Saturday, December 4, 2010

Menakjubkan: Bahtera Nabi Nuh a.s. Telah Ditemui



Umat Nabi Nuh a.s. yang ditenggelamkan oleh Allah SWT karena kedurhakaannya seperti dikisahkan dalam Al-Qur’an, sudah menemukan pembuktian kebenarannya secara ilmiah.

Sejak tahun 1949, sudah ditemukan lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian sekumpulan ahli antropologi yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977.

Berikut ini adalah sebahagian foto-fotonya.

1. Awal Penemuan

Pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS di 14,000 kaki (sekitar 4.600 meter)

Friday, December 3, 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dinaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Perhimpunan UMNO 2012 buat bawah kanopi?

Nampaknya PKR lebih bersedia mengharung badai dalam proses pengukuhan ahli dan kepimpinan mereka. Parti yang barus berusia 7 tahun itu berjaya menyelesaikan konvensyen mereka dengan baik. Meskipun media menerjah disetiap penjuru macam nak terlingkup parti PKR tetapi pemilihan satu ahli satu undi yang berjalan diperingkat setiap cabang berjaya diselesaikan. Meskipun banyak kekurangan, munasabah dah sebagai pemilihan kali pertama dengan ahli yang pelbagai ragam disetiap lapisan akar-umbi dan bukannya cara pemilihan perwakilan, bagi penulis ia sudah cukup baik.

apa najib nak buat-RM 800 UNTUK KAKITANGAN AWAM P PINANG

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

najib sudah tukar-Pilihan raya umum boleh jadi awal


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih.
Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.
"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat.

Wednesday, December 1, 2010

UMNO SOROK MASALAH DALAM KAIN

Pemilihan Umno tangguh 18 bulan, itu umum presiden mereka merangkap PM 1Malaysia. Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun depan akan ditangguhkan. Maknanya pilihanraya umum akan diadakan dalam tempoh itu dan bukan tempoh terdekat seperti yang diramalkan.
Mengapa tangguh terlalu lama? Bukankah Umno kini kuat dan Pakatan Rakyat khususnya PKR sedang bergolak? Semua ini membuktikan sebenarnya bahawa Umno/ BN berada dalam keadaaan terumbang-ambing dan berpecah.

Tuesday, November 30, 2010

Gambar kubur 4 darjat: Antara Halal & Haram

Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya dikalangan penduduk. Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan.
"Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber 60 ketika ditemui wartawan di rumahnya.

Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak

Nga Kor Meng tulis dalam blog dia:
DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam baca Al-Quran

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ kini telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.Menurut Khalid, perhimpunan pada Ahad ini akan diteruskan dengan rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Search This Blog