Saturday, February 7, 2009

Nizar derhaka atau Sultan yang abaikan rakyat!!!!

 Budaya Melayu menghormati Raja seperti dalam Sejarah Melayu adalah jauh menyimpang dari budaya Islam. Titah Raja dijunjung , titah sendiri dikelek satu pepatah yang jelas berlawanan dengan Islam.

Apakah asal usul Sistem beraja dan adalah mereka jauh lebih mulia daripada rakyat, berperkerti tinggi, menjaga kebajikan rakyat, serta perlu ditaati seperti zaman Tun Ali (Seluruh keluarga Tun Kudu dibunuh kerana fitnah derhaka) serta memiliki “TULAH” yang mampu menjadi golongan derhaka terkena sumpahan ataupun dilaknat.



Apakah juga raja jauh lebih mulia berbanding peraturan serta amalan Islam. Wajarkah mereka disembah membuta tuli bahkan lebih ditaati serta diikuti dari ajaran Nabi Muhammad SAW.

Sistem beraja adalah warisan dari ajaran hindu yang mana terdapatnya kasta serta kelompok tertentu iaitu Raja, Brahman, Kesatria serta Paria. Diketika juga rakyat akan menyembah raja hatta seluruh nyawa adalah taruhan untuk memperhambakan diri kepada raja. Raja berkuasa mutlak bahkan mengadap raja sahaja perlu menyembah hina, membongkok, mengesut, berguling hatta ada yang meletakkan nyawa dihadapan raja adalah taruhan sekiranya raja murka. Namun demikian, kedatangan Islam memberi nafas baru dalam hubungan raja dan rakyat. Ketaatan kepada raja wajar diterjemahkan dalam peraturan Islam bahkan adab untuk tunduk kepada raja tidak boleh melebihi kedudukan rukuk dalam sembahyang. Adakah Islam sahaja yang mengajar demikian sedangkan ajaran sebenar dari ALLAH SWT bermula sejak Adam lagi. Justeru ajaran Islam telah wujud dengan mengesakan ALLAH bukannya menyembah manusia seperti yang disesatkan oleh Syaitan Laknatullah...

Adakah kini rakyat bawahan selain dari golongan elit UMNO tergolong dalam golongan paria dalam konteks hubungan Raja dan rakyat??? Raja tidak akan wujud atau hidup tanpa rakyat tetapi rakyat tetap ada walaupun tiada raja. Kenapakah British dalam tanah jajahannya mengekalkan sistem beraja kerana mereka juga taat dan hormatkan raja melayu??? Jawapannya ialah British mahukan sistem beraja disebabkan senang untuk ditunggangi hanya dengan menyogok raja maka seluruh hak dan milik raja memjadi hak British. Bahkan sejarah Perak yang menjulang Datuk Maharaja Lela membunuh Birch adalah perjuangan yang berlaku kerana rajanya tidak memiliki keberanian atau bersikap dua muka.

Apa yang berlaku di Perak bakal menjadi lambang kejatuhan sistem beraja yang kini dijulang melebihi ajaran Islam itu sendiri. Elaun kerabat yang bermula RM 500.00 sebulan hatta mencecah RM 70,000.00 sebulan ( Perbelanjaan Tahunan mencecah jutaan) adalah sama sekali bertentangan dengan Islam kerana keturunan Nabi Muhammad SAW perlu berkerja untuk mendapat wang sejak zaman Rasulllah hingga sekarang. Apakah darah kerabat adalah mulia mengakibatkan mereka tidak perlu bekerja hanya kerana kebetulan keturunan yang mulia... Apakah beza mereka dengan manusia lain yang cacat terpaksa merayu dan merangkak untuk untuk mendapatkan sesuap nasi???


Justeru , ketaatan kepada raja akan menjadi syirik seandainya bercanggah atau bertentangan dengan ajaran Islam......BACA DULU SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN, raja adalah hanya ibarat amalan bacaan doa dalam sesuatu upacara majlis .....

"

Nizar tidak derhaka - Nik Aziz


KOTA BHARU 6 Feb. - Tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar keputusan Sultan Perak dalam penyelesaian kemelut politik di negeri itu bukan suatu bentuk penderhakaan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, atas nama Islam, setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan dan mereka bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan di akhirat kelak.

"Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung, tak kira raja, tok guru, setaraf semuanya dan mereka bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak,'' katanya.

Terdahulu, dalam kuliah mingguannya di sini pagi ini, beliau menegaskan, Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak yang dibentuk oleh BN dengan anggapan ia adalah kerajaan haram.

Katanya, ini berasaskan kerajaan itu muncul dengan tiba-tiba mengambil alih kerajaan yang sah setelah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya lalu.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak kisah jika sesiapa hendak lompat parti disebabkan rasa tidak puas hati tetapi menimbulkan persoalan apabila mereka hilang dan muncul dengan tiba-tiba.

"Saya berharap apa yang berlaku di Perak tidak akan berjangkit ke Kelantan atau negeri-negeri lain. Sekiranya hendak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukannya main 'tangkap' saja seseorang itu," katanya.

Friday, February 6, 2009

Menang secupak, rugi segantang

FEB 6 — Ketika para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak berkonvoi ke Istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar, polis melepaskan berpuluh-puluh das tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang berkumpul di perkarangan masjid Ubudiah.

Kesannya, orang ramai lari bertempiaran setelah gas pemedih mata berkepul-kepul asapnya di sekitar masjid Ubudiah yang. Kebanyakan mereka lari dan berlindung di dalam masjid yang terkenal itu.

Ada antara mereka melawan kembali dengan membalingkan botol air mineral dan batu ke arah polis. Mereka yang dikejar lari bertempiaran tetapi selepas itu mereka berkumpul kembali.

Sambil mengawal penunjuk perasaan, polis juga terpaksa mengawal lalulintas bagi membolehkan konvoi Najib melepasi beribu-ribu kenderaan yang berada di atas jalan raya menuju istana.

Inilah kesannya apabila keputusan kontroversi dibuat untuk menobatkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bekas tahanan ISA bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru kerajaan negeri Perak.

Keputusan ini dikatakan kontroversi kerana Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin masih ada disitu. Walaupun diperintahkan meletakkan jawatan bersama para Exconya, beliau memohon derhaka iaitu menolak titah Sultan Perak itu.

Dia berbuat demikian kerana merasakan dia tidak berhak dipecat sebegitu rupa. Inilah juga keputusan semua pemimpin beliau dari Pakatan Rakyat. Bagi Nizar, dia boleh meletakkan jawatan tetapi biarlah melalui undang-undang yang jelas bukan pakai titah begitu sahaja.

Menurut Tun Mohamad Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, jalan yang betul untuk menabalkan menteri besar baru adalah dengan menjatuhkan dulu menteri besar yang ada melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Setelah jatuh dan kumpulan yang baru mendapat undi percaya barulah dia sah untuk mendapat perkenan Sultan dan dilantik sebagai menteri besar.

Pandangan Tun Salleh sentiasa begitu walaupun ketika ura-ura Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil alih kerajaan Pusat 16 September lalu. Atas dasar pandangan inilah, Anwar dan pimpinan Pakatan beberapa kali meminta Abdullah mengadakan sidang Parlimen ketika itu.

Pandangan beliau berbeza dengan Profesor Dr Aziz Bari dari UIA yang mengatakan cukup dengan Yang Dipertuan Agung atau sultan berpuashati bahawa kumpulan berkenaan mempunyai majoriti yang cukup.

Dalam keadaan ada pandangan begitu pun, MB Perak, Mohd Nizar berpendapat, Sultan Perak tidak boleh membuat kesimpulan itu kerana bilangan Adun antara Pakatan dan BN kini sama banyak iaitu 28 - 28 di samping tiga Adun Bebas. Bagi Nizar, tiga Adun bebas itu pula kini sudah dipertikaikan keahliannya kerana Speaker Dun telah menerima perletakan jawatan mereka dan kes mereka kini ke mahkamah selepas SPR menolak diadakan pilihan raya semula di kerusi yang dikosongkan itu.

Oleh itu, dalam suratnya kepada Sultan Perak, beliau memohon perkenan baginda agar membubarkan Dun Perak dan mandat diberikan kepada rakyat untuk menentukan siapakah yang berhak mentadbir negeri Perak.

Namun, apabila Sultan kekal dengan keputusannya dan melantik Dr Zambry sebagai MB, rakyat tidak akan berpuashati. Maka berlakulah apa yang berlaku di Bukit Chandan hari ini. Benar, Dr Zambry berjaya mengangkat sumpah sebagai MB, namun kesetiaan rakyat tercalar.

Yang terlebih penting, apakah yang berlaku kepada Umno, BN dan khasnya Najib selepas ini.

Di Kuala Terengganu, pilihan raya yang dianggap referandum untuk beliau telah berakhir dengan keputusan menolak beliau. Bahkan dengan majoriti yang sangat besar. Sebelum itu, dia dimalukan di Permatang Pauh.

Ekoran pilihan raya Kuala Terengganu, semua pihak mengaku Umno dan BN perlu membuat perubahan besar-besaran. Najib sendiri mengaku tentang keperluan itu. Apakah perubahan itu? Bagi saya, berubah dari persepsi buruk rakyat kepada yang baik di mata rakyat.

Apakah masalah paling besar kepada Umno di mata rakyat. Bagi saya, amalan korupnya. Dari pemimpin tertinggi sehinggalah ke pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dinilai sebagai korup.

Najib boleh berkata, apa yang dibuat Umno, iaitu mendapatkan Adun Pakatan adalah sama sahaja dengan apa yang cuba dibuat Pakatan pimpinan Anwar Ibrahim dari projek 16 September hinggalah penyertaan Datuk Nasarudin Hashim ke dalam PKR.

“Jika Pakatan buat boleh, bila Umno buat korup?” Najib boleh kata begitu.

Tetapi, jika dilihat kepada nature kes-kes itu jelas. Misalnya kes Jamaludin Mat Radzi dan Osman Jailu. Kedua-duanya sedang didakwa kerana rasuah. Menjelang beberapa hari sebelum kesnya disebut lagi untuk dibicarakan iaitu pada 10 Februari, kedua-duanya hilang. Timbul semula hanya di Putrajaya dan mengiytiharkan keluar dari PKR menjadi calon bebas. Kemudian membuat pengakuan kepada Sultan Perak menyokong BN untuk membentuk kerajaan baru.

Saya yakin, jika Gerak masih lagi badan bebas, kumpulan NGO anak buah Ezam Mohd Noor ini akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gerak akan mendakwa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas bagaimana Jamaludin dan Osman ini boleh menyokong BN hatta untuk menjatuhkan bekas kerajaannya.

Antaranya, jika didapati bersalah Jamaludin dan Osman akan hilang segala-galanya; jawatan Exco, Adun bahkan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun. Dari kehilangan semua ini, baik sokong BN.

Namun, kini Gerak tidak bergerak. Mereka sudah kenyang dengan isu 46 ekor lembu korban di Bandar Tun Razak sahaja.

Kesimpulannya, walaupun Umno dilihat menang dalam kes ini iaitu mendapat kerajaan Perak tetapi ia umpama pepatah Melayu sahaja, menang secumpak, rugi segantang. Berjaya rampas negeri Perak tetapi besar kemungkinan akan hilang selama-lamanya di mata rakyat kerana Umno sememangnya gagal bahkan sememangnya tidak mahu berubah.

PAS dapat manafaat dari krisis Perak?



"
 Akhirnya BN dapat menguasai semula Perak walau apapun cara yang digunakan ianya tidak penting bagi mereka kerana umpan telah mengena. Strategi umpan-mengumpan, culik menculik dan sebagainya telah digunakan oleh Pakatan Rakyat dan BN untuk menguasai kerajaan Negeri Perak.

Akhirnya hari ini BN akan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Apa yang ingin saya perkatakan disini betapa UMNO berjaya memanupulasi akan keadaan di Perak dibawah pentadbiran PR hanya kerana ADUN ADUN dari PKR dan DAP yang tidak berprinsip dan bermaruah.


Walau apa cara sekalipun yang digunakan oleh UMNO untuk memancing mereka ini, nampaknya hanya ADUN dari PAS saja yang nampak lebih istiqamah dan berprinsip. Walaupun YB Nizar dari PAS sebagai MB Perak, namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh beliau untuk menyekat strategi UMNO (Najib) untuk mendapatkan ADUN dari DAP dan PKR dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Rakyat negeri Perak memerhatikan senario politik yang berlaku sekarang ini dan sudah mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca dalam memilih wakil rakyat dan pemimpin. Sebenarnya dalam pemilihan untuk memilih pemimpin orang islam perlu takut dosa dan pahala. Jangan main hentam saja pilih wakil rakyat dan kesudahannya sudah dapat dilihat. Jangan timbulkan soal Sultan Perak telah membuat keputusan yang silap dalam perkara ini. Yang silap adalah rakyat, terutama orang melayu islam , kerana tidak pernah takut dosa pahala dalam memilih pemimpin yang tidak memenuhi kriteria yang dimahukan dalam islam.

Saya pasti mulai sekarang rakyat Perak khususnya orang melayu melihat bagaimana berprinsipnya pemimpin PAS dalam berpolitik. Kepentingan agama dan rakyat menjadi keutamaan kepada wakil rakyat PAS dan tidak mudah dijual beli oleh pemimpin UMNO, walaupun ada ura-ura untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO untuk penubuhan kerajaan campuran di Perak selepas PRU 12 dulu. UMNO telah dikenali dengan kehandalan menerima rasuah baik diperingkat parti mahupun kerajaan. Tetapi calon atau wakil rakyat PKR juga sebahagaian besarnya berasal dari UMNO masih mempunyai ciri-ciri untuk menerima dan memberikan rasuah untuk mendapat kesenangan dalam dunia politik . Semua ini berlaku kerana mereka tidak dipilih dikalangan yang berprinsip dan takut akan Allah. Sebab itu bila berlaku kes seperti di Perak ini, tidak menghairankan bahawa wakil rakyat PKR masih mempunyai ciri-ciri buruk yang di warisi dari UMNO.

Suhakam: Cara bentuk k'jaan baru timbulkan persoalan






Align Left





Feb 6, 09 7:19pm





Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa ia pilihanraya yang bebas dan adil merupakan satu hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya yang baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama di mana kesahihan surat peletakan ahli dewan undangan negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

perak...sultan dan adun

apakah kerajaan baru BN yang akan memerintah negeri Perak benar-benar kukuh? dengan 28 adun dan 3 adun bebas apakah ianya akan dapat bertahan hingga ke PRU 13 nanti. atau najib telah menyakinkan sultan azlan akan ada lagi yang akan melompat selepas ini. kerana dari segi logiknya, pada masa akan datang kemungkinan untuk adun-adun melompat semula kepada PR tidak boleh dinafikan. PR hanya perlu 3 adun dari BN untuk berhijrah maka akan tumbang lah kerajaan mereka.

kesimpulannya disini, kerajaan yang akan ditubuhkan oleh BN dengan sokongan adun bebas yang nyata tidak mempunyai prinsip perjuangan tidak lah benar-benar kukuh seperti yang di heboh-hebohkan. sultan azlan sepatutnya telah memikirkan perkara ini sebelum berkenan untuk membenarkan BN menubuhkan kerajaan. pembubaran DUN adalah jalan yang lebih praktikal dengan mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

tuanku pula akan dilihat lebih adil kepada kedua-dua belah pihak. tambahan pula isu ini dari mula lagi telah menampakkan muslihat yang terselindung apabila SPR telah menolak untuk mengadakan pilihanraya kecil apabila speaker mengumumkan kekosongan kerusi changkat jering dan behrang. SPR telah melangkaui batas kuasanya apabila membuat keputusan meragui kesahihan surat perletakan jawatan kedua-dua adun tersebut. Tan Sri rashid sendiri telah menyatakan bahawa bukan kuasa SPR untuk menentukan kesahihan surat tersebut. hanya mahkamah yang boleh berbuat demikian. tugas SPR hanyalah menjalankan pilihanraya bila ada kekosongan atau pembubaran dewan.

punca kedua-dua adun yang sedang menghadapi tuduhan rasuah ini bertindak keluar untuk menjadi bebas dan menyatakan sokongan kepada BN juga perlu di perhalusi sebab musababnya. sejak dari awal kehilangan mereka berdua, telah meninggalkan bermacam-macam keraguan. kemana mereka menghilang dengan tidak menghubungi MB untuk memaklumkan masalah yang mereka hadapi. alasan cuti sakit selepas beberapa hari menghilang amatlah tidak munasabah. maknanya memang mereka menghilangkan diri untuk membuat perundingan untuk melompat. apa pula tawaran yang dijanjikan sebagai balasannya. apakah penyelesaian kepada kes rasuah tadi. jika benar, (kita lihat selepas ini) maka mahkamah akan diguna pakai untuk tujuan politik. atau ganjaran kewangan dan projek. mungkin SPRM boleh menyiasat untuk mencari kebenarannya? atau mungkin polis pun boleh sama-sama membantu?

jika andaian ini benar-benar wujud, siapakah yang akan bertindak untuk menghalangnya dari terus merosakkan kesucian mahkamah dan sistem keadilan di negara ini. nak bergantung harap pada raja dan sultan.....perak telah membuktikannya. jadi rakyat lah kuasa terakhir. berfikirlah rakyat seluruhnya, mari kita sama-sama bertekad untuk membuat perubahan besar-besaran pada PRU 13 nanti.

Thursday, February 5, 2009

DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan


IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

prinsip perjuangan

inilah yang akan terjadi apabila wakil rakyat yang dipilih tidak mempunyai asas perjuangan. tidak tahu apakah yang nak diperjuangankan. sepatutnya, apabila telah memilih untuk melibatkan diri kedalam kancah politik, kita mesti mempunyai wawasan dan idea perjuangan yang akan di bawa dan mesti kekal sampai bila-bila. setelah pasti asas perjuangan baru lah memilih parti yang sealiran dengan apa yang nak diperjuangkan.

PAS misalnya, memperjuangkan supaya islam ditegakkan dan pemerintahan menurut al-quran dan hadis di malaysia. dan sampai bila-bila pun ia akan kekal begitu. dan mereka yang mengaku islam dan mahu sama-sama melaksanakan perintah yang telah diperintahkan oleh allah ini akan bersama-sama PAS sebagai wadah kearah itu. setelah kita mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan allah, maka wajiblah keatas kita untuk melaksanakan perintahnya. bukan menentangnya dan perjalanan ke arah itu dilalui tanpa meletakkan kepentingan diri demi untuk mendapatkan kemewahan dan pangkat. berjuang hanyalah kerana allah taala. itu adalah wajib untuk dilaksanakan. inilah yang telah berlaku dan dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin yang telah memerintah kerajaan kelantan selama hampir 20 tahun. tanpa amalan rasuah atau masalah wakil rakyat yang ingin menukar prinsip perjuangan.

wahai orang-orang islam di malaysia, ingatlah bahawa menentang orang yang hendak menegakkan hukum allah di muka bumi ini samalah seperti menentang allah. dan kita semua tahu apa hukumnya. jadi berfikirlah sendiri.

Najib bertindak, umum terburu-buru tanpa dapat perkenan Sultan

Azamin Amin
Thu | Feb 05, 09 | 9:59:13 am MYT

IPOH, 5 Feb (Hrkh) - Sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mendapat sokongan majoriti Dewan, dan bukannya Pengerusi Umno Negeri Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengadap Sultan Perak Raja Azlan Shah bagi proses pembetukan sebuah kerajaan negeri yang baru yang kononnya akan berada di bawah Barisan Nasional (BN).

Dari segi proses dan prosedur, Najib jelas mencabuli urusan undang-undang tubuh negeri dan institusi rara-raja melayu apabila tanpa sebarang kapisiti terus bertemu Raja Azlan sedangkan beliau tiada sebarang kaitan dengan urusan Dewan undangan Negeri.

Demikian ulas Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar berhubung situasi mutakhir yang berlaku di Perak ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya beliau merasa sangsi dengan tindakan tergesa-gesa Najib mengumumkan secara terbuka bahawa kerajaan Perak dikuasai BN tanpa menunggu terlebih dahulu restu dan perkenan Sultan Perak.

"Apa muslihat Najib yang tidak mengikut proses undang-undang malah mempunyai agenda tersendiri untuk membelakang perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

"Yang layak bertemu Sultan ialah Adun yang mewakili majoriti dewan bukannya seorang ahli parlimen yang tiada kaitannya dengan kerajaan negeri ini," katanya.

Katanya insiden ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dan amat memalukan bagi seorang yang dicanang sebagai calon Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi BN sendiri pun tidak 'mencampuri' urusan istana dan negeri Perak.

"Tindakan Najib ini menunjukkan Adun-adun yang kononya akan kuasai Perak tidak mendapat sokongan Dewan, apatah lagi daripada majoriti rakyat negeri Perak.

"Cara terbaik untuk memastikan mendapat sokongan baru, sewajarnya Dun dibubarkan dan serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar bersih dan berwibawa di samping membentuk kestabilan politik yang lebih utuh," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.- azm _

Status ADUN Bebas: Speaker DUN kini di mahkamah

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar kini berada di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan bahawa surat letak jawatan tiga ADUN dari Pakatan Rakyat - yang telah keluar parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, adalah sah.

Beliau berada di bangunan Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 9 pagi tadi.

Pada Isnin lalu, beliau menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Sehari sebelum itu, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN di rumah beliau.

Bagaimanapun, kedua-dua wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam tadi menafikan kenyataan Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Najib mengadap Sultan Perak 30 minit


Sidang media dijangka 12.30 tengah hari ini

[DIKEMAS KINI, 10.40 PAGI] Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah berada di Istana Kinta kira-kira 30 minit untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.

Sejurus selepas itu beliau menuju ke Bangunan Umno Perak untuk mesyuarat.

Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan sidang media pukul 12.30 tengah hari ini.

Turut hadir di Istana Kinta di Ipoh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Negeri.

Padah Lompat-Melompat

FEB 4 – Sepuluh hari selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Umno dari Bota di Perak Datuk Nasarudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat, segala-galanya berubah dalam sekelip mata sahaja.

Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat sudah tumbang; sekurang-kurangnya di atas kertas.

Apa yang dianggap sebagai tamparan hebat kepada Umno tidak sampai dua minggu lalu kini menempeleng kepimpinan Pakatan Rakyat.

Nasarudin melompat semula kepada Umno manakala dua exco kerajaan negeri Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu, kedua-duanya dari PKR, dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong dari DAP mengisytiharkan diri wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Dengan itu, “kejayaan” melompat ini meletakkan BN sebagai parti dengan kelebihan majoriti tiga kerusi iaitu 31 berbanding 28 milik bersama PKR, DAP dan Pas. Sama ada BN menubuhkan kerajaan negeri Perak akan ditentukan dalam masa sehari dua ini.

Yang pasti, pemimpin dan ahli parti-parti Pakatan Rakyat marah dan melenting dengan tindakan tiga wakil rakyat mereka melompat parti.

Yang pasti, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semakin membenci Umno dan Barisan Nasional kerana didakwa menggunakan umpan wang dan pangkat serta ugutan untuk menarik wakil-wakil rakyat Pakatan.

Dan yang paling pasti, politik lompat-melompat akan dibudayakan sebagai jalan pintas untuk wakil-wakil rakyat membakulsampahkan mandat rakyat kepada mereka.

Kepimpinan Pakatan pula dijangka terus berpegang dengan pendirian bahawa tidak salah bagi wakil rakyat BN menyertai mereka kerana ia berlandaskan prinsip perjuangan untuk rakyat dan keadilan untuk semua, dan bukan kerana tawaran kuasa dan pangkat.

Kepimpinan BN juga akan menggunakan alasan yang sama walaupun menghadapi tuduhan rasuah dan ugutan. Malah, suara-suara dalam BN sebelum ini yang mahu kepada undang-undang anti-lompat kerana bimbang dengan kemungkinan wakil rakyat mereka berhijrah ke kubu Pakatan Rakyat semakin lesu.

Pengalaman pahit di Perak ini akan menghantui pimpinan Pakatan sebagaimana keluarnya Nasarudin akhir bulan lalu yang meranapkan masa depan politik bekas Pengerusi Umno dan BN Perak Datuk Seri Tajol Rosli sehingga beliau terpaksa melepaskan semua jawatan utama itu.

Kini Tajol Rosli mungkin boleh kembali tersenyum. Malah beliau mungkin tertawa jika membandingkan kata-kata Nasarudin sewaktu menyertai PKR pada 25 Januari lalu:

“Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.”

Hari ini Nasarudin menyatakan bahawa keputusannya menyertai Umno semula adalah kerana ingin melihat sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil; walaupun majoriti tipis yang ada sekarang adalah sama dengan yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan sejak 8 Mac tahun lalu.

“Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai hari ini,” katanya di ibu kota petang ini.

Masalahnya ialah tamparan hebat, sama ada kepada Pakatan atau BN, tidak sedahsyat tempeleng yang terlekap pada pipi rakyat Malaysia di Perak.

Setelah membuat keputusan pada 8 Mac tahun lalu yang memberi kemenangan tipis kepada Pakatan dengan 31 wakil rakyat pelbagai kaum dan agama, rakyat Malaysia di Perak akan menerima kerajaan baru yang bukan pilihan mereka. Kerajaan baru ini pula dikuasai sepenuhnya oleh Umno dengan kehadiran satu wakil MCA dan satu bebas bekas DAP. Hampir separuh penduduk Perak adalah dari kalangan kaum bukan Melayu.

Namun masalah ini mungkin bukan persoalan besar bagi Umno kerana kuasa yang dicita-citakan sudah pun tercapai. Segala nasihat selama ini supaya Umno membuka mata dan telinga terhadap desakan rakyat untuk berubah menjadi parti yang lebih bersifat terbuka, tidak mengamalkan politik wang, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak perkauman, nampaknya sudah tidak diperlukan lagi.

Mungkin Umno tidak perlu lagi bimbang dengan usaha untuk membawa pembaharuan walaupun ia dihujani tuduhan amalan politik wang dan rasuah kerana ia dengan begitu mudah dapat “membeli” wakil-wakil rakyat Pakatan.

Dua exco PKR Jamaludin dan Osman yang keluar parti sedang menghadapi tuduhan rasuah berhubung kelulusan projek bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang akan didengar di Mahkamah Sesyen pada Selasa depan.

Sehinggakan bekas pemimpin agung Umno Tun Dr Mahathir Mohamad mencatatkan dalam blognya hari ini:

“Apakah Umno begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka kerajaan pimpinan Umno (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam (pilihan raya umum ke-13).

“Umno sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej Umno akan jadi lebih buruk.”

Senyuman para pemimpin Umno dan BN yang dilihat di kaca TV sewaktu mengumumkan sokongan wakil-wakil rakyat daripada Pakatan kepada BN di Putrajaya hari ini mempunyai makna yang tersendiri.

Dua kali BN ditolak rakyat dan tersungkur dalam pilihan raya kecil sejak Mac 8 tahun lalu; dengan mudah sahaja ia menumbangkan sebuah kerajaan negeri melalui lompatan dalam sekelip mata.

Sekarang semua wakil rakyat boleh melompat.

Yang mengetap bibir menahan pilu adalah rakyat Malaysia yang bergelar pengundi. Igauan Sabah di mana fenomena “YBs For Sale” berleluasa sepanjang tahun-tahun 1990-an kini sudah merebak di Semenanjung.

Dan sekarang rakyat Malaysia di Semenanjung tidak boleh lagi mendabik dada kononnya hanya di Sabah ahli-ahli politik mudah dijual beli. Tepuk dada tanya selera.

Sejarah Demi Sejarah Terus Tercipta

Kalau Tuanku Sultan perkenankan makluman MB untuk bubar DUN maka terciptalah satu sejarah. Sejarah tempoh paling pendek sebuah kerajaan di negeri Perak kerana hanya sempat berumur 10 bulan. Sejarah keprihatinan Sultan pada 'denyut nadi' rakyat seperti yang diungkap oleh Raja Dr. Nazrin Shah ketika upacara sambutan 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan. Mungkin tercatat juga sebagai sejarah sebuah 'perkenan' yang punyai roh kasih sayang istana kepada rakyat demi hasrat dan hajat jelata.

Kalau BN berjaya dapat perkenan membentuk kerajaan baru negeri Perak maka tercipta juga satu sejarah. Sejarah kelahiran sebuah kerajaan yang tidak mendapat undi majoriti rakyat melalui pilihanraya. Sejarah pertukaran kerajaan tanpa pilihanraya dan tidak pula melalui 'undi tidak percaya' di sidang DUN sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Sejarah pembentukan kerajaan yang salah satu sebabnya ialah seorang ADUN melompat parti dua kali dalam seminggu. Sejarah lompat pergi dan balik.

Kalau Tuanku Sultan tidak memberikan perkenan kepada kedua-dua permintaan - DUN tidak dibubar dan BN pun tak membentuk kerajaan - maka ia juga menjadi sejarah. Pertama, sejarah sembah-maklum seorang MB untuk membubarkan DUN tetapi ditolak oleh istana. Ia menjadi sejarah kerana belum pernah berlaku sebelum ini. Kedua, sejarah gabungan ADUN yang mendakwa mempunyai majoriti dalam DUN namun tidak diperkenan untuk membentuk kerajaan. Sultan memang tak perlu perkenankan kerana bukti 'punyai majoriti' mestilah melalui undi tak percaya dalam sidang DUN. Namun ia jadi sejarah juga kerana yang memohon nak membentuk kerajaan baru itu tak mau peduli kepada perlembagaan. Akhirnya satu lagi sejarah tercipta kerana kerajaan yang ada perlu terus berkhidmat dalam keadaan kelebihan kerusi yang tak jelas dalam DUN.

Seminggu dua ini dah terlalu banyak sejarah tercipta.

SPR menolak perakuan dan makluman Speaker DUN tentang kekosongan kerusi DUN. Ia bukan sejarah kecil tetapi sejarah salah guna kuasa yang terang lagi bersuluh. Sejarah kesanggupan SPR merogol perlembagaan sebuah negeri yang dipayungi seorang Sultan berlatarbelakang undang-undang. Sejarah kesanggupan UMNO memaksa SPR dan kesediaan SPR diperbodohkan oleh UMNO.

Nasarudin juga mencipta sejarah tersendiri yang pasti dikenang lebih dari tujuh keturunan. Melompat keluar UMNO masuk PKR dan melompat semula keluar PKR masuk UMNO. Memang sejarah. Ibrahim Ali akan hilang dari catatan sejarah lompat parti yang sinonim dengan namanya selama ini. Nasarudin telah menggantikannya dengan rekod baru yang pasti sukar dipecahkan.

Jamaludin dan Osman juga mencipta nama dalam sejarah negeri Perak. Jamaludin adalah posmen pertama yang pernah dicalonkan untuk jadi MB. Kemudian kedua-duanya jadi Exco kerajaan negeri yang paling tak reti buat kerja dalam sejarah Perak. Mereka juga mencipta sejarah sebagai Exco kerajaan negeri Perak yang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Episod rasuah itu adalah rancangan jahat UMNO dengan perangkap yang lapok tapi masih mengena. Akhirnya Jamaludin dan Osman masuk UMNO. Memang sejarah!

Hee Yit Foong mencipta sejarah sebagai wanita dan OKU pertama menjadi Timbalan Speaker DUN Perak. Dia juga cipta sejarah sebagai YB pertama yang 'off'kan telefon bimbitnya selama lebih dari satu hari. Lucu tapi bersejarah.

Sejarah apa lagi selepas ini?

Kurang bijak bawa masuk wakil rakyat berkualiti rendah - Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Dr Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.BERNAMA

Wednesday, February 4, 2009

Terbaru : PENDEDAHAN baru Chedet ...



" Saya taklah untuk membuat analisa terhadap kenyataan Chedet pada kali ini memandangkan apa yang beliau tulis tu amat jelas sekali .... sekarang saya tinggalkan kepada para pembaca yang budiman sekalian untk memikir an merenung...

RASUAH UMNO
By Dr. Mahathir Mohamad on February 3, 2009 4:16 PM | Permalink | Comments (233) | TrackBacks (0)
1. Semasa bahagian-bahagian UMNO sedang menamakan calon untuk jawatan-jawatan parti, terdapat laporan bahawa Jawatankuasa Disiplin telah terima lebih daripada 900 aduan berkenaan dengan rasuah.

2. Tetapi hingga kini tidak ada apa-apa pun berita tentang tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Disiplin atau mana-mana pihak.

3. Sekarang kita dengar cerita lain pula. Wakil-wakil Bahagian yang akan hadir Mesyuarat Agong pada bulan Mac sudah pun ditentukan oleh bahagian-bahagian. Mereka terdiri daripada ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda dan tujuh orang yang dipilih dalam mesyuarat bahagian yang lalu. Jumlah 11 orang semuanya.

4. UMNO mempunyai lebih kurang 190 bahagian, bermakna jumlah wakil ke Mesyuarat Agong adalah seramai 2,090 + ahli Majlis Tertinggi.

5. Sasaran rasuah ialah kepada 2,090 wakil ini. Saya dengar (tetapi saya tidak percaya) sudah ada calon bagi jawatan tertentu yang sudah beri elaun bulanan kepada sebilangan besar daripada 2,090 wakil ini. Bahagian mereka mencalon calon-calon tertentu tetapi yang akan undi dalam Mesyuarat Agong ialah perwakilan. Dan mereka yang dapat elaun mungkin (mungkin sahaja) akan undi calon yang memberi elaun kepada.

6. Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah.

7. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan.

8. Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh Kerajaan pimpinan perasuah.

9. Saya tanya jika tidak ingin apakah yang mereka boleh buat?

10. Mereka akan perhati dengan teliti pemilihan pemimpin UMNO bulan Mac ini.

11. Jika perwakilan UMNO memilih orang yang diketahui umum mengguna wang untuk dapat undi dan menjadi pemimpin UMNO mereka akan tentukan UMNO dan Barisan Nasional akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

12. Bolehkah mereka berbuat demikian? Jawab mereka lihat sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke-12. BN kalah di lima buah negeri dan tidak dapat 2/3 di Parlimen kerana mereka memberi undi mereka kepada parti lawan.

13. Undi mereka, kata mereka adalah undi penentu. UMNO tidak boleh menang kerana undi ahli-ahli UMNO sahaja. UMNO perlu undi pengundi yang bukan ahli.

14. Kata mereka bukan sahaja yang bebas tidak akan beri undi pada calon pilihanraya UMNO, tetapi ramai juga ahli UMNO yang kecewa kerana kelakuan ahli dan pemimpin UMNO yang tidak akan mengundi calon UMNO dan BN. Mereka yakin kalau mereka percaya pemimpin UMNO yang dipilih Mac ini adalah perasuah, mereka akan tentukan UMNO akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

15. Pendapat ini disuarakan juga oleh orang Cina dan India. Kalau yang akan pimpin UMNO lepas Mac ini adalah yang terkenal mengguna wang untuk jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO, mereka juga akan undi parti lawan.

16. UMNO tidak perlu ambilkira pendapat mereka ini. Bukankah UMNO parti yang terkuat di Malaysia? Takkanlah UMNO boleh dikalahkan!
"

Terbentuk Jugakah Kerajaan Lompat...

Jam 5.06 petang, Malaysiakini melaporkan BN cukup majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Semua orang menunggu dengan debar apa hasil pertemuan Nizar dengan Sultan Perak. Saya seolah-olah ingin terbang ke Istana Kinta untuk mengikuti perkembangannya dari dekat.

Kata penyair Arab, 'Wahai beburung, siapakah yang sudi meminjamkan sayapnya kepadaku, untuk ku terbang menemui orang yang ku rindu".
Saya bukan merindui penghuni Istana Kinta, tetapi saya merindui sebuah kejujuran.
Sayang, kejujuran itu seperti terampas.
Siapa perampasnya?Siapa lagi kalau bukan ahli-ahli politik yang rakus dan tamak kehidupan dunia yang serba fana ini.

Kalau BN berjaya membentuk kerajaan Perak hasil lompatan penuh simpang-siur ahli-ahli politik 'perampas' kejujuran dan rakus itu, terasa lidah bagai tersimpul.
Tetapi sebagai langkah 'mujamalah', dengan hati yang berat, diucapkan juga tahniah. Tahniah ini bukan kepada Najib dan kepada bakal MB Perak yang baru.
Tetapi tahniah kepada mereka yang lompat kerana anda semua telah berjaya menjadi.. pengkhianat.

Sirul Akui Beliau Dijadikan Kambing Hitam


KUALA LUMPUR [12.35 pm] - Koperal Sirul Azhar Umar (foto) dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai usaha bela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibu, dengan nada sebak sambil menangis mendakwa dirinya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan oleh mereka yang tidak berada di mahkamah. Selesai membacakan kenyataan bertaip itu, hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan 16 Februari ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan. Tertuduh kedua dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar, dalam nada sebak memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah "kambing hitam" untuk menutup rancangan pihak berkenaan yang tidak berada dalam mahkamah. Sirul berkata, beliau tidak mempunyai sebab untuk mencederakan wanita Mongolia itu, apa lagi membunuhnya dengan kejam. Sehubungan itu, beliau merayu mahkamah tidak menghukum beliau kerana keputusan itu hanya menyempurnakan perancangan jahat pihak berkenaan terhadap dirinya. Sirul Azhar, 33, dan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 37, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.

[Bila Sirul Azhar bercakap demikian, sekarang terbukti memang beliau adalah "kambing hitam" seperti yang diperkatakan sebelum ini. Siapakah yang bertanggungjawab menjadikan beliau sedekian rupa sekarang ini. Mahkamah perlu mendengar dan mendapatkan maklumat sebenar dari Sirul tentang siapakah sebenarnya yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantunya itu. Inilah yang sedang kita nantikan, apakah "pihak berkenaan" yang dikatakan oleh Sirul akan dibongkarkan juga akhirnya. Ini membuatkan kita bertambah yakin ada orang yang akan digagalkan dari menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebenarnya].

Kontroversi: Perlekehkan Kuasa Speaker, Maka Terbukti SPR Langgar Perlembagaan Dan Patuh Kepada Tok Dalang Dalam Membuat Keputusan


KUALA LUMPUR [1.10 pm] - Suruhanjaya Piliharaya (SPR) semalam telah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah. Mengulas keputusan SPR itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya menegaskan, tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya. Beliau berkata, ini kerana kuasa mengisytiharkan pilihan raya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. "Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah. "Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihan raya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? "Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. Nyata sekali Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghalang pilihan raya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat, dakwa Anwar. "Apa penyudah sebalik semua ini?," soalnya. Mungkin hanya 'tok dalang' yang pandai bermain 'silap mata' dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.

[Amat malang bila SPR bertindak tanpa berlandaskan undang-undang dan mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu yang takut kehilangan kuasa, siapa lagi kalau bukan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru agaknya. Lantaran itulah SPR ditekan supaya membuat keputusan yang memihak kepada UMNO dan BN dalam hal ini. Walhal, sudah jelas kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menerima surat perletakan jawatan itu dan MB sendiri telah mengadap Sultan Perak untuk memaklumkan perkara tersebut. Aneh benar bila SPR menjadi mahkamah dan membuat keputusan berdasarkan surat ADUN terbabit. Walhal itu bukan bidang kuasa mereka yang sebenarnya. Inilah masalahnya SPR].

'Badut-badut politik jangan 'sarkaskan' amanah rakyat'

Azamin Amin
Wed | Feb 04, 09 | 2:55:14 am MYT

TAIPING, 4 Feb (Hrkh) - "Siasat segera kematian Kugan.Ini soal hak seorang manusia.Sama ada orang Cina ataupun India, Islam suruh pemimpinnya berlaku adil kepada mereka."

Iklan

Demikian antara petikan mukadimah Ustaz Halim Naser, 45 sewaktu menyampaikan kuliah agama di Masjid Telekom, Taiping malam tadi dan Harakahdaily mendapati adalah sesuatu yang mengagumkan bilamana isu bangsa lain yang teraniaya dan perlukan pembelaan disuarakan di mimbar masjid.

Halim yang lantang dan jelas hujahnya itu memberitahu bahawa amanah merupakan satu tanggungajawab agama dan suruhan Allah yang tidak boleh dikesampingkan atau dipermainkan sama sekali malah akan dipersoalkan di akhirat kelak.

"Macam mana M.C (Cuti sakit) sehingga orang tak dapat hubungi ni? Orang kampung dan penduduk setempat nak bantu dan melawat jika pemimpinnya sakit. Ini tidak, hilang begitu sahaja," terangnya di hadapan 700 jemaah yang hadir mendengar kuliahnya.

"Badut-badut politik jangan 'sarkaskan' amanah rakyat. Jangan menyusahkan rakyat. Kalau tak perform, buatlah pilihan raya supaya rakyat boleh pilih sekali lagi yang terbaik dan tolak yang sebaliknya. Jangan buat orang tak ketahuan dan tak tentu hala macam ni," terangnya yang juga merupakan bekas seorang pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Sebelum itu, beliau turut mengutarakan isu Kugan yang diseksa, seolah-olah dibakar dengan api yang mana perlu satu suruhanjaya siasatan untuk mengembalikan intergriti Polis DiRaja Malaysia yang terjejas imej sejak sekian lama.

"Ingat! Agama melarang kita membakar kerana api itu hak Allah. Dan apa yang berlaku ke atas Kugan mesti disiasat segera. ini bukan soal politik atau perkauman tetapi hak seorang manusia untuk hidup.

"Begitu juga jika bangsa lain sama ada Cina atau India berhak mendapat hak milik tanah atau geran, itu hak mereka dan mereka layak. ini contoh pemimpin Islam. Sejarah telah membuktikan zaman khalifah dan para sahabat yang berlaku adil kepada yang bukan Islam seperti Yahudi.

Katanya memberi contoh insiden seorang buta Yahudi sambil mengemis, mencerca Khalifah Umar al- Khattab kerana dikatakan tidak ambil tahu hal rakyat yang kebetulan ada di depannya dan Umar akhirnya menangis dan membantu Yahudi itu tanpa memberi sebarang hukuman keras.

Beliau juga memetik surah al-Quran yang membicarakan kisah kepimpinan Nabi Daud a.s berhubung hal amanah yang sepatutnya dicontohi oleh pemimpin yang ada sekarang.

"Pemimpin mesti menunjukkan jalan yang lurus kepada rakyat. Sebelum itu dia kena lurus dirinya dahulu. Kena tunjukkan tauladan.

"Bagaimana pemimpin yang isteriya bergesel pipi dengan artis bollywood? Akhirnya mereka ini akan merosakkan rakyat," katanya yang menyampaikan kuliahnya sejam lebih.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar tindakan sesetengah pemimpin yang sinis mempermainkan ganjaran Allah dalam hal berbuat kebaikan.

"Kita kata pemimpin yang suruh rakyat buat baik akan diberi balasan syurga. Mereka dengan biadap kata inilah rasuah politik pihak tertentu. Syurga rasuah politik?

"Maka siap sedialah orang-orang ini di akhirat kelak sebab mempermainkan ganjaran Allah swt," katanya dan mahu rakyat khususnya penduduk Perak mendoakan kestabilan kerajaan negeri agar terus memiliki pemimpin contoh seperti Dato' Seri Ir nizar Jamaluudin dan sentiasa memberi sokongan dan taat setia kepada Menteri Besar itu.

Kuliah yang bermula jam 8 berakhir sejam kemudian. Difahamkan, angka kehadiran jemaah untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan beliau mencecah ratusan sehingga memenuhi ruang masjid seperti malam tadi dan tidak kurang juga para pendakwah bebas lain. - azm _

Tuesday, February 3, 2009

kuasa apa SPR pakai...

apa dah jadi dengan SPR? kuasa apakah yang diguna pakai oleh suruhanjaya ini untuk membatalkan perintah kekosongan kedua dun behrang dan changkat jering. seperti kata bekas pengerusi spr Tan sri rashid, tugas SPR adalah mengendalikan pilihanraya kecil dalam masa 60 dari tarikh pengistiharan kekosongan kerusi dun atau parlimen yang di buat oleh speaker dewan. masalah perundangan adalah perkara yang akan ditentukan oleh mahkamah jika ada. macamana pulak spr boleh membuat keputusan bahawa surat peletakan jawatan kedua-dua dun itu menimbulkan keraguan. apakah itu dibawah bidang kuasa mereka untuk menentukaa. lagipun masa bila siasatan dilakukan. dalam masa yang begitu singkat sudah boleh mendapat jawapan.

apakah SPR menerima tekanan dari mana-mana pihak untuk bertindak demikian. demi menjaga survival politik sesuatu pihak atau individu yang sudah tak sanggup lagi untuk berdepan dengan pilihanraya kecil setelah dua kali di malukan. atau takut pemilihan yang bakal diadakan pada bulan mac ini terpaksa ditunda lagi demi untuk memberi tumpuan pada pilihanraya kecil dan secara tak langsung akan memanjangkan lagi tempoh kuasa pak lah badawi sebagai PM.

apa pun pakatan rakyat kena bertindak pantas untuk mengatasi masalah ini. samada mengambil tindakan mahkamah atau membubarkan saja DUN. biar rakyat menjadi penentu kepada permasalahan ini. dengan senario politik pada hari ini, pakatan rakyat akan meraih kemenangan lebih besar jika pilihanraya negeri diadakan sekali lagi. rakyat telah mula sedar yang mana intan dan yang mana kaca dan ini telah dibuktikan oleh kemenangan besar dalam dua pilihanraya kecil di Permatang pauh dan kuala terengganu.

Ate..mike udoh nampok ke idak..?Cerita disebalik cerita



"

ASSALAMUALAIKUM..

Bagi yang belum faham,atau buat-buat tak faham apa kah sebenarnya yang berlaku di negeri kelahiran penulis Perak DR , moh kite memahaminya berdasarkan apa yang telah dibaca dan apa yang dapat penulis fahami..



1.Tajuk filem- Ds Najib n GENG- "Pengembaraan bermula dinegeri Perak."

Jalan cerita filem ini memang pelik dan pening dibuatnya,ianya mengisahkan hasrat beberapa pemimpin UMNO terutamanya Najib untuk mnjatuhkan kerajaan PR di negeri Perak dengan menggunakan teknik "Silat Duit ..eyahh!!! " dengan memerangkap 2 ADUN yang dituduh merasuah oleh mereka tetapi 2 ADUN inilah juga dijadikan kawan baik mereka akhirnya.Sekiranya usaha mereka ini berjaya,ini akan dapat membantu Najib untuk menaikkan semula kelakiannya yang telah terpelentuk kedalam serta tidak dapat berdiri tegak seperti malam pertama perkahwinannya dengan seorang "PENGUIN KACUKAN".

Tetapi perancangan Najib telah dapat dihidu dengan busuk bau ketepek oleh musuh poketnya Anwar,lalu mengarahkan satu kad merah dari Bota segera digunakan untuk menyelamatkan keadaan. Langkah ini pula rupanya telah menyebabkan pemegang kad hijau dan kuning dari beberapa Adun ingin bergerak sama,namun dapat ditahan kerana " Permainan masih lagi dalam separuh masa pertama".

Apabila ini berlaku,sudah pastilah perancangan awal Najib and Geng terbantut sampai mereka semua terkentut hingga ada yang terberak (kabarnya bekas MB),namun demi untuk menaikkan semula kelakian "naik separuhpun pun jadilah " usaha ini diteruskan juga. Maka hilanglah 2 Adun ini tanpa kabar berita hinggakan ada yang mengatakan mereka ini telah disembunyikan oleh orang bunian dari Pekan.

Tapi biasalah orang Anwar mempunyai deria pembauan dan pengecaman yang besar,maka langkah pencegahan "chikukunya" yang telah disediakan "awai-awai" lagi digunakan. Najib and Geng bertambah gelisah,apakah pengembaraan mereka akan berakhir disini?..

Demi untuk menyelamatkan periuk belanga,ayam itik ,tiba-tiba berkokoklah 2 orang ADUN yang tiba-tiba "boleh pulak " keluar dari tempat "percutian " mereka untuk menambahkan lagi "suspen" filem ini..Tapi Yop!!! ape kan dayer..mike terimer ler kehendak darinyee..

Persoalan dari ku..

Buat ds Najib & geng, " Selama ni u asyik kate,lompat parti langkah tidak bermoral,kenapa pula bila mahu diadakan PRK u nampak macam gelabah dan mahu mencabar..?

Bagi 2 ADUN pula,kenapa kamu tidak berjumpa terus Menteri Besar serta rakan-rakan dari Pakatan ?..kenape perlu jumpa mereka itu ?

MORAL DARI KISAH FILEM DI ATAS.

1. Allah maha kaya.

2. Salah satu cara nak mengelakkan berlakunya upacara lompat parti,buatlah surat akujanji agar tidak menyesal dikemudian hari.

3. 2 ADUN yang diberhentikan seharusnya faham dan tahu semasa mereka menandatangani surat letak jawatan dulu,APAKAH tujuan surat itu dibuat ?

a. Berjanji bahawa tidak akan terpesong dari perjuangan.
b. Berjuang bukan kerana harta dan wang.
c. Mampu dan bersedia menjaga maruah dan dasar parti.
Apabila tiga perkara di atas difahami,tak usahlah kecoh-kecoh lagi.

4. Sekiranya ADUN ingin bercuti atau sakit,memadailah buat surat MC dan letakkan di pejabat sendiri,tak perlulah lapor kepada pemimpin yang lebih tinggi hatta keluarga sekalipun.

5. 2 ADUN jika dilihat pada keterangan mereka,rupanya mereka telah mengambil cuti PAKEJ PENYAKIT untuk 2 orang,bukan lagi Pakej Pelancogan seperti sebelumnya.

5. Apakah nasib 2 ADUN yang telah mengenselkan hasrat hati untuk membuat aksi lompat ini,baik penerimaan PKR ataupun UMENO?. Adakah mereka bakal menjadi calon tajaan UMENO.

6. Bagaimana pula dengan nasib pelakon utama Najib and Geng..? Mampukah mereka mencipta kejutan dalam PRK yang bakal berlaku nanti? Adakah mereka hanya beroleh "BERANG SAMBIL MAKAN JERING " sahaja.

7.Baru ku tahu, "Speaker" yang kita tahu hanya boleh mengeluarkan bunyi rupanya mempunyai timbalan Speaker yang setakat ini masih belum kita tahu macam mana punya bunyinya...hehehe

8. Kuasa dan duit bukanlah penentu ke atas segalanya..

APE DIPIKIAU LAGI YOP!!!

Isk!!!.. ATE MERASE LER MIKE pake kain batik cap kapal terobang...

Monday, February 2, 2009

lompat dan rasuah

senario politik hari ini telah membongkar beberapa persoalan yang selama ini menjadi isu yang hangat di perdebatkan di media- media cetak dan elektronik. antaranya, isu lompat parti, rasuah dan perangkap politik.

isu lompat parti yang mula menjadi berita sensasi selepas selesai PRU 13 yang lalu mula benar-benar berlaku. di mulai oleh adun bota yang menyertai parti PKR dan terbaru, dua adun merangkap exco kerajaan negeri perak dari PKR pula yang ingin menyertai BN. tetapi percubaan yang telah di sahkan sendiri oleh PM ini nampaknya akan menemui kegagalan.

persoalannya disini, bukanlah isu lompat parti, tetapi mengapa tindakan ini diambil? apakah punca dan sebabnya tindakan melompat ini diambil. apakah kerana telah dijanjikan habuan dan kemewahan untuk berbuat demikian atau kerana atas dasar prinsip, ketelusan dan kebenaran atau untuk melepaskan diri dari kesilapan yang telah dilakukan. sebab itulah pejuangan memerlukan keikhlasan dan kekuatan prinsip. apakah landasan kepada perjuangan kita. adakah kerana jawatan...kemewahan...atau kerana ingin membela agama , bangsa dan negara.

inilah sifat yang telah diterapkan dan ada didalam diri pemimpin-pemimpin PAS dan telah dibuktikan di kelantan dimana walaupun hanya mempunyai kelebihan majoriti 1 kerusi pada PRU 12 yang lalu, tetapi tidak ada seorang pun wakil/adun PAS yang mengambil tindakan untuk menjatuhkan kerajaan pada masa itu. sifat inilah yang perlu ada pada setiap pemimpin. pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya. dan sifat ini tidak ada pada kedua-dua bekas adun dari PKR itu. PKR perlu melihat perkara ini secara serius dan mencari jalan untuk mengatasinya dimasa depan dengan memberi lebih penekanan dalam soal memilih calon. jangan dulu umno tapi bila jadi PKR masih lagi dengan sifat umno. kenalah berubah. kena ingat dasar perjuangan PKR adalah untuk menegakkan keadilan yang selama ini dinafikan oleh umno dan BN.

berkenaan isu rasuah pula, kenapa ada kumpulan tertentu didalam umno yang menentang
keras tindakan SPRM untuk menyiasat rasuah yang kian membarah didalam umno. apakah orang-orang umno itu kebal daripada disiasat oleh SPRM. apa bezanya rasuah yang berlaku didalam umno dengan rasuah yang lain yang berlaku diluar? apakah rasuah politik umno itu berbeza dengan tuduhan rasuah yang dikenakan keatas dua adun dari PKR yang dalam proses untuk melompat kepada umno. dan mengapa SPRM tidak bertindak untuk menyiasat dakwaan bahawa ada tawaran wang berjuta ringgit kepada kedua-dua adun tersebut. apakah kerana dakwaan itu ada kena mengena dengan umno maka ia tidak dipedulikan. jika hendak menjadikan SPRM lebih baik dari BPR maka kena adil dalam menjalankan tugas. jika tidak tak payah lah susah-susah berbahas diparlimen untuk mengujudkan SPRM.

DIARI BARU NAJIB BILA BERGELAR PERDANA MENTERI



Para setiausaha Najib dilaporkan sedang sibuk menguruskan jadual harian baru untuk Najib memandangkan bos mereka bakal bergelar Orang No 1 di Malaysia tidak lama lagi.

4.45 – 6.30 pagi
- Bangun tidur, mandi dan bersiap ke Masjid Putrajaya
- Mengimamkan solat Subuh dan menyampaikan kuliah Subuh

6.30 – 8.00 pagi
- Memakai baju kerja, bersarapan bersama isteri tercinta.
- Mengemaskini blognya sementara dihantar ke pejabat.

8.00 – 1.00 petang
- Melakukan tugas-tugas pejabat sambil menjengah Malaysiakini

1.00 – 2.00 petang
- Makan tengahari sambil menonton rancangan Kisah Benar di TV3
- Solat Zuhur bersama kakitangan pejabat

2.00 – 4.00 petang
- Menyambung tugas-tugas pejabat sambil membaca blog politik.

4.00 – 6.00 petang
- Pulang ke rumah, solat Asar dan memakai pakaian sukan
- Menaiki helikopter Nuri untuk ke kawasan Felda terpilih
- Berjogging bersama peneroka di laluan kelapa sawit

6.00 – 9.00 petang
- Mandi, makan malam dan bersiap ke masjid Putrajaya
- mengimamkan solat Maghrib dan Isyak

9.00 – 12.00 malam
- membaca buku ‘Khalifah Umar Abd Aziz’ sambil menonton cd ‘Mari Mengaji’
- melayan aduan mangsa liwat (jika ada)
- menonton You Tube dan membaca blog Pemuda Cheh sebelum tidur

UMNO MUNGKIN BOIKOT PILIHANRAYA KECIL?



Strategi licik Anwar sudah menjadi Tak usahlah nak pening kepala memikirkan status surat perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR yang telah diumumkan oleh Speaker DUN Perak.

Mereka berdua bukannya tidak tahu tentang kewujudan surat itu kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di negeri Perak.

Yang tidak tahu tentang kewujudan surat itu adalah Najib, Zahid Hamidi dan Abdullah Badawi. Mereka ni langsung tak sedar yang Anwar sedang mengenakan mereka.

Habis tu, kenapa 2 bekas ADUN PKR itu beria-ia menafikan status surat itu dan sanggup membawa kes itu ke mahkamah?

Jawapannya mudah sahaja. Mereka tidak mahu dilihat sebagai ‘alat perancangan’ Anwar. Kalau Najib dah berjanji apa-apa dalam rundingan mereka bertiga, mahu atau tidak mahu, Najib terpaksalah berpegang pada janjinya itu.

Kalau 2 bekas ADUN tu bawa kes surat ini ke mahkamah, macam mana?

Mereka akan kalah kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu. Melainkan kalau khidmat hakim HACKS digunakan dalam perbicaraan itu.

Jika hujah “perlembagaan membenarkan rakyat untuk bebas berpersatuan” digunakan, ianya tidak relevan kerana mereka sendiri yang bersetuju dengan butiran surat itu. Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa yang dipaksa dalam kes ini. Tandatangan diturunkan atas kerelaan sendiri. Kalau mereka tidak rela, kenapa mereka tidak membantah sejak Mac 2008 dahulu?

Jadi, apa pilihan yang ada pada UMNO sekarang ini?

1) Samada suka atau tidak, UMNO dan BN terpaksa mengadap 2 lagi pilihanraya kecil lepas ini. Harapan mereka untuk berjaya memang tipis jika senario politik semasa diambil-kira.

2) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR yang sah dan membawa kes ke Mahkamah untuk menentukan kedudukan mereka dalam PKR. Jika ini berlaku, Anwar akan memecat keahlian mereka dalam PKR dan alasan displin boleh digunakan untuk membenarkan pemecatan itu.

3) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR sehingga keputusan kes rasuah mereka diputuskan oleh mahkamah. Jika kedua-duanya didapati bersalah, UMNO mempunyai modal untuk berkempen dalam pilihanraya kecil. Bagaimanapun, ini akan mengambil masa yang panjang dan Anwar takkan membiarkan perkara ini berlaku.

Daripada 3 pilihan di atas, nampaknya UMNO dan BN terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil. Apapun, UMNO dan BN kena berpijak di bumi yang nyata. Kekalahan berturutan dalam siri pilihanraya kecil selepas ini boleh menyukarkan lagi usaha mereka untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bahkan nanti, kedudukan Najib sebagai bakal Presiden UMNO dan Pengerusi BN boleh tergugat. Tidak mustahil Najib akan mengalami nasib yang serupa dengan Pak Lah bila Pak Lah dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup segala kelemahan UMNO dan BN ketika PRU ke 12 dahulu.

Tidak mustahil juga nanti, lebih banyak ADUN dan Ahli Parlimen yang akan berhijrah ke Pakatan Rakyat, melainkan UMNO dan BN pun tiru strategi Anwar dengan meminta ahlinya menandatangani surat tidak bertarikh selepas ini.

Mungkin kali ini, UMNO dan BN akan bertindak memboikot pilihanraya kecil itu. Banyak alasan yang boleh digunakan untuk menyokong tindakan mereka seperti kerajaan perlu menumpukan usaha memulihkan ekonomi serta pilihanraya kecil boleh membazirkan wang rakyat.

Realitinya kini, peluang untuk UMNO dan BN merampas kembali Perak sudah terkubur kerana kewujudan surat tanpa bertarikh itu. Jika UMNO dan BN menang sekalipun, Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi.

Kalau UMNO dan BN memilih untuk memboikot pilihanraya kecil itu nanti, mungkin mereka akan menggunakan khidmat calon Bebas. Apapun, keputusan mutlak terletak pada budi-bicara Majlis Tertinggi BN yang bakal menentukan pendirian mereka tidak lama lagi.

Spekulasi: Semakin Panas, Amaran Khairy Untuk Najib Razak Jika Dua ADUN PKR Itu Sertai UMNO, Maka Lima Wakil Rakyat UMNO Bakal Sertai PKR !


Nampaknya iklim politik Malaysia semakin panas kini. Ura-ura kemasukan dua orang ADUN PKR ke dalam UMNO semakin heboh diperkatakan. Malah, ada diantara penyokong Pakatan Rakyat yang tidak senang duduk memikirkan hal ini. Apakah Kerajaan Negeri Perak akan tumbang dibuat dek Najib anak Tun Razak itu. Tindakan drastik Najib "menculik dan memerangkap" dua ADUN terbabit setelah beliau mengambil alih tampuk pimpinan UMNO negeri itu jelas sekali satu tindakan biadap yang amat menjijikkan. Biarpun ada dikalangan puak-puak UMNO yang mengatakan PKR tidak adil kerana berdiam diri bila ADUN BN menyertai mereka tetapi marah bila ADUN PKR ingin menyertai UMNO. Inilah pandangan dangkal puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka "buta mata dan hati" agaknya. Kemasukan Wakil Rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat adalah dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang jawatan, habuan, rasuah dan kemewahan. Tetapi sebaliknya, cara Wakil Rakyat PKR untuk dibawa masuk ke dalam UMNO adalah satu tindakan "jahat dan tidak berperikemanusiaan".

Mereka diculik, dikuarantin dan kemudian diugut sebelum ditawarkan dengan imbuhan, rasuah, kekayaan dan sudah pasti kemewahan. Rakyat bukannya bangang macam orang UMNO yang merasakan bila ada orang UMNO masuk ke "parti pembangkang" mereka mengejar kemewahan, kekayaan serta jawatan. Hanya puak-puak UMNO sahaja yang menawarkan itu semua kepada pemimpin pembangkang jika mereka berbuat demkian. Ikut logik akalnya, UMNO dan BN adalah parti yang kaya dan mewah dengan wang ringgit dan bukannya parti pembangkang sama ada PAS, PKR atau pun DAP. Justeru itu, kemasukkan atau "lompat parti" yang berlaku itu adalah dua senario yang berbeza sebenarnya. Dari "lubuk duit" kepada "kekurangan" dan dari "serba kekurangan" kepada "lubuk duit". Sebab itu kita tidak hairan, mana-mana pemimpin pembangkang yang masuk UMNO akan kaya raya sebab mereka dapat habuan. Tetapi mana-mana pemimpin UMNO yang masuk ke parti pembangkang akan hidup sederhana dan alar kadar kerana mereka keluar dari "lubuk kemewahan" dalam UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya.

Maka itu, berbalik kepada isu lompat parti dua ADUN PKR Perak itu. Khabarnya "rundingan sulit" masih adakan antara mereka dengan Najib Razak. Namun, nampaknya juga Najib kini seakan "terkena peluru buatan sendiri yang lebih hebat dari bom C4" bila Khairy Jamaluddin mula mengatur strategi untuk mengajar Najib dan konco-konconya. Sebelum ini mereka cukup "rakus" mengganyang orang-orang Khairy seperti Wan Farid dan Norza Zakaria yang ada harapan berjawatan dalam kabinet. Najib mempengaruhi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan orang-orang kanan Khairy tersungkur terutamanya di bumi Pahang ini. Bukti jelas Najib memperalatkan SPRM ialah bila terlihat kelibat pegawai badan itu di rumah Najib semalam tatkala rundingan kemasukan ADUN PKR Perak dilakukan di sana. Semua ini adalah bertujuan untuk menggertak kedua-dua pemimpin terbabit "jika mereka tidak mahu kesnya didakwa dan mereka akan dikenakan tindakan atas kesalahan terbabit maka mereka harus menyatakan pendirian untuk bersama UMNO dalam masa terdekat ini". Mereka mungkin terpengaruh dengan ulasan dan pandangan yang diberikan oleh pegawai SPRM di rumah Najib ketika itu. Ini menunjukkan kes rasuah yang melibatkan mereka itu adalah "satu konspirasi" semata-mata sebenarnya.

Namun, Khairy kini bijak mencatur strategi. Dalam keadaan Najib beriya-iya mahu membuktikan pengaruhnya di Perak kini beliau bakal berhadapan dengan situasi yang amat "genting" di Pahang. Ini berikutan laporan yang menyatakan tiga orang ADUN dan dua orang Ahli Parlimen Pahang akan melompat ke Pakatan Rakyat jika Najib meneruskan usaha memancing ADUN Perak terbabit. Ini adalah amaran keras Khairy kepada Najib Razak sebenarnya. Ia mungkin susulan daripada tindakan Najib "memancung" orang-orang Khairy ketika saat Bapa Mertua Khairy iaitu Pak Lah akan meninggalkan kerusi empuknya sebagai Perdana Menteri. Maknanya, Najib cuba menghapuskan "Legasi Pak Lah" dalam UMNO dan kerajaan ketika Perdana Menteri itu masih berkuasa. Apakah Pak Lah dan Khairy wajar berdiam diri kini. Melainkan mereka juga mengatur strategi untuk memastikan Najib tidak akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Mac ini. Lantaran itulah Khairy mengarahkan kroni-kroninya di Pahang untuk mengajar Najib di sana. Umum mengetahui dua Ahli Parlimen yang dikaitkan dengan "Proksi Khairy" ialah Menteri Belia Dan Sukan, Ismail Sabri Yaakub (Ahli Parlimen Bera) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh). Biarpun sebelum ini kedua-duanya dilihat nampak semakin berpihak kepada Najib Razak, tambahan pula sama-sama orang Pahang agaknya. Namun setelah diberi maklumat oleh Khairy yang Najib tidak akan "Naik" sebagai Perdana Menteri maka akhirnya kedua-dua itu sudah pasti kembali bersetuju untuk mengikut "skrip dan arahan" Khairy itu. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah episod seterusnya "sandiwara politik" ini agaknya. Sekarang ini kita pasti akan lihat siapakah yang akan "memancung siapa"?.

[Kami masih menantikan maklumat sepenuhnya dari sumber dalaman UMNO tentang perkara ini. Sememangnya ramai orang-orang Khairy di Pahang yang marah dengan tindakan Najib "memancung" orang-orang Khairy di negeri ini. Tindakan Najib memanggil pengawai SPRM ke rumahnya semalam tatkala rundingan membawa masuk dua ADUN PKR Perak ke dalam UMNO berjalan di rumah Najib dekat Pekan. Sesungguhnya, politik yang dimainkan oleh Najib sekarang adalah satu bentuk "politik baru" yang bakal menjerat ramai pemimpin selepas ini. Kerakusan Najib untuk berkuasa menyebabkan beliau akan memancung sesiapa sahaja yang menghalang hasratnya itu termasuk juga puak-puak UMNO sendiri. Lantaran itulah Pak Lah dan Khairy perlu melakukan sesuatu mulai sekarang untuk menggagalkan cita-citanya itu].

DUN Perak Dibubarkan?

"

 Perkembangan terkini dan mutakhir politik di Negeri Perak amat meresahkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kemasukkan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) rupanya berita gembira yang tidak bertahan lama, ketika berita ini ditulis, Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengumumkan kehilangan dua anggota exco iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Mereka dikatakan sudah empat hari gagal dihubungi bukan saja oleh kerajaan Negeri Perak tetapi juga ahli keluarga terdekat, satu laporan polis akan dibuat berhubung dengan kehilangan mereka.



Misteri kehilangan dua exco ini menimbulkan pelbagai spekulasi . Rata-rata membuat andaian kedua ADUN ini akan keluar daripada PKR seterusnya menyertai UMNO dan seandainya perkara ini betul-betul berlaku bermakna kedudukan kerajaan PR di Perak umpama telur dihujung tanduk. Kerajaan dibawah pimpinan Nizar pada masa itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi dan ianya boleh mendatangkan seribu macam bahana terhadap kerajaan yang memerintah. Ternyata kerajaan yang terbentuk pada masa itu cukup rapuh dan mampu tumbang bila-bila masa sahaja.


Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap pasal moral tentang aktiviti melompat parti, bukan sukar meneka mengapalah kedua-dua ADUN PKR melompat kedalam UMNO, dengan tuduhan rasuah yang bakal bermula, kedua ADUN ini terpaksa memikirkan kelangsungan hidup. Ternyata UMNO bijak mengumpan mata kail disaat ikan benar-benar kelaparan.

Menghadapi kemelut ini, Menteri Besar Perak, Dato’Seri Nizar sewajarnya membubarkan Dewan Undangan Negeri, biarlah semuanya kembali kepada rakyat. Didalam sistem demokrasi, ianya dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat. Dengan menyerah kembali mandat kepada rakyat, segala hiruk pikuk dunia politik di Perak akan kembali tenang dan sekiranya Pakatan Rakyat kembali memerintah negeri Perak ianya akan dapat memerintah dengan cara yang lebih bermaruah dan bergaya.

Sekurang-kurangnya dengan adanya pilihanraya di DUN Perak, kedua-dua parti yang bertanding iaitu Paktan Rakyat dan Barisan Nasional akan dapat menguji populariti dari aspek yang lebih positif serta mengikut lunas undang-undang. Seandainya selepas pilihanraya ini, Pakatan Rakyat masih dan makin mendapat tempat dihati rakyat, percayalah perjalanan ke Putrajaya akan menjadi lebih mudah.

Sunday, February 1, 2009

Selangor mahu kontrak Syabas ditamatkan


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan negeri kini menunggu maklum balas daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi berhubung cadangan menamatkan kontrak konsesi 30 tahun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta kementerian itu membuat keputusan segera selepas mendapati Syabas sengaja melanggar beberapa terma perjanjian konsesi berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara baru-baru ini.

“Kita memandang serius pelanggaran terma konsesi oleh Syabas berdasarkan laporan audit itu yang antara lainnya ialah sebahagian besar kontrak yang ditawarkan syarikat utiliti itu yang bernilai lebih RM500 juta adalah secara perbincangan terus bukan secara tender terbuka.

“Sepatutnya semua kontrak perlu ditawarkan secara tender terbuka dan saya telah menulis kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor mengenai perkara itu dan beberapa hal lain,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik sumber bahawa kerajaan negeri meminta kementerian terbabit menamatkan konsesi Syabas kerana dikatakan melanggar syarat-syarat kontrak selama 30 tahun itu.

Syabas kini dimiliki Puncak Niaga dengan 70 peratus pemilikan saham manakala selebihnya oleh sayap pelaburan kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd.

Pendedahan terbaru: Terima RM10 juta seorang atau sumbat ke penjara?


Mereka ditawarkan RM10 juta seorang untuk melompat parti?

Lompatan Nasharuddin Hasyim telah merencatkan usaha penubuhan Kerajaan BN Perak kerana pada mulanya BN hanya memerlukan dua kerusi sahaja...

BERIKUT adalah terjemahan bebas sebahagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam berkenaan dua Adun PKR yang akan melompat parti: Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu di mana mereka tetapi mereka bukan 'hilang', sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar ke penjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari di mana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali ke dalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin... "Altantuya telah mati dan Bala telah hilang". Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama? "Apa yang berlaku?"

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimana pun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui 'kehilangan' dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri.

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata... "Relax!"

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya. Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

Search This Blog