Saturday, February 6, 2010
Guan Eng tidak tergugat
“Tekanan yang saya terima ini tidak mendatangkan kesan, sebaliknya saya akan mentadbir negeri ini dan membawanya ke puncak kejayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kakitangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini, semalam.
Menjawab soalan sama ada beliau akan meletak jawatan akibat tekanan yang diterima, Guan Eng berkata: “Sesiapa sahaja boleh suruh atau minta saya letak jawatan.”
Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan beberapa tuduhan lain yang dikaitkan dengannya.
“Saya tidak layak untuk menjawab semua persoalan itu, rakyat tahu menilai,” katanya.
Menurutnya, usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri tidak akan berjaya kerana pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tetap berdiri teguh.
"Hanya segelintir individu yang ada dalam pakatan pembangkang sahaja yang mungkin tidak berpuas hati, mereka ini hanya berada dalam parti tetapi jiwanya berada di luar parti," katanya.
Kepimpinan Guan Eng dikritik oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang apabila melabelkan beliau sebagai diktator, chauvinis dan berfikiran bahaya kerana sikapnya tidak suka dikritik.
Turut menyokong kenyataan Zahrain ialah seorang lagi pemimpin PKR, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mendakwa Guan seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Luka Parah,Rakyat Perak
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Friday, February 5, 2010
PAS pertahan k'jaan Pakatan Pulau Pinang
Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta.
“Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.
“Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010.
“Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang bertajuk 'Pulau Pinang Maju, umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan'.
Di samping itu, katanya, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Sehubungan itu, katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.
Idris mendakwa, walaupun BN cuba menggambarkan bahawa Pakatan tidak mampu mentadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat dapat melihat sendiri cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.
“Pada 2007, kerajaan BN mensasarkan belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada Pakatan, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.
“Bagi belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta,” tambahnya.
Kontraktor Melayu tak diabaikan
Menurut Idris lagi, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kontraktor Melayu juga tidak diabaikan
“Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.
“Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga.
“Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
“Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja,” kata Idris.
Pada tahun yang sama, tambahnya, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.
Menurutnya, peningkatan yang ketara ini membuktikan kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain.
“Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.
“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihanraya lalu,” tambahnya.
Idris berkata, Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.
“PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang,” tambahnya.
9 Feb..Apakah akan ada RAMPASAN kali ke 3?
Keduanya tak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.Ini jelas kerana sesetengah dari Rakyat berfikir menggunakan fakta dan undang-undang yang diadakan merujuk kepada setiap ketetapan dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.Ia dilihat wajar kerana segala permasalahan dan juga pergolakan bermula dari pihak UBN dan sistem Pakatan Rakyat melawan mereka sama sekali tidak bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada.
Ketiga ada juga dikalangan Rakyat menimbulkan persoalan,Apakah yang akan berlaku sekiranya kemenangan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat??Apakah mereka UBN akan berdiam diri dan membiarkan Pakatan Rakyat mencalar kekuasaan mereka.Apakah akan ada rampasan kuasa kali ke3?
Seperti biasa Harimau yang megah dan bangga dengan kekuatan yang ada padanya sekarang tidak akan mudah mengalah kepada si Kancil yang cerdik walaupun menampakan bahawa si harimau sememangnya menggunakan Nafsu sebagai akal fikiran dan si kancil yang cerdik akhirnya tetap tumbang kerana diratah dengan taring si Harimau.Namun persoalannya apakah harimau tidak bisa MATI?
Saya suka memetik ucapan Dato Seri Nizar semalam semasa ceramah beliau yang menyatakan bahawa ` Rakyat harus bersiap sedia untuk kesedihan kali ke 3, kerana mereka yang zalim tidak akan meninggalkan kekuasaan mereka begitu sahaja-Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin
Oleh itu kepada semua kita tahu kita berhadapan dengan siapa sememangnya mereka tidak mempunyai kuasa lebih dari ALLAH swt namun sesuatu yang perlu kita ingatkan ialah apa yang berlaku itu ialah melalui keizinan ALLAH swt dan ia bisa berlaku dan kezaliman juga bisa mati dan hilang kuasanya.
Ayuh semua RAKYAT bangkit dan pertahankan HAK anda kerana kuasa sebenar ialah Kuasa Rakyat anugrah Khas dari ALLAH swt.Ayuh kita bangkit dan BUBAKAN DUN NEGERI PERAK..!!
Thursday, February 4, 2010
Siapa bodoh di sebalik isu royalti
Siapa yang diperbodoh atau menjadi bodoh dalam isu tuntutan royalti minyak di Kelantan sama ada mereka yang mengikut lunas undang-undang atau kumpulan melanggar peraturan. Ini kesimpulan mudah bagi menjelaskan pendirian pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah apabila diperlekehkan pemimpin Umno setelah menjelaskan perkara sebenar di sebalik Akta Kemajuan Petroleum 1974. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pemuda dan wanita Umno hendaklah menjelaskan siapa sebenarnya yang menjadi bodoh apabila menjelaskan perkara sebenar di sebalik undang-undang. “Kemukakan bukti kalau betul kenyataan Ku Li di stadium baru-baru ini hanya untuk memperbodohkan rakyat. “Jangan hanya mudah melatah sehingga mahu mendesak Ku Li letak jawatan, sedangkan apa yang diperkatakan perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di sini. Sebelum ini Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian mendesak Ku Li melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen BN ekoran berceramah isu royalti di Stadium Sultan Mohamad IV. Anuar menyifatkan Ku Li memperbodohkan rakyat Kelantan kerana menjelas mengenai royalti minyak yang dituntut kerajaan negeri. Selain itu Wanita dan Pemuda Umno Gua Musang juga dilaporkan kecewa dengan tindakan Ku Li menjelaskan perkara sebenarnya di sebalik tuntutan royalti. Abdul Latif mencabar pemimpin Umno mengambil tindakan ke atas Ku Li kerana sanggup memperkatakan perkara sebenar dalam isu tuntutan royalti. “Menghukum perbuatan yang baik bukan sahaja manusia yang marah, bahkan Tuhan sendiri akan melaknati perbuatan begitu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Latif juga memberitahu Pemuda PAS tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Umno yang mahu menukar royalti menjadi wang ihsan. Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu wang ihsan sebanyak RM20 juta akan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan pada Mac depan. |
Wednesday, February 3, 2010
Jika pemimpin PR cakap macam Nasir, pasti kena ISA
Jika apa yang Datuk Nasir Safar lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan Rakyat, pasti mereka sudah dipenjarakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tegasnya, PAS tetap menolak ISA dan Akta Hasutan dan mahu Nasir didakwa segera di mahkamah. Katanya, jika para blogger yang menghina institusi Beraja di negara ini boleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri. PAS juga, katanya bertegas mendesak pihak polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap Nasir yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina di negara ini. Tambahnya, PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini. Katanya, selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian. “PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergelumang dengan parti perkauman Umno. “Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum,” katanya. Tambahnya, walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri, namun jelas Perdana Menteri telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya. Menurutnya, jika pegawai yang rapat dengan Najib boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasannya terhadap dasar berkenaan. |
Kaji kedudukan dalam persekutuan – Ku Li
“Kalau negeri-negeri tidak membayar cukai kepada kerajaan persekutuan apa yang kerajaan ada sekarang. Tentunya akan mendatangkan masalah besar.
“Oleh itu ada baiknya setiap negeri mengkaji balik perjanjian yang dipersetujui suatu ketika dahulu untuk membolehkan suatu keadilan berlaku,” katanya pada majlis solat hajat dan ceramah royalti di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam Jumaat lalu.
Ruang stadium penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Program bermula solat Maghrib. Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat hajat.
Program tersebut dianjurkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail, wakil-wakil rakyat dan veteran Umno, Tamrin Ghaffar.
Tengku Razaleigh mencetus perkara itu kerana kecewa keengganan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Dato’ Seri Najib Razak membenarkan Petronas membayar royalti minyak kepada Kelantan.
Berdasarkan kepada carigali minyak di perairan Kelantan sejak 2004, royalti sebanyak RM2 bilion sepatutnya dibayar mengikut apa yang dipersetujui dalam perjanjian dengan Petronas pada 1975.
Oleh itu beliau berkata, dengan ada jawatankuasa Kaukus parlimen berkaitan isu royalti Kelantan pelbagai perkara boleh difikirkan bagi faedah rakyat.
“Kaukus parlimen juga boleh membincangkan kedudukan negeri dalam persekutuan memandangkan wujud ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan bagi membangunkan negeri.
“Setiap negeri perlu dimaju bagi menjadikan negara membangun secara lebih menyeluruh. Jika kemajuan tidak seimbang ia akan menjejaskan negara juga,” ujarnya.
Beliau juga melahirkan rasa hairan Sabah ketika di bawah kerajaan pembangkang Parti Bersatu Sabah yang diketuai Pairin Kitingan, namun Petronas tetap membayar royalti 5 peratus setahun kepada negeri tersebut.
Namun dalam konteks Kelantan sekarang tiba-tiba pula royalti menjadi ihsan.
Bagaimananapun Tengku Razaleigh yang juga pengasas Petronas melahirkan rasa kagum di atas pendirian tegas bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub yang enggan menandatangani perjanjian dengan Petronas sekiranya tiada jaminan terhadap royalti minyak.
“Saya ketika itu telah dipertanggungjawab oleh Tun Razak berunding dengan Abdul Rahman. Ketua Menteri Sarawak itu juga mahu saya dilantik sebagai pengerusi Petronas sebelum persetujuan dicapai.
“Saya balik memberitahu kepada Tun Razak dan akhirnya beliau setuju dengan syarat dikenakan Abdul Rahman. Ini secara jelas menggambarkan pemimpin terbabit bimbang kerajaan pusat mungkir janji seperti dilakukan terhadap Kelantan sekarang,” katanya.
Beliau juga menceritakan bukan mudah proses untuk menubuh syarikat Petroleum Negara (Petronas) pada 1974 memandangkan ketika itu syarikat asing menguasai industri minyak di negara ini.
Tengku Razaleigh juga mendedahkan ada orang tidak berkenan beliau datang mendedahkan perkara sebenar pada ceramah tersebut.
“Ada orang tidak suka saya datang, namun saya menjawab pedulikan mereka,” katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.
Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusoff berkata, selepas ini pihaknya akan mengadakan program serupa di Kuala Terengganu pada Febuari depan.
Selain itu debat royalti minyak antara pihak pro dan antiroyalti akan diadakan di Balai Islam, Lundang. Manakala konvensyen royalti petroleum di Kuala Lumpur Mac depan.
“Usaha-usaha untuk menarik NGO-NGO dari Sabah dan Sarawak telah giat diadakan, InsyaAllah kami akan himpunkan rakyat Malaysia di Putrajaya dalam masa terdekat sekiranya pusat masih berkeras menafikan hak kerajaan negeri,” katanya.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media UM, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbulah bertindak sebagai moderator program terbabit.
Tuesday, February 2, 2010
Saya Tak Layak Kritik Tengku Razaleigh - Dr. M
"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.
"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.
Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Khamis lalu, bekas Menteri Kewangan itu dalam satu perhimpunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan berkata bahawa negeri itu layak memperoleh royalti berkenaan. Sedangkan kenyataannya itu bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat yang mahu menyumbangkan wang ihsan.
Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang berkongsi pentas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru.
Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Mahathir mengkritik keras kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan penggantinya itu menguruskan negara.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berpendapat, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat.
“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya," ujar beliau.
Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin.
“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."
DUN PERAK YANG WAJIB BUBAR BUKAN 28 KERUSI PR
Dalam wawancara Setahun Melayari Arus di Perak FM hari ini, Zambry telah mencabar PR membubarkan 28 kerusi yang dimemangi secara sah dalam pilihanraya yang lalu. Kenyataan ini bukan sahaja sombong tapi paling bodoh dan dangkal seorang Menteri Besar haram Perak. Mengapa 28 kerusi PR yang dibubarkan, pembubaran 28 kerusi tidak akan berlaku, melainkan mengosongkan kerusi melalui perletakan jawatan beramai-ramai, bila kerusi dikosongkan dalam tempoh 5 tahun semua calon PR tidak boleh bertanding semula.
Pembubaran hanya boleh berlaku pada DUN Perak, pembubaran DUN membolehkan pilihanraya semula diadakan bagi memilih kerajaan yang baru. PR dipilih oleh rakyat melalui suara demokrasi yang sah, sedangkan pembentukan kerajaan BN dibuat dengan cara rampas kuasa melalui pengkhianatan rakyat oleh 3 orang ADUN PKR dan DAP. Rakyat tidak merestui pengkhianatan ini.
Sepatutnya DUN Peraklah yang wajib dibubarkan, rakyat akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan yang baru, atau 3 orang pengkhianat inilah yang wajib kosongkan kerusi untuk membolehkan pilihanraya diadakan di tiga-tiga kerusi tersebut.
Rakyat Perak sangat malu mempunyai MB yang sangat sombong, bodoh lagi dangkal. Kalau memang benar rakyat bersama mereka, sepatutnya Zambry mengadap Tuanku bagi memohon supaya DUN Perak dibubarkan.
Saya juga mencabar Zambry berdebat dengan Nizar bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam tempoh setahun PR memerintah dengan setahun BN merampas. Siarkan debat tersebut secara live di media arus perdana. Selepas berdebat, esok bubarkan DUN bagi membolehkan rakyat menjadi hakim yang adil dalam menilai pencapaian kerajaan masing-masing. Harap ada mana-mana stesyen TV berani menganjurkan debat ini.
Saya rasa kalau setakat berdebat dengan Zambry tak payah Hj Nizar, pegawai-pegawai khasnya juga mampu berdebat dengan Zambry.
Walau bagaimanapun saya selaku Setiausaha Perhubungan PAS Perak merangkap mantan Setiausha Politik Hj Nizar akan mengutus surat supaya Zambry menyahut cabaran debat dengan Nizar.