno di situ di samping Ketua Umno Bahagian itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Dalam pilihan raya 2008, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi berdaftar di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Jika Pakatan Rakyat mengekalkan persefahamannya, calon PAS akan diletakkan dalam pilihan raya kecil ini bagi mewakili mereka. Bagaimana, Ketua Angkatan Muda PKR Telok Kemang dalam kenyataannya menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR.

Bagan Pinang mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu empat majoriti India, empat kawasan Melayu dan campuran Cina serta undi pos.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.

PAS kalah paling teruk undi undi pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

PAS paling banyak menang di Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.

Berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, PAS dijangka akan meningkatkan undinya di kalangan orang India. Tambahan lagi dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini apabila sekumpulan penyokong Umno mengarakkan kepala lembu berdarah ke Pejabat MB Selangor.

Namun kebimbangan terhadap undi pos menjadi mimpi ngeri bagi PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri membangkitkan perkara ini.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di Ipoh.

Bagaimanapun sebagaimana kata Husam, adalah tidak mustahil untuk PAS menang dalam pilihan raya kecil ini dan jika PAS menang bererti nyawa Umno benar-benar di hujung tanduk.

Sunday, September 6, 2009

Aziz Bari - Sidang DUN Perak 2 September Sah

Tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan.

Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.

Beliau berkata, V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.

“Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telang melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.

“Apa yang diputuskan dalam Sindang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,” katanya.

Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang Dun Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,” katanya.

Mengulas mengenai kemelut politik di Perak, Aziz berkata Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.

Beliau berkata mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.

“Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.

“Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,” katanya.

Katanya DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.

“Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,” katanya.

Search This Blog