Saturday, March 3, 2012

WASIAT HASAN BASRI KEPADA UMAR BIN ABDUL AZIZ

Hasan Basri menulis surat kepada Umar bin Abdul Aziz, dan dalam suratnya Hasan Basri berkata, "Ketahuilah, sesungguhnya tafakkur itu mengajak pelakunya kepada kebaikan dan mengamalkannya. Menyesali kejahatan itu membuat pelakunya meninggalkannya"

"Apa yang telah hilang walaupun sangat banyak - tidak boleh dibandingkan dengan apa yang masih ada, walaupun mencarinya adalah sesuatu yang mulia. Bersabarlah terhadap kepenatan sebentar yang menghasilkan istirehat yang lama daripada penyegeraan istirehat sebentar yang menghasilkan kepenatan yang abadi".

Friday, March 2, 2012

Mampukah TGNA redakan pergolakan PAS Kedah?

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa bergegas terbang ke Alor Star kelmarin untuk cuba meredakan pergolakan Pas Kedah setelah usaha Presiden PAS, TGHA sebelum ini menemui jalan buntu.

Benarkah nasihat presiden PAS sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh Azizan sendiri? Sekadar nak tanya.Tidak masuk akal pula kalau TGHA sebagai presiden parti tidak cuba membetulkan keadaan yang semakin bergegar pergolakannya kini.
Malah tidak masuk akal juga kalau nasihat dari Presiden sendiri mahu ditolaknya oleh MB Azizan.

Thursday, March 1, 2012

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan


Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Wednesday, February 29, 2012

Rebutan kuasa dlm Umno semakin hangat


Pada hujung minggu lepas, surat khabar harian milik Umno mengejutkan rakyat apabila ia melaporkan terdapat spekulasi bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein akan dijadikan MB Johor. Tetapi adakah sebarang sebab untuk mempercayai bahawa khabar angin itu benar? Bagaimana pula dengan penyandang ketua menteri Ghani Othman? Dan adakah apa-apa maksud tersembunyi bagi laporan berita tersebut?

Search This Blog