Saturday, February 21, 2009

SPRM sibuk dakwa MB Selangor, MB BN bagaimana?

PULAU PINANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan.


[Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor.

Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!].


Friday, February 20, 2009

UMNO gadai tanah lebih 40,000 ekar


"Oleh DATO SERI Ir. NIZAR

 Assalamualaikum, Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO.

Siapa lagi mangsa serangan hendap Najib? — Ahmad Lutfi Othman

;">

FEB 20 — Belum pun Datuk Seri Najib Razak secara rasmi mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pelbagai tragedi politik berlaku dalam tempoh yang cukup singkat. Semasa berucap di kediaman rasmi Menteri Besar Perak baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan 30,000 orang yang hadir, merujuk terus kepada Najib: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, hancur negara nanti kalau jadi PM."

Mengenali Ustaz Abdul Hadi, bukan mudah untuk beliau meluahkan "amarahnya" jika tiada sebab kuat untuk berbuat demikian. Najib dikaitkan dengan peristiwa "rampasan kuasa" di Perak sehingga meletakkan negeri itu dalam krisis perlembagaan yang turut mencederakan imej Sultan Azlan Shah. Beberapa percubaan untuk "membeli" beberapa Adun PKR di Kedah juga dikaitkan dengan Najib. Tidak pasti sama ada episod malang yang menimpa Adun Bukit Lanjan, yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, tutut akan dikaitkan dengan "tangan-tangan ghaib" Najib.

Beban yang diheret Najib menuju Seri Perdana memang berat. Bagasi sejarahnya yang belum pun panjang itu sudah cukup untuk melukakannya. Mungkin beliau dilihat mempunyai personaliti politik yang lebih kuat berbanding Abdullah, namun persepsi umum terhadapnya begitu buruk. Kehilangan tiga Adun Pakatan Rakyat dan seorang Adun Umno yang berhijrah sebentar menyertai PKR, sehingga "tumbangnya" kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak dapat dipisahkan dengan faktor Najib. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang sama dengan Ustaz Abdul Hadi menyifatkan Najib sebagai "suka melarikan suami orang" dan bertanggungjawab "mengghaibkan beberapa orang yang lain".

Ramai menjangkakan, sebaik sahaja Najib berkuasa penuh Mac ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak insiden politik yang mungkin jauh lebih tragis. Penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth — yang dirakam secara curi semasa tidur di rumahnya sendiri — mungkin amaran awal bahawa setiap pimpinan Pakatan Rakyat bakal menjadi sasaran serangan hendap kumpulan "penembak tepat" Najib. Eli menyedari bahawa target sebenar adalah partinya sendiri, yang dipimpin Anwar, tokoh yang dilihat sudah "berkerat rotan" dengan Najib.

Justeru, tindakannya menawar diri meletakkan jawatan wajar dipuji. Beliau tidak mahu masalah peribadinya mengheret parti dan kerajaan Selangor ke dalam gelanggang musuh.

Dalam satu kenyataan kemudiannya, Eli menegaskan: "Negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius. Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisis kehidupan peribadi saya."

Kes Eli, seorang wanita yang belum berkahwin, jauh berbeza dengan Chua Soi Lek atau D.P. Vijandran walaupun masih berlaku perdebatan tentang batas-batas kehidupan privasi seseorang tokoh masyarakat. Ada pihak mahu penjelasan mengenai isu-isu moral antara seorang Muslim dengan bukan Muslim, apatah lagi gambar Eli itu diambil di dalam rumahnya. Polis masih menyiasat siapa dalang penyebaran gambarnya dan kita masih menunggu keputusan pimpinan PKR terhadap tawaran Eli untuk meletakkan jawatan.

Sehari dua ini kita dapat melihat sandiwara politik pihak tertentu yang tiba-tiba sahaja menjuarai isu moral dan agama selepas sibuk dengan isu derhaka kepada raja. Anwar awal-awal lagi melontarkan soalan: "Apakah benar isu akhlak dan moral utama buat mereka? Jika benar, bagaimana mungkin dilenyapkan bukti berkaitan kes pembunuhan, dipadamkan lapuran siasatan awal dakwaan kes Port Dickson, dilesapkan wang ribuan juta habuan istimewa dari pembelian peralatan senjata?"

Seorang pembaca dengan nada marah menelefon saya: "Sampai bila kita harus menjawab tuduhan musuh, bila pula Harakah nak menyerang? Bukannya kita tidak ada isu, melambak!" Saya tergamam seketika. Memang agak ramai yang mendesak Harakah lebih agresif menyerang Najib dan Umno-BN supaya Pakatan Rakyat tidak lagi berada dalam kedudukan defensif. Saya tidak dapat mengulas panjang selain meminta mereka bersabar: "Sampai masanya nanti posisi itu akan bertukar, tunggulah ...."

Dalam pada itu, kolumnis Harakah yang hanya mahu dikenali sebagai Banteng Hijau mengirim SMS kepada saya, di kala hening malam Rabu lalu: "Mungkinkah Pakatan, khususnya PKR, kini disusupi agen Najib?" Tanpa mengambil masa lama untuk menjawab, saya membalas: "Tanda-tandanya ada, Najib mahu malukan Anwar sebelum masa terlambat. Tapi Pas pun taklah kebal mana. SB juga banyak menyusup ke pejabat Pas."

(Bagaimanapun, saya tertarik dengan tulisan Toh Kin Woon, dalam The Edge. "Mungkin kita tidak bersetuju dengan ideologi Pas, tapi kita perlu tahu bahawa semua mereka yang menyertai Pas komited untuk memperjuangkan matlamat parti tersebut," katanya. Hal ini, tulis Toh, dapat menjelaskan mengapa kerajaan Pas mampu bertahan di Kelantan biarpun dengan kemenangan tipis mengatasi Barisan Nasional, yakni dengan majority satu kerusi dari 2004 hingga 2008. "Saya yakin terdapat usaha untuk membuatkan beberapa orang Adunnya untuk melompat parti tetapi tidak seorang pun didapati termakan umpan tersebut," sambungnya.)

Banteng Hijau kemudiannya menulis tentang penyusupan yang Berjaya melemahkan Parti Komunis Malaya (PKM), melalui Setiausaha Agungnya sendiri, Loi Tek. Beliau berketurunan Vietnam yang menjadi agen British dan Jepun sekali gus, dan berjaya mengkhianati aktivis komunis dalam PKM hinggakan parti itu kehilangan pemimpin berkaliber akibat dibunuh British dan Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II.

Saya difahamkan "skuad penembak tepat" bagi menghancurkan keutuhan Pakatan Rakyat bukan sahaja dianggotai ahli dan pimpinan Umno, malah mendapat kerjasama sepenuhnya pegawai kanan kerajaan, khususnya di negeri-negeri yang mana BN kalah dalam pilihan raya umum lalu. Dan mereka dibayar upah lumayan.

Malah beberapa agensi kerajaan persekutuan, misalnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, difahamkan telah menempatkan anggotanya di pejabat-pejabat kerajaan negeri yang strategik dalam usaha membabitkan pimpinan kerajaan negeri berkenaan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa. Satu bukti nyata SPRM terus diperalatkan Umno-BN.

Situasi sulit ini memang nampak merimaskan, namun sekiranya Pakatan dapat meloloskan diri dari perangkap Najib dan Umno-BN itu, pertarungan seterusnya belum pasti memihak siapa. Kemelut dan krisis perlembagaan di Perak misalnya tidak mudah untuk dijangka nokhtah akhirnya. Isu derhaka raja yang sengaja digembar-gemburkan media agak senang untuk "dikepak" kerana rakaman Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri begitu jelas.

Satu lagi perkembangan menarik mencelah. Tindakan Speaker DUN Perak, Sivakumar yang menggantung serta-merta Menteri Besar "haram" Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan melarangnya daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco Perak yang lain digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN tentu mempunyai implikasi politik dan undang-undang yang luar biasa.

Ini semua makin meletakkan DUN Perak pada kedudukan yang lebih hamper dengan pembubaran, sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat tetapi "lambat" dikabulkan Tuanku Sultan. — Harakahdaily

Nazri Aziz pula buat lawak.


" Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Selepas se "bundle" menteri BN buat lawak demi lawak, kini sampai pula giliran Nazri Aziz dengan lawak bodohnya.Tetapi lawak Nazir ini terlebih bodohnya kerana sebagai menteri yang jaga undang undang, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyatan tanpa fakta undang undang yang jelas.Dan terlebih bodoh apabila Nazri mengatakan pergantungan MB haram Perak bersama Exconya dari sidang DUN merupakan satu lawak dari speaker DUN Perak.

Bodohnya Nazri kerana tidak menjustifikasikan kenyataannya berdasarkan fakta undang undang dan perlembagaan.Nazri hanya menyatakan ianya satu lawak hanya dengan hujah budak budak yang tidak pernah sekolah dan tidak pandai membaca atau lebih teruk dari hujah budak tadika.Bodohnya Nazri.

Nazri mungkin hanya mahu menunjukan bahawa speaker DUN Perak silap dalam keputusannya tetapi Nazri gagal memberikan huraian undang undang tentang di mana silapnya speaker DUN Perak dalam keputusannya.Nazri juga mengabaikan fakta bahawa MB haram Perak hadir memberi keterangan di hadapan jawatankuasa yang membicarakan mereka, fakta yang menunjukkan MB haram Perak mengiktiraf kedudukan speaker dewan sebagaimana undang undang mengiktiraf kedudukannya sebagai speaker dewan.

Lalu, bagaimana Nazri boleh menyatakan keputusan speaker itu satu lawak?Seolah Nazri cuba memberi tahu tindakan speaker itu merupakan satu tindakan yang tidak berasas dan tidak diterima oleh undang undang sedangkan Nazri tidak pula mengatakan di bahagian mana undang undang yang tidak mengiktiraf keputusan speaker itu.

Nazri sebenarnya telah membuat lawak yang paling bodoh di antara lawak menteri menteri BN berkaitan isu Perlembagaan di Perak.Nazri nampaknya cuba melupakan bahawa hari ini rakyat yang mendengar kenyataan menteri menteri dan PM serta TPM, memberi tumpuan kepada impikasi undang undang dan perlembagaan yang sehingga hari ini masih gagal diberikan oleh mana mana menteri termasuk menteri yang menjaga undang undang.Yang didengar rakyat sehingga kini hanyalah lawak demi lawak dari PM dan menteri menterinya.

PM mengatakan speaker DUN Perak akan ditukar dan dia ada pendekatan undang undang untuk melakukannya sedangkan seluruh peguam dan pengamal undang undang negara tidak menemui satupun pendekatan untuk berbuat demikian dalam undang undang negara tanpa membubarkan dewan.Mulanya inilah lawak yang dikira paling bodoh tetapi dengan kenyataan terbaru Nazri mengenai keputusan speaker DUN Perak mengantung MB haram Perak dan Ecxonya menjadikan ianya sebagai lawak yang terlebih bodoh berbanding dari lawak PM dan lawak lawak menteri menteri lain.

Thursday, February 19, 2009

kemelut di PERAK

FEB 19 — Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, melalui rampasan kuasa pada 4 Februari lalu, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah menasihatkan rakyat supaya tidak mengadakan demonstrasi jalanan untuk meluahkan perasaan dan rasa marah.

Sebagai pemimpin negeri Umno dan Barisan Nasional yang tewas dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu, beliau mengajak rakyat Malaysia di Perak supaya menyelesaikan masalah melalui perbincangan atau saluran mahkamah.

"Jika ada ruang perundangan bagi menyelesaikan apa-apa ketidakpuasan hati, gunakanlah ruang perundangan itu untuk menyelesaikan apa-apa jua masalah," katanya kepada pemberita pada 7 Februari lalu.

Mungkin atas nasihatnya, Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah mengemukakan permohonan di mahkamah untuk mengisytiharkan perlantikan Zambry sebagai tidak sah.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar yang dilantik oleh DUN yang dibentuk selepas kemenangan sah Pakatan Rakyat tahun lalu turut menggunakan peraturan yang sah untuk merujuk Zambry dan enam Exco kerajaan negeri baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN semalam.

Keputusan Sivakumar mengejutkan banyak pihak. Beliau telah menggantung Zambry dari menghadiri sidang DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco selama 12 bulan atas alasan wujud kes prima facie terhadap mereka.

Menurut laporan media, Sivakumar menjelaskan: "Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan (Rabu)."

Menurut sumber-sumber Pakatan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak mempunyai hak untuk bertindak terhadap mana-mana Adun yang diputuskan telah melanggar peraturan tetap dan undang-undang tubuh kerajaan negeri, sama ada di dalam atau di luar DUN.

Tergamam Zambry dibuatnya kerana hujung minggu lalu beliau telah pun dipetik sebagai berkata: "Ini sungguh melucukan dan saya pun tak tahu semuanya ini tentang apa," walau pun beliau bersama enam Exconya tetap menghadiri mesyuarat khas itu semalam bagi memberi keterangan di hadapan Speaker DUN.

Sehari sebelum itu, Zambry telah memberitahu pemberita di Ipoh bahawa DUN Perak di bawah pimpinannya akan memilih Speaker baru yang akan ditentukan mengikut peraturan negeri.

"Buat masa ini, dia (Sivakumar) masih lagi Speaker DUN Perak. Tujuan saya datang ke pejabat beliau ini juga adalah kerana saya menghormati beliau sebagai Speaker. Saya juga mahu menunjukkan bahawa saya menghormati institusi DUN Perak itu sendiri," katanya.

Semalam, perkataan "lucu" didengar sekali lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Sivakumar sebagai dan kelakar seperti satu episod komedi yang tak masuk akal.

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu. Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod. Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN BN hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi."

Kini krisis di Perak dengan kisah satu kapal dua nakhoda semakin berlarutan.

Zambry sendiri mungkin tidak lupa dengan nasihatnya kepada Nizar minggu lalu apabila dia menyatakan: "Sudah berkali-kali saya nyatakan bahawa jangan kita berebut hendak jadi Menteri Besar hanya kerana mahu memiliki kediaman besar atau kereta besar. Saya pasti lama-kelamaan rakyat Perak akan faham dan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Biarlah rakyat menilai."

Tambahnya, Nizar juga tidak patut berperangai seperti budak-budak dan harus tunduk kepada keputusan Sultan Perak yang telah melantik beliau (Zambry) sebagai Menteri Besar.

Masalahnya, siapa yang berebut hendak menjadi Menteri Besar dan siapa pula kebudak-budakan? Siapa pula yang merampas kuasa dan siapa pula yang menggulingkan kerajaan negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia di Perak dalam PRU 8 Mac tahun lalu?

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula hari ini menyifatkan tindakan Speaker DUN Perak sebagai tidak menghormati keputusan Sultan serta satu usaha untuk mengguling kerajaan BN di negeri itu.

"Kita tahulah apa dia punya rancangan dan muslihat sebenarnya. Apabila Dewan bersidang dan jika Exco tidak boleh hadir, bermakna pihak BN tinggal 21 ahli, dan jika ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ia satu muslihat. Tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan," katanya kepada pemberita di Putrajaya pagi ini.

Mungkin bagi Abdullah, cara Pakatan mahu menggulingkan BN di Perak dianggap lebih buruk daripada mengumpan wang dan kedudukan kepada Adun-Adun Pakatan untuk melompat bagi menyokong BN atau pun memohon perkenan Sultan membubarkan DUN bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Nampaknya jika krisis ini berlarutan, mungkin Zambry pula yang terpaksa mohon derhaka merayu Sultan membubarkan DUN.

Sudah pasti jika DUN Perak dibubarkan dalam masa terdekat ini, Umno sememangnya menyokong penuh keputusan Sultan kerana ia sudah pun menjunjung kasih taat setia tak berbelah bagi kepada Raja-Raja Melayu.

Pembubaran DUN adalah antara keadah terbaik yang bukan sahaja demokratik tetapi adil serta memenuhi kehendak umum dan keperluan undang-undang. Jika tidak, setakat bertikam lidah, bertegang urat dan bercakaran seperti anjing dengan kucing akan mengabaikan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Semoga Abdullah yang mempunyai kebijakan tersendiri tidak akan memilih jalan-jalan yang boleh menghitamkan legasi yang ingin ditinggalkannya sebagai perdana menteri untuk semua serta pemimpin yang berperibadi mulia.

Wajib Pilih Pemimpin Ikut Ketetapan Allah

" Apa yang akan saya perkatakan di sini adalah bertujuan untuk membuka minda anda semua betapa peri pentingnya soal memilih pemimpin yang memerintah sesebuah negara. Perlu diingat pemimpinlah yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar negara yang diperintahnya. Jika baik pemimpinnya, maka baiklah negara dan rakyatnya. Dan jika sebaliknya, maka rosaklah negara dan rakyatnya.

Sebelum saya meneruskan pembicaraan di sini, saya mahu anda buka minda seluas-luasnya dan ingat bahawa kita adalah seorang Muslim yang mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Ketepikan dahulu soal parti mana yang anda sokong. Kosongkan jiwa anda dari mana-mana pengaruh.

Baiklah. Sekarang kita sebagai seorang Muslim yang belum menyertai mana-mana parti. Apa yang ada di hadapan kita sekarang ialah Al-Qur'an dan Hadis.

Saya ambil terjemahan ayat Qur'an dari Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita agar menjadi seorang Islam yang tulen. Bahasa mudahnya seluruh hidup hanya berpandukan Al-Qur'an dan Hadis. Amal 'ibadah, makan-minum, pakaian, pekerjaan, jodoh, rumahtangga, pergaulan, hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik dan segala-galanya mesti menuruti apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan yang diajar oleh Rasulullah. Termasuklah soal memilih pemimpin (khalifah) ini.

Kita mesti ingat, setelah kewafatan Rasulullah, perkara pertama yang dibuat oleh para sahabat adalah berbincang tentang siapa yang akan dilantik menjadi Khalifah pertama bagi memimpin negara pada ketika itu. Ringkasnya, seluruh sahabat sepakat melantik Saiyidina Abu Bakar. Sebenarnya para sahabat menyedari bahawa sebelum kewafatan Rasulullah, Baginda telah memberi isyarat dengan meminta Abu Bakar menjadi Imam solat berjamaah pada hari kewafatannya. Setelah semuanya sepakat memilih Abu Bakar, barulah jenazah Rasulullah diuruskan.

Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya soal pilih pemimpin.

Seterusnya dalam Al-Baqarah (2) : ayat 30 ;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Apa tanggungjawab Khalifah ?

Dalam ayat 30 ini, Ulama' tafsir menjelaskan tanggungjawab Khalifah ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di mukabumi ini dengan berdasarkan Wahi (Wahyu) dan syari'at Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah. (Sila Rujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)

Para Ulama' Muktabar pula menyebut tanggungjawab Khalifah (pemimpin) ini ialah menegakkan agama dan mentadbir (siasah) dunia dengannya (agama).

Apa pula maksud 'agama' dalam ayat "mentadbir dunia dengan agama" ini.

Rasulullah SAW menjelaskan maksud AGAMA ialah ;

"Undang-undang dan cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas makhluk."

Baiklah. Pemimpin yang bagaimana kita wajib pilih ?

Allah telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita semua tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib kita pilih dalam Surah As-Sajdah (32) : ayat 24 ;

"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."

Mengapa Allah perintahkan Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah ?

Rasulullah berhijrah ke Madinah kerana mahu tegakkan dahulu Negara Islam di sana. Di Mekah pada waktu itu belum boleh ditegakkan Negara Islam sebab penentangan masih terlalu kuat daripada kalangan puak musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.

Sudah jelas kepada kita semua bahawa Politik (siasah syar'iah) itu ada di dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri adalah seorang Perdana Menteri bagi Negara Islam Madinah. Baginda juga seorang ahli politik yang cekap dan bijaksana.

Jika ada di kalangan individu Muslim yang mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah berpolitik, saya nasihatkan agar individu tersebut mendapatkan 'rawatan segera' sebelum terlambat.

Apa hukumnya bagi seseorang mengatakan "politik suku dan agama suku" ?

Fatwa seorang Ulama' Masyhur, Syeikh Mustafa Sabri (1869 - 1954) yang hidup di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah menyebut :

"Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."

Apakah kriteria pemimpin yang wajib kita ta'ati ?

Dalam Al-Qur'an, Allah jelaskan dalam Surah An-Nisaa' (4) : ayat 59 ;

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Apa maksud "Ulil-Amri" ? Maksudnya pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mentadbir dan memerintah negara dengan berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Allah.

Malangnya hari ini ramai umat Islam dalam negara tidak berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah dalam soal pilih pemimpin. Masalah ini berlaku ekoran daripada majoriti umat Islam masih berpegang kepada satu fahaman yang mengatakan agama lain, politik lain. Inilah fenomena yang amat membimbangkan kita kerana fahaman sebegini boleh menyebabkan Iman seseorang boleh terbatal tanpa sedar.

Bagi golongan Ulama' Pengampu (ulama' jahat) pula, mereka inilah yang banyak menyesatkan umat Islam dengan menyembunyikan kebenaran yang diketahui demi mempertahankan jawatan dan pangkat mereka (habuan dunia). Allah SWT melaknat golongan ini sepanjang hayat mereka selagi mereka tidak bertaubat dengan menyatakan kebenaran yang disembunyikan itu.

Dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 yang bermaksud ;

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Bolehkah Umat Islam Menjadi Ahli dan Menyokong UMNO ?

Oleh kerana UMNO sudah lama memerintah Malaysia dan merupakan sebuah parti orang Melayu yang terbesar dalam negara, maka saya mahu membawa minda anda untuk menilai apakah sebenarnya dasar dan fahaman UMNO selama ini.

Pertama, Almarhum Tunku Abd.Rahman selaku Presiden UMNO yang pertama mengesahkan sendiri bahawa UMNO adalah sebuah Parti Kebangsaan yang berfahaman sekular. Fahaman Sekular inilah yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman Kristian yang menyesatkan.

Jelas kepada kita hari ini bahawa UMNO memang sebuah parti sesat.

Bagaimana pula dengan pemimpinnya ?

Bagi orang yang berakal dan celik hatinya, pasti boleh menilai sendiri bagaimana dengan kedudukan 'Aqidah para pemimpin UMNO.

Jika merujuk kepada fatwa Syeikh Mustafa Sabri tadi, memang jelas pemimpin UMNO terdiri dari golongan kafir dan munafiq.

Bolehkah umat Islam memilih pemimpin UMNO ?

Tepuk dada tanya iman anda ...

Sebelum menutup bicara, sila perhatikan maksud ayat dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "

Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh golongan manusia yang salah pilih pemimpin.

Speaker DUN Kedah pertahan Sivakumar

ALOR SETAR 19 Feb. — Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata rakan sejawatannya di Perak, V. Sivakumar, berhak untuk menggantung serta melarang Menteri Besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.

“Yang paling berkuasa dalam konteks peraturan dewan adalah kita (Speaker) dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan enam anggota exco itu antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya mengenai kesan akibat tindakan Sivakumar itu, Abdul Isa berkata pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan wakil rakyat dari Barisan Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.

“Jika pada masa itu, ada satu usul ingin dibentangkan untuk diundi, maka keputusan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan daripada situ macam-macam implikasi lain mungkin timbul,” katanya. — Bernama

Mahkamah Syariah boleh dakwa kekasih Elizabeth jika ada bukti


PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) setakat petang ini tidak menerima sebarang aduan berhubung isu pengedaran gambar atau video separuh bogel wakil rakyat Selangor, Elizabeth Wong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan.

Beberapa laporan media termasuk blog dan portal berita sejak beberapa hari lalu mendakwa teman lelaki Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah orang Melayu beragama Islam.

Laporan-laporan itu mendakwa gambar-gambar itu dirakamkan oleh teman lelakinya yang telah putus hubungan.

Malah, Wong dalam kenyataan media dua hari lalu juga menegaskan, beliau tidak akan mendedahkan secara terbuka orang yang merakamkan gambar didakwa separuh bogel dan berada dalam keadaan intim.

Elizabeth, Ketua Penerangan Wanita PKR, kini sedang bercuti selepas semalam mengumumkan hasrat untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Jelas Zahid, jika ada laporan berkaitan isu berkenaan ia akan dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), yang terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelasnya, JKSM bersedia untuk menjalankan siasatan jika menerima laporan rasmi berhubung hal tersebut. “Saya hanya terima dua SMS, satu daripada portal Agendaily dan satu lagi daripada seorang yang tidak dikenali.

"SMS sahaja tidak cukup untuk dijadikan bukti, kita perlukan laporan formal dan mangsa (Wong) sendiri boleh membuat laporan di abatan Kehakiman Syariah Malaysia,” katanya kepada mStar online hari ini.

Tambah beliau, jika ada laporan yang diterima, kekasih kepada Exco Selangor tersebut boleh didakwa di Mahkamah Syariah kerana terdapat peruntukan dibawah undang-undang syariah di negara ini.

“Dia (Wong) sendiri boleh membuat laporan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan tindakan selanjutnya akan diambil.

“Walaupun dia bukan beragama Islam, dia boleh menjadi saksi ketika perbicaraan tersebut berlangsung. Jika didapati bersalah, kekasih Wong boleh dikenakan tindakan mengikut budi bicara mahkamah,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali juga mengakui pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung hal tersebut.

“Sehingga kini kami belum terima sebarang laporan rasmi. Jika ada laporan diterima saya baru saya boleh putuskan tindakan yang akan dikenakan,” katanya.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, perkara tersebut tidak terdapat dalam peruntukan undang-undang syariah di Selangor kerana ia bersifat peribadi.

Karpal dakwa Ketua Hakim Negara terlibat rasuah

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini mendakwa beliau mempunyai keterangan untuk membuktikan yang Ketua Hakim Negara Tan SriZaki Azmi, terlibat dalam rasuah.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP, mendakwa Zaki telah dengan jelas membuat pengisytiharan mengenai perkara itu di Kuching pada 7 November tahun lepas tetapi kemudian menafikannya.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, Karpal turut memperdengarkan rakaman kononnya memuatkan percakapan Zaki mengenai perkara itu di Kuching.

"Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk tentukan adakah dia salah, atau adakah dia layak meneruskan sebagai Ketua Hakim Negara...lebih elok kalau dia sendiri dengan rela letak jawatan," katanya. BERNAMA

Wednesday, February 18, 2009

Unit Amal jasamu tak terbalas..salute ..!!

Dalam kita dok sebok-sebok dengan krisis politik disana-sini, aku dok perati ada satu Yayasan dalam Pakatan Rakyat yang aku nampak amat efektif dan paling kedepan sekali dalam setiap krisis baik politik mahupun sosial di Malaysia.

Sungguh, lama dah aku dok perati unit ni dan memang aku cukup-cukup respek dekat depa. baik masa demo, sessi ceramah, perhimpunan dengan permit atau tak dak permit semua petugas-petugas ni boleh dikatakan cukup efisisyen, teratur dan tersusun.

Sapa dalam ramai-ramai pro Reformasi atau pro Pakatan Rakyat atau pro Barisan Nasional yang tak pernah tengok geng-geng Baju Merah/Barret Merah... kalau hangpa nak tau, yang tu la Unit Yayasan Amal Parti Islam SeMalaysia.

Geng-geng ni aku cukup tabik... sepanjang aku dok ikut mana-mana aktiviti Pakatan Rakyat atau NGO, memang Unit Amal ni lah yang banyak dok bantu melancarkan semua perjalanan aktiviti.

Kalau dekat ceramah, tak kira yang besar, yang mega atau raksasa, memang hancoss kalau tak dak Unit Amal... (ni pandangan peribadi aku la...). paling ketara ialah traffic. depa ni cukup terlatih dalam bab lalu lintas. tak percaya hangpa tanya sahabat kita dari Unit Trafik PDRM.

Aku tengok dekat mana-mana perhimpunan kalau ada Unit Amal, polis trafik memang boleh dok rileks. tak payah pening kepala naak angkat tangan tiup wisel, libas kanan, libas kiri. dari jalan besar nak pi ke tempat perhimpunan, Unit Amal dah ada dah dan depa akan guide pengunjung arah mana nak pi.

Contoh paling ketara masa Perhimpunan Sejuta Rakyat dekat Stadium Kelana Jaya. yang ni ketara sangat nampak. belah pagi masa aku sampai, trafik cukup-cukup lancar. tengahari lepas Unit Amal tarik diri pasai tak setuju dengan salah satu program hari tu... terusss hancur lalulintas... jem bagai...

Tutup cerita yang tu... hangpa ingat dak Perhimpunan Sejuta Rakyat (BERSIH)? depa ni jugak la yang dok counter peserta perhimpunan supaya tak keluar dari kawasan liputan... cukup efisyen... mana yang nampak nak buat kecoh, terusss cekup bawak keluar dari kumpulan orang ramai. mana yang nampak lebih-lebih terusss depa reject. tu pasai perjalanan program cukup cantik...

Lepas habis perhimpunan, ada benda paling pelik berlaku... perhimpunan BERSIH betul-betul menepati moto BERSIH... nak cakap jumpa sampah sepanjang jalan? jangan harap la... rupa-rupanya depa pun ada jugak unit yang dok pantau bab kebersihan kawasan program. Majlis Bandaraya pun boleh goyang kaki. tak payah susah-susah nak kutip sampah.

Ni aku dok dekat Ipoh pun aku dok perati depa jugak... dari awal krisis politik aku tengok depa dah berkampung dah dekat Ipoh... rumah YB-YB semua depa jaga. lepas tu dekat rumah rasmi MB pun depa berkampung jugak sampai la ni.

Aku sempat jugak tanya sorang dua pasai Unit Amal ni berapa RM elaun PAS bayaq untuk depa buat kerja ni? rupanya tak dak elaun beb... ni betul-betul beramal... pergh... tabik spring dekat hangpa... sehari aku dok perati dekat kawasan rumah MB tak kurang dari 10 orang Unit Amal bertugas bergilir-gilir siang malam.

Yang bertugas pulak bukan datang dari Ipoh je... merata-rata ceruk depa datang... agak free tak dak kerja, sampai la depa...

Tahniah buat Yayasan Amal kerana berjaya mendidik dan melatih barisan sukarelawan Unit Amal dengan disiplin dan jati diri yang tinggi dan juga berjaya membawa nama Unit Amal sebagai satu unit sukarelawan yang tidak dapat ditandingi dari segi kelancaran dan juga keefisyenan jalan kerjanya.

Untuk petugas-petugas Unit Amal pulak, jasa hangpa terlalu banyak. harap satu hari nanti mereka-mereka ini tidak dipinggirkan kalau ada antara depa ni berada dalam kesempitan.

24 jam... tak dak gaji... oit... UMNO ada dak Unit macam ni..?

sumber perisikrakyat

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.


MB S'gor saman Khir Toyo

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.

khalid ibrahim on klang bas terminal 090109 03Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Januari lalu.

Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam, lapor Bernama.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

khir toyo interview 121207 seriousSeterusnya Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir juga enggan meminta maaf walaupun satu surat tuntutan untuk beliau memohon maaf telah dihantar kepadanya pada 3 Februari lalu.

Justeru, Menteri Besar itu memohon gantirugi pampasan, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Sementara itu, S.N. Nair ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman itu berkata Menteri Besar bertindak memfailkan kedua-dua saman itu setelah Dr Mohamad Khir enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau walaupun telah diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian.

"Jumlah gantirugi kita tidak nyatakan, terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Apa yang penting buat Tan Sri (Abdul Khalid) ialah untuk membersihkan namanya kerana jelas sekali semua dakwaan terbabit tidak benar dan kenyataan terbabit juga dibuat tanpa dipastikan kebenarannya terlebih dahulu," katanya.

Kaedah 'tangkap muat' pilih calon punca masalah PKR


Empat orang ADUN Parti Keadilan Rakyat yang terlibat dengan salah laku peribadi, Dari kiri, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi,bekas ADUN Bukit Selambau,V.Arumugam dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum matang dalam memilih calon yang benar-benar layak menjadi wakil mereka dalam pilihan raya.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, Pakatan sebagai sebuah perikatan gabungan parti PKR, DAP dan PAS mempunyai masalah dalam menyelesaikan kemelut yang melanda wakil rakyat mereka.

"Apa yang berlaku ini juga berpunca daripada kelemahan dalam struktur parti yang mana Pakatan yang masih baru ini masih belum ada persefahaman yang mendalam antara parti.

"Gabungan mereka masih longgar dan mereka baru sahaja melalui beberapa persefahaman termasuk satu lawan satu, agihan kerusi dan disiplin parti mereka juga tidak kuat jika dibandingkan dengan BN," katanya.

BN katanya mempunyai mekanisme yang telah ditetapkan dan menekankan disiplin yang kuat dalam pemilihan calon untuk menjadi wakil rakyat.

Selain itu, Dr Azeem berkata, pemilihan seseorang wakil rakyat itu juga seharusnya tidak hanya perlu menekankan kepada rekod kerja tetapi juga kehidupan peribadi beliau.

"Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan ia sebenarnya bermula dengan masalah peribadi.

"Dalam kes ADUN Bukit Lanjan, kita lihat ia berpunca daripada kehidupan peribadi beliau sendiri," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu peletakan jawatan beberapa wakil rakyat daripada Pakatan termasuk yang terbaru, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan berikutan tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Dr Azeem berkata, hal yang sama turut berlaku kepada dua ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu yang kini sedang menghadapi tuduhan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

"Mereka terlibat dengan tuduhan rasuah dan itu juga merupakan peribadi mereka," katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman adalah bekas wakil rakyat PKR dan kini telah keluar daripada parti dan menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin berkata, pemilihan calon yang 'tangkap muat' menyumbang kepada masalah disiplin yang berlaku dalam Pakatan.

"Mereka sebelum ini mengamalkan 'janji ada calon' kerana matlamat mereka adalah untuk menang dalam pilihan raya umum.

"Bagaimanapun saya percaya, pada pilihan raya yang akan datang, mereka akan mengambil iktibar melalui apa yang berlaku dan akan memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili parti mereka," katanya.

Dr Ghazali juga tidak bersetuju dengan tindakan Pakatan yang mendakwa BN adalah dalang kepada masalah yang sedang dihadapi mereka.

"Kita tidak boleh buat tuduhan tanpa bukti. Kalau betul, buktikan."Kalau buat tuduhan tanpa bukti begini, kita akan membiarkan rakyat tertanya-tanya," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini menuduh BN menjadi dalang dalam usaha menjatuhkan imej dan prestasi wakil rakyat mereka.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, isu moral sememangnya sesuatu yang amat penting dalam memilih seseorang pemimpin.

"Bila masalah peribadi seperti ini terdedah, ia akan menjadi tumpuan umum dan akhirnya dipolitikkan.

"Pada saya, perlu ada satu badan untuk menilai rekod seseorang calon itu. Ia bukan hanya perlu bersandarkan rekod yang baik tetapi juga peribadi beliau.

"Mungkin perlu ada siasatan daripada pihak polis, kastam atau mahkamah bagi memastikan rekod seseorang yang mahu dipilih menjadi pemimpin itu benar-benar bersih," katanya.

Soi Lek: "Dunia belum kiamat bagi Elizabeth"


KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah melakukan tindakan yang betul dengan menawarkan diri untuk meletak jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya dalam internet.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau memahami apa yang dilalui oleh Wong dalam tempoh 48 jam lepas dan menyampaikan simpati dan sokongan kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor itu.




Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Wong, wakil rakyat berusia 37 tahun dari Parti keadilan Rakyat (PKR) itu perlu tabah dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini.

"Dunia belum kiamat lagi dan Elizabeth Wong perlu tabah dan berani mengharungi ribut yang melanda dalam hidupnya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya www.drchua9.blogsport.com hari ini.

"Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia mendapat simpati dan sokongan daripada saya," katanya.

Dr. Chua sendiri telah mengalami nasib yang hampir sama apabila meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti politik selepas mengaku sebagai orang yang sama dalam rakaman sex cakera padat digital (DVD) yang disebarkan di Johor pada penghujung tahun 2007.

Bagaimanapun, beliau kembali ke arena politik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti MCA Oktober lalu.

PAS dan skandal seks pemimpin parti lawan

Ahmad Tajdid
Wed | Feb 18, 09 | 2:30:51 am MYT

BUKANlah sesuatu yang wajar jika kehidupan peribadi seseorang didedahkan kepada umum, apatah lagi jika ianya menyentuh tentang aib seseorang. Apatah lagi jika 'kejahatan' yang dilakukan itu dibuat di tempat tertutup dan pelakunya sendiri tidak berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan berasa malu jika kejahatannya diketahui orang.

Itulah sebenarnya hikmah mengapa tuduhan zina perlu ditampilkan dengan empat orang saksi. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki yang adil dan tidak fasik. Semuanya bertujuan untuk menjaga aib orang yang dituduh dan untuk memastikan tidak ada insan yang teraniaya dengan tuduhan itu.

Apa yang menimpa Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah sesuatu yang malang. Selepas gambar separuh bogel yang dirakamkan ketika beliau tidur disebarkan kepada media massa, MMS dan internet, Elizabeth mengambil keputusan meletakkan jawatan Exco dan Adun walaupun beliau sebenarnya teraniaya.

Atas dasar prinsip, Elizabeth sanggup melepaskan jawatan kerana bimbang masalah peribadinya itu akan dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya untuk memburuk-burukkan organisasi politik dan kerajaan negeri yang diwakilinya.

Setakat ini, ramai yang menyatakan simpati terhadap apa yang dialami olehnya termasuk Pergerakan Wanita MCA. Bagaimanapun, ada juga pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Antara yang terawal memberi komen ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Turut sama mengalu-alukan keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan ialah Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Begitulah gelagat pemimpin Umno. Mereka sibuk dengan soal moral dan akhlak pemimpin-pemimpin bukan Islam (seperti yang menimpa Elizabeth dan Adun Bukit Selambau, V Arumugam di Kedah), tetapi tidak pula prihatin dengan akhlak dan moral para pemimpin parti mereka sendiri, yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ketika Mohd Khir Toyo menjawat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tiga skandal peribadi membabitkan dua ahli Dewan Rakyat dan seorang ahli Dewan Negara Umno Selangor cuba dipendamkan beliau dari pengetahuan umum.

Khir tidak pula sibuk mendesak ketiga-tiga pemimpin Umno negeri itu supaya meletakkan jawatan, malah tempoh 'senatorship' salah seorang daripada mereka dilanjutkan!

Dan sebenarnya, jika skandal seks dan moral para pemimpin Umno didedahkan satu persatu kepada umum, pastinya kita akan loya dan muntah apabila mendengarnya!

Bagi mereka yang agak ragu-ragu, percayalah... Ini bukannya 'cubaan', tetapi benar-benar kejadian!

Penulis tidak berhasrat untuk mengaibkan mereka, tetapi cukuplah untuk memberi amaran kepada para pemimpin parti tertentu supaya tidak bertindak di luar batasan.

Mungkin ramai yang mengenali Tan Sri Abdullah Ahmad atau Abdullah Kok Lanas. Abdullah lewat kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu (ketika menerajui akhbar terbabit) pernah membangkitkan dilema yang dihadapi oleh para pemimpin parti sebuah negeri di Semenanjung untuk mencari seorang calon Menteri Besar. Calonnya sudah dikenal pasti, tetapi ada yang tidak bersetuju kerana bakal pemimpin itu dikenali sebagai seorang yang suka berpoya-poya ketika belajar di luar negara.

Tidak payahlah bagi penulis mendedahkan siapakah pemimpin itu. Bagi mereka yang ingin tahu, buatlah carian sendiri di perpustakaan ataupun arkib untuk membaca tulisan Abdullah Kok Lanas.

Ketika menjelang pilihan raya umum 1995, isu khalwat membabitkan seorang pemimpin muda PAS hangat diperkatakan. Para pemimpin Umno menggunakan isu ini semaksimum mungkin untuk menjatuhkan maruah PAS. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan para pemimpin PAS, isu khalwat itu dapat ditangani dengan baik. Pemimpin muda PAS itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan menang di kawasan parlimen yang ditandinginya dengan majoriti lebih besar.

Di waktu yang sama, para pemimpin PAS dan Harakah menerima maklumat daripada sumber yang tidak diketahui tentang skandal seks membabitkan seorang pemimpin parti lawan PAS yang juga diwar-warkan sebagai calon Menteri Besar di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.

Lebih memeranjatkan, pemimpin terbabit pernah menerajui sebuah institusi agama dan kerap kali menyerang PAS dalam pelbagai isu agama dan politik. Malah beliau jugalah yang sering 'tumpang semangkuk' memberi komen dan mengulas tuduhan khalwat pemimpin muda PAS itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS untuk mengesahkan maklumat yang diterima. Malah pemimpin PAS itu tidak menafikan maklumat yang diperolehi. Beliau bukan sahaja menjadi teman rapat pemimpin terbabit ketika kejadian itu berlaku, malah diminta menjadi wakil untuk meminang wanita tersebut bagi pihak pemimpin politik itu!

Bagaimanapun, skandal seks itu tidak dijadikan modal oleh PAS untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Meskipun begitu, para pemimpin parti tersebut diberitakan terpaksa mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu; khuatir jika ia dijadikan modal kempen oleh PAS negeri.

Dan ketika Setiausaha Perhubungan PAS negeri terbabit ditanya sama ada mahu menggunakan isu skandal seks itu dalam kempen pilihan raya, beliau penuh yakin berkata: "Itu bukan cara kita berpolitik."

Isu skandal seks pemimpin bukanlah suatu yang asing dalam politik negara. Seperti kata Menteri Besar Kedah ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan salah laku moral yang melanda bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Bukit Selambau, V Arumugam: "Ada yang lebih teruk daripada itu, buat hubungan dengan suami dan isteri orang..."

Dan pastinya yang berperangai seperti itu ialah pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Kita yakin kisah-kisah penarafan-X (x-rated) itu ada dalam 'kocek' Ustaz Azizan. Cuma sebagai pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak tergamak meluahkannya di khalayak umum.

Bukan akhlak dan moral PAS untuk bertindak seperti Umno. Tetapi jika keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan BN secara berterusan menggunakan tektik kotor ini... Adakah pilihan lain bagi PAS?_

Tuesday, February 17, 2009

Anwar, kita akan putuskan bila Eli habis bercuti


PKR akan membuat keputusan mengenai status exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong selepas beliau balik dari cuti, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun diasak berulangkali, Anwar enggan menyatakan berapa lama Elizabeth akan bercuti.
parliament 170209 anwar ibrahim pc
Anwar juga berkata beliau akan meminta Elizabeth menimbang semula keputusannya menawar untuk meletakkan jawatan exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Kita akan meminta beliau menimbangnya semula," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar turut mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto-foto bogel Elizabeth kepada umum.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

RM720,000.00 setahun 'biayai' tiga penasihat Perak


KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - "Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api."




"Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut."

Demikian dinyatakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zamby Abd Kadir yang dituduh menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Nga setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.

"Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut semalam

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham dan para penyokong parti tersebut.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Dato' Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Dato' Chang Ko Youn (Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Dato' S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Dato'Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.-azm _ - Harakahdaily

Kes Altantuya, Najib bakal didakwa di mahkamah ?

Dilulus terbit pada Tuesday, February 17 @ 15:00:02 MYT oleh TokBatin
Analisis Isu Oleh puyuh

" SHAH ALAM [3.47 pm] - Apa lagi yang ditunggu oleh mahkamah?. Sudah terang lagi bersuluh, tertuduh dalam kes Altantunya secara jelas menyatakan di mahkamah yang beliau telah mengaku "menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka". Soalnya sekarang, siapakah pihak terbabit?. Razak Baginda, ADC Musa Safri atau siapa?. Umum mengetahui bahawa kedua-dua nama tersebut ada kaitan dengan Najib Razak. Jika benar kata Sirul Azhar beliau hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ADC Najib iaitu Deputi Supritenden (DSP) Musa Safri. Maka kita perlu tanya pula ADC Musa Safri pasti menerima arahan daripada "bossnya"!. Siapakah boss beliau itu gamaknya?.


Memang sudah menjadi tradisi bahawa seseorang ADC akan hanya mengikut arahan yang dibuat oleh bossnya sahaja. Jika A kata bossnya, maka A lah kata beliau biarpun benda itu ada B. Ini bermakna ADC Musa Safri pasti mendapar arahan dari bossnya untuk melaksanakan niat jahat tersebut. Masakan "teori" sebegini pun masih gagal dibaca oleh mahkamah. Apa lagi "dalih" yang mahu dilakukan untuk menggagalkan kes ini. Razak Baginda sudah dibebaskan dan kini apakah Sirul dan Azilah juga bakal dibebaskan?. Jika ini berlaku, siapakah yang bersalah sebenarnya dalam kes pembunuhan ngeri wanita Monggolia Altantunya Shaariibuu itu?.

Apakah mungkini kita sekali lagi akan menyaksikan adengan yang sama seperti kes pembunuhan "Noritta Shamsuddin" dulu?. Tertuduh dalam kes itu Haneef Basri akhirnya dibebaskan dan tiada siapa yang menerima hukuman. Pihak polis pula mengatakan bahawa "terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti" yang melakukannya. Soalnya, siapakah lembaga itu? Kenapa polis tidak menyiasat dan membuktikan dakwaan tersebut. Ini bermakna pembunuh Noritta masih berada diluar sana dan boleh membahayakan wanita lain pada bila-bila masa sahaja. Walhal, umum mengetahui bahawa kes pembunuhan Noritta itu turut dikaitkan dengan pemimpin atasan UMNO yang juga pernah berada dalam kabinet Pak Lah sendiri. Apakah kini, kes Altantunya juga akan menyaksikan "lembaga" wujud kembali.

Akhirnya mahkamah akan membebaskan kedua-dua tertuduh dan mengesahkan ada lembaga yang meletupkan mayat Altantunya. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang menerima hukuman tang setimpal. Sepatutnya, mahkamah pada masa ini sudah boleh memanggil "boss" kepada ADC Musa safri dan Razak Baginda untuk memberikan keterangan. Keluarkan "sapina" dan bawa beliau ke muka keadilan, jika benar integriti mahkamah sudah pun dibersihkan. Apa yang mahu ditakutkan sangat jika "beliau" memang tidak bersalah?. Kemukakan bukti dan prima facie bagi mengukuhkan hujah di mahkamah. Bukan hanya dengan berhujah diluar kononnya "saya tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa fitnah" !! Apakah ada undang-undang yang berbeza dalam kes-kes berprofail tinggi seperti ini?. Nampaknya kes Altantunya ini semakin mengundang persoalan yang mengelirukan.

Terkini Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh kes tersebut hari ini meminta dia dibebaskan ataupun sebagai alternatif, mengisytiharkan sebagai kesilapan perbicaraan bagi membolehkan ia didengar semula membabitkan kesemua tiga tertuduh. Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin membuat penghujahan pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin. Selain Sirul, turut dituduh ialah anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri. Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, sebelum ini telah diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006. Tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda, penganalisis politik, sudah pun dibebaskan akhir tahun lalu. Sirul yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Altantuya berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. "Saya tidak pernah mengenali mangsa di dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi atau sebaliknya dengannya. Saya juga tidak mengenali Abdul Razak Abdullah Baginda dan tidak mempunyai urusan. "Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas," katanya.

Sambil mengesat air mata, Sirul merayu kepada mahkamah yang katanya berada dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan matinya, supaya tidak menghukumnya. Katanya, Azilah (foto) meminta pertolongannya untuk membuat rondaan di sebuah banglo di Bukit Damansara iaitu rumah rakan Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri yang dimaklumkan mempunyai "masalah perempuan". Sepatutnya dengan penjelasan Sirul ini juga, mahkamah perlu juga mendengar keterangan kenapa Altantunya menuntut "wang" dari Razak Baginda. Sudah pasti ada sesutau "urusan" yang berlaku diantara mereka sebenarnya. Maka apakah urusan tersebut? Apakah ia berkaitan dengan pembelian kapal selam atau pun jet pejuang Sukhoi? Semua ini harus di jawab dan diperhalusi dengan adil dan telus. Soalnya sekarang, kenapa hal pembunuhan dan ugutan yang diketengahkan. seolah-olah Altantunya mengugut "tanpa sebab musabab". Apakah munasabah ini berlaku, perkara pokoknya sekarang ialah kenapa beliau datang ke Malaysia ingin bertemu Razak baginda?. Dan kenapa pula "rekod kehadirannya" dipadamkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Semua ini mengundang seribu tanda tanya sebenarnya. Maka seharusnya juga mahkamah memanggil Najib Razak untuk memberi keterangan, jangan diberi muka langsung dalam hal ini. Nampak sangat mahkamah kita kini seperti "panggung sandiwara" yang membicarakan satu kes yang sudah boleh "diagak serta diputuskan" oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu, terbukti kini bahawa Najib Razak tidak layak jadi Perdana Menteri jika beliau takut untuk mempertahankan dirinya di mahkamah sebenarnya.

[Najib perlu membersihkan imej dan maruhnya secara profesional. kemukakan bukti dan bawa ke mahkamah untuk mempertahankan diri. Inilah yang rakyat mahu sebenarnya !! Bukan berdiri di luar gelanggang kemudian "melolong serta memekik" bahawa dirinya tidak bersalah serta tidak mengenali langsung Altantunya. Mana mungkin tidak kenal jika semua yang tertuduh mempunyai hubungan akrab dengan beliau?. Ikut logik dan akal fikiran yang waras pun kita tahu pasti Najib ada kaitan. Tambahan pula namanya pernah beberapa kali disebut dalam mahkamah. Mengapakah beliau takut ke mahkamah? Inilah persoalannya yang perli dijawab oleh rakyat dalam pilihanraya kecil Bukit gantang dan Bukit Selambau pada bulan April ini nanti !!].

Umno cukup takut berdepan mahkamah rakyat di Perak

By Razali Endun

FEB 17 — Kemelut politik di Perak semakin kalut. Adun Pangkor, Dr Zambry Abdul Kadir sudah pun mengangkat sumpah pada jam 4.00 petang hari Jumaat 6 Februari sebagai Menteri Besar yang baru. Nama beliau diperkenankan oleh Sultan Perak setelah dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Manakala Mohammadd Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititahkan oleh Tuanku Sultan berbuat demikian. Sebelum itu Nizar telah menghadap Sultan mohon perkenan baginda untuk dibubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semua ini bermula apabila dua Adun KeADILan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) yang bermasaalah membuat kecoh dengan menghilangkan diri. Mereka diikuti pula oleh Adun Jelapang dari DAP Hee Yit Fong, telah mengisytiar keluar dari parti masing-masing, menjadi calon bebas dan sekali gus menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Sebelum itu, pada 25 Januari Nasarudin Hashim, Adun Bota dari Umno telah mengisytihar keluar Umno dan masuk KeADILan. Sepuluh hari selepas itu beliau masuk semula ke dalam Umno. Kehilangan Jamaluddin dan Mohd Osman menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi. Ada andaian mengatakan mereka diculik oleh pihak tertentu untuk dipujuk, dipaksa atau diugut untuk keluar KeADILan.

Namun ketika kehilangan beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar telah menerima surat perletakan jawatan kedua-dua Adun ini dan telah memaklumkan kekosongan kedua kerusi tersebut kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Perak.

Pada 3 Februari Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan bahawa kedua-dua kerusi itu masih tidak dikosongkan kerana ada keraguan terhadap kesahihan surat perletakan jawatan itu kerana dinafikan oleh kedua-dua Adun tersebut melalui wakil-wakil mereka dalam satu sidang media pada 3 Februari.

Tindakan SPR yang enggan menerima makluman Speaker Perak tentang kekosongan yang berlaku itulah yang menjadi punca segala kemelut ini.

Pihak Pakatan Rakyat mempertikaikan kuasa SPR menolak notis pemberitahuan Speaker Perak yang mereka anggap telah melampaui kuasa yang ada pada badan itu.

SPR seolah-olah bertindak sebagai mahkamah menentukan kesahihan surat perletakan jawatan itu. Sementara SPR mungkin terikat dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang menolak surat perletakan jawatan yang serupa. Pada 1990 kes yang sama berlaku di Kelantan, mahkamah menolak permohonan Speaker untuk mengosongkan kerusi dari ahli yang melompat.

Tugas SPR ialah menetapkan tarikh pilihan raya kecil setelah dimaklumkan kekosongan itu oleh Speaker. Tindakan undang-undang biarlah pihak Adun berkenaan ambil sekiranya mahu mempertikaikan keputusan Speaker atau SPR. Malah bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abd. Rahman dalam suatu wawancara dengan sebuah setesen TV bersetuju bahawa SPR tidak ada pilihan lain melainkan mengadakan pilihan raya kecil.

Di antara fungsi utama SPR ialah mengendalikan pilihan raya, membuat dan menyimpan daftar pemilih dan persempadanan semula kawasan pilihan raya. SPR tidak ada kuasa menentukan kesahihan surat perletakan jawatan atau mempertikaikan kekosongan yang telah dimaklumkan oleh Speaker.

Atas penolakan SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itulah, maka Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan akan memohon agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri oleh Sultan. Pada masa yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar memfailkan saman mohon mahkamah mengisytiharkan kekosongan di tiga kerusi DUN iaitu,

Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang. Pengisytiharan mahkamah ini diperlukan bagi memaksa SPR mengiktiraf kekosongan ketiga-tiga kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri pula menghadap Sultan dan mempersembahkan bahawa BN mempunyai suara majoriti dalam Dun setelah mendapat akujanji dan sokongan daripada ketiga-tiga Dun Bebas itu. Sultan juga telah memanggil semua Adun BN termasuk ketiga-tiga wakil bebas itu untuk mendapatkan kepastian.

Setelah itu Nizar dititah menghadap Sultan dan diminta supaya meletakkan jawatan kerana baginda tidak perkenan untuk membubarkan DUN. Perlu diingat, BN mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan kini Bebas 3. Ketiga-tiga wakil Bebas inilah menjadi penentu pihak mana yang dibolehkan berkuasa di negeri Perak.

Mungkin berdasarkan keyakinan bahawa BN mendapat sokongan daripada tiga calon bebas ini, maka Sultan mengambil keputusan menyerahkan kuasa kepada Umno-BN. Sayugia diingat bahawa perlantikan Menteri Besar dan Exco baru ini dibuat sebelum MB Pakatan Rakyat meletak jawatan atau mendapat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.

Malah Dewan Undangan Negeri tidak pula dipanggil untuk proses ini. Mengikut undang-undang, MB hanya boleh diberhentikan daripada jawatannya sekirannya dia tidak mendapat sokongan majoriti dan melalui undi tidak percaya ke atasnya.

Mungkin bagi Nizar jalan yang paling baik untuk menyelamatkan keadaan terus menjadi kalut dan celaru ialah dengan memohon dibubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihan raya semula. Ianya akan memberi kesempatan kepada rakyat membuat pilihan sekali lagi.

Proses undang-undang, bukan sahaja lambat malah banyak liku dan rumitnya, selain membuang masa dan wang. Justeru kerana itulah beliau telah mohon perkenan Sultan untuk bubarkan Dun, tetapi permohonan itu tidak diperkenankan.

Timbul pula persoalan bahawa kenapa Sultan tidak menerima nasihat Menteri Besarnya? Dalam kaedah perundangan nasihat daripada Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri hendaklah diterima oleh Sultan atau Yang di-Pertuan Agong tetapi dalam hal membubarkan Dun atau Parlimen, baginda boleh menolaknya.

Namun, yang jelas pertikaian ini seharusnya diselesaikan dengan dipulangkan semula kepada suara rakyat menentukan. Ini yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat, tetapi Umno-BN mahu mengelakkan perkara ini berlaku. Sebab itu mereka menggunakan pelbagai helah dan alasan supaya pilihan raya tidak diadakan.

Umno-BN sebenarnya takut untuk berhadapan dengan rakyat kerana mereka tahu peluang untuk mereka menang adalah sangat tipis. Kemungkinan mereka akan hilang banyak kerusi lagi adalah satu kebarangkalian yang tidak boleh dipandang remeh.

Umno sendiri di dalam keadaan yang tidak menentu dan menghadapi krisis keyakinan bukan sahaja di antara ahlinya tetapi juga di kalangan rakyat jelata. Rasuah politik yang semakin jelas berlaku dalam Umno ibarat penyakit barah yang semakin parah.

Perebutan kuasa dalam kepimpinan Umno pada Mac ini memeningkan lagi kepimpinan Umno. Suasana yang tidak menentu inilah yang tidak mengizinkan Umno-BN menghadapi satu 'snap election' pada masa terdekat. Justeru itu mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengizinkan 'rampasan kuasa' ini kerana undang-undang negara ini tidak menyekat ahli Dun atau pun parlimen melompat mana-mana parti politik yang mereka sukai.

Kerajaan Umno-BN yang baru di Perak tidaklah kuat dan kukuh kerana mereka sebenarnya menghadapi risiko yang tinggi. Pertama, suara majoriti mereka ialah tiga orang ini yang merupakan ahli Bebas. Bebas bukan sebuah organisasi atau parti politik yang berdaftar. Bebas bererti boleh condong ke arah mana sahaja mengikut situasi.

Kedua, dua daripadanya menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah. Sekiranya mereka dibebaskan, persepsi masyarakat sudah tentu beranggapan bahawa pembebasan mereka sudah dirancang terlebih dahulu oleh pihak-pihaktertentu. Kalau mereka disabitkan kesalahan, maka tinggal seorang sahaja lagi iaitu bekas ahli DAP. Kemungkinan beliau berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat semula tidak boleh ditolak.

Apa yang jelas kerajaan baru di Perak masih dalam pertikaian. Kesahihannya mengikut undang-undang masih boleh dipersoalkan. Dengan keengganan Nizar meletakkan jawatannya, Perak sekarang mempunyai dua MB.

Hakikatnya, Nizar masih belum letak jawatan dan watikah perlantikan Sultan itu masih berkuat kuasa. Tidak ada usul tidak percaya dihadapkan terhadapnya. Kes mahkamah masih berjalan, maka selagi itu beliau masih sah sebagai MB kecuali diputuskan oleh mahkamah.

Nizar seolah-olah dipecat oleh Sultan. Persoalannya, adakah Sultan ada kuasa memecat MB? Atas pertimbangan semua ini, maka adalah wajar Dewan Undangan Negeri dibubar dan diadakan pilihan raya yang baru bagi mendapatkan mandat rakyat semula. Sekiranya Umno-BN menang dengan majoriti yang lebih maka mereka boleh memerintah dengan selesa.

Sekiranya Pakatan memperolehi kelebihan majoriti yang selesa, mudah juga bagi mereka memerintah. Sudah tentu rakyat Perak juga mahukan kaedah ini, iaitu supaya suara mereka menjadi penentu dalam menentukan kerajaan mengikut lunas-lunas demokrasi.

Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, Sultan hanya sebagai lambang dan ketua. Kerajaan dipilih oleh rakyat kerana suara rakyat adalah suara keramat. Kemelut ini seharusnya dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan. Kenapa mesti takut berdepan dengan rakyat?

Elizabeth letak jawatan ADUN, exco

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, mStar Online difahamkan Wong, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' esok (hari ini)," kata sumber itu kepada mStar Online tengah malam tadi.

Pertemuan kedua dipercayai berlarutan hingga awal pagi ini.

Dalam kenyataan satu muka dikeluarkan petang semalam, Wong berkata: "Saya mangsa dalam kejadian ini."

Wakil rakyat penggal pertama itu berkata, di sebalik 'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

Jika melepaskan jawatan beliau tidak boleh bertanding lagi selama lima tahun.

Walaupun menerima tekanan daripada BN agar meletakkan jawatan, Wong juga menerima sokongan agar kekal sebagai ADUN dan Exco.

Wanita MCA kutuk edaran gambar bogel Exco Selangor

KUALA LUMPUR: Walaupun berbeza pendirian politik, Wanita MCA hari ini melahirkan rasa simpati terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel.

Ketuanya, Datin Chew Mei Fun mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedar gambar Wong kerana perbuatan itu melanggar hak kebebasan peribadi wanita dan merupakan tindakan mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik.

"Kami terkejut dengan perbuatan ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks.

"Ia secara terangterangan menceroboh hak peribadi wanita serta mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik," katanya dalam kenyataan di sini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan bekas kekasih anggota Exco Selangor itu dan pihak yang ingin membunuh kerjaya politik Wong.

Chew berkata, perbuatan merakam gambar anggota tubuh wanita tanpa kebenaran atau pengetahuannya adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala perbuatan menyiarkannya bagi tatapan umum juga, melanggar akta itu.

"Kami ingin menasihati semua wanita supaya berhati-hati. Kami juga menggesa kerajaan supaya menguatkuasakan dengan tegas Akta berkenaan agar ia benar-benar dapat mencegah perbuatan tidak bermaruah ini," katanya.

Najib dan Zahid Hamidi gembira dapat menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tetapi dalam masa yang sama "berduka" ada "bom jangka" dalam BN Perak


Desakan rakyat di Perak dan luar Perak begitu perkasa untuk meminta Tuanku Sultan membubarkan Dun. Kutipan tandatangan oleh Jamay'ei Islam Perak dikatakan begitu luar biasa sambutannya. Mereka mangalu-ngalukan Istana memikirkan kembali untuk membubarkan Dun dalam masa terdekat.

Di pihak Umno pula, perpecahan kian merebak dalam kepimpinan kerajaan "haram" BN Perak. Dato' Zamry Abdul Kader bukanlah calon MB dari pencatur penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak. Sebaliknya Zamry adalah budak Perdana Menteri yang juga sahabat proksi akrab, Khairy Jamaluddin.

Zamry pernah bekerja dengan Khir Toyo mengendalikan In-Mind, badan think thank mantan MB Selangor itu. Sebelum itu, Zamry dikenali budak Mahyuddin Yassin. Beliau rakan akrab Khairy Jamaluddin akhir-akhir ini.

Bagaimana nama Zamry diterima sebagai MB sedangkan beliau bukan calon Najib? Najib sudah berhempas pulas "membeli" tiga Adun untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapiu hasilnya, tidak menyebelahi Najib?

Walhal, Najib sudah bersedia dengan persiapan rapi untuk menabalkan Adun Rapat Setia, Hamidah Osman sebagai Menteri Besar. Najib mahu seorang MB perempuan diperkenalkan bagi memenuhi strateginya mengembalikan undi wanita di negeri itu selain, Hamidah adalah proksinya yang tegar, menurut satu sumber. Ini kelaianan Najib dalam percaturan di Perak.

Namun ianya dipintas pantas oleh Pak Lah dengan dikatakan melobi istana memilih Zamry sebagai Menteri Besar. Kerja ini dilakukan oleh "Mat Kemiyan" yang mempunyai hubungan rapat dengan Raja Nazrin Shah. "Mat Kemiyan" inilah juga dikatakan telah menimbulkan keputusan baru agar Tuanku Sultan tidak membubarkan Dun, sebaliknya meminta Dato' Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Menurut sumber, pihak istana memang bersedia untuk membubarkan Dun setelah dinasihati oleh Menteri Besar, Nizar Jamaluddin tetapi setelah "Mat Kemiyan" dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak masuk istana dan bertemu Tuanku Sultan, segala-galanya berubah. Ini diakui oleh Nizar sendiri.

"Mat Kemiyan" mempunyai hubungan cukup intim dengan Pak Lah sewaktu aktif dalam GPMS. Beliau seorang PTD yang dikatakan "gagal" kerana tidak naik pangkat ke tingkat yang lebih tinggi. Tidak sebagai KSU mahupun SUK. Anak Ipoh itu, mempunyai peranan besar dalam NCER dan Bernama, itupun atas ehsan Pak Lah meletakkan beliau di situ. Kegagalannya sebagai PTD, dikatakan cukup tidak disenangi oleh mantan KSU, Tan Sri Ahmad Sarji. Namun, nasibnya baik kerana menjadi sahabat intim Pak Lah.

Pemilihan Zamry sebagai MB yang menafikan hak rakyat Perak sebebarnya tidak disenangi oleh Najib. Pak Lah yang terpinga-pinga apabila wartawan bertanya tentang "peralihan kuasa di Perak", dikatakan tidak dimaklumkan langsung apa yang terjadi. Beliau yang berasa diketepikan oleh Najib, telah memintas calon MB melalui orang kanannya itu, "Mat Kemiyan" dari dalam istana.

Apapun, kedudukan "kerajaan haram" BN Perak semakin goncang dengan perkembangan ini. Selain MIC dan Gerakan yang tidak sehaluan. MCA pula yang berada cukup lemah, Umno Perak terpaksa mengukuhkan kedudukan dengan cara masing-masing. Hamidah hanya dilantik sebagai exco bagi meyakinkan Najib.

Tetapi pada masa yang sama, Zamry "mengikat" empat orang yang diyakini akan mejadio proksinya di Perak, untuk membantunya. Zambry pada 11 Februari lalu mengumumkan pelantikan Dato' Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S.Veerasingam Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India dan Dato' Mohd Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama. Beliau juga mengumumkan pelantikan Dato' Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Chang merupakan Timbalan Pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah Naib Presiden MIC. Dalam pilihan raya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai. Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.

Namun begitu, terdapat empat lagi jawatan Exco masih kosong. Apakah ini percaturan Zamry atau Najib, bagi membolehkan kabinet "kerajaan haram" BN Perak itu mudah dikuasai oleh oleh kedua-duanya, mengikut kepentingan kedua-duanya. Menurut sumber, ia tidak mungkin untuk kepentingan bersama, Najib-Zamry.

Paling malang lagi, apabila Nizar memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi semalam, 13 Februari - bahawa Zamry tidak berhak memegang jawatan Menteri Besar, kedudukan BN Perak makin goyang dan nasib "kerajaan haram" kian goncang.

Siapakah "Mat Kemiyan" yang dikatakan jadi dalang kepada perubahan keputusan istana? Dan menyebabkan Najib gagal untuk menabalkan proksi tegarnya, Hamidah Osman menjadi MB? Apakah Najib akan bertindak kepada "Mat Kemiyan"?

Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?

PETALING JAYA: Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yangmenderhaka kepada Raja-raja Melayu?

Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"

Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.

Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaan.

Monday, February 16, 2009

2009/02/16 14:38 Malaysian commandos arrest Indonesian pirates

(RTTNews) - Malaysian marine commandos arrested seven suspected Indonesian pirates Monday after a pre-dawn high-drama sea chase in the Straits of Malacca.The pirates hurled grenades at the Malaysian police''s marine operation force and tried to ram their boat during the 40-minute chase through the narrow stretch of waters between West Malaysia and the Indonesian island of Sumatra. A bullet fired by a commando wounded a suspect. He was hospitalized, while six men were taken into custody. Three pirates escaped.Reports said the commando unit chased the pirates who were in a powerful boat. The pirates had unsuccessfully tried to board a cargo ship, which fired a red flare to deter the attackers. The pirates reportedly sped off in the direction of Indonesia.Unlike the pirates operating in the waters off Somalia, those active in the Straits of Malacca usually only steal cash and the crewmembers'' possessions once they seize a vessel.For comments and feedback: contact editorial@rttnews.comCopyright(c) 2009 RealTimeTraders.com, Inc. All Rights Reserved

Siasatan wakil BN boros RM 26.6 juta wang rakyat Selangor

Search This Blog