Saturday, May 29, 2010

'YB LOMPAT' MULA KEPANASAN!

Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

Semalam YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.

Mengapa Zahrain nak melenting dan mengelabah tak tentu pasal? Perpatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.Kegelabahannya sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Zahrain tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah. Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini. Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

Saya yakin pendedahan DSAI sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN. Cuma saya berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat sahih bukannya maklumat sipi-sipi yang akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

Kita tunggu apa respon SPRM dan pihak polis. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihanraya kecil parlimen dalam tempoh terdekat. Pastinya ia sesuatu yang menjadi fobia kepada Umno-BN dalam pergolakan dan krisis yang melanda mereka sekarang.

Friday, May 28, 2010

Wang, kontrak jutaan ringgit untuk wakil melompat

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini acap kali dakwaan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang ‘melompat’ dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama 'wakil bebas mesra BN' diberikan ganjaran wang dan kontrak.

Selama itulah, katanya mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat.

SEMAKIN BANYAK EZAM BERCAKAP, SEMAKIN JELAS PUTAR BELITNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja kotak atau sesumpah yang kini ramai menggelarnya sebagai `Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah mulai belajar dari Saiful cara-cara untuk menfitnah orang lain. Jika Saiful sebelum ini bersumpah laknat junjung Al-Quran menyebut DS Anwar meliwatnya secara paksa, kemudiannya di depan wartawan mengesahkan liwat hanya berlaku sekali sahaja, kemudian pula di dalam mahkamah beliau menyebut liwat berlaku banyak kali. Pertuduhan ke atas DS Anwar adalah di bawah seksyen yang boleh diertikan sebagai perbuatan suka sama suka, tetapi Saiful menyebut perbuatan dilakukan secara paksa walaupun beliau `bersedia' dengan towelnya.

Jika cerita karut seperti ini kita anggap satu fitnah terbesar yang amat jijik dan jahat, tentunya perbuatan Ezam sesumpah juga tidak kurang jahat dan jijiknya dari Saiful. Beliau adalah orang yang akan bersama Saiful menanggung segala risiko samada di dunia mahupun di Akhirat akibat perbuatan jahatnya. Ezam sesumpah kini sudah berbelit-belit di dalam percakapannya apabila menyerang DS Anwar dan serangan itu berlanjutan pula ke atas keluarga bekas boss yang dipuja dan dipujinya dulu. Ini jenis manusia paling Munafik yang pernah wujud di dalam dunia politik negara kita.

Apabila Ezam sesumpah baru-baru ini membuat fitnah dengan menuduh DS Wan Azizah sendiri pernah memberitahunya tentang kununnya perangai buruk DS Anwar, kita sudah dapat meneka apakah tujuan Ezam berbuat demikian. Sebelum ini beliau banyak kali membuat tuduhan peribadi ke atas DS Anwar tetapi tidak berhasil untuk meyakinkan rakyat. Kelakuan buruk mamat Munafik ini tidak akan terhenti akibat dendam yang membara, maka diseretnya keluarga DS Anwar di dalam kes tersebut. Setelah bertahun beliau keluar dari KeADILan, baru kini muncul cerita DS Wan Azizah pula.

Ingatkah kita, lidah Ezam sesumpah ini banyak kali terbelit? Pada awal beliau keluar dari KeADILan, ditanya apa pandangannya tentang isu liwat, beliau berkata beliau tidak tahu dan biarlah mahkamah yang mengadilinya. Kemudian, apabila kes ini dibicarakan Ezam sesumpah berkata beliau yakin DS Anwar melakukan perbuatan tersebut setelah mendengar sendiri dari Saiful. Apabila semua cakap-cakap Ezam sesumpah ini dijadikan bangkai oleh rakyat, muncul pula idea mamat Munafik ini untuk menuduh DS Wan Azizah sendiri yang memberitahunya tentang kelakuan DS Anwar. Jika benar, bodoh benarkah DS Wan Azizah untuk bercerita masalah aib itu kepada Ezam. Dan, peliknya ketika itu mengapa Ezam tidak keluar dari parti segera? Mengapa DS Wan Azizah tidak berjumpa mana-mana ustaz atau Alim Ulamak yang ramai bersama parti KeADILan atau PAS untuk meminta nasihat jika benar DS Anwar berkelakuan buruk sedemikian? Mengapa perlu DS Wan Azizah bercerita dengan Ezam sesumpah?

Memang sudah jadi stail Ezam sesumpah, bila dia yang mulakan tuduhan dan fitnah ke atas sesiapa, dia akan minta orang yang dia fitnah itu saman atau bersumpah sepertinya untuk menjadi `sesumpah'. Untuk dia laporkan kepada pihak berkuasa, Ezam sesumpah tidak akan lakukan kerana dia bukan pejuang seperti dulu lagi. Dia kini hanya pencacai Umno sahaja yang diberi upah Senatak. Bukan Ezam tidak tahu syarat-syarat untuk bersumpah mengikut cara Islam, tetapi beliau sengaja mencabar orang lain untuk menjadi jahil sepertinya asalkan dia kelihatan sebagai hero Umno. Pernah anda dengar Ezam suruh Najib bersumpah junjung Al-Quran menyatakan tidak terlibat dengan rasuah atau komisyen kapal selam, APCO, dan berbagai lagi kemungkaran Najib? Pernah kita dengar Ezam sesumpah mencabar Khir Toyo menjunjung Al-Quran tidak terlibat dengan rasuah? Mungkin kita tidak akan mendengar Ezam sesumpah ini mencabar Hishamuddin menjunjung Al-Quran kerana tidak minum arak? Ezam sesumpah tidak akan berbuat demikian. Kerana apa? Kerana jiwanya kini terlalu lemah akibat badi Umno yang disertainya.

Perjuangan Ezam sesumpah kini hanya satu iaitu tentukan DS Anwar terpenjara dan keluarganya diaibkan walaupun DS Anwar tidak pernah mengaibkan keluarga Ezam sesumpah. Bagi saya yang pernah menderma sedikit wang untuk membela keluarga Ezam sesumpah sewaktu beliau terpenjara dahulu, Wallahi, saya tidak akan halalkan. Mudah-mudahan Allah akan selamatkan kita dan masyarakat dari manusia yang diutuskan oleh Iblis untuk merosakkan kita semua. Suatu hari nanti, Allah akan balas perbuatan manusia durjana ini dan tidak mustahil keluarga atau anak cucu mereka akan menerima kesan dari perbuatan insan terkutuk ini

Syed Husin: ‘Lompat katak PKR berbeza lompatan dari Umno’

Senator Dr. Syed Husin Ali berkata, pihaknya yakin fenomena “lompat katak” yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal 2009 akan menguatkan lagi parti itu kerana merupakan peluang “proses penucian” entiti politik berusia 12 tahun itu.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, memang diakui pada jangka pendek ada sedikit kesan buruk dari peristiwa “lompat katak” yang telah menyebabkan ia kehilangan 10 wakil rakyat setakat ini.

“Namun saya percaya dalam jangka panjang ia adalah baik bagi parti dan perjuangan suci kita,” kata pemimpin politik veteran ini.

Memulakan ucapannya dengan menyentuh isu melompat dan keluar parti, Syed Husin menambah, terdapat perbezaan besar antara “lompatan keluar parti dari PAS dan DAP dengan lompatan dari Umno.”

PAS, DAP dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-12.

Menurut Syed Husin, peristiwa melompat dari Umno tidak menjadikannya lebih kuat akan tetapi lebih lemah.

“Bahkan akibatnya Umno baru menjadi buruk. Umno yang satu masa dulu hebat dan gah, sekarang ini menjadi tambah lesu dan semakin tidak relevan,” kata beliau berucap merasmikan serentak Kongres Nasional Keenam Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR malam ini.

Ini kali pertama majlis perasmian diadakan pada waktu malam, dan julung kali di Kelantan.

“Sebagai mana yang disebut oleh teman pemimpin dari sebuah parti kawan, apabila sampah-sarap sudah berlalu, sungai akan lebih bersih.

Saya sendiri memandangnya begini: Umpamakanlah Parti ini sebagai mempunyai tompok-tompok kekotoran. Bukankah apabila kotoran dari tubuh dapat dibersihkan, kulit menjadi cerah dan badan menjadi sihat?” katanya.

Syed Husin menjelaskan, beliau selalu mengatakan “lompat parti” ini satu proses yang positif iaitu sebagai proses penucian walaupun bukan akibat dari tindakan parti sendiri pada permulaannya.

“Mulai sekarang kita harus tegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas anasir-anasir yang merosakkan parti,” kata beliau.

“Akhir-akhir ini kita melihat beberapa berita media yang membesarkan laporan tentang beberapa kerat anggota Parlimen dan juga apa yang didakwa sebagai “pemimpin parti” melakukan “lompat katak” dengan tiada prinsip sama sekali.

“Kita ketahui ramai dari mereka bukanlah seperti yang didakwakan. Selain itu bilangan yang keluar itu tidaklah seramai yang dibesar-besarkan,” katanya lagi.

Syed Husin mengakui di antara mereka yang keluar itu memang ada sebilangan kecil yang merasa kecewa dengan parti.

“Tidak dinafikan juga bahawa sedikit sebanyak berita-berita besar dalam media mempunyai kesan negatif juga,” katanya.

Oleh itu, kata orang nombor dua PKR itu memberitahu, parti perlu mengkaji punca-punca kekecewaan tersebut dan berusaha mengatasinya.

“Jika didapati benar dan berasas, kita harus berusaha untuk mengatasinya. Kita tidak harus takut bermuhasabah diri dan kita mesti berani membuat pembetulan,” katanya.

Akan tetapi, tegas beliau, perlu ditegaskan kebanyakan mereka yang melompat mempunyai masalah pribadi.

“Ada yang terbelenggu oleh masalah kewangan, ada yang marah kerana tidak mendapat apa yang mereka mahu dari parti ataupun kerajaan yang dipimpin parti.

“Ada pula yang tidak dapat bekerjasama dengan anggota dan pimpinan parti di peringkat ranting dan cabang. Selain itu ada pula yang gagal menjalankan tugas sebagai “wakil rakyat” dan sebagainya. Mereka mudah dibeli,” katanya lagi.

Syed Husin tidak menafikan ada pihak yang merasa bimbang dengan peristiwa “lompat katak” yang melanda PKR.

Daripada 10 wakil rakyat yang telah meninggalkan PKR, lima melibatkan Ahli Parlimen.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Perak keluar parti awal tahun lalu, sekali gus membuka laluan kepada tumbangnya kerajaan negeri itu.

Malah, PKR juga berhadapan dengan tindakan keluar parti pemimpin peringkat negeri dan cabang, yang disaksikan ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

“Kita tidak perlu bimbang sangat dan harus menghadapinya dengan sikap positif. Tiap-tiap bulan parti menerima sekitar lima ribu permohonan anggota baru.

“Beberapa bulan lalu, dalam tempoh tiga bulan sebanyak kira-kira 50,000 permohonan.

“Selain itu, kita harus menimba ilham dari sejarah, kita harus dimotivasikan oleh keadaan sekarang dan kemungkinan masa hadapan yang mencabar tetapi cerah,” katanya lagi.

Syed Husin menambah, cerita “lompat katak” bukan berlaku di PKR sahaja.

“Dari segi sejarah, kita lihat pada peringkat-peringkat tertentu, terutama permulaannya, PAS mengalami ramai juga pemimpin yang keluar parti.

“Antara lain, Yang Dipertuanya (Asri Muda), Setiausaha Agungnya (Othman Abdullah) dan kemudian Naib Yang Dipertua (Nakhaie Ahmad) meningalkan PAS.

“Umno dengan gembira mengisytiharkan PAS akan gulung tikar. Apa yang berlaku? PAS menjadi bertambah kuat,” katanya.

Begitu juga dengan DAP, kata beliau dengan merujuk kepada Goh Hock Guan, yang merupakan Setiausaha Agung ketika itu.

“Beliau kemudian dituruti pula oleh Ricard Ho (Timbalan Pengerusi) dan agak lama selepas itu oleh Lee Lam Thye, seorang pemimpin yang popular. MCA segera mengumumkan DAP akan berkubur.

“Seperti kita lihat DAP menjadi bertambah kuat. Yang berpecah-belah dan hendak berkubur sekarang ialah MCA,” katanya lagi.

Katanya, jangan pula sangka tidak ada apa-apa yang pernah berlaku dalam Umno.

“Sebenarnya apa yang mereka alami lebih teruk lagi. Selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim disingkir dan diaibkan, berpuluh-puluh ribu ahli meninggalkan Umno untuk memasuki PAS dan PKR.

“Sehingga sekarang sebahagian besar masih setia kepada kedua-dua parti,” katanya sambil menambah, sebelum itu akibat beberapa tindakan Dr. Mahathir yang memecah-belah Umno dan memimpin secara kuku besi.

“Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn (dua orang bekas Presiden Umno dan mantan Perdana Menteri) telah keluar dari Umno.

“Mereka tidak menjilat air ludah, bahkan mati di luar parti bobrok tersebut. Ini berbeza dengan tindakan Dr Mahathir yang telah menjadi “katak lompat” sekejap saja,” jelas Syed Husin.

Syed Husin juga berkata, PKR akan menjadi benar-benar kuat dan mantap hanya sekiranya mempunyai ramai pemimpin dan anggota yang berpegang teguh kepada “ideologi” atau dasar perjuangan parti.

“Kita perlu bergerak cergas dalam parti dan di kalangan massa rakyat; jikalau tidak boleh setiap minit, setiap jam dan setiap hari, sekurang-kurangnya setiap minggu dan setiap bulan berterusan,” katanya.

Thursday, May 27, 2010

Ada kacang yang tak lupakan kulit

petikan dari M3M


Syabas YB Manikavasagam!!

"Saya masih ingat, ramai yang bantu saya ketika pilihan raya lalu. Mereka siang malam bantu saya, berhabis-habisan untuk saya. Saya ingat jasa mereka. Jangan harap boleh beli saya dengan wang. Saya teguh dengan parti."

Para penyokong Pakatan Rakyat berharap... you walk what you talk!!

kenapa subsidi yang nak dihapuskan?

mengapa ada cadangan dari menteri yang dulu jaga kapal terbang untuk menghapuskan subsidi yang selama ini diberikan kerajaan kepada rakyat. alasannya jumlahnya sudah mencecah 15.3 peratus dari bajet negara untuk tujuan subsidi. katanya lagi,jika diteruskan dalam masa 10 tahun negara akan jadi seperti Greece. dan beliau juga memberi contoh rakyat somalia terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat negara ini. mungkin somalia merupakan negara pengeluar minyak yang besar setanding negara Brunei, sebab itulah ia dijadikan perbandingan dengan malaysia.

katanya lagi berlaku ketirisan dalam pembahagian subsidi apabila rakyat yang berpendapatan tinggi juga turut sama mendapat faedah subsidi. mungkin orang kaya di malaysia tak perlu bayar cukai pendapatan,sebab itu mereka tiada hak untuk terima subsidi atau keistimewaan yang lain. bagaimana dengan bapak-bapak menteri yang menggunakan kemudahan kerajaan secara percuma tanpa ada batasannya. untuk urusan rasmi pun guna, untuk tujuan politik pun guna.

masa pilihanraya guna segala jentera dan kemudahan kerajaan. janji projek sana-sini. bagi peruntukan berjuta-juta... guna duit siapa. siap ada perjanjian lagi.....kalau pengundi memberi kemenangan kepada calon kami kita akan jamin peruntukan, projek, duit dan macam-macam lagi. kenapa perkara-perkara begini tidak diambil kira semasa membuat cadangan untuk menghapuskan subsidi. kenapa bila sudah tahu negara kekurangan wang perkara begini masih berlaku. jawapannya mudah. yang penting parti aku menang.....hutang rakyat yang bayar.

inilah akibat apabila negara diperintah oleh golongan manusia yang hipokrit. yang tidak kenal halal haram. tidak tunduk kepada ajaran allah dan rasul. menganggap islam itu kuno. tidak sesuai kepada masyarakat majmuk. kerana bangsa india, cina , iban dan lain-lain bangsa bukan allah yang cipta. sebab itu al-quran dan hadis tak sesuai.dan sebab itu lah juga judi bila dilesenkan menjadi halal disisi mereka.

oleh itu.....jika selama ini orang umno yang keras hati untuk meninggalkan umno, berfikirlah kali ini, apakah judi boleh dihalalkan. apakah hukumnya jika kita menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh allah. jawabnya ialah kita akan menjadi MURTAD. maka bertaubatlah........

Menghapuskan subsidi atau menaikkan harga?

Hari Khamis ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) rakyat Malaysia dipelawa untuk memberikan pandangan tentang usaha kerajaan untuk menurunkan subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan pengguna tertentu.

Menurut angkanya kerajaan menyerap sejumlah RM74bilion bagi memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia yang melibatkan barangan dan perkhidmatan tertentu. Ini bersamaan purata RM12,900 setiap isi rumah setiap tahun.

Antara barangan yang dimaksudkan termasuklah minyak masak, tepung, gula , petrol, dan perkhidmatan kesihatan serta tol.

Kerajaan dikatakan tidak dapat bertahan lama dengan pemberian subsidi seumpama ini kerana ia mengakibatkan hutang kerajaan terus meningkat iaitu pada RM362 bilion tahun lepas iaitu 54peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Apa akan jadi jika subsidi ini diturunkan atau ditarik balik?

Ini bermakna kita akan membayar lebih bagi satu-satu barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya caj yang dikenakan untuk khidmat pesakit luar di hospital kerajaan adalah RM1. Caj ini menjadi RM1 setelah kerajaan memberikan subsidi yang besar ke atasnya. Dengan penurunan atau pengurangan subsidi bermakna kita akan membayar mungkin RM3 atau RM5 atau lebih bagi perkhidmatan berkenaan.

Adakah dalam keadaan hari ini, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menyerap pengurangan atau penghapusan subsidi ini sehingga menanggung kos yang lebih tinggi? Tiadakah jalan lain bagi kerajaan contohnya menarik balik atau mengurangkan subsidi ini ke atas golongan atau kelas tertentu, dalam erti kata lain mereka yang kaya dan selesa membayar lebih sedang yang kebanyakkan tidak.

Contohnya air percuma 20meter padu pertamayang diberikan oleh kerajaan Selangor hanya diberikan kepada pengguna domestic atau individu. Sedangkan pengguna komersilatau perniagaan tidak menikmati subsidi ini. Apakah tiada mekanisma yang serupa yang boleh diperkenalkan bagi melindungi rakyat kebanyakkan, biar yang mewah dan meraih keuntungan membayar lebih?

Saya kira rakyat Malaysia rata-rata masih memerlukan subsidi ini kerana kos hidup masih tinggi dan pendapatan tidak pun meningkat sebegitu mendadak.

Kalau di Selangor kerajaan negeri sedang memikirkan bagaimana rakyat negeri dapat menikmati dan mencecah kekayaan negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), tetapi di Pusat, kerajaan sedang memikirkan bagaimana mahu memeras ekonomi rakyat untuk menanggung beban hutang besar yang ditanggungnya!

Rakyat perlu merenung perkara ini dan bijak membuat keputusan apabila diamanahkan memberi mandat. Apa guna negara maju dan kaya tetapi rakyat menderita dan menanggung susah.

SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH

Parti Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru hendak merujuk dan hendak belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen 10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya 1954

"Pas yakin, SPR begitu resah dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh 'bapa SPR' iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN telah membuat janji sewaktu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi.

Beliau menyatakan, 'kalau Robert Lau dipilih pada hari Ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan.'

"Ini merupakan satu kempen yang berupa rasuah dan ugutan. Nampakanya senjata makan tuan berkenaan dengan akta ini.

"Pas mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden Umno berkenaan laporan kesalahan yang melampau," ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam kenyataannya.

Beliau berkata, pihak SPR cubalah bebaskan diri supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput.

"Pengawai SPR perlu ingat supaya mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara ini.

"Mereka akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada kuasa," tegas beliau.

Beliau berkata, biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi ketika berhadapan dengan parti pemerintah.


"sekiranya SPR tidak boleh bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar kepada Jawatankuasa Pilihanraya Barisan Nasional sahaja," tegas beliau lagi.

Umno perosak demokrasi

Tidak dinafikan, Malaysia adalah salah sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi dengan memisahkan tiga elemen penting dalam perundangan iaitu eksekutif, legislatif dan judiciari.

Gabungan ketiga-tiga elemen ini diperlengkapkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, sebagai mengimbangi kuasa eksekutif.

Dengan penyusunan sistem perundangan sedemikian rupa, Malaysia seolah-olahnya menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen.

Dalam sistem perundangan Malaysia, diwujudkan pilihan raya untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti-parti politik yang bertanding untuk membentuk sesebuah kerajaan.

Kerajaan-kerajaan yang dipilih sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, berperanan sebagai eksekutif. Kuasa eksekutif diimbangi dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Raja, kuasa legistalif (Parlimen atau Dun) dan kuasa pengawal undang-undang (judiciari).

Secara teorinya, jika diteliti dari sudut sistem, Malaysia sudah mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan berimbang.

Namun dari sudut praktikalnya, wujud banyak kesangsian. Kuasa politik yang dinikmati Umno-Barisan Nasional sejak sebelum merdeka, tidak memungkinkan sistem demokrasi di negara berjalan dengan lancar.

Kesangsian terhadap ketelusan sistem perundangan negara, semakin ketara selepas Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan memenangi lima buah negeri iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Umno yang menjadi peneraju utama BN seperti 'orang kehilangan akal' apabila kuasa mereka di Kerajaan Persekutuan dan kuasa mereka di Negeri terlucut.

Umno-BN tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dan mereka tidak percaya mereka boleh dikalahkan.

Maka akibat daripada ketamakan kuasa dan kegelojohan pemimpinnya. Umno-BN berusaha menggugat dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Umno-BN menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Mereka memerangkap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalai dan berkepentingan.

Mereka menaburkan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat. Mereka menggunakan kuasa media, kuasa polis untuk menyekat demokrasi, berpakat dengan hakim untuk membuat keputusan yang memihak dan memanipulasi golongan istana.

Hasil pencabulan demokrasi yang menjijikkan, BN berjaya merampas Perak. Hasil ketamakan pemimpin mereka, kini mereka cuba untuk merampas Kedah pula.

Mereka cuba untuk menggugat Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal kerana Pakatan Rakyat mempunyai cukup kerusi dengan wakil-wakil rakyat yang sangat setia dan komited.

Jika Umno-BN 'anak jantan' yang menghormati demokrasi, mereka sepatutnya menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk cuba mendapatkan mandat semula rakyat.

Malangnya, Umno-BN tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam kancah pilihan raya secara demokratik. Mereka ibarat 'pondan siam' yang hanya berani 'berkokok' dalam media massa yang mereka kuasai.

Mereka mahu berkuasa semula dengan memasuki 'pintu belakang', mereka tidak mempedulikan kesahihan dari sudut perundangan atau agama.

Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat.

Malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa secara haram akan menerima balasan daripada rakyat.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang mampu menyelamatkan negara. Selamatkan Malaysia!

Mengapa Melayu ditipu Melayu?

Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam. Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insya-Allah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja, tiada bisa dua, tiga kali pilihan raya. Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan: “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang “ ( oleh ularnya yang sama ).


Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti ; majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat ( UBN).

Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM Umno menentang kerajaan pusat! dan yang terkini lesen judi bola piala dunia , dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German.Justeru kerna taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerna Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!! Ummah!

Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan; bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!

Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu ; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu; kerna orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas.

Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan , Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola.(MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )

Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.

Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei ; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerna kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut . Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa ,agama dan Negara ! demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun ; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara .

Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni. Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor ;yakni Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara :Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno ; kerna pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.

Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay .

Ternyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Inilah petualangan yang di lakukan Umno , dahulu , sekarang dan akan datang . Melayu( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya ; termasuk Cina, India, Iban, Kadazan , Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara ; kecuali warga sibu! Syabas!Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!

Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang .

Wednesday, May 26, 2010

Nasib BN cemaskan Najib setelah trend pengundi Cina sebelahi Pakatan Rakyat

PADAN muka Barisan Nasional (BN)! Parti bongkak itu memang pun patut kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu, Ahad (16 Mei) lalu setelah ia terlalu dungu untuk mengambil pengajaran daripada kesilapan-kesilapan sebelumnya, khususnya isyarat penting pengundi di Hulu Selangor kira-kira tiga minggu sebelum itu.

Umum mengakui kehadiran BN di Sibu dibauri kemenangannya yang tidak menceriakan pada PRK Parlimen Hulu Selangor, 25 April lalu.
Kejayaannya merampas kerusi dimiliki Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) itu dilihat tidak sepadan dengan pemusatan seluruh jentera BN serata negara. Ia juga tidak berbaloi berbanding segala peruntukan Kerajaan Pusat dicurahkannya sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Di sebalik segala kerja keras dan belanja besar itu, BN hanya mampu mengenepikan cabaran pembangkang dengan kelebihan undi sangat kecil. Calonnya dari MIC, P. Kamalanathan mengatasi calon KeADILan, Dato’ Zaid Ibrahim, dengan majoriti hanya 1,725 undi. Seperti biasa BN akan mendakwa setiap kejayaannya adalah bukti penerimaan rakyat terhadapnya. Ia dikatakan tanda rakyat mengakui keikhlasan BN membantu mereka.

Segala kebaikan dan keprihatinan dicurahkannya atau bantuan segera yang tak semena-mena dihulurkannya ke kawasan itu didakwa faktor memaut rakyat kembali memilih BN. Kemenangan itu juga kononnya tanda rakyat menerima konsep 1Malaysia, sekali gus mengiktiraf kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak dan segala agenda pemerintahannya.

Lebih dahsyat lagi, BN memanipulasi kemenangan itu untuk mendakwa kononnya ia petanda rakyat sudah serik dan menyesal menyokong PR-KeADILan lalu kembali mahukan BN. Kononnya rakyat Selangor semakin susah dan melarat di bawah pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Meski pun BN mampu mendakwa apa juga dikehendakinya atas kemenangan di Hulu Selangor, fakta-fakta tersirat mengiringi kejayaan tipis itu mengisyaratkan banyak perkara tidak menyenangkan buat BN sendiri.

Antaranya, kemenangan BN tidak dibantu kemerosotan undi parti lawan. Sementara undi BN berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) menokok 2,018 undi, undi KeADILan juga bertambah. Biar pun hanya 95 undi, apa yang penting ia tidak merosot. Ertinya segala kempen dan strategi tidak bermaruah BN gagal menghasut pengundi lari dari PR.

Kedua, kejayaan BN merampas kerusi Parlimen itu turut melibatkan “trade-in” kerusi dengan PR di salah satu Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawahnya. Fakta perolehan undi mengikut Dun menunjukkan undi PR mengatasi BN di Dun Kuala Kubu Baharu. Parlimen Hulu Selangor mengandungi tiga Dun, iaitu Kuala Kubu Baharu, Batang Kali dan Hulu Bernam. Pada PRU lalu kesemua kerusi itu dikuasai BN. Keputusan PRK bulan lalu bagaimana pun menunjukkan BN gagal mempertahankan Kuala Kubu Baharu.

Isyarat paling penting dari keputusan itu ialah hakikat bahawa pengundi Cina semakin memihak PR. Fakta menunjukkan sokongan mereka kepada BN menjunam daripada 37 peratus pada PRU 2008 kepada hanya 28 peratus. Hakikat itulah yang secara tersirat menyebabkan BN tidak begitu ceria menyambut kemenangannya. Bahkan pemimpin tertingginya mengarahkan siasatan segera mengenalpasti mengapa kepercayaan kaum tersebut kepada BN masih belum dapat dipulihkan.

Beberapa penganalisis politik menyimpulkan bahawa penolakan itu antara lain disebabkan kegagalan BN memperbaiki imej buruknya yang menjadi punca ia ditolak dalam PRU lalu. Memburukkan keadaan ialah apabila kaum Cina dikatakan terguris dengan strategi kempen BN yang tiba-tiba menunjukkan keprihatinan luar biasa di saat kempen. Sikap pura-pura yang terlampau itu dikatakan menyebabkan kaum Cina merasa mereka diperbodohkan.

Tidak seperti pengundi Melayu yang dikatakan mudah berpaling pendirian politik dengan kunjungan dan sentuhan peribadi pemimpin BN, kaum Cina dilihat lebih teguh sikap dan pegangan mereka. Sebab itu mereka tidak mudah melupakan pahit-getir hidup akibat kegagalan BN menyelesaikan masalah mereka puluhan tahun walau pun parti itu mendatangkan penyelesaian segera.

Pemberian bantuan atau pelaksanaan projek ketika kempen sebaliknya dianggap kaum Cina seolah-olah menjatuhkan taraf mereka seumpama peminta sedekah. Malangnya, isyarat dan amaran keras kaum Cina di Hulu Selangor itu seolah-olah tidak diendahkan BN. Parti nazak itu bagaikan terlalu dungu untuk mengambil pengajaran dari psikologi politik kaum itu yang menolak mentah-mentah budi saat akhir yang dibuat-buat BN.

Tanpa menghiraukan kutukan pembangkang dan teguran para pemikir dari kalangan pendokongnya sendiri, BN mengulangi kesilapan sama di Sibu. Parti itu selesa dengan tabiat lama turun mencurahkan segala macam gula-gula pilihan raya, sekaligus memperbodohkan minda pengundi. Kedunguan itu memakan diri BN.

Jika di Hulu Selangor faktor 26.3 peratus undi Cina sekadar menafikan kemenangan lebih besar buat BN, jumlah 36,389 pengundi Cina yang membentuk 66.7 peratus daripada 54,695 pengundi berdaftar di Sibu akhirnya menyebabkan BN tersembam. Pada PRK Ahad lalu, calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi. Wong memperolehi 18,845 undi berbanding Lau yang mengutip 18,447 undi. Calon Bebas, Narawi Harun memungut hanya 232 undi dan hilang wang pertaruhan.

Tiga bangsa Melayu, India, Cina bersatu dan berpadu di bawah payung Islam!

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjadi salah satu sayap penting bagi PAS sekali gus membuktikan parti Islam itu berjaya memecah tembok perkauman dalam negara ini apabila ketiga-tiga bangsa Malayu, Cina dan India boleh bersatu di bawah payung Islam.

Atas kejayaan itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf menyeru seluruh ahli PAS memberi bimbingan sebaiknya kepada anggota DHPP dan jangan sekali-kali memisahkan mereka dengan parti itu.

"PAS mesti membantu mereka, dan dewan ini (DHPP) mesti berjalan. Kita jangan sia-siakan harapan ini, harapan yang sekian lama akhirnya menjadi realiti," tegasnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran DHPP, 23 Mei lalu.

Sambil menyifatkan DHPP yang dahulu dikenali Kelab Penyokong PAS (KPP) sebagai 'bayi baru lahir' dalam keluarga PAS, Mujahid berkata mereka memerlukan sokongan padu dalam proses memantapkan dewan seperti dewan-dewan yang telah sedia ada dalam parti itu.
"Biasalah, bayi yang baru lahir perlu dibelai, dijaga dengan sempurna. Mereka akan mula merangkak, menangis, yang semestinya memerlukan perhatian kita. Ahli-ahli yang hadir pada hari ini, saya seru kepada anda, ini bayi yang baru lahir di kalangan anggota keluarga kita. Tolonglah bimbing mereka," ujarnya.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, PAS Pusat telah melulus dan memberi hak perundangan kepada DHPP sekali gus membuktikan dewan itu diberi pengiktirafan dan menjadi sebahagian daripada PAS. Tegasnya, PAS tidak akan mensia-siakan kejayaan besar menubuhkan DHPP sebaliknya harus membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa semua kaum di negara ini dapat bersatu di bawah naungan PAS tanpa ada prejudis di antara satu sama lain.

"Barisan Nasional memerintah kita dengan MCA untuk orang Cina, MIC untuk orang India dan Umno untuk orang Melayu. Hari ini kita telah memecah tembok itu bahawa sebagai rakyat Malaysia kita orang Melayu membela orang Cina, orang Melayu membela orang India, orang India membela orang Melayu orang Cina membela orang India. Inilah kejayaan besar DHPP pada hari ini," katanya disambut tepukan gemuruh lebih 1500 ahli DHPP yang hadir.

Tambahnya, PAS bukan sahaja diterima oleh kaum India dan Cina tetapi kaum lain seperti orang asli, Iban dan Kadazan di Sarawak membuktikan kepada Malaysia bahawa wujudnya keharmonian dalam DHPP. Justeru katanya, 15 wakil DHPP akan mengikuti Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 Jun depan di Putik, Kota Bharu. "Seperti juga dewan-dewan yang lain, DHPP akan menghantar wakil rasmi ke muktamar Jun ini," kata Mujahid.

Minyak Dinaikkan RM2.00/Liter, Gula RM2.00/Kilo?

Rakyat Malaysia dijangka akan terus dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengurus kewangan negara dengan telus apabila Kabinet dikatakan akan meluluskan pemotongan subsidi ke atas barangan keperluan asas dalam mesyuarat Kabinet esok.

Pemotongan subsidi bermakna harga barangan tersebut akan melonjak dan antara barangan asas yang disebut-sebut akan terbabit dalam kenaikan harga termasuk petrol yang bakal dinaikkan daripada RM1.85 seliter kepada RM2.00 dan gula daripada RM1.75 sekilo kepada RM2.00.

Mesyuarat mingguan Kabinet esok dijangka akan membincangkan serta meluluskan usul mengenai pemotongan rejim subsidi ke atas beberapa keperluan asas termasuk minyak, gas asli, gula, tepung dan tol lebuh raya.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata beliau menentang sebarang kenaikan harga kerana yang terpaksa menanggung beban adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.

"Isu menaikkan harga keperluan ini bukan isu baru dan ini bakal menjejaskan kepentingan orang ramai.Sebab itu saya sebagai Presiden MTUC menentang kenaikan harga barang keperluan asas ini.

"Pendapatan pekerja swasta dan kilang masih lagi di takuk lama dan jika diteruskan akan menjejas kehidupan harian mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Mohd Yusof Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bawahan.

"Masyarakat mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang keperluan kerana ekonomi masih dalam keadaan tidak menentu.

"Salah satu alasan kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung dan menyerapkan kos tersebut kepada rakyat.

"Tindakan kerajaan ini akan dipersoalkan oleh rakyat kerana kita tahu banyak dana awam telah digunakan secara yang tidak berhemah," ujar Mohd Yusuf

Menurut beliau, jika rakyat gagal diberitahu oleh kerajaan tentang mengapa kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah.

"Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan rakyat terdiri daripada rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 dan ini sudah tentunya membebankan mereka.

"Kita khuatir akan kesannya kerana implikasinya pasti menyeluruh dan akan menyebabkan kenaikkan kepada perkhidmatan dan barangan yang lain.

"Dasar Fomca menyokong pengurangan subsidi kepada barangan asas secara beransur-ansur tetapi hendaklah tidak membebankan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menunggu hasil mesyuarat Kabinet esok.

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 23 Oktober tahun lalu memperlihatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan Umno-BN melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Ini dapat dilihat melalui cara Umno-BN membelanjakan wang rakyat. Takkala negara bergelut dengan masalah ekonomi dan keperitan hidup rakyat yang semakin menekan, Najib pula menganugerahkan RM100 juta kepada Program Permata, projek kegemaran isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan ini seolah-olah membelakangkan hakikat bahawa hutang negara telah meningkat dengan mendadak kepada RM362.5 bilion pada tahun 2009.

Bagi menangani publisiti negatif terhadap kerajaan daripada tindakan Najib ini, Umno dikatakan telah mengadakan siri penerangan kepada ahli parti itu diperingkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut seorang ketua cawangan Umno di Shah Alam tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas akan mejnadi sebab kepada kekalahan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kami diminta memberi penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Macam mana nak cakap kepada rakyat sebab kami pun tak setuju.

"Kalau macam ni caranya saya rasa Umno akan kalah pada pilihan raya nanti sebab rakyat akan marah dan semakin susah," kata beliau.

Tuesday, May 25, 2010

Anak Samy tuduh UMNO punca masalah

S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?

''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.

Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.

Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.

BUKTI NYATA DAN JELAS KERAJAAN PERPADUAN TELAH BERAKHIR

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kelab Penyokong PAS secara rasminya diterima menjadi keahlian di dalam PAS, maka PAS telah membuktikan bahawa parti tersebut telah `menoktah'kan isu Kerajaan Perpaduan yang lebih dikenali sebagai UG itu. Memang pun semenjak berakhir Muktamar Khas PAS sebelum ini, PAS menjelaskan tiada lagi isu Kerajaan Perpaduan, namun isu tersebut seperti sukar untuk diterima oleh beberapa ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Sukarnya kepimpinan PAS untuk meyakinkan ahli dan penyokong mereka tentang ketetapan PAS untuk menamatkan isu tersebut lebih-lebih lagi media pencacai Umno memainkan peranan mereka untuk mendatangkan kesangsian orang ramai. Bahkan, beberapa Blogger pro PR juga dilihat seperti sangsi dengan jaminan tersebut. Mereka amat bimbang sekiranya PAS kembali terjebak dengan tipu daya sekutu APCO itu.

Akhirnya, isu tersebut dibuktikan dengan jelas dan nyata apabila PAS tidak berlengah lagi meluluskan kemasukan lebih 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS menyertai parti tersebut. Ini sekali gus menunjukkan PAS tidak lagi mahu bermain mata dengan Umno kerana bukan baru PAS mengenali wajah Umno. PAS kini ingin maju ke hadapan dan tiada jalan lain untuk memperkuatkan PAS melainkan berbaik dan bekerjasama dengan mereka yang terbukti tidak pernah menyakiti atau mengkhianati PAS. Kaum Cina dan India yang kebanyakan menjadi ahli kepada Kelab Penyokong PAS ini telah menunjukkan komitmen mereka untuk bersusah dan bersenang bersama PAS. Ini tidak pernah ditunjukkan oleh Umno dulu, kini dan selamanya.
Justeru itu, tindakan politik yang tidak lagi mahu bersama Umno adalah satu tindakan tepat dan wajar.

Sekiranya Umno ingin menyeru kepada perpaduan atas dasar bangsa Melayu atau atas dasar Islam, mereka mestilah berhijrah ke dalam PAS bukannya PAS melutut kepada mereka. Sekiranya kaum Cina dan India yang Non Muslim boleh terima PAS dengan mereka mengetahui dasar-dasar PAS, mengapa Umno masih segan atau takut untuk bersama PAS? Tidakkah Melayu dan Islam itu boleh bersatu di dalam PAS? Bersatunya Melayu Islam di dalam PAS akan lebih menguntungkan semua kaum dan agama di negara ini kerana prinsip Islam itu adalah adil kepada semua.

Selepas ini diharapkan tiada lagi yang mempertikaikan keazaman PAS untuk terus bersama PR. Saya yakin tiada lagi yang kerjanya hanya melabelkan pemimpin itu dan ini sebagai pro Umno. Biarlah sejarah lama berlalu dan dijadikan satu pengajaran. Komitmen PAS di dalam PR telah pun dibuktikan di dalam PRK di Hulu Selangor dan juga lebih cemerlang di Sibu. Semua pemimpin PAS bertungkus lumus membantu rakan-rakan di dalam PR. Komitmen ini juga dilihat oleh berbagai kaum di negara ini sebagai satu pendekatan politik PAS yang lebih mesra dan berhikmah. Justeru itu, jangan ada lagi di antara kita merosakkan semua ini. Biarlah Umno sahaja yang menjadi seteru kita sehingga Umno insaf bahawa mereka itu Melayu dan Islam.

Bagi pemimpin-pemimpin di dalam PR pula haruslah dilihat serius untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan ini. Tindakan pimpinan haruslah dilihat tegas agar mereka tidak lagi boleh mengandaikan pemimpin kita masih boleh dipengaruhi dengan berbagai umpan seperti perpaduan Melayu dan Islam, kununnya. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh kita berikan kepada Umno jika mereka berhasrat untuk mewujudkan perpaduan, iaitu mereka hendaklah bersama PAS atau PR. Tiada lagi jawapan-jawapan yang boleh mengelirukan ahli dan penyokong-penyokong kita termasuk rakan kita di dalam PR.

Percayalah, Umno terutamanya amat takut dan gementar sekarang kerana PAS tidak lagi seperti PAS di era 70 dan 80 an. Di samping tidak menggadaikan prinsip, PAS mesti lebih bijak untuk menguasai politik tanahair selagi PAS masih memilih sistem demokrasi untuk berkuasa di negara ini.

Zaid Serah Petisyen Batalkan Keputusan PRK Hulu Selangor

Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas calon KEADILAN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya tersebut sebagai tidak sah.

Beliau yang tewas kepada calon Barisan Nasional, P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi menyifatkan keputusan tersebut tidak sah selain mendakwa berlakunya amalan rasuah oleh BN bagi memastikan sokongan diberikan kepada mereka.

"Petisyen pilihan raya ini difailkan mengenai PRK Hulu Selangor, kita dapati wujud gegala rasuah digunakan pada PRK tersebut. Petisyen ini tertumpu kepada Kamalanathan yang telah secara langsung atau tidak langsung, secara sendiri atau melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kempennya telah melakukan rasuah.

"Perbuatan menyogok dengan menjanjikan kepada pengundi berdaftar di Hulu Selangor terutamanya penduduk di kawasan Rasa, bahawa RM3 juta akan diberikan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rasa jika calon BN menang pada pilihan raya tersebut.

"Selain itu juga kita menumpukan tawaran sebanyak RM160,000 yang dilakukan di Felda Sungai Buaya oleh BN dan juga RM50,000 jika dapat memastikan kemenangan BN," jelas Zaid pada media di kediamannya petang tadi.

Peguam yang mewakili Zaid, Malik Imtiaz Sarwar yang turut sama pada sidang media tersebut menjelaskan pihaknya lebih menumpukan kepada apa yang telah Najib dan Kamalanathan lakukan.

"Kita menumpukan kepada semua kempen yang bersifat rasuah dalam memastikan mereka memenangi PRK tersebut, seperti janji RM3juta kepada SRJK (C) Rasa dan juga tawar menawar yang dilakukan kepada peneroka Felda.

"Dalam petisyen tersebut kita juga turut menamakan Pegawai Pengurus PRK Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dilihat bertanggungjawab bagi memastikan pilihan raya tersebut berjalan dengan lebih telus dan adil.

"Menurut Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, keputusan pilihan raya boleh dicabar melalui petisyen pilihan raya dan ia perlu difailkan dalam jangka masa 21 hari dari hari keputusan diwartakan.

"Selain itu juga peruntukkan di bawah Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan bahawa perbicaraan harus diselesaikan dalam masa enam bulan dari tarikh pemfailan petisyen pilihan raya," katanya lagi.

Sekiranya mahkamah mencapai keputusan bagi pihak yang memohon mahkamah boleh mengeluarkan perintah bahawa keputusan PRK Hulu Selangor yang lepas sebagai tidak sah, keputusan ini dibuat mengikut arahan di bawah Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Monday, May 24, 2010

K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz tang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.

Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.

Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.

Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.

Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.

“Bukan Islam jadi calon”

Pas bersedia meminda perlembagaannya supaya ahli bukan Islam dalam parti itu diberi hak sama malah mereka boleh dicalonkan pada pilihan raya dan menjadi Senator di Dewan Negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pencalonan ahli bukan Islam bergantung kepada keperluan dan agihan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat kerana mereka tidak mahu sebarang pertembungan.

“Kuota untuk ahli bukan Islam belum ditentukan lagi, kerusi untuk Pas pun kita masih tidak tahu, bagaimana saya mahu beritahu.

:“Tetapi yang paling penting adalah PR tidak mahukan sebarang pertembungan, kita lebih suka pertandingan dua penjuru dengan Barisan Nasional (BN) saja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas di sini, semalam.

Hadi berkata, pengiktirafan Kelab Penyokong Pas menjadi status Dewan Himpunan Penyokong itu, sekali gus menjadi sayap penting parti membuktikan Pas bersungguh-sungguh mahu merealisasikan slogan ‘Pas untuk semua’.

Ditanya bila ahli Dewan Himpunan Penyokong akan diberi hak yang sama dengan ahli Pas, Hadi menjelaskan banyak perkara perlu dilakukan seperti pindaan perlembagaan dan Pas bersedia bergerak ke arah itu.

“Apa yang paling penting sekarang adalah mereka diberi peranan yang aktif dalam perjuangan Pas, itu yang lebih penting,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas semalam mengulangi sejarah yang pernah dibuat Nabi Muhammad SAW untuk mewujudkan masyarakat pelbagai kaum di Madinah.

“Pas adalah parti Islam pertama dalam dunia selepas zaman Nabi Muhammad yang membuka keahlian kepada orang bukan Islam, kamu melihat sejarah pada hari ini,” katanya diiringi tepukan gemuruh delegasi yang tiba.

Mengulas mengenai judi bola yang dibenarkan kerajaan, Pas menegaskan mereka tetap dengan pendirian tidak boleh membenarkan sebarang permit perjudian walau apapun alasannya.

“Yang peliknya, UMNO menyokong tetapi parti komponen lain seperti MCA dan Gerakan pula yang menolak judi bola ini, ingin saya tegaskan lesen judi di bawah kuasa Kerajaan Pusat, bukannya kerajaan negeri,” katanya.

Antara pemimpin PR yang hadir pada perasmian tersebut adalah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu serta kira-kira 1,000 ahli Dewan.

Kami Akan Tawan Lebih Banyak Kubu BN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang, dengan melihat kepada sokongan bertali-arus masyarakat kepada gagasan politik baru tanahair ini.

Bercakap kepada ribuan yang hadir di ceramah perdana Permatang Pauh malam semalam, Anwar berkata orang-ramai semakin peka bahawa tindak-tanduk BN bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat, bahkan mengugat keselamatan negara.

Dari skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, hinggalah kepada penyeludupan enjin pejuang TUDM dan persekongkolan dengan unsur-unsur Zionis, Anwar berkata kebejatan BN kini tidak mengenal sempadan.

Tidak cukup dengan mengikat kontrak bersama unsur-unsur Zionis dalam syarikat APCO, Umno-BN kini menghalalkan skim judi gergasi bagi Piala Dunia 2010.

" Saya yakin dalam tempoh dua bulan atau paling lambat setahun, kita dapat (yakinkan hati rakyat), Insya-Allah tawan hati masyarakat Melayu, Muslim, Melanau dan Iban di Sarawak. Dan kalau ini berlaku, saudara tahu landskap politik Malaysia akan berubah dengan drastiknya".

"Jangan kata ini modal UMNO, UMNO dia gah bunyi sahaja, sokongan di Semenanjung parah. Kita patut fikir bahawa masalah Melayu, miskin susah, bukan kerana cina kaya tetapi kerana pemimpin Melayu yang rasuah dan zalim. Ini kita kena faham betul-betul, dasar ditentukan, buat satu yang betul-betul, beri pelaburan kepada rakyat, majoriti Melayu, India, Iban Kadazan bagi semua.. apa salahnya" ujar Anwar.

Mengulas isu judi dengan lebih lanjut, Anwar berkata pendirian Pakatan Rakyat berhubung gejala judi amat jelas. Semua agamawan dan tokoh masyarakat bersetuju bahawa judi meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Bagi Pakatan Rakyat, asas kepada pembentukan negara yang stabil bermula dari ikatan keluarga yang kuat, sihat dan berfungsi.

Anwar berkata nilai-nilai negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran telah membutakan hati nurani pemimpin BN, hingga mereka sanggup meruntuhkan asas pembentukan negara.

" Isu runtuhnya sistem pemerintahan negara, saudara hendak berikan pada siapa? Bagi polis siasat, dia tidak tahu masalah. Pendakwaraya, pergi kepada hakim,..... kerana ini Malaysia, orang gunakan kuasa begitu rupa. Kita merdeka setengah abad, negara ini tidak menghormati sistem perundangan kerana pimpinnya mengamalkan korup

Malam Noktah....DUN kedah

Semua yang hadir sudah jelas dan puas hati. Malam ini adalah noktah dalam isu lompat... tak ada takwil takwil lagi. Lepas ni kalau ada sapa-sapa jadi agen sebar sms atau surat khabar atau bloger yang dok kata ada lagi nak lompat di Kedah, sahlah dia tu pekak dan buta! Di kalangan pembangkang di Kedah, mereka mengharapkan DUN dibubarkan. Kalau bubar ada 'asyukkk! Malam ni tau la ada asyukkk ka tak dak asyukk. Ini kata seorang kawan yang dok sebelah saya tadi.
.
MB umum malam ni, ini tempoh untuk kerajaan take-off, kalau diibaratkan kapal terbang. Hujung bulan ni akan dilancarkan pembinaan rumah kos rendah besar-besaran untuk menyediakan kediaman kepada 23,000 ribu keluarga yang memohon rumah kos rendah. Sana sikit sini sikit, lama-lama cukuplah rumah untukrakyat. Inilah yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang. Kita akan mulakan projek SULIHH September nanti. Kita sudah ada pemaju yang sanggup bina rumah kos rendah secara besar besaran. kita sudah dapat lampu hijau untuk memulakan SULIHH. Kita nak pikiaq macam mana kemajuan ekonomi rakyat dapat dicapai. Kita nak fokus taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Pendek kata, masa untuk repair kapal sudah selesai, ini masa membawa rakyat Kedah keluar dari kepungan sistem pemerintahan BN dulu.
.
DUN akan bubar, tapi bubar bila sudah sampai tempohnya..paling tidakpun, bersekali dengan Parlimen di PRU13! Jadi sapa-sapa dalam BN yang dok berangan nak jadi calon, jadi EXCO jadi MB, sabaqlah sat, tak lama dah. Dua tahun saja lagi. Itupun kalau rakyat mau lagi kat BN!

Dakwa Saya Di Mahkamah UK Jika Mahu- Raja Petra

Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin muncul di khalayak semalam dengan mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom (UK). Dengan diapit dua lelaki yang berkaca mata hitam, Raja Petra Kamaruddin yang mesra dengan panggilan dengan “RPK” berkata, beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan, malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika diberikan hak perundangan yang sama rata.

“Saya akan berhadapan dengan kerajaan dan saya akan lawan tetapi saya akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’.

“Jadi wilayah saya ialah di sini di UK,” kata Raja Petra dengan menerima tepukan hadirin dianggarkan 300 orang, yang beg mereka diperiksa teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan di BPP Law School di sini.

Kebanyakan daripada hadirin sanggup untuk berdiri kira-kira dua jam mendengar cerita Raja Petra.

Kemunculan semalam dilihat yang pertama selepas lebih setahun berada dalam buangan kendiri.

Pada November lalu, Raja Petra dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sekyen Petaling Jaya daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

Keputusan itu dibuat selepas kesnya ditangguhkan tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web Malaysia Today pada 25 April 2008.

Ia salah satu kes dihadapi beliau.

Dalam ucapannya, Raja Petra menolak pandangan bahawa beliau harus pulang ke tanah air untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Pelajar tahun pertama jurusan undang-undang akan memberitahu anda bahawa ia bukan kerja pihak tertuduh untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Ia ada kerja pendakwa raya untuk membuktikan yang dia bersalah.

“Ada mahkamah UK di sini. Tidak perlu ada panggilan telefon ataupun panggilan telefon daripada isteri seseorang,” kata Raja Petra dengan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang beliau seringkali menuduh mencampuri institusi kehakiman.

Meskipun ada gesaan daripada pelbagai pihak kerajaan tidak menyahut desakan agar Raja Petra diekstradisikan untuk meneruskan tindakan perundangan di Malaysia.

Raja Petra juga menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan liwat, yang Pakatan Rakyat mendakwa beliau diperangkap, berada di situasi yang berbeza.

“Anwar menerima hakikat bahawa beliau perlu kekal memandangkan beliau bercita-cita mahu menjadi perdana menteri akan datang. Saya tiada aspirasi politik,” kata beliau sambil menambah, “kemungkinan saya orang yang lebih bebas berbanding Anwar.”

Anggota kerabat diraja Selangor ini merujuk kepada beberapa kes bagi membuktikan dakwaannya bahawa bidang kehakiman di Malaysia tidak bebas.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan berhubung rayuan terhadap pembebasannya dari ISA walaupun ia dibuat lebih setahun lalu.
Katanya, beliau juga cuba mendapatkan panel penuh sembilan hakim dan menjangkakan bahawa akan memperoleh tujuh tetapi berakhir dengan tiga sahaja

KHIR TOYO MENGAKU LULUSKAN LEBIH 4500 PUSAT JUDI MASA JADI MB DI SELANGOR !

Tindakan meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri! Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang semalam mendesak Menteri Besar Selangor kini Tan Sri Khalid Ibrahim agar menutup lebih 4500 tempat perjudian yang kini terdapat di Selangor.

Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.

Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih! Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.

Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi. Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!! Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.

Sunday, May 23, 2010

PAS Kaji Bukan Islam Mengundi Ketika Muktamar

PAS bercadang untuk membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.

Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bagaimanapun beberapa penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian (bukan Islam boleh mengundi ketika muktamar)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bagaimanapun kata Abdul Hadi, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sehingga kini dewan itu mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara, katanya.

"Hari ini kita telah melantik anggota jawatankuasa dewan itu di peringkat kebangsaan dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti," katanya.

Mengulas mengenai isu berlainan, Abdul Hadi berkata kelulusan mengenai lesen perjudian adalah di bawah kerajaan pusat.

"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang dilontar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar Dewan Pemuda PAS mendesak kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir mereka.

Kenyataan Perkasa itu sebagai respons terhadap Dewan Pemuda PAS yang mahu kerajaan menarik balik lesen pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan.

Search This Blog