Saturday, January 24, 2009

Semua petunjuk menandakan Umo akan hancur

Dr Mahathir Mohamad
Fri | Jan 23, 09 | 10:40:38 pm MYT

Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli Umno kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.

Iklan

Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihan raya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.

Bahawa bagi sesetengah ahli Umno pilihan raya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihan raya kecil ini penting kepada Umno jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihan raya Mac 2008.

Saya adalah bekas ahli Umno dan saya amat sayang kepada Umno yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan Umno dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.

Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."

Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.

Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.

Dengan itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara.

Majoriti ahli Umno setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.

Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno dan konco-konconya.

Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang:

a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.

b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.

c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet.

e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999.96 juta.

f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan Umno. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran Umno tidak dipedulikan.

Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.

Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli Umno utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.

Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.

Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.

Kita akan dapat Kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah.

Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

Apabila dikecam pemimpin Umno pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang Umno mengecam parti lain, mereka digantung.

Semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.

Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.

Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin Umno tidak bermakna saya mesti terus menyokong Umno setelah Umno menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai Umno untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.

Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13. Selepas itu Umno akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada Umno kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.

Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno. - chedet.co.cc/chedetblog _

Thursday, January 22, 2009

Budaya konsumer punca kemelesetan ekonomi

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun. Krisis kali ini lebih buruk daripada zaman kemelesetan tahun 1929.

Budaya konsumer kini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.

parliament stimulas package najib 041108 pcJangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat daripada krisis ekonomi ini.

Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat! Ini mustahil.

Jaminan politik ini pembohongan. Ia betul-betul macam penafian bahawa Najib Razak tidak mengenal Altantuya Shaariibuu. Bohong.

Fakta: Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada 2008 tetapi tahun lalu lagi. Inilah fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis.

Tiga syarikat kereta yang terbesar di dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di United Kingdom, syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar “beli satu kereta, dapat satu percuma”. Ini kerana tidak ada lagi orang yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan.

Trend ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai. Satu demi satu bank besar dan syarikat kewangan gergasi tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh, ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu indeks komposit bursa saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa?

Bukankah Abdullah Ahmad Badawi berasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

new economic policy nepHari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum? Apakah kalau indeks naik maknanya ekonomi baik - jika indeksnya turun, tidak ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Di Amerika Syarikat dan di Eropah – berjuta-juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja, mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit, mereka tidak membeli barang.

Apabila mereka tidak membeli barang – kilang kita yang membuat barang akan ditutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang pekerjaan dan kita pula tidak ada duit. Beginilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis.

proton cars and moneyLingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk diruntuh-rantahkan. Bumi tempat kita bercucuk tanam dan memakmurkan tanaman untuk makanan.
Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.

Bernoktahlah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu-membantu, bergotong-royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika Syarikat dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ia diamalkan untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer.

Mereka menjalankan perniagaan tukar-menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas daripada belenggu sistem ekonomi kapitalis.

Satu perkara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 1930-an, apabila ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis, perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka.

Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat, kemudian musnahkan. Buat lagi, dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.

Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang, kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom diletupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi.

iraq warIndustri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Negara ini, atau lebih tepat Wall Street, sarang kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang.

Pada ketika ini, di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah.

Justeru, kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh diketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis, maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang.

Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia dibuat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India.

Apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perang yang lebih luas.

Bernoktahlah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional?

Bantah harga gula naik

KUALA LUMPUR - Bukan masanya untuk naik harga.

Itu pandangan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Bahrim A. Razak mengenai kemungkinan harga gula dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Katanya, walaupun ia sekadar kemungkinan, tindakan memaklumkan perkara tersebut terlalu awal kepada umum adalah tidak adil terutama kepada masyarakat kaum Cina.

Katanya, apabila kerajaan berbuat demikian sudah pasti akan berlaku masalah kekurangan gula ekoran tindakan sesetengah peniaga yang mahu mencari keuntungan dengan cara menyorokkan bekalan bahan tersebut.

"Ia tidak wajar dan situasi itu sekadar mencetuskan kemarahan pengguna terutama pengguna kaum Cina," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ujar Bahrim, kerajaan patut rasional berhubung cadangan itu kerana permintaan gula pada musim perayaan akan naik secara mendadak.

Mawi & Ekin - Akad nikah yang penuh protokol?

Dilulus terbit pada Monday, December 22 @ 08:12:03 MYT oleh TokPenghulu
Pendapat Oleh WFauzdin NS

 Alhamdulillah, artis Mawi telah selamat diijabkabulkan bersama Ekin hari ini. Upacara gilang gemilang tersebut telah disiarkan oleh Televisyen Astro secara langsung. TV 3 melaporkan terdapat sungutan orang ramai terutamanya dari kalangan wartawan dan TV3 memetik berita dari akhbar KOSMO berkata kawalan terhadap Mawi dan Ekin umpama `Putera Raja'.

Bagi saya itu anggapan yang silap kerana setahu saya Putera Raja pun tidak mendapat liputan meluas media seperti yang didapati oleh Mawi World dan Ekin ini.

Itu tidak mengapa kerana bak kata Mawi dahulu, perkahwinannya akan diadakan sederhana sahaja. Rakyat terutamanya peminat-peminat Mawi yang menonton secara langsung di Astro telah pun melihat `kesederhanaan' perkahwinan beliau. Itu baru acara Akad Nikah, kita belum tonton lagi acara seterusnya selama 3 hari nanti. Mungkin secara sederhana juga seperti yang beliau pernah ucapkan dulu.

Saya cuma sedikit pelik dan tertanya-tanya mengapa begitu protokol sekali upacara akad nikah yang dijalankan di masjid sebentar tadi ? Mengapa perkara semulia ini hendak disusahkan ? Berjalan beratur-atur, termasuk Pegawai-Pegawai Masjid pun ikut protokol dan masuk berbaris, tidak boleh duduk sebarangan, bawa bunga hantaran sampai ke dalam Masjid, berpantun-pantun dan macam-macam lagi yang telah disusun dan dilaksanakan di dalam Masjid tersebut.

Bukan maksud saya perbuatan itu salah atau tidak, tetapi ianya kelihatan menunjukkan terlalu protokol dan menyusahkan. Apa lah salahnya acara-acara lain tu dibuat di rumah sahaja. Yang peliknya, pegawai Masjid pun terikut rentak ini hinggakan terlupa peranan sebenar mereka. Adakah patut Pegawai Masjid yang diwakilkan untuk menjadi Wali bagi Ekin bangun datang berjumpa bapa Ekin.

Sepatutnya bapa Ekin lah yang bangun berjumpa pegawai Masjid tersebut memohon dan memaklumkan dia ingin mewakilkan Wali kepadanya. Peliknya, pegawai Masjid itu ikut arahan pula dan datang berjumpa bapa Ekin. Pegawai Masjid pun mengiringi Mawi selepas akad nikah sehingga kepada Mawi nak sarung cincin dan kucup dahi Ekin pun Pegawai Masjid sentiasa disisinya.

Apa fungsi beliau ? Bukankah tugas dalam acara Akad Nikah sudah selesai, mengapa perlu ikut Mawi ke sana sini ? Sewajarnya taraf jawatan Pegawai Masjid hendaklah dipelihara dan dipandang mulia.

Saya sedikit tumpang bangga kerana Ustaz Akil pun kelihatan di kaca TV sebagai saksi berpakaian baju Melayu yang cantik. Tidak pernah saya lihat Ustaz Akil berpakaian begini kerana beliau sering berjubah dan beserban apabila memasuki Masjid. Mungkin sudah lama Ustaz Akil tidak memakai songkok hitam agaknya, dan memang Ustaz Akil tidak kelihatan seperti yang saya kenal dulu.

Mungkin itu luaran sahaja, bukan dalaman. Apa pun, kelibat Ustaz Akil di pentas-pentas politik hampir tiada lagi. Mungkin baginya perjuangannya sudah selesai di arena politik Islam. Kini, beliau giat berdakwah di media-media pula dan serba sedikit ada kesannya pada orang lain dan pada dirinya sendiri.
WFAUZDIN NS

Nasihat untuk UMNO

Dilulus terbit pada Thursday, January 22 @ 08:15:00 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh ruhan

" Saya sangat bersetuju dengan pengakuan Najib bahawa UMNO tidak mesra rakyat. Sehubungan itu, UMNO mesti mengubah imej dan perangai supaya rakyat boleh terima. Begitu juga dengan kenyataan Mahyuddin tentang UMNO telah kehilangan daya penarik. UMNO perlu berubah untuk memikat hati rakyat. Demikianlah penyataan yang tidak pernah kita dengar selama ini keluar dari mulut pemimpin-pemimpin UMNO.

Semua ahli UMNO perlu menyokong saranan baik itu. Tak kiralah mereka itu ahli akar umbi ke, cawangan ke, bahagian ke, Majlis Tertinggi ke, Naib Presiden ke, Timbalan Presiden ke, ataupun Presiden.

Namun demikian, terlalu banyak perubahan drastik yang perlu diubah. Mari kita lihat persoalan-persoalan yang menghantui dan melemahkan UMNO pada masa kini:

(1) Bagaimana UMNO hendak mengikis imejnya sebagai parti rasuah dan parti pengkhianat bangsa?

(2) Bagaimana UMNO hendak menyorokkan mahligai yang didirikan pemimpin-pemimpinnya, walaupun baru sepenggal jadi ADUN/MP?

(3) Bagaimana UMNO hendak menghapuskan kemarahan rakyat terhadap keengganannya melaksanakan undang-undang Islam?

(4) Bagaimana UMNO hendak mengikis sikap elitis dan egois dalam kalangan pemimpinnya?

(5) Bagaimana UMNO hendak menang pilihan raya kalau tidak menggunakan jentera kerajaan secara total?

(6) Apa yang akan digunakan oleh UMNO bagi menggantikan projek semerta dan taburan wang setiap kali pilihan raya untuk membeli undi rakyat?

(7) Apa wadah yang akan digunakan bagi menggantikan akhbar-akhbar dan tv pengampu untuk melanyak pembangkang setiap kali diadakan pilihan raya?

(8) Apa isu yang akan digunakan oleh UMNO bagi menggantikan isu perkauman setiap kali tersepit?

(9) Kaedah apakah yang akan dipakai oleh pemimpin UMNO untuk mengelakkan hujah dalam kenyataan akhbar mereka dipatahkan dengan mudah oleh penganalisis masa kini yang ternyata lebih berkaliber daripada mereka?

(10) Strategi apakah yang akan digunakan bagi menggantikan JKKP di negeri-negeri yang diperintah parti lain supaya rakyat tidak berbalah dan menyedari kejadian itu seumpama api dalam sekam yang boleh melemahkan daya tahan rakyat terhadap musuh negara?

(11) Sampai bila UMNO tak mau bagi satu sen pun peruntukan ADUN/MP yang berlainan parti dengan mereka sehingga parti-parti yang berlainan itu pun mengambil langkah yang sama di negeri-negeri yang mereka berkuasa?

(12) Sampai bila sindrom menempelak pihak lawan yang berkuasa bagi mengada-ngadakan kelemahan sehingga pihak lawan pun terikut-ikut?

Sedozan permasalahan itu jika hendak dilaksanakan semuanya tidak mungkin selesai dalam satu penggal pemerintahan. Ini bermakna UMNO akan kecundang juga sudahnya. Sifat tikam-menikam, dendam-mendendam, nafi-menafi, dan pelbagai perangai negatif lagi tidak membawa orang Melayu ke mana-mana.

Hanya ada satu jalan yang boleh menyelamatkan UMNO. Mereka perlu kembali kepada Islam. Mereka perlu meninggalkan ideologi kebangsaan yang sudah tidak relevan lagi pada zaman ini. Mereka perlu mengutamakan rakyat, bukan diri sendiri dan kroni.

Melaluinya Melayu akan bersatu. PAS akan bersatu dengan UMNO. Melayu jadi kuat. Tidakkah ini menjadi satu-satunya pilihan yang tinggal bagi mengelakkan UMNO hancur ditelan masa?

JAWABLAH SEJUJUR_JUJURNYA!!!

Wednesday, January 21, 2009

Arahan Terkini Zahid Hamidi Buka Peluang Untuk Pakatan Meningkatkan Sokongan Rak

Dilulus terbit pada Wednesday, January 21 @ 16:35:03 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh hermansamsudeen

" Membaca kenyataan Zahid Hamidi di dalam akhbar The Star membuat ramai orang bertanya, benarkah beliau ini seorang ahli politik Umno-BN atau sengaja ingin sabotaj Umno-BN yang kini semakin tidak digemari rakyat.

Terima kasih kami ucapkan pada beliau kerana melarang Pengarah-Pengarah Jabatan Persekutuan yang berada dinegeri Perak untuk bekerjasama atau menyertai mesyuarat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.


Jelas ianya satu arahan politik dimana pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan hanya dibenarkan berurusan dengan agensi Persekutuan sahaja. Nampak lucu tapi itulah yang berlaku.

Organisasi berkenaan diletakkan dinegeri Perak tapi tidak dibenarkan bergaul atau bekerjasama dengan Kerajaan negeri. Malah ada yang berkata;

"Kalau begitulah cara mereka nak bekerja, baik pindahkan sahaja semua jabatan persekutuan di Perak ke Putrajaya. Buat apa duduk Perak lagi?"

Itulah tindakkan kurang bijak yang pastinya akan memperjelaskan pada rakyat akan sikap Umno-BN yang tidak ikhlas membantu rakyat.

Sewajarnya organisasi Persekutuan di Perak memberikan kerjasama bagi memajukan Negeri berkenaan tanpa mengira siapa yang memerintah Kerajaan Negeri atau Persekutuan.


Masalah perbezaan kumpulan parti memerintah tidak seharusnya timbul kerana sekarang bukan musim pilihanraya. Ini adalah musim bagi semua pemimpin bekerjasama membantu rakyat bukannya terus bermusuh atas kepentingan peribadi atau parti mereka.

Tindakkan kakitangan Persekutuan yang tidak menyertai program Kerajaan negeri bakal memberikan impak yang tidak baik buat Umno-BN. Pastinya hasrat menjatuhkan Kerajaan Bn diperingkat Persekutuan kini semakin membuak-buak didada rakyat khususnya kakitangan Kerajaan.

Hari ini Zahid boleh larang mereka jangan bergaul, tapi pilihanraya akan datang mereka pasti akan undi Pakatan untuk kuasai Kerajaan Persekutuan, kerana duduk bersama Pakatan mereka tidak akan ditekan sedemikian rupa.

Tugas kakitangan Awam adalah memberikan khidmat pada rakyat secara bekerjasama bukannya bekerja mengikut rentak parti memerintah semata.

Jika keadaan ini berterusan maka tiada salahnya jika selepas ini Kerajaan Perak tidak lagi membayar hasil negeri kepada Kerajaan Persekutuan ataupun mengenakan bayaran sewa atau kos perkhidmatan yang tinggi kepada agensi Kerajaan Persekutuan yang ada dalam negeri berkenaan.

Kerajaan Perak juga bebas untuk mengambil semula tanah-tanah yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan agensi negeri bekenaan.

Tapi itu bukanlah sifat Kerajaan Pakatan yang sentiasa tenang walaupun di sabotaj sedemikian rupa.

Kita tidak akan lupa dosa Umno-BN ini, rakyat juga akan sentiasa mengenang perangai busuk Umno-BN ini dan pasti Pilihanraya akan datang menjadi ruang terbaik untuk rakyat menghapuskan terus BN di muka bumi Malaysia ini. Jika hari ini mereka tidak boleh membantu atau bergaul mesra dengan pimpinan dan rakyat Perak, pada masa akan datang kuburkan sahaja semua komponen dalam BN.

Zahid tidak hormati hak rakyat - MB Perak

IPOH: Kerajaan Perak menyifatkan arahan seorang menteri agar ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak tidak menghadiri sebarang mesyuarat kerajaan negeri sebagai tidak menghormati semangat federalisme dan hak rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata arahan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mahu menjalin hubungan baik dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri mahu menjalin hubungan baik dengan persekutuan tetapi jika sikap seorang menteri yang mahu menghentikan dan memutuskan hubungan antara pegawai persekutuan dan kerajaan negeri, saya rasa ini satu yang malang khususnya kepada rakyat Perak yang memberi mandat kepada beliau sebagai menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid dilaporkan mengarah semua ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak supaya tidak menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, larangan itu tidak meliputi ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang mempunyai tugas guna sama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa memberi kerjasama kepada persekutuan, dan sejak mentadbir Perak 10 bulan lepas, tidak ada permohonan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan tanah negeri untuk projek kegunaan awam yang ditolak. BERNAMA

Zahid cuba memecah belah rakyat Perak

Saidah Hairan
Wed | Jan 21, 09 | 4:37:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara.

Iklan

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut mendakwa bahawa Zahid cuba memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya di negeri Perak.

Katanya, kenyataan Zahid itu lebih kepada mendera rakyat kerana rakyat di negeri tidak tahu sesuatu urusan itu perlu diuruskan dengan Pusat atau negeri tetapi mereka hanya mahu segala urusan mereka berjalan lancar.

Contohnya tambah beliau, dalam urusan anak sekolah cop atau tandatangan daripada JKKK atau Penghulu Kampung tidak diikhtiraf dan ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat kerana terpaksa berjumpa dengan JKKP yang dilantik oleh kerajaan BN.

"Zahid memang mahu mendera rakyat Perak dan mahu memuaskan nafsunya kerana marah dengan sikap rakyat Perak yang telah memilih pemimpin daripada kalangan Pakatan Rakyat," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mungkin juga beliau mahu menjadi hero dan hendak tunjuk kehebatan beliau sebab hendak bertanding dalam Pemilihan Umno Mac nanti, tegas beliau.

Selain itu beliau turut menyelar tindakan Zahid yang mengkhususkan peruntukan khas hanya untuk wakil rakyat BN jika berlaku bencara seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan itu merupakan satu tindakan yang tidak patut kerana wakil rakyat PAS bukan hanya berkhidmat untuk ahli PAS tetapi semua kaum tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

"Sudahlah peruntukan sebanyak RM500 ribu kita tidak dapat, ini peruntukan khas wakil rakyat BN saja yang dapat. Sudahlah di peringkat Parlimen wakil rakyat PAS di dera di peringkat negeri juga didera, mana demokrasi?" soalnya.

Ekoran itu kata beliau, mungkin ada pihak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid kerana arahan tersebut tidak sesuai dengan roh perlembagaan dan ternyata mahu memecah belahkan perpaduan kaum di negeri Perak.

Ini kerana katanya apa perbezaan di antara cop atau tandatangan JKKK dengan JKKP.

Beliau menegaskan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama Islam apakah beliau tidak malu mengeluarkan larangan yang memecah belahkan kaum.

Sedangkan katanya dalam Parlimen beliau mengeluarkan kenyataan supaya umat Islam perlu bersatu padu tetapi hari ini beliau cuba memecah belahkan masyarakat di Perak.

"Dengan adanya larangan atau arahan tersebut ternyata beliau cuba menyusahkan rakyat," tegasnya.

Beliau berjanji akan membawa perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat kerana arahan tersebut melibatkan demokrasi dan apakah larangan itu hanya dilakukan di negeri Perak sahaja. - mns_

Tegah hadiri mesyuarat: Kenyataan Zahid Hamidi kebudakan

Lanjusoh
Wed | Jan 21, 09 | 3:16:47 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Jan (Hrkh) - Keupayaan PAS di Kelantan mengekalkan kerajaan sehingga lebih 18 tahun antaranya kerana kebencian rakyat terhadap dendam politik yang diamalkan pemimpin Umno.

Iklan

Pelbagai penderaan yang dilakukan termasuk menafikan banyak peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk faedah rakyat di negeri ini.

Hari ini situasi yang serupa berlaku terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Berdasar kepada petunjuk itu keupayaan Umno dan Barisan Nasional merampas kembali pentadbiran negeri terbabit semakin mengecil sama seperti berlaku di Kelantan sejak 18 tahun lalu.

Dan semalam pemimpin Umno yang masih mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, antaranya Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak berkuatkuasa serta merta.

Mengulas perkembangan itu Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat melahirkan rasa terkejut di atas kenyataan dikeluarkan seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama.

"Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik.

"Pemimpin seperti itu sebenarnya belum pernah teruji dan apabila diuji dengan kekalahan dia akan terperangkap dan langsung tidak mencerminkan kewibawaan yang ada pada dirinya," katanya di sini.

Menurutnya yang juga Adun Limbongan kenyataan seperti itu hanya bersifat kebudak-budakkan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang menteri.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, arahan terbaru yang dikeluarkan menegah pegawai kerajaan pusat menghadiri mesyuarat dengan kerajaan negeri akan menjadi senjata makan diri.

"Ini memperlihatkan betapa egonya seorang menteri kabinet kerajaan BN. Sepatutnya petunjuk yang dizahirkan rakyat pada Mac lalu dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu sudah menjadi iktibar.

"Kita yakin dengan sikap dipamerkan seperti itu menyebabkan rakyat semakin muak dan kejatuhan kerajaan BN sekarang sudah berada di ambang pintu," ujarnya.

Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, arahan yang tidak matang itu jelas menggambarkan dendam politik pemimpin Umno.

Katanya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama lebih cermat dalam tutur kata.

"Namun dengan kenyataannya semalam menggambarkan ada usaha-usaha yang terselindung bagi mengganggu kerajaan negeri apabila tiada kerjasama daripada agensi kerajaan pusat," katanya.

Bagaimanapun katanya, fenomena tersebut sebenarnya boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN yang kini sudah pun bergerak ke arah itu.

Kata beliau sepatutnya pemimpin Umno belajar daripada suasana politik yang ada pada hari ini dan bukannya terus menunjukkan sikap dendam.

Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Haji Ubaidah Yaakub mempersoalkan apakah Zahid cakap menggunakan emosi atau minda. - mj_

berpolitik biar ikhlas

nampaknya ada pemimpin yang masih kolot pemikirannya dan tidak dapat menerima kenyataan mereka telah ditolak rakyat. juga tidak sanggup menerima keputusan yang telah dibuat rakyat melalui PRU12 yang lalu.
apakah wajar tindakan kerajaan pusat tidak mengiktiraf tandatangan JKKK yang dilantik oleh kerajaan negeri perak. siapa kah yang melantik JKKK ini? menteri besar....dan siapa pula yang melantik menteri besar?........sultan. jadi kalau ada yang tak mengiktiraf siapa-siapa yang dilantik ke sesuatu jawatan didalam negeri perak, tidakkah itu secara tak langsung tidak mengiktiraf lantikan sultan. tambahan pula walaupun perak kini diperintah oleh kerajaan di bawah pimpinan PR tapi itu pilihan yang telah dibuat rakyat.
buka lah minda, jangan lah mempunyai sifat berdendam. belajarlah untuk menerima kenyataan. dengan tidak membenarkan Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan menghadiri mesyuarat yang dianjurkan di negeri perak, ini bermakna telah menafikan hak rakyat negeri perak, kerana agensi kerajaan persekutuan adalah hak semua rakyat tanpa mengira apa parti mereka. agensi-agensi ini bukan hak B end, atau bukan hak PR jika ditakdirkan mengambil kuasa nanti.

apa kata semua pemimpin politik di malaysia tak kira dari parti mana, bila habis pilihanraya, berkerjalah bersama-sama dengan perasaan jujur dan ikhlas dan dengan niat untuk memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat. dengan cara ini barulah negara dan rakyat akan sejahtera. jangan lah berjuang kerana parti. parti hanyalah sebagai platform untuk kita berpolitik demi untuk mendapatkan mandat dan kuasa dari rakyat. dan bila kita telah diberi mandat dan kuasa oleh rakyat, gunakanlah demi untuk kebaikan rakyat tanpa menafikan hak yang minoriti.

apakah motifnya tindakan zahid hamidi melarang Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan menghadiri mesyuarat yang dianjurkan di negeri perak? Dulu ketua negeri melaka mengeluarkan arahan melarang kakitangan kerajaan negeri melaka mengadakan lawatan ke negeri kelantan. tapi larangan itu telah ditarik balik mungkin setelah lama berfikir barulah merasa bahawa tindakan itu salah.

zahid hamidi sendiri orang perak. jadi kenapa dia sanggup mengeluarkan arahan ini. tidak adakah rasa sayang negeri sendiri. berpolitik lah secara matang. apabila kita ditolak, muhasabah lah diri. cari punca kenapa kita ditolak. dapat puncanya, perbaiki dan cuba lagi. bukan berdendam.

Ketua jabatan dilarang hadiri mesyuarat di Perak

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my

IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan “Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.

Katanya, semua agensi Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf tandatangan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan agensi Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan.

"Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu juga memutuskan setiap wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional di Perak akan menerima dana khas daripada Jabatan Pembangunan Perak sebagai tabung kecemasan.

Katanya, peruntukan itu dikhususkan untuk mangsa kemalangan jalan raya, kebakaran atau ditimpa bencana alam.

Mangsa terbabit juga tidak perlu memohon kerana wakil rakyat atau Ahli Parlimen akan turun padang untuk membantu rakyat pada peringkat bawahan.

Harga gula dijangka naik 20 sen

Harga gula dijangka naik antara 10 sen hingga 20 sen selepas sambutan Tahun Baru Cina selaras dengan perjanjian baru antara kerajaan dan pembekal bahan itu.Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, memberi jaminan harga bahan itu tidak akan dinaikkan secara mendadak sehingga membebankan rakyat.

Katanya, jika kerajaan bersetuju untuk menaikkan harga gula, ia akan dilakukan secara berperingkat bagi mengelak rakyat dibebani ketika negara terkena tempias krisis ekonomi global.

Ketika ini, gula yang termasuk dalam senarai barang kawalan dijual pada harga RM1.45 sekilogram di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM1.55.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, jika harga bahan kawalan itu dikekalkan pada harga sama tahun ini selepas kontrak baru berkuat kuasa, kerajaan terpaksa menanggung subsidi bagi mengelak kenaikan harga.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan berapa banyak subsidi perlu ditanggung kerajaan bagi mengekalkan harga semasa.

“Jika kenaikan itu terpaksa dilakukan juga, satu mekanisma baru mengenai tempoh kenaikan perlu dirangka.

"Bagi mengelak rakyat menanggung beban, mungkin harga gula dinaikkan secara berperingkat. Contohnya, ia dinaikkan dalam tempoh tiga bulan sekali dengan membabitkan jumlah kecil," katanya.

Tuesday, January 20, 2009

Crude oil fell below $33 a barrel

Jan. 20 (Bloomberg) -- Crude oil fell below $33 a barrel in New York as the strengthening dollar reduced the appeal of commodity investments at a time when demand is declining and stockpiles are rising.

minyak oh minyak

Rakyat Malaysia akan menikmati penurunan minyak sekali lagi hanya apabila harga pasaran minyak dunia turun di bawah US$40 setong,

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Rabu, kemungkinan itu hanya boleh dijawab pada akhir Januari ini. petikan utusan malaysia

diatas adalah kenyataan menteri jaga harga ayam dan minyak. harga minyak dunia dah turun, jadi bila lagi nak umum turun kan harga minyak. harap pak samad jangan lupa janji macam kata jamal abdillah. harap jangan lambat- lambat nanti tak merasa pulak harga minyak kurang dari rm 1.80 bukan apa takut harga naik balik.

crude oil

(RTTNews) - Crude oil prices inched lower on Monday in U.S. trading, giving back its gains from the previous session. Trading was light with U.S. stock markets closed for Martin Luther King Jr. Day. Light sweet crude dropped to $34.60 per barrel, down $1.91 for the session. The February contract expires after Tuesday''s close with March taking over as the front-month contract. The US dollar advanced against its most major counterparts during New York morning deals on Monday. Gold usually moves opposite the dollar because of the precious metal''s hedge appeal. The greenback climbed to 1-month high against the Swiss franc and 2-week high versus the British pound during the same time. There was no major economic data out of the U.S. Traders instead looked ahead to the schedule later in the week. Tuesday will bring an ABC consumer confidence report. On Thursday, traders will look for housing starts and building permits data for December as well as the weekly jobless claims report. Also on Tuesday, Barack Obama will officially be sworn in as the 44th president of the United States. The Energy Department will release its weekly inventory report on Thursday, a day later than usual because of Monday''s holiday and Tuesday''s Inauguration Day. Last week''s data showed crude oil stockpiles increased 1.2 million barrels from the previous week, the sixth straight weekly build. Gasoline inventories increased by 2.1 million barrels, while distillate fuel inventories surged by 6.4 million barrels. Light sweet crude oil for February finished Friday''s session at $36.51, up $1.11 on the session. Prices had hit as low as $34.18 before turning to the upside.For comments and feedback: contact editorial@rttnews.comCopyright(c) 2009 RealTimeTraders.com, Inc. All Rights Reserved

B end...menanti rebah

keputusan prk P36 telah diketahui dan bermacam ulasan dan kenyataan yang keluar dari pemimpin B end dan pakatan rakyat tentang keputusan prk tersebut. tetapi yang jelas, pengundi P36 tidak termakan dengan janji pembangunan dan bantuan kewangan kilat yang dijanjikan B end disepanjang tempoh berkempen. nampaknya rakyat semakin bijak memilih dan tidak mudah di gula-gulakan oleh parti yang bertanding.

dunia telah jauh berbeza, kalau dulu kita hanya boleh mendapat maklumat perkembangan politik dan hal semasa hanya dari media cetak dan media elektronik kerajaan, tapi kini dengan kecanggihan dunia IT maka maklumat boleh didapati dihujung jari. tentang kebenaran dan kesahihan maklumat yang diperolehi adalah hak individu untuk menentukannya.

B end kena menerima hakikat bahawa mereka telah mula ditolak oleh rakyat setelah lebih 50 tahun di beri peluang untuk memerintah yang mana penuh dengan penyelewengan dan rasuah sejak 30 tahun kebelakangan ini. pemimpin mereka berebut untuk mendapat jawatan didalam parti hingga sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan cita-cita itu. ini kerana jawatan itu menjanjikan kekayaan dan kemewahan. maka perjuangan mereka bukan lagi demi rakyat dan negara tetapi demi kekayaan dan harta. jauh sekali untuk memperjuangkan agama dan bangsa.

contohnya jelas didepan mata, lihatlah cara hidup pemimpin-pemimpin umno. mereka hidup dalam kemewahan. cubalah dibuat bancian kepada semua ketua-ketua umno bahagian, ketua pemuda bahagian, dan ketua wanita bahagian nescaya seratus peratus mereka ada kereta besar, rumah besar dan bermacam-macam lagi yang besar. dan cuba dibandingkan dengan pemimpin dari pas. apa yang mereka ada. mungkin ramai akan kata pas bukan parti memerintah dan jika ada kuasa mungkin sama saja akan merompak kekayaan. tapi tok guru nik aziz dan anggota exco nya telah buktikan. lihatlah apa yang tok guru ada setelah hampir 20 tahun menjadi ketua kerajaan di kelantan. cuba bezakan dengan apa yang khir toyo ada walaupun baru beberapa tahun jadi menteri besar di selangor.

jadi sedarlah wahai B end, berubahlah....balik ke pangkal jalan. berjuanglah demi agama mu...demi negara mu. bukan demi perut mu.

hak rakyat malaysia

isu kampung baru di negeri perak sedang hangat di bicarakan di media cetak sejak kebelakangan ini. hingga ada yang meminta menteri besar datuk seri nizar meletak jawatan kerana didakwa tidak mampu membela orang melayu. persoalannya disini, bukan tentang hak milik yang telah diberikan kepada penduduk kampung baru, tetapi hak penduduk sebagai rakyat malaysia. mengapa perlu ada lagi diskriminasi kaum. selagi hak istimewa melayu seperti yang termaktub didalam perlembagaan tidak dicabar atau di usik, apakah salah untuk kaum lain sama-sama menikmati dan menerima imbuhan dari kerajaan.

kita kena belajar untuk menerima hakikat bahawa rakyat yang datang dari kaum lain selain dari kaum melayu juga berhak untuk menerima apa yang di terima oleh kaum melayu selagi tidak merampas hak orang melayu yang telah di gariskan di dalam perlembagaan. kerana mereka juga sama-sama berjuang dan menyumbang kearah untuk memakmur dan memajukan negara.

tugas menteri besar pula bukanlah hanya untuk menjaga kaumnya saja. ia mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik mereka. mesti adil pada semua seperti seorang hakim yang membicarakan seorang pesalah. hukuman akan dijatuhkan tak kira apa bangsa atau agama pesalah sekiranya mereka didapati bersalah. dalam ertikata lain tidak memilih bulu didalam membuat keputusan.

Search This Blog