Thursday, May 26, 2011

Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu


Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Wednesday, May 25, 2011

Kerajaan buat rakyat pening lalat

Oleh Dr Khir Toyo

Seperti yang dijangkakan Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR).  Kenaikan ini sekaligus menaikkan kadar pinjaman asas.  Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat yang membeli rumah dengan cara pinjaman.
2. Beberapa hari kemudian Gabenor Bank Negara menyatakan kenaikan inflasi adalah akibat kenaikan harga kos pembuatan terutamanya kenaikan harga minyak.

Tuesday, May 24, 2011

semua sultan sepatutnya macam ni....


Sultan Yang Prihatin
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Silap Mata Kroni-Kroni UMNO Melalui Bil Eletrik TNB

"Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

Monday, May 23, 2011

Anwar : Banding Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar

 Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia.
Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura.

Search This Blog